LAPORAN AKTIVITI KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR BULAN : MAC TAHUN : 2013
Tajuk
:
Kursus Memasang Dan Menyelenggara Unit Penyaman Udara Domestik
Anjuran
:
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Tarikh
:
21 – 22 Mac 2013
Masa
:
08.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
:
Bilik E-tech dan SPA, Kolej Komuniti Bandar Penawar
Penyelaras
:
Encik Mohamad Nazir Bin Baharudin
Bil. Peserta
:
15 orang (Seperti di lampiran 1)
1.0
PENGENALAN 1.1
Latar Belakang Program
Kursus ini adalah merupakan satu inisiatif yang diambil oleh penyelaras kursus pendek memandangkan permintaan daripada peserta dari Komuniti Belia Bandar Penawar yang pelbagai. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan teknik-teknik untuk memasang dan menyelenggara unit penyaman udara domestik. Dengan mempelajari teknik ini, peserta mendapat
peluang
untuk
mempelajari
teknik
pemasangan
dan
penyelenggaraan unit penyaman udara domestik dan menambah ilmu pengetahuan teknikal serta dapat menjana
pendapatan sampingan dalam
bidang penyaman udara. Dengan kursus ini juga, mereka dapat mempelajari cara-cara yang betul dalam membuat penyelenggaraan unit penyaman 1
udara. Seterusnya, Ianya akan memberikan satu suntikan semangat kepada peserta untuk menjadi usahawan dalam bidang kejuruteraan penyaman udara. 1.2 OBJEKTIF 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 2.0
Mendedahkan teknik pemasangan unit penyaman udara domestik Mengetahui cara penyelenggaraan unit penyaman udara domestik Membantu peserta menambah pendapatan Mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta
ISI KANDUNGAN 2.1
Tentatif Program
Pada tarikh 21 Mac 2013 ( Khamis ) Masa
Aktiviti
8.00 pagi
Pendaftaran kursus
8.30 pagi
Pendawaian elekrik bekalan kuasa unit penyaman udara dan penandaan dan penebukan dinding untuk pemasangan braket unit dalam dan luar.
1.00 tengahari
Rehat
2.00 petang
Pemasangan braket unit dalam dan luar penyaman udara
3.30 petang
Pemasangan tiub kuprum di antara unit dalam dan unit luar
5.00 petang
Kemas peralatan bengkel
Pada tarikh 22 Mac 2013 ( Jumaat ) Masa
Aktiviti
8.00 pagi
Pengujian larian penyaman penyaman udara
8.30 pagi
Mengambil bacaan tekanan bahan pendingin dan arus elektrik
1.00 tengahari
Rehat
2.30 petang
Langkah-langkah penyelenggaraan unit penyaman udara
5.30 petang
Tamat
2
2.2
Perjalanan Program Program ini berjalan dengan lancar. Terdapat sesi soal jawab daripada
para
peserta kepada penceramah semasa program
dijalankan. Penceramah telah menerangkan
secara terperinci
berkenaan cara-cara memasang unit penyaman udara domestik (jenis pisah). Penceramah juga menerangkan cara yang betul untuk menyelenggara
unit
penyaman
udara.
Kursus
objektifnya dan matlamat yang telah dirancangkan. 2.3 Gambar-gambar sepanjang program
2.3.1 Peserta bersama dengan pengajar kursus Pemasangan Penyaman udara
3
ini
mencapai
2.3.2 pengajar sedang menerangkan cara pemasangan unit penyaman udara.
2.3.3 Pelajar sedang memasang unit dalam penyaman udara
4
2.3.4 Unit dalam dan luar penyaman udara yang sudah siap dipasang
2.4
Tenaga pengajar Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah salah seorang kontraktor yang telah lama berkecimpung dalam bidang memasang dan menyelenggara penyaman di kawasan Johor Bahru. Nama Umur Kelayakan
: Encik Ruhaizan bin Ithnin : 35 Tahun : Sijil Kemahiran dan Sijil kursus yang berkaitan dengan sistem penyaman udara. Syarikat kontraktor menservis penyaman udara.
5
3.0
KESIMPULAN
Kursus Pemasangan Dan penyelenggaraan Unit Penyaman Udara nyata mampu memberi nilai tambah pada kemahiran yang sediaada untuk setiap peserta. Selain membolehkan peserta menyelenggara unit penyaman udara di rumah sendiri dan ia juga mampu memberi peluang untuk peserta mencari pendapatan sampingan. Sehubungan itu, kursus-kursus kemahiran teknikal seperti ini perlu diwar-warkan kepada komuniti setempat dan pelajar sekolah menengah demi untuk mencapai objektif jabatan pembelajaran sepanjang hayat.
Disediakan oleh;
Disemak oleh;
…………………………………….. (MOHAMAD NAZIR BIN BAHARUDIN) Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kolej Komuniti Bandar Penawar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
………………………………. (KAMALUDDIN BIN RASHIDI) Ketua Jabatan pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Disahkan oleh; ............................. (SAHALANI BIN BASAR ) Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
6