______________________________________________________________________________ LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 Nama Sekolah
: SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
Jenis
: Sudut Inovasi Panitia Mata Pelajaran dan Pusat Sumber Sekolah
Tarikh
: 8/2/2010 – 11/10/2010
Tempat
: Lokasi yang telah ditetapkan – Rujuk Lampiran 1
Kumpulan Sasaran
: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 (ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran berkenaan)
Rasional
: Mewujudkan kerjasama Panitia Mata Pelajaran ke arah pemantapan proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.
Objektif
: i. Memangkin proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar. ii. Mempromosi koleksi bahan P&P termasuk bahan bercetak PPS secara produktif. iii. Merancang bahan-bahan sokongan kepada bahan P&P yang terpilih seperti soalan-soalan kuiz. iv. Menetapkan kriteria-kriteria umum untuk pengurusan sudut inovasi.
Kandungan
: Sukatan Mata Pelajaran – ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran
Metadologi
: Pendekatan Bersepadu / Integrasi dengan mata pelajaran
Kriteria
: i. Label sudut inovasi ii. Label tajuk / tajuk pameran iii. Bahan pameran yang menepati tajuk iv. Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan
Perlaksanaan
: i. Bulan Januari :
Menentukan lokasi dan kriteria kepada setiap
Panitia Mata Pelajaran. ii. Bulan Februari – Oktober : Mempamerkan bahan-bahan pameran dan mengemaskini bahan-bahan pameran dari semasa ke semasa. iii. Bulan Julai & September : Memantau sudut inovasi supaya mematuhi semua kriteria yang telah ditetapkan. iv. Bulan Ogos: Tajuk sudut inovasi untuk panitia masing-masing yang seragam telah dicetak dan dilekatkan ke atas sudut inovasi masing-masing untuk menambahkan kekemasan dan kecantikan.
______________________________________________________________________________ v. Bulan November : Membuat dokumentasi dalam bentuk fotografi dan laporan bertulis untuk simpanan dan rujukan. Kekangan
:
Terdapat beberapa sudut inovasi mata pelajaran yang dipamerkan tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Terdapat juga sudut inovasi yang tidak dikemaskinikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Akan tetapi, kekerapan sudut inovasi dikemaskini telah bertambah baik jika berbanding dengan tahun yang lalu selepas peringatan telah dibuat dalam mesyuarat guru.
Pameran sudut inovasi yang tidak menarik menyebabkan pelajar tidak merujuk kepada sudut inovasi tersebut.
Cadangan
:
Guru yang bertanggungjwab perlu menjelaskan kepada pelajar dengan teliti mengenai kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Guru juga perlu memantau hasil kerja pelajar supaya menepati dan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Guru juga perlu memastikan pelajar untuk mengemaskinikan sudut inovasi masing-masing dengan menukar bahan pameran mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Guru perlu memantau pameran pelajar dan memberi cadangan untuk meningkatkan daya tarikan sudut inovasi tersebut.
Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam proses pemilihan bahan pameran untuk memastikan kesesuaian bahan.
______________________________________________________________________________ Ulasan Keseluruhan: Walaupun sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran dijalankan sepanjang tahun dan setiap tahun, namun masih terdapat guru dan pelajar yang tidak memahami perkara yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Justeru, sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran masih terdapat kelemahan dan kekurangan dari pelbagai aspek. Pihak-pihak yang terlibat sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mereka dalam berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar-pelajar yang lain menerusi pameran sudut inovasi yang telah dihasilkan. Oleh itu, bahan yang dipamerkan perlu mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran pembelajaran kendiri di kalangan pelajar dan menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu yang boleh dikongsi dengan semua warga sekolah di sekolah ini. Oleh itu, pameran yang menarik dan kandungan yang bersesuaian amatlah penting untuk menarik perhatian pelajar yang berlalu di lokasi sudut inovasi. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat meneroka maklumat yang dipamerkan dan juga menimbulkan keinginan mereka untuk turut menunjukkan kebolehan mereka dalam mencari maklumat terkini dan membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Usaha Panitia Pendidikan Moral harus dipuji dan diikuti oleh Panitia Mata Pelajaran yang lain. Sejak tahu lalu, Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan pertandingan menghiasi papan kenyataan mengikut kelas. Pemenang-pemenang pertandingan ini akan mengemaskini sudut inovasi panitia Pendidikan Moral dengan hasil kerja mereka. Jadi, tindakan ini telah menjimatkan masa guru-guru dan pelajar dalam memikirkan bahan-bahan yang perlu dipaparkan di sudut inovasi setiap tiga bulan. Sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama yang baik antara Panitia Mata Pelajaran dengan Pusat Sumber Sekolah. Maka, adalah diharapkan kekurangan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang sudut inovasi akan dapat diperbaiki dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak ini. Kekangan ini perlu diatasi supaya hasil sudut inovasi yang terbaik dapat dipamerkan dan seterusnya memanfaatkan pelajar dan membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan. Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
_____________________ (CHEAH PHAIK HOON) Unit Sudut Inovasi & Literasi Maklumat.
_________________ (Cik YEO ENG SIM) Pengetua SMJKPCPP
______________________________________________________________________________
Lampiran 1 – Lokasi Penempatan Sudut-sudut Inovasi A) Foyer
Pejabat A Bilik Guru Kanan
B
Bilik Kebajikan
C D E
A - Sudut Inovasi Pendidikan Moral B - Sudut Inovasi Pendidikan Sivik
C, D, E - Sudut Inovasi 3 Bahasa
B) Laluan Kedai Buku ke Tandas H I J K
Kedai Buku
H - Sudut Inovasi Matematik I - Sudut Inovasi Sejarah
J - Sudut Inovasi Perdagangan & Akaun K - Sudut Inovasi Ekonomi
C) Kantin
Bengkel Kemahiran Hidup L
L - Sudut Inovasi PSS 1
Kantin Guru M
M - Sudut Inovasi Kemahiran Hidup
______________________________________________________________________________
Lampiran 2 – Gambar-gambar Sudut Inovasi
Sudut Inovasi Sejarah
Sudut Inovasi Perdagangan & Akaun
Sudut Inovasi Pendidikan Ekonomi
Sudut Inovasi Matematik
______________________________________________________________________________
Sudut Inovasi Pendidikan Moral
Sudut Inovasi Pendidikan Sivik
Sudut Inovasi Sains - Kimia
Sudut Inovasi Sains - Fizik
______________________________________________________________________________
Sudut Inovasi Sains – Biologi
Sudut Inovasi Pendidikan Jasmani
Sudut Inovasi PSS