LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
Matlamat utama penyediaan Laporan Aktiviti Perpustakaan Politeknik Balik Pulau 2010 adalah untuk memaklumkan tentang aktiviti—aktiviti yang diadakan dengan jayanya oleh unit perpustakaan. Selain itu, laporan ini juga membuktikan bahawa Perpustakaan Politeknik Balik Pulau begitu bersungguh—sungguh dalam menjalankan aktiviti—aktiviti galakan membaca walaupun mempunyai kekangan ruang perpustakaan yang terhad. Akhir sekali, diharapkan aktiviti—aktiviti yang dijalankan di Perpustakaan Politeknik Balik Pulau dapat dikongsi bersama.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
TAKLIMAT PERPUSTAKAAN KEPADA PELAJAR BARU Taklimat perpustakaan kepada pelajar baru diadakan pada Minggu Suai Kenal pada setiap sesi pengambilan pelajar baru. Bagi sesi Januari 2010, taklimat diadakan pada 13/01/2010, sesi Jun 2010 taklimat diadakan pada 23/06/2010 dan sesi November pada 3/12/2010. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Pustakawan, Pn. Nor Asma bt Mohd Boniyamin dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perpustakaan Cik Normawati bt Md Zain serta dua orang Pembantu Perpustakaan iaitu Cik Faizatulsyima bt Merikan dan Pn. Safinah bt Che Man.
Taklimat ini antara lain bertujuan untuk : a. Pendaftaran keahlian b. Mendedahkan pelajar baru tentang peraturan, bayaran denda serta kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan. c. Mendedahkan pelajar kepada kaedah pencarian maklumat di perpustakaan dengan cepat dan berkesan. d. Mendidik disiplin pelajar semasa berada di perpustakaan sekaligus melahirkan rasa tanggungjawab di kalangan pelajar. PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2010 1.0 PENGENALAN Program Galakan Membaca 2010 merupakan program yang diadakan bagi melaksanakan Dasar Negara Bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat. Di peringkat Politeknik Balik Pulau, aktiviti – aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan sasaran pengguna iaitu terdiri daripada pelajar dan staf politeknik.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
2.0 OBJEKTIF PROGRAM GALAKAN MEMBACA POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 Pelaksanaan program ini di Politeknik Balik Pulau adalah untuk memenuhi objektif – objektif Berikut: Memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan staf politeknik, sekaligus membu dayakan minat membaca di dalam kehidupan masing - masing. Mempelbagaikan aktiviti perpustakaan sebagai medium penyampaian maklumat yang berkesan kepada pelajar. Menjadikan perpustakaan sebagai medium perkongsian ilmu dengan kaedah yang menyeronokkan. Mengeratkan silaratulrahim di antara staf perpustakaan dan warga politeknik. Melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif dan bekerja secara berpasukan serta menghormati pandangan orang lain
3.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN PERADUAN TEKA BERAT BUKU 27/4/2010— 30/4/2010
PERTANDINGAN CONGKAK 08/05/2010
KUIZ INFO HUNT 03/05/2010
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010 1.0 PENGENALAN Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. Bersesuaian dengan tema kemerdekaan ke 53 iaitu 1Malaysia Menjana Trasformasi menjadi langkah pertama bagi warga hari ini mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang baik dari segi intelektual mahupun spiritual. Menyedari hakikat ini, maka Unit Perpustakaan mengambil langkah pertama dengan mengadakan Program Bersama Menghayati Kemerdekaan 2010.
2.0 OBJEKTIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010 Beberapa objektif telah digariskan antaranya ialah:
Meningkatkan nilai patriotisme dalam diri warga Politeknik Balik Pulau (PBU) Mengukuhkan jatidiri dan semangat perpaduan di kalangan warga PBU Memperkasakan semangat kesukarelaan di kalangan warga PBU dalam hal—hal kemasyarakatan
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
3.0 AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIJALANKAN KUIZ KEMERDEKAAN 2010 Seramai 23 orang pelajar telah menyertai Kuiz Kemerdekaan 2010 yang diadakan bermula 18/08/2010 hingga 26/08/2010. Soalan kuiz yang disediakan adalah merangkumi 10 soalan objektif dan struktur yang mana berkisarkan tentang Negara Malaysia. Ia juga bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan kuiz ini iaitu memberi pengetahuan kepada pelajar tentang sejarah penubuhan Malaysia sekaligus memupuk rasa cintakan tanahair.
MERDEKA CORNER Merdeka Corner merupakan pertandingan yang terbuka kepada semua staf politeknik untuk turut serta dalam menyediakan sudut kesedaran di aras masing – masing. Pertandingan tersebut dinilai berdasarkan kerjasama antara kakitangan, kreativiti dan nilai. Merdeka Corner diadakan bermula dari 16/08/2010 hingga 30/08/2010.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
PERADUAN TEKA BENDERA 16/08/2010 – 23/08/2010 – Telah berlangsungnya Peraduan Teka Bendera yang diadakan di ruang legar Perpustakaan Politeknik Balik Pulau. Peraduan yang dilaksanakan secara santai itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar. Ini kerana seramai 70 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar politeknik iaitu 150 orang telah mengambil bahagian. Peraduan Teka Bendera yang bertujuan antara lainnya menyemarakkan lagi suasana sambutan kemerdekaan dan memupuk semangat persaingan secara sihat dikalangan peserta turut mendapat sambutan baik oleh staf dan pensyarah politeknik. TAYANGAN GAMBAR KEMERDEKAAN 18/08/2010 – 20/08/2010 – Berlangsungnya sesi Tayangan Gambar Kemerdekaan yang diadakan oleh Unit Perpustakaan telah berjaya mencuri minat pelajar Politeknik Balik Pulau. Sesi tayangan berkenaan diadakan selama 3 hari dengan menayangkan 3 buah filem yang berkisarkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Filem Embun, Filem Sergeant Hassan dan Filem 1957 : Hati Malaya.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
PERSIAPAN TEMPAT DI SURAU AN— NUR, SUNGAI NIBONG
ANTARA TETAMU YANG HADIR KE MAJLIS PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA, SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
TIMBALAN PENGARAH, PENGARAH , PENYELARAS SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010 DAN PENASIHAT KELAB RUKUN NEGARA
DOA DIBACAKAN OLEH EN SYAIFUL ANAS BIN IBRAHIM
UCAPAN ALUAN PENGARAH EN. MOHD SOPIAN BIN SEMUA HADIRIN MENONTON TAYANGAN KEMERDEKAAN DENGAN PENUH MINAT
BAHAUDDIN
PELAJAR MENYANYIKAN LAGU TANGGAL 31 OGOS
MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ………...
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 SEKITAR MAJLIS PELANCARAN KELAB KEUSAHAWANAN, SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN HADIAH SAMBUTAN KEMEREDEKAAN 2010 PADA 8/10/2010
Ketibaan para jemputan
Pemenang Peraduan Teka Bendera.
Ucapan Aluan Pengarah PBU
Hadiah disampaikan oleh Dr. Mohd Zahari bin Ismail ( Timb. Pengarah PBU) Gambar 1: Pemenang tempat pertama Kuiz Kemerdekaan Gambar 2 : Pemenang tempat kedua Kuiz Kemerdekaan
1
4
3
2
Gambar 3 & 4: hadiah penyertaan Pertandingan Melukis Poster
Penyampaian hadiah Merdeka Corner: Gambar 1 : Pemenang tempat per tama Gambar 2: Pemenang tempat kedua Gambar 3 : Pemenang tempat 2
1
Penyampaian Cenderati kepada Timbalan Pengarah
3
ketiga
Penyampaian Cenderahati kepada Pengarah
Disediakan oleh :
Disahkan oleh :
(NORMAWATI BT MD ZAIN)
( Dr.MOHD ZAHARI BIN ISMAIL )
Penolong Pegawai Perpustakaan Politeknik Balik Pulau Pulau Pinang. Tarikh : ……../……./2011
Timbalan Pengarah Politeknik Balik Pulau Pulau Pinang. Tarikh : ……../……./2011