BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
ISI KANDUNGAN
1.
PENGENALAN
3
2.
MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN
4
3.
DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAAN
5
SERTA STRATEGI PELAKSANAAN 4.
PIAGAM PELANGGAN
6
5.
CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN
7
6.
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
8
7.
PERKHIDMATAN
9
8.
WAKTU PERKHIDMATAN
10
9.
KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN
11
10.
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
12
11.
POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
13
12.
PERATURAN PERPUSTAKAAN
13.
ETIKA DI PERPUSTAKAAN
14.
PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN
15.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
14-15 16 17-18 19
2
PENGENALAN
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelima pada tahun 1987. PKS terletak di KM22 Jalan Kuching-Lundu di kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Pada peringkat awal penubuhannya, sebuah pejabat sementara telah dibuka di bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan 112 ekar. Pihak Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk membina pusat latihan perintis yang dikenali sebagai Pusat Teknologi Minyak Dan Gas (PTMG) di PKS. Ia ditubuhkan bagi melahirkan juruteknik-juruteknik untuk keperluan Petronas. Walau bagaimanapun, program ini telah tamat pada bulan Ogos 2003. Pada peringkat awal pengambilan pertama Julai 1989, seramai 204 orang telah ditawarkan untuk mengikuti kursus-kursus berikut: Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan) Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Am) Sijil Penyimpanan Kira Diploma Akauntasi Pada masa sekarang, PKS menawarkan Dua kursus bertaraf diploma, iaitu: Diploma Intergrasi (Lulusan Sijil Politeknik) Diploma lepasan SPM
3
MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional.
VISI Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan Dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik Dan Mesra Pelanggan.
FALSAFAH Prasarana Berilmu Sejajar Teknologi Terkini.
4
DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAN SERTA STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PERPUSTAKAAN Perpustakaan Politeknik Adalah Komited Untuk Menyediakan Koleksi Yang Berkualiti Serta Perkhidmatan Yang Efisyen Dan Berhemah Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan Sejajar Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN 1. Mengesan, Mengumpul, Menyimpan, Mengurus, Menyedia Dan Menyebarkan Sumber Yang Bersesuaian, Berkualiti Dan Terkini Dalam Semua Program Anjuran Politeknik. 2. Memberi Perkhidmatan Perpustakaan Yang Cemerlang Bersesuaian dengan perkembangan Teknologi Maklumat 3. Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Bagi Memupuk Minat Dan Membudayakan Ilmu. 4. Membantu Melahirkan Tenaga Separa Profesional Yang Kreatif Dan Berdaya Saing Serta Mempunyai Sahsiah Diri Yang Tinggi.
STRATEGI PELAKSANAAN 1. 2. 3. 4.
Memantapkan Tenaga Kerja Perpustakaan Yang Kompeten Dan Berdaya Maju. Memastikan Keperluan Dan Kehendak Pelanggan Dipenuhi. Menyediakan Koleksi Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti. Mendukung Proses pembelajaran Dan Pengajaran seiring Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
5
PIAGAM PELANGGAN
Kami Beriltizam Dan Berjanji Akan:1. Memberi Perkhidmatan Peminjaman, Pemulangan Dan Pembaharuan Koleksi Dalam Tempoh Satu (1) Minit. 2. Memastikan Perolehan Koleksi Yang Berkualiti Dan Terkini Mengikut Kadar Peruntukan Yang Diluluskan. 3. Memberikan Perkhidmatan Yang Cekap, Tepat Dan Mesra Untuk Memenuhi Kehendak Pelanggan. 4. Memastikan Susunatur Kelengkapan Dan Kekemasan Koleksi Yang Sistematik Bagi Memudahkan Dapatan Kembali. Dalam Melaksanakan Tugas ini, Kami Bersedia Menerima Cadangan Dan Maklumbalas Serta Teguran Bagi Memastikan Kepuasan Pelanggan.
6
CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN
7
KOLEKSI PERPUSTAKAAN 1. Koleksi Am (Bahan Bercetak dan Bukan Becetak) Koleksi Bahan Bukan Bercetak i. Kaset Audio ii. Kaset Video iii. Cakera Padat (Dokumentari/ Maklumat) iv. Disket (Dokumentari/Maklumat) 2. 3. 4. 5.
Koleksi Arkib Koleksi Media Koleksi Tanda Merah Jambu Koleksi Terbitan Bersiri
8
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak adalah seperti berikut: 1.
Pinjaman Dan Pemulangan Pengguna yang telah mendaftar ahli perpustakaan layak meminjam bahan- bahan daripada koleksi perpustakaan.
2.
Tempahan Tempahan bahan boleh dilakukan secara talian/di kaunter perkhidmatan. Bahan yang ditempah akan disimpan dan diberikan kepada pengguna lain atau di susun kembali di rak sekiranya tidak di tuntut.
3.
Rujukan Dan Pencarian Maklumat Perkhidmatan ini disediakan di kaunter rujukan/pinjaman. Khidmat ini disediakan bagi membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan.
4.
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) Perkhidmatan ini terbuka kepada kakitangan Politeknik Kuching Sarawak sahaja.
5.
Kesedaran Semasa (Pameran)
6.
Sistem Repositori (Dspace) http://dspace.poliku.edu.my/xmlui
7.
Pendidikan Pengguna
8.
Internet @ Information Centre
9.
Laman Web Perpustakaan http://library.poliku.edu.my
10.
Online Public Access Catalog (OPAC) melalui Sistem ANGKASA http://lms.poliku.edu.my
9
WAKTU PERKHIDMATAN
Masa
Hari Kuliah
Sebelum/ Semasa Minggu Peperiksaan Cuti Semester
Catatan
8.15 pagi – 4.50petang 8.15 pagi -4.50 petang
*Tertakluk kepada perubahan
8.15 pagi – 1.00 tengahari 2.00 petang – 4.50 petang
10
KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN
1.
Ruang Bacaan Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di aras bawah dan aras atas perpustakaan.
2.
Sudut Sumber Media Sudut penggunaan komputer. Ia adalah percuma dan tempoh masa penggunaan ialah 30 minit untuk setiap pengguna.
3.
Ruang Mesyuarat Ruang mesyuarat ini disediakan untuk kakitangan PKS mengadakan mesyuarat sahaja dan boleh menampung 10 orang dalam sesuatu masa.
4.
Ruang Penyimpanan Ruang penyimpanan terletak di luar Perpustakaan.
5.
Kawasan Internet Tanpa Wayar Akses internet tanpa Wayar (WIFI), disediakan di ruang bacaan perpustakaan. Pengguna dikehendaki mendaftar di Unit UICT untuk mendapatkan kata nama dan kata laluan.
11
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PKS Tiada yuran pendaftaran dikenakan Pendaftaran Melalui Borang Atas Talian di Laman Web Perpustakaan http://library.poliku.edu.my/
- Katalog Atas Talian - Sign Up
12
POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1. Peminjaman bahan perpustakaan adalah mengikut kategori keahlian. 2. Bahan perpustakaan yang sudah tamat tempoh peminjaman harus dikembalikan kepada perpustakaan pada tarikh yang ditetapkan. 3. Pembaharuan pinjaman bahan perpustakaan hanya boleh dilakukan sekali sahaja selepas tempoh tamat peminjaman.
DENDA LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN / BAHAN PERPUSTAKAAN HILANG 1. Denda bagi ahli yang tidak memulangkan buku selepas tarikh peminjaman tamat ialah RM 0.20 sehari bagi senaskhah buku. 2. Ahli yang tidak memulangkan buku selepas tamat tempoh pinjaman akan diberi surat peringatan melalui Ketua Jabatan / Unit masing-masing. 3. Ahli yang menghilangkan atau merosakan bahan perpustakaan dikehendaki membayar harga pembelian buku tersebut beserta dengan kos memproses sebanyak RM5.00. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, pihak perpustakaan akan menentukan harga gantian kes tersebut. 4. Denda dibayar di perpustakaan. 5. Pengguna yang belum mengembalikan serta membayar denda tidak dibenarkan meminjam buku. 6. Untuk kes-kes gagal menyelesaikan denda, tindakan yang boleh dikenakan adalah: Digugurkan keahlian perpustakaan secara automatik. Ditahan keputusan peperiksaan akhir semester yang tertentu bagi pelajar yang masih menuntut di PKS. Ditahan sijil atau diploma graduan bagi pelajar yang telah tamat pengajiannya.
13
PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua warga PKS sahaja. 2. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar / staf pengguna lain. 3. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/kad staf/surat kebenaran semasa masuk dan berada dalam perpustakaan. 4. Pengguna mesti mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS. 5. Pengguna hanya dibenarkan membawa buku, nota, alat tulis, komputer riba dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain disimpan di loker yang disediakan. 6. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa perpustakaan ditutup boleh disemak di kaunter pinjaman. 7. Pengguna mestilah patuh kepada arahan SENYAP di perpustakaan. 8. Pengguna dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di troli. 9. Penggunaan telefon bimbit dalam mode senyap adalah dibenarkan di dalam perpustakaan tetapi percakapan melalui telefon adalah tidak dibenarkan. 10. Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat belajar dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam. 11. Semua kakitangan yang bercuti/berkursus panjang, berpindah, dan sambung belajar mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum pergi. 12. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang ingin dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan. 13. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan. 14. Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong. 15. Pengguna yang membuat salinan foto adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan AKTA HAKCIPTA. 16. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan barang-barang persendirian semasa berada di dalam perpustakaan. 14
PERATURAN PERPUSTAKAAN
17. Larangan semasa berada di perpustakaan : Membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah. Membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh pemulangannya. Membuat bising/menggangu pengguna lain. Makan/minum/merokok Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot, rak buku dan kaunter pinjaman. Membuang sampah di merata-rata tempat. Menconteng/mengoyak/merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan. Bertengkar/bergaduh Menggunakan kocek pinjaman orang lain. Mencuri harta benda perpustakaan. Tidur Berkelakuan tidak senonoh. Memakai selipar 18. Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda/memulangkan bahan yang dipinjam apabila tamat pengajian, akan ditahan sijil atau diploma Politeknik. 19. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan perpustakaan akan dikenakan satu atau lebih tindakan tatatertib di bawah : Amaran Penggantungan daripada mana-mana atau semua kemudahan Perpustakaan PKS selama satu tempoh yang ditetapkan. Arahan sekatan paparan keputusan peperiksaan di laman web POLIKU selama tempoh yang ditetapkan Penyingkiran dari Politeknik. 20. Semua pengguna tertakluk kepada peraturan dan staf diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan perpustakaan. 21. Peraturan-peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
15
ETIKA DI PERPUSTAKAAN KOD ETIKA PENGGUNA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Mematuhi arahan dan peraturan perpustakaan. Berpakaian mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik. Menjaga suara, tingkah laku dan tatatertib. Bertanggungjawab ke atas harta perpustakaan. Bersikap amanah terhadap bahan yang dipinjam. Menepati masa/tempoh pinjaman. Sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan.
ETIKA MEMASUKI PERPUSTAKAAN 1. Sentiasa memakai/mempamerkan kad pelajar/staf 2. Mematikan/menyahaktifkan bunyi telefon bimbit dan menyimpannya di tempat yang selamat dan tersembunyi. 3. Tidak membawa masuk makanan/minuman 4. Menyimpan barangan/peralatan persendirian di tempat simpanan barang yang disediakan.
ETIKA KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN, MERUJUK, MEMINJAM DAN MEMULANG BAHAN PERPUSTAKAAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Menjaga tingkah laku, suara dan patuh kepada arahan senyap. Tidak mengalih peralatan dan perabot dari tempat yang sepatutnya. Tidak mengotor, mengoyak dan merosakkan bahan/koleksi. Tidak makan dan minum dalam perpustakaan. Tidak berbincang secara berpasangan lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak bertertib. Memelihara susunan buku di rak ketika buku diambil dari raknya. Bertanggungjawab, amanah dan memelihara bahan yang dipinjam dari sebarang kerosakan dan kehilangan. Memulangkan bahan yang dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bertanggungjawab menggantikan bahan yang hilang dengan yang baru atau membayar ganti rugi.
ETIKA KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN 1. 2. 3. 4.
Mengemas kembali kerusi dan meja selepas menggunakannya. Memastikan bahan yang akan dibawa keluar dipinjam secara sah, Keluar dan masuk melalui pintu yang ditetapkan. Memastikan barangan milik peribadi tidak ditinggalkan di perpustakaan
16
PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN TINGKAT BAWAH
17
PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN TINGKAT ATAS
18
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
19