Laporan Inovasi 2014
Tajuk : AA-DKM Ref Book Jabatan : Kejuruteraan Mekanikal
Ahli Kumpulan: Nur Ismalina Haris Siti Salwa Samsuri Masniza Yusof Mohd Zulfabli Hasan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 1
Laporan Inovasi AA-DKM Ref Book 1.0
Maklumat Ringkas Jabatan yang Memperkenalkan Inovasi
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan sebuah jabatan yang menawarkan Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal sejak mula beroperasi dari tahun 2004. Jabatan ini diterajui oleh En. Jamazuki Bin Othman sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh En. Suhairi Bin Ahmad selaku Ketua Program. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai seramai 27 orang pensyarah, seorang pembantu makmal dan seorang juruteknik. 2.0
Penerangan Mengenai Inovasi yang Diperkenalkan
Inovasi yang diperkenalkan pada kali ini adalah merupakan sebuah aplikasi android yang telah diberi nama “AA-DKM Ref Book” ataupun dikenali sebagai Android Aplication-DKM Reference Book. Objektif inovasi penghasilan “AA-DKM Ref Book” ini ialah: i.
Membantu para pelajar DKM untuk mendapatkan maklumat mengenai buku-buku rujukan yang digunapakai selama 6 semester pengajian dalam bentuk aplikasi android.
ii.
Meringankan tanggungjawab pensyarah untuk memaklumkan kepada para pelajar pada setiap masa tentang buku-buku rujukan yang digunapakai dalam pengajian program DKM ini.
Kajian secara pemerhatian mendapati kebanyakkan para pelajar yang mengikuti program DKM di PTSS ini memiliki telefon pintar yang menggunakan sistem operasi android. Sistem operasi android ini adalah berbasiskan Linux dan dikembangkan oleh Google Inc. Hasil daripada pemerhatian ini, kumpulan kami telahpun bersetuju untuk membina sebuah aplikasi android yang pertama iaitu “Kejuruteraan Mekanikal” yang mana telah diterbitkan dalam Google Play untuk dimuatturun secara percuma oleh pengguna sepertimana dalam Rajah 1.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 2
Rajah 1: Aplikasi android Kejuruteraan Mekanikal diterbitkan di Google Play Ia merupakan sebuah aplikasi yang mengandungi:
Dashboard yang memaparkan menu pilihan iaitu Sinopsis Program DKM, Senarai Buku Rujukan dari Semester 1 hingga 6, Panduan Projek Pelajar, Maklumat Kami, Kalendar, Peta PTSS dan Hubungi Kami.
Sinopsis pengajian Program DKM di Politeknik Malaysia
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 3
Senarai buku-buku rujukan Program DKM bermula dari semester 1 hingga 6. Senarai buku rujukan ini mengandungi gambar muka depan buku, penulis asal buku, penerbit buku, International Standard Book Number (ISBN) serta maklumat2 lain yang berkaitan.
Panduan Projek Pelajar semester 5 dan 6 ini mengandungi beberapa maklumat penting untuk dijadikan panduan kepada para pelajar DKM dalam menyelesaikan projek pelajar.
Kalendar yang memaparkan aktiviti sepanjang semester yang berkaitan dengan pengajian Program DKM di PTSS. Kalendar ini sentiasa dikemaskini bagi memastikan para pelajar maklum tentang maklumat setiap aktiviti.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 4
Aplikasi android ini telah dibina secara peringkat demi peringkat bermula pada Julai 2013. Selepas siap dibina, ia melalui fasa percubaan (testing) ke atas beberapa peranti iaitu telefon pintar dan tablet sebelum diterbitkan dalam Google Play. Ia telah dibina dalam Android package (apk) file dan boleh di install ke dalam peranti melalui link yang telah dimuatturun. Para pengguna harus memberi kebenaran terlebih dahulu sebelum aplikasi ini di install kerana ia tidak melalui Google Play dan di kenali sebagai unknown sources. Proses percubaan inovasi ini telah pun dilakukan kepada para pengguna terutamanya para pelajar DKM di PTSS pada sesi pengajian semester Jun 2013 (bermula pada Jun hingga Disember 2013). Aplikasi ini telahpun dilaksanakan secara sah apabila ianya telah diterbitkan dalam Google Play ( Rajah 1) selepas mendapat input/sambutan yang baik di kalangan para pelajar selepas melalui fasa percubaan. 3.0
Sebelum Inovasi
Sebelum inovasi, para pensyarah harus menulis di papan tulis ataupun menyatakan maklumat tentang buku rujukan di dalam Course Outline bagi setiap kursus. Aktiviti ini akan berulang pada setiap semester baru bermula. Ada ketika para pelajar akan ambil maklum tentang buku-buku yang menjadi rujukan, ada ketika kertas Course Outline yang diberikan akan hilang begitu sahaja. Para pelajar akan bertanya semula kepada pensyarah tentang buku-buku yang menjadi rujukan utama bila mana mereka tidak menyalin senarai buku rujukan di papan tulis ataupun kehilangan Course Outline yang telah diberikan oleh pensyarah. Ada juga sebilangan pelajar yang akan menelefon pensyarah bila mereka ke kedai buku untuk mencari buku-buku rujukan. Mereka akan memberi alasan tidak ingat tentang tajuk buku yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.0 i.
Faedah Perlaksanaan Inovasi Kreativiti
Inovasi ini merupakan hasil kreativiti para pensyarah dari JKM, PTSS di mana fokus utama untuk menyenaraikan buku-buku rujukan DKM Politeknik dalam bentuk satu aplikasi android belum lagi diterbitkan dalam Google Play (rujuk Lampiran A). Aplikasi ini ditulis dalam Bahasa Malaysia dan lebih menfokuskan kepada para pelajar DKM dari Politeknik Malaysia.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 5
ii.
Tahap pelaksanaan
Aplikasi ini telah pun diterbitkan secara rasmi di Google Play pada 25 Febuari 2014 selepas melalui fasa percubaan pada sesi penggajian Jun 2013 yang lepas. Ia telah membenarkan Google App Analytics menjalankan tugas untuk mengesan dan mengukur tahap kejayaan aplikasi tersebut kepada pengguna. Ia telah dilakukan dengan cara mendaftar aplikasi kita dengan Google App Analytics sepertimana Lampiran B. Dengan bantuan Google App Analytics, kita dapat melihat statistik bilangan pengguna, aktiviti yang diguna, tempoh sesi, lokasi geografi dan banyak lagi. Ianya penting untuk kita lihat sejauh mana aplikasi kita digunapakai oleh para pengguna dan kami telah menetapkan target ia digunakan oleh para pelajar dari DKM PTSS secara khasnya dan para pengguna lain secara amnya. iii.
Replicability
Aplikasi ini juga bersifat replicalibility di mana ia boleh dimuatturun secara percuma oleh para pengguna android melalui Google Play dan boleh dicapai walau di mana jua kita berada sepertimana bukti dalam Lampiran C. Aplikasi ini juga boleh diubah mengikut keperluan semasa tanpa melibatkan kos/menggunakan kos yang tinggi kerana ia adalah sebuah aplikasi android yang bersifat open-source iaitu salah satunya ia bersifat boleh diperbaiki jika ada kesalahan dengan hanya menggunakan tool edit dan dikembangkan lagi ke versi yang seterusnya untuk penambahbaikkan. iv.
Efisien
Aplikasi android ini mampu menjimatkan masa para pelajar untuk mendapatkan senarai buku rujukan bagi kursus DKM. Pelajar hanya perlu memuatturun aplikasi ini secara percuma dari Google Play dengan fail sebesar 5.7M dan lihat pada Dashboard untuk memilih menu yang dikehendaki sama ada untuk mencari senarai buku rujukan dari semester 1 hingga 6 dalam masa beberapa saat sahaja. Ia boleh dicapai di mana sahaja selepas dimuatturun tanpa perlu akses kepada internet. Aplikasi ini boleh menjimatkan kos kertas yang diberikan kepada para pelajar yang mengandungi senarai buku rujukan DKM yang mana kertas tersebut belum tentu disimpan dengan baik untuk digunakan sebagai rujukan. Para pelajar juga boleh mendapatkan buku rujukan dengan cepat apabila ke perpustakaan atau kedai buku dengan hanya merujuk kepada aplikasi ini. Aplikasi ini juga mesra pengguna di mana ia telah direkabentuk dengan design yang ringkas, ditulis dalam Bahasa Malaysia dan mudah difahami oleh pengguna. Ia juga bersifat boleh dipasarkan namun harus dibuat penambahbaikkan dengan menambah lagi maklumat-maklumat lain yang dirasakan perlu dan mampu menarik perhatian pengguna mengikut target.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 6
v.
Signifikan
Inovasi ini telah memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran bila mana para pelajar DKM dapat menyelesaikan tugasan dan Case Study dalam masa yang ditetapkan dengan merujuk kepada buku rujukan yang betul tanpa bergantung sepenuhnya kepada nota pensyarah. Hasil daripada pemerhatian, di dapati para pelajar mula mendapatkan buku – buku rujukan dengan membawanya ke kelas semasa sesi P&P berlangsung. Ia juga mengandungi peta lokasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Kalendar Pengajian sebagai rujukan sebarang aktiviti yang berlangsung sepanjang semester. 4.0
Kesimpulan
Aplikasi AA-DKM Ref Book ini telah dihasilkan untuk membantu para pelajar DKM mendapatkan senarai buku-buku rujukan setiap semester dengan mudah. Ia juga mengandungi panduan projek pelajar sebagai sampingan untuk membantu para pelajar mendapatkan rujukan untuk menyelesaikan projek 1 dan 2. Ia juga didatangkan dengan kalendar aktiviti sepanjang semester yang sentiasa dikemaskini bagi memastikan para pelajar maklum tentang aktiviti yang dijalankan.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 7
Lampiran A
Lampiran B
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 8
Lampiran C
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSS
Page 9