APRIL 2 0 16
RENCANA PEMBELAJARAN BAGI:
30 MEI– 26 JUN 2016
MUKA DEPAN:
PENYIAR
COLOMBIA
166,049
Para Saksi berusaha untuk menginjil kepada orang Wayuu yang suka bercakap tentang Tuhan. Mereka biasanya pergi ke kota untuk menjual hasil tangan mereka. Di sana mereka mendengar berita baik melalui kesaksian awam
PEMBELAJARAN BIBLE
229,723 HADIRIN PERINGATAN ( 2015)
510,952
KANDUNGAN
3
Adakah Kerja Penyebaran Anda seperti Embun?
18
5
Orang yang Setia Diperkenankan Tuhan
23
10
Adakah Anda Menggunakan Daya Imaginasi dengan Bijak?
KISAH HIDUP Biarawati Menjadi Saudari Rohani
27
13
Mengapakah Kita Berkumpul Bersama untuk Menyembah Tuhan? Ada banyak cabaran yang menyebabkan kita susah untuk menghadiri perjumpaan dengan tetap. Rencana ini akan menjelaskan mengapa menghadiri perjumpaan membawa manfaat kepada kita, dapat membantu orang lain, dan menyenangkan hati Yehuwa.
30 MEI–5 JUN
Rencana ini menunjukkan apa yang membantu Yefta dan anak perempuannya tetap setia sewaktu menghadapi cabaran. Kita juga akan belajar mengapa pengorbanan untuk mendapat perkenan Tuhan memang berbaloi.
13-19 JUN
20-26 JUN
Tetap Neutral dalam Dunia yang Berpecah Belah
6-12 JUN Oleh sebab kerajaan manusia akan dibinasakan tidak lama lagi, keneutralan kita akan semakin diuji. Dalam rencana ini, kita akan membincangkan empat cara untuk tetap setia kepada Yehuwa.
“Biarlah Ketabahan Kamu Mencapai Tujuannya” Untuk menerima kehidupan kekal, kita mesti bertahan sampai akhir. Rencana ini akan membincangkan empat cara yang membantu kita bertahan dan tiga teladan orang yang bertabah. Rencana ini juga membincangkan maksud ‘membiarkan ketabahan mencapai tujuannya.’
Bahan bacaan ini bukan untuk dijual. Bahan bacaan ini digunakan untuk kerja pendidikan Bible sedunia yang mendapat sokongan melalui derma sukarela.
Kecuali apabila dinyatakan, ayat Bible daripada Kitab Ibrani dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Melayu (ABB), Hakcipta 5 The Bible Society of Malaysia 2001, dan ayat Bible daripada Kitab Yunani dipetik daripada Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures, Edisi 2013 dalam bahasa Inggeris.
32
PERTANYAAN PEMBACA
Printed in Japan.
ADAKAH KERJA PENYEBARAN ANDA SEPERTI EMBUN? KERJA PENYEBARAN kita penting dan bernilai. Namun, bukan semua orang menghargai kerja ini. Walaupun orang berminat dengan Bible, mereka mungkin berasa bahawa mempelajari Bible dengan kita tidak penting. Mari kita lihat contoh Gavin. Dia menghadiri perjumpaan, tetapi tidak ingin belajar Bible dengan Saksi. Gavin tidak mahu orang tahu bahawa pengetahuan Biblenya sangat sedikit. Selain itu, dia takut untuk menyertai kumpulan agama dan tidak mahu diperdaya. Jika anda berjumpa Gavin, adakah anda berasa bahawa anda dapat membantu Gavin? Fikirkan kesan baik daripada ajaran Bible atas seseorang. Yehuwa memberitahu orang Israel, ‘Ajaranku seperti embun dan seperti hujan rintikrintik yang turun ke atas rumput.’ (Ul. 31: 19, 30; 32:2) Mari kita belajar bagaimana embun dapat disamakan dengan kerja penyebaran yang membantu “segala macam orang.”—1 Tim. 2:3, 4. 3
KERJA PENYEBARAN SEPERTI EMBUN
Embun itu lembut. Embun terhasil daripada wap air yang bertukar menjadi titisan air. Bagaimanakah kata-kata Yehuwa “seperti embun”? Yehuwa bercakap kepada umat-Nya dengan lembut, baik, dan bertimbang rasa. Kita mengikut teladanNya dengan menghormati pandangan orang. Kita menggalakkan mereka untuk berfikir dengan mendalam dan membuat kesimpulan sendiri. Apabila kita menunjukkan keprihatinan sebegini, lebih senang bagi mereka untuk mendengar kata-kata kita, dan kerja penyebaran kita akan berkesan. Embun menyegarkan. Kerja penyebaran kita menyegarkan orang jika kita memikirkan pelbagai cara untuk membantu mereka. Chris telah menawarkan pembelajaran Bible kepada Gavin. Tetapi, dia tidak memaksa Gavin. Sebaliknya, Chris mencuba cara lain agar Gavin berasa selesa untuk berbincang tentang Bible. Chris memberitahu Gavin bahawa mempelajari mesej penting yang terkandung dalam Bible akan membantunya lebih memahami apa yang dibincangkan semasa perjumpaan. Kemudian Chris menjelaskan bagaimana nubuat Bible meyakinkannya bahawa Bible adalah tepat. Hasilnya, mereka banyak berbincang mengenai nubuat Bible yang menjadi kenyataan. Perbincangan sedemikian menyegarkan Gavin, dan akhirnya dia bersetuju mempelajari Bible. Embun penting bagi kehidupan. Ketika cuaca panas di Israel, hujan mungkin tidak turun selama beberapa bulan. Tanpa embun, tumbuhan akan layu dan mati. Yehuwa bernubuat bahawa hari ini juga
terdapat keadaan yang bagaikan kemarau, iaitu orang mendahagakan ‘perkhabaran daripada Yehuwa.’ (Am. 8:11) Tuhan berkata bahawa kaum terurap yang menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan bagaikan ‘embun menyegarkan yang dikirim olehNya.’ Mereka disokong oleh “biri-biri lain.” (Mi. 5:6; Yoh. 10:16) Mesej yang kita sampaikan merupakan sebahagian daripada aturan Yehuwa untuk memberikan hidup kepada orang yang mendahagakan kebenaran. Adakah kita menghargai mesej ini? Embun berkat daripada Yehuwa. (Ul. 33:13) Kerja penyebaran membawa berkat bagi mereka yang menyambut berita baik. Semasa belajar Bible, Gavin diberkati kerana mendapat jawapan kepada semua soalannya. Dalam masa yang singkat, dia membuat kemajuan rohani dan dibaptis. Kini, dia menikmati kerja penyebaran bersama isterinya, Joyce. HARGAILAH KERJA PENYEBARAN
Dengan membandingkan kerja penyebaran seperti embun, kita sedar bahawa usaha setiap orang sangat bernilai. Mengapa? Setitis air tidak membawa banyak manfaat. Tetapi jutaan titisan air akan melembapkan tanah. Begitu juga, usaha kita secara individu dalam kerja penyebaran mungkin sedikit. Namun, gabungan usaha jutaan penyembah Yehuwa membolehkan kita menginjil “kepada semua bangsa.” (Mat. 24:14) Adakah kerja penyebaran kita membawa berkat kepada orang lain? Sudah tentu, mesej kita seperti embun yang lembut, menyegarkan, dan penting bagi kehidupan!
Saksi-Saksi Yehuwa menyegarkan bumi dengan berita baik Kerajaan Tuhan
Orang yang Setia Diperkenankan Tuhan “Tirulah contoh mereka yang mewarisi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar.”—IBR. 6:12. SEORANG wanita muda berlari ke arah bapanya, Yefta. Dia menyanyi dan menari dengan gembira kerana bapanya mendapat kemenangan dalam peperangan. Namun, apa yang dilakukan dan dikatakan Yefta mengejutkan. Dia mengoyakkan pakaian dan berseru, “Aduh anakku, hancurlah hatiku!” Kemudian, Yefta memberitahu anaknya tentang janjinya kepada Yehuwa. Janji ini akan mengubah hidup anaknya buat selama-lamanya kerana dia tidak dapat berkahwin atau mempunyai anak. Tetapi, anaknya memberikan jawapan yang sangat mengagumkan. Dia menggalakkan bapanya untuk menepati janji kepada Yehuwa. Jawapannya itu menunjukkan bahawa dia percaya apa pun yang diinginkan Yehuwa adalah untuk kebaikannya. (Hak. 11:34-37) Yefta sangat bangga apabila nampak iman anaknya dan sedar bahawa kerelaan anaknya menggembirakan Yehuwa. 2 Yefta dan anaknya percaya sepenuhnya kepada Yehuwa dan cara Dia melakukan sesuatu perkara. Mereka tetap setia
LAGU: 86, 54
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Bagaimanakah teladan Yefta dan anak perempuannya membantu kita untuk menolak pengaruh dunia?
Apakah prinsip-prinsip Bible yang dapat membantu anda mengatasi masalah dengan orang lain?
Bagaimanakah rencana ini menggalakkan anda untuk membuat pengorbanan demi Kerajaan Tuhan?
1, 2. Apakah cabaran yang dihadapi Yefta dan anak perempuannya?
5
walaupun tidak mudah untuk melakukannya. Mereka rela membuat apa sahaja pengorbanan kerana ingin mendapat perkenan Yehuwa. 3 Tidak mudah untuk tetap setia kepada Yehuwa. Kita “harus berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kepercayaan.” (Yud. 3) Maka, kita perlu belajar cara Yefta dan anak perempuannya menghadapi cabaran dengan jayanya. Bagaimanakah mereka tetap setia kepada Yehuwa?
Pada hari ini, orang juga berfikir dan berkelakuan seperti orang Kanaan. Mereka mengutamakan seks, keganasan, dan wang. Namun Yehuwa memberikan amaran yang jelas. Dia ingin melindungi kita sepertimana Dia ingin melindungi orang Israel daripada pengaruh buruk. Bagaimanakah kita dapat menggelakkan kesilapan orang Israel? (1 Kor. 10:6-11) Kita harus menolak pemikiran dunia. (Rm. 12:2) Adakah kita berusaha untuk melakukannya?
SETIA WALAUPUN MENGHADAPI PENGARUH DUNIA
YEFTA TETAP SETIA WALAUPUN BERASA KECEWA
Yefta dan anak perempuannya sentiasa ingat akibat buruk yang dialami orang Israel kerana tidak setia kepada Yehuwa. Kira-kira 300 tahun sebelum itu, Yehuwa memerintahkan umat Israel untuk membunuh semua penganut agama palsu di Tanah yang Dijanjikan. Namun, mereka tidak mentaati Tuhan. (Ul. 7:1-4) Ramai orang Israel mula mengikut orang Kanaan dan menyembah tuhan palsu serta menjalani kehidupan yang tidak bermoral.—Baca Mazmur 106:34-39. 5 Oleh sebab orang Israel tidak taat, Yehuwa tidak melindungi mereka daripada musuh. (Hak. 2:1-3, 11-15; Mzm. 106:4043) Pada masa itu, sangat susah bagi orang untuk tetap setia kepada Yehuwa. Namun Bible menyebut tentang orang yang setia seperti Yefta dan anak perempuannya, serta Elkana, Hana, dan Samuel. Mereka bertekad untuk menyenangkan hati Yehuwa. —1 Sam. 1:20-28; 2:26.
Pada zaman Yefta, orang Israel ditindas oleh orang Filistin dan orang Amon kerana mereka mengingkari Yehuwa. (Hak. 10:7, 8) Selain itu, Yefta juga menghadapi cabaran daripada saudaranya dan pemimpin umat Israel. Oleh sebab saudaranya cemburu dan benci terhadap Yefta, mereka mengusirnya dari tanah miliknya. (Hak. 11:1-3) Namun, Yefta tidak dipengaruhi oleh sikap kejam mereka. Bagaimanakah kita tahu? Apabila para pemimpin merayu meminta bantuannya, dia segera membantu mereka. (Hak. 11: 4-11) Apakah yang mendorong Yefta untuk bereaksi sedemikian? 8 Yefta seorang pahlawan yang gagah. Dia juga tahu tentang sejarah orang Israel dan Hukum Musa dengan baik. Melalui cara Yehuwa memperlakukan umat-Nya, dia belajar tentang piawaian Tuhan mengenai apa yang betul dan salah. (Hak. 11:12-27) Prinsip Tuhan di sebalik Hukum Musa mempengaruhi pemikiran dan perasaan Yefta. Dia tahu bahawa Yehuwa tidak memperkenankan orang
3. Mengapakah teladan Yefta dan anak perempuannya dapat membantu kita? 4, 5. (a) Apakah yang diperintahkan Yehuwa apabila orang Israel masuk ke Tanah yang Dijanjikan? (b) Menurut Mazmur 106, apakah yang berlaku kepada orang Israel yang tidak taat kepada Tuhan?
6. Apakah pengaruh daripada dunia hari ini? Apakah yang harus kita lakukan? 7. (a) Apakah layanan yang dialami Yefta? (b) Apakah reaksi Yefta? 8, 9. (a) Apakah prinsip dalam Hukum Musa yang telah membantu Yefta? (b) Bagi Yefta, apakah yang lebih penting?
4
6
6
7
yang menyimpan dendam dan Tuhan ingin umat-Nya saling mengasihi. Selain itu, Hukum Musa juga mengajarnya cara memperlakukan orang lain, termasuk mereka yang membencinya.—Baca Keluaran 23:5; Imamat 19:17, 18. 9 Teladan Yusuf mungkin telah membantu Yefta. Dia mempelajari cara Yusuf menunjukkan belas kasihan terhadap saudaranya walaupun mereka membencinya. (Kej. 37:4; 45:4, 5) Dengan merenungkan contoh ini, Yefta dibantu untuk bertindak dalam cara yang diperkenankan Yehuwa. Apa yang dilakukan oleh saudara Yefta memang menyakiti hatinya. Namun, mempertahankan nama Yehuwa dan umat-Nya adalah lebih penting daripada perasaannya. (Hak. 11:9) Dia bertekad untuk setia kepada Yehuwa. Sikap ini telah membawa berkat Yehuwa bagi dirinya dan orang Israel.—Ibr. 11:32, 33 10 Apakah yang kita pelajari daripada contoh Yefta? Apakah yang akan kita lakukan jika rakan seiman mengecewakan kita atau kita diperlakukan dengan tidak adil? Kita tidak harus membiarkan perasaan sakit hati menghalang kita daripada menyembah Yehuwa. Janganlah berhenti menghadiri perjumpaan atau bergaul dengan saudara saudari. Marilah kita meniru teladan Yefta dan taat kepada Yehuwa. Hal ini akan membantu kita untuk mengatasi situasi yang susah supaya kita juga dapat menjadi teladan yang baik seperti Yefta.—Rm. 12:20, 21; Kol. 3:13. MENUNJUKKAN IMAN MELALUI SEMANGAT RELA BERKORBAN
Yefta tahu bahawa dia memerlukan bantuan Tuhan untuk membebaskan orang 11
10. Bagaimanakah prinsip Tuhan membantu kita untuk bertindak seperti orang Kristian yang matang? 11, 12. Apakah janji yang diucapkan Yefta? Apakah maksud janji tersebut?
Israel daripada ancaman orang Amon. Jika Yehuwa memberinya kemenangan, dia berjanji untuk mempersembahkan orang yang pertama-tama keluar dari rumahnya sebagai “korban bakar” apabila dia kembali daripada peperangan. (Hak. 11:30, 31, nota kaki) Apakah maksudnya? 12 Yehuwa membenci korban berupa manusia. Maka, kita tahu bahawa Yefta tidak mempersembahkan korban sebegini. (Ul. 18:9, 10) Di bawah Hukum Musa, korban bakar merupakan pemberian istimewa yang diberikan sepenuhnya kepada Yehuwa. Oleh itu, Yefta memaksudkan bahawa orang yang dipersembahkan kepada Yehuwa akan berkhidmat di khemah suci buat seumur hidup. Yehuwa mendengar permohonan Yefta lalu membantunya untuk mendapat kemenangan. (Hak. 11:32, 33) Namun, siapakah yang akan dipersembahkan Yefta kepada Yehuwa? 13 Fikirkan peristiwa yang disebutkan pada permulaan rencana. Apabila Yefta kembali daripada peperangan, orang yang pertama-tama keluar untuk berjumpa dengannya ialah anak kesayangannya, iaitu anak tunggalnya! Adakah Yefta akan menunaikan janjinya? Adakah dia akan memberikan anak perempuannya kepada Yehuwa untuk berkhidmat di khemah suci buat seumur hidup? 14 Sekali lagi, prinsip dalam Hukum Musa membantu Yefta untuk membuat keputusan yang betul. Mungkin dia teringat katakata di Keluaran 23:19 yang mengajar umat Tuhan untuk rela memberikan yang terbaik kepada Yehuwa. Hukum itu juga menunjukkan bahawa apabila seseorang mengucapkan janji kepada Yehuwa, “dia tidak boleh memungkiri janjinya. Dia harus melakukan 13, 14. Bagaimanakah kata-kata Yefta di HakimHakim 11:35 menunjukkan imannya?
7
segala yang dikatakannya.” (Bil. 30:2) Yefta perlu menunjukkan kesetiaan seperti Hana, yang mungkin hidup sezaman dengannya. Biarpun tidak mudah bagi Yefta dan anaknya, dia tetap menepati janjinya. Oleh sebab anaknya akan berkhidmat di khemah suci, dia tidak akan berkahwin atau melahirkan anak. Jadi, tiada sesiapa pun yang akan mewarisi nama dan tanah Yefta. (Hak. 11:34) Namun, Yefta berkata, ‘Aku telah bersumpah kepada Yehuwa dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!’ (Hak. 11:35) Yehuwa menghargai pengorbanan Yefta dan memberkatinya. Adakah anda juga akan menunjukkan kesetiaan seperti Yefta? 15 Apabila kita membaktikan diri kepada Yehuwa, kita berjanji untuk melakukan kehendak-Nya tidak kira apa pun yang berlaku. Kita sedar bahawa tidak mudah untuk menepati janji tersebut. Namun, apakah reaksi kita apabila diminta 15. Apakah janji yang kita ucapkan? Bagaimanakah kita dapat menepati janji itu?
Bagaimanakah kita dapat meniru iman Yefta dan anak perempuannya? (Lihat perenggan 16, 17)
untuk melakukan sesuatu yang kita tidak suka? Jika kita mengatasi perasaan negatif dan rela mentaati Tuhan, kita membuktikan bahawa kita menepati janji. Pengorbanan kita mungkin besar, namun berkat Yehuwa lebih besar. (Mal. 3:10) Bagaimana pula dengan anak perempuan Yefta? Apakah reaksinya terhadap janji yang dibuat bapanya? 16 Janji Yefta berbeza daripada janji Hana. Hana berjanji untuk menyerahkan anaknya, iaitu Samuel, untuk berkhidmat di khemah suci sebagai orang Nazir. (1 Sam. 1:11) Orang Nazir dibenarkan untuk berkahwin dan berkeluarga. Namun, anak perempuan Yefta diberikan sepenuhnya sebagai “korban bakar.” Maka dia tidak dapat menjadi seorang isteri atau ibu. (Hak. 11:37-40) Fikirkan hal ini: Dia mungkin berpeluang untuk berkahwin dengan lelaki yang terbaik di negeri itu kerana ba16. Apakah reaksi anak perempuan Yefta terhadap janji bapanya? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
panya merupakan pemimpin orang Israel. Sebaliknya, dia menjadi seorang hamba di khemah suci. Apakah reaksi wanita muda ini? Kata-katanya menunjukkan bahawa dia mengutamakan khidmat kepada Yehuwa. Dia berkata kepada bapanya, “Lakukanlah apa saja terhadap diri saya untuk memenuhi janji ayah itu.” (Hak. 11:36) Dia mengorbankan keinginannya untuk menjadi seorang isteri dan ibu supaya dapat berkhidmat kepada Yehuwa. Bagaimanakah kita dapat meniru semangatnya yang rela berkorban? 17 Ribuan orang Kristian yang muda rela membuat pengorbanan. Mereka tidak berkahwin atau memiliki anak buat masa ini. Mengapa? Kerana mereka ingin mengutamakan khidmat kepada Yehuwa. Selain itu, banyak orang tua rela mengorbankan masa bersama anak atau cucu kerana mereka 17. (a) Bagaimanakah kita dapat meniru iman Yefta dan anak perempuannya? (b) Bagaimanakah Ibrani 6:10-12 menggalakkan anda untuk menunjukkan semangat rela berkorban?
memberikan masa dan tenaga kepada Yehuwa. Ada di antara mereka menyertai projek pembinaan, menghadiri Sekolah Latihan Penginjil, serta berpindah ke tempat yang lebih memerlukan bantuan. Sesetengah orang pula membuat rancangan untuk meningkatkan khidmat kepada Yehuwa pada musim Peringatan. Tuhan tidak akan melupakan pengorbanan yang ditunjukkan oleh umat-Nya yang setia. (Baca Ibrani 6:10-12.) Bagaimana pula dengan anda? Dapatkah anda membuat lebih banyak pengorbanan dalam khidmat kepada Yehuwa? APAKAH PENGAJARANNYA BAGI KITA?
Apakah yang membantu Yefta menangani cabaran-cabaran yang dihadapi? Yefta membiarkan Yehuwa membimbing hidupnya. Dia tidak dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya. Walaupun orang lain menyakiti hati Yefta, dia tidak membenarkan hal itu melemahkan tekadnya untuk menyembah Yehuwa. Yehuwa memberkati Yefta dan anak perempuannya kerana mereka rela membuat pengorbanan. Yehuwa menggunakan mereka berdua untuk memajukan ibadat sejati. Walaupun orang lain berhenti melakukan kehendak Tuhan, Yefta dan anak perempuannya tetap setia kepada Yehuwa. 19 Bible menyatakan, “Tirulah contoh mereka yang mewarisi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar.” (Ibr. 6:12) Marilah kita meniru teladan Yefta dan anak perempuannya. Jika kita tetap setia kepada Yehuwa, Dia akan memberkati kita. 18
18, 19. Apakah yang kita pelajari daripada kisah Yefta dan anak perempuannya? Bagaimanakah kita dapat meniru teladan mereka?
9
ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN DAYA IMAGINASI DENGAN BIJAK? OTAK manusia yang hanya seberat 1.4 kg dikatakan sebagai sesuatu yang “paling rumit di alam semesta.” Otak manusia memang menakjubkan. Lebih banyak kita belajar tentangnya, lebih besar penghargaan kita terhadap ciptaan Yehuwa yang “mengagumkan.” (Mzm. 139:14) Pertimbangkan salah satu kebolehan otak kita, iaitu daya imaginasi. Apakah itu imaginasi? Sebuah kamus menjelaskannya sebagai “kemampuan untuk membentuk gambaran atau idea dalam minda mengenai perkara yang baru dan menarik, atau perkara yang belum pernah dialami.” Tidakkah anda setuju bahawa kita sering menggunakan imaginasi kita? Contohnya, pernahkah anda membaca atau mendengar tentang suatu tempat yang anda tidak pernah lawat? Adakah hal ini menghalang anda daripada membayangkannya? Kita menggunakan daya imaginasi setiap kali kita memikirkan sesuatu yang tidak dapat dilihat, didengar, dirasai, disentuh, atau dihidu. Bible menyatakan bahawa manusia diciptakan menurut gambaran Tuhan. (Kej. 1:26, 27) Tidakkah hal ini membuktikan bahawa Yehuwa juga memiliki daya imaginasi? Memandangkan Yehuwa memilih untuk memberi kita kemampuan ini, Dia ingin kita menggunakannya untuk memahami kehendak-Nya. (Pkh. 3:11) Bagaimanakah kita dapat menggunakan daya imaginasi dengan bijak dan apakah yang harus dielakkan?
10
MENGGUNAKAN DAYA IMAGINASI DENGAN TIDAK BIJAK (1) Berangan-angan tentang perkara yang salah atau pada masa yang salah. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa imaginasi bermanfaat. Namun, Pengkhutbah 3:1 (NW) berkata, “Ada waktu yang ditetapkan untuk segala sesuatu.” Maka kita mungkin melakukan aktiviti tertentu pada masa yang salah. Misalnya, jika kita beranganangan semasa perjumpaan atau pembelajaran peribadi, adakah kita menggunakan daya imaginasi dengan bijak? Yesus memberikan amaran tentang bahaya membiarkan minda kita berkhayal tentang perkara yang tidak bermoral. (Mat. 5:28) Hal sebegini tidak menyenangkan hati Yehuwa. Jika kita berkhayal tentang perkara yang tidak bermoral, lambat laun kita mungkin melakukan perbuatan itu. Maka, bertekadlah agar imaginasi anda tidak menyebabkan anda menjauhi Yehuwa!
(2) Menyangka bahawa kekayaan membawa perlindungan berkekalan. Harta benda memang berguna. Namun, kita akan berasa kecewa jika kita menyangka bahawa kekayaan memberi perlindungan dan kebahagiaan sejati. Raja Salomo yang bijak berkata, “Orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti tem-
MENGGUNAKAN DAYA IMAGINASI DENGAN BIJAK bok tinggi dan kuat di sekeliling kota.” (Ams. 18:11) Pada bulan September 2009, lebih daripada 80 peratus bandar Manila, Filipina, diliputi air kerana hujan lebat. Dapatkah orang kaya menyelamatkan diri? Seorang lelaki kaya yang kehilangan banyak harta benda semasa banjir itu berkata, “Baik yang kaya mahupun yang miskin dilanda kesusahan dan penderitaan.” Memang mudah bagi kita untuk berfikir bahawa kekayaan membawa perlindungan. Namun, hakikatnya ialah hal ini tidak benar.
(3) Terlalu khuatir tentang perkara yang mungkin tidak berlaku. Yesus menasihati kita agar tidak terlalu “khuatir.” (Mat. 6:34) Orang yang selalu khuatir sebenarnya banyak menggunakan imaginasi mereka. Kita membuang masa jika kita berfikir mengenai masalah yang belum berlaku, atau yang mungkin tidak akan berlaku. Bible berkata bahawa kekhuatiran sedemikian boleh menyebabkan kita kecewa dan tawar hati. (Ams. 12:25) Maka, adalah bijak untuk mengikut nasihat Yesus supaya tidak terlalu khuatir dan menghadapi cabaran sehari demi sehari.
(1) Berfikir terlebih dahulu mengenai situasi bahaya dan mengelakkannya. Bible menggalakkan kita untuk berfikir dan bertindak dengan bijak. (Ams. 22:3) Kita boleh menggunakan imaginasi kita untuk memikirkan akibat buruk keputusan tertentu. Bayangkan anda dijemput untuk menghadiri jamuan. Bagaimanakah anda boleh menggunakan daya imaginasi untuk membuat keputusan bijak? Anda boleh memikirkan faktorfaktor seperti siapa yang dijemput, berapa ramai yang menghadirinya, dan di mana jamuan itu diadakan. Anda juga boleh bertanya, “Apakah yang akan berlaku di jamuan itu? Adakah jamuan itu selaras dengan prinsip Bible?” Soalan-soalan sebegini dapat membantu anda untuk membayangkan jamuan itu. Anda boleh membuat keputusan bijak dan mengelakkan bahaya rohani dengan menggunakan daya imaginasi.
(2) Berlatih cara menangani masalah dalam minda. Imaginasi merangkumi “keupayaan untuk menghadapi dan mengatasi masalah.” Katakan terdapat salah faham antara anda dan seorang ahli sidang. Bagaimanakah anda dapat berbincang untuk memulihkan hubungan dengannya? Anda boleh mempertimbangkan beberapa faktor: Apakah cara dia 11
berkomunikasi? Bilakah masa yang sesuai untuk berbincang dengannya? Apakah katakata dan nada suara yang patut digunakan? Dengan menggunakan imaginasi, anda dapat memikirkan beberapa cara untuk mengatasi masalah itu, dan memilih cara yang paling sesuai. (Ams. 15:28) Dengan demikian, anda tentu dapat mengekalkan kedamaian sidang. Anda juga menggunakan daya imaginasi dengan bijak.
(3) Meningkatkan mutu pembacaan dan pembelajaran Bible peribadi. Pembacaan Bible harian sangat penting. Namun, membaca Bible sahaja tidak cukup. Kita harus memahami pengajaran penting yang terkandung dalam Bible dan cara untuk menerapkannya dalam kehidupan. Dengan membaca Bible, kita akan lebih menghargai perbuatan Yehuwa. Bagaimanakah daya imaginasi dapat membantu kita? Fikirkan buku Tirulah Iman Mereka.1 Kisah-kisah dalam buku ini boleh membantu kita untuk membayangkan latar belakang watak-watak Bible. Kita seperti boleh melihat, mendengar, menghidu, dan merasai apa yang berlaku pada masa itu. Dengan berbuat demikian, kita dapat meraih pengajaran dan galakan yang bernilai daripada kisah Bible yang mungkin sudah kita dengar berulang kali. Imaginasi memang dapat meningkatkan mutu pembacaan dan pembelajaran Bible peribadi kita. (4) Memupuk dan menunjukkan empati. Empati ialah sifat indah yang membantu kita merasai kesakitan orang lain di dalam hati kita. Memandangkan Yehuwa dan Yesus menunjukkan empati, kita boleh meniru teladan mereka. (Kel. 3:7; Mzm. 72:13) Bagaima1 Terdapat dalam bahasa Indonesia.
12
nakah kita boleh memupuk empati? Salah satu cara adalah dengan menggunakan daya imaginasi. Kita mungkin tidak pernah mengalami masalah yang dihadapi oleh saudara saudari. Namun, tanyalah diri, “Jika saya menghadapi situasi itu, apakah perasaan saya? Apakah yang saya perlukan?” Dengan menggunakan daya imaginasi untuk menjawab soalan-soalan ini, kita dapat memikirkan cara untuk menunjukkan empati. Sifat ini boleh membantu dalam semua aspek kehidupan orang Kristian, termasuk kerja penyebaran dan hubungan kita dengan rakan seiman.
(5) Membayangkan kehidupan di dunia baru. Di dalam Bible, terdapat banyak penjelasan yang terperinci mengenai dunia baru yang dijanjikan Tuhan. (Yes. 35:5-7; 65:21-25; Why. 21:3, 4) Bahan bacaan kita mempunyai banyak gambar yang indah. Mengapa? Gambar-gambar membantu kita menggunakan daya imaginasi. Maka kita dapat membayangkan diri menikmati berkat-berkat yang dijanjikan. Yehuwa, Pencipta imaginasi, tahu cara yang terbaik bagi kita untuk menggunakan kemampuan ini. Dengan menggunakan imaginasi kita untuk membayangkan janji-janji Tuhan, kita berasa lebih yakin bahawa janji itu akan menjadi kenyataan. Maka, kita dapat tetap setia dan tabah menghadapi apa sahaja cabaran dalam kehidupan sekarang. Yehuwa, Tuhan yang penyayang, telah memberi kita daya imaginasi yang menakjubkan. Kemampuan ini boleh membantu kita untuk menyembah-Nya dengan setia hari demi hari. Semoga kita bersyukur kepada Tuhan atas pemberian ini dan menggunakan daya imaginasi kita dengan bijak!
“Biarlah Ketabahan Kamu Mencapai Tujuannya” “Biarlah ketabahan kamu mencapai tujuannya, supaya kamu menjadi serba lengkap, tidak bercela dalam segala hal, dan tidak kekurangan apa-apa pun.”—YAK. 1:4. BAYANGKAN pertempuran yang sengit apabila askar Israel yang dipimpin oleh Hakim Gideon berperang dengan askar musuh. Sepanjang malam, Gideon dan para askarnya mengejar orang Midian serta sekutu mereka sejauh 32 km! Bible berkata, “Gideon bersama dengan tiga ratus orang anak buahnya telah sampai ke Sungai Yordan dan telah menyeberanginya. Mereka letih sekali.” Namun mereka belum mendapat kemenangan, dan masih perlu melawan 15,000 orang askar. Mereka tidak harus berputus asa kerana musuh telah menindas mereka selama bertahun-tahun. Maka, Gideon dan para askarnya “terus mengejar musuh” sehingga tewas!—Hak. 7:22; 8:4, 10, 28. 2 Kita juga berada dalam pertempuran yang sengit. Syaitan, dunianya, dan ketidaksempurnaan kita merupakan musuh kita. Sesetengah daripada kita telah melawan musuh-musuh ini selama bertahun-tahun. Dengan bantuan Yehuwa, kita berjaya memenangi banyak pertempuran. Namun, kita belum mendapat kemenangan mutlak. Ada kalanya kita mungkin berasa penat untuk
LAGU: 135, 139
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah yang membantu anda untuk bertabah?
Siapakah yang merupakan contoh baik mengenai ketabahan?
Apakah maksud ‘membiarkan ketabahan mencapai tujuannya’?
1, 2. (a) Apakah yang dapat kita pelajari daripada ketabahan Gideon dan 300 orang askarnya? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Menurut Lukas 21:19, mengapakah ketabahan sangat penting?
13
melawan. Kita juga mungkin berasa letih kerana telah lama menunggu akhir sistem dunia ini. Yesus memberikan amaran bahawa kita akan mengalami cabaran dan penganiayaan yang teruk pada hari-hari terakhir. Tetapi, dia juga berkata bahawa jika kita bertabah, kita pasti menang. (Baca Lukas 21:19.) Apakah itu ketabahan? Apakah yang membantu kita bertabah? Apakah yang dapat kita pelajari daripada mereka yang menunjukkan ketabahan? Bagaimanakah kita dapat ‘membiarkan ketabahan mencapai tujuannya’?—Yak. 1:4. APAKAH ITU KETABAHAN?
Dalam Bible, ketabahan bukan sekadar bertahan menghadapi kesusahan. Sifat ini melibatkan perasaan, pemikiran, serta cara kita berdepan dengan cabaran. Ketabahan membantu kita untuk menjadi berani, setia, dan sabar. Sebuah rujukan mengatakan bahawa ketabahan membantu kita memiliki harapan yang kukuh dan tidak berputus asa. Sifat ini membantu kita berdiri teguh dan tidak tergoyah walaupun menghadapi cabaran teruk. Sifat ini juga membolehkan kita bertumpu kepada matlamat kita, bukannya kepada keperitan yang dialami. Dengan demikian, kita akan berjaya mengatasi cabaran. 4 Kasih mendorong kita untuk bertabah. (Baca 1 Korintus 13:4, 7.) Bagaimana? Kasih kepada Yehuwa mendorong kita untuk tabah menghadapi segala kesusahan yang diizinkan-Nya. (Luk. 22:41, 42) Kasih kepada saudara saudari membantu kita untuk bersabar dengan ketidaksempurnaan mereka. (1 Ptr. 4:8) Kasih kepada pasangan hidup pula membolehkan kita tabah menghadapi “kesusahan” yang dialami oleh semua suami isteri. Kasih dapat mengerat3
3. Apakah maksud ketabahan? 4. Mengapakah ketabahan didorong oleh kasih?
14
kan hubungan perkahwinan kita.—1 Kor. 7:28. APAKAH YANG MEMBANTU ANDA UNTUK BERTABAH?
Memohon kekuatan daripada Yehuwa. Yehuwa ialah ‘Tuhan yang memberikan ketabahan dan kelegaan hati.’ (Rm. 15:5) Hanya Dialah yang memahami sepenuhnya situasi, perasaan, dan latar belakang kita. Maka, Tuhan tahu apa yang kita perlukan untuk bertabah. Bible berkata, “Dia membekalkan keperluan semua orang yang menghormati-Nya; Dia mendengar seruan mereka dan menyelamatkan mereka.” (Mzm. 145:19) Tetapi, bagaimanakah Tuhan menjawab doa kita? 6 Baca 1 Korintus 10:13. Apabila kita memohon bantuan Yehuwa, “Dia akan memberikan jalan keluar.” Bagaimana? Ada kalanya, Dia menghentikan cabaran tersebut. Tetapi biasanya, Dia memberi kita kekuatan untuk “tabah menempuh segala sesuatu dengan sabar dan sukacita.” (Kol. 1:11) Memandangkan Yehuwa tahu keterbatasan fizikal, mental, dan emosi kita, Dia tidak akan membenarkan kita mengalami suatu situasi yang begitu teruk sehingga kita tidak dapat setia kepada-Nya. 7 Makanan rohani menguatkan iman. Mengapakah makanan rohani sangat penting? Fikirkan hal ini: Untuk mendaki Gunung Everest, seorang pendaki memerlukan 6,000 kalori sehari. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada apa yang biasanya diperlukan. Maka, dia perlu makan banyak supaya 5
5. Mengapakah Yehuwa layak membantu kita bertabah? 6. Menurut Bible, bagaimanakah Yehuwa “memberikan jalan keluar” semasa kita menghadapi cabaran? 7. Mengapakah kita memerlukan makanan rohani untuk bertabah? Berikan contoh.
dapat bertabah sehingga mencapai matlamatnya. Begitu juga, kita memerlukan banyak makanan rohani untuk bertabah dan mencapai matlamat kita. Kita harus bertekad untuk meluangkan masa bagi pembelajaran peribadi dan perjumpaan. Aktiviti sebegini dapat menguatkan iman kita.—Yoh. 6:27. 8 Fikirkan kesetiaan kepada Tuhan. Kita menderita sewaktu menghadapi cubaan. Tetapi sebenarnya kesetiaan kita kepada Tuhan sedang diuji. Cara kita menghadapi cubaan akan menunjukkan sama ada kita menerima Yehuwa sebagai Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat. Mengapa? Syaitan yang menentang pemerintahan Tuhan mendakwa bahawa manusia hanya menyembah Tuhan kerana mereka mementingkan diri. Dia berkata, “Manusia rela mengorbankan segala milik mereka supaya dapat terus hidup.” Mengenai Ayub, Syaitan berkata, “Jika Engkau menyakiti tubuhnya, tentu dia akan mengutuk Engkau secara terang-terang.” (Ayb. 2:4, 5) Adakah Syaitan mengubah pandangannya? Tidak! Apabila Syaitan dibuang dari syurga bertahun-tahun kemudian, dia masih menuduh hamba Tuhan. (Why. 12:10) Hari ini, Syaitan masih mendakwa bahawa manusia menyembah Tuhan atas sebab yang mementingkan diri. Syaitan ingin kita menolak pemerintahan Tuhan dan berhenti menyembah-Nya. 9 Semasa menghadapi cubaan, bayangkan apa yang sedang berlaku di alam roh. Syaitan dan roh-roh jahat sedang melihat anda dan mendakwa bahawa anda akan berputus asa. Namun, Yehuwa, Yesus Kristus, kaum terurap yang sudah naik ke syurga, serta ribuan malaikat juga melihat anda. Mereka tahu cabaran yang anda hadapi dan mereka 8, 9. (a) Menurut Ayub 2:4, 5, apakah yang terlibat sewaktu kita menghadapi cubaan? (b) Semasa dicuba, apakah yang boleh anda bayangkan?
menggalakkan anda! Mereka gembira kerana anda tabah dan setia kepada Yehuwa. Yehuwa memberitahu anda, “Hai anakku, hendaklah kamu bijak, supaya aku gembira dan dapat menjawab jika dicela.”—Ams. 27:11. 10 Bertumpu kepada ganjaran. Bayangkan anda membuat perjalanan dan melalui sebuah terowong. Di dalam terowong, semuanya gelap. Tetapi jika anda meneruskan perjalanan, anda akan keluar dari terowong dan melihat cahaya. Kehidupan anda boleh disamakan dengan hal itu. Ada kalanya, cabaran yang dihadapi membuat anda berasa sangat tertekan. Yesus mungkin berasa begitu. Apabila dipakukan pada tiang seksaan, dia dimalukan dan menderita. Sudah tentu, itulah saat yang paling susah dalam hidupnya. Apakah yang membantunya bertabah? Bible berkata bahawa dia bertumpu kepada “sukacita yang ada di hadapannya.” (Ibr. 12: 2, 3) Yesus bertabah kerana berfokus kepada ganjarannya. Yang lebih penting, dia berfokus kepada peranannya dalam menyucikan nama Yehuwa dan menyokong pemerintahan Tuhan. Dia tahu bahawa cabaran yang dihadapi hanya sementara, tetapi ganjarannya di syurga adalah berkekalan. Hari ini, cubaan yang kita hadapi mungkin sangat susah dan membuat kita menderita. Namun, ingatlah semua ini hanya sementara. “ORANG YANG MENGHADAPI CUBAAN DENGAN TABAH”
Kita tidak perlu bertabah seorang diri. Rasul Petrus menggalakkan kita untuk bertabah menghadapi cubaan Syaitan dengan berkata, “Kamu harus menentang dia dengan iman yang teguh kerana kamu tahu bahawa semua saudara seiman di dunia sedang 11
10. Bagaimanakah anda boleh meniru ketabahan Yesus? 11. Mengapakah kita harus mengkaji pengalaman “orang yang menghadapi cubaan dengan tabah”?
15
Jika kita menghadapi cabaran dengan tabah, hal itu akan mempertingkatkan keperibadian Kristian kita (Lihat perenggan 15, 16)
mengalami penderitaan yang sama.” (1 Ptr. 5:9) Pengalaman “orang yang menghadapi cubaan dengan tabah” mengajar kita cara untuk tetap setia, meyakinkan kita bahawa kita boleh berjaya, dan mengingatkan kita bahawa kesetiaan kita akan diberkati. (Yak. 5:11) Mari kita mengkaji beberapa contoh.[1] 12 Kerub-kerub merupakan malaikat yang berpangkat tinggi. Selepas Adam dan Hawa berdosa, Yehuwa memberikan tugas baru kepada beberapa kerub. Tugas ini sangat berbeza daripada tugas di syurga. Teladan mereka mengajar kita untuk bertabah apabila menerima tugas yang susah. Bible mengatakan bahawa Yehuwa “menempatkan kerub, dan sebilah pedang berapi yang berpusing ke segala arah, untuk mengawal jalan ke pokok yang memberi hidup.”[2] (Kej. 3:24) Bible tidak mengatakan bahawa kerub-kerub ini mengadu atau berasa mereka terlalu penting untuk melakukan tugas baru itu. Mereka tidak bosan atau berputus asa. Sebaliknya, mereka melaksanakan tugas itu sehingga selesai, kemungkinan pada masa Banjir, iaitu kira-kira 1,600 tahun kemudian. 12. Apakah yang dapat kita pelajari daripada teladan kerub-kerub yang ditempatkan di Taman Eden?
16
Ayub yang setia. Ada kalanya, anda mungkin berasa sakit hati apabila seorang kawan atau ahli keluarga mengatakan sesuatu yang mengecewakan. Anda juga mungkin menghidapi penyakit serius atau menderita kerana orang yang dikasihi meninggal. Tidak kira apa yang berlaku, anda boleh mendapat kelegaan hati melalui teladan Ayub. (Ayb. 1:18, 19; 2:7, 9; 19:1-3) Ayub tidak tahu sebabnya dia menderita, namun dia tidak berputus asa. Mengapa? Kerana dia mengasihi Yehuwa dan enggan mengecewakan-Nya. (Ayb. 1:1) Ayub bertekad untuk menyenangkan hati Tuhan dalam keadaan senang mahupun susah. Selain itu, dengan bantuan Yehuwa, Ayub mengingati perkara menakjubkan yang dilakukan oleh Yehuwa menerusi daya aktif-Nya. Hal ini meyakinkan Ayub bahawa Yehuwa akan mengakhiri cubaannya pada masa yang sesuai. (Ayb. 42:1, 2) Cubaannya memang telah berakhir. ‘Yehuwa menjadikan Ayub kaya semula, dan memberi dia kekayaan dua kali ganda daripada yang pernah dimilikinya.’ Ayub menikmati hidupnya dan “meninggal dalam usia yang sangat lanjut.”—Ayb. 42:10, 17. 13
13. Apakah yang membantu Ayub untuk bertabah?
Rasul Paulus. Adakah anda menderita akibat tentangan atau penganiayaan? Adakah anda seorang penatua atau penyelia litar yang berasa tertekan kerana mempunyai banyak tanggungjawab? Jika ya, teladan Paulus dapat membantu anda. Paulus menderita disebabkan penganiayaan yang teruk, dan dia selalu risau tentang saudara saudari. (2 Kor. 11:23-29) Namun, Paulus tidak berputus asa dan teladannya menguatkan orang lain. (Baca 2 Korintus 1:6.) Begitu juga, ketabahan anda dapat menggalakkan orang lain. 14
ADAKAH “KETABAHAN KAMU MENCAPAI TUJUANNYA”?
Yakobus menulis, “Biarlah ketabahan kamu mencapai tujuannya, supaya kamu menjadi serba lengkap, tidak bercela dalam segala hal, dan tidak kekurangan apa-apa pun.” (Yak. 1:4) Bagaimanakah ketabahan “mencapai tujuannya”? Apabila kita dicuba, kita mungkin perlu lebih bersabar, bersyukur, atau menunjukkan kasih. Maka, cubaan boleh membantu kita untuk menunjukkan sifat-sifat sebegini dengan lebih baik dan mempertingkatkan keperibadian Kristian kita. 16 Oleh sebab ketabahan membantu kita untuk menjadi orang Kristian yang lebih baik, janganlah melanggar hukum Yehuwa semata-mata agar cabaran tersebut berakhir. Contohnya, jika anda bergelut dengan pemikiran yang tidak bermoral, janganlah mengalah. Mintalah bantuan Yehuwa untuk menolak pemikiran itu. Adakah anda menghadapi tentangan daripada ahli keluarga? Janganlah putus asa! Bertekadlah untuk terus menyembah Yehuwa. 15
14. Menurut 2 Korintus 1:6, bagaimanakah ketabahan Paulus membantu orang lain? 15, 16. (a) Bagaimanakah ketabahan “mencapai tujuannya”? (b) Berikan contoh tentang cara ketabahan “mencapai tujuannya.”
Hasilnya, anda akan memperdalamkan keyakinan anda terhadapYehuwa. Ingatlah bahawa untuk mendapat perkenan Tuhan, kita harus bertabah.—Rm. 5:3-5; Yak. 1:12. 17 Kita harus bertabah bukan hanya untuk seketika, tetapi sampai akhir. Bayangkan sebuah kapal yang karam. Untuk selamat, penumpang harus berenang sampai ke darat. Penumpang yang berputus asa beberapa meter sebelum sampai ke darat akan lemas. Begitu juga, jika kita ingin hidup di dunia baru, kita perlu bertabah. Tirulah sikap Paulus yang berkata, “Kami tidak berputus asa.”—2 Kor. 4:1, 16. 18 Seperti Paulus, kita yakin bahawa Yehuwa akan membantu kita untuk tabah sampai akhir. Paulus menulis, “Kita akan mendapat kemenangan yang mutlak melalui dia yang mengasihi kita. Aku yakin bahawa baik kematian atau kehidupan atau malaikat-malaikat atau kerajaan atau perkara yang ada sekarang atau perkara yang akan datang atau kuasa-kuasa atau ketinggian atau kedalaman atau mana-mana ciptaan lain, tidak dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang ditunjukkan melalui Kristus Yesus, Tuan kita.” (Rm. 8:37-39) Kadangkala kita memang berasa penat. Namun, tirulah Gideon dan para pengikutnya. Walaupun mereka penat, mereka tidak berputus asa. Sebaliknya, mereka meneruskan usaha mereka.—Hak. 8:4. 17, 18. (a) Berikan contoh tentang pentingnya untuk bertabah sampai akhir. (b) Oleh sebab akhir semakin dekat, apakah keyakinan yang kita miliki?
NOTA KAKI: [1] (perenggan 11) Anda akan digalakkan semasa membaca pengalaman umat Tuhan yang tabah pada zaman moden. Contohnya, Buku Tahunan 1992, 1999, dan 2008 mempunyai laporan yang menggalakkan tentang saudara saudari di Etiopia, Malawi, dan Rusia. [2] (perenggan 12) Bible tidak menyatakan bilangan kerub yang menerima tugas ini.
17
Mengapakah Kita Berkumpul Bersama untuk Menyembah Tuhan? ‘Mereka terus menumpukan sepenuh perhatian untuk bergaul dengan satu sama lain.’—KIS. 2:42. LAGU: 20, 119
DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK “SEBAB UNTUK MENGHADIRI PERJUMPAAN,” JELASKAN ...
mengapa perjumpaan bermanfaat bagi kita.
bagaimana kita membantu orang semasa kita menghadiri perjumpaan.
perasaan Yehuwa apabila kita menghadiri perjumpaan.
18
APABILA Corinna berumur 17 tahun, ibunya ditangkap dan dihantar ke kem buruh. Kemudian, Corinna juga dibawa ke Siberia yang terletak jauh dari rumahnya. Di sana, dia bekerja di ladang dan dilayan seperti hamba. Ada kalanya, dia dipaksa untuk bekerja di luar apabila cuaca sangat sejuk dan dia tidak mempunyai pakaian yang sesuai. Walaupun begitu, Corinna dan seorang saudari berusaha untuk pergi ke perjumpaan. 2 Corinna berkata, “Kami meninggalkan tempat kerja pada waktu petang dan berjalan sejauh 25 km ke stesen kereta api. Kami menaiki kereta api pada pukul dua pagi. Enam jam kemudian, kami turun daripada kereta api dan berjalan sejauh 10 km untuk sampai ke tempat perjumpaan.” Corinna sangat gembira kerana dapat menghadiri perjumpaan. Dia berkata, “Di sana, kami belajar majalah Menara Pengawal dan menyanyikan lagu Kerajaan. Kami sangat digalakkan dan iman kami dikuatkan.” 1-3. (a) Bagaimanakah orang Kristian menunjukkan bahawa mereka menantikan masanya untuk berkumpul bersama? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?
Selepas tiga hari, dua saudari ini kembali ke ladang. Namun, pengurus ladang tidak sedar bahawa mereka telah membuat perjalanan itu. 3 Umat Yehuwa selalu menantikan masanya mereka dapat berkumpul bersama. Contohnya, orang Kristian pada abad pertama tidak sabar untuk berkumpul bersama supaya dapat menyembah Yehuwa dan belajar tentang-Nya. (Kis. 2:42) Sudah tentu, anda juga suka menghadiri perjumpaan. Namun seperti saudara saudari lain, anda mungkin menghadapi cabaran untuk menghadiri perjumpaan secara tetap. Mungkin anda sibuk, perlu bekerja, atau berasa letih. Jadi, apakah yang mendorong kita untuk terus berusaha sedaya upaya agar menghadiri perjumpaan?[1] Bagaimanakah kita dapat menggalakkan pelajar Bible dan orang lain untuk menghadiri perjumpaan secara tetap? Rencana ini akan menjelaskan mengapa menghadiri perjumpaan (1) membawa manfaat kepada kita, (2) dapat membantu orang lain, dan (3) menyenangkan hati Yehuwa.[2] PERJUMPAAN BERMANFAAT UNTUK KITA
Kita diajar melalui perjumpaan. Setiap perjumpaan membantu kita untuk lebih mengenali Yehuwa. Contohnya, sidang anda mungkin telah membincangkan buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan semasa Pembelajaran Bible Sidang. Apakah perasaan anda semasa membincangkan sifat-sifat Yehuwa dan mendengar komen saudara saudari tentang-Nya? Sudah tentu anda digerakkan untuk lebih mengasihi Yehuwa. Semasa perjumpaan, kita belajar lebih banyak dengan menumpukan perhatian pada ceramah, demonstrasi, dan pembacaan Bible. (Neh. 8:8) Fikirkan betapa banyak 4
4. Bagaimanakah perjumpaan membantu kita untuk lebih mengenali Yehuwa?
perkara yang diterokai setiap minggu apabila kita membuat persiapan untuk pembacaan Bible dan mendengar komen-komen orang lain. 5 Perjumpaan mengajar kita cara menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan. (1 Tes. 4:9, 10) Contohnya, pernahkah pembelajaran Menara Pengawal menggerakkan anda untuk meluaskan khidmat kepada Yehuwa, meningkatkan mutu doa, atau mengampuni saudara saudari? Perjumpaan pada pertengahan minggu mengajar kita cara untuk menyebarkan berita baik dan membantu orang memahami kebenaran Bible.—Mat. 28:19, 20. 6 Perjumpaan menggalakkan kita. Dunia Syaitan cuba melemahkan iman kita dan membuat kita berasa tertekan serta kecewa. Namun, perjumpaan menggalakkan kita dan menguatkan tekad kita untuk menyembah Yehuwa. (Baca Kisah 15:30-32.) Kita selalu membincangkan bagaimana nubuat Bible menjadi kenyataan. Hal ini meyakinkan kita bahawa janji-janji Yehuwa pada masa depan akan menjadi kenyataan. Kita digalakkan bukan hanya melalui ceramah saudara saudari, tetapi juga melalui komen dan nyanyian pujian kepada Yehuwa. (1 Kor. 14:26) Apabila kita berbual dengan mereka sebelum dan selepas perjumpaan, kita disegarkan kerana mempunyai sahabat yang mengambil berat tentang kita. —1 Kor. 16:17, 18. 7 Di perjumpaan, kita menerima bantuan daya aktif Tuhan. Yesus menggunakan daya 5. Bagaimanakah perjumpaan mengajar anda menggunakan prinsip Bible dalam kehidupan dan meningkatkan kemahiran dalam kerja penyebaran? 6. Bagaimanakah perjumpaan menggalakkan dan menguatkan kita? 7. Mengapakah penting untuk menghadiri perjumpaan?
19
aktif Tuhan untuk memimpin sidang. Dia menyuruh kita untuk “mendengar apa yang dikatakan oleh daya aktif Tuhan kepada sidang-sidang.” (Why. 2:7) Daya aktif membantu kita untuk menolak godaan, menginjil dengan berani, dan membuat keputusan yang bijak. Itulah sebabnya kita harus berusaha untuk menghadiri perjumpaan dan menerima bantuan daya aktif Tuhan. MANFAAT BAGI ORANG LAIN
Di perjumpaan, kita berpeluang untuk menunjukkan kasih kepada saudara saudari. Banyak rakan seiman menghadapi situasi yang susah. Itulah sebabnya rasul Paulus menulis, “Marilah kita mengambil berat tentang 8
8. Apabila saudara saudari melihat kita di perjumpaan dan mendengar komen serta nyanyian kita, bagaimanakah hal ini membantu mereka? (Lihat juga kotak, “Dia Selalu Berasa Lega Selepas Perjumpaan.”)
DIA SELALU BERASA LEGA SELEPAS PERJUMPAAN “BARU-BARU ini, masalah kesihatan menyebabkan saya susah untuk menghadiri perjumpaan. Namun, apabila berada di situ, saya menikmati makanan rohani yang disediakan Yehuwa. Walaupun saya menghidapi sakit lutut, masalah jantung, dan masalah lain akibat diabetes, saya selalu berasa lega selepas perjumpaan.” “Pertama kali saya mendengar lagu 68, ‘Doa Orang yang Patah Semangat’ yang dinyanyikan oleh sidang, saya menangis. Lagu itu sangat indah! Alat bantu pendengaran saya dapat menangkap suara semua orang dan saya menyanyi bersama. Betapa gembiranya berada di situ!”—George, 58 tahun.
satu sama lain.” (Ibr. 10:24, 25, nota kaki) Kita boleh melakukannya dengan berkumpul bersama dan menggalakkan mereka. Dengan menghadiri perjumpaan secara tetap, kita menunjukkan bahawa kita ingin berada bersama saudara saudari, bercakap dengan mereka, dan mengetahui perasaan mereka. Kita juga dapat menggalakkan mereka melalui komen dan nyanyian dari hati. —Kol. 3:16. 9 Dengan menghadiri perjumpaan, kita membantu sidang untuk bersatu padu. (Baca Yohanes 10:16.) Yesus membandingkan dirinya seperti seorang gembala, manakala para pengikutnya seperti kawanan biri-biri. Fikirkan hal ini: Jika dua ekor biri-biri di atas bukit, dua ekor lagi di lembah, dan satu ekor di tempat lain, adakah kelimalima biri-biri ini merupakan satu kawanan? Tidak. Biasanya satu kawanan biri-biri berkumpul bersama di bawah jagaan seorang gembala. Begitu juga, kita tidak patut menjauhi saudara saudari dengan tidak menghadiri perjumpaan. Kita perlu berkumpul bersama untuk menjadi “satu kawanan” yang mengikut “satu gembala.” 10 Perjumpaan menyatukan kita sebagai sebuah keluarga. (Mzm. 133:1) Sesetengah saudara saudari tidak lagi diterima oleh ibu bapa dan adik-beradik mereka. Namun, Yesus berjanji untuk memberi mereka sebuah keluarga yang akan mengasihi dan menjaga mereka. (Mrk. 10:29, 30) Jika anda menghadiri perjumpaan secara tetap, anda dapat menjadi seperti seorang bapa, ibu, atau adik-beradik bagi seseorang. Tidakkah hal ini mendorong kita untuk menghadiri semua perjumpaan? 9, 10. (a) Jelaskan bagaimana kata-kata Yesus di Yohanes 10:16 membantu kita memahami mengapa penting untuk berkumpul bersama saudara saudari. (b) Dengan menghadiri perjumpaan secara tetap, bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang tidak lagi diterima oleh keluarga?
KITA DAPAT MENYENANGKAN HATI YEHUWA 11 Di perjumpaan, kita memberi Yehuwa apa yang layak diterima-Nya. Memandangkan Yehuwa ialah Pencipta, kita patut bersyukur kepada-Nya, serta menghormati dan memuji-Nya. (Baca Wahyu 7:12.) Kita boleh berbuat demikian dengan berdoa kepada Yehuwa, menyanyikan lagu pujian, dan memberitahu orang lain tentang-Nya. Kita berpeluang untuk melakukan hal ini di perjumpaan setiap minggu! 12 Kita harus mentaati Yehuwa kerana Dialah yang mencipta kita. Dia memerintahkan kita untuk berkumpul bersama, lebih-lebih lagi semasa akhir dunia semakin mendekat. Dengan mentaati perintah itu, kita menyenangkan hati Yehuwa. (1 Yoh. 3:22) Yehuwa memerhatikan kita dan menghargai usaha kita untuk menghadiri perjumpaan.—Ibr. 6:10. 13 Dengan menghadiri perjumpaan, kita menunjukkan bahawa kita ingin menghampiri Yehuwa dan Yesus. Di perjumpaan, Pendidik Agung membimbing kita melalui FirmanNya, Bible. (Yes. 30:20, 21) Apabila orang yang bukan Saksi menghadiri perjumpaan, mereka pun sedar bahawa kita dibimbing oleh-Nya. (1 Kor. 14:23-25) Yehuwa membimbing kita di perjumpaan melalui daya aktif-Nya. Dengan menghadiri perjumpaan, kita akan mendengar ajaran Yehuwa dan merasai kasih-Nya. Hal ini mendorong kita untuk menghampiri-Nya. 14 Ketua sidang, iaitu Yesus, berkata, “Apabila dua atau tiga orang berkumpul
11. Dengan menghadiri perjumpaan, bagaimanakah kita memberi Yehuwa apa yang layak diterimaNya? 12. Apakah perasaan Yehuwa jika kita mentaati perintah-Nya untuk menghadiri perjumpaan? 13, 14. Bagaimanakah kita menghampiri Yehuwa dan Yesus menerusi perjumpaan?
atas namaku, aku akan ada bersama-sama mereka.” (Mat. 18:20) Bible juga berkata bahawa Yesus mengawasi sidang-sidang Kristian. (Why. 1:20–2:1) Jelaslah bahawa Yehuwa dan Yesus menyertai dan menguatkan kita menerusi perjumpaan. Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa apabila anda berusaha sedaya upaya untuk menghampiri-Nya dan Anak-Nya? 15 Dengan menghadiri perjumpaan, kita menunjukkan bahawa kita menyokong pemerintahan Yehuwa. Yehuwa tidak memaksa kita untuk mentaati-Nya. (Yes. 43:23) Namun, apabila kita mentaati perintah-Nya untuk menghadiri perjumpaan, kita menunjukkan kasih terhadap-Nya dan menyokong pemerintahan-Nya. (Rm. 6:17) Contohnya, bagaimana jika majikan menyuruh kita bekerja lebih masa sehingga kita tidak dapat menghadiri perjumpaan dengan tetap? Bagaimana pula jika kerajaan mendenda, memenjarakan, atau menghukum mereka yang berkumpul untuk menyembah Yehuwa? Atau mungkinkah kita ingin melakukan hal lain dan bukannya menghadiri perjumpaan? Dalam semua situasi ini, kita harus membuat keputusan peribadi. (Kis. 5:29) Namun jika kita mentaati Yehuwa, kita akan menggembirakan hati-Nya. —Ams. 27:11. TERUS BERKUMPUL BERSAMA RAKAN SEIMAN
Selepas perjumpaan pada Pentakosta 33 M, orang Kristian berkumpul bersama secara tetap untuk menyembah Yehuwa. Mereka ‘terus menumpukan sepenuh perhatian kepada ajaran para rasul dan 16
15. Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita mentaati Tuhan semasa menghadiri perjumpaan? 16, 17. (a) Bagaimanakah kita tahu bahawa perjumpaan sangat penting bagi orang Kristian pada abad pertama? (b) Apakah perasaan Saudara George Gangas mengenai perjumpaan?
21
SEBAB UNTUK MENGHADIRI PERJUMPAAN 1. Kita diajar melalui perjumpaan. 2. Perjumpaan menggalakkan kita. 3. Kita menerima bantuan daya aktif Tuhan. ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙
4. Kita berpeluang untuk menunjukkan kasih kepada saudara saudari. 5. Kita membantu sidang untuk bersatu padu. ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙
6. Kita memberi Yehuwa apa yang layak diterima-Nya. 7. Kita menunjukkan bahawa kita ingin menghampiri Yehuwa dan Yesus. 8. Kita menunjukkan bahawa kita menyokong pemerintahan Yehuwa.
bergaul dengan satu sama lain.’ (Kis. 2:42) Walaupun dianiaya oleh kerajaan Roma dan pemimpin agama Yahudi, mereka berusaha untuk terus menghadiri perjumpaan. 17 Hari ini, umat Yehuwa juga menghargai dan menikmati perjumpaan. George Gangas yang pernah menjadi ahli Badan Pimpinan selama 22 tahun berkata, “Bagi saya, berjumpa dengan saudara saudari membawa sukacita yang besar dan kelegaan dalam hidup. Saya berusaha menjadi orang yang terawal datang ke Dewan Perjumpaan dan yang terakhir untuk beredar. Saya gembira berbual dengan umat Tuhan. Apabila saya berada bersama mereka, saya seolah-olah di firdaus rohani bersama keluarga saya.” Dia menambah, “Menghadiri perjumpaan merupakan keinginan hati saya.” 18 Adakah anda juga berasa sedemikian apabila berkumpul bersama untuk menyembah Yehuwa? Jika ya, bertekadlah untuk berkumpul bersama saudara saudari di perjumpaan walaupun hal itu tidak mudah. Tunjukkanlah kepada Yehuwa bahawa anda berasa seperti Raja Daud yang berkata, ‘Ya Yehuwa, aku mengasihi Rumah kediamanMu.’—Mzm. 26:8. 18. Apakah perasaan anda terhadap perjumpaan? Apakah tekad anda?
NOTA KAKI: [1] (perenggan 3) Sesetengah saudara saudari tidak dapat menghadiri perjumpaan dengan tetap disebabkan situasi yang di luar kawalan. Contohnya, mereka mungkin menghidapi penyakit serius. Namun, Yehuwa memahami situasi mereka dan sangat menghargai usaha mereka untuk menyembah-Nya. Penatua boleh membantu mereka mendengar perjumpaan melalui telefon atau rakaman. [2] (perenggan 3) Lihat kotak, “Sebab untuk Menghadiri Perjumpaan.”
22
KISAH HIDUP
Biarawati Menjadi Saudari Rohani DICERITAKAN OLEH
´ FELISA DAN ARACELI FERNANDEZ
DAHULU adik saya, Araceli, berteriak, “Jangan cakap dengan saya lagi. Saya tidak mahu dengar tentang agamamu. Saya tidak suka. Saya benci kamu!” Kata-katanya menyakiti hati saya. Sekarang saya berumur 91 tahun, tetapi saya masih ingat kata-kata itu. Namun, seperti yang tercatat di Pengkhutbah 7:8, “Kesudahan sesuatu perkara lebih baik daripada permulaannya.” —Felisa. Felisa: Keluarga saya beragama Katolik. Sebenarnya, 13 daripada saudara-mara kami merupakan paderi atau bekerja di gereja. Sepupu ibu saya ialah paderi dan guru di sekolah Katolik. Selepas dia meninggal, Paus John Paul II mencadangkan agar dia dijadikan seorang santo. Saya membesar dalam keluarga yang sederhana di Sepanyol. Bapa saya seorang tukang besi dan ibu bekerja di ladang. Saya ialah anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Apabila berumur 12 tahun, perang saudara tercetus di Sepanyol. Selepas perang, bapa dipenjarakan kerana kerajaan tidak suka pandangan politiknya. Ibu susah mencari makanan bagi
kami. Maka, dia menghantar tiga orang adik saya, Araceli, Lauri, dan Ramoni ke biara di kota Bilbao. Di sana, mereka mendapat cukup makanan. Araceli: Pada masa itu, saya berumur 14 tahun, Lauri berumur 12 tahun, dan Ramoni 10 tahun. Kami sangat rindu keluarga. Kami disuruh membersihkan biara. Dua tahun kemudian, kami dihantar ke biara yang lebih besar di Zaragoza di mana orang tua dijaga. Kami membersihkan dapur dan kerja ini sangat memenatkan. Felisa: Apabila adik-adik saya dihantar ke Zaragoza, saya juga dihantar ke sana oleh ibu serta pakcik saya yang merupakan paderi. Mereka ingin menjauhkan saya daripada seorang pemuda yang 23
Biara di Zaragoza, Sepanyol (kiri) ´ terjemahan Bible Nacar-Colunga (kanan)
menyukai saya. Saya ingin pergi ke biara kerana saya mencintai Tuhan. Saya pergi ke gereja setiap hari dan ingin menjadi seorang mubaligh Katolik seperti sepupu saya di Afrika. Di biara, saya tidak dapat melakukan apa yang diinginkan. Biarawati tidak menggalakkan saya untuk berkhidmat kepada Tuhan di negara lain seperti yang saya inginkan. Setahun kemudian, saya kembali dan menjaga pakcik saya. Saya melakukan kerja rumah baginya dan kami mengucapkan doa rosario bersama setiap petang. Saya suka meletakkan bunga di gereja dan menghiasi patung Maria serta santo-santo. Araceli: Di Zaragoza, saya berikrar untuk menjadi biarawati. Kemudian biarawati memisahkan kami, saya dihantar ke Madrid, Lauri ke Valencia, dan Ramoni tetap berada di Zaragoza. Di Madrid, saya mengucapkan ikrar kedua untuk menjadi biarawati. Ramai orang tinggal di sana, seperti pelajar dan orang tua. Maka, ada banyak kerja untuk dilakukan dan saya bekerja di bahagian hospital. Saya ingin menjadi seorang biarawati kerana saya sangka kami akan meluangkan banyak masa untuk mempelajari Bible. Namun, saya kecewa. Mereka tidak menggunakan Bible atau bercakap 24
tentang Tuhan dan Yesus. Saya belajar sedikit bahasa Latin, kisah hidup santo-santo, dan memuja Maria. Kebanyakan masanya kami melakukan kerja berat. Saya mula berasa tertekan dan bimbang. Saya berasa saya patut bekerja untuk membantu keluarga, dan bukannya bekerja di biara yang membuat orang lain kaya. Maka saya memberitahu ketua biarawati bahawa saya ingin tinggalkan tempat itu. Tetapi dia mengurung saya agar saya mengubah fikiran. Apabila biarawati membebaskan saya, mereka sedar bahawa saya masih ingin meninggalkan tempat itu. Maka, mereka mengurung saya lagi. Selepas melakukan hal ini sebanyak tiga kali, mereka membenarkan saya pergi jika saya menulis, “Saya meninggalkan tempat ini kerana saya ingin menyembah Syaitan dan bukannya Tuhan.” Saya terkejut! Saya memang ingin pergi, tetapi saya tidak akan menulis kata-kata itu. Akhirnya saya memberitahu seorang paderi tentang apa yang berlaku. Dia mendapat keizinan daripada uskup agar saya dihantar pulang ke biara di Zaragoza. Selepas beberapa bulan di sana, saya dibenarkan untuk pulang. Tidak lama kemudian, Lauri dan Ramoni juga meninggalkan biara.
BUKU YANG MEMECAHBELAHKAN KAMI
Felisa: Saya berkahwin dan tinggal di wilayah Cantabria, Sepanyol. Saya selalu ke gereja. Pada suatu hari, paderi berteriak, “Lihat buku ini!” Dia menunjukkan buku “Kebenaran” (The Truth That Leads to Eternal Life) dan berkata, “Jika sesiapa bagi kamu buku ini, beri kepada saya atau buang sahaja!” Saya menginginkan buku itu. Selepas beberapa hari, dua orang Saksi-Saksi Yehuwa datang ke rumah saya. Mereka menawarkan buku itu kepada saya dan pada malam itu juga saya membacanya. Apabila mereka kembali, mereka menawarkan pembelajaran Bible dan saya setuju. Saya ingin menyenangkan hati Tuhan. Setelah belajar tentang Yehuwa, saya semakin mengasihiNya. Saya ingin memberitahu orang lain tentangNya. Saya dibaptis pada tahun 1973. Apabila ada kesempatan, saya memberitahu keluarga saya tentang kebenaran. Namun keluarga saya, terutamanya Araceli, berkeras mengatakan bahawa kepercayaan saya salah. Araceli: Saya dilayan dengan buruk di biara. Maka saya berasa marah serta tidak puas hati dengan agama. Namun, saya tetap ke gereja setiap hari Ahad dan mengucapkan doa rosario setiap hari. Saya meminta bantuan Tuhan untuk memahami Bible. Kemudian Felisa mengongsi kepercayaannya dengan saya. Dia begitu teruja sehingga saya rasa dia seperti gila. Saya tidak setuju dengan apa yang dikatakannya. Saya kembali ke Madrid untuk bekerja dan kemudian berkahwin. Selama bertahun-tahun, saya perhatikan orang yang selalu pergi gereja sebenarnya tidak mengamalkan ajaran Yesus. Jadi, saya berhenti pergi gereja. Saya tidak lagi percaya santo-santo dan neraka, serta berasa bahawa paderi tidak dapat mengampuni dosa. Saya juga menghapuskan semua patung agama saya. Saya tidak pasti apa yang saya lakukan itu betul. Saya berasa kecewa, tetapi saya berdoa, “Saya ingin mengenali-Mu. Bantulah saya!” Saksi-Saksi Yehuwa sering mengetuk pintu saya. Namun saya
Felisa
Buku “Kebenaran”
Araceli
25
tidak membukanya kerana saya tidak percaya mana-mana agama. Lauri tinggal di Perancis, manakala Ramoni di Sepanyol. Pada awal tahun 1980-an, mereka belajar Bible dengan Saksi. Saya rasa mereka seperti Felisa yang tidak sedar bahawa apa yang dipelajari itu salah. Kemudian saya mengenali jiran saya, Angelines, dan kami menjadi rapat. Dia juga seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Angelines dan suaminya selalu menawarkan pembelajaran Bible. Walaupun saya kata saya tidak berminat dengan agama, mereka sedar bahawa saya ingin memahami Bible. Akhirnya saya berkata, “Baiklah. Saya akan belajar Bible dengan kamu tetapi dengan menggunakan Bible saya.” Saya memiliki Bible ´ terjemahan Nacar-Colunga. AKHIRNYA BIBLE MENYATUKAN KAMI
Felisa: Sewaktu saya dibaptis pada tahun 1973, terdapat kira-kira 70 Saksi di Santander, ibu kota Cantabria. Kami mengadakan perjalanan jauh untuk menginjil. Terdapat ratusan kampung di wilayah itu. Maka kami menaiki bas kemudian menggunakan kereta untuk pergi dari kampung ke kampung. Saya telah mengajar Bible kepada banyak orang dan 11 daripada mereka dibaptis. Kebanyakannya merupakan penganut Katolik. Saya perlu bersabar dengan mereka. Seperti saya, mereka memerlukan masa untuk sedar bahawa kepercayaan mereka salah. Hanya Bible dan daya aktif Yehuwa dapat mengubah fikiran seseorang untuk memahami kebenaran. (Ibr. 4:12) Suami saya, Bienvenido, seorang bekas polis, dibaptis pada tahun 1979. Ibu saya pula belajar Bible tidak lama sebelum meninggal. Araceli: Sewaktu mula belajar Bible dengan Saksi, saya tidak percaya mereka. Namun, saya tidak lagi berasa begitu. Para Saksi bukan hanya mengajarkan Bible, tetapi juga mentaatinya. Iman saya kepada Yehuwa dan Bible semakin kuat. Saya juga berasa lebih gembira. Sesetengah jiran sedar akan perubahan saya dan berkata, “Araceli, teruskan haluan hidup kamu!” 26
Saya berdoa, “Yehuwa, terima kasih kerana tidak putus asa terhadap saya dan memberi saya banyak peluang untuk mendapatkan apa yang saya cari, iaitu kebenaran Bible.” Saya juga meminta maaf daripada Felisa kerana pernah menyakiti hatinya. Sejak itu, kami tidak lagi bergaduh, sebaliknya kami suka bercakap tentang Bible. Pada tahun 1989, saya dibaptis sewaktu berumur 61 tahun. Felisa: Sekarang saya berumur 91 tahun. Suami saya telah meninggal dan saya tidak lagi dapat melakukan banyak perkara. Namun, saya masih membaca Bible setiap hari dan berusaha untuk pergi perjumpaan serta menginjil. Araceli: Mungkin kerana pernah menjadi biarawati, saya suka bercakap dengan paderi dan biarawati tentang Yehuwa. Saya menikmati perbualan dengan beberapa di antara mereka, dan banyak yang mengambil bahan bacaan kita. Saya pernah bercakap beberapa kali dengan seorang paderi. Dia setuju dengan apa yang saya katakan. Namun dia berkata bahawa dia sudah tua. Dia berkata lagi, “Apa yang akan dikatakan oleh keluarga dan orang yang datang ke gereja saya?” Saya menjawab, “Apa yang akan dikatakan Tuhan?” Dia kelihatan sedih, namun dia tidak berani untuk berubah. Saya tidak akan lupa ketika suami saya berkata bahawa dia ingin menghadiri perjumpaan bersama saya. Pada masa itu, dia berumur lebih daripada 80 tahun. Sejak itu, dia tidak pernah mengabaikan perjumpaan. Dia belajar Bible dan mula menginjil. Saya ada banyak kenangan manis sewaktu kami menginjil. Dia meninggal dua bulan sebelum hari pembaptisannya. Felisa: Sewaktu mula menyembah Yehuwa, tiga orang adik saya menentang. Akhirnya mereka menerima kebenaran. Itu merupakan salah satu perkara yang terindah dalam hidup saya! Kami suka meluangkan masa untuk bercakap tentang Yehuwa serta Firman-Nya. Kami semua menyembah Yehuwa.1 1 Araceli berumur 87 tahun, Felisa 91 tahun, dan Ramoni 83 tahun. Mereka masih menyembah Yehuwa dengan setia. Lauri juga setia kepada Yehuwa dan meninggal pada tahun 1990.
Tetap Neutral dalam Dunia yang Berpecah Belah “Berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”—MAT.
22:21.
BIBLE mengajar kita untuk mentaati kerajaan manusia. Namun, Bible juga mengajar kita untuk mengutamakan kepatuhan kepada Tuhan. (Kis. 5:29; Tit. 3:1) Bagaimanakah kita melakukan hal ini? Yesus menerangkan prinsip yang membantu kita untuk mengetahui siapa yang harus dipatuhi. Yesus berkata, “Berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar, tetapi berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”[1] (Mat. 22:21) Kita memberikan “milik Kaisar kepada Kaisar” dengan mematuhi undang-undang kerajaan, menghormati pegawai kerajaan, dan membayar cukai. (Rm. 13:7) Namun jika kerajaan menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Tuhan, kita akan menolak dalam cara yang hormat. 2 Satu cara kita memberikan “milik Tuhan kepada Tuhan” adalah dengan tetap neutral dalam hal politik. (Yes. 2:4) Memandangkan Yehuwa membenarkan kerajaan manusia untuk memerintah, kita tidak menentang mereka. Kita juga tidak terlibat dalam aktiviti patriotik atau kebangsaan. (Rm. 13:1, 2)
LAGU: 33, 137
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah pandangan Yehuwa terhadap kerajaan manusia?
Apakah yang patut kita lakukan sewaktu kita berasa susah untuk tetap neutral?
Apakah yang dapat kita pelajari daripada hamba Yehuwa yang tetap neutral?
1. Bagaimanakah kita dapat mentaati Tuhan dan pemerintah manusia? 2. Bagaimanakah kita berpendirian neutral dalam hal politik?
27
Kita tidak mengundi, menjadi ahli politik, mengubah kerajaan, atau mempengaruhi ahli politik. 3 Ada banyak sebab mengapa Tuhan ingin kita neutral. Salah satu sebab adalah kerana kita meniru Yesus yang “bukan sebahagian daripada dunia.” Dia tidak terlibat dalam hal politik atau peperangan. (Yoh. 6:15; 17:16) Selain itu, kita menyokong Kerajaan Tuhan dan bukannya kerajaan manusia. Maka, kita mempunyai hati nurani yang murni apabila kita menginjil bahawa hanya Kerajaan Tuhan yang dapat menyelesaikan segala masalah manusia. Agama palsu terlibat dalam hal politik dan menyebabkan orang berpecah belah. Namun, kita bersikap neutral dan hal ini menyatupadukan saudara saudari di serata dunia.—1 Ptr. 2:17. 4 Kita mungkin hidup di tempat yang tiada pergolakan politik. Namun semakin kita mendekat kepada akhir dunia Syaitan, semakin susah bagi kita untuk tetap neutral. Hari ini orang “tidak mahu dibawa berbincang,” “keras kepala,” dan semakin berpecah belah. (2 Tim. 3:3, 4) Sesetengah rakan seiman mengalami cabaran akibat pergolakan politik di negara mereka. Maka kita harus bersiap sedia untuk mengekalkan keneutralan semasa menghadapi cabaran. Mari kita lihat empat cara untuk melakukannya. MEMILIKI PANDANGAN YEHUWA TERHADAP KERAJAAN MANUSIA 5 Salah satu cara untuk tetap neutral adalah dengan memiliki pandangan Yehu-
3. Mengapakah kita mesti bersikap neutral? 4. (a) Mengapakah kita akan berasa semakin susah untuk tetap neutral? (b) Mengapakah kita harus bersiap sedia sekarang untuk tetap neutral? 5. Apakah pandangan Yehuwa terhadap kerajaan manusia?
28
wa terhadap kerajaan manusia. Semasa menciptakan manusia, Yehuwa tidak memberi mereka hak untuk memerintah. (Yer. 10:23) Tuhan memandang umat manusia sebagai sebuah keluarga. Tetapi kerajaan manusia memecahbelahkan orang kerana mereka berpendapat bahawa bangsa merekalah yang terbaik. Walaupun ada kerajaan yang nampaknya baik, mereka tidak dapat menyelesaikan segala masalah dunia. Mereka juga menjadi musuh Kerajaan Tuhan yang memerintah sejak tahun 1914. Tidak lama lagi Kerajaan Tuhan akan memusnahkan semua kerajaan manusia.—Baca Mazmur 2:2, 7-9. 6 Tuhan membenarkan kerajaan manusia wujud kerana mereka dapat mengekalkan kedamaian hingga tahap tertentu. Dengan demikian, kita dapat menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. (Rm. 13:3, 4) Tuhan bahkan ingin kita berdoa bagi pihak pemerintah supaya kita dapat beribadat kepada-Nya dengan bebas. (1 Tim. 2:1, 2) Jika kita dilayan dengan tidak adil, kita boleh meminta bantuan daripada pihak berkuasa. Itulah yang dilakukan oleh Paulus. (Kis. 25:11) Walaupun Bible menyatakan bahawa Syaitan sedang mengawal kerajaan manusia, dia tidak mengawal setiap individu yang berkuasa. (Luk. 4:5, 6) Jadi, kita tidak patut memberikan tanggapan bahawa seorang pegawai kerajaan dikuasai oleh Iblis. Kita juga “tidak memburuk-burukkan sesiapa pun.”—Tit. 3:1, 2. 7 Kita mentaati Tuhan dengan tidak menyokong mana-mana ahli politik, walaupun pendapat atau cadangan mereka dapat memberikan manfaat kepada 6. Bagaimanakah kita harus memperlakukan pihak berkuasa? 7. Apakah pemikiran yang harus dielakkan?
kita. Ada kalanya, tidak mudah untuk berbuat demikian. Bayangkan terdapat pemberontakan terhadap sebuah kerajaan yang menyebabkan banyak kesengsaraan, bahkan terhadap Saksi-Saksi Yehuwa. Sudah tentu anda tidak akan menyertai orang yang memberontak. Tetapi, adakah anda berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh mereka itu patut dan berharap agar mereka berjaya? (Ef. 2:2) Kita harus bersikap neutral bukan hanya melalui katakata atau perbuatan, tetapi juga perasaan kita. HARUS “WASPADA” DAN “TULUS HATI”
Cara kedua untuk tetap neutral adalah dengan “waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.” (Baca Matius 10:16, 17.) Kita ‘berwaspada’ apabila kita memikirkan cabaran yang bakal dihadapi. Kita menunjukkan bahawa kita “tulus hati” dengan berpendirian neutral walaupun menghadapi cabaran. Mari kita bincangkan beberapa situasi tersebut dan bagaimana kita dapat tetap neutral. 9 Percakapan. Kita harus berwaspada apabila orang bercakap tentang isu politik. Contohnya, apabila kita menginjil tentang Kerajaan Tuhan, kita tidak membantah atau menyokong pendapat parti atau pemimpin politik. Anda tidak perlu membincangkan tindakan manusia untuk menyelesaikan masalah dunia. Sebaliknya, tunjuklah ayat Bible tentang cara Kerajaan Tuhan akan menyelesaikannya. Jika orang ingin berdebat tentang isu rasuah, atau pendatang haram, beritahulah mere8
8. Bagaimanakah kita boleh “waspada” dan “tulus hati” semasa menghadapi cabaran yang melibatkan keneutralan? 9. Bagaimanakah kita boleh berwaspada dalam percakapan kita?
ka tentang pandangan Tuhan dan cara anda berusaha untuk hidup selaras dengan pandangan-Nya. Jika seseorang berkata bahawa sesetengah undang-undang patut dibubarkan atau diubah, kita harus berpendirian neutral. Kita juga tidak akan berkeras untuk menukar pandangan orang itu. 10 Berita. Kadangkala, berita yang disampaikan terlalu menyokong pihak tertentu. Hal ini biasa berlaku di mana agensi berita dikawal oleh kerajaan tempatan. Jika wartawan atau agensi berita menyebelahi suatu pihak, kita harus berwaspada supaya tidak terikut-ikut dengan pandangan mereka. Tanyalah diri, “Adakah saya suka mendengar berita daripada wartawan tertentu kerana saya setuju dengan pendapatnya mengenai hal politik?” Untuk tetap neutral, kita tidak harus menonton atau membaca berita yang menyebelahi mana-mana pihak. Cubalah cari berita yang tidak menyokong pihak tertentu. Bandingkan berita itu dengan “piawaian kata-kata sihat” yang terkandung dalam Bible.—2 Tim. 1:13. 11 Kebendaan. Kita mungkin berasa susah untuk berpendirian neutral jika kita mencintai wang dan harta benda. Selepas tahun 1970, ramai Saksi di Malawi yang enggan menyertai parti politik terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki oleh mereka. Namun, sesetengah daripada mereka tidak rela melepaskan gaya hidup yang selesa. Saudari Ruth berkata, “Ada yang menjadi pelarian. Tetapi 10. Bagaimanakah kita boleh tetap neutral semasa membaca atau mendengar apa yang disampaikan dalam berita? 11. Jika kita terlalu mementingkan kebendaan, mengapakah kita akan berasa susah untuk tetap neutral?
29
kemudian mereka menyertai parti politik dan kembali ke rumah kerana tidak sanggup hidup susah di kem pelarian.” Namun kebanyakan umat Tuhan tidak bertindak begitu. Mereka tetap neutral walaupun mengalami kerugian secara kewangan atau kehilangan harta benda.—Ibr. 10:34. 12 Perasaan bangga. Orang biasanya bangga atau bercakap besar tentang kaum, suku, budaya, kota, atau negara mereka. Tetapi Yehuwa tidak menganggap bahawa seseorang atau sekumpulan orang lebih baik daripada yang lain. Bagi Tuhan, semua orang sama rata. Yehuwa telah mengurniai setiap orang ciri-ciri yang unik, dan kepelbagaian itu memang sesuatu yang indah. Yehuwa tidak mahu kita meninggalkan budaya kita. Namun, Dia juga tidak ingin kita berasa lebih baik daripada orang lain.—Rm. 10:12. 13 Kita tidak harus menganggap negara atau bangsa kita lebih baik daripada yang lain. Jika kita memiliki perasaan bangga sebegini, susah bagi kita untuk neutral. Hal ini berlaku pada abad pertama. Sesetengah saudara Ibrani bertindak tidak adil terhadap balu yang berbangsa Yunani. (Kis. 6:1) Bagaimanakah kita tahu jika kita mempunyai perasaan sebegini? Bayangkan saudara atau saudari dari negara lain memberi anda cadangan. Adakah anda berfikir, “Cara kami lebih baik daripada cara kamu,” lalu menolak cadangan itu? Ingatlah nasihat Bible: “Dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.”—Flp. 2:3. 12, 13. (a) Apakah pandangan Yehuwa terhadap manusia? (b) Bagaimanakah kita boleh mengetahui jika kita berasa terlalu bangga tentang negara kita?
30
YEHUWA AKAN MEMBANTU ANDA 14 Cara ketiga untuk tetap neutral adalah dengan bergantung kepada Yehuwa. Mintalah daya aktif Tuhan membantu anda bersabar dan mengawal diri jika pihak kerajaan melakukan sesuatu yang tidak jujur atau tidak adil. Mohonlah kebijaksanaan daripada Yehuwa supaya anda dapat mengetahui situasi yang akan menguji keneutralan anda. Mintalah bantuan-Nya untuk melakukan apa yang benar dalam situasi tersebut. (Yak. 1:5) Anda mungkin dipenjarakan atau dihukum kerana setia kepada Yehuwa. Jika hal itu berlaku, berdoalah memohon keberanian untuk menjelaskan pendirian anda. Yehuwa tentu membantu anda untuk bertabah.—Baca Kisah 4:27-31. 15 Yehuwa menguatkan kita menerusi Bible. Renungkan ayat-ayat Bible yang akan membantu anda tetap neutral. Cubalah ingat ayat-ayat tersebut untuk membantu anda jika anda tidak dibenarkan memiliki Bible. Bible juga menguatkan harapan yang Tuhan janjikan bagi masa depan. Kita memerlukan harapan ini untuk bertabah. (Rm. 8:25) Pilihlah ayat Bible yang menggambarkan perkara yang ingin dinikmati di dunia baru dan bayangkan diri anda di sana.
BELAJAR DARIPADA HAMBA YEHUWA YANG SETIA
Cara keempat yang membantu kita neutral ialah merenungkan contoh hamba 16
14. Bagaimanakah doa membantu kita? Apakah contoh Bible yang membuktikan hal ini? 15. Bagaimanakah Bible membantu kita untuk tetap neutral? (Lihat juga kotak, “Firman Tuhan Menguatkan Tekad Mereka.”) 16, 17. Apakah yang dapat kita pelajari daripada hamba Tuhan yang tetap neutral? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
FIRMAN TUHAN Menguatkan Tekad Mereka “Merenungkan Amsal 27:11, Matius 26:52, dan Yohanes 13:35 menguatkan tekad saya untuk menolak khidmat tentera. Ayat-ayat ini membantu saya untuk bertenang semasa perbicaraan.”—Andriy, dari Ukraine. “Yesaya 2:4 membantu saya neutral semasa menghadapi cabaran. Saya membayangkan ketenangan di dunia baru. Di sana, tiada sesiapa yang akan membawa senjata untuk mencederakan orang.”—Wilmer, dari Colombia.
Yehuwa yang setia. Pada zaman Bible, mereka bertindak bijak dan berpendirian neutral. Fikirkan contoh Sadrakh, Mesakh, dan Abednego yang enggan menyembah patung yang melambangkan kerajaan Babilon. (Baca Daniel 3:16-18.) Kisah Bible ini membantu ramai Saksi untuk berani dan tidak menabik bendera negara mereka. Yesus tidak terlibat dalam hal politik atau isu lain yang memecahbelahkan orang. Dia tahu bahawa teladannya akan membantu pengikutnya. Dia berkata, “Teguhkanlah hati kamu! Aku sudah menakluki dunia.” —Yoh. 16:33. 17 Ramai Saksi berpendirian neutral hari ini. Ada yang diseksa, dipenjarakan, dan dibunuh kerana setia kepada Yehuwa. Teladan mereka membantu kita untuk berani. Seorang saudara dari Turki berkata, “Franz Reiter ialah seorang saudara muda yang dihukum mati kerana enggan menyertai tentera Hitler. Dia menulis surat kepada ibu-
nya pada malam sebelum dia meninggal. Surat itu menunjukkan iman dan keyakinannya terhadap Yehuwa. Jika saya mengalami cabaran yang sama, saya ingin meniru teladannya.”[2] 18 Saudara saudari dapat membantu anda tetap neutral. Beritahulah para penatua jika anda mengalami situasi mencabar. Mereka dapat mengongsi nasihat Bible dengan anda. Jika saudara saudari mengetahui situasi anda, mereka dapat menggalakkan anda. Mintalah mereka berdoa bagi pihak anda. Namun, kita juga perlu menyokong rakan seiman dengan berdoa bagi mereka. (Mat. 7:12) Di jw.org/id, anda boleh mengetahui nama saudara saudari yang dipenjarakan. Sila lihat bahagian RUANG BERITA ˛ BERITA HUKUM. Kemudian, klik di rencana “Saksi-Saksi Yehuwa yang Dipenjarakan Karena Iman Mereka—Menurut Lokasi.” Anda boleh memilih beberapa nama di sana dan meminta Yehuwa menguatkan mereka untuk tetap setia kepada-Nya.—Ef. 6:19, 20. 19 Akhir semakin dekat, dan kerajaan manusia akan memberi kita tekanan untuk berpihak kepada mereka. Maka, adalah sangat penting untuk membuat persediaan sekarang supaya kita tetap neutral di dunia yang berpecah belah! 18, 19. (a) Bagaimanakah ahli dalam sidang anda dapat membantu anda untuk tetap neutral? (b) Apakah sepatutnya tekad anda?
NOTA KAKI: [1] (perenggan 1) Semasa menyebut tentang Kaisar, Yesus sedang merujuk kepada kerajaan manusia. Pada zaman Yesus, Kaisar merupakan pemerintah manusia yang tertinggi. [2] (perenggan 17) Lihat buku Saksi-Saksi Yehuwa —Pemberita Kerajaan Tuhan, muka surat 662 dalam bahasa Indonesia, dan kotak “Dia Mati untuk Memuliakan Tuhan” pada muka surat 168 dalam buku Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
31
PERTANYAAN PEMBACA
Apakah “jaminan” dan ‘meterai’ daripada Tuhan yang akan diterima setiap orang Kristian terurap?—2 Kor. 1:21, 22, nota kaki. ˇ Jaminan: Berdasarkan satu sumber rujukan, istilah Yunani yang diterjemahkan sebagai “jaminan” di 2 Korintus 1:22 digunakan “di sisi undang-undang dan bidang perdagangan.” Istilah ini bermaksud “bayaran pendahuluan, wang cengkeram, deposit supaya seseorang mempunyai hak milik atas sesuatu atau untuk mengesahkan suatu perjanjian.” Bagi kaum terurap pula, Yehuwa memberi mereka jaminan mengenai ganjaran yang akan diterima mereka. Ganjaran atau bayaran penuh itu diterangkan di 2 Korintus 5:1-5 sebagai tubuh yang tidak dapat dimusnahkan dan yang tidak dapat mati. —1 Kor. 15:48-54. Dalam bahasa Yunani moden, ungkapan yang berkaitan dengan perkataan itu adalah cincin pertunangan. Ungkapan ini sesuai bagi mereka yang akan menjadi isteri kiasan Kristus.—2 Kor. 11:2; Why. 21: 2, 9. ˇ Meterai: Pada masa dahulu, meterai digunakan sebagai tandatangan untuk membuktikan hak milik, kesahihan, atau persetujuan. Bagi kaum terurap pula, mereka ‘dimeterai’ dengan daya aktif sebagai hak milik Tuhan. (Ef. 1:13, 14) Namun, pemeteraian ini hanya menjadi kekal apabila orang terurap membuktikan dirinya setia sehingga mati, atau sejurus sebelum kesengsaraan besar bermula.—Ef. 4:30; Why. 7:2-4.
Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma
p
Anda juga boleh membaca Bible Terjemahan Dunia Baru di laman web kami
Layari www.jw.org/ms, atau imbas kod
w16.04-ML 151224
s
n o
Cincin mohor ditekan pada tanah liat atau lilin untuk mengesahkan suatu dokumen