MAC 2 0 16
RENCANA PEMBELAJARAN BAGI:
2 - 29 MEI 2016
MUKA DEPAN:
BILANGAN PENDUDUK
BELGIUM
11,132,269
Dewan Perjumpaan di Wijnegem terletak di salah satu jalan raya yang sibuk di Antwerp. Orang yang lalu di jalan itu dapat melihat papan tanda JW.ORG yang dipaparkan di situ sejak permulaan pembinaan
PENYIAR
25,839 HADIRIN PERINGATAN ( 2014)
44,635 KANDUNGAN
3
2-8 MEI
8
9-15 MEI
Kaum Muda —Adakah Anda Sedia untuk Dibaptis?
18
Yehuwa Membimbing Umat-Nya ke Jalan Kehidupan Yehuwa senantiasa membimbing umat-Nya. Rencana ini akan membincangkan cara Tuhan memberi umat-Nya arahan dan bimbingan baru apabila situasi mereka berubah. Kita juga akan melihat cara kita mendapat bimbingan Tuhan.
Kaum Muda —Bagaimanakah Anda Dapat Bersedia untuk Pembaptisan? Penyembah Yehuwa gembira kerana kira-kira 250,000 orang dibaptis setiap tahun. Ramai daripada mereka ialah orang muda dan bahkan ada di antara mereka yang belum menjadi remaja. Mengapakah mereka yakin bahawa mereka bersedia untuk dibaptis? Bagaimanakah mereka bersiap sedia? Dua rencana ini akan menjawab soalan tersebut.
23-29 MEI
23
Dapatkah Anda Membantu Sidang Anda?
26
Tirulah Semangat Para Nabi
13
29
16-22 MEI
Anda Dapat Menguatkan Perpaduan Sidang—Bagaimana?
PERTANYAAN PEMBACA
Yehuwa memberkati kita apabila kita bekerjasama untuk melakukan kehendak-Nya. Rencana ini memberikan cadangan tentang cara untuk bekerjasama dalam kerja penyebaran, sidang, dan keluarga.
Kecuali apabila dinyatakan, ayat Bible daripada Kitab Ibrani dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Melayu (ABB), Hakcipta 5 The Bible Society of Malaysia 2001, dan ayat Bible daripada Kitab Yunani dipetik daripada Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures, Edisi 2013 dalam bahasa Inggeris.
Printed in Japan.
Kaum Muda Adakah Anda Sedia untuk Dibaptis? “Siapakah antara kamu yang ingin membina sebuah menara, tetapi tidak duduk dan mengira perbelanjaannya terlebih dahulu untuk melihat sama ada wangnya cukup untuk menyiapkan pembinaan itu atau tidak?”—LUK. 14:28.
Kedua-dua rencana ini ditujukan kepada kaum muda yang ingin dibaptis “SAYA mengenali kamu sejak kamu dilahirkan,” kata seorang penatua kepada Christopher yang berumur 12 tahun. “Saya gembira apabila mendengar bahawa kamu ingin dibaptis. Boleh saya tanya, ‘Mengapakah kamu mengambil langkah ini?’ ” Soalan penatua itu memang bagus. Kita gembira apabila ribuan kaum muda dibaptis setiap tahun. (Pkh. 12:1) Namun, ibu bapa dan para penatua di sidang ingin memastikan agar kaum muda membuat keputusan itu sendiri dan memahami maksudnya untuk dibaptis. 2 Melalui Bible, kita telah belajar bahawa pembaktian dan 1, 2. (a) Apakah yang menggembirakan umat Tuhan? (b) Bagaimanakah ibu bapa Kristian dan para penatua membantu kaum muda memahami maksud pembaptisan?
LAGU: 120, 64
APAKAH YANG ANDA PELAJARI?
Apakah itu kematangan? Bagaimanakah Daniel menunjukkannya?
Bagaimanakah anda tahu bahawa pembaptisan ialah keinginan hati anda?
Apakah maksud pembaktian, dan apakah kaitannya dengan pembaptisan?
3
Orang muda yang matang tidak berpura-pura menjadi sahabat Tuhan di Dewan Perjumpaan, dan sahabat dunia di sekolah (Lihat perenggan 8)
pembaptisan membuka lembaran baru dalam kehidupan. Hal ini membawa banyak berkat daripada Yehuwa, tetapi juga tentangan daripada Syaitan. (Ams. 10:22; 1 Ptr. 5:8) Itulah sebabnya ibu bapa Kristian harus mengambil masa untuk mengajar anak tentang apa yang terlibat apabila seseorang menjadi pengikut Kristus. Bagi kaum muda yang tidak mempunyai ibu bapa dalam kebenaran, para penatua akan membantu mereka untuk memahami maksud pembaktian dan pembaptisan. (Baca Lukas 14:27-30.) Sepertimana persiapan diperlukan untuk membina sebuah bangunan, kaum muda juga harus membuat persiapan sebelum dibaptis agar dapat menyembah Yehuwa dengan setia “sehingga akhir.” (Mat. 24:13) Apakah yang dapat membantu kaum muda untuk memiliki tekad menyembah Yehuwa buat selama-lamanya? Mari kita lihat. 3 Kaum muda, adakah anda ingin dibap3. (a) Apakah yang dapat kita pelajari melalui kata-kata Yesus dan Petrus tentang kepentingan pembaptisan? (Mat. 28:19, 20; 1 Ptr. 3:21) (b) Apakah soalan-soalan yang akan dibincangkan, dan mengapa?
4
tis? Jika ya, matlamat itu sangat bagus! Menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa merupakan penghormatan yang besar. Pembaptisan juga merupakan syarat bagi orang Kristian. Hal ini sangat penting jika seseorang ingin diselamatkan semasa kesengsaraan besar. (Mat. 28:19, 20; 1 Ptr. 3:21) Apabila dibaptis, anda menunjukkan bahawa anda berjanji untuk menyembah Yehuwa buat selama-lamanya. Anda pasti ingin menepati janji itu. Maka, soalan berikut akan membantu anda untuk melihat sama ada anda bersedia untuk dibaptis atau tidak: (1) Adakah saya cukup matang untuk membuat keputusan ini? (2) Adakah pembaptisan keinginan hati saya? (3) Adakah saya memahami maksud membaktikan diri kepada Yehuwa? Mari kita bincangkan soalansoalan ini. APABILA ANDA CUKUP MATANG 4 Bible tidak menyatakan bahawa hanya orang dewasa atau yang mencapai umur
4, 5. (a) Mengapakah pembaptisan bukan hanya untuk orang dewasa? (b) Bagi orang Kristian, apakah maksud menjadi matang?
tertentu boleh dibaptis. Amsal 20:11 berkata, “Perbuatan seorang anak dapat menunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat.” Maka, orang muda juga dapat memahami maksud melakukan apa yang betul dan membaktikan diri kepada Pencipta. Pembaptisan merupakan langkah penting bagi kaum muda yang telah membuktikan kematangan mereka dan telah membaktikan diri kepada Yehuwa.—Ams. 20:7. 5 Apakah maksud menjadi matang? Kematangan bukan hanya merujuk kepada umur atau perkembangan fizikal seseorang. Bible menyatakan bahawa “daya penilaian” orang matang dapat membezakan apa yang betul dan salah. (Ibr. 5:14) Orang yang matang tahu apa yang betul dan bertekad untuk melakukannya. Jadi, dia tidak mudah dipengaruhi untuk melakukan apa yang salah. Orang lain juga tidak perlu selalu memberitahunya untuk melakukan apa yang betul. Sudah tentu kaum muda yang dibaptis patut melakukan apa yang betul walaupun ibu bapa atau orang dewasa lain tidak berada di sampingnya.—Bandingkan Filipi 2:12. 6 Dapatkah kaum muda menunjukkan kematangan seperti itu? Fikirkan contoh daripada Bible, iaitu Daniel. Kemungkinan sewaktu remaja, dia diambil daripada ibu bapanya dan dibawa ke Babilon. Di sana, Daniel hidup dalam kalangan orang yang tidak mentaati perintah Tuhan. Mari kita lihat situasi Daniel dengan teliti. Dia mendapat layanan yang istimewa di Babilon. Dia juga merupakan salah seorang yang dipilih untuk berkhidmat bagi raja. (Dan. 1: 3-5, 13) Nampaknya, Daniel mempunyai 6, 7. (a) Ceritakan cabaran yang dihadapi Daniel sewaktu berada di Babilon. (b) Bagaimanakah Daniel membuktikan kematangannya?
kedudukan yang lebih baik di Babilon berbanding di Israel. 7 Apakah reaksi Daniel? Adakah dia membiarkan orang Babilon mengubah atau melemahkan imannya? Tidak! Bible berkata bahawa sewaktu di Babilon, “Daniel bertekad untuk tidak menajiskan dirinya” dengan penyembahan palsu. (Dan. 1:8) Itulah kematangan yang sebenar! 8 Apakah yang dapat anda pelajari daripada teladan Daniel? Walaupun menghadapi cabaran, orang muda yang matang akan tetap teguh dalam kepercayaannya. Dia tidak seperti seekor kameleon, sejenis binatang seperti cicak yang kulitnya bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. Dia tidak berpura-pura menjadi sahabat Tuhan di Dewan Perjumpaan, dan sahabat dunia di sekolah. Sebaliknya, dia akan tetap setia walaupun menghadapi cabaran.—Baca Efesus 4:14, 15. 9 Sudah tentu, tiada seorang pun yang sempurna. Seperti orang dewasa, kaum muda juga berbuat silap. (Pkh. 7:20) Namun, jika anda ingin dibaptis, anda perlu memeriksa betapa kuat tekad anda untuk mentaati Yehuwa. Tanyalah diri: “Adakah saya selalu berusaha untuk mentaati Yehuwa?” Fikirkan reaksi anda semasa iman anda diuji pada masa lampau. Adakah anda memilih untuk melakukan apa yang betul? Seperti Daniel, bagaimana pula jika anda digalakkan untuk menggunakan bakat anda demi dunia Syaitan? Jika anda mengalami godaan seperti ini, dapatkah anda memahami apa kehendak Yehuwa?—Ef. 5:17. 8. Apakah yang anda pelajari daripada teladan Daniel? 9, 10. (a) Apakah manfaatnya apabila orang muda merenung tentang reaksinya sewaktu digoda? (b) Apakah maksud pembaptisan?
5
Mengapakah penting bagi anda untuk mengetahui jawapan kepada soalan tersebut? Kerana hal itu akan membantu anda untuk sedar betapa seriusnya pembaptisan. Pembaptisan menunjukkan kepada orang lain bahawa anda telah mengucapkan janji yang penting kepada Yehuwa. Anda berjanji untuk mengasihi dan menyembah-Nya dengan sepenuh hati buat selama-lamanya. (Mrk. 12:30) Setiap orang yang dibaptis harus bertekad untuk menunaikan janjinya kepada Yehuwa.—Baca Pengkhutbah 5:3, 4. 10
ADAKAH PEMBAPTISAN KEINGINAN HATI ANDA?
Bible memberitahu bahawa umat Tuhan, termasuk kaum muda, akan berkhidmat kepada-Nya dengan “sukarela.” (Mzm. 110:3) Oleh itu, orang yang ingin dibaptis harus memastikan bahawa itulah keinginan hatinya. Jadi anda mungkin perlu memeriksa keinginan hati anda dengan teliti, terutamanya jika anda dibesarkan dalam kebenaran. 12 Semasa membesar, anda mungkin nampak ramai orang dibaptis. Mungkin kawan dan adik-beradik anda juga sudah dibaptis. Namun, anda perlu berhati-hati agar tidak berasa bahawa anda harus dibaptis hanya kerana sudah mencapai umur tertentu atau kerana orang lain dibaptis. Bagaimanakah anda boleh mempunyai pandangan Yehuwa terhadap pembaptisan? Luangkanlah masa untuk memikirkan mengapa pembaptisan sangat penting. Rencana ini dan rencana seterusnya akan membincangkan hal ini. 11
11, 12. (a) Orang yang ingin dibaptis harus berasa pasti tentang apa? (b) Bagaimanakah anda boleh mempunyai pandangan yang betul mengenai pembaptisan?
6
Salah satu cara anda dapat mengetahui jika pembaptisan memang merupakan keinginan hati anda adalah dengan meneliti doa anda. Adakah anda sering berdoa kepada Yehuwa? Adakah anda berdoa secara spesifik? Jawapan kepada soalan ini dapat membantu anda untuk menilai hubungan anda dengan Yehuwa. (Mzm. 25:4) Yehuwa dapat menjawab doa menerusi Bible. Dengan mempelajari Bible secara teliti, anda menunjukkan bahawa anda berusaha mendekati Yehuwa dan ingin menyembah-Nya dengan sepenuh hati. (Yos. 1:8) Tanyalah diri: “Adakah saya belajar Bible dengan tetap? Adakah saya mengambil bahagian semasa penyembahan keluarga?” Jawapan kepada soalan ini dapat membuktikan sama ada anda benar-benar ingin dibaptis atau tidak. 13
PEMBAKTIAN—APAKAH MAKSUDNYA?
Sesetengah kaum muda mungkin tidak memahami sepenuhnya perbezaan antara pembaktian dan pembaptisan. Ada yang berkata bahawa mereka telah membaktikan diri kepada Yehuwa, tetapi belum bersedia untuk dibaptis. Adakah hal itu masuk akal? Pembaktian merupakan janji kepada Yehuwa bahawa anda akan menyembah-Nya buat selama-lamanya. Apabila dibaptis, anda menunjukkan kepada orang lain bahawa anda telah membaktikan diri kepada Yehuwa. Jadi sebelum dibaptis, anda perlu memahami maksud membaktikan diri kepada Tuhan. 15 Apabila anda membaktikan diri kepada Yehuwa, anda memberitahu-Nya bahawa anda kini milik-Nya. Anda berjanji baha14
13. Bagaimanakah anda dapat mengetahui jika pembaptisan merupakan keinginan hati anda? 14. Jelaskan perbezaan antara pembaktian dan pembaptisan. 15. Apakah maksud pembaktian?
wa anda akan mengutamakan kehendakNya dalam kehidupan anda. (Baca Matius 16:24.) Kita mesti menunaikan janji yang dibuat, apatah lagi janji kepada Tuhan Yehuwa! (Mat. 5:33) Jadi, bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda tidak lagi hidup bagi diri sendiri, tetapi hidup bagi Yehuwa?—Rm. 14:8. 16 Marilah kita fikirkan perumpamaan ini. Bayangkan seorang sahabat memberi anda sebuah kereta sebagai hadiah. Dia memberi anda dokumen rasmi bagi kereta itu dan berkata, “Kereta ini milik kamu.” Kemudian dia berkata, “Tetapi saya akan menyimpan kunci kereta. Saya akan memandu kereta ini, bukan kamu.” Apakah perasaan anda mengenai “hadiah” ini? Apakah perasaan anda terhadap sahabat yang memberikan kereta itu kepada anda? 17 Apabila seseorang membaktikan diri kepada Yehuwa, dia memberitahu-Nya: “Saya menyerahkan kehidupan saya kepada Engkau. Saya milik Engkau.” Yehuwa tentu mengharapkan orang itu untuk menepati janjinya. Tetapi, bagaimana jika orang itu berdating secara sembunyi dengan seseorang yang bukan penyembah Tuhan? Bagaimana pula jika orang itu menerima tawaran kerja yang mengehadkan masanya untuk aktiviti penyebaran atau perjumpaan? Jika hal ini berlaku, orang itu tidak menepati janjinya kepada Yehuwa. Perbuatan itu adalah seperti sahabat yang menyimpan kunci kereta itu. Apabila kita membaktikan diri kepada Yehuwa, kita memberitahu-Nya: “Kehidupan saya milik Engkau, bukan milik saya.” Maka kita akan
sentiasa melakukan kehendak Yehuwa walaupun itu bukanlah kehendak kita. Tirulah Yesus yang berkata, “Aku turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendakku, tetapi kehendak Dia yang mengutus aku.” —Yoh. 6:38. 18 Jelaslah bahawa pembaptisan merupakan keputusan yang serius. Membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis merupakan suatu penghormatan yang besar. Kaum muda yang mengasihi Yehuwa dan memahami maksud pembaktian, tidak akan teragak-agak untuk membaktikan diri kepada Tuhan dan dibaptis. Mereka tidak akan menyesali keputusan mereka. Rose, seorang remaja yang sudah dibaptis, berkata, “Saya mengasihi Yehuwa. Tiada yang lebih menggembirakan selain daripada menyembah Yehuwa. Ada banyak perkara yang saya tidak pasti dalam kehidupan, tetapi saya berasa pasti dengan keputusan saya untuk dibaptis.” 19 Bagaimana pula dengan Christopher yang disebutkan pada permulaan rencana ini? Apakah perasaannya mengenai keputusannya untuk dibaptis semasa dia berumur 12 tahun? Dia berkata bahawa dia sangat gembira dengan keputusan itu. Dia mula merintis semasa dia berumur 17 tahun, menjadi seorang pembantu sidang pada umur 18 tahun, dan kini berkhidmat di Bethel. Dia berkata, “Pembaptisan merupakan keputusan yang betul. Berkhidmat untuk Yehuwa dan organisasi-Nya membawa kepuasan.” Jika anda ingin dibaptis, bagaimanakah anda dapat membuat persiapan? Rencana yang seterusnya akan membincangkan soalan tersebut.
16, 17. (a) Berikan perumpamaan tentang cara kita menolak kepentingan sendiri. (b) Apabila seseorang membaktikan diri, apakah yang sebenarnya dikatakannya?
18, 19. (a) Bagaimanakah kata-kata Rose dan Christopher menggambarkan pembaptisan sebagai suatu penghormatan yang membawa berkat? (b) Apakah perasaan anda terhadap penghormatan untuk dibaptis?
7
Kaum Muda Bagaimanakah Anda Dapat Bersedia untuk Pembaptisan? ‘Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Tuhanku!’—MZM. LAGU: 51, 58
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah maksudnya ‘percaya selepas diyakinkan’?
Bagaimanakah perbuatan kita menunjukkan bahawa kita “berkelakuan suci” dan “mengabdikan diri kepada Tuhan”?
Mengapakah merenungkan tebusan akan memperdalamkan penghargaan terhadap Yehuwa?
8
40:9.
ADAKAH anda orang muda yang ingin dibaptis? Jika ya, anda akan memiliki penghormatan yang terbesar. Seperti yang dibincangkan dalam rencana lepas, keputusan untuk dibaptis adalah sangat serius. Pembaptisan menunjukkan kepada orang lain bahawa anda sudah membaktikan diri kepada Yehuwa. Anda berjanji untuk menyembah Tuhan selama-lamanya dan mengutamakan kehendak-Nya dalam hidup. Memandangkan janji ini serius, anda harus dibaptis hanya apabila anda cukup matang, mempunyai keinginan untuk dibaptis, dan memahami maksud pembaktian. 2 Namun, anda mungkin berasa belum bersedia untuk dibaptis. Ibu bapa juga mungkin menyuruh anda untuk menunggu hingga lebih dewasa dan lebih berpengalaman. Apakah yang patut anda lakukan? Janganlah putus asa. Luangkan masa untuk 1, 2. (a) Jelaskan mengapa pembaptisan ialah langkah yang serius. (b) Sebelum dibaptis, apakah yang harus dipastikan oleh seseorang tentang dirinya?
membuat kemajuan supaya layak dibaptis. Tetapkanlah matlamat dalam aspek berikut: (1) kepercayaan, (2) perbuatan, dan (3) penghargaan anda. KEPERCAYAAN ANDA
Tanyalah diri: Mengapakah saya percaya bahawa Tuhan wujud? Mengapakah saya yakin bahawa Bible berasal daripada Tuhan? Mengapakah saya mentaati perintah Tuhan dan bukannya mengikut piawaian moral dunia ini? Soalan sedemikian membantu anda untuk mengikut nasihat Paulus, ‘Buktikan kepada diri sendiri kehendak Tuhan yang baik, yang menyenangkan hatiNya, dan yang sempurna.’ (Rm. 12:2, nota kaki) Mengapakah anda harus berbuat demikian? 4 Fikirkan teladan Timotius. Dia mengenali Ayat-Ayat Suci dengan baik kerana ibu dan neneknya telah mengajarnya. Namun, Paulus memberitahu Timotius: “Terus berpegang pada apa yang telah kamu pelajari dan apa yang telah kamu percayai selepas diyakinkan.” (2 Tim. 3:14, 15) Perkataan “diyakinkan” bermaksud “percaya dan pasti mengenai kebenaran suatu perkara.” Timotius yakin bahawa kebenaran boleh dijumpai dalam Ayat-Ayat Suci. Dia menerima kebenaran bukan kerana disuruh oleh ibu dan neneknya. Tetapi kerana dia berfikir dengan mendalam tentang apa yang dipelajarinya. Maka dia yakin dengan kebenaran.—Baca Roma 12:1. 5 Bagaimana pula dengan anda? Anda mungkin sudah lama mengenal kebenaran. Jika ya, fikirkanlah sebab anda mempercayainya. Hal ini dapat mengukuhkan pendirian anda supaya tidak dipengaruhi oleh te3
3, 4. Apakah yang dapat dipelajari oleh kaum muda daripada teladan Timotius? 5, 6. Mengapakah penting untuk menggunakan “daya pemikiran” sejak muda?
kanan rakan sebaya, pandangan dunia, atau perasaan sendiri. 6 Jika anda menggunakan “daya pemikiran” sejak muda, anda dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakan anda seperti: “Mengapakah kamu yakin bahawa Tuhan wujud? Jika Tuhan mengasihi kita, mengapakah Dia membenarkan perkara buruk berlaku? Bagaimana mungkin Tuhan sentiasa wujud?” Jika anda sudah bersedia, soalan sebegini tidak menimbulkan keraguan, sebaliknya mendorong anda untuk mempelajari Bible dengan teliti. 7 Pembelajaran peribadi yang teliti dapat membantu anda menjawab soalan sebegini, menyingkirkan keraguan, dan mengukuhkan kepercayaan anda. (Kis. 17:11) Terdapat bahan bacaan yang dapat membantu anda untuk melakukan hal ini. Banyak orang mendapati brosur Asal Mula Kehidupan—Lima Pertanyaan yang Patut Direnungkan dan buku Apakah Ada Pencipta yang Mempedulikan Anda? sangat berguna.[1] Banyak kaum muda juga meraih manfaat daripada siri “Apa yang Sebenarnya Alkitab Ajarkan?” di jw.org/id pada bahagian AJARAN ALKITAB. Siri ini akan menguatkan kepercayaan anda terhadap ajaran Bible. 8 Anda seorang pelajar Bible, maka anda mungkin tahu jawapan kepada beberapa soalan yang terdapat dalam siri ini. Namun, adakah anda pasti dengan jawapan anda? Siri ini akan membantu anda berfikir dengan mendalam tentang ayat-ayat Bible. Anda juga digalakkan untuk menulis sebab anda mempercayai ajaran Bible. Hal ini dapat membantu anda untuk menjelaskan kepercayaan anda kepada orang lain. Jika anda dapat melayari Internet, gunakanlah siri ini semasa pembelajaran 7-9. Jelaskan bagaimana siri “Apa yang Sebenarnya Alkitab Ajarkan?” boleh membantu menguatkan kepercayaan anda.
9
peribadi supaya kepercayaan anda dikukuhkan. 9 Anda harus membuktikan kepada diri bahawa inilah kebenaran. Hal ini dapat mempersiapkan anda untuk pembaptisan. Seorang remaja berkata, “Sebelum memutuskan untuk dibaptis, saya belajar Bible dan sedar bahawa inilah agama benar. Setiap hari, kepercayaan saya semakin kuat.” PERBUATAN ANDA 10 Bible berkata, “Iman yang tidak disertai perbuatan ialah iman yang mati.” (Yak. 2:17) Jika anda memiliki kepercayaan yang teguh, anda akan menunjukkannya melalui perbuatan. Bible berkata bahawa kita harus ‘berkelakuan suci dan melakukan hal-hal yang menunjukkan bahawa kita mengabdikan diri kepada Tuhan.’—Baca 2 Petrus 3:11. 11 Apakah maksud “berkelakuan suci”? Hal itu bermaksud anda bersih secara moral. Contohnya, fikirkan enam bulan yang lalu. Semasa digoda untuk melakukan dosa, adakah anda menggunakan daya penilaian untuk membezakan apa yang betul daripada apa yang salah? (Ibr. 5:14) Adakah anda mengingat masa tertentu apabila anda tidak menyerah kepada godaan atau tekanan rakan sebaya? Di sekolah, adakah anda menetapkan teladan baik? Adakah anda setia kepada Yehuwa, atau anda cuba menjadi seperti rakan sekelas supaya tidak diejek? (1 Ptr. 4:3, 4) Sudah tentu tiada seorang pun yang sempurna. Kadangkala, orang yang telah lama menyembah Yehuwa juga berasa malu dan susah untuk menginjil. Namun, orang yang telah membaktikan diri kepada Tuhan akan berasa bangga untuk dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa.
10. Mengapakah orang Kristian yang sudah dibaptis seharusnya menunjukkan iman melalui perbuatannya? 11. Jelaskan maksud “berkelakuan suci.”
10
Dia akan menunjukkannya melalui kelakuan yang bersih. 12 Apakah maksud ‘melakukan hal-hal yang menunjukkan pengabdian kepada Tuhan’? Hal itu merangkumi aktiviti yang dilakukan di sidang, seperti menghadiri perjumpaan dan menginjil. Tetapi, hal itu juga merangkumi aktiviti yang tidak dilihat oleh orang lain, seperti doa dan pembelajaran peribadi. Orang yang telah membaktikan diri kepada Yehuwa tidak akan menganggap aktiviti tersebut membebankan. Dia akan berasa seperti Raja Daud yang berkata, ‘Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Tuhanku! Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.’—Mzm. 40:9. 13 Untuk menetapkan matlamat, anda boleh menggunakan lembaran kerja pada muka surat 308 dan 309 dalam buku Pertanyaan Kaum Muda—Jawaban yang Praktis, Jilid 2, dalam bahasa Indonesia. Dalam lembaran kerja itu, anda boleh menulis jawapan bagi soalan seperti, “Adakah doa anda spesifik, dan bagaimanakah hal itu menyingkapkan kasih kepada Yehuwa? Apakah yang terangkum semasa pembelajaran peribadi? Adakah anda menyertai aktiviti penyebaran walaupun ibu bapa tidak menyertainya?” Gunakan ruang pada lembaran kerja itu untuk menulis apa sahaja matlamat yang ingin ditetapkan berkenaan doa, pembelajaran peribadi, dan aktiviti penyebaran. 14 Banyak kaum muda yang ingin dibaptis berasa bahawa lembaran kerja tersebut sangat berguna. Seorang saudari muda bernama Tilda berkata, “Saya menggunakan 12. Apakah maksud ‘melakukan hal-hal yang menunjukkan pengabdian kepada Tuhan’? Apakah seharusnya perasaan anda mengenai hal itu? 13, 14. Apakah persediaan yang membantu anda untuk ‘melakukan hal-hal yang menunjukkan bahawa anda mengabdikan diri kepada Tuhan’? Bagaimanakah sesetengah kaum muda mendapat manfaat daripada persediaan tersebut?
Adakah anda akan tetap menyembah Yehuwa walaupun ibu bapa anda berhenti menyembah-Nya? (Lihat perenggan 15)
lembaran kerja itu untuk menetapkan matlamat. Saya mencapai matlamat itu satu demi satu. Setahun kemudian, saya bersedia untuk dibaptis.” Seorang saudara muda bernama Patrick juga berkata, “Saya tahu apa matlamat saya. Tetapi saya lebih berusaha untuk mencapai matlamat itu setelah saya menulisnya.” 15 Salah satu soalan dalam lembaran kerja itu adalah: “Jika ibu bapa dan sahabat anda berhenti menyembah Yehuwa, adakah anda akan tetap menyembah Yehuwa?” Apabila membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis, anda memiliki hubungan peribadi dengan-Nya. Maka, apa yang anda lakukan untuk Yehuwa tidak bergantung pada ibu bapa atau orang lain. Kelakuan yang suci dan yang menunjukkan pengabdian kepada Tuhan membuktikan bahawa anda yakin inilah kebenaran dan anda ingin mengikut piawaian Tuhan. Tidak lama kemudian, anda akan layak untuk dibaptis. PENGHARGAAN ANDA 16
Seorang lelaki menanya Yesus: “Hukum
15. Jelaskan mengapa pembaktian merupakan keputusan peribadi. 16, 17. (a) Apakah yang sepatutnya mendorong seseorang untuk menjadi orang Kristian? (b) Berikan contoh tentang sebab kita menghargai tebusan.
manakah yang paling penting?” Yesus menjawab, “Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.” (Mat. 22:35-37) Yesus menjelaskan bahawa kasih kepada Yehuwa patut mendorong seseorang untuk dibaptis dan menjadi orang Kristian. Satu cara untuk menguatkan kasih kepada Yehuwa ialah dengan merenungkan pemberian Yehuwa yang paling berharga, iaitu korban tebusan. (Baca 2 Korintus 5: 14, 15; 1 Yohanes 4:9, 19.) Dengan demikian, anda akan tergerak untuk menunjukkan penghargaan. 17 Bayangkan seseorang menyelamatkan anda daripada mati lemas. Adakah anda akan balik ke rumah, tukar pakaian, dan melupakan peristiwa itu? Tidak! Anda akan menunjukkan penghargaan kepada orang itu! Begitu juga, kita patut menunjukkan penghargaan kepada Yehuwa dan Yesus atas korban tebusan. Kita berhutang nyawa kepada mereka! Mereka menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian. Oleh sebab kasih mereka, kita mempunyai harapan untuk hidup selama-lamanya di Firdaus! 18 Adakah anda menghargai apa yang 18, 19. (a) Mengapakah kita tidak patut berasa takut untuk membaktikan diri kepada Yehuwa? (b) Mengapakah menyembah Yehuwa akan membuat kehidupan anda lebih baik?
11
dilakukan Yehuwa? Jika ya, pembaktian dan pembaptisan ialah langkah yang betul. Semasa membaktikan diri, anda berjanji untuk menyembah-Nya selama-lamanya. Patutkah anda berasa takut untuk membuat janji ini? Tidak! Yehuwa menginginkan yang terbaik bagi anda, dan Dia memberikan ganjaran kepada orang yang melakukan kehendak-Nya. (Ibr. 11:6) Jika anda membaktikan diri dan dibaptis, kehidupan anda tidak akan menjadi teruk. Sebaliknya, kehidupan anda akan menjadi lebih baik! Seorang saudara yang berusia 24 tahun telah dibaptis sebelum menjadi remaja. Dia berkata, “Jika saya lebih dewasa, saya mungkin mempunyai pemahaman yang lebih dalam. Namun, dengan membaktikan diri kepada Yehuwa, saya dilindungi daripada godaan di dunia.” 19 Yehuwa menginginkan yang terbaik bagi anda. Namun Syaitan mementingkan diri dan tidak mempedulikan anda. Dia tidak dapat memberikan ganjaran kepada orang yang berpihak kepadanya. Syaitan tidak mempunyai berita baik mahupun masa
depan yang cerah. Bagaimana mungkin dia memberikan sesuatu yang tidak dimilikinya? Dia hanya dapat memberi anda masa depan yang kelam, kerana itulah masa depannya!—Why. 20:10. 20 Membaktikan diri kepada Yehuwa ialah keputusan yang terbaik. Adakah anda bersedia? Jika ya, janganlah takut untuk membuat janji tersebut. Jika anda belum bersedia, gunakanlah cadangan dalam rencana ini untuk terus membuat kemajuan. Paulus memberitahu saudara saudari di Filipi untuk “terus maju.” (Flp. 3:16) Dengan demikian, anda pasti ingin membaktikan diri dan dibaptis tidak lama lagi. 20. Bagaimanakah kaum muda boleh membuat kemajuan supaya dapat membaktikan diri dan dibaptis? (Lihat kotak “Untuk Membantu Anda Bertumbuh Secara Rohani.”)
NOTA KAKI: [1] (perenggan 7) Bahan bacaan ini boleh didapati dalam bahasa Indonesia.
Daripada siri “Kaum Muda Bertanya” dalam majalah Sedarlah! (bahasa Indonesia) ˇ “Bagaimana Aku Bisa Meningkatkan Mutu Doaku?”—November 2008 ˇ “Bagaimana Aku Bisa Menikmati Pembacaan Alkitab?”—April 2009 ˇ “Siapa Diriku?”—Oktober 2011 ˇ “Bagaimana Supaya Aku Bisa Senang Belajar Alkitab?”—Februari 2012 ˇ “Mengapa Harus Berhimpun?”—April 2012
˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙ ˙
UNTUK MEMBANTU ANDA BERTUMBUH SECARA ROHANI Daripada buku Pertanyaan Kaum Muda —Jawaban yang Praktis (bahasa Indonesia) JILID 1
JILID 2
ˇ ‘Bagaimana Beribadat kepada Tuhan Bisa Menyenangkan?’ —pasal 38
ˇ “Mengapa Hidup Menurut Standar Alkitab?”—pasal 34
ˇ “Kenapa Aku Takut Cerita Soal Agamaku?”—pasal 17
ˇ ‘Bagaimana Aku Bisa Menjadi Sahabat Tuhan?’—pasal 35 ˇ “Apakah Aku Mesti Dibaptis?”—pasal 37
Anda Dapat Menguatkan Perpaduan Sidang—Bagaimana? “Melaluinya, semua bahagian tubuh tersusun rapi dan bekerjasama.”—EF. 4:16. YEHUWA dan Yesus sentiasa bersatu padu sejak permulaan penciptaan. Yehuwa menciptakan Yesus sebelum segala sesuatu diciptakan. Kemudian, Yesus bekerja “di sisi-Nya seperti seorang jurubina.” (Ams. 8:30) Umat Yehuwa juga bekerjasama dalam kerja yang harus dilakukan. Contohnya, Nuh dan keluarganya membina bahtera bersama-sama. Kemudian, orang Israel bekerjasama untuk membina khemah suci, membukanya, dan memindahkannya dari satu tempat ke tempat lain. Di Rumah Tuhan, mereka bernyanyi sambil bermain alat muzik. Mereka bersama-sama memuji Yehuwa dengan menggunakan muzik yang indah. Umat Yehuwa dapat melakukan semua perkara itu kerana mereka bekerjasama.—Kej. 6:14-16, 22; Bil. 4:4-32; 1 Taw. 25:1-8. 2 Orang Kristian pada abad pertama juga bekerjasama. Rasul Paulus menjelaskan bahawa mereka bersatu padu walaupun mempunyai keupayaan dan tugas yang berbeza. Mereka semua 1. Sejak permulaan, apakah sikap yang diperlihatkan dalam kerja Tuhan? 2. (a) Apakah yang menonjol tentang sidang Kristian pada masa awal? (b) Apakah soalan yang akan dibincangkan?
LAGU: 53, 107
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Mengapakah aktiviti penyebaran dapat menyatupadukan kita?
Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu sidang kita bersatu padu?
Bagaimanakah suami dan isteri dapat tetap bersatu padu?
13
mengikut Pemimpin mereka, iaitu Yesus Kristus. Paulus menyamakan mereka dengan tubuh badan yang terdiri daripada banyak anggota yang bekerjasama. (Baca 1 Korintus 12:4-6, 12.) Bagaimana pula dengan kita? Bagaimanakah kita dapat bekerjasama dalam kerja penyebaran, sidang, dan keluarga? BEKERJASAMA DALAM KERJA PENYEBARAN 3 Pada abad pertama, rasul Yohanes mendapat penglihatan mengenai tujuh malaikat yang meniup trompet. Apabila malaikat kelima meniup trompetnya, Yohanes nampak “sebuah bintang yang sudah jatuh dari langit ke bumi.” “Bintang” itu menggunakan kunci untuk membuka lubang yang dalam. Lalu asap mula keluar dari lubang tersebut dan belalang-belalang keluar dari asap itu. Kawanan belalang itu tidak merosakkan pokok atau tumbuhan, sebaliknya belalang itu mencederakan “orang yang tidak mempunyai meterai Tuhan pada dahi mereka.” (Why. 9:1-4) Yohanes tahu bahawa belalang-belalang dapat menyebabkan kerosakan yang besar, itulah yang berlaku pada zaman Musa di Mesir. (Kel. 10:12-15) Belalang-belalang yang dilihat Yohanes melambangkan orang Kristian terurap yang menyebarkan mesej penghakiman terhadap agama palsu. Jutaan orang yang menantikan kehidupan di bumi juga menyertai mereka. Mereka semua bersatu padu dalam kerja penyebaran. Kerja ini telah membantu banyak orang untuk membebaskan diri daripada agama palsu dan cengkaman Syaitan. 4 Kita memiliki tanggungjawab untuk
3. Apakah penglihatan yang diberikan kepada Yohanes? 4. Apakah kerja yang harus dilakukan umat Tuhan? Bagaimanakah mereka dapat berjaya?
14
menyebarkan “berita baik” kepada orang di seluruh dunia sebelum akhir tiba. Hal ini bermaksud ada banyak kerja untuk dilakukan! (Mat. 24:14; 28:19, 20) Kita perlu menjemput semua orang yang “dahaga” untuk minum “air kehidupan.” Maka, kita perlu mengajarkan kebenaran Bible kepada orang yang ingin memahaminya. (Why. 22:17) Apabila kita “bekerjasama” dengan sidang, kita akan berjaya melakukan tugas ini.—Ef. 4:16. 5 Untuk mencapai sebanyak orang yang mungkin, kita perlu teratur dalam kerja penyebaran. Arahan yang kita terima daripada sidang dapat membantu kita. Apabila perjumpaan sebelum kerja penyebaran selesai, kita keluar untuk menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. Kita juga menawarkan bahan bacaan Bible. Sebenarnya, jutaan bahan bacaan ini telah diedarkan di seluas dunia. Kadangkala kita juga diminta untuk menyertai kempen istimewa. Dengan melakukan kerja ini, kita bekerjasama dengan jutaan orang di seluruh bumi untuk menyebarkan berita yang sama! Kita juga bekerjasama dengan para malaikat yang membantu umat Tuhan menyebarkan berita baik.—Why. 14:6. 6 Kita sangat teruja apabila membaca Buku Tahunan mengenai hasil kerja penyebaran di seluruh bumi. Bayangkan, kita bersatu padu di seluas dunia untuk menjemput orang menghadiri konvensyen. Semasa konvensyen, kita menikmati ceramah, drama, dan demonstrasi yang menggalakkan kita untuk memberikan yang terbaik kepada Yehuwa. Kita juga bekerjasama dengan saudara saudari di seluas dunia apabila kita menghadiri Peri5, 6. Bagaimanakah kita bersatu padu semasa menyebarkan berita baik?
ngatan setiap tahun. (1 Kor. 11:23-26) Kita berkumpul pada masa yang sama, iaitu selepas matahari terbenam pada 14 Nisan, untuk menunjukkan penghargaan kepada Yehuwa dan mentaati perintah Yesus. Beberapa minggu sebelum Peringatan, kita juga bekerjasama untuk menjemput orang menghadiri acara yang penting ini. 7 Seekor belalang tidak dapat menyebabkan banyak kerosakan. Begitu juga, kita tidak dapat menyebar kepada semua orang dengan usaha sendiri. Namun kerana kita bekerjasama, kita dapat memberitahu jutaan orang tentang Yehuwa dan membantu mereka memuliakan-Nya. BEKERJASAMA DALAM SIDANG
Paulus menjelaskan kepada orang Kristian di Efesus tentang cara sidang diaturkan. Dia berkata bahawa mereka harus “matang dalam segala hal.” (Baca Efesus 4:15, 16.) Paulus menggunakan contoh tubuh badan untuk menjelaskan cara setiap orang Kristian boleh menyumbang kepada perpaduan sidang dan mengikut Yesus, Kepala sidang. Dia berkata bahawa semua bahagian tubuh bekerjasama “melalui setiap sendi yang memberikan sokongan.” Bagaimanakah kita semua, tidak kira tua atau muda, sihat atau sakit, dapat menyumbang kepada perpaduan dan kerohanian sidang? 9 Yesus melantik penatua untuk memimpin sidang, dan dia mahu kita menghormati dan mentaati arahan mereka. (Ibr. 13: 7, 17) Namun hal ini mungkin tidak senang. Maka kita boleh memohon bantuan 8
7. Apakah yang dapat kita capai apabila kita bekerjasama? 8, 9. (a) Apakah perumpamaan yang digunakan Paulus untuk mengajar orang Kristian supaya bersatu padu? (b) Bagaimanakah kita boleh bekerjasama dalam sidang?
Yehuwa. Daya aktif Yehuwa dapat membantu kita untuk mentaati arahan penatua. Fikirkan juga manfaat kepada sidang jika kita bersikap rendah hati dan bekerjasama dengan penatua. Sidang kita akan bersatu padu, dan kasih antara saudara saudari akan bertambah erat. 10 Pembantu sidang juga menyumbang kepada perpaduan sidang. Kita menghargai usaha mereka kerana mereka bekerja keras untuk membantu para penatua. Contohnya, pembantu sidang memastikan bahawa terdapat bahan bacaan yang mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti penyebaran. Mereka juga menyambut pelawat yang hadir di perjumpaan. Selain itu, pembantu sidang membaiki Dewan Perjumpaan dan menjaga kebersihannya. Jika kita bekerjasama dengan mereka, kita dapat menyembah Yehuwa dengan teratur dan bersatu padu.—Bandingkan Kisah 6:3-6. 11 Sesetengah penatua sudah bekerja keras selama bertahun-tahun. Namun, usia mereka meningkat dan mereka mungkin tidak dapat melakukan banyak tugas seperti dahulu. Oleh itu, saudara yang lebih muda dapat memberikan bantuan. Jika saudara muda dilatih, mereka dapat memikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang. Apabila pembantu sidang bekerja keras, dia mungkin layak menjadi seorang penatua. (1 Tim. 3:1, 10) Terdapat penatua muda yang membuat kemajuan sehingga layak menjadi penyelia litar dan membantu saudara saudari di sidang lain. Kita sangat menghargai orang muda yang rela 10. Bagaimanakah pembantu sidang menyumbang kepada perpaduan sidang? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) 11. Bagaimanakah orang muda dapat menyumbang kepada perpaduan sidang?
15
berkhidmat bagi rakan seiman mereka. —Baca Mazmur 110:3; Pengkhutbah 12:1. BEKERJASAMA DALAM KELUARGA
Bagaimanakah kita dapat membantu ahli keluarga untuk bekerjasama? Penyembahan keluarga setiap minggu dapat membantu kita. Apabila ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama untuk belajar tentang Yehuwa, kasih mereka terhadap satu sama lain akan bertambah kuat. Semasa penyembahan keluarga, mereka dapat bersiap sedia bagi aktiviti penyebaran dengan melatih penyampaian mereka. Apabila ahli keluarga meluahkan perasaan mereka mengenai Firman Tuhan, hubungan mereka akan bertambah erat. Hal ini adalah kerana mereka dapat melihat bahawa ahli keluarga mengasihi Yehuwa dan ingin melakukan kehendak-Nya. 13 Bagaimanakah suami isteri dapat bekerjasama untuk memuji Yehuwa? Apabila mereka mengasihi Yehuwa dan menyembah-Nya bersama, mereka akan menjadi bahagia dan bersatu padu dalam perkahwinan mereka. Mereka juga harus menunjukkan kasih kepada satu sama lain seperti yang dilakukan oleh Abraham dan Sara, Ishak dan Ribka, serta Elkana dan Hana. (Kej. 26:8; 1 Sam. 1:5, 8; 1 Ptr. 3:5, 6) Apabila suami isteri melakukan hal ini, mereka akan bersatu padu dan mendekat kepada Yehuwa.—Baca Pengkhutbah 4:12. 14 Bible dengan jelas mengatakan bahawa kita tidak patut mengahwini seseorang yang bukan penyembah Yehuwa. 12
12, 13. Apakah yang dapat membantu ahli keluarga untuk bekerjasama? 14. Jika suami atau isteri anda tidak menyembah Yehuwa, apakah yang dapat anda lakukan untuk memastikan perkahwinan anda tetap kuat?
16
(2 Kor. 6:14) Namun, sesetengah saudara saudari mempunyai pasangan yang bukan Saksi-Saksi Yehuwa. Sesetengah orang mendapat kebenaran selepas berkahwin, dan pasangan mereka tidak menjadi seorang Saksi. Yang lain pula mengahwini seorang hamba Yehuwa, tetapi kemudiannya suami atau isteri mereka meninggalkan kebenaran. Dalam situasi sedemikian, orang Kristian harus berusaha untuk mengikut nasihat Bible supaya perkahwinan mereka tetap kuat. Hal ini tidak selalu mudah. Contohnya, Mary dan suaminya, David, menyembah Yehuwa bersama. Kemudian, David berhenti menghadiri perjumpaan. Namun, Mary tetap menjadi seorang isteri yang baik dan menunjukkan sifat-sifat Kristian. Dia juga mengajar enam orang anaknya tentang Yehuwa dan membawa mereka ke perjumpaan dan konvensyen. Bertahun-tahun kemudian, anak-anak mereka menjadi dewasa dan meninggalkan rumah. Walaupun situasi ini mencabar bagi Mary, dia tetap menyembah Yehuwa. Tetapi, David mula membaca majalah yang ditinggalkan oleh Mary baginya. Tidak lama kemudian, dia mula pergi ke perjumpaan. Cucunya yang berumur enam tahun sentiasa menyediakan tempat duduk baginya. Jika David tidak hadir, cucunya akan berkata, “Saya tunggu Datuk datang ke perjumpaan hari ini.” David kembali kepada Yehuwa selepas 25 tahun. Sekarang, dia dan isterinya gembira menyembah Yehuwa bersama-sama. 15 Syaitan menyerang keluarga hari ini. Itulah sebabnya suami isteri yang menyembah Yehuwa perlu bekerjasama. Tidak kira berapa lama anda sudah berkah15. Bagaimanakah pasangan yang lebih tua membantu pasangan yang muda?
Tidak kira kita tua atau muda, penyembahan keluarga mengeratkan hubungan kita (Lihat perenggan 12, 15)
win, fikirkan apa yang anda boleh lakukan dan katakan untuk menguatkan perkahwinan anda. Jika anda sudah lama berkahwin, anda boleh menjadi teladan yang baik bagi pasangan yang muda. Anda mungkin boleh menjemput pasangan muda untuk menyertai penyembahan keluarga anda. Mereka akan sedar bahawa pasangan yang telah lama berkahwin juga harus menunjukkan kasih kepada satu sama lain dan bersatu padu.—Tit. 2:3-7. ‘MARILAH KITA PERGI KE BUKIT YEHUWA’
Semasa orang Israel pergi menghadiri perayaan di Yerusalem, mereka bekerjasama antara satu sama lain. Mereka menyediakan segala yang diperlukan bagi perjalanan itu. Kemudian mereka membuat perjalanan itu bersama-sama dan saling membantu. Di Rumah Tuhan, mereka se16
16, 17. Apakah yang akan dinantikan oleh umat Tuhan yang bersatu padu?
mua memuji dan menyembah Yehuwa bersama-sama. (Luk. 2:41-44) Hari ini, kita sedang bersiap sedia untuk memasuki dunia baru. Maka kita perlu bersatu padu dan bekerjasama dengan sedaya upaya. Dapatkah anda memikirkan cara untuk menyumbang kepada perpaduan ini? 17 Dunia ini berpecah belah dan orang suka bertengkar tentang banyak perkara. Tetapi kita sangat bersyukur kerana Yehuwa membantu kita menikmati kedamaian dan memahami kebenaran! Umat Yehuwa di serata dunia menyembah-Nya dalam cara yang menyenangkan hati-Nya. Semasa hari-hari terakhir ini, umat Yehuwa sangat bersatu padu. Seperti yang dinubuatkan oleh Yesaya dan Mikha, kita sedang ‘pergi ke bukit Yehuwa’ bersama-sama. (Yes. 2:2-4; baca Mikha 4:2-4.) Betapa gembiranya kita apabila semua orang di bumi saling “bekerjasama” dan menyembah Yehuwa dengan bersatu padu! 17
Yehuwa Membimbing Umat-Nya ke Jalan Kehidupan “Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!”—YES. LAGU: 65, 48
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah bimbingan yang diberikan Yehuwa pada zaman Nuh dan Musa?
Apakah bimbingan baru yang diberikan Yehuwa kepada orang Kristian?
30:21.
“BERHENTI, LIHAT, DENGAR.” Kata-kata ini muncul pada tanda isyarat di persimpangan landasan kereta api di Amerika Utara lebih daripada 100 tahun yang lalu. Mengapa? Hal ini adalah supaya kereta tidak dilanggar oleh kereta api yang melintasi landasan tersebut. Banyak nyawa terselamat kerana orang memberikan perhatian kepada amaran itu. 2 Yehuwa memberikan sesuatu yang lebih baik. Dia membimbing umat-Nya supaya menghindari bahaya dan menerima kehidupan kekal. Yehuwa bagaikan seorang gembala pengasih yang membimbing biri-biri-Nya agar mereka dapat mengelakkan bahaya.—Baca Yesaya 30:21. YEHUWA SELALU MEMBIMBING UMAT-NYA
Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mencari bimbingan Tuhan?
18
3
Sejak permulaan sejarah manusia, Yehuwa telah memberi-
1, 2. (a) Apakah amaran yang telah menyelamatkan nyawa banyak orang? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah bimbingan yang dapat menyelamatkan nyawa umat Tuhan? 3. Mengapakah umat manusia terjerumus ke haluan maut?
kan arahan atau bimbingan yang terperinci. Contohnya, Yehuwa memberikan bimbingan di Taman Eden supaya manusia dapat memperoleh kehidupan kekal dan kebahagiaan. (Kej. 2:15-17) Tetapi Adam dan Hawa menolak bimbingan tersebut. Hawa telah mendengar nasihat seekor ular, dan Adam pula mendengar kata-kata Hawa. Apakah kesudahannya? Mereka berdua merana dan akhirnya mati tanpa memiliki harapan. Memandangkan mereka tidak patuh kepada Tuhan, seluruh umat manusia terjerumus ke haluan maut. 4 Pada zaman Nuh, Tuhan telah memberikan arahan yang dapat menyelamatkan nyawa. Selepas Banjir, Yehuwa melarang manusia untuk makan atau minum darah. Mengapa? Kerana situasi telah berubah. Yehuwa ingin membenarkan manusia makan daging. Oleh itu, Yehuwa memberikan perintah yang baru: “Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana nyawa itu terkandung di dalam darah.” (Kej. 9:1-4) Perintah ini membantu kita untuk memahami pandangan Tuhan mengenai nyawa. Semua nyawa ialah milikNya. Dia merupakan Pencipta yang memberi kita hidup, jadi Dia berhak membuat peraturan mengenai kehidupan. Contohnya, Dia memberikan perintah supaya manusia tidak membunuh orang lain. Tuhan memandang nyawa dan darah sesuatu yang suci, dan Dia akan menghukum sesiapa yang tidak menghormatinya.—Kej. 9:5, 6. 5 Selepas zaman Nuh, Tuhan terus membimbing umat-Nya. Rencana ini akan memberikan beberapa contoh tentang cara Tu4. (a) Mengapakah perintah baru perlu diberikan selepas Banjir? (b) Bagaimanakah situasi yang baru membantu kita memahami pandangan Tuhan? 5. Apakah yang akan kita bincangkan, dan mengapa?
han membimbing mereka. Hal ini akan menguatkan tekad kita untuk mengikut bimbingan Yehuwa sehingga ke dunia baru. BANGSA BARU, BIMBINGAN BARU
Pada zaman Musa, Yehuwa memberi umat-Nya bimbingan yang jelas mengenai kelakuan dan ibadat mereka. Mengapa? Kerana keadaan berubah lagi. Selama lebih daripada 200 tahun, orang Israel hidup sebagai hamba di Mesir. Di sana, mereka dikelilingi dengan orang yang menyembah arwah, berhala, dan melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati Tuhan. Apabila mereka dibebaskan dari Mesir, mereka memerlukan bimbingan baru. Mereka akan menjadi sebuah bangsa yang hanya mengikut Hukum Yehuwa. Sesetengah rujukan menyatakan bahawa perkataan Ibrani bagi “hukum” bermaksud “mengarah, membimbing, mengajar.” Hukum Musa melindungi umat Israel daripada perbuatan yang tidak bermoral dan penyembahan palsu. Apabila orang Israel mentaati Tuhan, mereka meraih berkat-Nya. Namun, apabila mereka mengingkari-Nya, mereka mengalami akibat buruk.—Baca Ulangan 28:1, 2, 15. 7 Ada sebab lain mengapa bimbingan baru diperlukan. Hukum Musa menyediakan umat Israel untuk suatu peristiwa yang penting, iaitu kedatangan Mesias, Yesus Kristus. Hukum Musa mengingatkan umat Israel bahawa mereka tidak sempurna. Hukum itu juga membantu mereka untuk memahami bahawa mereka 6
6. Mengapakah umat Tuhan memerlukan hukum yang diberikan melalui Musa? Apakah sikap yang harus ditunjukkan oleh orang Israel? 7. (a) Mengapakah Yehuwa memberikan bimbingan kepada umat-Nya? (b) Mengapakah Hukum Musa disamakan seperti penjaga bagi orang Israel?
19
memerlukan tebusan, iaitu korban sempurna yang dapat menyingkirkan dosa mereka dengan sepenuhnya. (Gal. 3:19; Ibr. 10:1-10) Tambahan lagi, Hukum Musa melindungi salasilah Mesias dan membantu orang Israel untuk mengenal pasti Mesias apabila dia tiba. Ya, Hukum Musa adalah seperti “penjaga” atau pembimbing sementara yang memimpin mereka kepada Kristus.—Gal. 3:23, 24. 8 Sebagai orang Kristian, kita juga boleh mendapat manfaat daripada bimbingan yang terdapat dalam Hukum Musa. Bagaimana? Kita boleh berhenti dan melihat prinsip di sebalik Hukum itu. Walaupun kita tidak lagi perlu mengikut Hukum itu, kita masih boleh menggunakannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian dan ibadat kita. Yehuwa memastikan hukumNya itu dicatatkan dalam Bible supaya kita dapat belajar daripadanya, dibimbing oleh prinsipnya, dan menghargai ajaran Yesus yang mencerminkan piawaian moral yang lebih tinggi. Dengarlah apa yang dikatakan Yesus: “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’ Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus memandang seorang wanita dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.” Maka, kita bukan hanya mengelakkan perzinaan tetapi juga menolak fikiran dan keinginan yang tidak bermoral.—Mat. 5:27, 28. 9 Selepas Yesus datang sebagai Mesias, Yehuwa harus memberikan arahan baru dan lebih banyak maklumat tentang tujuan-Nya. Mengapa? Pada tahun 33 M, Yehuwa telah menolak bangsa Israel dan me8. Mengapakah kita perlu mendapat bimbingan daripada prinsip di sebalik Hukum Musa? 9. Apakah keadaan baru yang menyebabkan umat Tuhan memerlukan arahan baru?
20
milih sidang Kristian sebagai umat-Nya. Maka keadaan umat Tuhan berubah lagi. BIMBINGAN UNTUK ISRAEL ROHANI
Yehuwa telah memberikan Hukum Musa kepada orang Israel untuk mengajar mereka tentang kelakuan dan ibadat mereka. Bermula pada abad pertama, umat Tuhan tidak lagi terdiri daripada satu bangsa, melainkan datang daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Mereka dikenali sebagai Israel rohani. Mereka membentuk sidang Kristian dan terikat dengan perjanjian baru. Yehuwa memberi mereka bimbingan baru atau bimbingan tambahan tentang kelakuan dan cara untuk menyembah-Nya. Sememangnya, “Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.” (Kis. 10: 34, 35) Mereka mengikut “hukum Kristus” yang berdasarkan prinsip yang ditulis pada hati, bukan pada batu. Hukum ini akan membimbing dan memberikan manfaat kepada orang Kristian tidak kira di mana mereka berada.—Gal. 6:2. 11 Israel rohani mendapat banyak manfaat daripada bimbingan yang diberikan Yehuwa melalui Yesus. Sebelum memperkenalkan perjanjian baru, Yesus memberikan dua perintah yang penting. Salah satu mengenai aktiviti penyebaran. Perintah yang satu lagi mengenai kelakuan dan cara orang Kristian patut memperlakukan satu sama lain. Perintah ini ditujukan kepada semua orang Kristian. Maka, kita juga patut mentaati perintah ini tidak kira kita 10
10. Mengapakah hukum baru diberikan kepada sidang Kristian? Mengapakah hukum tersebut berbeza daripada hukum yang diberikan kepada orang Israel? 11. Apakah dua aspek kehidupan orang Kristian yang dipengaruhi oleh “hukum Kristus”?
berharap untuk hidup selama-lamanya di syurga atau di bumi. 12 Pada masa lalu, orang daripada pelbagai bangsa harus datang ke Israel untuk menyembah Yehuwa. (1 Raj. 8:41-43) Tetapi, Yesus memberikan perintah yang terdapat di Matius 28:19, 20. (Baca.) Yesus memberitahu para pengikutnya untuk ‘pergi kepada semua bangsa.’ Pada Pentakosta 33 M, Yehuwa menunjukkan bahawa Dia ingin berita baik dikhabarkan ke seluruh bumi. Kira-kira 120 orang dalam sidang baru itu dipenuhi daya aktif dan mula bercakap dalam pelbagai bahasa kepada orang Yahudi dan pemeluk agama Yahudi. (Kis. 2:4-11) Kemudian, mereka juga perlu menyebar kepada orang Samaria. Pada tahun 36 M, kawasan penyebaran mereka merangkumi orang bukan Yahudi. Maka, orang Kristian perlu menyebar kepada orang di serata dunia! 13 Yesus juga memperkenalkan “satu perintah baru” mengenai cara untuk memperlakukan saudara saudari kita. (Baca Yohanes 13:34, 35.) Kita harus sentiasa menunjukkan kasih kepada mereka. Kita juga mesti rela mengorbankan nyawa demi mereka. Hal itu tidak dituntut dalam Hukum Musa.—Mat. 22:39; 1 Yoh. 3:16. 14 Yesus memberikan teladan yang agung tentang cara menunjukkan kasih yang tidak mementingkan diri. Dia sangat mengasihi para pengikutnya sehingga dia sanggup mati demi mereka. Dia berharap agar semua pengikutnya melakukan hal yang sama. Maka, kita harus rela menghadapi kesusahan bahkan mati demi saudara saudari.—1 Tes. 2:8. 12. Apakah perintah baru mengenai aktiviti penyebaran? 13, 14. (a) Apakah yang terangkum dalam “perintah baru” yang diberikan Yesus? (b) Apakah yang kita pelajari daripada teladan Yesus?
BIMBINGAN BAGI MASA KINI DAN MASA DEPAN 15 Yesus telah melantik “hamba yang setia dan bijaksana” untuk memberi pengikutnya “makanan pada masa yang sesuai.” (Mat. 24:45-47) Makanan ini juga merangkumi bimbingan bagi umat Tuhan yang menghadapi keadaan yang berubah. Bagaimanakah situasi kita berubah? 16 Kita sedang hidup pada “hari-hari terakhir” dan kesengsaraan yang tidak pernah berlaku akan melanda tidak lama lagi. (2 Tim. 3:1; Mrk. 13:19) Syaitan dan rohroh jahat juga telah dibuang dari syurga ke bumi, dan menyebabkan banyak penderitaan. (Why. 12:9, 12) Selain itu, kita diperintahkan untuk menyebarkan berita baik kepada semua orang di serata dunia dalam pelbagai bahasa! 17 Organisasi Tuhan menyediakan pelbagai alat yang boleh digunakan semasa menginjil. Adakah anda menggunakannya? Semasa perjumpaan, kita dibimbing tentang cara terbaik untuk menggunakan alatalat ini. Adakah anda menganggap bahawa bimbingan ini datang daripada Tuhan? 18 Untuk menerima berkat daripada Yehuwa, kita harus memberikan perhatian kepada segala arahan yang diberikan melalui sidang Kristian. Jika kita mentaati arahan sekarang, kita akan berasa lebih mudah untuk mengikut arahan semasa “kesengsaraan besar.” Pada masa itu, seluruh dunia Syaitan akan dibinasakan. (Mat. 24:21) Selepas itu, kita akan memerlukan bimbingan baru tentang kehidupan kita di dunia yang bebas daripada pengaruh Syaitan.
15, 16. Apakah situasi baru yang kita alami sekarang, dan bagaimanakah Tuhan membimbing kita? 17, 18. Apakah sepatutnya reaksi kita apabila diberikan arahan?
21
Di dunia baru, kita akan diberikan kitab-kitab yang mengandungi bimbingan baru bagi kehidupan di Firdaus (Lihat perenggan 19, 20)
Pada zaman Musa, orang Israel memerlukan bimbingan, jadi Tuhan memberi mereka Hukum Musa. Kemudian, sidang Kristian mentaati “hukum Kristus.” Di dunia baru pula, Bible memberitahu bahawa kita akan diberikan kitab-kitab yang mengandungi bimbingan baru. (Baca Wahyu 20:12.) Kemungkinan besar, kitab-kitab ini menjelaskan apa yang dikehendaki Yehuwa daripada manusia pada masa itu. Dengan mempelajari kitab itu, semua orang, termasuk mereka yang dibangkitkan, akan mengetahui kehendak Tuhan. Kitab-kitab itu akan membantu kita untuk lebih memahami pemikiran Yehuwa. Kita juga akan memahami Bible dengan lebih mendalam. 19
19, 20. Apakah kitab-kitab yang akan dibuka? Apakah hasilnya?
22
Maka, kita akan mengasihi dan menghormati satu sama lain di Firdaus. (Yes. 26:9) Bayangkan kerja pendidikan sedunia yang dijalankan di bawah bimbingan Raja Yesus! 20 Jika kita mengikut arahan yang “tertulis dalam kitab-kitab” dan tetap setia kepada Yehuwa semasa ujian terakhir, Dia akan menulis nama kita dalam “kitab kehidupan.” Kita akan menerima kehidupan kekal! Maka, kita perlu BERHENTI untuk membaca Bible, MELIHAT untuk memahami maksudnya, dan MENDENGAR dengan mentaati bimbingan Tuhan. Dengan demikian, kita akan selamat melewati kesengsaraan besar dan terus belajar tentang Tuhan yang bijaksana dan pengasih, Yehuwa, buat selama-lamanya.—Pkh. 3:11; Rm. 11:33.
Dapatkah Anda Membantu Sidang Anda? SEBELUM Yesus naik ke syurga, dia memberitahu para pengikutnya: ‘Kamu akan menjadi saksi-saksiku sampai ke hujung bumi.’ (Kis. 1:8) Bagaimanakah para pengikutnya dapat menginjil di seluruh bumi? Martin Goodman, seorang profesor di Universiti Oxford, menyatakan bahawa “orang Kristian mempunyai tugas khas. Tugas itu membuat mereka berbeza daripada orang yang memeluk agama lain, termasuk orang Yahudi di empayar Roma.” Yesus pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menginjil. Orang Kristian sejati mengikut teladannya dengan menyebarkan “berita baik tentang Kerajaan Tuhan” di mana-mana sahaja. Mereka harus mencari orang yang menginginkan kebenaran. (Luk. 4:43) Itulah sebabnya pada abad pertama, terdapat “rasul-rasul.” Per-
kataan ini bermaksud mereka yang diutus untuk melakukan sesuatu. (Mrk. 3:14) Yesus memberikan perintah kepada para pengikutnya: “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.”—Mat. 28:18-20. Dua belas orang rasul Yesus tidak lagi berada di bumi. Namun ramai penyembah Yehuwa mengikut teladan baik mereka. Apabila dijemput untuk menginjil di tempat yang memerlukan bantuan, mereka berkata, “Inilah aku. Utuslah aku!” (Yes. 6:8) Beberapa orang telah berpindah ke negara yang jauh, seperti ribuan saudara saudari yang menghadiri Sekolah Gilead. Ada pula yang berpindah ke kawasan lain di negara sendiri. Ramai saudara saudari belajar bahasa baru untuk membantu dalam sidang atau kumpulan tertentu. Walaupun hal ini tidak senang, mereka rela
Cubalah mengetahui keperluan fizikal, emosi, dan rohani rakan seiman anda 23
Pada abad pertama, kebanyakan orang Kristian tinggal di kampung halaman dan mereka bukannya mubaligh. Namun mereka bersemangat dalam kerja penyebaran. Paulus memberitahu Timotius: ‘Lakukan kerja seorang penginjil, dan laksanakan tugas kamu dengan sepenuhnya.’ (2 Tim. 4:5) Nasihat ini juga boleh diterapkan oleh orang Kristian hari ini. Semua orang Kristian harus mentaati perintah untuk menyebarkan berita Kerajaan Tuhan dan menjadikan orang murid Yesus. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk
menjadi seperti seorang mubaligh dalam sidang sendiri. Contohnya, apabila mubaligh berpindah ke negara lain, situasi mereka berubah. Mereka harus menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru. Walaupun kita tidak dapat berpindah ke tempat yang lebih memerlukan bantuan, dapatkah kita mencari cara baru untuk menginjil kepada orang lain? Pada tahun 1940, saudara saudari kita digalakkan untuk memberikan kesaksian di tempat awam sekali setiap minggu. Pernahkah anda mencuba cara ini? Pernahkah anda menggunakan rak mudah alih? Yang penting ialah: Adakah anda rela menggunakan cara baru untuk menyebarkan berita baik? Jika anda mempunyai sikap yang positif, anda tentu akan bersemangat dalam kerja penyebaran. Biasanya para penyiar yang berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan atau yang belajar bahasa baru memberikan banyak bantuan kepada sidang. Contohnya, mereka mengambil pimpinan dalam aktiviti penyebaran. Mubaligh juga sering mengambil pimpinan dalam sidang sehingga saudara tempatan layak untuk melaku-
Bantulah rakan seiman di kawasan tempatan dengan . . .
ˇ menggalakkan mereka “melakukan kerja seorang penginjil”
membuat pengorbanan kerana mereka mengasihi Yehuwa dan orang lain. Maka mereka membuat rancangan yang teliti supaya dapat menggunakan masa, tenaga, dan wang untuk menginjil di tempat yang memerlukan bantuan. (Luk. 14:2830) Kita sangat menghargai usaha saudara saudari ini. Bukan semua orang dapat berpindah ke tempat lain atau belajar bahasa baru. Namun, kita semua boleh menjadi seperti mubaligh dalam sidang sendiri. JADILAH MUBALIGH DALAM SIDANG ANDA
24
kannya. Jika anda seorang saudara yang dibaptis, adakah anda “sedang berusaha” untuk berkhidmat sebagai pembantu sidang atau penatua dalam sidang anda?—1 Tim. 3:1. JADILAH “SUMBER KELEGAAN HATI”
Kita juga boleh membantu sidang dalam cara yang lain. Tidak kira tua atau muda, saudara atau saudari, kita boleh “menjadi sumber kelegaan hati” kepada rakan seiman.—Kol. 4:11. Untuk membantu rakan seiman, kita harus lebih mengenali mereka. Bible menggalakkan kita untuk “memperhatikan satu sama lain,” atau mengetahui keperluan rakan seiman. (Ibr. 10:24) Hal ini tidak bermaksud bahawa kita menjaga tepi kain orang. Sebaliknya, kita harus berusaha untuk memahami saudara saudari serta keperluan mereka. Mereka mungkin memerlukan bantuan praktikal, sokongan moral, atau galakan daripada Bible. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya hanya penatua atau pembantu sidang dapat membantu mereka. (Gal. 6:1) Namun, kita semua boleh membantu saudara saudari yang lebih tua, atau keluarga yang menghadapi masalah.
ˇ memberikan bantuan praktikal
Contohnya, Salvatore menghadapi masalah kewangan yang serius. Dia terpaksa menjual perniagaan, rumah, dan barang milik keluarganya. Dia sangat risau tentang keluarganya. Namun, sebuah keluarga di sidang mereka telah menawarkan bantuan. Mereka memberi Salvatore sedikit wang serta membantu dia dan isteri mencari kerja. Mereka juga meluangkan masa untuk mendengar dan menggalakkan keluarga Salvatore. Akhirnya mereka menjadi kawan rapat. Keduadua keluarga ini mempunyai kenangan manis tentang masa yang diluangkan bersama semasa menghadapi kesusahan. Orang Kristian sejati tidak teragak-agak untuk mengongsi kepercayaan mereka dengan orang lain. Kita harus meniru teladan Yesus dan memberitahu semua orang tentang janji-janji Tuhan yang menakjubkan. Sama ada kita dapat berpindah atau tidak, kita semua boleh berusaha untuk membantu rakan seiman dalam sidang sendiri. (Gal. 6:10) Apabila kita membantu orang lain, kita akan menjadi lebih gembira dan “membuahkan hasil dalam setiap kerja baik.”—Kol. 1:10; Kis. 20:35.
ˇ memberikan sokongan moral kepada mereka yang khuatir
Tirulah Semangat Para Nabi ADAKAH anda mempunyai apa-apa persamaan dengan para nabi pada masa kuno? Menurut New World Translation Edisi 2013 dalam bahagian daftar kata, nabi ialah “seseorang yang memberitahu tujuan Tuhan. Para nabi merupakan jurucakap bagi Tuhan. Mereka bukan hanya memberitahu ramalan, tetapi juga menyampaikan ajaran, perintah, dan penghakiman Yehuwa.” Walaupun anda tidak menyampaikan ramalan, anda mewakili Tuhan dan menyampaikan mesej yang terkandung dalam Firman-Nya.—Mat. 24:14. Kita mendapat penghormatan istimewa kerana dapat memberitahu orang lain tentang Yehuwa dan tujuan-Nya bagi manusia! Kita bekerjasama dengan para “malaikat yang terbang di tengah langit.” (Why. 14:6) Namun, kita mungkin menghadapi cabaran sehingga kita lupa akan penghormatan istimewa ini. Apakah beberapa cabaran yang dihadapi? Kita mungkin berasa penat, kecewa, 26
atau berasa usaha kita sia-sia. Para nabi juga menghadapi cabaran tersebut, tetapi mereka tidak putus asa. Yehuwa membantu mereka untuk melaksanakan tugas mereka. Mari kita lihat beberapa contoh. MEREKA MENGERAHKAN USAHA
Kadangkala kita mungkin berasa penat disebabkan aktiviti seharian dan berasa tidak larat menyertai kerja penyebaran. Sememangnya, seperti Yesus dan para rasul, kita juga memerlukan rehat. (Mrk. 6:31) Namun, fikirkan sewaktu Yehezkiel berkhidmat sebagai nabi bagi orang Israel yang ditawan di Babilon. Tuhan menyuruh Yehezkiel untuk mengambil sebuah batu bata lalu mengukir kota Yerusalem di atasnya. Selepas itu, Yehezkiel harus menggambarkan pengepungan kota itu dengan berbaring di sebelah kirinya selama 390 hari, dan kemudian di sebelah ka-
nannya selama 40 hari. Yehuwa berkata kepadanya: Yehezkiel rela “Aku akan mengikat engmenggambarkan pengepungan kota kau supaya engkau tidak Yerusalem dapat membalikkan badan ke kanan ataupun ke kiri sehingga pengepungan itu berakhir.” (Yeh. 4:1-8) Sudah tentu hal itu menarik perhatian orang Israel. Selama lebih daripada setahun, Yehezkiel harus menghadapi rutin fizikal yang memenatkan itu. Bagaimanakah nabi itu melaksanakan tugasnya? Yehezkiel faham mengapa dia diutus sebagai nabi. Sewaktu mengutus Yehezkiel, Tuhan berkata, “Sama ada pemberontak itu [orang Israel] mendengar engkau atau tidak, mereka akan tahu bahawa ada nabi di kalangan mereka.” (Yeh. 2:5) Yehezkiel ingat akan peranannya sebagai nabi. Itulah sebabnya dia rela melakonkan pengepungan Yerusalem. Dia memang merupakan nabi yang sejati. Kemudian, dia dan orang Israel yang ditawan mendengar laporan bahawa “kota itu telah jatuh.” Akhirnya, orang Israel sedar bahawa seorang nabi berada dalam kalangan mereka.—Yeh. 33:21, 33. Hari ini, kita memberikan amaran tentang pembinasaan dunia Syaitan. Walaupun penat, kita menggunakan tenaga untuk menginjil, membuat kunjungan kembali, dan mengadakan pembelajaran Bible. Nubuat-nubuat tentang akhir sistem dunia ini sedang menjadi kenyataan. Maka, kita berasa puas kerana menjadi “seseorang yang memberitahu tujuan Tuhan.” MEREKA MENANGANI KEKECEWAAN
Kita mengerahkan usaha dengan bantuan daya aktif. Namun, ada kalanya kita berasa kecewa disebabkan reaksi orang terhadap mesej yang kita sampaikan. Marilah kita meniru contoh Yeremia. Dia diejek dan dihina kerana mengumumkan mesej Tuhan kepada orang Israel. Pada suatu ketika, Yeremia berkata, ‘Biarlah aku melupakan Yehuwa, aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi.’ Yeremia juga mempunyai perasaan seperti kita. Namun, dia tetap mengumumkan mesej Tuhan. Mengapa?
Dia berkata, “Perkhabaran-Mu bagaikan api yang membara dalam hati sanubari. Aku telah cuba menahannya, tetapi aku tidak berdaya.”—Yer. 20:7-9. Apakah yang boleh kita lakukan apabila berasa kecewa dengan reaksi orang terhadap mesej kita? Kita boleh merenungkan mesej yang kita sampaikan. Mesej itu boleh menjadi seperti “api yang membara dalam hati sanubari.” Maka, kita harus membaca Bible setiap hari supaya api itu tetap bernyala di dalam hati kita. MEREKA MENGATASI PERASAAN NEGATIF
Sesetengah orang Kristian berasa bimbang apabila diberikan tugas baru. Nabi Hosea juga mungkin berasa begitu. Yehuwa memberinya perintah: “Kahwinlah dengan seorang perempuan yang suka melacur; dan anak-anakmu juga akan menjadi seperti dia.” (Hos. 1:2) Bayangkan anda akan berkahwin tidak lama lagi, tetapi Tuhan menyuruh anda mengahwini seseorang yang akan menjadi pelacur! Namun, Hosea menerima tugas itu. Dia mengahwini Gomer yang kemudiannya melahirkan seorang anak lelaki. Selepas itu, dia melahirkan seorang anak perempuan dan seorang lagi anak lelaki. Nampaknya, kedua-dua anak ini ialah hasil daripada pelacurannya. Yehuwa memberitahu Hosea bahawa bakal isterinya akan “mengejar kekasihnya.” Bible mengatakan bahawa dia mencari “mereka.” Maksudnya, dia mempunyai ramai kekasih. Kemudian, dia ingin kembali kepada Hosea. Jika anda ialah Hosea, adakah anda akan menerimanya kembali? Nabi itu membeli semula isterinya dengan harga yang tinggi. Itulah apa yang diperintahkan oleh Yehuwa!—Hos. 2:6; 3:1-5. Hosea mungkin tertanya-tanya apa yang akan dicapai dengan melakukan tugas itu. Namun, dengan menerima tugas itu, Hosea membantu kita memahami perasaan Tuhan apabila orang Israel mengkhianati-Nya. Usaha Hosea telah mendorong sesetengah orang Israel yang berhati jujur kembali kepada Tuhan. Hari ini, Tuhan tidak menyuruh sesiapa pun untuk ‘mengahwini seorang perempuan yang suka melacur.’ Namun, kita boleh belajar daripada 27
kerelaan hati Hosea untuk menerima tugas itu. Kita boleh memupuk kerelaan hati walaupun kita berasa susah untuk menginjil “di depan umum dan dari rumah ke rumah.” (Kis. 20:20) Sesetengah kaedah menginjil mungkin susah bagi anda. Ramai pelajar Bible berkata bahawa mereka suka belajar Bible tetapi enggan menginjil dari rumah ke rumah. Namun, kebanyakan daripada mereka akhirnya melakukan apa yang dianggap mustahil. Kita boleh dapat satu lagi pengajaran daripada pengalaman Hosea. Hosea boleh memilih untuk tidak mengahwini wanita itu. Lagipun, orang lain tidak akan tahu jika Hosea menolak tugas itu. Kita juga mungkin mendapat peluang untuk memberikan kesaksian dan barangkali tiada sesiapa pun akan tahu jika kita berdiam diri. Hal ini berlaku kepada Anna, seorang pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Gurunya menyuruh semua pelajar untuk menulis sebuah karangan tentang sesuatu yang dipercayai mereka dan kemudian meyakinKaum muda meniru semangat para nabi dengan mempertahankan Yehuwa sebagai Pencipta kita
28
kan seluruh kelas mengenai hal itu. Anna boleh memilih untuk tidak memberikan kesaksian. Namun, dia berasa bahawa peluang ini diberi oleh Tuhan. Walaupun dia tahu reaksi rakannya, dia berdoa kepada Yehuwa. Keinginannya untuk menginjil semakin kuat. Maka dia menulis sebuah karangan yang bertajuk “Evolusi: Pertimbangkan Buktinya.” Apabila Anna menyampaikan karangannya di kelas, seorang rakan yang percaya kepada evolusi menanya Anna banyak soalan untuk membuktikan bahawa kepercayaan Anna itu salah. Namun, Anna berjaya mempertahankan kepercayaannya. Guru berasa kagum dan memberinya hadiah kerana menulis karangan yang begitu meyakinkan. Sejak itu, Anna dapat membincangkan topik penciptaan dengan rakan yang mencabarnya. Oleh sebab Anna menerima tugas daripada Yehuwa, dia berkata, “Saya kini dapat menginjil dengan berani.” Walaupun kita bukan nabi, kita boleh meniru semangat rela berkorban seperti Yehezkiel, Yeremia, dan Hosea. Dengan demikian, kita akan berjaya melaksanakan kehendak Yehuwa hari ini! Semasa penyembahan keluarga dan pembelajaran peribadi, bacalah kisah tentang para nabi dan renungkanlah cara anda dapat meniru teladan mereka.
PERTANYAAN PEMBACA
Bilakah umat Tuhan ditawan oleh Babilon Besar? ˇ Hal ini berlaku selepas tahun 100 M dan berakhir pada tahun 1919. Mengapakah pemahaman kita mengenai hal ini berubah? Semua bukti menunjukkan bahawa pada tahun 1919, kaum terurap dibebaskan daripada Babilon Besar dan dikumpulkan ke dalam sidang yang dimurnikan. Fikirkan hal ini: Sebaik sahaja Kerajaan Tuhan memerintah di syurga pada tahun 1914, umat Tuhan diuji dan secara beransur-ansur dimurnikan daripada agama palsu.1 (Mal. 3:1-4) Kemudian pada tahun 1919, Yesus melantik “hamba yang setia dan bijaksana” untuk memberikan “makanan pada masa yang sesuai” kepada umat Tuhan yang dimurnikan. (Mat. 24:45-47) Pada tahun yang sama, umat Tuhan secara kiasan dibebaskan daripada tawanan Babilon Besar. (Why. 18:4) Namun, bilakah umat Tuhan ditawan? Pada masa lalu, majalah ini menjelaskan bahawa umat Tuhan ditawan oleh Babilon Besar untuk jangka masa yang pendek sejak tahun 1918. Majalah The Watchtower 15 Mac 1992 mengatakan ba1 Lihat majalah Menara Pengawal 15 Julai 2013, muka surat 10-12, perenggan 5-8, 12.
Banyak orang menjadi murtad walaupun Yesus, Paulus, dan Yohanes telah memberikan amaran
SELEPAS 100 M Sidang Kristian ditawan oleh Babilon Besar
hawa sepertimana orang Israel ditawan oleh Babilon, umat Yehuwa ditawan oleh Babilon Besar pada tahun 1918. Namun, banyak kajian menunjukkan bahawa umat Tuhan ditawan lama sebelum tahun 1918. Yehezkiel 37:1-14 menubuatkan bahawa umat Tuhan akan ditawan dan kemudian dibebaskan. Yehezkiel mendapat penglihatan tentang sebuah lembah yang penuh dengan tulang. Yehuwa berkata, “Umat Israel sama seperti tulang-tulang itu.” Hal ini merujuk kepada bangsa Israel dan kemudiannya kepada “Israel milik Tuhan” yang merupakan kaum terurap. (Gal. 6:16; Kis. 3:21) Dalam penglihatan itu, tulang-tulang itu hidup semula dan membentuk satu pasukan tentera yang besar. Hal ini menggambarkan cara umat Tuhan dibebaskan daripada Babilon Besar pada tahun 1919. Namun, bagaimanakah nubuat ini menunjukkan bahawa mereka ditawan untuk jangka masa yang lama? Pertama, Yehezkiel nampak bahawa tulang-tulang itu “sangat kering.” (Yeh. 37:2, 11) Hal ini bererti bahawa mereka sudah lama mati. Kedua, Yehezkiel nampak bahawa orang mati itu hidup
BEBERAPA RATUS TAHUN SEBELUM 1914 “Bunyi berderak-derik” kedengaran apabila sesetengah orang menterjemahkan Bible dalam bahasa yang difahami ramai
D I TA W A N B A B I L O N B E S A R 100 SM
100 M
500
1000
1500
semula secara perlahan-lahan, bukannya tibatiba. Dia “mendengar bunyi berderak-derik, lalu tulang-tulang itu mula bersambung antara satu sama lain.” Kemudian, “tulang-tulang itu mula berurat dan berotot, lalu diliputi kulit.” Selepas itu, nafas dihembuskan “ke dalam tubuh-tubuh itu sehingga tubuh-tubuh itu hidup.” Akhirnya, selepas mereka hidup semula, Yehuwa memberi mereka tanah untuk didiami. Semua ini memerlukan masa.—Yeh. 37:7-10, 14. Seperti yang dinubuatkan, orang Israel ditawan untuk jangka masa yang lama. Penawanan itu bermula pada tahun 740 SM apabila sepuluh suku bangsa Israel, iaitu kerajaan Israel di utara, dipaksa meninggalkan negeri mereka. Kemudian pada tahun 607 SM, Yerusalem dimusnahkan oleh orang Babilon, dan dua lagi suku, iaitu kerajaan Yehuda di selatan, juga dipaksa meninggalkan tempat mereka. Pada tahun 537 SM, penawanan itu berakhir apabila sisa daripada orang Yahudi kembali ke Yerusalem untuk membina semula Rumah Tuhan dan menyembah Yehuwa. Maka, semua perincian ini menunjukkan bahawa kaum terurap ditawan oleh Babilon Besar untuk masa yang panjang, bukan hanya dari tahun 1918 hingga 1919. Hal ini juga berkait de-
KIRA-KIRA 1870-AN Sekumpulan orang Kristian mula mendapat kebenaran Bible
ngan masanya apabila orang Kristian palsu, iaitu lalang, akan tumbuh bersama gandum, iaitu “anak-anak Kerajaan Tuhan.” (Mat. 13:36-43) Sepanjang masa itu, hanya terdapat sedikit orang Kristian sejati. Kebanyakan orang yang mengaku Kristian telah menerima ajaran palsu dan menjadi murtad. Jadi kita boleh menyimpulkan bahawa sidang Kristian telah ditawan oleh Babilon Besar. Penawanan ini bermula selepas tahun 100 M dan berterusan hingga Rumah Rohani Tuhan dimurnikan pada akhir zaman.—Kis. 20:29, 30; 2 Tes. 2: 3, 6; 1 Yoh. 2:18, 19. Selama ratusan tahun itu, pemimpin gereja dan pemimpin politik ingin mengawal orang lain. Contohnya, orang tidak dibenarkan untuk memiliki atau membaca Bible dalam bahasa mereka. Sesetengah orang yang membaca Bible telah dibakar di tiang. Mereka yang menentang ajaran pemimpin gereja pula akan dihukum dengan teruk. Maka, sangat susah bagi orang untuk mempelajari kebenaran atau mengajarkannya kepada orang lain. Kita juga belajar daripada penglihatan Yehezkiel bahawa umat Tuhan hidup semula dan dibebaskan daripada agama palsu secara beransur-ansur. Bilakah hal ini terjadi dan bagaimana? Dalam
1919-KINI Dibebaskan daripada penawanan: Umat Tuhan hidup semula dan dibebaskan daripada penawanan
DITAWAN BABILON BESAR 1850 M
1900
1950
2000
penglihatan itu, kedengaran “bunyi berderak-derik.” Hal ini mula berlaku sejak beberapa ratus tahun sebelum akhir zaman. Pada masa itu, terdapat beberapa orang yang ingin mencari kebenaran dan menyembah Tuhan walaupun dikelilingi agama palsu. Mereka belajar Bible dan mengongsinya kepada orang lain. Ada juga yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa yang difahami ramai. Kemudian sekitar 1870-an, tulang-tulang itu mula berurat dan berotot, lalu diliputi kulit. Charles Taze Russell dan sahabat-sahabatnya berusaha untuk mencari kebenaran Bible dan menyembah Yehuwa. Mereka juga membantu orang lain memahami kebenaran melalui majalah Zion’s Watch Tower dan bahan bacaan lain. Kemudian, “Drama-Foto Penciptaan” ditayangkan pada tahun 1914 dan buku The Finished Mystery diterbitkan pada tahun 1917. Semua ini menguatkan iman umat Tuhan. Pada tahun 1919, mereka seperti dihidupkan semula dan diberikan tanah untuk didiami. Sejak itu, orang yang mempunyai harapan untuk hidup selama-lamanya di bumi menyertai
kaum terurap. Mereka semua menyembah Yehuwa dan menjadi “satu pasukan tentera yang besar.”—Yeh. 37:10; Za. 8:20-23.1 Maka, jelaslah bahawa umat Tuhan ditawan oleh Babilon Besar selepas tahun 100 M. Pada masa itu, ramai orang menjadi murtad dan menerima ajaran palsu serta menolak kebenaran. Selama bertahun-tahun, orang berasa susah untuk menyembah Yehuwa. Hal ini seperti keadaan orang Israel apabila ditawan. Tetapi hari ini, kebenaran disebarkan kepada semua orang. Betapa gembiranya kita kerana kini orang yang mempunyai pengertian “bersinar . . . cerah.” Ramai orang hari ini telah “diuji dan dimurnikan” serta menerima ibadat sejati!—Dan. 12:3, 10. 1 Yehezkiel 37:1-14 dan Wahyu 11:7-12 menyebut tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1919. Nubuat di Yehezkiel 37: 1-14 merujuk kepada semua umat Tuhan yang kembali kepada ibadat sejati pada tahun 1919 selepas ditawan untuk masa yang lama. Tetapi Wahyu 11:7-12 merujuk kepada sekumpulan kecil saudara terurap yang dibangkitkan secara rohani untuk mengambil pimpinan dalam kalangan umat Tuhan pada tahun 1919. Mereka tidak aktif buat suatu jangka masa sebelum itu.
PERTANYAAN PEMBACA
Sewaktu Syaitan menggoda Yesus, adakah dia membawa Yesus ke Rumah Tuhan atau menggunakan penglihatan? ˇ Kami tidak pasti sama ada Yesus benar-benar berdiri di atas Rumah Tuhan atau hal itu sekadar suatu penglihatan. Penulis Bible iaitu Matius dan Lukas menulis tentang peristiwa ini. Matius berkata bahawa “Iblis membawa” Yesus ke Yerusalem lalu “menempatkannya di puncak tembok Rumah Tuhan.” (Mat. 4:5) Lukas juga mengatakan hal yang sama. —Luk. 4:9.
Pada masa lalu, bahan bacaan kita menjelaskan bahawa peristiwa ini tidak berlaku secara harfiah. Majalah The Watchtower terbitan 1 Mac 1961 membandingkan hal ini dengan peristiwa ketika Syaitan menggoda Yesus di sebuah gunung yang tinggi. Syaitan menunjukkan semua kerajaan dunia kepada Yesus. Terbitan itu menyatakan bahawa tiada gunung yang begitu tinggi sehingga dapat melihat semua kerajaan dunia. Oleh itu, majalah 31
s
n o
Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma
p
Yesus mungkin berdiri di sana, dan ketinggian dari situ hingga ke Lembah Kidron ialah kira-kira 140 m. Seorang sejarawan yang bernama Josephus mengatakan bahawa jika seseorang berdiri di situ dan melihat ke bawah, orang itu akan “berasa gayat.” Memandangkan Yesus bukan orang Lewi, dia boleh berdiri di situ dan tiada sesiapa pun yang dapat menghalangnya. Namun, bagaimanakah Yesus pergi dari padang belantara ke Rumah Tuhan di Yerusalem? Kami tidak pasti. Bible hanya menyatakan bahawa Yesus dibawa ke Yerusalem. Bible tidak menyatakan berapa jauh Yesus berada dari Yerusalem atau berapa lama dia digoda oleh Syaitan. Oleh itu, Yesus mungkin berjalan kaki ke Yerusalem walaupun hal itu memakan masa yang panjang. Sewaktu Syaitan menunjukkan “semua kerajaan dunia” kepada Yesus, dia mungkin menggunakan penglihatan. Hal ini adalah kerana tidak mungkin untuk melihat semua kerajaan dunia dari mana-mana gunung di bumi. Sebagaimana kita menggunakan projektor untuk menayangkan gambar tempat-tempat lain di bumi, Syaitan juga mungkin menggunakan penglihatan. Tetapi, dia sebenarnya ingin Yesus sujud dan menyembahnya. (Mat. 4:8, 9) Maka, apabila Syaitan membawa Yesus ke Rumah Tuhan, dia mungkin ingin Yesus membahayakan diri dengan terjun dari situ. Tetapi Yesus menolak godaan itu. Godaan itu tentunya tidak begitu serius jika Syaitan hanya menggunakan penglihatan! Oleh itu, kemungkinan Yesus pergi ke Yerusalem dan berdiri di tempat yang tertinggi di Rumah Tuhan. Seperti yang disebutkan di awal rencana ini, kami tidak pasti sama ada Yesus benar-benar berdiri di atas Rumah Tuhan atau sekadar suatu penglihatan. Tetapi kami pasti bahawa Syaitan cuba menggoda Yesus untuk melakukan sesuatu yang salah dan Yesus telah menolak godaan tersebut.
Anda juga boleh membaca Bible Terjemahan Dunia Baru di laman web kami
Layari www.jw.org/ms, atau imbas kod
w16.03-ML 151126
itu menyatakan bahawa Syaitan mungkin tidak membawa Yesus ke Rumah Tuhan secara fizikal. Namun, rencana dalam The Watchtower kemudiannya berkata bahawa jika Yesus terjun dari Rumah Tuhan, dia mungkin akan mati. Sesetengah orang berkata bahawa Yesus bukan orang Lewi, jadi dia tidak sepatutnya dibenarkan untuk berdiri di atas Rumah Tuhan. Oleh itu, mereka berkata bahawa Syaitan pasti menggoda Yesus dengan menggunakan penglihatan. Ratusan tahun sebelum itu, Yehezkiel juga dibawa ke Rumah Tuhan dalam satu penglihatan.—Yeh. 8:3, 7-10; 11:1, 24; 37:1, 2. Jika Yesus dibawa ke Rumah Tuhan dalam satu penglihatan, sesetengah orang mungkin berfikir: ˇ Adakah Yesus akan tergoda untuk terjun dari Rumah Tuhan? ˇ Syaitan juga telah menggoda Yesus untuk menukar batu menjadi roti, dan menyuruh Yesus bersujud menyembahnya. Jadi, bukankah Syaitan benar-benar ingin Yesus terjun dari Rumah Tuhan? Namun, jika Syaitan membawa Yesus ke Rumah Tuhan dan bukannya menggunakan penglihatan, sesetengah orang mungkin berfikir: ˇ Tidakkah Yesus melanggar Hukum Musa kerana berdiri di atas Rumah Tuhan? ˇ Dari padang belantara, bagaimanakah Yesus pergi ke Rumah Tuhan di Yerusalem? Mari kita lihat beberapa maklumat tambahan yang dapat membantu kita menjawab dua soalan terakhir ini. Profesor D. A. Carson menulis bahawa perkataan Yunani, hi·e·ron’, bagi “Rumah Tuhan” yang digunakan di buku Matius dan Lukas mungkin merujuk kepada seluruh kawasan Rumah Tuhan, bukan sahaja kawasan di mana orang Lewi dibenarkan masuk. Di bahagian tenggara kawasan Rumah Tuhan terdapat bumbung yang rata. Itulah tempat yang tertinggi di kawasan Rumah Tuhan.