TAHAP
1
Pemburu Dinosaur
Meneroka Membongkar Orbit •Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my • Menaakul
Kandungan Penemuan fosil ......................................6 Di muzium ..............................................8 Sejarah fosil ..........................................10 Leonardo ..............................................12 Mengkaji bekas tapak kaki ..................14 Petunjuk lain ........................................16 Penemuan dinosaur .............................18 Penukaran idea ....................................22 Tapak dinosaur.....................................24 Penemuan terbaru ...............................26 Fail fakta ...............................................28 Padankan .............................................30
Glosari ..................................................31 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Padankan
A
Dapatkah kamu mencari perkataan di kiri halaman ini yang dapat menerangkan gambar?
1
rangka
2
ahli paleontologi
3
mamot
4
jejak
5
Maiasaura
6
Gurun Gobi
B C
E D
F
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my Jawapan: 1F 2A 3D 4C 5B 6E
6
PEMBURU DINOSAUR
Penemuan fosil
D
inosaur yang terakhir di bumi telah mati kirakira 65 juta tahun yang lalu. Sesetengah tulang dinosaur kekal terpelihara dan tertanam di dalam tanah atau di cenuram batu di serata tempat di dunia. Tulang yang terpelihara itu dinamakan fosil. Manusia yang mencari, menemukan, dan mengkaji fosil-fosil tersebut dinamakan ahli paleontologi. Kadangkala mereka menemukan cebisan halus daripada tulang. Ada kalanya juga mereka menemukan hampir keseluruhan rangka dinosaur.
Berhati-hati
Ketika menggali tulang dinosaur yang i besar, ahli paleontologi perlu menggali dan memecahkan tanah atau batu t yang terdapat di sekeliling fosil sedikit demi sedikit dengan berhati-hati agar tidak mematahkan atau merosakkan tulang itu.
Kawasan gurun Ahli paleontologi menemukan kebanyakan tulang dinosaur yang masih terpelihara di gurun yang tandus. Angin yang panas dan kering menghakis cenuram batu dan tanah berpasir sehingga fosil yang tertanam makin dekat ke permukaan tanah. Apabila semakin banyak fosil dinosaur yang ditemukan, mereka mula mengesan tempat yang dapat ditemukan fosil dinosaur dengan lebih banyak.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
PENEMUAN FOSIL
7
Menggali
Apabila para penggali lebih banyak menemukan rangka dinosaur, mereka mula menggali parit di sekeliling rangka dan di bawah rangka itu. Dengan cara ini, mereka dapat mengangkat rangka itu satu persatu dari tanah dengan lebih berhati-hati.
Peta dan catatan
Sebelum mana-mana tulang dialihkan, ahli paleontologi akan melukis peta tempat rangka itu ditemukan. Mereka juga akan membuat catatan yang terperinci tentang cebisan-cebisan kecil yang telah ditemukan oleh para penggali itu.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
8
PEMBURU DINOSAUR
1 Menggali untuk mencari
2 Menemukan fosil yang besar
Ahli paleontologi mencari fosil dinosaur di celah-celah batu purba yang telah terhakis selama jutaan tahun. Setiap cebisan tulang, walaupun yang amat halus, dapat memberikan maklumat yang penting.
Barnum Brown, ahli paleontologi yang terkenal, banyak menemukan tinggalan dinosaur. Pada Ogos 1934, beliau menemukan fosil dinosaur yang besar ini di Wyoming, Amerika Syarikat.
Di muzium
R
angka dinosaur biasanya dipamerkan di muzium sejarah alam semula jadi. Saintis dan para juruteknik akan melakukan kerja-kerja penting sebelum fosil dipamerkan di dalam muzium.
Sentuhan akhir
Tulang daripada rangka disambungkan dan dicantumkan dengan menggunakan wayar dann bingkai logam. Juruteknik bertanggungjawab untukk mengimpal kepingan logam ini.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
DI MUZIUM
3 Menggunakan plaster
4 Membersihkan
5 Menyusun atur
6 Siap untuk dipamerkan
Sebelum fosil yang besar dialihkan daripada tempat fosil itu ditemukan, ahli paleontologi akan membungkusnya dengan berhati-hati dengan menggunakan kerajang, plaster, dan burlap untuk melindunginya daripada rosak.
Pasukan ahli paleontologi menyusun atur tulang rusuk dan tulang belakang Tyrannosaurus Rex. Langkah seterusnya ialah mencantumkan fosil tersebut untuk membentuk rangka yang lengkap.
9
Fosil tadi akan dibuka di makmal. Juruteknik menggunakan berus, gergaji, pahat, dan mesin khas untuk membuang mana-mana batu atau tanah yang terlekat pada tulang tersebut.
Triceratops mempunyai tanduk yang panjang dan tulang beropol di bahagian belakang kepalanya. Apabila rangkanya dipamerkan di muzium, adalah mudah untuk membayangkan bagaimana rupa Triceratops ketika hidup jutaan tahun yang lalu.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Pemburu Dinosaur Pemburu Dinosaur daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com
Orbit Buku Sneak Peak!
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my