TAHAP
1
Kitaran Kertas
Meneroka Orbit Buku Sneak Peak! • Membongkar www.orbitbuku.com.my • Menaakul
Kandungan Produk kertas .........................................6 Sejarah pembuatan kertas.....................8 Dari mana asalnya kertas? ..................10 Pembalakan..........................................12 Daripada kayu balak kepada serpai kayu..................................................14 Daripada serpai kayu kepada pulpa .....16 Daripada pulpa kepada kertas.............18 Membazirnya! ......................................20 Mengapa kita perlu mengitar semula kertas?..............................................22 Produk kertas kitar semula ..................24 Proses kitar semula ..............................26 Kurangkan, guna semula, berkir semula ..............................................28 Apa yang dapat anda lakukan? ...........30
Glosari ..................................................31 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Apa yang dapat anda lakukan? Reka bentuk sekeping poster yang menerangkan manfaat kitar semula kepada sekolah dan komuniti di tempat tinggal anda. Sertakan tip-tip untuk melaksanakannya. Panduan membuat poster:
1
Berikan tajuk yang menarik pada poster anda.
2
Tulis sebab-sebab kertas perlu dikitar semula secara ringkas.
3
Senaraikan pelbagai jenis kertas yang dapat dikitar semula. Contohnya, kertas salinan dan surat khabar.
4
Nyatakan beberapa contoh cara-cara manusia dapat mengurangkan, mengguna semula, dan berkir semula untuk menggunakan produkproduk kertas. Misalnya, menggunakan kotak kadbod sebagai bekas simpanan mainan.
M MAA M M MAGG M MAAAAGGG GG
Panduan Anda boleh menggunakan beberapa bahan tentang kitar semula kertas daripada buku ini.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
8
K I TA R A N K E R TA S
Sejarah pembuatan kertas
K
ata “paper” berasal daripada perkataan Mesir, iaitu “papyrus”. Orang Mesir kuno menulis di atas tikar yang dibuat daripada dedaun papirus yang mahal dan memakan masa untuk dihasilkan. 3 000 tahun selepas itu, orang Cina menemukan kertas yang sebenar.
3700 – 3200 SM
Orang Mesir kuno memotong daun papirus berbentuk jalur nipis lalu dilembutkan untuk menghasilkan kertas papirus.
105 TM
Seorang pembesar istana di China, Ts’ai Lun membuat kertas daripada kulit pokok mulberi, linen, dan hem.
300 – 600-an Pembuatan kertas menular ke Vietnam, Tibet, Korea, Nepal, India, dan Jepun.
700-an
Permaisuri Shotoku dari Jepun mempunyai berjuta-juta doa yang dicetak di atas lembaran kertas.
WABAK HAWAR Kertas awal di Eropah dibuat daripada pakaian lama yang dikitar semula. Pakaian daripada jutaan manusia yang terkorban kerana wabak hawar atau Wabak Maut Hitam menyediakan bahan mentah yang banyak.
751
Orang Arab belajar membuat kertas daripada orang Cina. Penggunaan kertas tersebar ke dunia Islam.
1400-an
Orang Jerman dan orang Eropah membuat kertas daripada kapas dan kain linen yang dikitar semula.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
S E J A R A H P E M B U ATA N K E R TA S
1452
Johannes Gutenberg mencetak buku yang pertama dengan menggunakan taip cerai.
Akhir 1400-an
Suku Aztek mencipta sendiri kertas yang dibuat daripada serat pokok sisal.
1719
René de Réamur mendapati bahawa kayu dapat dibuat kertas, setelah melihat tebuan membina sarang.
Akhir 1700-an
Nicholas Robert menciptakan mesin yang dapat menghasilkan kertas yang panjang tanpa berpotong.
1838
Charles Fenerty membuat kertas yang pertama daripada pulpa kayu, yang digunakan untuk membuat surat khabar.
9
1870
Robert Gair menciptakan kotak kadbod gelugur yang dibuat secara pukal.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
10
K I TA R A N K E R TA S
Dari mana asalnya kertas?
K
Menakjubkan!
Sehelai kertas mungkin mengandungi serat daripada ratusan pokok. Setiap tahun, dunia menghasilkan kertas lebih daripada 300 juta tan (268 juta t).
ertas ada pelbagai jenis – yang licin dan putih, yang lembut dan berpulpa, yang dihasilkan secara besar-besaran atau dengan buatan tangan. Walau bagaimanapun, semua kertas dibuat daripada serat daripada bahan yang berbeza yang dimampatkan. Kertas dapat dibuat daripada jerami gandum, batang tebu, kain, kapas, aks, dan hem. Kebanyakan kertas dibuat daripada serat kayu. Pokok adalah murah untuk ditanam dan menghasilkan serat dalam jumlah yang banyak daripada bahan-bahan yang lain. Kertas daripada kain
Kertas yang dibuat daripada kain lebih tahan lama berbanding dengan kertas yang dibuat daripada serat kayu. u. Kertas ini dihasilkan daripada fabrik yang dikitar semula atau serat kapas yang baru.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
D A R I M A N A A S A L N YA K E R TA S ?
11
Kayu lembut dan kayu keras
Serat daripada pokok yang berbeza digunakan untuk membuat pelbagai jenis kertas. Kayu lembut digunakan untuk membuat surat khabar atau kertas tisu. Kayu keras pula digunakan untuk kertas tulis dan kertas salinan yang bermutu tinggi.
Pain ialah pokok kayu lembut.
Birch ialah pokok kayu keras.
Hutan kayu lembut
Pokok-pokok kayu lembut seperti pain dan spruce tumbuh di ladang yang terurus. Untuk memastikan kelestarian hutan, lebih banyak pokok ditanam daripada ditebang. Hanya pokok yang berdiameter lebih kecil daripada 8 inci (20 cm) atau yang tidak sesuai untuk produk kayu padu yang akan ditebang.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Kitaran Kertas Kitaran Kertas daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Orbit Buku Sneak Peak!
Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my