TAHAP
4
Berpindahrandah
Orbit Buku Sneak Peak! Meneroka • Membongkar Menaakul • www.orbitbuku.com.my
Kandungan Mengapa berhijrah?...............................6 Gnu .........................................................8 Paus ......................................................10 Belalang juta dan lain-lain ...................12 Tern Artik..............................................14 Kitar hidup salmon ...............................16 Gajah ....................................................18 Penyu ...................................................20 Kupu-kupu dan rama-rama .................22 Belut .....................................................24 Udang karang ......................................25 Burung..................................................26 Bahaya..................................................28
Glosari ..................................................30 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
6
BERPINDAH-RANDAH
Mengapa berhijrah?
H
aiwan liar berhijrah kerana beberapa sebab. Ada yang berhijrah kerana mengikut musim, mencari tempat yang lebih selesa sebelum cuaca berubah. Ada pula yang berhijrah untuk mencari makanan dan mendapatkan makanan yang lebih banyak di tempat lain kerana perubahan musim. Apabila cuaca sejuk, kemarau, atau ledakan populasi yang menyebabkan kekurangan makanan, maka haiwan akan berhijrah untuk mencari makanan lain. Ada juga haiwan yang berhijrah untuk mencari pasangan dan membiak. Tempat pilihannya ialah tempat yang mungkin terdapatnya makanan tertentu atau tempat yang memberikan perlindungan kepadanya untuk melahirkan anak.
Kuda belang
Ratusan ribu kuda belang berhijrah merentasi jarak hampir 3 200 km. Penghijrahan ini merupakan salah satu penghijrahan paling menakjubkan di bumi. Kuda belang bergerak berterusan dalam gerakan arah ikut jam untuk mencari rumput segar dan air di Tanzania dan di Kenya.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
MENGAPA BERHIJRAH?
Angsa Kanada
Angsa Kanada berhijrah dua kali setahun, iaitu pada musim bunga dan pada musim luruh. Angsa-angsa ini terkenal kerana gaya terbangnya yang berbentuk V yang dapat menjimatkan tenaga angsa-angsa ini ketika terbang. Dengan bantuan angin, angsa ini mampu terbang lebih daripada 2 400 km dalam masa 24 jam.
7
Jenis penghijrahan
Haiwan berhijrah dengan pelbagai cara. Ada yang berulang-alik. Ada yang pergi dan tidak kembali. Hal ini bergantung pada jangka hayat haiwan itu dan sebab haiwan itu berhijrah. Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Penghijrahan sehala Melibatkan sekumpulan haiwan yang berhijrah untuk tinggal di tempat baru. Hal ini sering dilihat pada serangga, seperti semut dan lebah. Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Tempat pembiakan
Penghijrahan cara nomad Melibatkan haiwan yang membiak di beberapa tempat sepanjang hayatnya. Contohnya, budgerigar atau zebra nch akan pulang ke lokasi tertentu hanya apabila persekitaran (umpamanya hujan) sesuai. Tempat pembiakan
Tapak musim sejuk atau musim kemarau
Penghijrahan ulang-alik Penghijrahan jenis ini paling banyak. Misalnya, angsa Kanada, berada di satu tempat selama setengah tahun dan setengah tahun selanjutnya di satu tempat yang lain dan akan berulang-alik ke tempat ini pada masa yang sama setiap tahun. Hentian makan Generasi kedua
Generasi pertama
Tapak musim sejuk atau musim kemarau
Penghijrahan litar Penghijrahan litar mirip penghijrahan pergi balik tetapi dengan lebih banyak hentian dan dalam pola yang berterusan. Penghijrahan kuda belang dan gnu adalah penghijrahan litar.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
8
BERPINDAH-RANDAH
TA
KE N Z N YA AN IA
H U TA N S I M PA N MASAI MARA
Sep e tem ep m ber e -Ok O k tob Ok to o b eerr ob
M a ra
O s Ogo No Nov N o em mb m ber
Julai-Ogos
Pada bulan Julai, kawanan menyeberangi Sungai Grumadi yang berbahaya. Yang tidak lemas atau tidak dibaham buaya memasuki Kenya menuju dataran Lamai Wedge yang subur dan Segitiga Mara. Haiwan ini menghadapi satu lagi rintangan berbahaya, iaitu menyeberangi Sungai Mara.
J u ai Julai Jul Gru
me
ti
TA M A N
J Ju Jun
NEGARA M
ba
SERENGETI la
ge
ti
Mee Mei Diss emb e eerr em
Apr Ap A prr ilil
Da D a ta t a ra an S re Se r e ng n g et etii Tass ik Tas i k Ndu Nd du u tu tu
J uar Jan arr ii-M -M M ac ac
April–Mei
Dalam pergerakan yang menakjubkan, kawanan haiwan bergerak ke utara dan barat, meredah hujan yang kerap, menuju ke barat padang rumput dan kawasan hutan kayu Serengeti. Apabila hujan mulai reda pada bulan Jun, gnu mengawan.
Januari–Mac
Pada ketika ini setiap tahun, gnu berada di Dataran Serengeti dan Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro. Ibu-ibu melahirkan anak sekitar tiga minggu pertama Februari. Ini tempoh yang berbahaya kerana waktu ini menarik minat singa.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
22
BERPINDAH-RANDAH
Kupu-kupu dan rama-rama
S
ungguhpun kupu-kupu kecil dan tidak kuat, serangga ini mampu terbang dalam jarak yang amat jauh. Seperti burung, kupu-kupu terbang tinggi untuk mencari tempat yang baik, iaitu tempat yang banyak makanan, cuaca yang lebih baik, atau tempat yang sesuai untuk mengawan dan bertelur. Tetapi, terdapat perbezaan yang ketara antara penghijrahan kupu-kupu dengan penghijrahan burung. Burung biasanya membuat perjalanan pergi balik. Jangka hayat kupu-kupu lebih pendek, jadi kupu-kupu akan terbang satu hala manakala anaknya akan kembali ke tempat asalnya. Hakikatnya, satu perjalanan pergi balik boleh jadi melibatkan beberapa generasi kupu-kupu.
Painted lady
Penghijrah yang lain
Banyak spesies kupu-kupu berhijrah dan penghijrahannya mengikut musim. Painted lady menggunakan angin untuk membantunya terbang dari Afrika ke Sepanyol setiap tahun. Kupu-kupu cabbage pula terbang beberapa ratus kilometer dari benua Eropah ke Britain dalam perjalanan tahunannya. Kupu-kupu terkenal kerana menggunakan matahari untuk memandu arah perjalanannya.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
KUPU-KUPU DAN RAMA-RAMA
PETUNJUK Tempat musim sejuk Timur
Generasi 1
Tempat musim panas Timur
Generasi 2
Tempat musim sejuk Barat
Generasi 3
Tempat musim panas Barat
Generasi 4
23
RAMA-RAMA Serangga yang Ramarama berkait rapat bogong dengan kupukupu ini berhijrah juga. Contohnya, rama-rama bogong Australia terkenal kerana terbang ke Alps Victoria dan Gunung Snowy di New South Wales untuk mengelakkan suhu panas pada musim panas di kawasan barat daya negara itu. Rama-rama ini terbang pada waktu malam dan berkumpul di dalam gua dan rekahan gua yang gelap pada waktu siang.
Terbang jauh Kupu-kupu monarch dapat terbang 80 km sehari dan sejauh 5 000 km keseluruhannya. Kupu-kupu monarch biasanya hidup antara dua hingga enam minggu, tetapi yang menetas di penghujung musim panas hayatnya lebih panjang. Kumpulan kupu-kupu ini terbang ke selatan menuju ke pergunungan berhampiran Kota Mexico dan menghabiskan musim sejuk di sana. Pada musim bunga, kupu-kupu ini terbang pulang dan jangka hayatnya menjangkau sehingga kira-kira lapan bulan.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
21
Kitar hidup penyu Penyu jantan hanya membuat satu perjalanan seumur hidup dari darat ke laut. Bagi penyu betina, kehidupan di laut akan diselangi dengan persinggahan singkat ke darat untuk bertelur. Oleh sebab penyu tidak menjaga anaknya, maka penyu betina akan bertelur dengan banyak supaya peluang untuk sebahagiannya terselamat menjadi penyu dewasa adalah tinggi. Bertelur Penyu betina naik ke daratan, menggali lubang, dan menimbus telurnya. Bertemu Penyu jantan dan betina melakukan ritual pemikatan di kawasan pembiakan di lautan. Mengawan Penyu betina mengawan dengan beberapa pasangan dan menyimpan sperma untuk mensenyawakan lebih daripada satu set telur.
Membesar Anak penyu yang berjaya ke lautan akan membesar hingga dewasa di laut.
Anak tetasan Anak penyu menetas, menggali jalan keluar dari pasir, dan menuju ke air.
Lubang yang dalam
Penyu lipas betina menggali lubang sedalam 1 meter di pantai untuk menyimpan telurnya yang berjumlah kira-kira 100 biji. Lubang yang digalinya, cukup dalam supaya telurnya yang lembut dan tebal akan mendapat suhu dan kelembapan yang tetap. Setelah bertelur, penyu betina menimbus telurnya dengan pasir untuk dieramkan lalu meninggalkan telurnya dan pulang ke laut.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Berpindah-randah Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com
Orbit Buku Sneak Peak!
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my