TAHAP
3
Fungsi Otak
Meneroka • Membongkar Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my • Menaakul
Kandungan Pusat kawalan ........................................6 Di dalam otak .........................................8 Sistem saraf..........................................10 Sisi kiri dan kanan ................................12 Rehat bagi otak ....................................14 Diwarisi atau dipelajari? ......................16 Ingatan .................................................18 Kajian otak ...........................................20 Gangguan pada otak ...........................22 Permainan otak ....................................24 Otak yang sihat ....................................26 Fakta otak.............................................28
Glosari ..................................................30 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
I N G ATA N
D
f
B G e every
Good
Boy
Deserves
19
alat mnemonik
Mnemonik adalah cara untuk membantu mengingat sesuatu. Contohnya, frasa “Every Good Boy Deserves Fruit” akan membantu anda mengingat semula nota-nota muzik ini.
fruit
Mengingat dalam jumlah yang besar Jika anda dapat mengelompokkan benda-benda dalam suatu rangkaian maklumat yang besar, benda-benda itu menjadi lebih mudah untuk diingat. Contohnya, kumpulkan suatu nombor yang panjang kepada bahagian-bahagian yang kecil untuk mengingatnya.
Ingat nombor ini
Ingat nombor ini
950634562
867-3671-874
inGaTan DaLaM GeraKan perLahan 1 Budak ini mendapatkan satu kon aiskrim yang bertindak sebagai suatu rangsangan terhadap deria.
2 Merasa aiskrim merangsang deria rasa dan deria sentuh. Neuron-neuron di mulut menghantar isyarat ke otak dan perisa serta rasa aiskrim itu disimpan di dalam ingatan jangka pendek.
3 Apabila budak ini makan lebih banyak aiskrim, ingatan jangka pendek dipindahkan ke ingatan jangka panjangnya. Dia akan mengingatnya dengan lebih lama.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
6
F U N G S I OTA K
Pusat kawalan
O
tak bertindak sebagai pusat kawalan bagi badan. Otak menerima aliran data dari dalam dan dari luar badan melalui semua deria. Sebahagian isyarat ini berlaku secara kita sedar, manakala yang lain berlaku di luar batas kesedaran kita. Otak memproses dan memahami isyarat deria ini lalu mengarahkan badan untuk bertindak dengan sewajarnya. Otak mempunyai bahagian-bahagian khusus untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berbeza.
Korteks motor primer Di sinilah puncanya pergerakan yang dikawal secara sedar yang dikenal sebagai pergerakan secara sedar. Korteks somatosensori primer Maklumat tentang sentuhan, tekanan, dan kesakitan diproses di sini.
Korteks prefrontal Anda menggunakan bahagian ini untuk menyelesaikan masalah, menzahirkan keperibadian, emosi, dan tabiat sosial. Kawasan Broca Bahagian ini mengawal pertuturan dan pergerakan badan.
Kawasan Wernicke Bahagian ini berkait dengan pemahaman bahasa dan bunyi untuk percakapan.
Korteks serebrum Kebanyakan perkara yang difikirkan dan dibuat oleh manusia dikawal oleh korteks serebrum. Korteks serebrum terbahagi kepada bahagian-bahagian yang kecil dengan fungsi yang khusus.
Korteks auditori primer Kawasan ini mengurus kebanyakan pemprosesan bunyi termasuklah kelangsingan dan kelantangan bunyi.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
P U S AT K A W A L A N
7
Otak yang berbeza Hampir semua haiwan mempunyai kepala dan sistem saraf pusat yang mengandungi struktur seperti otak yang berhubung dengan suatu saraf atau saraf tunjang. Tapak sulaiman Kawasan berkaitan dengan somatosensori Kawasan ini mentafsirkan maklumat daripada pelbagai deria supaya anda dapat mengecamkan objek yang dirasa.
Tanpa otak, gegelang saraf pusatnya berhubung dengan saraf-saraf dalam setiap lengan.
Gegelang saraf
Saraf Girus angular Pemprosesan yang diperlukan untuk matematik, bahasa, dan pemahaman menggunakan bahagian otak ini. Kawasan berkaitan dengan visual Untuk mengecamkan apa-apa yang dilihat, kawasan ini mentafsirkan data visual dan menghubungkaitkannya dengan pengalaman lalu.
Otak
Salamander
Merupakan satu daripada beberapa haiwan yang dapat membaiki saraf tunjangnya yang rosak.
Saraf tunjang
Burung hantu
Berat otak seekor burung hantu hanya kira-kira 2.3 gram.
Serebrum Serebelum
Batang otak
Kucing
Bahagian otaknya hampir sama dengan bahagian otak burung hantu dan manusia.
Serebrum Serebelum
Batang otak
Manusia Korteks visual primer Data daripada mata diterima di sini untuk menterjemahkan bentuk, warna, pergerakan, dan corak.
Otak manusia menggunakan 20 peratus daripada tenaga badan.
Serebrum Serebelum Batang otak
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Suatu bahan lemak menutupi dan menebat akson.
Dendrit menerima mesej daripada sel-sel lain.
Akson membawa impuls elektrik dari saraf ke saraf.
Neurotransmiter membawa isyarat dari neuron ke neuron.
Sistem saraf
S
istem saraf menggabungkan otak dengan saraf tunjang dan kesemua saraf di seluruh badan. Hal ini menghasilkan suatu sistem yang dapat mengesan apa-apa yang berlaku di setiap bahagian badan. Saraf mengesan sesuatu jenis rasa. Sebagai contoh, saraf pada jari anda mengesan haba atau tekanan. Saraf kemudiannya menggunakan isyarat elektrik untuk menghantar data itu ke otak melalui saraf tunjang untuk ditafsirkan, difahami, dan bertindak jika perlu. Saraf tunjang
Membawa isyarat Saraf deria
Saraf motor
Mesej memecut di sepanjang saraf tunjang. Saraf deria membawa isyarat dari badan ke otak. Saraf motor membawa isyarat dari otak kembali ke badan.
Dua sistem saraf Otak dan saraf tunjang membentuk sistem saraf pusat. Saraf-saraf membentuk sistem saraf periferi yang menghubungkan kesemua organ badan dan anggota badan dengan sistem saraf pusat.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
18
F U N G S I OTA K
Ingatan
I
inGaTan janGKa penDeK
ngatan ialah kebolehan otak menyimpan dan mendapatkan semula maklumat. Jika anda tiada ingatan, mustahil anda dapat belajar atau mengubah tingkah laku. Ingatan tidak terdapat dalam sesuatu bahagian otak. Ingatan terbentuk sebagai kawasan pemprosesan deria pada otak yang berinteraksi dengan kawasan yang lebih dalam. Ingatan jangka pendek disimpan sementara. Ingatan yang lebih penting (peristiwa tangan anda patah) menjadi ingatan jangka panjang yang kekal lama.
Menakjubkan!
Marc Umile menyebut nombor sepanjang 12 887 digit. Beliau mengingati nombor itu dengan mengelompokkannya kepada dua, empat, dan enam digit dan mendengar rakaman dirinya menyebut nombor itu berulang-ulang.
MaSa Dan TeMpaT
inGaTan janGKa panjanG
faKTafaKTa
KeMahiranKeMahiran
Bagaimana ingatan berfungsi
Sesetengah ingatan jangka pendek menjadi ingatan jangka panjang. Sesetengahnya disimpan sebagai fakta (2 + 2 = 4). Yang lainnya adalah kemahiran motor (bagaimana untuk melempar sebiji bola) atau peristiwa-peristiwa dalam hidup (hari lahir anda yang ke-5).
Ujian ingatan jangka pendek
Lihat gambar di bawah ini selama 30 saat dan cubalah mengingat objek-objek yang ada sebanyak yang boleh. Kemudian, tutup gambar ini dan tulis nama kesemua objek yang anda ingat.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Fungsi Otak Fungsi Otak daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com
Orbit Buku Sneak Peak!
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my