TAHAP
1
Khazanah Bumi
Meneroka Membongkar Orbit•Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my • Menaakul
Kandungan Bumi di angkasa lepas ...........................6 Permulaan bumi.....................................8 Di dalam bumi ......................................10 Perubahan batuan ...............................12 Batuan dan mineral..............................14 Mineral ajaib ....................................16 Batu yang mempesonakan .............18 Batuan igneus..................................20 Batuan enapan ................................22 Batuan metamorfosis ......................24 Fosil yang menarik ...............................26 Bumi yang mengagumkan ..................28 Membuat fosil ......................................30
Glosari ..................................................31 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Membuat fosil
Apa yang diperlukan: Kertas untuk memasak Kuali besi yang leper untuk memasak
Anda dapat membuat cetakan fosil dengan menggunakan beberapa benda mudah yang terdapat di sekitar rumah.
Bekas plastik untuk mengadun
1
Letakkan kertas di atas kuali.
Sudu untuk mengacau
2
Isikan tanah ke dalam bekas plastik hingga separuh penuh.
3
Secara perlahan-lahan, campurkan sedikit air kepada tanah sehingga tanah menjadi lumpur yang tebal, dan melekit supaya anda dapat membentuknya dengan tangan untuk dijadikan acuan.
4
Letakkan objek fosil di tengah-tengah acuan lumpur tersebut.
5
Letakkan acuan di atas kertas untuk membentuk pai lumpur. Pastikan objek fosil tidak kelihatan dari luar lumpur tersebut.
6
Letakkan kuali di luar di bawah sinar matahari atau di ambang tingkap yang panas supaya acuan lumpur dapat kering dan menjadi keras.
7
Apabila acuan lumpur betul-betul kering dan keras, belah acuan itu dengan berhati-hati dan anda akan terlihat fosil yang terbentuk.
Tanah Air
Objek fosil seperti daun, siput kecil atau cangkerang, kepingan kayu atau kacang bersama kulitnya
Cadangan Anda boleh juga mencuba membuat fosil dengan menggunakan tapak tangan atau tapak kaki anda sendiri. Selain menggunakan lumpur, anda boleh juga mencuba dengan tanah liat atau plaster. Bayangkan anda menemukan fosil yang sebenar yang telah tertanam selama berjuta-juta tahun!
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
1 16
KHAZANAH BUMI
Mineral ajaib Saintis telah mengenal pasti lebih daripada 2 500 mineral yang berbeza yang kebanyakannya jarang-jarang ditemukan. Kebanyakan mineral dapat ditemukan di kerak bumi. Sesetengah mineral seperti tanah liat terbentuk di permukaan. Sesetengah daripadanya terbentuk di kedalaman yang cetek, manakala yang lainnya terbentuk jauh di dalam kerak bumi. Enapan mineral mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, bergantung kepada tempat dan cara mineral itu dipadatkan.
Mineral dapat juga dikenal pasti melalui coreng, kilauan, graviti, rekahan, dan bentuk hablur.
Pengecaman warna
Lazimnya ciri yang paling menyerlah pada mineral ialah warnanya. Masalahnya, hal ini bukanlah kaedah yang dapat dijadikan ukuran untuk mengenal pasti sesuatu mineral kerana ketulenannya. Contohnya, berlian dan kuarza lazimnya mempunyai beraneka warna. Fluorit Ungu
Rodokrosit Merah jambu Fluorit Kuning
Batu kecubung
Malakit Hijau tua
Sulfur Kuning terang
Fluorit Hijau
Pirit Baiduri
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
B AT U A N D A N M I N E R A L
Kelutsinaran
Apabila kita dapat melihat objek dengan mudah menembusi mineral, keadaan ini dipanggil sebagai kelutsinaran. Kebanyakan mineral seperti kuarza adalah lutsinar apabila dalam keadaan tulen. Mineral yang lain, seperti batu bulan adalah separa lutsinar. Mineral yang lutcahaya pula membenarkan sejumlah kecil cahaya melaluinya, sementara yang legap tidak membenarkan cahaya melaluinya sama sekali.
Skala kekerasan (Mohs)
Skala kekerasan mineral ini menggunakan 10 mineral yang disusun daripada paling lembut hingga paling keras untuk membantu mengenal pasti kekerasan mineral yang lain. Sebagai contoh, dengan menggesekkan kuarza dengan mineral misteri hingga meninggalkan kesan calar, kita dapat mengetahui bahawa mineral tersebut adalah lebih lembut daripada kuarza.
1 Talkum 3 Kalsit Kuarza Lutsinar
Batu bulan Separa lutsinar
5 Apatit
Krisopras Lutcahaya
Malakit Legap
17
2 Gipsum 3.5 Syiling tembaga
2.5 Kuku
4 Fluorit
5.5 Kaca
Barit
6.5 Pisau keluli 6 Ortoklas
7 Kuarza
8 Topaz
8.5 Kayu emeri
10 Berlian Orbit Buku Sneak Peak! 9 Korundum www.orbitbuku.com.my
26 26
KHAZANAH BUMI
Fosil yang menarik
Amber
Kadangkala ada organisma yang terperangkap di dalam damar pada pokok dan terawet. Serangga ini misalnya, terperangkap dan tertanam selama berjuta-juta tahun lamanya.
K
adangkala, apabila haiwan dan tumbuh-tumbuhan n mati, tinggalannya akan tertanam sebelum sempat t terhapus. Jika keadaannya betul, tinggalan tersebut akan terpelihara sebagai fosil. Fosil adalah tinggalan purba atau kesan haiwan, tumbuh-tumbuhan,n, dan organisma lain yang tersimpan di dalam kerak bumi. Fosil mungkin dalam bentuk cangkerang, tulang, gigi, daun, atau bekas tapak kaki. Pembongkaran lapisan
Batuan tertua ditemukan di lapisan paling dalam mengandungi kesan alga. Di lapisan atas, tumbuhan dan haiwan yang lebih kompleks dapat ditemukan. Hidupan awal ditemukan dalam batuan Zaman Paleozoik. Hidupan kemudiannya ditemukan dalam batuan Zaman Mesozoik dan hidupan yang lebih baru dalam batuan Zaman Cenzoik.
Tahukah anda?
Lingkungan usia fosil bermula dari kesan alga halus yang berusia 3.5 juta tahun hinggalah tinggalan haiwan yang terawet pada Zaman Ais Akhir yang berusia 10 000 tahun.
PEMFOSILAN Fosil dinosaur jarangjarang ditemukan. Untuk dinosaur menjadi fosil, bangkainya mesti tertanam dengan cepat sebelum bangkai itu rosak atau dimakan oleh pebangkai. Lazimnya, hanya tulang keras dan gigi dinosaur yang terfosil. Fosil najis dan bekas tapak kakinya ada ditemukan juga.
70 juta tahun dahulu Bukit pasir raksasa yang basah menimbus dua ekor dinosaur yang sedang berlawan dan memerangkapnya di bawah lapisan pasir. Tisu-tisu lembutnya mereput tetapi rangkanya terpelihara.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
27 Fosil trilobit
Trilobit ialah sejenis antropod atau haiwan laut bercangkerang keras yang hidup kira-kira 250 juta tahun dahulu sebelum pupus pada Zaman Paleozoik Akhir. Rekod fosil menunjukkan beratus-ratus spesies trilobit yang berlainan.
Proetida carolinites
4040 juta tahun dahulu RaRangka-rangka ini terhimpit di bawah la lapisan batuan dan kimia daripada air babawah tanah mengubah tulang menjadi fofosil yang keras.
Agnostida pagetia
20 000 tahun dahulu Pergerakan kerak bumi telah membentuk gunung-gunung baru yang sebahagiannya dihakis pada Zaman Ais Akhir dan membawa fosil dekat ke lapisan permukaan.
Lichida kettneraspis
Hari ini Angin dan air menghakis permukaan batuan dan fosil akan terdedah. Secara perlahan-lahan, bermulalah proses mengekstrak fosil dinosaur daripada batuan.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Khazanah Bumi
Khazanah Bumi daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com
Orbit Buku Sneak Peak!
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my