SEMINAR QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 19 – 20 NOVEMBER 2011
A uditorium U tam a U niversiti Islam A ntarabangsa M alaysia, G om bak
KEPERLUAN BERTALAQQI DAN BERMUSYAFAHAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BACAAN Al-QUR’AN: SATU TUNTUTAN
Disediakan oleh: Dr. Abd Rahman Abd Ghani (UPSI) En. Izuli Dzulkifli (UKM)
PENGENALAN
• Pembelajaran al-Qur’an merupakan suatu tuntutan ke atas semua umat Islam. • Al-Qur’an mestilah dipelihara bukan sahaja dari sudut isi kandungannya, bahkan bacaannya juga. Justeru itu, Allah s.w.t. akan menganugerahkan ganjaran yang terlalu banyak kepada pembacanya (yg betul) • Bertalaqqi dan bermusyafahah merupakan kaedah yang terbaik dalam merealisasikan tuntutan dalam memelihara bacaan al-Qur,an.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QUR’AN DAN MENGAJARKANNYA
Selain merupakan suatu tuntutan dalam agama, pembaca al-Quran juga akan dikurniakan berbagai-bagai keistimewaan oleh Allah s.w.t., antaranya ialah: • Mendapat ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. • Menjadi antara sebaik-baik manusia • Menjadikan seseorang itu sangat mulia di sisi Allah s.w.t. • Menjadikan hati sentiasa bercahaya dan tidak mudah diganggu dan dipengaruhi syaitan.
DEFINISI TALAQQI • Dari sudut bahasa, ia berasal dari masdar “ilqa’ yg bermaksud melontar @ mencampakkan. • Ia juga berasal drpd perkataan “Laqiya” yg bermaksud bertemu @ berjumpa • Dari sudut istilah pula, ia bermaksud manhaj @ metode penyampaian dan penerimaan al-Quran yg dilakukan secara pertemuan antara murid dengan guru (Malaikat Jibril a.s. dengan Rasulullah s.a.w.)
• Sebahagian ulama’ pula mentakriffkan talaqqi itu adalah “talqin” iaitu murid mendengar bacaan yang dibacakan oleh guru dengan lafaz dan bacaan yang tersendiri. Ini berdasarkan dengan apa yang dilakukan oleh Jibril a.s yang mentalqinkan bacaan kepada baginda s.a.w apabila turunnya wahyu.
DEFINISI MUSYAFAHAH
• Dari sudut bahasa ia berasal dari perkataan “Syafahah” yang bermaksud bertutur semulut. • Ia juga bermaksud mempelajari bacaan alQur’an dg berguru secara lisan. (Talaqqi dan Musyafahah merupakan dua kaedah pembelajaran al-Quran yg td boleh dipisahkan) • Dari sudut istilah pula, ia bermaksud metode penyampaian dan penerimaan al-Quran yg dilakukan secara bacaan antara murid dg guru.
HUKUM TALAQQI DAN MUSYAFAHAH Jumhur Ulama menghukumkannya sebagai wajib . Hujahnya ialah: i) Kaedah ini dilakukan semasa Malaikat Jibril a.s. menerima al-Quran daripada Allah s.w.t. ii) Kaedah ini juga diamalkan semasa Rasulullah s.a.w. menerima al-Quran daripada Malaikat Jibril a.s.
DALIL KEWAJIPAN TALAQQI & MUSYAFAHAH Daripada al-Quran : i) Firman Allah s.w.t.
ك * إن ﺝ ءا#$! وءا * ! ذا أ (al-Qiyamah : 16-18) ii) Firman Allah s.w.t. lagi
* *+ ا &ءان ﻡ' )ن ﺡ%& وإ (al-Naml : 6)
Daripada Hadis: i) Sabda Rasulullah s.a.w. أن أأ- أﻡ1 إن ا: -. * وﺱ0 1 ا%2 -$ ل ا ﺱك1 ا: ل. - ﺱ1 ءأ: - ل أ، ا &ءان -+$ ی- ! أ- ii) د9 ' ﻡ1) ا$ ' ﻡ،:=<وا ا &ءان ﻡ' أرSabda Rasulullah s.a.w. lagi. > ' آ- وأ$وﺱ * وﻡذ ' ﺝ
TURUQ TALAQQI Terdapat tiga cara yang telah digunakan semasa proses bertalaqqi dan bermusyafahah antara seorang guru dengan seorang muridnya, iaitu: 1. Al-Sima’ ()اع 2. Al-‘Ard ()ا ض 3. Al-Sima’wa al-‘Ard ()اع و ا ض
3
1. Al-Sima’ ()اع • Maksudnya ialah murid hanya mendengar bacaan yang dibaca oleh guru tanpa membacanya semula kepada guru. • Diamalkan oleh sebahagian daripada golongan Mutaqaddimin. Rasulullah s.a.w. sendiri mengamalkan cara ini iaitu semasa wahyu diturunkan, serta beberapa orang para sahabat yang lain. • Hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang amat fasih/mahir dalam bacaan serta diyakini tidak akan melakukan kesalahan.
2. Al-‘Ard.()ا ض • Maksudnya ialah murid memperdengarkan bacaannya kepada guru, di mana guru hanya mendengar bacaan murid tersebut dan memperbaiki kesalahan bacaan tersebut sekiranya berlaku kesalahan. • Diamalkan oleh golongan mutaakhirin. • Biasa diamalkan oleh orang yang sudah mempunyai asas yang kuat dalam bacaannya lalu mencari guru untuk mempersembahkan bacaannya.
3. Al-Sima’wa al-‘Ard ()اع و ا ض • Maksudnya ialah murid mendengar bacaan yang dibaca oleh guru, kemudian murid tersebut membaca kembali bacaan yang diajarkan kepada guru tersebut. • Ia merupakan kaedah yang terbaik dalam mempelajari bacaan al-Qur’an, kerana lebih memberikan kesan terhadap pemahaman dan perlaksaan bacaan seseorang murid. • Selalunya diamalkan oleh mereka yang baru mempelajari al-Qur’an atau yang baru menghafaz al-Qur’an.
TUNTUTAN BERTALAQQI & BERMUSYAFAHAH 1. Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. 2. Merupakan satu-satunya kaedah alQuran dipindahkan/dipelajari. 3. Salah satu syarat utama untuk memperolehi sanad yg mutawatir.
KEPENTINGAN BERTALAQQI & BERMUSYAFAHAH 1. Menghindari kesalahan baris dan keciciran huruf @ kalimah al-Quran. 2. Mengetahui dan memperbaiki sebutan sesuatu huruf @ kalimah al-Quran. 3. Dapat mengesan kesalahan bacaan secara efiktif dan terus memperbaikinya. (terutamanya berkaitan dg mad dan ghunnah). 4. Dapat memastikan tempat wakaf dan ibtida’ dengan baik.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM PEMBELAJARAN AL-QURAN • Dewasa ini telah tercipta banyak alat-alat yang canggih seperti Quran Digital, elektronik, CD, dan lain-lain lagi yang secara umumnya boleh digunakan dalam proses pembelajaran al-Quran. • Perlu diketahui bahawa alat-alat tersebut hanyalah berfungsi sebagai alat bantu mengajar (ABM) dan ia masih lagi tidak boleh digunakan sebagai guru untuk seseorang itu mempelajari al-Quran.
KESIMPULAN • Setiap individu haruslah berusaha untuk
mencapai kpd Husnu al-tilawah iaitu dg memelihara hukum-hukum tajwid semasa membaca al-Quran. • Bertalaqqi dg syeikh atau guru yg mahir lagi mutqin merupakan suatu tuntutan. Tanpanya, matlamat untuk memperolehi Husnu al-Tilawah pasti td akan tercapai.
SEKIAN