PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [ KAJIAN SEMULA 1 ]
TATAETIKA
KANDUNGAN 1. PENGENALAN
1
2. NILAI-NILAI Applus+
3
3. PENEGASAN NILAI-NILAI KITA 3.1. Apakah tujuan Tata?
4
3.2. Siapakah yang perlu mematuhi Tata?
4
3.3. Pegawai Applus+
5
3.4. Rakan niaga dan pembekal
5
3.5. Tataetika terbuka kepada semua orang: Saluran Komunikasi
6
3.6. Jawatankuasa Etika Kumpulan: Jawatankuasa Etika Kumpulan GEC (GEC) dan Ketua Pegawai Pematuhan (CCO)
6
3.7. Aduan
8
3.8. Siasatan dan prosedur tatatertib bagi sebarang pelanggaran Tata
9
4. PENJELASAN NILAI-NILAI KITA 4.1. Menghormati maruah di tempat kerja
11
4.2. Mencegah risiko keselamatan dan kesihatan dan menghormati hak pekerja.
11
4.3. Perlindungan data
12
4.4. Perlindungan persekitaran
13
4.5. Persaingan pasaran dan pengguna
13
4.6. Memerangi rasuah di Applus+
14
4.7. Penaungan, penajaan dan sumbangan kepada parti politik
15
4.8. Kesahihan dan keselamatan maklumat
16
4.9. Kerahsiaan
16
4.10. Integriti dalam perkhidmatan kita
17
4.11. Konflik kepentingan
18
4.12. Penggunaan sumber Applus+
19
4.13. Bertindak dengan rasa hormat
20
5. ULASAN TATAETIKA
21
TATAETIKA
1. PENGENALAN
RAKAN SEKERJA YANG DIHORMATI, Sukacita saya membentangkan Tataetika Kumpulan Applus+. Tata ini menunjukkan rangka kerja yang bukan sekadar mematuhi undang-undang; semangatnya dibimbing oleh integriti dan profesionalisme dalam pembuatan keputusan kita, memantapkan prinsip umum yang menjadi panduan dalam tingkah laku seharian, di mana jua kita beroperasi di dalam dunia. Kita semua tahu betapa pentingnya bertindak dengan integriti dan tanggungjawab. Nilai, prinsip dan standard etika yang dimantapkan dalam Tata kita kita bukan sahaja mampu menjaga imej dan reputasi syarikat atau mengelak masalah perundangan, malahan lebih daripada itu. Integriti ini membolehkan kita mengekalkan persekitaran mampan yang kita bangga untuk bekerja dan untuk mengukuhkan aktiviti profesional kami. Tataetika kita ini akan membantu kita membuat keputusan, dan direka cipta untuk membimbing tingkah laku kita dalam semua urusan perniagaan yang kita jalankan dalam pelaksanaan kerja kita. Pertumbuhan perniagaan dan pengekalan tahap standard operasi yang tinggi dari segi pengurusan dan pematuhan dalam pengawalaturan adalah elemen yang saling melengkapi. Membina kepercayaan dengan masyarakat umum adalah proses yang mengambil masa dan memerlukan usaha yang berterusan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga reputasi syarikat, dengan bertindak secara jujur dan melayan rakan urusan luaran dan dalaman, pelanggan, pemegang saham, rakan niaga dan pembekal dengan adil dan jujur. Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan penuh dan komitmen anda untuk membantu Applus+ berkembang sebagai syarikat masa hadapan yang dibina berasaskan nilai teras yang ada dalam Tataetika kumpulan ini. Saya galakkan anda membaca Tataetika ini dengan teliti, menjadi penjaganya yang setia dan saya dahului dengan ucapan terima kasih atas sumbangan anda dalam pelaksanaan Tataetika dalam Kumpulan ini. Dengan bantuan anda, Applus+ akan terus meningkatkan tahap keyakinan yang kita semua ada.
1
Fernando Basabe CEO Applus+
Christopher Cole Presiden Applus+
2
TATAETIKA
2. NILAI-NILAI Applus+
Kualiti perkhidmatan dan kejayaan perniagaan kita bergantung pada pelbagai perkara, antaranya ialah bertindak dengan adil dan jujur setiap hari sebagai individu yang bertanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menghormati prinsip Tata teras ini: Pematuhan dengan undang-undang, dan yang paling utama, menghormati setiap individu. Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam. Menghormati persekitaran dan semua masyarakat di mana kita beroperasi. Inovasi dan pematuhan dengan undang-undang “antitrust” untuk bertindak sebagai asas bagi pembangunan ekonomi. Saling menghormati, dialog dan ketelusan adalah asas perhubungan kita. Applus+ mengiktiraf kebebasan berpersatuan dengan kesatuan sekerja dan hak untuk mogok sebagai hak sejagat. Keinginan untuk berkhidmat dengan penuh integriti, berdikari dan saksama dan melebihi jangkaan pihak yang mempercayai produk dan perkhidmatan kita. Penggunaan ke atas sumber dan kepentingan Applus+ secara hormat dan bertanggungjawab.
3
TATAETIKA
3. PENEGASAN NILAI-NILAI KITA
3.1. Apakah tujuan Tata? Tidak dinafikan,mungkin terdapat sedikit kerumitan untuk mematuhi nilai yang dicadangkan. Dalam urusan seharian Applus+, kita berhadapan dengan pelbagai masalah etika seperti: dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat pekerja, perlukah saya mengambil kira fakta wanita muda ini boleh hamil pada masa hadapan? Untuk mendapatkan kontrak, bolehkah saya menggunakan hubungan persahabatan saya dengan pegawai awam yang lebih tinggi pangkatnya berbanding individu yang akan membuat keputusan tentang kontrak ini? Rakan sekerja perempuan mungkin tertakluk pada gangguan seksual. Adakah saya bertanggungjawab untuk membuat aduan? Tataetika ini tidak dapat memberikan jawapan bagi setiap dilema etika yang wujud di tempat kerja. Ia bertujuan hanya
sebagai panduan, set peraturan dalaman dan peruntukan untuk membantu mencapai nilai kita yang dicadangkan. Disebabkan kerumitan perniagaan dan aktiviti kita di negara yang berbeza dengan undang-undang yang berbeza, Tataetika adalah “interaktif” dan membenarkan akses langsung kepada peruntukan yang membina rangka kerja bagi aktiviti kita.
3.2. Siapakah yang perlu mematuhi Tata? Semua kakitangan Applus+ bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi Tata ini. Setiap calon yang menerima pekerjaan dengan Kumpulan kita mesti mengakui dan menerima Tata ini dan akan menerima latihan pematuhan khusus yang sewajarnya.
4
Tataetika merupakan alat untuk menyelesaikan dilema etika dalam operasi harian yang sejajar dengan nilai-nilai Applus+. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sila hubungi GEC atau individu yang bertanggungjawab bagi Pematuhan dalam setiap bahagian.
5
Tata ini mentadbir Applus+ dan semua syarikat yang terlibat dengan Kumpulan ini secara langsung atau tidak langsung. Dalam syarikat tersebut yang mana kita tidak memiliki saham majoriti, kita akan mencadangkan pengunaan langkah-langkah yang sama bagi memastikan pematuhan dengan undang-undang dan hak asasi manusia yang serupa atau sama dengan kita.
Semua Pegawai hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya
3.3. Pegawai Applus+
kelayakan dan prestasi kerja mereka. Sebarang penugasan
Kewajipan untuk mematuhi peruntukan Tata tersebut dengan ketat adalah penting terutamanya bagi Pengarah dan Pegawai. Kejayaan Tata bergantung kepada komitmen semua pihak.
memberitahu mereka tentang kewajipan perundangan mereka
bagi memastikan pekerja mematuhi Tata tersebut. Prosedur
pengambilan
dan
pemilihan
bagi
Pegawai
akan
mempertimbangkan berdasarkan merit, kapasiti dan komitmen mereka dengan nilai-nilai Tata. Semua Pegawai hendaklah memilih pekerja mereka berdasarkan fungsi hendaklah disampaikan dengan tepat dan secara bertulis, dan memudahkan darjah pembahagian yang diperlukan bagi menjalankan fungsi yang ditugaskan dengan betul.
Pelanggaran Tata akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan seseorang,sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah.
3.4. Rakan niaga dan pembekal
Komitmen khas pihak pengurusan kanan melibatkan kewajipan berikut:
Disebabkan oleh komitmen kita terhadap nilai Tata kita mendesak bahawa pembekal dan rakan niaga kita bersikap profesional dan
jujur, memberikan keutamaan kepada syarikat yang mendukung standard pematuhan yang sama dengan syarikat kita sendiri.
Saluran Komunikasi:
[email protected]
Untuk mencapai matlamat ini, Applus+ melaksanakan Dasar Ketekunan Wajar.
Laman web Applus+ mempunyai Bahagian Etika dan Pematuhan dengan saluran komunikasi di manatemplat soalan boleh dilengkapkan, insiden boleh dilaporkan dan aduan serta perundingan boleh dilaksanakan.
3.5. Tataetika terbuka kepada semua orang: Saluran Komunikasi
Para pekerja kita juga dapat menggunakan “intranet” kita untuk mengajukan soalan, melaporkan insiden atau memfailkan aduan.
Tataetika mengikat Applus+, tetapi kita mahu menggalakkan semua individu yang terlibat dengan aktiviti kita untuk membantu mengenal pasti komitmen etika kita. Oleh itu, Jawatankuasa Etika Kumpulan (GEC) mengalu-alukan sebarang komunikasi, seperti perundingan, soalan atau laporan insiden. Mereka akan membuat pengakuan penerimaan dengan segera dan akan memberikan jawapandengan secepat mungkin.
3.6. Jawatankuasa Etika Kumpulan (GEC) dan Ketua Pegawai Pematuhan (CCO) Memastikan pematuhan dengan Tata memerlukan penubuhan institusi dan fungsi baharu secara serius. GEC bertanggungjawab untuk: Menerbitkan Tata tersebut dan menjalankan latihan pematuhan yang diperlukan.
6
Mempertingkatkan dan meluluskan dasar dan peruntukan dalaman sebagaimana yang diperlukan bagi pelaksanaan nilai kita yang efektif. Menerima dan mentafsir soalan yang berkaitan dengan Tata tersebut dan prosidingnya. Menyiasat sebarang pelanggaran Tata dan mengesyorkan langkahlangkah disiplin yang bersesuaian.
GEC merupakan institusi penting dalam Applus+. GEC menjalankan tugasannya dalam cara yang benar-benar bebas, yang mempunyaikuasa dalam fungsinya ke atas semua kakitangan. Komposisi GEC boleh didapati dalam laman intranet Applus+. Untuk memastikan GEC sebagai institusi yang aktif, hadir dalam urusan perniagaan harian, CCO akan menguruskan proses-proses dan isu-isu khusus.
Ketua Pegawai Pematuhan akan berusaha untuk memastikan Lembaga Pengarah, pengurus dan pekerja mematuhi peraturan dan undang-undang agensi-agensi kawalan dasar dan prosedur syarikat sedang diikuti , dan tingkah laku yang dalam organisasi memenuhi Tataetika dan Tatacara Pencegahan Rasuah syarikat. CCO akan menjadi ahli Jawatankuasa GEC Applus+. Applus+ ialah syarikat antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai entiti perundangan dan unit perniagaan. Oleh itu, kita mencalonkan individu yang bertanggungjawab bagi pematuhan dalam setiap bahagian kita untuk mewakili GEC dan membantu dalam pencapaian tugasnya pada peringkat setempat. Sila hubungi CCO atau sesiapa daripada mereka pada bila-bila masa dengan sebarang soalan atau untuk membuat aduan tentang pelanggaran Kodtersebut.
Prosedur operasi GEC diterangkan secara terperinci dalam Dasar Sistem Pencegahan Applus+.
7
Apakah yang dimaksudkan dengan aduan yang berniat jahat? Melaporkan fakta dalam kes yang hanya berdasarkan syak wasangka tidak dianggap sebagai aduan yang berniat jahat. Pada hakikatnya, aduan yang akhirnya terbukti palsu bukan aduan yang berniat jahat. Hanya aduan yang dibuat dengan niat untuk membalas dendam, mengganggu atau merosakkan reputasi individu yang terlibat tanpa sebarang pengesahan adalah aduan dengan niat jahat. Aduan dengan niat jahat akan disiasat dan disekat.
3.7. Aduan Dalam masyarakat kita, mereka yang melaporkan sebarang jenis ketakteraturan dalam kolektif sering dicap, dan ia dianggap satu tindakan kesetiaan untuk menyembunyikan pelanggaran tertentu dan mendiamkan diri. Applus+ mengamalkan falsafah yang bertentangan dan menggalakkan mana-mana pekerja, rakan kerja atau mana-mana individu untuk membuat aduan dengan niat baik yang berkaitan dengan sebarang pelanggaran Tata, terutamanya mengenai kesilapan teruk yang dilaksanakan sewaktu menjalankan tugas mereka.
Mengekalkan
dengan
ketat
kerahsiaan
sebarang
aduan.
Sewajarnya, Applus+ tidak akan mendedahkan identiti individu yang membuat laporan tanpa kebenaran mereka. Mencegah, menyiasat dan bertindak ke atas sebarang gangguan atau tindakan balas terhadap orang yang membuat laporan. Memaklumkan individu yang membuat laporan tentang sebarang tindakan yang diambil berdasarkan laporan mereka. Mematuhi perlindungan data yang berkaitan dengan sistem aduan.
Aduan hendaklah dilaporkan kepada CCO atau pegawai pematuhan bahagian melalui Saluran Komunikasi. Untuk memberikan perlindungan dan keselamatan maksimum kepada individu yang membuat laporan tentang pelanggaran, Applus+ sendiri memberi komitment untuk:
8
3.8. Siasatan dan prosedur tatatertib bagi sebarang pelanggaran Tata
dan/atau mana-mana Pengarah Syarikat atau Pegawai.
Tata dan dasar-dasar yang berkembang ini bukan sekadar cadangan atau “amalan terbaik”. Pematuhan adalah mandatori. Peruntukan dasar ini setanding dengan sebarang arahan kerja yang diterima daripada pihak pengurusan atasan Syarikat. Olehitu, sebarang pelanggaran akan mengakibatkan tindakan tatatertib sehingga dan termasuk pemberhentian kerja.
Sebarang pelanggan ke atas Tata atau sebarang dasar atau
Pelanggaran tatatertib yang berkaitan dengan percanggahan Tata termasuk:
pelanggaran Tata.
Memberikan kuasa, menyertai atau melakukan kelakuan yang menyalahi undang-undang aktiviti perniagaan kita mungkin disabitkan
9
sebagai penjenayah atau sekatan pentadbiran terhadap Applus+
prosiding yang berkaitan. Gangguan atau sebarang jenis tindakan balas terhadap pengadu. Menyembunyikan sebarang data atau maklumat atau menghalang siasatan
yang
dijalankan
berkaitan
dengan
kemungkinan
Applus+ akan mengenakan sekatan tatatertib mengikut undangundang pekerjaan setempat. Sekatan tatatertib dianggap sebagai remedi terakhir dan khas untuk kes yang paling teruk.
Menghormati Tata dan komitmen kepada nilai syarikat hendaklah dipertimbangkan dalam setiap kes kenaikan pangkat dalam Applus+. Sebarang pelanggaran Tata tidak akan diterima. Pekerja tidak boleh mengecualikan diri mereka daripada sebarang permohonan bagi sebarang peruntukan perundangan yang menyebabkan pelanggaran Tataetika. Pekerja juga tidak boleh bergantung hanya kepada maklumat yang telah diketahui oleh pihak pengurusan tentang pelanggaran dan mereka diarahkan untuk berdiam diri. Dalam kes-kes tersebut, kakitangan Applus+ mesti melaporkan sebarang fakta melalui Saluran Komunikasi kepada CCO.
10
TATAETIKA
4. MENJELASKAN NILAI –NILAI KITA
Nilai Applus+ disenaraikan dalam bahagian ini dalam Tata. Bantuan anda diperlukan untuk melengkapkan bahagian dalam Tata melalui cadangan yang dikemukakan melalui Saluran Komunikasi.
4.1. Menghormati maruah di tempat kerja Komitmen Applus+ kepada nilai dalam Tata ini tidak boleh dipercayai jika ia tidak digambarkan dalam hubungan pekerjaan berdasarkan pada tindakan menghormati maruah setiap pekerja. Hubungan pekerjaan hendaklah bebas daripada sebarang penyalahgunaan kuasa atau sebarang kelakuan yang mungkin menyinggung secara serius individu yang lain. Dasar Antidiskriminasi kita memberi tumpuan kepadapencegahan apa-apajenis diskriminasi dalam keputusan pengambilan kerja, kenaikan pangkat profesional, organisasi tempat kerja atau tindakan tatatertib.
11
4.2. Mencegah risiko keselamatan dan kesihatan dan menghormati hak pekerja. Persekitaran kerja yang sihat dan menghormati maruah pekerja juga merangkumi menghormati hak pekerja. Syarikat kita akan menghormati standard antarabangsa yang disediakan oleh PertubuhanBuruh Antarabangsa di mana ia beroperasi. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Applus+ mencegah risiko dan menggalakkan Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja.
Pembulian dan gangguan seksual di tempat kerja adalah kelakuan yang tidak boleh diterima dan mesti dilaporkan oleh semua orang. Beberapa contoh gangguan termasuk: • Penghinaan dan tindakan penganiayaan berulang yang bertujuan untuk menghina seseorang individu. • Penugasan fungsi atau keadaan kerja yang bertujuan untuk menghina atau mengawal dengan cara yang berlebihan dan menyesakkan. • Komen negatif yang berterusan tentang kelayakan atau prestasi kerja di hadapan orang lain. • Kenyataan atau komen bersifat seksual, terutamanya menggunakan kedudukan kuasa untuk memalukan mangsa.
Semua pekerja bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan. Oleh itu, semua pekerja berkewajipan untuk mengetahui dan mematuhi dasar-dasar perlindungan kumpulan.
Applus+ akan mereka cipta Dasar Perlindungan Data berdasarkan pada undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa di setiap daerah dan disesuaikan dengan setiap rangka undang-undang.
Syarikat mengiktiraf bahawa semua individu dalam organisasi berhak untuk melibatkan diri dalam kesatuan sekerja. Pihak pengurusan syarikat tidak akan menentang penggunaan hak ini.
Selain daripada semua undang-undang setempat, semua pekerja atau pegawai mesti menghormati tiga peraturan asas ini: Dengan pengecualian untuk bahagian Undang-undang dan
4.3. Perlindungan data
Sumber Manusia, tiada pegawai atau pekerja boleh mengakses
Menguruskan sebarang perniagaan hari ini memerlukan perlindungan data peribadi yang dikumpulkan dalam skop pekerjaan. Walaupun undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan data berbeza dalam negara yang kita beroperasi, Applus+ menganggap elemen-elemen berikut sebagai elemen yang penting:
pengesahan yang nyata.
sebarang fail kakitangan, selain fail mereka sendiri tanpa
Data persendirian hanya perlu dikumpulkan dan difailkan setakat yang perlu bagi mencapai tujuan perniagaan yang sah, dan maklumat tersebut hanya digunakan untuk tujuan ia dikumpulkan.
12
Data peribadi individu yang tertakluk kepada Tata ini dan bertanggungjawab bagi memastikan pematuhan dengan peruntukan Tata, mungkin akan digunakan semasa penyiasatan, secara bebas di dalam negara tempat penyiasatan itu dilakukan, berdasarkan undang-undang yang berkaitan. Data peribadi yang diproses hanya boleh disampaikan kepada pihak ketiga untuk mematuhi kewajipan yang berkaitan secara
Di Applus+ kita percaya bahawa inovasi dan pematuhan kepada undang-undang “antitrust” adalah asas bagi pembangunan ekonomi. Oleh itu, perkara berikut adalah dilarang sama sekali: Sebarang persetujuan yang menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk berkongsi pasaran atau untuk menetapkan harga atau manipulasi bidaan dalam sektor swasta dan awam.
langsung dengan aktiviti-aktiviti Syarikat, dalam semua kes hanya
Pengunaan yang tidak wajar dan/atau pendedahan rahsia
dengan kebenaran individu yang terlibat.
perdagangan atau maklumat sulit atau hak harta intelektual
4.4. Perlindungan persekitaran Syarikat kita menghormati semua undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan persekitaran dan komited kepada kemampanan. Oleh itu, kita mematuhi Garis Panduan Amalan Terbaik Persekitaran.
13
4.5. Persaingan pasaran dan pengguna
(seperti tanda dagangan, hak cipta dan paten) milik pihak ketiga, contohnya, melalui perisikan industri. Pembuatan sebarang jenis tawaran atau pengiklanan yang boleh mengelirukan pelanggan. Sebarang tawaran atau kempen pengiklanan mesti dikaji semula oleh Bahagian Undang-undang.
Perjanjian tanpa saingan, kegiatan rasuah atau memberikan perhatian yang melampau kepada pegawai awam atau pekerja syarikat lain yang boleh memudaratkan Applus+. Syarikat kita boleh mengalami kerugian kewangan yang penting, kehilangan peluang perniagaan dan bertanggungjawab bagi ganti rugi atau didenda. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi CCO dengan segera.
4.6. Memerangi rasuah di Applus+ Menjanjikan atau memberi sebarang manfaat yang tidak wajar
Kakitangan Applus+ dan individu lain yang beroperasi untuk Syarikat bertanggungjawab untuk mengelakkan sebarang amalan rasuah. Oleh itu, adalah perlu untuk menerima penyeliaan Applus+ untuk membuktikan ketepatan dasar dan prosidingnya.
kepada pegawai awam atau menyebabkan pekerja syarikat lain
Applus+ mematuhi undang-undang kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan pembanterasan terhadap rasuah di semua negara yang kita beroperasi.
anda di Applus+ memerlukan hubungan kerap dengan pegawai
Sebagai sebuah syarikat transnasional, kita tahu bahawa persepsiapa yang layak sebagai rasuah bergantung pada faktor undang-undang dan budaya. Walau bagaimanapun, Applus+ akan melaksanakan Dasar Antirasuah Global bagi semua negara yang kita beroperasi. Dasar ini melarang aktiviti-aktiviti berikut:
individu yang bertanggungjawab bagi pematuhan.
melanggar kewajipan mereka untuk kepentingan Applus+. Memihak kepada pegawai awam atau pekerja syarikat lain melebihi had khusus yang ditetapkan dalam dasar kita. Sekiranya jawatan awam atau pemimpin perniagaan, anda mesti memahami dasar ini. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sila berunding dengan
Menggunakan perhubungan peribadi dengan pegawai awam, ahli keluarganya,atau dengan ketua parti politik dengan cara yang tidak wajar untuk memperoleh keputusan yang menguntungkan bagi Syarikat. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang perkara yang boleh menimbulkan hubungan tidak wajar, anda hendaklah menghubungi individu yang bertanggungjawab bagi pematuhan.
14
Manfaat tidak wajar mungkin adalah: • Wang • Hadiah • Jemputan ke acara atau aktiviti masa lapang (acara sukan, memburu, dll.) • Makan malam, perjalanan • Tawaran kerja untuk ahli keluarga atau kawan karib • Diskaun atau potongan harga ke atas produk
Membayar wang kepada individu (pihak ketiga) yang ditugaskan untuk menguruskan hubungan perniagaan, dengan pengurusan awam atau syarikat lain bagi pihak Applus+ tanpa pengesahan ke atas integriti profesional mereka dan keupayaan mereka terlebih dahulu untuk mematuhi Dasar Antirasuah kita. Membuat bayaran kepada pegawai awam yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan pengesahan atau untuk memudahkan prosiding pengurusan.
Di dalam sesetengah negara atau kawasan geografi, Applus+ mungkin melaksanakan Dasar Antirasuah khusus, yang akan mengikut peruntukan dasar awam.
15
4.7. Naungan, penajaan dan sumbangan kepada parti politik Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab secara sosial, Syarikat kita akan menggalakkan kebudayaan, sains dan seni serta akan bekerjasama dengan projek kemanusiaan dan sosial. Sehubungan dengan projek ini, naungan akademik dan juga kerjasama dengan NGO dan pentadbiran awam dibenarkan. Sumbangan ini tidak boleh dilakukan bagi tujuan propaganda pilihan raya atau sebagai cara untuk merasuah pegawai awam yang cuba memperoleh manfaat peribadi. Untuk menjamin tahap keselamatan yang tinggi, sebarang naungan mesti diluluskan oleh individu yang bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap dasar Antirasuah. Applus+ mengekalkan kesaksamaan berkaitan dengan parti politik. Oleh itu, sebarang sumbangan kepada parti politik di mana-mana tempat di seluruh dunia adalah dilarang.
4.8. Kesahihan dan keselamatan maklumat
4.9. Kerahsiaan
Maklumat merupakan elemen asas dalam menguruskan syarikat, dan atas sebab ini, menjamin integriti, kebolehpercayaan dan ketepatan maklumat adalah tanggungjawab semua.
Personel Applus+ - bergantung pada jawatan mereka mempunyai akses kepada maklumat sulit pelanggan dan pembekal kita. Disebabkan aktiviti kita, kita mempunyai akses kepada maklumat sensitif pihak ketiga yang kita mesti melindungi dan menjaganya secara sulit. Ini termasuk kewajipan untuk tidak mendedahkan maklumat tanpa persetujuan pemilik maklumat. Dasar Keselamatan Maklumat menyatakan kewajipan ini secara lebih terperinci. Sebarang maklumat sulit atau bukan umum syarikat tersenarai tidak boleh digunakan untuk mengesyorkan atau membeli saham mereka, derivatif kewangan atau sebarang sekuriti yang lain.
Kita mesti memastikan kesahihan maklumat yang kita berikan kepada badan awam, sebagai contoh, yang berkaitan dengan prosiding cukai atau untuk mewajarkan subsidi, atau kepada syarikat lain yang berkaitan dengan sebarang jenis kontrak. Bagi tujuan ini, Applus+ mempunyai Dasar Keselamatan Maklumat yang telah disusun atur yang mentakrifkan prosedur yang betul. Sebarang urus niaga atau operasi mesti didokumenkan dan difailkan dan mesti mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan dasar Applus+. Merangka sebarang invois atau dokumen untuk meniru operasi atau urus niaga yang tidak berlaku, mempunyai tujuan lain, atau melibatkan jumlah yang berbeza adalah dilarang sama sekali.
Kakitangan Applus+ dan pihak ketiga adalah tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan semasa aktiviti profesional mereka dan dalam kes-kes tertentu selepas penamatan kontrak.
16
Maklumat kerahsiaan merangkumi: Rahsia perdagangan atau komersil Applus+ atau pihak ketiga, seperti dasar penentuan harga, projek penyelidikan, pangkalan data pengguna, maklumat kewangan atau perakaunan, pengetahuan, rancangan untuk pemasaran atau pembangunan perniagaan atau sebarang bahan yang ditanda “sulit”. Mendedahkan maklumat sulit adalah dilarang dan boleh mengakibatkan kerugian yang besar.
4.10. Integriti dalam perkhidmatan kita Perkhidmatan kita mesti dilaksanakan secara profesional, bebas dan saksama, berdasarkan kaedah, prosedur, amalan dan dasar Applus+ serta undang-undang setiap negara. Komitmen untuk mematuhi undang-undang dalam aktiviti kita adalah berdasarkan komitmen pada masyarakat, melangkau tanggungjawab awam, pentadbiran, jenayah atau sebarang tanggungjawab lain yang mungkin berlaku pada Applus+ atau kakitangan kita. Satu-satunya
cara
untuk
mewujudkan
keyakinan
kepada
perkhidmatan kita ialah beroperasi dengan bebas sepenuhnya. Oleh itu, kita mesti mengelakkan sebarang konflik kepentingan, terutamanya semasa Applus+ memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang, oleh sebab sifatnya, kompromi pertimbangan
17
bebas mereka. Dasar dalaman menjelaskan dengan terperinci cara untuk bertindak dalam kes-kes sebegini. Cadangan, pendapat profesional, data, keputusan dan secara umumnya sebarang fakta yang ditegaskan mesti didokumenkan dengan teliti, mematuhi dasar dalaman. Laporan dan pensijilan perlu memasukkan keputusan dan penemuan, dan juga pendapat yang sepadan dengan profesional yang berkaitan.
4.11. Konflik kepentingan Konflik kepentingan yang disebut di atas, mungkin berlaku antara Applus+ dan pelanggannya, tetapi juga boleh timbul dalam pelaksanaan aktiviti kita. Situasi ini mesti dielakkan dan sebarang konflik kepentingan yang berlaku mesti dilaporkan dengan segera kepada pihak atasan atau CCO untuk mendapatkan nasihat selanjutnya mengenai cara untuk meneruskan.
Menerima secara langsung atau tidak langsung sebarang manfaat yang disebabkan jawatan yang dipegang di Applus+, kecuali bantuan yang diterima secara sosial. Walau apa pun, pekerja dikehendaki memaklumkan individu yang bertanggungjawab bagi pematuhan tentang situasi ini. Menjalankan sebarang perniagaan atau urus niaga bagi pihak Applus+ dengan mana-mana ahli keluarga atau dengan syarikat yang mana kita mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
Mengambil ahli keluarga atau kawan karib sebagai pekerja tanpa kelulusan.
Menjalankan sebarang aktiviti berbayar yang berkaitan dengan jenis perkhidmatan yang Applus+ mungkin sediakan, di samping kerja yang dilakukan di Applus+, adalah dilarang tanpa kelulusan terdahulu dari pihak pengurusan.
Kegagalan untuk mendedahkan kepada kepentingan pengurusan yang kita mungkin ada dalam syarikat yang bersaing dengan Applus+.
Memberi perkhidmatan bersaingan kepada pelanggan Applus+. Sebarang perkhidmatan tersebut mesti diluluskan oleh pihak pengurusan.
Contoh-contoh konflik kepentingan yang biasa berlaku ialah:
Menggunakan pekerjaan kita dalam Applus+ untuk mendapatkan sebarang peluang komersil atau perniagaan.
18
4.12. Penggunaan sumber Applus+ Sebagaimana yang ditentukan dalam Dasar Keselamatan Maklumat Applus+ dan dasar yang berkaitan, akaun e-mel korporat adalah hak milik Syarikat dan dengan itu tidak sesuai untuk penggunaan peribadi. Sebarang penggunaan akaun e-mel korporat bagi tujuan peribadi membentuk penepian kerahsiaan kandungannya. Komputer peribadi (PC), telefon, akses internet dan sistem komunikasi lain yang disediakan oleh Applus+ kepada kakitangannya adalah untuk penggunaan profesional dan hanya boleh digunakan untuk perkara peribadi apabila penggunaan itu tidak mengganggu prestasi aktiviti profesional. Dalam manamana kes, Applus+ berhak mengawal penggunaan sumber ini, termasuk komunikasi yang dibuat terdahulu. Penggunaan fail luaran dan perisian meletakkan keselamatan kita pada risiko dan mungkin membawa kepada sekatansivil dan jenayah yang penting bagi Applus+.
19
Oleh itu, sebarang penggunaan perisian yang tidak dibenarkan, muat turun perisian dengan kandungan yang tidak wajar (cth. pornografi) atau sebarang tindakan yang mencabuli hak harta intelektual adalah dilarang. Sumber Applus+ yang lain hanya boleh digunakan khusus untuk membangunkan aktiviti kita dan dalam mana-mana kes bukan sekali-kali untuk penggunaan peribadi. Semua kakitangan mesti menjaga sumber yang diberikan kepada mereka dengan baik dan mesti mengelakkan kerosakan, kecurian atau penggunaan yang tidak sesuai dengan sumber tersebut.
4.13. Bertindak dengan rasa hormat Applus+ beroperasi dalam pelbagai budaya dengan adat berbeza yang kita perlu mempelajari mengenainya dan menghormati, bertindak dengan sikap hormat dan mengikuti norma sosial yang berbeza. Penggunaan dadah narkotik haram atau minuman beralkohol di tempat kerja dilarang sama sekali.
20
TATAETIKA
5. ULASAN TATAETIKA Mematuhi nilai kita adalah kompleks dan Tata mesti berkembang dan menyediakan jawapan kepada masalah baharu. Kami berharap anda dapat membantu memperbaiki Tata inimelalui Saluran Komunikasi yang dikemukakan dalam dokumen ini. GEC akan mengkaji semula cadangan dan mengesyorkan pengubahsuaian yang perlu kepada Lembaga Pengarah.
21
TATAETIKA 2015
Campus de la UAB • Ronda de la Font del Carme, s/n E-08193 Barcelona • Sepanyol www.applus.com