www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor
#SmartSelangor
Selamat Menyambut Hari Natal
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PERCUMA 23 - 30 Disember 2016, 23 - 30 Rabiulawal 1438
selangortv.my
Persempadanan semula SPR
HAK RAKYAT SELANGOR
����
Rumah Selangorku sasar bina
ED
��,��� unit
BERITA PENUH MUKA �
Keputusan ini menunjukkan mahkamah bersetuju dengan Kerajaan Negeri supaya diadakan pilihan raya bersih dan adil kepada semua pihak serta tidak berpihak kepada satu kaum atau kumpulan sahaja DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar
7
Smart State tumpu pembangunan global
10
Utama
2
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
OLEH ERMIZI MUHAMAD
Tuntut tubuh siasatan khas SOSMA SUHAKAM, Profesor Datuk Dr Aishah Bidin dan Pengarah Esekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Selvan Doraisamy di Pejabat SUHAKAM, pada 20 Disember lalu. Beliau berkata, penahanannya sebelum ini di bawah akta berkenaan dianggap sebagai bentuk penderaan fizikal dan mental serta bercanggah dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Beliau berkata, pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik susulan pertikaian gabungan BERSIH yang mempersoal kredibiliti perdana menteri membabitkan penyelewengan kewangan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Ketika digubal di Parlimen, kerajaan menegaskan bahawa SOSMA adalah langkah balas terhadap terrorisme dan tidak digunakan tujuan politik.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA LUMPUR - Mekanisme khas bagi menjalankan siasatan terhadap kes tahanan tanpa bicara mengikut Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA perlu dibuat bagi memastikan tidak wujud pelanggaran berhubung pelaksanaan akta tersebut. Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, tumpuan mengenainya diperlukan sebagai asas menghalang berlakunya pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dan kerajaan Malaysia. “Kami menyeru SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) menjalankan penyiasatan dan pendengaran terbuka ke atas aduan pencabulan hak asasi manusia dikenakan terhadap beberapa individu. “Akta SOSMA perlu dimansuhkan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia dan Perlembangaan Persekutuan. “Apa lebih penting, SUHAKAM juga perlu mengumumkan kepada masyarakat awam tentang keputusan penyiasatan, tindakan dan cadangan suruhanjaya terhadap aduan yang dibuat sebelum ini,” kata Maria. Beliau bercakap pada pertemuan khas bersama wakil
Pastikan tidak wujud pelanggaran
“Ini juga termaktub di bawah SOSMA iaitu tidak seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya. “Tetapi penahanan (saya)
TNB selesai selenggara ikut pelan asal air yang tidak dapat dibekalkan elektrik kerana ketidakserasian voltan set jana kuasa bergerak mula menerima bekalan daripada PMU, bermula jam 12.35 pagi, pada 20 Disember lalu. “Penduduk berhampiran lokasi PMU, bekalan air di kawasan mereka tidak terjejas kerana elektrik dapat disalurkan menerusi 28 set janakuasa bergerak,” katanya dalam satu kenyataan. Roslan berkata, 120 petugas
ED
SHAH ALAM - Kerja penyelenggaran dan pemasangan sistem perlindungan Pencawang Masuk Utama (PMU) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) selesai dalam tempoh 16 jam seperti dirancang dalam pelan asal. Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman berkata, PMU di Kuala Selangor itu diaktifkan selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat. Manakala, semua loji rawatan
Roslan Ab Rahman
terbabit dalam kerja penyelenggaraan bagi memastikan ia dapat dilakukan dengan teratur, cermat dan selamat. Sebelum ini, operasi PMU berkenaan dihentikan bermula jam 8 pagi (19 Disember) bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dilakukan. Kerja itu tidak dapat ditangguhkan lagi kerana memberi risiko besar kepada bekalan elektrik dalam tempoh lama jika percikan arka (flashover) berlaku. TNB memaklumkan, ketika kerja penyelenggaraan dibuat tiga titik panas ditemui menjadikan keseluruhannya lima titik panas dikesan pada peralatan PMU.
tempoh hari adalah salah satu penyalahgunaan kuasa dan bermotifkan politik serta berkait rapat dengan penganjuran perhimpunan BERSIH 5,” katanya. Terdahulu, Maria bersama
SUARAM turut menyerahkan memorandum pelanggaran isu hak asasi oleh polis kepada SUHAKAM sebagai desakan siasatan lanjut mengenainya dijalankan.
Ringgit terendah berbanding dolar AS sejak ���� KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada 20 Disember lalu, namun ia didagangkan pada paras terendah sejak krisis kewangan 1998. Pada jam 9 pagi, ringgit disebut kepada 4.4760/4790 berbanding dolar AS daripada 4.4765/4795 (19 Disember). Peniaga berkata, situasi itu disebabkan oleh aliran keluar dana asing dengan pelabur terus melupuskan aset di pasaran baharu muncul, lapor BERNAMA. Ringgit diniagakan bercam-
pur-campur berbanding mata wang utama lain. Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0916/0943 daripada 3.0892/0927 selain susut berbanding yen kepada 3.8178/8207 daripada 3.8091/8127 (19 Disember). Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.5484/5526 daripada 5.5773/5819 selain turut meningkat berbanding euro kepada 4.6564/6613 daripada 4.6762/6811.
Utama SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
3
Isu persempadan semula SPR
Selangor berhak buat bantahan Saya bagi pihak Kerajaan Negeri amat gembira kerana kita membawa kes ini ke mahkamah semata-mata untuk melindungi hak rakyat Selangor
OLEH NAZLI IBRAHIM
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur memutuskan Kerajaan Selangor mempunyai hak bantahan terhadap tindakan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kemenangan itu sebagai keputusan yang wajar dan menjadi mercu tanda kepada kes lain seperti itu dan perbicaraan penuh akan diadakan pada 20 Januari 2017. “Keputusan ini menunjukkan mahkamah bersetuju dengan Kerajaan Negeri supaya diadakan pilihan raya bersih dan adil kepada semua pihak dan tidak berpihak kepada satu kaum atau kumpulan sahaja. “Ini keputusan penting di negara kita iaitu mahkamah menerima hakikat Kerajaan Negeri berhak mewakili rakyatnya memastikan pilihan raya yang bersih dan adil pada masa akan datang. “Diharap, walaupun mungkin negeri lain tidak berkesempatan mengemukakan bantahan di mahkamah tetapi bagi mereka yang lakukan bantahan sepatutnya memohon mahkamah meluluskan permohonan untuk penangguhan pelaksanaan inkuari tempatan oleh SPR. Ini yang kita menang hari ini,” katanya. Mohamed Azmin berkata demikian selepas selesai sebutan kes permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan kebenaran perintah certiorari, deklarasi, mandamus dan gan-
MOHAMED AZMIN
Dato’ Menteri Besar
tung prosiding berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor di Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah, di sini, pada 16 Disember lalu. Hujah Kerajaan Negeri yang diwakili Datuk Ambiga Sreenevasan dan barisan peguam lain didengar Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Azmi Adnan. Mohamed Azmin berkata, cadangan persempadanan semula SPR itu jelas memberi kesan buruk terhadap keharmonian hidup kepelbagaian kaum, budaya dan lapisan masyarakat di Selangor.
ED
Tak rela pisahkan perpaduan rakyat
KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memisahkan hubungan erat antara kaum, budaya dan pelbagai lapisan masyarakat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin Kerajaan Negeri dan barisan peguam mempunyai asas kukuh untuk menang dalam perbicaraan penuh, bermula 20 Januari 2017. “Kerajaan Negeri dan peguam bersedia menghadapi perbicaraan penuh kes dan percaya kami mempunyai asas cukup kuat seperti disebut tadi bahawa Selangor adalah negeri mempunyai kepelbagaian kaum, budaya serta lapisan masyarakat, bahkan mahu keadaan itu dikekalkan. “Kami tidak akan biarkan SPR pisahkan masyarakat di Selangor
yang sudah bersama sejak lebih 50 tahun lalu dan kita kekalkan keadaan itu untuk menjadikan negeri ini lebih kuat pada masa hadapan,” katanya di Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah, di sini, pada 16 Disember lalu. Katanya, keputusan dibuat itu merupakan penting di negara itu apabila mahkamah turut menerima hak sebuah Kerajaan Negeri untuk mempertahankan rakyatnya. “Saya bagi pihak Kerajaan Negeri amat gembira kerana kita membawa kes ini ke mahkamah semata-mata untuk melindungi hak rakyat Selangor,” katanya. Terdahulu, SPR mengemukakan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikatakan cenderung berdasarkan populasi sesuatu kaum yang memberi kelebihan kepada sesebuah parti.
Abadikan memoir untuk generasi muda
SUBANG JAYA - Penjawat awam di Selangor disarankan merekod sejarah perkhidmatan mereka dalam bentuk memoir selepas bersara bagi rujukan generasi muda. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pengalaman pesara kerajaan yang terbabit dalam pembangunan selain mengurus konflik dan krisis adalah khazanah ilmu berharga yang tidak harus disiasiakan. Beliau turut menyifatkan ilmu, pengalaman juga ‘networking’ pesara kerajaan bernilai tinggi. “Pengalaman seperti ini harus dibukukan untuk rujukan generasi muda yang berminat mengetahui bagaimana Selangor dibangunkan sehingga menjadi antara negeri termaju juga berpengalaman dalam ekonomi, sosial dan politik. “Era transisi bermula pada 2008 dan pastinya mereka berdepan suasana keupayaan menangani krisis secara berhemah,” ka-
tanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor 2016 di Holiday Villa Hotel & Suites, di sini, pada 14 Disember lalu. Mohamed Azmin turut menarik perhatian beberapa tokoh terkenal termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat yang pernah membukukan pengalaman mereka mentadbir ketika berada
di Rumah Putih untuk dikongsi bersama umum. Pada masa sama, beliau juga memuji anggota penjawat awam di Selangor yang sentiasa bersikap profesional dan berwibawa. “Walaupun negara berdepan situasi getir ketika ini, namun Selangor muncul antara negeri terbaik dengan adanya penjawat awam terbaik,” katanya.
Utama
4
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Skim Peduli Sihat
Ringan beban rakyat OLEH ERMIZI MUHAMAD
"Pelaksanaannya memperlihatkan komitmen Kerajaan Negeri membantu masyarakat memerlukan untuk mendapatkan akses rawatan lebih mudah dan berkesan tanpa perlu terikat terlalu lama untuk mendapatkan rawatan di klinik seluruh negeri,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, Daroyah turut menyarankan klinik swasta di Selangor menyertai program terbabit yang boleh dibuat menerusi pendaftaran bersama Selgate Corporation. Beliau berkata, 1,000 klinik swasta seluruh negeri dijangka menjadi panel klinik bagi menjayakan skim berkenaan. “Inisiatif ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan akses rawatan lebih murah dan berdekatan tempat tinggal mereka,” katanya. Maklumat berkenaan pendaftaran skim itu boleh dibuat menerusi atas talian di www.
PERLINDUNGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN ISI RUMAH B40
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Berbaki beberapa hari sahaja lagi, rakyat Selangor bakal menikmati kos rawatan kesihatan secara percuma melalui Skim Peduli Sihat diperkenalkan Kerajaan Negeri. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata,
skim berkenaan bakal memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Katanya, dianggarkan sejuta rakyat negeri itu bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan skim terbabit yang bermula, pada Januari 2017.
PEMBIAYAAN RAWATAN KESIHATAN PRIMER (PRIMARY CARE)
RM125 JUTA PERUNTUKAN SETAHUN
pedulisihat.com, atau mendaftar di Pusat Khidmat DUN seluruh negeri. Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta bagi melaksanakan skim berkenaan kepada kelompok B40.
KELOMPOK PALING TERTEKAN DENGAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP
1 JUTA RAKYAT 250,000 KELUARGA RM3,000 PENDAPATAN ISI RUMAH KE BAWAH
Skim itu terbahagi kepada dua iaitu kategori A yang menerima nilai kad RM500 setahun tanpa had jenis perubatan atau rawatan, manakala kategori B untuk individu berusia 21 tahun dan ke atas yang menerima isi kad RM200 dengan manfaat sama.
Kukuh perpaduan kunci kemakmuran ekonomi
ED
SUBANG JAYA - Masyarakat Selangor diminta supaya mengukuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama bagi memastikan kemakmuran ekonomi pembangunan negeri dapat diteruskan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perpaduan dan semangat toleransi utuh dalam kalangan masyarakat adalah aset penting yang harus dipertahankan. “Aset ini adalah paksi kesuburan demokrasi, kemakmuran ekonomi serta jaminan hak dan kebebasan rakyat. “Kita harus sedar kesatuan rakyat adalah kekuatan negeri dan negara, justeru hubungan antara masyarakat harus
dibina atas kepercayaan, semangat kerjasama juga kebebasan ‘fundamental’ seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi perutusan dibacakan Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dalam Majlis Sambutan Hari Krismas Peringkat Selangor di Dataran Summit USJ, di sini, pada 18 Disember lalu. Pada masa sama, katanya, golongan yang cenderung memainkan api perkauman, tidak bertoleransi dan menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat wajib ditolak.
Kampung baru DUN Ijok terima fasiliti RM���,��� KUALA SELANGOR - Dua kampung baru di DUN Ijok masing-masing menerima balai raya baru dan pintu gerbang dengan kos pembinaan RM430,000. Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, RM230,000 diperuntukkan bagi Balai Raya Kampung Baru Seri Berjuntai, sementara baki untuk Balai Raya Kampung Baru Ijok dan Pintu Gerbang Kampung Baru Ijok. Katanya, tiga projek terbabit dilaksanakan menerusi agensi pelaksana, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). “Kita akan sentiasa memastikan tiada kelompok masyarakat yang terpinggir daripada arus pembangunan pesat negeri. “Diharap dengan adanya kemudahan ini, penduduk dapat memanfaatkan dan menjaganya dengan baik demi kebaikan
bersama,” katanya kepada SelangorKini, pada 19 Disember lalu. Pada masa sama, Hian Wah berkata, peruntukan kepada kampung baru di seluruh Selangor dinaikkan sehingga RM5 juta setahun bagi merealisasikan agenda pembangunan di kawasan terbabit. Beliau berkata, jumlah terbabit meningkat sejak PAKATAN mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri itu, pada 2008. "Ia berbeza berbanding era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang hanya memperuntukkan RM200,000 setahun untuk pembangunan kampung baru. “Bagaimanapun, selepas mengambil alih pentadbiran, kita naikkan peruntukan sehingga RM5 juta bagi menjayakan pelbagai agenda pembangunan kampung baru,” katanya.
Utama SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
5
Selesai sebelum Krismas
Gangguan air segera pulih “Dasar Kerajaan Negeri adalah bagi memastikan kerja ini tidak menyusahkan rakyat khususnya ketika cuti sekolah dan perayaan Krismas,” katanya selepas merasmikan Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu di Bangunan SUK, di sini. Mohamed Azmin berkata, pihaknya tidak menjangka proses penyelenggaraan itu akan menyebabkan ganguan bekalan air sehingga enam hari dalam laporan awal yang diterimanya. Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri mengarahkan tempoh itu dipendekkan secepat mungkin sebaik sahaja kerja penyelenggaraan selesai. “TNB mempunyai alasan mengapa kerja penyelenggaraan ini ditangguhkan kerana ketika itu musim peperiksaan juga pembinaan loji Langat 2. Tetapi, sekarang ia tidak boleh ditangguhkan kerana kerja pembaikan akan lebih panjang dan mungkin
berlarutan sehingga sebulan jika tiada tindakan,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, genset yang disediakan di loji rawatan air tidak dapat menampung permintaan ekoran kapasiti hanya 1000 juta liter sehari (MLD). Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang mula menghadapi gangguan bekalan air ekoran kerja penyelenggaraan TNB. Gangguan itu membabitkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam, mulai jam 8 pagi, bermula 19 Disember lalu.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH NORHAYATI UMOR
Perluas PPASS ke seluruh PBT
bandar raya untuk bergerak ke sesuatu destinasi,” katanya. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kajian 2014 ke atas 384 responden sekitar Shah Alam mendapati hanya 0.8 peratus sahaja menggunakan basikal, manakala 1.3 peratus pejalan kaki dan menggunakan kenderaan persendirian. Katanya, jika keadaan itu dibiarkan berterusan, maka sasaran Kerajaan Negeri untuk mencapai nisbah 60:40 (60 pengangkutan awam, 40 persendirian) tidak akan tercapai. “Memang menjadi cabaran untuk kita mengubah budaya dan sikap masyarakat tetapi boleh menggalakan mereka,” katanya. PPASS dilancarkan bertujuan menggalakkan penjawat awam untuk berbasikal ke tempat kerja dengan kemudahan ‘connectivity’ pengangkutan awam yang lain seperti bas, komuter, LRT dan MRT.
ED
SHAH ALAM - Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu (PPASS) perlu diperluaskan ke pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana PPASS adalah program Kerajaan Negeri yang dibanggakan dengan sambutan menggalakkan daripada penjawat awam. Beliau turut mencadangkan inisiatif itu dilaksanakan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai perintis. “Usaha ini bukan baru terutama di negara maju seperti Jepun dan Taipei yang menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan awam untuk semua golongan. “Begitu juga di Amsterdam yang dipenuhi sejuta basikal di
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memberi jaminan gangguan bekalan air di beberapa kawasan i dapat diselesaikan sebelum sambutan Krimas, pada 25 Disember ini. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, satu mesyuarat khas membabitkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga Air Selangor akan diadakan bagi mengatasi masalah berkenaan. Katanya, gangguan itu berpunca daripada kerja penyelenggaraan TNB di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor yang juga di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. “Kita memahami tugas TNB kerana ada isu teknikal yang perlu diselesaikan, justeru kita akan adakan mesyuarat bagi melihat bagaimana masalah ini dapat diatasi segera.
Elak buat 'simpanan panik’
PUTRAJAYA - Jangan lakukan 'simpanan panik' air agar tidak menjejas pemulihan sepenuhnya bekalan susulan kerja senggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, gangguan bekalan air di kawasan Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur itu dijangka pulih sepenuhnya minggu ini. Katanya, pengguna dinasihatkan tidak menyimpan air secara panik atau melebihi keperluan biasa bagi memastikan gangguan bekalan air pulih seperti dijadualkan. “Jangan pula apabila ke-
biasaan penggunaan air sesebuah rumah ialah satu meter padu air tapi apabila berlaku gangguan bekalan mereka menyimpan tiga meter padu air. “Ini ‘panic storing’ (simpanan panik). Air sebenarnya ada (semasa gangguan) tetapi amat terhad,” katanya lapor BERNAMA. Lebih 3.8 juta pengguna di 814 kawasan di Lembah Klang mula menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja senggaraan pencegahan dan pemasangan sistem perlindungan arka di PMU di Kuala Selangor. Zaini berkata, apabila 'simpanan panik' berlaku, bekalan air dalam saluran paip dan loji akan habis dan masa yang lebih panjang diperlukan pengguna untuk mendapatkan bekalan di
rumah masing-masing selepas bekalan pulih. Beliau berkata, kebiasaannya apabila henti tugas loji rawatan air utama dilakukan, kawasan yang terletak di hujung sistem bekalan air dan kawasan tinggi akan mengalami gangguan bekalan lebih lama. “Ini kerana jumlah air secukupnya diperlukan supaya sistem agihan dapat berfungsi seperti sedia kala dalam keadaan rizab margin yang rendah iaitu dua hingga tiga peratus sahaja,” katanya. Zaini berkata, Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menyediakan 64 lori tangki untuk dibekalkan kepada pengguna yang terjejas, khususnya bagi keperluan majlis keramaian dan kecemasan.
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syasya Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Utama
6
SelangorKini 16 - 23 Disember 2016
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Selangor #BebasPlastik ����
Tourism Selangor optimis
Sasar �.� juta pelancong OLEH SYAZWANI SUFIAN
ED
SHAH ALAM - Tourism Selangor optimis kehadiran pelancong asing ke Selangor meningkat 7.4 juta bagi 2017 berbanding sasaran 7.2 juta pelancong bagi 2016. Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata, beberapa kawasan diberikan perhatian khusus bagi mencapai sasaran itu. “Beberapa daerah di Selangor mengambil inisiatif menganjurkan kempen pelancongan dan tahun melawat daerah masing-
masing bagi mempromosikan produk pelancongan menarik di daerah mereka. “Antara PBT terlibat menganjurkan Tahun Melawat Daerah adalah Daerah Klang, Daerah Hulu Selangor dan Daerah Selayang,” katanya kepada SelangorKini. Nazri berkata, Tourism Selangor mengambil inisiatif menganjurkan program Klang Art Festival yang bakal berlangsung pada September 2017 dengan mengetengahkan produk berkonsepkan warisan, kesenian dan budaya.
“Di Hulu Selangor kita mempromosikan produk berkonsepkan eko dan alam semulajadi. “Baru-baru ini, Tourism Selangor menganjurkan acara “#DiscoverSelangor Photo Hunt 2016” yang dijalankan pada 17 Disember 2016 lalu bermula di Daerah Selayang dan berkahir di daerah Hulu Selangor. “Usaha ini merupakan salah satu inisiatif mempromosikan kempen Tahun Melawat Hulu Selangor 2017 dengan kehadiran lebih 300 peserta dalam kalangan orang awam, jurufoto professional, penulis blog dan media,” katanya.
Beliau berkata, Tourism Sela-ngor juga bekerjasama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam penganjuran ‘birding’ Wings of Kuala Kubu Baharu (KKB) 2017 berskala antarabangsa. Selain itu, katanya terdapat juga beberapa produk pelancongan terbaharu di Selangor yang turut bakal diketengahkan seperti Sky Mirror, Kuala Selangor (Produk Eko), Bangi Wonderland, Bangi (Taman Tema), Sekinchan 3D Art dan Ocean Gallery dan Nickelodeon Lost Lagoon Sunway Lagoon (Taman Tema).
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena (#BebasPlastik) membabitkan premis perniagaan di seluruh Selangor, mulai 1 Januari 2017. Menerusinya, beg plastik pakai buang tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma sebaliknya bayaran dikenakan untuk setiap beg plastik yang ingin digunakan pengguna. Sementara itu, penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polistirena juga akan dihentikan. Sebagai alternatif, pengguna digalakkan membawa beg kitar semula ketika membeli-belah juga bekas makanan sendiri. Selangor menjadi antara negeri terawal memberi penumpuan terhadap dasar pengharaman penggunaan polisterin dan beg plastik, menjelang 2017.
Urus air bersama jamin kelangsungan hidup SHAH ALAM - Pengurusan air adalah tanggungjawab yang perlu diusahakan bersama bagi menjamin kesinambungan kehidupan, sekali gus meningkatkan pembangunan ekonomi. Dato’Menteri Besar, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali berkata, risiko berlaku konflik dan peningkatan ketidakadilan dalam kebolehdapatan perkhidmatan air menuntut kerajaan menjaganya sebaik mungkin, bahkan perkara itu turut ditegaskan dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Justeru, kita dituntut menjaga perkhidmatan air dan integriti ekosistem untuk kehidupan juga pembangunan ekonomi. “Pengurusan air adalah tanggungjawab yang harus diusahakan secara bersama oleh sektor awam dan swasta serta stakeholders," katanya ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Persidangan Air 2016 Jawatankuasa Tindakan Juruterajurutera Air Daerah SeMalaysia di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, baru-baru ini. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, jurang ketidakadilan sosial seharusnya dikurangkan seiring pembangunan mampan di seluruh negara bagi menjamin bekalan air yang berterusan untuk semua. Katanya, peningkatan urbanisasi akan memberi tekanan kepada sumber bekalan
Pengurusan air adalah tanggungjawab yang harus diusahakan secara bersama oleh sektor awam dan swasta serta stakeholders MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
air mentah dan pengeluaran air yang berlebihan untuk tujuan pertanian juga penjanaan tenaga akan memburukkan lagi kekurangan air. “Menurut UN World Water Report 2015, dunia akan mengalami defisit air 40 peratus menjelang 2030. “Hal ini akan berlaku jika tiada tindakan drastik diambil dalam cara penggunaan dan pengurusan air dunia, malahan pengaruh ekonomi serta perdagangan global akan menjadi penentu kepada permintaan air di peringkat tempatan juga kemampanan sumber air,” katanya.
Isu SelangorKini 16 - 23 Disember 2016
7
LPHS optimis siap �� bulan oder) untuk projek lain," katanya. Katanya, rumah Jenis A dalam lingkungan harga RM42,0000 akan dibina 5,523 unit dan Jenis B berharga RM100,000 pula 3,626 unit. Bagi Jenis C yang berharga antara RM150,000 hingga RM180,000 pula akan dibina 8,100 unit, manakala baki 11,468 unit akan dibina untuk Jenis D pada kadar harga RM220,000 hingga RM250,000. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerima jumlah projek Rumah Selangorku tertinggi sebanyak 8,913 unit diikuti Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) dengan 6,736 unit dan Majlis Bandaraya Shah Alam (3,134). Norzaton berkata MPKj dan MPSP menerima jumlah projek tertinggi disebabkan banyak pembukaan kawasan baru seperti di Semenyih dan Dengkil sementara Hulu Selangor serta Sabak Bernam tidak mempunyai sebarang permohonan pembinaan setakat ini. Sehingga kini, LPHS sudah menerima 70,000 permohonan untuk memiliki Rumah Selangorku dan 11,000 unit ditawarkan bagi tahun 2016.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
LEMBAGA Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) mengunjurkan projek Rumah Selangorku akan terus rancak dibina dengan sasaran 28,717 unit melibatkan 15 syarikat pemaju, pada 2017. Pengarah Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, pihaknya optimis ia akan mula dibina memandangkan semua pemaju sudah mendapat kelulusan kebenaran merancang (KM) serta dalam proses mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan (Building Plan). "Selepas lulus pelan bangunan, mereka akan memohon Advertisement Permitted Development License (APDL) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). "Kita optimis ia mampu disiapkan dalam tempoh 36 bulan dan kunci boleh diserahkan dalam tempoh itu kerana kita ada Jawatankuasa Teknikal yang turun padang dan memantau perkembangan projek. "Jika pemaju gagal menyiapkan dalam tempoh berkenaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengeluarkan notis pemberhentian kerja (stop work
Rumah Selangorku
Sasar ��,��� unit dibina OLEH AFIX REDZUAN
ED
KERAJAAN Negeri mensasarkan lebih 30,000 unit Rumah Selangorku dilancarkan pada akhir 2017, di samping berharap lebih ramai pemohon mendapat pembiayaan dari bank atau institusi kewangan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad berkata, lebih 22,000 unit Rumah Selangorku berjaya dilancarkan sejak pengumuman insentif pembinaan Rumah Selangorku diumumkan, pada 2015. "Kerajaan Negeri berharap
lebih ramai pembeli Rumah Selangorku berjaya mendapat pembiayaan dari bank atau institusi kewangan lain. "Setakat ini, lebih dari 14,000 pemohon ditawarkan Rumah Selangorku tetapi hanya separuh berjaya memperoleh pembiayaan," katanya. Bagi menyelesaikan masalah berkaitan pinjaman perumahan, Iskandar berkata, Kerajaan Negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan Bank Negara dan bank lain untuk memastikan lebih ramai pembeli mendapat pembiayaan tersebut. Selain itu, skim Selangor Smart Homebuyer dengan pe-
PROMOSI PERKAHWINAN
RM15,000/1000pax
PAKEJ LENGKAP KATERING | DEWAN | PELAMIN SEPASANG BAJU | MAKEUP | MC
JURUFOTO | DOME 2 SET | KEK 3 TINGKAT DAN LAIN-LAIN
runtukan RM10 juta juga diharap akan dapat dilaksanakan tahun hadapan seperti diumumkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, pada Belanjawan 2016. "Di bawah skim ini, Kerajaan Negeri akan membayar deposit 10 peratus untuk pembeli mendapat pembiayaan bank. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju pada dasarnya, namun mahu skim ini ditambah baik. "Untuk tujuan itu, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan melakukan kajian dan penambaikan skim terbabit," katanya.
SRI PAYUNG RESTORAN & KATERING w ww.sr ip a yu n g .co m
No 5, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.
PAKEJ CATERING & CANOPY SRI PAYUNG Kami adalah pakar dalam bidang katering dan memiliki pengalaman yang luas serta mampu menyediakan kehendak anda.
03-9283 2523 | 013-206 2523 013-338 1573 s r i p a y u n g 1 3 2 3 @ y a h o o. c o m Buka 11.00 pagi - 5.00 ptg Jumaat Cuti
Restoran Sri Payung
Asam Pedas Istimewa
Nasi Beriani Kambing
10.50
Nasi Tomato Ayam Merah
10.50
RM
Kami juga menyediakan pakej-pakej dan promosi yang semestinya mengikut bajet anda. Jika pakej kami tidak dapat mengikut citarasa anda, usah bimbang, kami boleh melaraskannya mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
7.50
RM
Nasi Minyak Daging Hitam
RM
7.50
RM
10.50
RM
7.50
RM
Nasional
8
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Kes Fitnah 2
Mahkamah Persekutuan tolak semakan kes Anwar
PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti butiran penghakiman sebelum mengumumkan tindakan susulan dalam masa terdekat. Peguam N Surendran berkata, pihaknya akan mengkaji keputusan penolakan permohonan atas sebab tidak mempunyai merit. “Kita menyemak semula dan mengkaji butiran penghakiman sebelum mengumumkan tindakan selanjutnya secepat mungkin,” katanya ringkas ketika ditemui di luar perkarangan Mahkamah Persekutuan. Ketika ditanya mengenai reaksi Anwar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan, beliau menyatakan Ketua Umum KEADILAN itu melahirkan kekecewaan. “Beliau (Anwar) tidak dapat menerima keputusan ini, keluarga juga tidak dapat terima,” katanya. Menyentuh soal permohonan pengampunan diraja, Surendran menjelaskan ia satu perkara lain yang akan dilakukan kemudian. Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar berhubung semakan semula kes fitnah 2 dan mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan sebelum ini.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes fitnah 2 yang dihadapinya, pada 14 Disember lalu. Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya, Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit. Empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Keputusan itu menyaksikan Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara yang masih berbaki 16 bulan di Penjara Sungai Buloh. Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan
Peguam teliti butiran sebelum tindakan lanjut
pada 7 Mac 2014 mensabitkan Anwar dan memerintahkannya dipenjara lima tahun. Pihak pendakwaan diwaki-
Kes denggi meningkat minggu ke-��
laporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi di Malaysia dari Januari sehingga 10 Disember lalu kepada 228 kes berbanding 304 pada 2015 iaitu pengurangan 24.7 peratus. Berkenaan situasi virus Zika, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 8 Disember lalu, terdapat 75 negara yang melaporkan jangkitan Zika. “Di Malaysia pula, bilangan kes positif Zika yang dilaporkan dari 1 September sehingga 10 Disember lalu masih kekal tujuh,” katanya. Katanya, pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Jun 2015 sehingga 10 Disember lalu turut mendapati keputusan ujian negatif bagi 1,633 sampel darah dan air kencing yang diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika.
ED
SHAH ALAM - Kes demam denggi meningkat kepada 48 kes atau 3.6 peratus, pada minggu ke-49 tahun ini dengan 1,376 kes dilaporkan bagi tempoh 4 hingga 10 Disember lalu, berbanding 1,328 kes, pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 417 lokaliti wabak masih aktif di-laporkan di kebanyakan negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah. “Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 10 Disember tahun ini adalah 97,041 kes iaitu penurunan 14.5 peratus (16,459 kes) berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatat 113,500 kes,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember juga, terdapat enam kematian di-
li barisan timbalan pendakwa raya diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk
Ahmad Kamal Md Shahid manakala barisan peguam Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Suspek bergelar ‘datuk’ didakwa bunuh Bill Kayong
MIRI - Seorang lelaki bergelar ‘datuk’ didakwa di Mahkamah Majistret Miri, di sini, pada 14 Disember lalu berhubung pembunuhan Setiausaha KEADILAN Miri, Bill Kayong. Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, didakwa bersama pembantu peribadinya, Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub, Lie Chang Loon, 37, kerana bersubahat dengan pengawal kelab malam (bouncer) Mohamad Fitri Pauzi, 29, dalam pembunuhan itu. Chee Kiang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama dan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan, lapor BERNAMA. Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket di persimpangan Jalan Kuala Baram, pada 21 Jun lalu. Tiada pengakuan dicatatkan dan Chee Kiang dilihat menganggukkan kepala apabila jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa. Zuraini kemudian menetapkan 30 Disember ini untuk kes itu disebut semula berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya
Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, didakwa bersama pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub, Lie Chang Loon, 37, kerana bersubahat dengan pengawal kelab malam (bouncer) Mohamad Fitri Pauzi, 29
Noor Fadzila Ishak. Fadzila memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan masih menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk
memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177 A Kanun Tatacara Jenayah. Sehingga kini, empat individu sudah didakwa termasuk Chee Kiang atas pembunuhan Bill Kayong. Tertuduh pertama Mohamad Fitri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill, 43, yang nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, manakala tertuduh lain didakwa bersubahat dan membunuh mengikut Seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan. Mohamad Fitri, Wui Ching dan Chang Loon mengaku tidak bersalah ketika mereka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Miri pada 25 November lalu dan mahkamah menetapkan sembilan hari untuk perbicaraan bermula, 3 Januari 2017.
Nasional SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
9
Perlu ada keberanian berbincang
Kepentingan rakyat lebih utama OLEH NORHAYATI UMOR
Semua pihak perlu tampil dan meletakkan negara juga rakyat sebagai keutamaan bagi PRU-14
keberanian untuk duduk berbincang dan diharapkan kita akan dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya ketika mengulas hasrat PAS yang berminat untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, KEADILAN akan terus bekerjasama dengan PAS kerana ia adalah keputusan
yang dibuat berdasarkan konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik). Katanya, langkah sama turut diambil Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan mengadakan rundingan bersama PAS. “Semua pihak perlu tampil dan meletakkan negara juga rakyat sebagai keutamaan bagi PRU-14,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SUBANG JAYA - Semua parti pembangkang perlu duduk berbincang dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk mengada-
kan perbincangan dengan PAS untuk memastikan kelancaran pada pilihan raya umum akan datang. “Sebagai parti politik, memang semua minat tetapi ia mesti dibincangkan secara meluas dengan semua parti (pembangkang) terlibat. “Kita tidak mempunyai banyak masa, jadi semua pihak perlu ada
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
Pembangkang makin kukuh hadapi PRU-�� SPR setuju siasat Pembangkang persempadanan semula berjaya membentuk
ngapa sempadan sesebuah daerah mengundi itu diubah agar penduduk memahami rasional SPR mengubah sesebuah sempadan pilihan raya. Katanya, SPR juga perlu mengumumkan pasukan pakar topografi dan tebaran penduduk yang digunakan dalam merangka syor persempadanan semula. Selain itu, SPR juga disarankan supaya mereformasi proses persempadanan semula untuk memudahkan lebih ramai pengundi terlibat secara langsung daripada peringkat perangkaan syor ke proses bantahan dan selanjutnya. “SPR perlu menunjukkan kesungguhan politik (political will) untuk mereformasi proses persempadanan semula agar ia menjadi lebih telus, lebih adil, dan yang paling penting lebih terbuka kepada kritikan serta pandangan pengundi juga penduduk sesebuah bahagian pilihan raya,” katanya.
ED
KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan siasatan tempatan terhadap isu persempadanan semula bagi Parlimen Setiawangsa sebagai kemenangan awal buat pengundi kawasan itu. Fahmi berkata, SPR pada awalnya menolak permohonan bantahan itu dengan alasan hanya menerima 81 borang bantahan berbanding syarat minima yang memerlukan sekurang-kurangnya 100 bantahan. “Kami hantar 110 borang bantahan sama seperti dalam rekod tetapi ditolak dengan alasan hanya menerima 81 borang sahaja. “Bagaimanapun, SPR melalui surat bertarikh 25 November 2016 akhirnya mengakui 110 borang bantahan yang kami masukkan pada 11 Oktober lalu memenuhi peruntukan Seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di perkarangan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, di sini, pada 16 Disember lalu. Katanya, berikutan keputusan SPR itu, beliau dan wakil 110 pengundi terbabit, Nalina Nair menarik menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan, pada 18 November lalu. Katanya, kejayaan itu membuktikan reformasi proses persempadanan semula amat diperlukan termasuk langkah mengumum sebab khusus me-
BANTING - Perjanjian kerjasama dimeterai Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyerlahkan gabungan pembangkang yang mantap serta bersedia menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, persepakatan itu membuktikan pembangkang berjaya membentuk blok berwibawa untuk dipilih rakyat serta mampu mengambil alih pentadbiran negara. “Perjanjian dimeterai PAKATAN dan PPBM memberi isyarat bahawa pembangkang sebagai blok tidak boleh dikategorikan tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Malah, kita sudah mengadakan satu persepakatan dalam membentuk kepimpinan yang terserlah menampilkan kewibawaan mampu mengambil alih kepimpinan negara pada bila-bila masa,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini. Beliau berkata, kerjasama ter-
blok berwibawa untuk dipilih rakyat serta mampu mengambilalih pentadbiran negara ABDULLAH SANI
Ahli Parlimen Kuala Langat,
babit terus mengukuhkan pembangkang sebagai kelompok utama dan mana-mana parti pembangkang yang tidak menyertai gabungan berkenaan seharusnya dibiar atau ditinggalkan. Katanya, PAKATAN meletakkan matlamat mengambil alih pentadbiran kerajaan dipimpin BN sejak sekian lama bagi melakukan perubahan total yang didakwa pincang angkara penyalahgunaan kuasa. “Apa yang penting sekiranya dipilih, kita mahu membentuk kerajaan yang efisien dan mereformasikan sistem pentadbiran yang dibobrokkan juga sarat dengan masalah rasuah selain ti-
dak boleh diterima rakyat. “Kini, kita sudah melalui fasa perubahan iaitu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya, di sini, pada 15 Disember lalu. Pada 13 Disember lalu, PAKATAN dan PPBM mencapai kata sepakat dalam memeterai perjanjian kerjasama bagi menghadapi BN pada PRU-14. Perjanjian menggariskan tujuh perkara dipersetujui bersama termasuk mengadakan rundingan dengan parti yang belum berada dalam perjanjian itu bagi memastikan tiada pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum nanti.
Universiti perlu bebas cengkaman kleptokrat SHAH ALAM - Halangan dan hukumun dikenakan terhadap mahasiswa, aktivis politik, kartunis serta Ahli Parlimen pembangkang yang mengkritik pentadbiran kerajaan memperlihatkan demokrasi di Malaysia semakin terhakis. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata demikian merujuk kepada tindakan dikenakan ke atas mahasiswa Universiti Malaya (UM) susulan penganjuran demonstrasi himpunan tangkap ‘Malaysian Official 1’. “Universiti Malaya (perlu) serta-merta menarik balik tindakan yang dikenakan terhadap mahasiswa #Malaya4. Jelas tiadanya panel bebas dalam prosiding melibatkan mahasiswa yang semuanya dilihat menjadi pak turut Umno-BN.
“Di dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, jelas kelihatan mahasiswa daripada pelbagai kampus secara jelas berpartisipasi dalam parti politik. “Adakah mereka tidak dikenakan tindakan kerana menghadiahkan puji-pujian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak?” soalnya dalam kenyataan. Lembaga Disiplin UM memutuskan Anis Syafiqah dan tiga lagi aktivis mahasiswa bersalah susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan ‘Tangkap MO1’ di Kuala Lumpur, pada Ogos lalu. Nurul Izzah berkata, tindakan berkenaan jelas membuktikan wujudnya pendakwaan terpilih dalam kalangan individu yang lantang mengkritik kerajaan. “Tuntas, kelaziman pihak pentadbiran universiti berterusan menghakis kebebasan akademik harus dihentikan serta-merta. “Utamakan urus tadbir mengangkat nilai aktivisme dan intelektual murni seperti motto KPT #SoaringUpwards bukannya bertindak cetek rasional dengan mengambil tindakan terhadap mahasiswa,” katanya.
Ekonomi
10
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Smart State tidak terhad isu setempat
SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) berhasrat menawarkan perkhidmatan dan kemahiran pelajar seni visualnya kepada HIJRAH Selangor. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, perbincangan lanjut mengenai hasrat itu sedang diusahakan pihaknya untuk pertimbangan HIJRAH. “Saya melihat ada ruang yang boleh UNISEL penuhi seperti dalam bidang pengiklanan kerana kita mempunyai kepakaran bagaimana sesuatu produk diuar-uarkan. “Contoh kerepek dijual peserta HIJRAH yang kebiasaan dijumpai sekadar dibungkus plas-
tik kosong tanpa ada gambar dan reka bentuk. “Saya percaya, UNISEL mampu menawarkan kepakaran kepada HIJRAH pada kos lebih rendah berbanding pasaran,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian VEX (Pameran Seni Visual) 2016 di Dewan Pro Canselor, UNISEL, di sini, pada 14 Disember lalu. VEX merupakan pameran hasil kerja 37 pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran menerusi program Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik Digital, Diploma Grafik Digital dan Diploma Teknologi Fotografi.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Tumpu agenda pembangunan global
Seni visual bantu tingkat kualiti produk peserta HIJRAH
OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM - Pembentukan Smart State yang digarap secara konsisten di peringkat Kerajaan Negeri tidak terhad kepada isu setempat. Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, fokusnya turut mencakupi agenda pembinaan kefahaman lebih meluas di peringkat global. Katanya, inisiatif berkenaan dibuat dengan merujuk kemajuan di Amsterdam, Taiwan dan Barcelona yang melaksanakan pelan pembangunan Smart City di negara masing-masing.
“Inisiatif agenda Smart State ini bukan hanya memberi tumpuan kepada isu tempatan, tetapi pembikinannya adalah agenda global yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri. “Tumpuan di peringkat global dibuat dengan mengambil perkembangan dari negara luar yang semakin rancak membangunkan agenda Smart City,” katanya. Dalam perkembangan sama, Dr Fahmi berkata, Kerajaan Negeri turut berdepan cabaran besar bagi mengukuhkan agenda Smart City. Katanya, faktor keluasan bandar di negeri itu memerlu-
kan tumpuan lebih menyeluruh sebagai inisiatif mengukuh-kan gagasan berkenaan.
ED
Turunkan tambang pengangkutan awam
Usahawan perlu kreatif kukuh perniagaan RAWANG - Usahawan disaran mengambil peluang ke atas pel-bagai teknologi canggih sedia ada dengan idea kreatif bagi memperkukuh perniagaan yang mampu menjana keuntungan tinggi seperti dilakukan pengasas aplikasi Uber Car dan Travelog. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, syarikat pengendali dua aplikasi itu menjadi terkenal di seluruh dunia dan mampu menjana keuntungan tinggi. “Uber sendiri tidak mempunyai kereta untuk membawa pelanggan begitu juga Travelog yang tidak memiliki wa-
laupun sebuah hotel tetapi dengan idea kreatif, mereka mampu menyediakan perkhidmatan yang mendapat sambutan seluruh dunia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Mini ‘Mega Sales’ di kawasan meletak kenderaan di Pasaraya Tesco, di sini, pada 17 Disember lalu. Katanya, peniaga juga perlu merebut peluang perniagaan dalam sumber ekonomi baru seperti industri kreatif dan edagang yang mempunyai potensi besar untuk diterokai khususnya sebagai persediaan mengharungi suasana ekonomi yang suram, pada 2017. Selain itu, Amirudin turut
menyarankan supaya usahawan memandang jauh ke hadapan dengan tidak hanya memikirkan pasaran di Selangor sahaja tetapi bercita-cita mengembangkan pasaran di luar negeri dan serantau. Ketika menyentuh usaha Kerajaan Negeri membantu usahawan di Selangor, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri bukan sahaja menyediakan pinjaman kepada peniaga, malahan turut membekalkan ilmu perniagaan secukupnya. Katanya, Kerajaan Negeri turut menganjurkan kursus keusahawanan termasuk kursus penyediaan pembungkusan atau ‘packaging’ produk masing-masing.
PETALING JAYA - Kerajaan Persekutuan disaran menurunkan tambang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini termasuk Mass Rapid Transit (MRT). Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, langkah itu mampu menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam. Katanya, ia sekali gus mengurangkan kesesakan trafik terutama ketika waktu puncak. “Saya tidak pasti sejauh mana penjimatan Kerajaan Persekutuan lakukan untuk projek MRT ini, namun jika benar, turunkan tambang untuk rakyat. “Terutama dalam keadaan kegawatan ekonomi, saya pasti langkah itu bakal melonjakkan
jumlah pengguna pengangkutan awam,” katanya. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen MRT Kwasa Damansara, di sini, pada 15 Disember lalu. Chang Khim berkata, orang ramai juga perlu mempunyai inisiatif untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan duit rakyat. “Jangan asyik minta sahaja untuk buat itu ini tetapi tiada langsung inisiatif menggunakannya. “Pada masa sama, perkhidmatan diberikan juga perlu berada pada tahap terbaik dan diperkemas dari masa ke masa seperti kelajuan LRT (Light Rail Transit) yang boleh dipertingkatkan,” katanya.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
OH
T CON
11
Album SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
12
Album
ADN Bangi, Shafie Ngah merasmikan Program 'Free Market' kali ke 3 di Bandar Seri Putra Bangi
13
ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyantuni peserta program Jom Shopping di pusat membeli-belah NSK Sentosa
ADN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan turun padang melihat tahap kerosakan rumah disebabkan rempuhan lori di Kampung Melayu Subang
ED
ADN Sabak, Sallehen Mukhyi mengedarkan kalendar 2017 Pejabat ADUN Sabak ke sekitar Pekan Sabak
ADN semanyih, Datuk Johan Abdul Aziz merasmikan Kem Tricky Maths di Eco Venture Semenyih
Ahli Parlimen Selayang, William Leong menghadiri mesyuarat tahunan penduduk di kawasan beliau bagi menyelesaikan permasalahan mereka
ADN Kinrara, Ng Sze Han turun padang meneliti kualiti projek penurapan jalan di Taman Merpati yang siap dijalankan
ADN Taman Medan, Haniza Talha menyampaikan kerusi roda dan tongkat secara pinjaman kepada penduduk yang memerlukan penggunaan peralatan itu secara sementara di DUN beliau
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh turun padang melawat bengkel seni ukiran kayu di kawasan beliau
Rencana
14
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Rakyat Selangor bertuah
Air oh Air! OLEH MOHD EZLI MASHUT
M
paya pensabotaj dibawa ke muka pengadilan. Kerajaan Negeri memandang serius aktiviti pencemaran sungai pihak berkenaan membuang bahan toksik secara terancang yang menyebabkan Air Selangor terpaksa menutup loji rawatan air. Justeru itu, Kerajaan Negeri terus bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menangani masalah ini kerana perlakuan sabotaj tidak berlaku di dalam sungai di Selangor tetapi berpunca di kawasan luar Selangor. Maka, pihak industri digalakkan untuk melabur dalam penggunaan teknologi hijau termasuk teknologi kitar semula air selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
emang bertuah tinggal di Selangor. Kenapa tidak, rakyat menikmati pemberian air percuma 20 meter padu sejak Pakatan Rakyat mentadbir, pada 2008. Jangan terkejut ada rakyat sudah hampir lapan tahun tidak bayar bil air. Begitulah nikmatnya apabila negeri ditadbir kerajaan peduli rakyat yang merakyatkan ekonominya untuk kepentingan dan kebajikan semua. Semua ini datang hasil kebijakan rakyat membuat perubahan ke arah kebaikan. Ketika rakyat negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) mengeluh dengan kenaikan harga bil, Selangor terus menikmati kadar munasabah dan tidak membebankan. Serangan media kawalan Umno-BN menguar-uarkan kononnya berlaku krisis air yang kritikal di Selangor adalah sekadar propaganda politik. Mereka hanya menangguk di air keruh tanpa mengemukakan sebarang penyelesaian. Apabila berlaku gangguan air di Selangor, maka gegak gempita alam seolah-olah air tiada langsung di Selangor, namun hakikatnya senyap sunyi apabila melibatkan negeri di bawah BN. Lihat sahaja di Sabah, Sarawak serta pedalaman Semenanjung Malaysia.
Untuk mencapai matlamat itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM324 juta untuk mengatasi masalah paip pecah dan program penggantian paip lama di 84 kawasan hotspot meliputi 422.5 kilometer untuk tempoh tiga tahun, mulai 2016. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM100.6 juta kepada Air Selangor bagi kerja penggantian paip. Semua ini untuk memastikan sistem bekalan air terus kepada rakyat tanpa gangguan. Guna rizab simpanan bina LRA
ED
Iltizam Kerajaan Selangor menangani isu air semakin terserlah apabila bersedia menggunakan sebahagian rizab negeri untuk pembangunan termasuk membina Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang yang menelan kos RM800 juta. Usaha itu bagi menjamin kemampanan bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terjamin untuk jangka masa panjang. Pembangunan dua loji rawatan air dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri untuk mewujudkan ekosistem perkhidmatan air yang holistik dan efisien serta melengkapkan sistem agihan bekalan air keseluruhannya.
Kurangkan NRW, pastikan air bersih terjamin
Pada Belanjawan Negeri 2017 yang diumumkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pada Oktober lalu, Kerajaan Negeri meletakkan sasaran mengurangkan kadar Non Revenue Water (NRW) daripada 35 peratus kepada 29 peratus, pada 2019.
Banteras dalang pensabotaj pencemar sumber air
Kita sukar untuk menangani isu gangguan air jika ada dalang yang menjadi pensabotaj sumber air dengan membuat pencemaran sungai dan berpunca daripada sisa industri. Bagi mengatasi isu ini, masyarakat digesa bersama Kerajaan Negeri dengan membuat laporan terus kepada pihak berkuasa su-
Demo geng baldi ketandusan idea politik
Kita masih ingat bagaimana geng baldi membuat demonstrasi haram di perkarangan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini kononnya untuk memperjuangkan isu air. Namun, tindakan ini dan mungkin akan datang hanya sekadar meraih sokongan politik murahan demi kepentingan mereka sahaja. Belum lagi terdengar mereka mengemukakan jalan penyelesaian untuk menangani isu ini. Justeru, Kerajaan Negeri 'menyerahkan' semula baldi dicampakkan sekumpulan pemuda Umno di SUK kepada wakil penduduk Pahang sebagai signifikan membuktikan Pahang sebenarnya mengalami masalah krisis air terbesar. Selangor berjaya selesaikan isu air dan baldi itu diserahkan kepada Pahang supaya mereka tahu bahawa di Malaysia bukan Selangor sahaja ada isu masalah air.
Kesimpulan
Air adalah sumber kehidupan dan tamadun. Tugas memelihara khazanah sumber air adalah tanggungjawab kita semua. Biarlah kita wariskan kepada generasi masa hadapan sumber air yang mampan dan mencukupi bagi mengelakkan krisis air berlaku. Kita juga perlu mempunyai kesedaran untuk menjimat-
kan air dengan menggunakannya dengan bijak. Adakah pada masa hadapan kita sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkan bekalan air selamat dan bersih? Jawapannya pada diri kita sendiri. Bertindak segera! Mohd Ezli Mashut adalah Penolong Pengarang SelangorKini
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
15
Seni
16
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Bawa penonton berfikir luar kotak
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Interchange dimensi baru dunia seram OLEH SYAZWANI SUFIAN
I
nterchange sebuah filem seram supernatural yang membawa kelainan berbanding filem lain yang mungkin pernah ditayangkan di Malaysia. Filem arahan kedua Dain Iskandar Said selepas Bunohan diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya dan dibiayai Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Penampilan pelakon hebat gandingan Malaysia dan Indonesia menyentuh pelbagai etnik dan gabungan dua budaya antaranya Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong serta Chew Kin Wah selain Nicholas Saputra juga Prisia Nasution yang turut membintangi filem itu.
Mengintip wanita misteri
ED
Interchange berkisar tentang seorang detektif, Man (Shaheizy Sam) bersama rakannya Adam (Iedil Putra) seorang jurufoto forensik, terlibat dalam satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia. Kes kematian yang berlaku lima bulan lalu amat mengerikan dan memberi igauan kepada Adam, bahkan sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri serta menghindari dunia nyata. Bagaimanapun, Adam masih mengambil foto dan menerusi lensa kameranya, Adam mengintip Iva (Prisia Nasution) iaitu seorang
wanita misteri berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke pangsapuri bertentangan. Bukan sekadar mengintip, Adam turut mengambil foto Iva sehingga beliau mula terlibat dalam kisah misteri gadis Borneo itu. Bermula daripada itulah Adam diselinap masuk ke dalam dunia penuh misteri Iva. Sementara itu, pada waktu yang sama berlaku kes pembunuhan yang cukup mengerikan dan jarang sekali berlaku menyebabkan Man mula menyelidik dengan lebih mendalam bersama Adam serta dektektif lain. Lebih misteri apabila Man menemui serpihan kaca filem di tempat pembunuhan berlaku. Sedikit demi sedikit, Man mula berjaya memecah kebuntuan kes pembunuhan yang berlaku dengan menyiasat kedai jualan barangan antik yang turut menyimpan filem foto berbentuk kaca itu.
Terbongkar kisah gadis misteri dan burung
Akhirnya, bermulalah konflik dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan kepercayaan dahulu kala yang menghantui mereka, bahkan lama-kelamaan Adam juga Iva mulai rapat. Ketika menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku bersama Man, Adam mula menyedari ia mungkin berkait dengan Iva dan kisah mistik yang berlaku lebih seribu tahun dulu. Tatkala Adam menyedari Iva adalah wanita di dalam foto seribu tahun dulu, beliau dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva dengan kepercayaan mereka iaitu terperangkap di dalam foto kaca yang dijumpai di tempat pembunuhan tersebut. Adam juga turut menyedari Belian lakonon Nicholas Saputra
merupakan seorang lelaki berperwatakan burung berkait rapat dengan apa yang terjadi antara kes pembunuhan dan kisah puak asli Iva. Pada masa sama, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan dahulu kala yang kembali hidup. Tapi dengan dua kes pembunuhan ‘ritual’ yang ‘dirakamkan’ Dain Said sebenarnya ia dilihat bagaikan satu ritual bunuh diri dengan rela untuk kembali ke tempat asal mereka.
Latar belakang Interchange
Filem ini mula tercetus apabila pengarah Interchange pernah ternampak sekeping gambar dengan kapsyen : perempuan mencuci badan bagi membuang bala atau kepercayaan mereka akan menimpa musibah selepas gambarnya dirakam. Dain berkata, Interchange adalah filem yang agak perlahan permulaannya, namun ia penuh dengan misteri dan tanda tanya dengan kepercayaan zaman dahulu kala. "Setiap kisah yang ingin disampaikan dan watak dilakonkan akan berkembang dengan sendiri dan bakal difahami satu persatu . "Filem ini juga lebih terdedah kepada alam semula jadi yang perlu kita hargai," katanya ketika sidang media karpet merah filem Interchange di Pavilion, baru-baru ini.
Katanya, filem itu bukan sekadar sebuah penyiasatan misteri klise iaitu detektif yang selesaikan setiap kes tetapi ia terarah kepada rangkaian dan bantuan Adam. “Detektif hanyalah satu warna sahaja dan saya tidak mahu terlalu fokus kepada beliau. Tetapi fokus pada mistik dan kekuatan kaum tersebut," katanya. Belian sebenarnya adalah watak penting dan penuh mistik, lakonan beliau yang kuat serta penuh karisma juga bakal membawakan penonton mengerti apa berlaku. Beliau digambarkan sebagai tiada perasaan dengan jarinya bagaikan mempunyai satu jari burung di kiri kanannya serta mempunyai kekuatan luar biasa apabila bertarung dengan detektif Azman .
Interchange ke persada antarabangsa
Filem ini mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas Festival Filem Locarno yang berpangkalan di Switzerland bakal menayangkannya di festival berprestij itu. Selain itu, difahamkan Interchange mendapat perhatian pengedar filem antarabangsa, Reel Suspects yang berpangkalan di Paris untuk diedarkan di pasaran dunia. Malah, filem ini juga akan ditayangkan pada salah sebuah pasaran filem terbesar di dunia, Cannes Marché du Film.
ADN SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
17
Program Riuh Sekampung bina akhlak masyarakat Dengan lebih 17 acara sepanjang hari, acara turut membabitkan Larian Nisa selain beberapa ‘booth’ pameran dan kaunter perkhidmatan dibuka. Program sama turut dimuatkan dengan penyampaian bantuan 'Back To School' berupa kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah kepada anak terpilih. Tirai program dilabuhkan dengan sesi bicara santai bersama barisan panel terkenal terdiri daripada Pencetus Ummah (PU) Hafiz, Ali XPDC dan wakil Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KLANG - Masyarakat Selat Klang terus disemarakkan dengan Program Riuh Sekampung Sungai Udang yang berlangsung, pada 17 Disember lalu. Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, program sehari itu menerima sambutan menggalakkan penduduk sekitar. "Program ini bertujuan membina masyarakat beriman, bertakwa dan beramal. "Hempas pulas pengarah program, Azaddin bersama pasukannya berjaya menghasilkan penglibatan inklusif yang menguntum ukhuwah dan amal," katanya.
Free Market
Semai budaya bersedekah OLEH LIZAWATI MADFA
ED
SHAH ALAM - Program 'Free Market' diteruskan buat kali ketiga di Bandar Seri Putra selepas menerima sambutan mengalakkan sebelum ini. Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Shafie Ngah berkata, ia bertujuan membudayakan sikap gemar bersedekah dalam kalangan masyarakat setempat. Katanya, ia juga antara usaha mengukuhkan silaturrahim
sesama penduduk. "Majoriti peserta terdiri dalam kalangan golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik. "Mereka dibenarkan untuk memilih apa sahaja barang secara percuma dan turut menerima sedikit bantuan daripada penganjur," katanya. Program Free Market dianjurkan PAS Cawangan Bandar Seri Putra dan Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) Putra Mahkota.
Kali ini, dianggarkan lebih 15 keluarga menjadi penyumbang barangan serta wang tunai untuk diagihkan kepada lebih 100 penerima. Antara barangan yang disumbangkan termasuk pakaian harian, makanan asasi, pa-kaian, buku dan peralatan. Pada Mei lalu, Free Market Ambang Ramadan turut diadakan dengan menjemput anak yatim, ibu tunggal dan mangsa banjir sebagai 'VVIP'.
PBT
18
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Sistem 'e-slope' perkasa tahap kawalan cerun selewat-lewatnya empat hari,” katanya, memetik Sinar Harian. Dimaklumkan kepakaran Agensi Remote Sensing Malaysia adalah dalam aspek pembangunan sistem yang juga pembekal imej satelit sebagai rujukan. Pada masa sama, Hamid berkata, MPAJ dan Agensi Remote Sensing Malaysia sudah menjalinkan kerjasama sejak 2001 dan MoU yang dimeterai, pada 7 Disember lalu adalah selari dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). “MPAJ juga sudah mengadakan pelbagai kerjasama dengan agensi luar bagi memperkasa sistem perkhidmatan dan saya berharap ia dapat mempertingkatkan kecekapan kerja semua pihak terlibat,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan melaksanakan sistem 'e-slope' dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia bagi memperkasakan tahap kawalan serta penyelenggaraan cerun. Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, usaha itu bagi mencegah kawasan MPAJ yang terkenal dengan kejadian tanah runtuh. “Agensi Remote Sensing Malaysia bertanggungjawab membekalkan data berkenaan keadaan cerun di kawasan seliaan MPAJ. “Kita buat pemantauan lebih terperinci ke atas lokasi cerun berisiko daripada data dihantar agensi itu dan ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa atau
Kempen Bumi Hijau Kuala Langat
Tepati matlamat Kerajaan Negeri
OLEH HAFIZAN TAIB
ED
BANTING - Program Kempen Bumi Hijau yang dijalankan pihak swasta bersama beberapa premis perniagaan, di sini, menepati matlamat Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan teknologi hijau. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, projek perintis dilakukan pihak berkaitan adalah baik dan wajar menjadi contoh ke arah mewujudkan bandar berkarbon rendah. “Ia satu inovasi sangat bagus daripada segi pemeliharaan alam sekitar dan diharap premis perniagaan khususnya makanan memberi perhatian terhadap perkara ini supaya boleh me-
ngurangkan sisa makanan. “Seperti program teknologi hijau dilaksanakan Kerajaan Negeri, inovasi ini juga bersesuaian dan bertepatan dengan perancangan dijalankan bukan setakat di bandar tetapi di peringkat daerah,” katanya kepada SelangorKini, di Saha Coffee & Fruit Bar, pada 15 Disember lalu. Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian program itu dengan pengenalan peralatan pemprosesan sisa makanan dari syarikat Korea, MUMS Electronic Co Ltd (MUMS). Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MUMS, Yi Se Young berkata, pihaknya memuji langkah Kerajaan Negeri melaksanakan projek teknologi hijau dan berharap usaha syarikat
terbabit akan membantu perancangan dijalankan. “Kita berbesar hati dapat bersama berkongsi kepakaran dengan memperkenalkan peralatan sebegini. Ia bagus bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih serta hijau dan diharap banyak membantu usaha Kerajaan Negeri menjayakan teknologi hijau,” katanya. Peralatan memproses sisa makanan yang diperkenalkan syarikat itu menjadikan ia lebih mudah dan bersih serta tidak tercemar. Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharudin dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali.
MBSA perbanyak program CSR pelbagai kaum SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merancang memperbanyakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membabitkan pelbagai kaum dan golongan dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik. Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, pihaknya merancang untuk ke luar negara membantu negara miskin. “Kita tengah merancang dan
membantu mereka sebagai contoh masyarakat Islam di Cambodia. “Bagaimanapun, menjadi fokus kita terlebih dahulu mahu membantu golongan di Malaysia,” katanya ketika ditemui barubaru ini. Bagaimanapun, katanya, rancangan terbabit bergantung kepada peruntukan perbelanjaan. Zaharin berkata, ketika ini program CSR MBSA lebih kepada aktiviti membabitkan sukarelawan.
“Buat masa ini, kita tidak mempunyai peruntukan besar dan banyak adakan aktiviti dengan sukarelawan seperti tanam pokok, gotong-royong dan membaik pulih. “Fokus kita, semua golongan dibantu. Jika remaja perlukan kita, maka akan dilaksanakan program untuk mereka,” katanya. Pada masa sama, katanya, MBSA akan ke Baling, Kedah bagi meneruskan program CSR dalam tempoh terdekat.
MSPJ ringan kos kembali ke sekolah SUBANG JAYA - Peningkatan kos sara hidup tinggi mendorong Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pertubuhan lain menganjurkan program bagi membantu golongan memerlukan. Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara inisiatif diambil adalah bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan menyediakan persiapan anak kembali ke sekolah. “Misalnya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerusi program ‘Back To School’ memberikan baucar RM50 kepada setiap penerima untuk membeli barang keperluan anak ke sekolah. “Kerajaan Negeri juga ada pro-
gram Jom Balik Sekolah, begitu juga dengan jawatankuasa penduduk, masjid dan persatuan Buddha yang turut menganjurkan program serupa. “Sebenarnya, ini bukan bidang kuasa mereka kerana kos pendidikan terletak bawah Kementerian Pendidikan tetapi mereka mahu membantu sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya, di sini, baru-baru ini. Pada masa sama, Hannah berkata, pemberian baucar lebih sesuai untuk menepati keperluan penerima. “Jika kita berikan dalam bentuk barangan seperti beg sekolah, mungkin ada dalam kalangan mereka tidak memerlukannya, jadi hasrat untuk membantu dikhuatiri tidak tercapai,” katanya.
PBT SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
19
Pelan Strategik MPSepang
Lahir perbandaran sejahtera ���� OLEH ERMIZI MUHAMAD
gram penghijauan bersama masyarakat dengan membudayakan amalan hijau dalam penggunaan peralatan ICT melalui konsep 3R," kata kenyataan itu. Teras pengukuhan pembangunan mampan dengan penyediaan pelbagai program mewujudkan masyarakat harmoni turut dilaksanakan untuk tempoh itu. Inisiatif berkenaan termasuk pelaksanaan projek pembangunan secara komited dan kolaboratif berkesan membabitkan anggota masyarakat di sekitar
perbandarannya. "Pelaksanaan projek selaras dengan pembangunan masyarakat setempat termasuk mewujudkan 'Blue Print Penjaja' daerah Sepang dan menjadikan (pengurusan) sebagai amalan terbaik. "Selain itu, tumpuan lain termasuk meningkatkan imej bandar Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi, pekan Dengkil dan Pantai Bagan Lalang serta menjadikan Sepang sebagai destinasi pelancongan negeri," katanya.
Pada masa sama, MPSepang juga fokus memastikan urusan pentadbirannya lebih cekap dengan melahirkan warga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. "Pembangunan ICT tentunya menyokong perkhidmatan bersepadu dan cemerlang. Untuk merealisasikan gagasan berkenaan, warga pengurusan dididik untuk melahirkan warga kerja berintegriti dan patuh kepada peraturan juga perundangan," katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) giat melaksanakan Pelan Strategik 2016-2020 sebagai inisiatif menjadikan perbandarannya sebagai sebuah bandar sejahtera dan hijau menjelang 2020. Misinya tertumpu kepada usaha merealisasikan MPSepang sebagai pihak berkuasa tempatan yang mampu menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menjamin kesejahteraan ma-
syarakatnya. MPSepang dalam kenyataannya berkata, komponen utama pelan itu termasuk inisiatif memastikan bandar Sepang sebagai perbandaran bersih serta penggunaan teknologi hijau asas pentadbirannya. "Tumpuannya termasuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam terbaik dengan membudayakan amalan kitar semula juga pengasingan sampah. "Selain itu, pelaksanaan pro-
MDKL raih �� PBT terbaik Malaysia SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berjaya meraih 10 kedudukan terbaik pihak berkuasa tempatan bagi Anugerah Bandar Mampan 2016 (Program Pengukuran Bandar Mampan Malaysia) menerusi Pelaksanaan Malaysian Urban-Rural Indicators Network On Sustainable Development (MURNInets), baru-baru ini. Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, kejayaan itu hasil usaha bersama seluruh penduduk di daerah terbabit termasuk agensi kerajaan juga swasta. “MDKL juga berjaya meraih kedudukan terbaik kategori Majlis Daerah Peringkat kebangsaan untuk Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 bagi Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan,” katanya dalam kenyataan.
Anugerah itu diperolehi sempena Karnival Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2016 di Dataran Merdeka. Pada masa sama, Mohd Azhar turut berharap kejayaan itu dapat dikekalkan dengan mengajak semua pihak berganding bahu untuk mengekalkan kerjasama serta memberi komitmen jitu. Katanya, ia juga bagi memastikan MDKL dapat dinaik taraf sebagai majlis perbandaran dalam tempoh terdekat. “Penganugerahan ini dilihat mampu menyuntik semangat serta menjadi pendorong buat seluruh warga MDKL untuk terus komited, berdedikasi dan berintegriti dalam meningkatkan kualiti juga mutu perkhidmatan ke arah majlis perbandaran suatu hari nanti,” katanya.
ED
MPAJ raih pelbagai anugerah sepanjang ���� Gala Kebudayaan cungkil SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa membudayakan inovasi dan kreativiti dalam usaha menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan dengan cemerlang hingga meraih beberapa anugerah sepanjang 2016. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, Rosliza Mohd berkata, MPAJ berjaya mencapai beberapa anugerah pelbagai peringkat hasil daripada usaha dan komitmen dalam memperkasakan sistem penyampaian kepada pelanggan dan penduduk Ampang Jaya. "Antaranya MPAJ dinobatkan tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 dengan membawa pulang trofi AIPBT, sijil kemenangan serta wang tunai RM150,000. "MPAJ juga satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia menerima pengiktirafan tertinggi lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang-Bahasa Kebangsaan (SPB-BK) 2016, Anugerah Pemartabatan Bahasa bagi kategori PBT kepada Abd Hamid Hussain semasa Majlis Genta Bahasa ke-III Kebangsaan 2016 dan Pengiktirafan Tertinggi Anugerah Emas dalam International
Convention On Quality Control Circles (ICQCC) Bangkok 2016," katanya dalam kenyataan. Selain itu, MPAJ juga pernah meraih Anu-gerah Emas dalam International Quality and Productivity Convention Bali 2016 melalui kumpulan Quartz dan menjadi Johan Anugerah Quality Environment (QE) Sektor Awam dengan pengiktirafan tertinggi tiga bintang (emas) melalui kumpulan QE MISys dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2016 selain antara 10 Projek Terbaik Innovative and Creative Circle (ICC) Sektor Awam dengan pengiktirafan tertinggi tiga bintang (emas) melalui kumpulan interaktif. Rosliza berkata, pencapaian itu menjadi pemangkin semangat MPAJ untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi tahun akan datang. Orang ramai yang mempunyai sebarang cadangan atau idea inovasi ingin disumbangkan boleh mengemukakan cadangan melalui aplikasi dalam talian 'Borang Cadangan Inovasi' di dalam laman sesawang MPAJ www.mpaj.gov.my.
bakat generasi muda AMPANG - Penganjuran Malam Gala Kebudayaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2016 mengetengahkan bakat barisan pelapis penggiat seni dan budaya dalam kalangan generasi muda di sekitar perbandarannya. Penolong Timbalan Setiausaha MPAJ, Johari Atli berkata, program berkenaan menghimpunkan pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan MPAJ untuk mempamerkan bakat seni masing-masing. “Program ini memberi ruang kepada barisan pelapis seni budaya mempamerkan kemahiran dan kreativiti generasi muda. Peluang ini mampu menjadi medan perkembangan minda pelajar dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi memastikan budaya tidak ditelan kemajuan zaman. “Program seumpama ini mampu mengangkat dan menyemarakkan lagi semangat cintakan budaya tradisi Melayu dalam kalangan golongan remaja,”
katanya pada sidang media Malam Gala Kebudayaan MPAJ 2016 di Auditorium MPAJ, di sini, pada 17 Disember lalu. Disertai lebih 100 bakat muda membabitkan penyertaan 23 sekolah di kawasan pentadbiran MPAJ, peserta mempamerkan persembahan teater, tarian, nyanyian, silat, gamelan dan silap mata di hadapan lebih 500 hadirin. Johari berkata, pemilihan peserta dibuat menerusi penganjuran pertandingan pencarian bakat yang diadakan di sekolah seluruh MPAJ bermula awal tahun lalu. “Penglibatan generasi muda dalam aktiviti seumpama ini merupakan perkara positif yang mampu mencegah peningkatan masalah sosial terutama ketika musim cuti persekolahan. Masa mereka diisi dengan aktiviti bermanfaat dan boleh menyumbang kepada pembangunan komuniti juga pembinaan institusi kemasyarakatan yang lebih dominan,” katanya.
Pendidikan
20
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
Sedia susun silibus pengajian
UNISEL terap elemen keusahawanan
OLEH LIZAWATI MADFA
“Mereka juga perlu dibekalkan ilmu menguruskan perniagaan daripada peringkat pendaftaran agar berpeluang untuk bersaing di pasaran lebih luas,” katanya. Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perasmian VEX (Pameran Seni Visual) 2016 di Dewan Pro Canselor, UNISEL di sini, pada 14 Disember lalu. Beliau berkata, elemen keusahawan juga diyakini mampu
meningkatkan keyakinan pelajar untuk berdepan dunia pasca siswazah. “Saya percaya, mereka yang ada ilmu keusahawanan ini berasa lebih yakin menamatkan pengajian seterusnya membuka peluang lebih besar buat mereka. “Mereka juga lebih berdikari untuk bekerja sendiri tanpa perlu bergantung kepada peluang pekerjaan di pasaran ,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) bercadang menyusun semula silibus pengajian supaya merangkumi elemen keusahawanan, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. Beliau berkata, pelajar UNISEL lebih bersedia dengan cabaran pasaran selepas tamat pengajian dengan adanya ele-
men berkenaan. “Dahulu, tamat sahaja pengajian peluang pekerjaan itu sudah terjamin, namun ia sudah banyak berbeza masa kini. “Sebab itu, pengurusan mahu berbincang untuk susun semula kurikulum bagi membolehkan pelajar bukan sahaja bersedia dengan kemahiran tetapi merangkumi bidang keusahawanan lain seperti perakaunan.
Dr Mohammad Redzuan
Terima kasih ringankan beban persekolahan
Arabiah Basir
ED
SUBANG JAYA - Dengan kos sara hidup semakin meningkat naik, nilai baucar RM50 bagi program 'Back To School' di mata golongan memerlukan amat bermakna. Ibu kepada empat anak, Arabiah Basir, 37, terharu dan berterima kasih atas inisiatif Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu. “Dengan nilai itu saya dapat menyediakan stokin, baju dan tudung sekolah baru buat anak. “Melihat anak tersenyum, apa lagi yang lebih bererti dalam hidup ibu bapa. Saya bersyukur atas bantuan ini,” katanya yang ditemui di pasar raya Mydin USJ, di sini, baru-baru ini. Turut serta, pelajar, Noramizah Johari, 11, yang kehilangan bapa sejak kecil dan kini dijaga ibunya yang merupakan pekerja kilang. “Gembira sangat ada pihak sudi bantu saya dan ibu. Kami bukan orang senang, ibu susah bekerja untuk besarkan saya. “Dengan baucar tadi, dapatlah saya beli peralatan tulis dan tudung baru bagi melengkapkan persiapan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun hadapan,” katanya yang tinggal di SS13. Sementara itu, peniaga kecil, Lahmak Ahmad, 54, berkata baucar RM50 itu diterima buat tahun kedua berturut-turut daripada MPSJ. “Sekarang harga barang semua naik, tiada lagi yang turun. Suka atau tidak kami kena hadapi walau apa juga pendapatan kami perolehi. “Jadi dengan bantuan seperti
Noramizah Johari
ini, sekurang-kurangnya beban kurang sedikit dan ia sebenarnya begitu bermakna buat kami,” kata. Turut bersetuju, suri rumah, Norlian Ali, 50, mengakui baucar berkenaan sememangnya dinantikan bagi menyediakan persiapan sekolah tiga anaknya. “Tahun lepas dapat, jadi sangat bersyukur tahun ini kami dapat bantuan lagi. “Memang ada yang cakap ala bukan banyak pun, tetapi kalau mereka berada di tempat kami akan tahulah nilai duit walaupun RM1,” katanya.
KUIS dan IAIN Bukittinggi kukuh hubungan BANDAR SERI PUTRA - Program mobiliti pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia, mengukuhkan hubungan antara dua pusat pengajian tinggi serantau itu. Aktiviti julung kali dijayakan di kolej berkenaan disertai sekumpulan pelajar KUIS bersama dua pensyarah dan 14 pelajar IAIN, bermula 28 November hingga 11 Disember lalu.
Timbalan Pendaftar, Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Halim Mokhtar berkata, program terbabit adalah satu usaha memberi pendedahan berguna kepada pelajar dua institut pengajian tinggi itu di peringkat antarabangsa. “KUIS sebagai tuan rumah bagi program julung kali ini berharap semua peserta dapat mengumpul kenalan serta pengalaman berharga buat bekalan hidup pada masa hadapan. “Pelbagai pengisian menarik
disusun untuk semua pensyarah dan pelajar IAIN sepanjang program berlangsung,” katanya. Antara aktiviti dijalankan ialah menghadiri kuliah di KUIS, mengikuti pengisian Da’i, Ulama dan Umara di Masjid Al-Azhar KUIS serta ekspedisi Bukit Broga di Hulu Langat. Selain itu, kumpulan pelajar turut menyertai ziarah ke Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam serta persembahan kreatif di Malam Kebudayaan Malaysia-Indonesia.
Agama SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
21
Gereja terima peruntukan
Biaya aktiviti agama dan kemasyarakatan WAKTU SOLAT SELANGOR
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
23 - 30 Disember 2016 23 - 30 Rabiulawal 1438H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
23 Jumaat 5.43 5:53 7.14 1:15 4:38 7:11 8:26 24 Sabtu 5.44 5:54 7.14 1:16 4:38 7:12 8:27 25 Ahad 5.44 5:54 7.15 1:16 4:39 7:12 8:27 26 Isnin 5.45 5:55 7.15 1:17 4:39 7:13 8:28 27 Selasa 5.45 5:55 7.15 1:17 4:40 7:13 8:28 28 Rabu 5.46 5:56 7.16 1:18 4:40 7:14 8:29 29 Khamis 5.46 5:56 7.16 1:18 4:41 7:14 8:29 30 Jumaat 5.47 5:57 7.17 1:19 4:41 7:15 8:30 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
OLEH NAZLI IBRAHIM
SUBANG JAYA - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM213,000 untuk disumbangkan kepada gereja di Selangor bagi membiayai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan masing-masing. Sumbangan itu disampaikan Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong yang mewakili Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed
Azmin Ali pada Majlis Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor 2016 di Dataran Summit USJ di sini, baru-baru ini. Sementara itu, sambutan perayaan masyarakat Kristian bermula sejak jam 6.00 petang itu disambut meriah apabila dihadiri lebih 3,000 hadirin. Selain dihiburkan dengan persembahan Selangor Philharmonic Orchestra, turut menarik perhatian dalam sambutan kali ini adalah ke-
pelbagaian juadah disediakan untuk pengunjung. Antara juadah menarik perhatian pada majlis itu adalah bihun Singapura, kebab, cendol, kuew teow goreng dan hampir 15 juadah lain.
ED
Maklumkan pada LZS jika kesan asnaf
SHAH ALAM - Orang ramai disaran menyalurkan maklumat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) jika mengesan individu yang memerlukan bantuan daripada institusi terbabit. Ketua Divisyen Agihan LZS, Abdul Basith Hamid berkata, tindakan itu bagi membolehkan LZS membantu golongan berkenaan dengan lebih efisien. Katanya, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting memastikan golongan memerlukan dibantu sebaiknya dan tidak hanya bergantung kepada LZS. “Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan cara paling mudah iaitu melalui Facebook ‘zakatselangor’ jika ternampak seseorang yang memerlukan bantuan. “Jika tidak mempunyai akaun Facebook, orang ramai boleh hubungi kami di
talian 1-300-88-4343 atau e-mel kepada khidmat pelanggan @zakatselangor.com. my,” katanya. Pada masa sama, Abdul Basith berkata, orang ramai juga boleh merujuk ke masjid atau surau berhampiran untuk menyampaikan maklumat. Katanya, amil dan kariah dilantik akan membantu menyampaikan maklumat itu kepada LZS bagi mengendalikan kes terbabit. “Selepas maklumat sampai kepada LZS, kakitangan LZS akan terus ke lapangan, pada hari sama untuk menyiasat latar belakang dan keperluan mereka. “Maka, bantuan orang ramai amat digalakkan,” katanya. Terdahulu, LZS menyumbangkan bantuan kerusi roda kepada pesakit kencing manis kronik di daerah Klang.
23 Jumaat 5.45 5:55 7:18 1:17 4:40 7:13 8:28 24 Sabtu 5.46 5:56 7:18 1:18 4:40 7:14 8:29 25 Ahad 5.46 5:56 7:19 1:18 4:41 7:14 8:29 26 Isnin 5.47 5:57 7:19 1:19 4:41 7:15 8:30 27 Selasa 5.47 5:57 7:20 1:19 4:42 7:15 8:30 28 Rabu 5.48 5:58 7:20 1:20 4:42 7:16 8:31 29 Khamis 5.48 5:58 7:21 1:20 4:43 7:16 8:31 30 Jumaat 5.49 5:59 7:21 1:21 4:43 7:17 8:31
Wanita & Kebajikan
22
SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
OLEH SYASYA SUFIAN
PEKAWANIS komited laksana program ����
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
GOMBAK - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) terus komited membantu golongan sasaran menerusi pelbagai program dianjurkan bagi tahun hadapan. Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, pihaknya terus merangka pelbagai program kebajikan khususnya bagi membantu meringankan beban rakyat. “Awal tahun depan kita merancang untuk menjalankan program sumbangan sempena Tahun Baru Cina dan ia akan diteruskan untuk perayaan lain tanpa mengira bangsa dan agama. “Objektif utama PEKAWANIS adalah untuk membantu semua kaum di Selangor dengan memberi bantuan bagi meringankan beban mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah 2017 bagi Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan Batu Caves di Pusat Khidmat Rakyat YAB DS Mohamed Azmin Ali, Taman Melawati, di sini, pada 16 Disember lalu. Selain itu, katanya, PEKAWANIS juga akan menganjurkan pelbagai program untuk wanita, remaja dan kesihatan. “Paling penting, setiap program yang dirangka harus bermanfaat untuk semua rakyat Selangor,” katanya.
Demi manfaat rakyat
ED
�,��� pelajar kurang berkemampuan dirai
Hotel Concorde rai Krismas bersama anak yatim KLANG - Hotel Concorde Shah Alam meraikan 33 anak yatim dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih (House of Love), di sini, dalam satu majlis jamuan makan tengah hari sempena sambutan Krismas. Pengurus Besarnya, Patrick Ng berkata, program itu adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel terbabit untuk berkongsi kegembiraan dengan anak yatim berkenaan. “Program CSR bukan sahaja berkenaan sumbangan tetapi lebih kepada meluangkan masa dengan semua anak ini supaya mereka menikmati Krismas dengan lebih meriah memandangkan kebanyakannya mempunyai memori buruk,” katanya kepada SelangorKini.
Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan televisyen LED televisyen 40 inci serta sumbangan lain bernilai RM3,000. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pertandingan menghias kek cawan yang dinilai Chef Eksekutif Hotel Concorde, Alham Ahmad Daldiri. “Sambutan kali ini sangat meriah dengan anak yatim diberikan bintang nama untuk digantungkan pada pokok Krismas yang dihias sendiri warga kerja Concorde,” katanya. Sementara itu, Pengasas House of Love, Joseph Pang berkata, beliau bersyukur menerima sumbangan itu dan berharap jalinan terbabit dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
GOMBAK - Sempena sesi persekolahan 2017 yang akan dibuka pada awal Januari ini, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menganjurkan program ‘Back To School’ bagi meraikan persediaan pelajar kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, PEKAWANIS memperuntukkan RM195,000 untuk program itu melibatkan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam Parlimen. “Program ini melibatkan hampir 1950 pelajar dan setiap DUN akan menyerahkan sumbangan bernilai RM100 kepada 50 pelajar terpilih. “Cara penyerahan sumbangan diberikan dengan pelbagai cara mengikut DUN masing-masing, ada yang ahli PEKAWANIS membawa pelajar ke pasaraya membelibelah, ada juga yang memberikan secara tunai,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah 2017 di Pusat Khidmat Rakyat YAB DS Mohamed Azmin Ali, Taman Melawati, di sini, pada 16 Disember lalu. Katanya, program sumbangan hari itu gabungan bagi Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan Batu Caves dengan menyerahkan baucar pusat membeli-belah Hari-Hari yang bernilai RM100 kepada 150 pelajar. “Kita memilih Hari-Hari kerana ia mudah dijumpai dan terdapat 19 cawangan di Selangor. “Kita berharap dengan sumbangan
ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak khususnya bagi yang berpendapatan rendah,” katanya. Sementara itu, Muhammad Badur, 67, melahirkan rasa syukur di atas pemberian itu bagi menampung kos persekolahan cucunya yang bakal masuk darjah satu tahun hadapan. “Dengan sumbangan ini, saya dapat membeli pakaian sekolah serta keperluan alat tulis untuk cucu memandangkan saya sudah bersara,” katanya. Manakala, Sukma Mohamed, 39, berkata dia berterima kasih kepada PEKAWANIS dan Kerajaan Negeri kerana prihatin perihal rakyat. “Saya tidak memohon di mana-mana, tetapi pusat khidmat DUN Bukit Antarabangsa yang menghubungi saya mengatakan layak menerima baucar RM100 untuk anak kelainan upaya ini. “Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memang prihatin tentang keadaan rakyat memandangkan kos sekarang semakin meningkat,” katanya.
Sukan SelangorKini 23 - 30 Disember 2016
23
Urus FAS cara baru dan lebih sistematik
Ubah takuk lama demi perubahan OLEH AFIX REDZUAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
BANDAR UTAMA - Dato’ Menteri Besar , Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) supaya mengubah cara pengurusan yang lebih sistematik dan tidak berada di takuk lama demi merealisasikan perubahan dalam bidang bola sepak negeri. Beliau yang juga Presiden FAS berkata, barisan kepimpinan dalam persatuan juga dituntut untuk bekerjasama dan menyelesaikan segera permasalahan sedia ada terutama mengenai sistem pengurusan. “Saya ada bertemu Timbalan Presiden FAS untuk melihat usaha kita bagi memastikan sukan bola sepak Selangor dimajukan. FAS mesti ada kesediaan melakukan reformasi dan perubahan sekiranya mahu melihat kejayaan lebih besar. “Persatuan tidak boleh terikat dengan pengurusan cara lama. Saya memberitahu timbalan presiden yang beliau juga harus bersama mendukung usaha ini supaya FAS mencapai matlamat untuk memajukan sukan bola sepak Selangor,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan bersama Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, pada 15 Disember lalu.
Katanya, soal peruntukan dan penyaluran dana tidak perlu dijadikan hambatan semata-mata kerana Kerajaan Negeri memberikan jaminan komitmen untuk memastikan FAS terus maju. “Kita tidak mahu kerana masalah pengurusan yang tidak cekap itu menghalang kemajuan,” katanya. Mohamed Azmin sebelum ini membidas barisan exco badan induk itu yang disifatkan hanya sekadar pandai ‘menadah tangan’ mengharapkan bantuan Kerajaan Negeri walhal ia perlu diusahakan secara bersama dengan Bendahari Kehormat FAS.
Saya ada bertemu Timbalan Presiden FAS untuk melihat usaha kita bagi memastikan sukan bola sepak Selangor dimajukan. FAS mesti ada kesediaan melakukan reformasi dan perubahan sekiranya mahu melihat kejayaan lebih besar MOHAMED AZMIN Presiden FAS
Sedia baiki kemudahan sukan kejohanan taekwon-do
BANDAR UTAMA - Kerajaan Negeri sedia menyediakan kemudahan sukan lebih baik untuk penganjuran kejohanan taekwon-do yang dilihat menekankan aspek disiplin dan pembangunan jadi diri. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Kerajaan Negeri memperuntukkan RM14 juta bagi menaik taraf kemudahan dan pembangunan sukan seperti diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2017. “Tahun hadapan, kita akan berusaha menyediakan kemudahan lebih baik untuk peserta kejohanan. “Menerusi MSNS, RM14 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2017 untuk menaik taraf kemudahan dan pemba-
ngunan sukan,” katanya dalam ucapan perasmian Kejohanan Taekwon-Do ITF Kebangsaan 2016 di Kolej Universiti First City, di sini, pada 17 Disember lalu. Katanya, sukan seni mempertahankan diri bukan sahaja memupuk semangat jati diri, bahkan membina keharmonian perpaduan masyarakat. Kejohanan tiga hari bermula 16 hingga 18 Disember lalu disertai lebih 400 peserta seluruh negara dan kelab. Pada masa sama, Mohamed Azmin menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada Persatuan Taekwon-do ITF Negeri Selangor (TAS) yang diwakili Presiden, Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa. Selain itu, TAS turut menganugerahkan tali pinggang hitam darjah ke-7 kepada Mohamed Azmin.
Bakat muda sukan permotoran perlu diketengah
ED
SHAH ALAM - Penganjuran FIM Asia Supermoto Championship 2016 mampu membuka peluang mengenengahkan bakat anak muda dalam sukan permotoran serta mempromosi Malaysia sebagai destinasi sukan lasak di peringkat antarabangsa. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama dengan penganjur untuk merancakkan lagi karnival sukan permotoran dengan menyediakan kemudahan lebih sesuai buat pelumba. “Saya sudah maklumkan kepada penganjur untuk bertemu dengan saya lebih awal sekitar Febuari atau Mac tahun hadapan. Kita harap dapat merangka lebih banyak program sampingan. “Penyelarasan juga boleh dibuat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya kita boleh menyusun program dengan lebih meriah dan dapat memberi nama baik Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara flag off FIM Asia Supermoto Championship 2016 di perkarangan Sta-
dium Shah Alam. Katanya, penganjuran Litar Lumba Rakyat pada 2009 dan 2010 membuktikan Kerajaan Negeri bersedia membantu golongan muda mengetengahkan bakat dalam sukan permotoran asalkan ia dizahirkan di litar perlumbaan.
Ini adalah penganjuran kali kedua di Malaysia yang turut melibatkan tiga negara lain Australia, Indonesia dan Filipina. Bagi musim 2017, ia diperluaskan kepada enam pusingan yang bakal dianjurkan di Taiwan dan Amerika Syarikat. Dalam perkembangan sama,
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Supersports Group Sdn Bhd, M Satheswaran berkata, penganjuran kali ini mendapat sambutan baik terutama bagi kategori City Enduro Challenge Beliau berkata, 200 pelumba
‘motocross’ mendaftar walaupun promosi hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu. “Kita mahu menunjukkan kepada akar umbi cara pemanduan selamat dan dapat lihat semua pelumba memakai sut lengkap. Kita mahu mendidik golongan muda supaya memandu dengan kelajuan di tempat betul dengan aspek keselamatan lengkap. “Jangan berlumba di jalan raya, berlumba di litar yang betul. Kita mahu tunjukkan motosikal tidak berbahaya, ia selamat dan semua orang boleh berhibur,” katanya. Setakat ini, pelumba Malaysia, Muhammad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai Gambit sedang mengungguli Kelas Asia selain bersaing rapat dalam kategori Kelas terbuka Antarabangsa bersama pelumba Australia, Luke George.
Bakat muda sukan permotoran perlu diketengah 23
Lerai kemelut penajaan pasukan
Sinar baru The Red Giants Perbincangan lanjut berkenaan perkara itu tetap diteruskan walaupun berdepan kesukaran mencari penajaan.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan membantu meleraikan kemelut penajaan The Red Giants supaya pasukan itu mampu terus bersaing di Liga Malaysia, pada musim hadapan. Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan lanjut berkenaan perkara itu tetap diteruskan walaupun berdepan kesukaran mencari penajaan. “Harus diakui untuk dapat sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agak sukar dalam keadaan ekonomi
yang suram tetapi kita akan cuba sedaya upaya. “Jangan bandingkan Selangor dengan pasukan lain seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United kerana memang kita tidak boleh bersaing dengan kelab ini,” katanya memetik Sinar Harian. Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata, pembiayaan persatuan itu sebenarnya adalah tanggungjawab bendahari. “Kerajaan Negeri hanya membantu mengikut peruntukan perundangan sedia ada. “Dari semasa ke semasa, me-
MOHAMED AZMIN
Dato’ Menteri Besar
mang peruntukan tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan pasukan lain. Yang mana boleh bantu, kita bantu,” katanya. Sebelum ini, pasukan merah kuning mencetuskan kegusaran apabila sehingga kini masih belum membuat sebarang persiapan untuk musim hadapan. Kerajaan Negeri juga tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada FAS untuk persediaan pasukan.
ED
Fiesta Selangor ���� wujud gaya hidup sihat belia
SHAH ALAM - Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Fiesta Selangor 2016 yang akan diadakan, pada 24 dan 25 Disember ini. Pengerusi Pelaksana, Afzainizam Abdul Rahman berkata, fiesta itu diadakan bertujuan mendedahkan pelbagai aktiviti yang diminati golongan remaja, belia dan masyarakat awam dalam memastikan masa mereka diisi dengan sebaik mungkin. Katanya, secara tidak langsung pro-
gram itu merapatkan lagi perpaduan antara kaum, melahirkan remaja yang sihat dan menerapkan budaya bersukan daripada peringkat akar umbi. “Fiesta yang julung kali diadakan ini dapat mewujudkan cara hidup sihat dan membentuk intelektual serta modal insan kepada golongan belia,” katanya dalam sidang media, di sini. Afzainizam berkata, program terbabit turut membantu usahawan mempromosikan produk mereka serta memarta-
batkan golongan belia. “Diharapkan, aktiviti ini akan mencapai matlamat serta memberi impak positif kepada masyarakat Shah Alam terutama anak muda,” katanya. Fiesta itu akan bermula jam 6 hingga 10 pagi di Stadium Shah Alam yang dijangka dirasmikan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shahri. Antara aktiviti yang diadakan ialah acara drift dan gymkana, seni pertahan-
kan diri, ‘fun run’ (skelaton run), ragbi, bola sepak sembilan sebelah dan badminton yang turut diselitkan program ceramah agama juga bazar fesyen serta ‘autoshow’. Fiesta Selangor 2016 diadakan Angkatan Muda KEADILAN Selangor dengan kerjasama Exco Belia dan Sukan, Pejabat Khidmat DUN Kota Anggerik, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Penggerak Belia Tempatan (Pebt) MBSA dan Majlis Perbandaran Klang.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985