DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengalu-alukan maklum balas dan ulasan ke atas kajian semula Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 seperti yang dinyatakan dalam Bahagian B di dalam Dokumen Konsultasi ini pada atau sebelum 30 Jun 2017. Sila nyatakan nama dan organisasi yang anda wakili (jika berkenaan) dan mohon sertakan rujukan kepada soalan anda. Maklum balas dan ulasan hendaklah dikemukakan melalui emel kepada:
[email protected]
Kerahsiaan: Mana-mana penafian kerahsiaan yang mungkin dijana oleh sistem IT organisasi anda atau dimasukkan pada helaian hadapan faks sebagai satu pernyataan umum hanya akan terpakai kepada maklumat dalam maklum balas yang anda pohon akan kerahsiaannya.
1
KANDUNGAN _______________________________________________ MUKASURAT
Bahagian A:
Ringkasan Eksekutif
3
Bahagian B:
Kajian Semula Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
7
2
BAHAGIAN A
KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
RINGKASAN EKSEKUTIF
1.
Menyedari
pentingnya
peranan
yang
dimainkan
oleh
perniagaan kecil kepada pertumbuhan domestik, SSM mengambil inisiatif untuk memodenkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif dan dinamik untuk perkembangan perniagaan. 2.
Dasar-dasar
polisi
berikut
dicadangkan
untuk
dipertimbangkan sebagai asas dalam merangka proses dan prosedur pendaftaran perniagaan yang lebih cekap: (a) Pengekalan pendaftaran
rangka
kerja
perniagaan
semasa
sebagai
untuk
pemilik
mentadbir
tunggal
atau
perkongsian berdasarkan kategori aktiviti perniagaan sedia ada. (b) Bahawa konsep pendaftaran secara sukarela untuk aktiviti perniagaan tertentu diperkenalkan. (c) Bahawa
kuasa
mengecualikan
untuk
membatal,
mana-mana
aktiviti
mengubah
daripada
atau
pemakaian
undang-undang ini terletakhak kepada Menteri. (d) Bahawa
frasa
"orang
yang
bertanggungjawab
untuk
pengurusan perniagaan" diguna pakai dan mengekalkan 3
takrif semasa "orang yang bertanggungjawab". Ia juga disyorkan bahawa perlu ada peruntukan nyata mengenai liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" itu.
(e) Bahawa konsep "orang yang ditetapkan" yang mana boleh diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik diperkenalkan. (f)
Peruntukan yang jelas disediakan bagi membolehkan suatu pertubuhan perbadanan untuk menjadi pekongsi dalam perniagaan yang didaftarkan di bawah APP.
(g) Pengekalan dasar mengenai sekatan ke atas warga asing dari mendaftarkan perniagaan mereka di bawah APP. (h) Bahawa
pendaftaran
mandatori
perniagaan
diperlukan
sebelum seseorang boleh menjalankan perniagaan. (i)
Bahawa peruntukan berkaitan permohonan untuk carian nama dan perizaban nama disediakan dengan jelas.
(j)
Bahawa proses perizaban nama tidak mandatori dan perlu ada
tempoh
perizaban
maksimum
untuk
mengelakkan
kemungkinan disalahguna. (k) Bahawa
proses
kelulusan
penggunaan
nama
yang
komprehensif selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 diperkenalkan. (l)
Bahawa undang-undang harus membenarkan pertukaran nama perniagaan berdaftar. 4
(m) Bahawa rangka kerja yang komprehensif disediakan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan atau perniagaan dalam talian atau tanpa premis fizikal. (n) Bahawa
peruntukan
yang
lebih
jelas
disediakan
bagi
menguruskan pendaftaran butir-butir yang perlu didaftar dengan Pendaftar di samping memastikan pekongsi dalam perniagaan dilindungi secukupnya. (o) Bahawa keperluan mandatori semasa bagi menamatkan perniagaan sekiranya pekongsi yang tidak dapat dikesan atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahkan perniagaan. Pekongsi lain yang masih ada dalam perniagaan perlu diberi pilihan samaada untuk meneruskan perniagaan jika perniagaan masih berdaya maju. (p) Bahawa prosedur yang berkaitan dengan penamatan atau pembatalan pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa perniagaan itu digunakan atau berniat untuk digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang, dikaji semula untuk memasukkan prosedur pengeluaran notis oleh Pendaftar kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang yang bertanggungjawab dalam perniagaan. Pengeluaran notis itu tidak memerlukan balasan yang menunjukkan sebab yang sebaliknya. Adalah dicadangkan juga bahawa mana-mana orang yang terkilan diberi peluang membuat rayuan kepada Menteri. (q) Bahawa untuk
undang-undang membatalkan
daripada
Menteri
harus
membenarkan
pendaftaran
yang
terdapat
arahan
dipertanggungjawabkan
dengan
5
jika
Pendaftar
tanggungjawab
keselamatan
dalam
negeri
bahawa
perniagaan itu telah digunakan untuk tujuan yang tidak sesuai dengan kepentingan negara atau keselamatan. Dalam kes sedemikian, pengeluaran notis adalah tidak diperlukan. (r)
Bahawa
amalan
semasa
dalam
memfailkan
Borang
C
dikekalkan sekiranya berlaku penamatan perniagaan akibat kematian sekutuniaga atau pekongsi di mana tidak ada sekutu yang masih hidup. (s) Bahawa prosedur bagi permohonan untuk mendaftar semula perniagaan boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas pendaftaran perniagaan terhenti. (t)
Bahawa rangka kerja berkaitan pembetulan daftar atau kesalahan yang selaras dengan peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 diguna pakai.
(u) Bahawa rangka kerja yang sama dalam pemfailan elektronik di bawah Akta Syarikat 2016 diguna pakai.
6
BAHAGIAN B KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
PENGENALAN 1.
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) secara rasmi
digubal sebagai Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Ia berkuat kuasa pada 1 Januari 1957. Ia kemudiannya disemak dan diterbitkan
pada
26
Januari
1978
sebagai
Undang-Undang
Malaysia 197 dan mengekalkan nama seperti sedia ada. 2.
APP memperuntukkan pendaftaran perniagaan dan terpakai
di Semenanjung Malaysia sahaja. Pada tahun 1996, permohonan APP telah dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan.
3.
APP tidak terpakai kepada aktiviti-aktiviti berikut menurut
peruntukan seksyen 4: (a)
sesuatu perniagaan yang dipunyai dan dijalankan sepenuhnya
oleh
mana-mana
syarikat
yang
didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016; (b)
sesuatu perniagaan yang dipunyai atau diuruskan oleh Kerajaan atau mana-mana badan awam yang diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c)
sesuatu
pertubuhan
yang
didaftarkan
atau
dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
yang
sedang 7
berkuatkuasa
berhubungan
dengan
pendaftaran
pertubuhan
atau
syarikat
kerjasama; (d)
sesuatu
perniagaan
yang
semata-mata
untuk
menjalankan apa-apa profesion di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan hanya boleh dijalankan oleh
mereka
yang
memiliki
kelayakan-kelayakan
tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis tersebut dan melalui proses pendaftaran di bawah undang-undang tersebut. 4.
Sejak dikuatkuasakan, APP telah dipinda sebanyak empat
kali tetapi prinsip-prinsip dan peruntukan substantif APP kekal sama.
5.
Setakat 31 Mac 2017, sejumlah 6,492,032 perniagaan telah
didaftarkan di bawah APP. Jumlah ini mewakili pertumbuhan sihat aktiviti perniagaan domestik. 6.
Menyedari
pentingnya
peranan
yang
dimainkan
oleh
perniagaan-perniagaan kecil terhadap pertumbuhan domestik, SSM mengambil inisiatif untuk mengkaji semula peruntukan di bawah APP bagi memastikan perkembangan komuniti perniagaan melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan dinamik.
PERKARA
YANG
PERLU
UNTUK
DISEMAK
DAN
persekitaran
yang
perniagaan
untuk
PERBANDINGAN PENANDA ARAS 7.
Kepentingan
kondusif
dan
untuk
dinamik
menyediakan bagi
komuniti 8
berkembang menjadi pertimbangan utama kajian semula ini. Kebanyakan
prinsip
di
bawah
APP
masih
relevan.
Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan yang ketinggalan zaman dan lapuk yang perlu dikaji semula bagi memastikan bahawa undang-undang ini kekal dinamik dan seiring dengan evolusi trend perniagaan semasa. 8.
Dokumen ini akan membincangkan isu-isu spesifik dengan
matlamat
untuk
menggalakkan
kelancaran
dan
kemudahan
menjalankan perniagaan di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut: (i)
Bahagian A - Dinamik undang-undang
(ii)
Bahagian B - Parameter aktiviti yang didaftarkan di bawah APP;
(iii)
Bahagian C - Pendaftaran, pembaharuan, pembatalan dan pendaftaran semula perniagaan; dan
(iv)
Bahagian D - Pelbagai
BAHAGIAN A - DINAMIK UNDANG-UNDANG 9.
Di kebanyakan negara Komanwel dan negara-negara bukan
Komanwel,
pentadbiran
bagi
aktiviti
perniagaan
dijalankan
melalui pendaftaran nama perniagaan1.
1
Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran nama-nama perniagaan Ireland 1963, Akta Nama Perniagaan Wilayah-Wilayah Ibu Negeri 1963, Akta Pendaftaran Perniagaan Perusahaan Norway.
9
10.
Di sesetengah negara, berbanding keperluan menghendaki
aktiviti-aktiviti tertentu didaftarkan, pendekatan yang lebih luas telah diguna pakai di mana undang-undang menghendaki manamana orang yang menjalankan perniagaan2 di bawah nama perniagaan3 hendaklah berdaftar. Keperluan untuk mendaftarkan nama perniagaan adalah terpakai secara menyeluruh terhadap mana-mana
orang
(sama
ada
tidak
diperbadankan
atau
diperbadankan) yang bercadang untuk menjalankan perniagaan di bawah nama perniagaan. Jika sebuah syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan di bawah nama sebenar4 syarikat atau individu itu, undang-undang ini tidak terpakai kepada mereka. 11.
Sebaliknya,
objektif
APP
adalah
untuk
menyediakan
peruntukan berkaitan pendaftaran perniagaan dalam bentuk pemilik tunggal atau perkongsian berdasarkan jenis aktiviti "perniagaan" tertentu tanpa mengira sama ada atau tidak ia dijalankan di bawah nama perniagaan atau nama sebenar.
2
Akta Pendaftaran Nama Wilayah-Wilayah Ibu Negeri Australia mentakrifkan bahawa menjalankan perniagaan adalah termasuk menubuhkan tempat perniagaan dan mendapatkan pesanan untuk barangan dan perkhidmatan, tetapi tidak termasuk-
(a) mengambil atau membela prosiding undang-undang; atau (b) membuka atau menjaga akaun dengan institusi pengambilan deposit yang diberi kuasa; atau (c) membuat pembelian atau jualan melalui kontraktor bebas; atau (d) mewujud dan membuktikan hutang atau gadaian atas harta; atau (e) mengutip hutang, mendapatkan hutang atau menguatkuasakan cagaran berhubung dengan hutang; atau (f) menjalankan transaksi terpencil tidak lebih lama daripada 31 hari; atau (g) melabur dana atau memegang harta. 3
Nama perniagaan bermaksud satu nama, stail, tajuk atau gelaran di mana perniagaan itu dijalankan.
4
Berbeza dengan nama perniagaan, nama yang benar adalah nama syarikat atau individu tanpa apa-apa tambahan lain.
10
12.
Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 Singapura
(APNP Singapura) telah berubah di mana keperluan untuk mendaftar di bawah APNP telah diperluaskan kepada perbadanan (body corporate) sekiranya ia menjalankan perniagaan di bawah nama perniagaan. Mauritius sebaliknya mengambil pendekatan yang berbeza di mana syarikat atau perkongsian komersial secara automatik dianggap telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 2012 Mauritius (APP Mauritius). 13.
Dalam
keadaan
tertentu,
peluasan
keperluan
untuk
mendaftar syarikat yang menjalankan perniagaan di bawah nama perniagaan akan mengurangkan kekeliruan kerana semua nama perniagaan akan didaftarkan dengan Pendaftar. Carian awam boleh
dijalankan
perniagaan.
untuk
Namun
menentukan
sebaliknya,
siapa
keperluan
pemilik
sebenar
tersebut
akan
mewujudkan suatu dua sistem pendaftaran yang mungkin tidak berfaedah dari segi kos dan keberkesanan. 14.
SSM mencadangkan bahawa kerangka sedia ada untuk
mengawal
pendaftaran
pemilik
tunggal
atau
perkongsian
berdasarkan takrif "perniagaan" dikekalkan. Selanjutnya, SSM berpandangan bahawa seksyen 4 APP yang mengecualikan pemakaian APP untuk aktiviti-aktiviti tertentu juga dikekalkan.
Soalan untuk Konsultasi: (1) Adakah
anda
mengawal
bersetuju
pendaftaran
di
bahawa bawah
prinsip APP
untuk
hendaklah
berasaskan prinsip pendaftaran wahana perniagaan 11
dalam bentuk pemilikan tunggal atau perkongsian bagi aktiviti perniagaan tertentu? (2) Adakah
anda
bersetuju
bahawa
keperluan
untuk
mendaftar di bawah APP diperluaskan kepada manamana orang yang menjalankan perniagaan termasuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad?
BAHAGIAN B - PARAMETER AKTIVITI YANG DIDAFTARKAN DI BAWAH APP Takrif "Perniagaan" 15.
Pada masa ini, apa-apa perniagaan yang ditakrifkan di
bawah
seksyen
2
APP
hendaklah
didaftarkan.
Seksyen
2
mentakrifkan "perniagaan" untuk meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apaapa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam Jadual. 16.
Takrif perniagaan adalah sangat luas dan menyeluruh yang
meliputi semua aktiviti tersebut yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun, takrif ini tidak termasuk
pegangan
jawatan
atau
pekerjaan;
apa-apa
pengusahaan amal dan apa-apa pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual APP walaupun aktiviti tersebut dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan. 12
17.
Salah satu masalah takrifan ini adalah rujukan kepada
"pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" di mana, walaupun Jadual tersebut bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang dijalankan secara persendirian dan secara aktif bagi tujuan mata pencarian,
syarat
yang
ditetapkan
untuk
aktiviti
yang
dikecualikan boleh menimbulkan kekeliruan yang mana kadang kala memerlukan aktiviti tersebut didaftarkan di bawah APP. 18.
Takrifan semasa "perniagaan" dalam APP adalah sebanding
dengan takrifan yang didapati di bawah APNP Singapura dan APP Mauritius. 19.
APNP Singapura mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut: "Perniagaan"
termasuklah
tiap-tiap
bentuk
tred,
perdagangan dan profesion, dan apa-apa aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak termasuk apa-apa jawatan, penggajian atau pekerjaan5. 20.
Di Singapura, Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32 Tahun
2004)
telah
dimansuhkan
dan
digantikan
dengan
Akta
Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 yang merujuk kepada pengusahaan amal atau aktiviti perniagaan yang dikecualikan. Rujukan kepada "pengusahaan amal" telah dikeluarkan daripada takrifan dan kini dikategorikan sebagai salah satu kategori yang dikecualikan daripada pemakaian peruntukan APNP Singapura. Daripada merujuk aktiviti yang dikecualikan sebagai "pekerjaan", ia dirujuk sebagai aktiviti yang tidak termasuk dalam perniagaan. 5
Seksyen 2(1) APNP Singapura
13
21.
Manakala, di Mauritius, "pekerjaan" menjadi sebahagian
daripada takrif perniagaan yang memerlukan pendaftaran jika ia dijalankan
bagi
maksud
keuntungan,
rujukan
kepada
"pengusahaan amal" telah dikeluarkan dan dikategorikan sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual kepada APP Mauritius. 22.
APP Mauritius mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut: "Perniagaan" (a)
termasuklah tiap-tiap bentuk tred, perdagangan atau pembuatan,
pertukangan,
memanggil,
profesion,
kerjaya atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti lain yang dijalankan oleh seseorang bagi maksud mendapat laba atau keuntungan; tetapi (b)
tidak termasuk(i)
apa-apa jawatan atau penggajian;
(ii)
apa-apa
perniagaan
atau
aktiviti
yang
dinyatakan dalam bahagian I di bawah Jadual Pertama; atau (iii)
apa-apa aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh seseorang, atau golongan orang, yang dinyatakan dalam Bahagian II di bawah Jadual Pertama6.
23.
Berdasarkan di atas, SSM berpendapat bahawa terdapat
keperluan
untuk
menghalusi
definisi
"perniagaan"
bagi
mengelakkan kekaburan. Adalah dicadangkan bahawa rujukan 6
Seksyen 2(1) APP Mauritius
14
kepada "pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual"
dipinda
kepada "aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual". Aktiviti-aktiviti tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dikecualikan yang akan ditentukan melalui senarai prinsip-prinsip dan elemen-elemen yang berkaitan. Ia juga disyorkan bahawa rujukan kepada "pengusahaan amal" hendaklah dirujuk sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan di bawah APP. 24.
Oleh itu, adalah disyorkan bahawa takrif perniagaan adalah
seperti berikut: "Perniagaan"
termasuklah
tiap-tiap
perdagangan,
pertukangan,
pekerjaan,
bentuk
tred,
profesion
atau
aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan,
tetapi
tidak
meliputi
apa-apa
jawatan,
penggajian atau pekerjaan, atau apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam Jadual. Aktiviti-aktiviti yang dikecualikan 25.
Pengecualian yang diperuntukkan di dalam Jadual APP
adalah bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapatkan mata pencarian dan aktiviti tersebut perlu dilakukan secara persendirian atau secara aktif oleh orang yang
menjalankan
aktiviti
tersebut.
Pengecualian
ini
juga
berdasarkan kriteria dan syarat-syarat seperti berikut: (A)
Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan barangan
dan
perkhidmatan,
dikecualikan jika ia15
aktiviti
itu
akan
(i)
bersifat berpindah randah;
(ii)
tidak dijalankan dari mana-mana bangunan atau struktur; atau
(iii)
tidak dijalankan dari sebuah kenderaan yang digerakkan secara mekanikal yang mempunyai lebih daripada tiga roda;
(iv)
tidak dijalankan dari sebuah gerai yang perlu dilesenkan
di
bawah
mana-mana
undang-
undang bertulis. (B)
Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa barang atau dagangan di pasar mingguan untuk tidak lebih daripada dua hari berturut-turut dalam
mana-mana
minggu
atau
di
mana-mana
pasaria Melayu atau pasaria yang sama jenisnya yang ditubuhkan, ditaja atau dibantu oleh koperasi, aktiviti itu akan dikecualikan jika barang-barang tersebut ditanam, disediakan, dikilangkan atau diproseskan semata-mata dalam negara. (C)
Dalam hal aktiviti-aktiviti pertanian, aktiviti tersebut akan dikecualikan jika(i)
aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan secara aktif dan persendirian untuk kepentingan diri mereka sendiri oleh mana-mana orang bagi maksud mencari mata pencarian;
(ii)
kawasan
yang
dipegang,
diduduki
atau
digunakan adalah tidak lebih daripada 25 ekar; dan 16
(iii)
orang yang menjalankan aktiviti tersebut tidak mengambil lebih daripada 5 orang pekerja.
(D)
Dalam hal aktiviti pertukangan, aktiviti tersebut akan dikecualikan jika(i)
aktiviti terebut dijalankan di premis domestik;
(ii)
hasil pertukangan itu tidak dipamerkan untuk dijual di khalayak ramai;
(iii)
tidak mengambil kerja mana-mana orang selain daripada
anggota
maksud
membuat
rumah atau
tangganya menghasilkan
bagi kraf
tersebut. (E)
Dalam hal nelayan, pembiak ikan dalam kolam, pembuat
arang
kayu,
pemotong
kayu,
mereka
dikecualikan daripada keperluan untuk mendaftar di bawah APP jika mereka terlibat secara persendirian dan secara aktif untuk mencari mata pencarian mereka. 26.
Adalah sedia maklum bahawa kriteria dan syarat yang
dikenakan pada aktiviti yang dikecualikan telah menimbulkan ketidaktentuan dan kekaburan. Kegagalan untuk memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan akan menyebabkan orang yang menjalankan aktiviti tersebut perlu didaftarkan di bawah APP. 27.
Masalah ini bertambah apabila kriteria dan syarat yang
ditetapkan tidak boleh digunakan secara seragam. Sebagai contoh, aktiviti yang dikecualikan perlu didaftarkan di bawah APP 17
jika ia perlu dilesenkan oleh undang-undang bertulis yang lain termasuk
undang-undang
kecil
majlis
tempatan.
Walau
bagaimanapun, tidak ada keseragaman dalam pemakaian ini memandangkan majlis-majlis tempatan
mempunyai
undang-
undang yang berbeza berkaitan aktiviti yang sama. 28.
SSM berpandangan
mencadangkan
jenis
bahawa
aktiviti
terdapat keperluan untuk
perniagaan
yang
sepatutnya
dikecualikan untuk mendaftar di bawah APP misalnya, aktiviti perniagaan tertentu yang bersifat sementara atau bagi maksud mendapatkan mata pencarian
berdasarkan kriteria ekonomi
tertentu. Oleh itu, parameter yang digunakan untuk pengecualian perlu dikaji semula bagi memastikan ia selari dengn tren, unsurunsur dan alam sekitar perniagaan terkini. Keseimbangan di antara maksud aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk mendapatkan mata pencarian hendaklah jelas dibezakan atau dinyatakan berbanding aktiviti yang dijalankan bagi tujuan mendapat keuntungan. Begitu juga, pemakaian syarat-syarat dan kriteria yang digunapakai hendaklah boleh diseragamkan. Seksyen 4 APNP Singapura menyenaraikan jenis-jenis orang yang tidak dikehendaki untuk mendaftar:
(a)
apa-apa perniagaan oleh penjaja berlesen, sama ada randah
atau
mendedahkan
sebaliknya, untuk
yang
jualan
menjual
apa-apa
atau
makanan,
minuman, barangan, pakaian atau dagangan atau apa-apa jenis, atau seseorang yang menawar untuk mengupah
kemahirannya
pertukangan; 18
dalam
kraftangan
atau
(b)
apa-apa perniagaan seseorang tukang yang(i)
menjalankan
pertukangannya
di
premis
domestiknya sendiri; (ii)
tidak
mempamerkan
hasil
pertukangannya
untuk dijual di khalayak ramai; dan (iii)
tidak mengambil kerja mana-mana orang selain daripada
anggota
rumah
tangganya
bagi
maksud pertukangannya. (c)
Apa-apa perniagaan(i)
seorang pemandu teksi;
(ii)
seorang pengayuh beca;
(iii)
seorang
pemilik
perahu
yang
berulang-alik
dengan perahunya untuk disewa; atau (iv)
seorang
petani,
penjaga
kolam
ikan
atau
penjaga udang yang(A)
tidak
mengambil
orang
selain
bekerja daripada
mana-mana anggota
keluarganya yang terdekat; (B)
tidak memiliki tanah di mana ladang atau kolamnya berada; dan
(C)
tidak mengenakan orang ramai apa-apa bayaran untuk kemasukan.
Seksyen 4 juga membenarkan kategori orang yang berikut untuk mendaftar secara sukarela: (a)
mana-mana
pemilik
individu
yang
menjalankan
perniagaan di bawah nama penuh pemilik individu;
19
(b)
mana-mana firma yang mempunyai 2 individu atau lebih yang menjalankan perniagaan di bawah nama penuh semua individu tersebut;
(c)
tertakluk
kepada
subseksyen
(2),
mana-mana
individu atau firma individu yang menjalankan apaapa perniagaan yang hanya terdiri daripada amalan mana-mana profesion yang di bawah peruntukan mana-mana
undang-undang
bertulis
boleh
dilaksanakan hanya oleh mereka yang mempunyai kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh undangundang bertulis dan yang nama mereka didaftarkan atau
selainnya
direkodkan
mengikut
cara
yang
ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; (d)
seorang (A) berkaitan dengan atau bagi seorang lain (B)
menjalankan
perniagaan
sepenuhnya
atau
sebahagian besarnya sebagai penama atau pemegang amanah
jika
B
telah
memberi
butir-butir
yang
dikehendaki di bawah seksyen 7(1); … (p) mana-mana dikecualikan
orang
lain
yang
oleh
Menteri
di
pada bawah
masa
ini
peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40; dan (q)
mana-mana individu yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan
2014
(APNP),
menjalankan
apa-apa
perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32) yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh tersebut, dan sesiapa yang terus menjalankan perniagaan yang sama, pada dan selepas tarikh tersebut 20
29.
Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan telah dipermudahkan
seperti berikut: (a)
perniagaan seorang tukang yang(i)
menjalankan
pertukangannya
di
premis
domestiknya sendiri; (ii)
tidak
mempunyai
mana-mana
premis
perniagaan. (b)
apa-apa
pertubuhan
kebajikan
agama
atau
pendidikan; dan mana-mana orang yang terlibat dalam penanaman tanah yang tidak melebihi 4.2208 hektar (10 arpent). 30.
SSM berpandangan bahawa parameter yang digunakan di
Singapura dan Mauritius adalah lebih mudah dan lebih jelas serta boleh digunakan secara konsisten. Dalam kes Singapura, aktiviti perniagaan
tertentu
walaupun
tidak
dikehendaki
untuk
mendaftar di bawah APNP, boleh secara sukarela berbuat demikian. 31. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan adalah terhad kepada pertukangan
yang
dijalankan
hanya
dari
premis
domestik
seseorang tukang itu. Selain daripada itu terdapat pertimbangan lain termasuk sama ada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan kebajikan, keagamaan atau pendidikan dan menyatakan nilai ambang (threshold) penanaman tanah.
21
32.
Dalam kes Malaysia, adalah dirasakan bahawa parameter
itu perlu dikaji semula untuk memastikan ia boleh digunakan secara konsisten seperti berikut:
(a)
unsur-unsur komersial berbanding penglibatan secara persendirian yang tinggi. Sebagai contoh, menggaji orang yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat, mengenakan yuran, dan lain-lain; dan
(b)
Kewujudan
berterusan
berbanding
kewujudan
sementara. 33.
Sungguhpun parameter di atas boleh dengan mudah
digunakan untuk aktiviti yang berkaitan dengan menjual atau mempamerkan untuk jualan barangan dan perkhidmatan, ia dirasakan bahawa parameter di atas juga boleh digunakan bagi aktiviti perikanan dan pertanian seperti nelayan, penternak ikan, penternak ayam dan ternakan atau penanaman tanaman. 34.
Berhubung dengan kawasan tanah yang diduduki atau
ditanam bagi maksud aktiviti pertanian, SSM berpandangan bahawa keluasan semasa 25 ekar masih relevan kerana Malaysia masih dianggap sebagai negara yang ekonominya berasaskan pertanian dan inisiatif itu bagi menyokong pekebun kecil7. Walau bagaimanapun, menyatakan
ini
perlulah
bahawa
dilengkapi
bilangan
pekerja
dengan
syarat
selain
daripada
keluarganya yang terdekat tidak melebihi lima orang.
7Takrif
kebun kecil di bawah RISDA adalah 100 ekar atau kurang. Ini membolehkan pekebun kecil yang layak menerima geran di bawah Akta RISDA.
22
yang ahli
35.
Di Singapura, sekiranya seorang petani memiliki tanah di
mana ladang atau kolam itu berada; dia dikehendaki untuk mendaftar aktiviti tersebut. Manakala di
Mauritius, apa-apa
penanaman tanah tidak perlu didaftarkan jika keluasan tanaman tersebut tidak melebihi daripada 10 arpent (4,2208 hektar). 36.
Ia juga dicadangkan bahawa jenis tanaman hendaklah tidak
terhad hanya kepada getah, beras (padi), kelapa atau kelapa sawit dan buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran. 37.
Berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dikecualikan, SSM
mencadangkan supaya pendekatan Singapura diguna pakai di mana
beberapa
mendaftar,
aktiviti
boleh
bagaimanapun,
walaupun
berbuat
perniagaan
tidak
demikian itu
dikehendaki
secara
mesti
sukarela.
mematuhi
untuk Walau
sepenuhnya
peruntukan APP. 38.
Berhubung dengan kuasa Dewan Rakyat di bawah seksyen
20 APP untuk menambah, mengubah atau membatalkan aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual APP, SSM berpandangan bahawa keperluan itu rumit dan tidak memudahcarakan. 39.
Pada masa ini, Pendaftar telahpun diberikan kuasa di
bawah Jadual dalam perkara 3(4)(ii) untuk meluluskan pekerjaan tertentu dalam pekerjaan pertanian, perhutanan atau di luar bandar. 40.
Adalah
mengubah
dicadangkan
atau
bahawa
mengecualikan
kuasa
aktiviti
untuk yang
membatal, dikecualikan
hendaklah terletak hak kepada Menteri dengan syor Suruhanjaya. Peruntukan
ini
akan
memudahkan
23
cara
khususnya
apabila
perubahan segera dikehendaki berkaitan aktiviti yang dikecualikan itu.
Soalan untuk Konsultasi: (3) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "perniagaan" perlu diperhalusi untuk selari dengan tren, unsurunsur dan alam sekitar perniagaan semasa? (4) Adakah anda bersetuju bahawa parameter aktivitiaktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual Pertama dikaji
semula
bagi
memasukkan
unsur-unsur
komersialisme dan kewujudan yang berterusan? (5) Adakah
anda
bersetuju
"pengusahaan
amal"
bahawa
dalam
rujukan
takrif
kepada
"perniagaan"
dirujuk sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan? (6) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan nyata
bagi
aktiviti-aktiviti
dikecualikan
daripada
pemakaian APP? (7) Adakah anda bersetuju bahawa keluasan 25 ekar ini perlu dikekalkan? (8) Adakah
anda
bersetuju
bahawa
pengecualian
penanaman tanaman tertentu ini diperluaskan untuk merangkumi semua jenis tanaman?
24
(9) Adakah
anda
bersetuju
bahawa
kuasa
untuk
membatalkan, mengubah atau mengecualikan aktiviti yang dikecualikan hendaklah terletak hak kepada Menteri dengan syor Suruhanjaya? (10) Adakah anda bersetuju bahawa walaupun aktivitiaktiviti
tertentu
dikecualikan
daripada
takrif
perniagaan, ia mungkin mahu mendaftar aktiviti perniagaan itu secara sukarela?
BAHAGIAN
C
-
PENDAFTARAN,
PEMBAHARUAN,
PEMBATALAN DAN PEMULIHAN PERNIAGAAN
41.
Seksyen
2
APP
mentakrifkan
"orang
yang
bertanggungjawab" untuk perniagaan meliputi tiap-tiap pengarah, pengurus, pekongsi, pegawai, ejen atau pengkhidmat yang pada bila-bila masa dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan. 42.
Ujian
bagi
menentukan
sama
ada
seseorang
itu
bertanggungjawab atas perniagaan itu terletak pada sama ada atau
tidak
dia
dipertanggungjawabkan
sepenuhnya
atau
sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan. Takrifan ini menggambarkan keperluan untuk akauntabiliti dalam perniagaan yang mana perlunya ada seorang tertentu yang harus bertanggungjawab
atau
dipertanggungjawabkan
25
berkaitan
pematuhan peruntukan APP8. Takrifan ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara orang yang menjalankan perniagaan
(pemilik)
dengan
orang
yang
menguruskan
perniagaan. 43.
Di
bawah
APP
bertanggungjawab
ke
Mauritius,
atas
pengurusan
frasa
"orang
sesuatu
yang
perniagaan"
digunakan dan bukannya frasa "orang yang bertanggungjawab" walaupun takrif itu adalah sama dengan takrifan di bawah seksyen 2 APP. 44.
Frasa yang diguna pakai oleh Mauritius menunjukkan
peranan yang dimainkan oleh orang itu dalam memastikan bahawa peruntukan undang-undang dipatuhi. Walaupun mereka tidak
semestinya
pemilik,
mereka
diamanahkan
dengan
pengurusan perniagaan termasuk aspek pematuhan. 45.
Di Singapura, konsep "orang yang bertanggungjawab" telah
dimansuhkan di bawah APNP 2014. Sebaliknya, seksyen 6(3) APNP
2014
telah
memperkenalkan
konsep
"orang
yang
bersesuaian" bagi tujuan pendaftaran dan pematuhan undangundang. 46.
Oleh kerana peruntukan di bawah APP turut membezakan
“pemilik” dan “orang yang bertanggunjawab bagi pengurusan perniagaan”, SSM mencadangkan supaya frasa “orang yang bertanggunjawab bagi pengurusan perniagaan” diguna pakai dan takrifan
“orang
yang
bertanggungjawab”
yang
sedia
dikekalkan.
8
Sebagai contoh, keperluan di bawah seksyen 5, 5B, 5D, 10 dan 12(2) APP.
26
ada
47.
Adalah juga dicadangkan bahawa perlu ada peruntukan
yang jelas berhubung liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" seperti berikut: "Di mana orang yang menjalankan perniagaan adalah dikehendaki di bawah Akta ini untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda, orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang yang pertama tersebut itu juga adalah bertanggungjawab untuk perlakuan atau peninggalan melakukan perbuatan atau benda tersebut."
Soalan untuk Konsultasi: (11) Adakah anda bersetuju bahawa frasa "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" diguna pakai untuk memberi peranan yang lebih jelas bagi orang tersebut? (12) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan nyata
mengenai
liabiliti
"orang
yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" seperti berikut: "Di mana orang yang menjalankan perniagaan adalah dikehendaki di bawah Akta ini untuk melakukan orang
apa-apa
yang
perbuatan
atau
bertanggungjawab
benda, untuk
pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang 27
yang
pertama
tersebut
bertanggungjawab
itu
untuk
juga
adalah
perlakuan
atau
peninggalan melakukan perbuatan atau benda tersebut"?
Pendaftaran oleh "orang yang bertanggungjawab" 48.
Pada masa ini, perniagaan mesti didaftarkan oleh "orang
yang bertanggungjawab bagi perniagaan" dalam tempoh 30 hari dari permulaannya. 49.
Memandangkan
orang
yang
bertanggungjawab
bagi
perniagaan itu tidak semestinya pemilik perniagaan tersebut, terdapat kebimbangan bahawa unsur-unsur berlaku
apabila
perniagaan
seseorang
dibenarkan
yang
bukan
mendaftar
penipuan pemilik
boleh
sebenar
perniagaan
dan
dipertanggungjawabkan untuk pelanggaran peruntukan di bawah APP. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan takrifan oleh orang tengah atau "ulat" dalam menawarkan perkhidmatan untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik perniagaan dengan menyamar untuk bertindak sebagai "ejen" sedangkan mereka tidak
"dipertanggungjawabkan
sama
ada
sepenuhnya
atau
sebahagian besarnya dengan pengurusan perniagaan".
50.
Sebagai perbandingan, bagi maksud pendaftaran, APNP
Singapura 2014 menyatakan perlunya "orang yang bersesuaian"9
9
Seksyen 6(3) APNP Singapura 2014 menyatakan:
28
untuk menyerah simpan permohonan itu. Pada dasarnya, "orang yang
bersesuaian"
merujuk
kepada
pemilik
atau
pekongsi
sebenar perniagaan dan juga termasuk orang yang ditetapkan10 yang diberi kuasa oleh orang yang bersesuaian tersebut. Oleh itu, di
Singapura,
walaupun
takrif
"orang
yang
bersesuaian"
menghendaki pemilik untuk mendaftar perniagaan mereka, ia juga memberikan fleksibiliti di mana seseorang yang ditetapkan juga boleh mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik jika diberi kuasa untuk berbuat demikian. 51.
Di
Mauritius,
kewajipan
untuk
mendaftar
perniagaan
terletak hanya pada orang yang menjalankan perniagaan dan
Dalam subseksyen (1) — "orang yang sesuai" ertinya — (a) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah sebagai pemilik individu, individu itu; (b) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan ialah suatu, pengarah atau setiausaha syarikat itu; (c) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa sesuatu perkongsian liabiliti terhad mengikut pengertian seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A), seorang pengurus perkongsian liabiliti terhad; (d) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian 2 Bahagian XI Akta Syarikat, wakil yang diberi kuasa syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 366 Akta itu (Cap 50); (e) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah seperti firma, individu yang sama ada (i) rakan kongsi firma itu; atau (ii) orang yang berkenaan yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c) atau (d) (mengikut mana-mana yang berkenaan) berkenaan dengan mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad atau syarikat asing yang merupakan rakan kongsi firma itu; atau (f) ejen pemfailan yang berdaftar di bawah seksyen 28F 30 Akta Lembaga Perakaunan dan Kawal Selia Korporat (Bab 2A.) yang diberi kuasa oleh, dan bertindak bagi orang yang memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini; ... " Seseorang ditetapkan ertinya seseorang, atau orang yang dalam golongan orang, ditetapkan oleh Menteri iaitu seorang peguam, akauntan, setiausaha syarikat, ejen setiausaha korporat, seorang pekerja biro perkhidmatan. 10
29
bukan ke atas orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan11. 52.
Dalam
mempunyai
memberikan
penjelasan
tanggungjawab
untuk
mengenai
siapa
mendaftarkan
yang
sesebuah
perniagaan itu, SSM mencadangkan bahawa perlu ada suatu peruntukan nyata bahawa permohonan untuk mendaftarkan perniagaan mesti dilaksanakan oleh mana-mana orang yang menjalankan perniagaan iaitu pemilik dan bukanlah orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan. 53.
Untuk tujuan memudahcara perniagaan, pihak kami ingin
mendapatkan
pandangan
sama
ada
undang-undang
perlu
menyediakan peruntukan "orang lain yang ditetapkan" yang boleh diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik. 54.
Orang yang ditetapkan boleh mengikut konsep "orang yang
bersesuaian" di bawah APNP 2014 Singapura12.
Soalan untuk Konsultasi: (13) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu secara nyata menghendaki pendaftaran perniagaan dilaksanakan
oleh
mana-mana
menjalankan perniagaan?
11
Seksyen 6 APP 2002.Mauritius
12
Seksyen 6 APNP 2014 Singapura.
30
orang
yang
(14) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu meentapkan orang lain selain daripada pemilik untuk mendaftarkan perniagaan bagi pihak pemilik?
Pertubuhan Perbadanan sebagai Pekongsi 55.
Peruntukan
di
dalam
APP
tidak
menjelaskan
tentang
pendaftaran pertubuhan perbadanan sebagai pekongsi dalam suatu perniagaan. Oleh itu, peruntukan APP berkaitan keperluan untuk mendaftar perniagaan telah ditafsirkan untuk menjurus kepada individu dan perkongsian yang terdiri daripada individu sahaja. 56.
Penafsiran
yang
sedemikian
adalah
disebabkan
oleh
keadaan di mana syarikat mendaftarkan perniagaan mereka atas dasar bahawa perniagaan itu dijalankan di bawah suatu nama perdagangan. 57.
Menurut seksyen 4(a), peruntukan APP tidak terpakai
kepada perniagaan berdaftar yang dimiliki secara eksklusif dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016. Walau bagaimanapun, peruntukan itu tidak menyatakan bahawa peruntukan APP tidak terpakai dalam keskes apabila syarikat menjadi pekongsi dalam usaha niaga, sekaligus menjadikan perniagaan tersebut sebagai tidak dimiliki secara eksklusif oleh syarikat itu. 58.
Di samping itu, peruntukan seksyen 17(1) APP menyatakan
bahawa "Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana
kaedah
di
bawahnya 31
dilakukan
oleh
sesuatu
pertubuhan
perbadanan,
setiausaha
atau
seeorang
pegawai
lain
pengarah,
pertubuhan
pengurus,
perbadanan
itu
hendaklah juga disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan dia mebuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan tidak disebabkan oleh apa-apa pengabaian di pihaknya". 59.
Daripada pembacaan peruntukan seksyen 4(a) dan 17(1),
ia boleh disimpulkan bahawa suatu pertubuhan perbadanan boleh menjadi pekongsi dalam perniagaan. 60.
Dalam menerima pakai pendekatan yang bersifat fasilitatif,
SSM berpandangan bahawa perlu ada peruntukan yang jelas yang
membenarkan
memasuki
pertubuhan
perkongsian
sama
perbadanan
ada
dengan
yang individu
telah atau
pertubuhan perbadanan untuk mendaftar perkongsian tersebut di bawah APP. Usaha niaga
ini mestilah dibezakan dengan
pengecualian kepada perniagaan yang dimiliki dan dijalankan secara eksklusif oleh pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 4 APP. 61.
Di Singapura, pertubuhan perbadanan dibenarkan untuk
menjadi pekongsi dalam perkongsian perniagaan melalui takrif 'firma' yang bermaksud dua atau lebih individu badan yang tidak diperbadankan, atau satu atau lebih individu atau satu atau lebih perbadanan, atau dua atau lebih perbadanan yang memasuki perkongsian menjalankan
antara
satu
sama
perniagaan
bagi
lain
dengan
mendapatkan
tujuan
untuk
keuntungan.
Selanjutnya, perkataan 'orang' ditakrifkan untuk termasuk suatu perbadanan, firma, firma asing dan individu.
32
62.
APP Mauritius juga membolehkan syarikat-syarikat menjadi
pekongsi dalam perniagaan melalui takrif 'firma' yang termasuk badan yang tidak diperbadankan yang terdiri daripada satu atau lebih individu, atau satu atau lebih pertubuhan perbadanan, yang menubuhkan perkongsian dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan. 63.
Pendekatan yang diambil oleh Singapura dan Mauritius
adalah selaras dengan takrif perkongsian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961 sebagai "perhubungan yang wujud antara orang-orang13 yang menjalankan perniagaan yang sama dengan tujuan mendapat keuntungan". 64.
Bagi menjelaskan isu ini dan agar selaras dengan takrif
perkongsian,
SSM
berpandangan
perbadanan
hendaklah
perniagaan
yang
dibenarkan
didaftarkan
di
bahawa
suatu
menjadi bawah
pertubuhan
pekongsi APP.
Ia
dalam adalah
dicadangkan bahawa takrif "firma" seperti yang terdapat dalam APNP Singapura diguna pakai.
Soalan untuk Konsultasi: (15) Adakah anda bersetuju bahawa perlu peruntukan jelas yang membenarkan pertubuhan perbadanan menjadi pekongsi dalam perniagaan?
Seksyen 66 Akta Tafsiran mentakrifkan "orang-orang" untuk termasuk mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. 13
33
(16) Adakah anda bersetuju bahawa takrif "firma" seperti dalam APNP Singapura diguna pakai?
Pendaftaran Perniagaan oleh Warga Asing 65.
Pada masa ini, tiada peruntukan yang jelas dalam APP yang
tidak membenarkan warga asing daripada mendaftar perniagaan mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, secara pentadbiran, warga asing tidak dibenarkan mendaftar perniagaan mereka di Malaysia. Ini disokong oleh arahan daripada Menteri Perdagangan dan Industri (yang kini dikenali sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada tahun 1988 untuk tidak membenarkan mana-mana warga asing daripada mendaftar
perniagaan
di
Malaysia
melainkan
jika
mereka
memegang status penduduk tetap. Ini dapat dibuktikan melalui borang yang ditetapkan (Borang A) di mana rakyat Malaysia atau penduduk tetap sahaja dibenarkan mendaftar perniagaan. 66.
Selain daripada itu, terdapat juga kebimbangan bahawa
dengan membenarkan warga asing mendaftar perniagaan di Malaysia
ia
boleh
menggalakkan
penyalahgunaan
sistem
pendaftaran kerana ia akan menjadi sukar dan tidak praktikal untuk menentukan peniaga tulen daripada orang-orang yang berniat untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek. Tambahan pula, kebenaran untuk memasuki Malaysia yang diberikan kepada orang asing berbeza bergantung kepada tujuan lawatan mereka. Adalah dikhuatiri bahawa dengan membenarkan warga asing mendaftar perniagaan akan sama seperti memberi mereka pengiktirafan undang-undang untuk giat dalam aktiviti perniagaan walhal pada hakikatnya, mereka tidak dibenarkan 34
untuk berbuat demikian. Terdapat juga kebimbangan bahawa penguatkuasaan
peruntukan
APP
tidak
dapat
dilaksanakan
sepenuhnya. 67.
Pada masa yang sama, terdapat juga kebimbangan bahawa
kepentingan
peniaga
kecil
tempatan
akan
terjejas
dengan
kebanjiran peniaga asing. 68.
Dalam APNP 2014 Singapura, takrifan "orang" dalam AAPNP
Singapura yang dimansuhkan itu telah dikeluarkan kerana APNP 2014 Singapura bergantung kepada takrifan sedia ada dalam Akta Tafsiran Singapura yang termasuk apa-apa syarikat atau persatuan atau kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Oleh itu, syarat-syarat sedia ada berhubung pertubuhan perbadanan14, firma, firma asing dan individu telah dimasukkan ke dalam bahagian takrifan APNP 2014 Singapura untuk
penjelasan
mendaftar
mengenai
perniagaan.
siapa
yang
Selanjutnya,
dibenarkan
seksyen
6
untuk
APNP
2014
Singapura memerlukan individu atau setiap pekongsi firma yang untuk menyatakan
kewarganegaraan mereka dalam borang
pendaftaran. 69.
Di
Mauritius,
dibenarkan
untuk
takrifan mendaftar
"orang"
adalah
perniagaan
14
sesiapa
termasuk
yang sebuah
APNP 2014 Singapura mentakrifkan "perbadanan" sebagai makna "mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau sedia ada di Singapura atau di luar Singapura dan termasuklah (A) mana-mana syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat (Bab 50.) atau mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang berada pada bila-bila masa yang berkuat kuasa di Singapura; (B) mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A.); dan (C) mana-mana syarikat asing;". 35
konsortium, société15, perkongsian, usaha sama, amanah atau firma. Penyertaan warga asing dalam pendaftaran perniagaan di Mauritius hanya terhad kepada société asing, perkongsian atau entiti perniagaan yang sama. 70.
Kedudukan di bawah APNP Singapura telah menggantikan
istilah "firma asing" dengan "syarikat asing" yang mempunyai erti yang
sama
seperti
dalam
seksyen
4(1)
APNP
Singapura.
Selanjutnya, APNP 2014 telah menggantikan istilah "pengurus tempatan"
dengan
"wakil
yang
diberi
kuasa"16,
di
mana
sekurang-kurangnya seorang wakil hendaklah dilantik, dan wakil yang diberi kuasa akan secara peribadi bertanggungjawab untuk segala tanggungjawab pemilik individu atau firma asing atau syarikat. 71. boleh
Dalam konteks di Malaysia, penyertaan warga asing masih direalisasikan
melalui
pelbagai
cara
termasuk
pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 atau melalui pegangan saham dalam syarikat-syarikat tempatan. Peruntukan Akta Syarikat 2016 mengandungi perlindungan yang mencukupi untuk melindungi kepentingan orang ramai dalam berurusan dengan ahli perniagaan asing yang sedia ada. Selain itu, warga
15
Société(a) ertinya société yang ditubuhkan di bawah mana-mana enakmen di Mauritius; dan (b) termasuklah(i) société de fait; (ii) société en penyertaan; (iii) usaha sama; (iv) konsortium; atau (v) société, perkongsian atau sama entiti perniagaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara asing.
16
Seksyen 11 APNP 2014 Singapura.
36
asing
juga
boleh
memulakan
perniagaan
melalui
Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. 72.
Tambahan pula, dengan penguatkuasaan Akta Syarikat
2016 yang baru, konsep pengarah tunggal dalam sebuah syarikat boleh memudahcara dan memudahkan pemilik tunggal asing yang
berhasrat
untuk
memulakan
perniagaan
di
Malaysia
menurut dua bentuk perniagaan yang dinyatakan di atas. Oleh itu, undang-undang yang relevan di Malaysia adalah tidak menghadkan pemilik tunggal asing entiti perniagaan untuk mengembangkan pelaburan perniagaan dan asing di Malaysia. 73.
Justeru, SSM mencadangkan bahawa
dasar
mengenai
sekatan ke atas warga asing daripada mendaftarkan perniagaan mereka di bawah APP dikekalkan.
Soalan untuk Konsultasi: (17) Adakah
anda
bersetuju
bahawa
dasar
berkaitan
pendaftaran perniagaan oleh individu atau syarikatsyarikat asing perlu dikekalkan?
Tarikh permulaan perniagaan 74.
Pada masa ini, suatu perniagaan hanya perlu didaftarkan di
bawah APP dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan itu. Rasional bagi keperluan tersebut adalah bagi membolehkan usahawan menilai daya maju usaha niaga itu sebelum mengambil langkah selanjutnya dengan secara rasmi 37
mendaftarkan
perniagaan
tersebut.
Walaupun
rasional
ini
mungkin relevan semasa APP diperkenalkan pada tahun 1956, keperluan ini mungkin tidak lagi mencerminkan persekitaran perniagaan masa kini. 75.
SSM berpandangan bahawa keperluan untuk mendaftar
perniagaan hanya selepas ia memulakan operasinya membuka peluang
kepada
beberapa
kemungkinan
penyalahgunaan.
Walaupun kegagalan untuk mendaftar perniagaan dalam tempoh tiga puluh hari adalah satu kesalahan di bawah APP, terdapat keadaan di
mana
permulaannya mewajarkan
perniagaan
dalam
borang
kewujudan
awal
membawa kebelakang pendaftaran dengan
mereka
tujuan
tarikh untuk
mendapatkan
permit, lesen atau mengambil bahagian dalam tender dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, dan lain-lain. 76.
SSM juga turut bimbang dengan kemungkinan terdapat
pengusaha perniagaan yang tidak tulen (fly-by-night) yang tidak berhasrat mendaftarkan perniagaan tetapi mengadakan urus niaga dengan orang awam dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan. 77.
Di Singapura dan Mauritius, undang-undang menghendaki
seseorang dan nama perniagaan orang itu didaftarkan sebelum dia menjalankan perniagaan17. Sungguhpun tempoh masa untuk permohonan pendaftaran tidak dinyatakan di Singapura, APP Mauritius secara spesifik menghendaki permohonan tersebut dibuat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum operasi perniagaan dimulakan.
17
Seksyen 5 APNP Singapura seksyen 6 (2) APP Mauritius.
38
78.
SSM
berpandangan
perniagaan
hendaklah
permohonan
dibuat
menjalankan perniagaan
sebelum
hendaklah
untuk
mendaftarkan
seseorang
dinyatakan
itu
boleh
secara jelas
dalam perundangan. SSM juga ingin mendapatkan pandangan daripada
orang
ramai
sama
ada
tempoh
masa
tertentu
dikehendaki bagi suatu permohonan untuk pendaftaran dibuat.
Soalan untuk Konsultasi: (18) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu menghendaki seseorang mendaftar di bawah APP seelum orang itu boleh menjallankan perniagaan? (19) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada tempoh masa tertentu bagi permohonan untuk pendaftaran? Jika ya, apakah tempoh masa yang sesuai: (a)
7 hari;
(b)
14 hari; atau
(c)
30 hari?
Keperluan berkaitan nama perniagaan Penggunaan nama perniagaan 79.
Pada
masa
ini,
orang
yang
bertanggungjawab
untuk
perniagaan adalah dikehendaki mendaftar perniagaan dalam tempoh tiga puluh hari dari permulaan perniagaan. Oleh itu, perniagaan boleh dijalankan di bawah nama yang masih belum 39
didaftarkan. Ini mungkin memberi kesan bertentangan kerana nama itu mungkin suatu nama yang terhad, dilarang atau dianggap tidak dikehendaki oleh Pendaftar. 80.
Bagi
mengelakkan
berpandangan
bahawa
masalah
yang
sedemikian,
undang-undang
patut
SSM
melarang
penggunaan apa-apa nama perniagaan yang tidak didaftarkan dengan Pendaftar. Terdapat juga keperluan untuk melepaskan Pendaftar daripada liabiliti bahawa pendaftaran suatu nama tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penggunaan nama itu, jika penggunaan nama tersebut dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. 81.
Kedua-dua
Singapura
dan
Mauritius
mempunyai
peruntukan berkaitan larangan penggunaan nama melainkan nama itu telah didaftarkan sewajarnya. Pada masa yang sama, kedua-dua
negara
ini
juga
dengan
jelas
memperuntukkan
bahawa pendaftaran nama oleh Pendaftar tidak bermaksud membenarkan penggunaannya jika nama itu adalah dilarang oleh undang-undang lain. 82.
SSM
mencadangkan
pendekatan
yang
diambil
oleh
Singapura dan Mauritius diguna pakai.
Soalan untuk Konsultasi: (20) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang patut melarang yang
penggunaan
tidak
difailkan
apa-apa atau
Pendaftar? 40
nama
perniagaan
didaftarkan
dengan
(21) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan nyata yang menyatakan bahawa pendaftaran nama itu tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penggunaan
nama
itu,
jika
penggunaan
nama
tersebut dilarang di bawah mana-mana undangundang bertulis yang lain?
Carian dan perizaban nama 83.
Suatu
perniagaan
boleh
didaftarkan
di
bawah
nama
peribadi pemilik atau di bawah nama dagangan. Bagi nama peribadi, nama perniagaan hendaklah dinyatakan seperti di dalam kad pengenalan pemilik. 84.
Suatu nama dagangan adalah nama atau gelaran yang
digunakan perniagaan bagi menjalankan perniagaan atau yang digunakan firma untuk beroperasi. Nama perdagangan yang dicadangkan
hendaklah
menggambarkan
sifat,
skop
atau
kepentingan operasi perniagaan. Suatu nama dagangan hanya boleh didaftarkan setelah mendapatkan kelulusan Pendaftar. 85. untuk
Walaupun APP 1956 tidak memperuntukkan keperluan carian
nama,
sebagai
perkara
dasar
pentadbiran,
permohonan carian nama boleh dilakukan melalui Borang PNA.42 bagai
memastikan
bahawa
nama
perniagaan
memenuhi
keperluan Kaedah 15(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (KPP). Jika diluluskan, nama itu akan dirizab untuk tiga puluh hari. Permohonan carian nama hanya terpakai
41
untuk perniagaan yang berhasrat untuk didaftarkan di bawah nama dagangan. 86.
SSM
berpandangan
permohonan
carian
bahawa
nama
dan
peruntukan perizaban
mengenai
nama
perlu
diperuntukkan dengan jelas di bawah undang-undang. 87.
Di bawah APNP 2014 Singapura, seseorang boleh memohon
kepada
Pendaftar
untuk
perizaban
nama
sebagai
nama
perniagaan berdaftar yang dicadangkan dan Pendaftar boleh meluluskan
atau
menolak
permohonan
di
bawah
keadaan
tertentu18. Jika Pendaftar berpuas hati bahawa nama itu bukan satu nama yang dilarang atau terhad, Pendaftar boleh merizab nama perniagaan yang dicadangkan untuk tempoh 60 hari selepas
tarikh
Pendaftar
memberitahu
pemohon
yang
permohonannya telah diluluskan pada atau dalam tempoh 60 hari selanjutnya19. 88.
APP Mauritius tidak mengandungi apa-apa peruntukan
berkaitan prosedur carian nama dan perizaban nama. 89.
Setelah mempertimbangkan kedudukan di Singapura dan
Mauritius, SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mempunyai peruntukan berkenaan dengan carian dan perizaban nama
kerana
ia
akan
meningkatkan
pematuhan
kepada
keperluan di bawah Kaedah 15 Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (KPP) dan mengurangkan pertindihan nama. SSM berpandangan bahawa peruntukan yang sama sebagaimana Seksyen 16 (1), (2) dan (3) APNP Singapura 2014. Peruntukan ini juga sama dengan peruntukan di bawah seksyen 22 (6) Akta Syarikat 1965 atau seksyen 27 (4) Akta Syarikat 2016. 18
19
Seksyen 16 (4) APNP Singapura 2014.
42
yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Syarikat 2016 hendaklah disediakan. 90.
Selanjutnya,
SSM
berpandangan
bahawa
walaupun
prosedur perizaban nama akan dapat mengurangkan pertindihan nama, proses perizaban tidak perlu diwajibkan dan perlu ada tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan prosedur ini disalahgunakan.
Soalan untuk Konsultasi: (22) Adakah anda bersetuju bahawa perlunya peruntukan bagi permohonan carian nama dan perizaban nama di bawah undang-undang? (23) Adakah anda bersetuju bahawa prosedur perizaban nama tidak perlu diwajibkan? (24) Adakah anda bersetuju bahawa tempoh perizaban adalah satu bulan atau lebih lama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar?
Sekatan ke atas pendaftaran nama tertentu 91.
Secara
amnya,
kaedah
15(1)
KPP
memperuntukkan
bahawa terdapat perkataan-perkataan tertentu yang dilarang untuk digunakan sebagai nama atau sebahagian daripada nama
43
perniagaan kecuali dengan keizinan Menteri20. Pendaftar juga diberi kuasa untuk menyekat penggunaan nama-nama tertentu jka didapati tidak wajar. Larangan ini mesti diluluskan oleh Menteri dan disiarkan dalam Warta. 92.
Di
Singapura,
peruntukan
sama
berkaitan
sekatan
pendaftaran nama perniagaan adalah terdapat di bawah seksyen 17
APNP
2014
persetujuan
Singapura.
Menteri,
Di
Singapura,
kecuali
Pendaftar
hendaklah
menolak
dengan untuk
mendaftarkan perniagaan di bawah suatu nama yang pada pendapat Pendaftar tidak wajar, sama dengan mana-mana perbadanan atau nama perniagaan, sama dengan suatu nama yang dirizab di bawah Akta Syarikat (Bab 50) atau APNP, atau suatu
nama
daripada
jenis
yang
mana
Menteri
telah
mengarahkan Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta, tidak boleh diterima untuk pendaftaran. 93.
Di Mauritius, peruntukan sama dengan Kaedah 15 KPP yang
terdapat di bawah seksyen 10(3) APP Mauritius. Di samping itu, Pendaftar mempunyai kuasa untuk membatalkan atau menolak pendaftaran
perniagaan
jika
namanya
adalah
sama
atau
menyerupai nama mana-mana orang lain yang menjalankan perniagaan atau nama perniagaan yang di bawahnya terdapat orang lain menjalankan perniagaan atau jika pada pendapat Pendaftar adalah tidak wajar atau mengelirukan.
Kaedah 15 KPP memperuntukkan bahawa kecuali dengan kelulusan daripada Menteri, nama yang mengandungi perkataan tertentu, atau kata-kata yang mencadangkan kaitan dengan royalti, kerajaan, badan-badan kerajaan atau agensi kerajaan asing atau badan-badan antarabangsa atau mana-mana pertubuhan atau badan yang ditubuhkan oleh Royal Charter. 20
44
94.
Di Malaysia, tiada peruntukan dalam APP dan KPP yang
melarang pendaftaran nama perniagaan yang serupa atau sama dengan
perniagaan
berdaftar
yang
sedia
ada.
Walau
bagaimanapun, sebagai satu perkara dasar, nama yang serupa atau sama hanya dibenarkan untuk perniagaan yang didaftarkan di bawah nama peribadi tetapi tidak di bawah nama dagangan. 95.
Berikutan ini, SSM berpendapat bahawa selain daripada
prosedur sedia ada berhubung sekatan nama di bawah Kaedah 15 KPP,
tiada
perniagaan
boleh
didaftarkan
di
bawah
nama
dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan perniagaan atau syarikat yang dianggap didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang awam.
Soalan untuk Konsultasi: (25) Adakah
anda
bersetuju
bahawa
selain
daripada
sekatan nama di bawah Kaedah 15 RBR 1957, tiada perniagaan
boleh
didaftarkan
di
bawah
nama
dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan nama perniagaan berdaftar yang sedia ada atau sebuah syarikat
yang dianggap didaftarkan atau
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012? Perubahan nama perniagaan 96.
Tidak
seperti
dalam
Akta
Syarikat
2016,
APP
tidak
mempunyai peruntukan yang membolehkan perniagaan untuk 45
mengubah nama atau memberi kuasa kepada Pendaftar bagi mengarahkan perubahan nama perniagaan. 97.
SSM sedia maklum bahawa terdapat permintaan daripada
industri
untuk
membenarkan
mereka.
Antara
sebab
perniagaan
yang
dinyatakan
mengubah untuk
nama
permintaan
tersebut termasuk perubahan dari segi jenis perniagaan dan perubahan
pekongsi
memerlukan
dalam
perniagaan
perniagaan
melakukan
yang
mungkin
perubahan-perubahan
tersebut. 98.
Pada
masa
ini,
apabila
perniagaan
ingin
mengubah
namanya, ia perlu menamatkan perniagaannya dan mendaftar semula perniagaan tersebut di bawah nama baru. Pendekatan ini tidak fasilitatif dan tidak kos efektif. Pada masa yang sama, ketiadaan
peruntukan
mengarahkan
perubahan
yang
membenarkan
nama
juga
boleh
Pendaftar menimbulkan
halangan kepada Pendaftar dalam menjalankan kewajipannya bagi memastikan bahawa nama-nama perniagaan mematuhi keperluan-keperluan Terutama
sekali
seperti
jika
yang
perniagaan
dinyatakan telah
dalam
didaftarkan
APP. untuk
menjalankan perniagaan di bawah nama yang terhad atau tidak wajar. 99.
Di Singapura, peruntukan yang membenarkan perniagaan
untuk mengubah nama dan memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengarahkan perubahan nama terkandung di bawah seksyen 18 APNP 2014 Singapura. Peruntukan ini adalah sama dengan peruntukan baru di bawah seksyen-seksyen 28 dan 29 Akta Syarikat 2016.
46
100. Sama seperti APP, APP Mauritius tidak mempunyai apa-apa peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan dan kuasa Pendaftar
untuk
mengarahkan
perubahan
dalam
nama
perniagaan. 101. Bagi tujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang fasilitatif, kos efektif dan dinamik, SSM mencadangkan bahawa peruntukan
berkaitan
perubahan
nama
perniagaan
pelru
diperuntukkan di bawah undang-undang. Pada masa yang sama, ia
juga
dicadangkan
agar
Pendaftar
diberi
kuasa
untuk
mengarahkan perubahan nama untuk perniagaan atas alasan tertentu seperti nama telah didaftarkan secara tidak sengaja atau sebaliknya, sebagai nama yang terhad, dilarang atau tidak wajar.
Soalan untuk Konsultasi: (26) Adakah anda bersetuju bahawa peruntukan berkaitan perubahan
nama
perlu
diperuntukkan
di
bawah
undang-undang? (27) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar perlu diberi kuasa untuk mengarahkan perubahan nama untuk perniagaan atas alasan tertentu?
Peruntukan khusus bagi perniagaan tanpa suatu tempat perniagaan atau kekal/ tetap tempat perniagaan 102. Salah satu maklumat yang diperlukan semasa mendaftar perniagaan
adalah
alamat
tempat 47
perniagaan,
dan
jika
perniagaan mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, alamat cawangannya21. 103. Keperluan ini menunjukkan bahawa semua perniagaan mesti mempunyai tempat perniagaan. Walaupun ini mungkin benar dalam kebanyakan keadaan, terdapat beberapa jenis perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap. Walaupun aktiviti itu termasuk sebagai salah satu aktiviti dalam takrif perniagaan, orang yang menjalankan perniagaan itu mungkin menghadapi kesukaran untuk mematuhi keperluan di bawah APP. 104. Oleh itu, salah satu daripada agenda utama untuk proses kajian semula ini adalah dengan menilai kecukupan undangundang dalam mengawal perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang ditetapkan atau kekal. SSM menyedari bahawa parameter yang jelas perlu diwujudkan bagi membolehkan perniagaan tanpa suatu tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap boleh mematuhi undang-undang. 105. Bagi menangani aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang kekal atau tetap,
SSM
mencadangkan
bahawa
undang-undang
perlu
mengadakan satu peruntukan khusus bahawa selagi seseorang itu
mempunyai
tempat
perniagaan
di
Malaysia;
orang
itu
dianggap menjalankan perniagaan di Malaysia bagi maksud APP. 106. Walaupun cadangan ini boleh diguna pakai dengan mudah kepada perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan 21
Seksyen 5 (2) (d) APP.
48
yang
tetap,
tetapi
ia
sukar
untuk
perniagaan
yang
tidak
mempunyai tempat perniagaan. 107. Dalam hal peniaga-peniaga pasar malam atau pasar tani, ia akan mudah untuk membuktikan tempat perniagaan mereka kerana terdapat bukti fizikal tempat di mana perniagaan itu dijalankan. Peruntukan khusus yang dicadangkan boleh diguna pakai dan dipatuhi dengan mudah. 108. Dalam hal aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui internet (perniagaan atas talian), untuk membuktikan suatu tempat
perniagaan
akan
menjadi
lebih
sukar.
Perniagaan
berasaskan internet tidak perlu bergantung kepada tempat fizikal untuk menjalankan perniagaan kerana aktiviti tersebut dijalankan secara atas talian dan boleh dijalankan di mana-mana sahaja di dunia. Oleh itu, ia juga bermakna bahawa perniagaan itu tidak semestinya
berlaku
di
Malaysia
kerana
transaksi
boleh
diselesaikan di luar negara. 109. Justeru adalah penting untuk menentukan sama ada aktiviti perniagaan tersebut dijalankan di Malaysia atau tidak bagi membolehkan pendaftaran aktiviti itu di bawah APP. 110. Di Malaysia, Akta Perdagangan Elektronik 2006 (AKPE 2006)
memperuntukkan
pengiktirafan
undang-undang
untuk
mesej elektronik dalam urus niaga komersial, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi keperluan undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahcarakan urus niaga komersial secara elektronik. 111. Seksyen 5 AKPE 2006 mentakrifkan urus niaga komersial sebagai komunikasi tunggal atau pelbagai komunikasi yang 49
bersifat komersial, sama ada secara kontraktual atau tidak, yang termasuk apa-apa perkara berkaitan pembekalan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan, perbankan dan insurans . 112. Oleh kerana ia adalah mustahil untuk menentukan tempat perniagaan di mana urus niaga komersial elektronik berlaku, penunjuk alternatif mesti digunakan untuk membolehkan aktiviti itu mematuhi keperluan APP. 113. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan kaedah yang jelas untuk menunjukkan tempat penghantaran dan tempat penerimaan suatu mesej elektronik seperti berikut:
"22. Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula22 dengan
penerima,
suatu
mesej
elektronik
disifatkan
dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan(a)
jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, dari tempat perniagaan yang
mempunyai
hubungan
yang
terdekat
dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat perniagaan
yang
mempunyai
hubungan
terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan pemula; atau (b)
jika pemula tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.
"pemula" ditakrifkan sebagai seseorang yang melaluinya atau yang bagi pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar di bawah seksyen 5 AKPE 2006. 22
50
23.
Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula23
dengan
penerima,
suatu
mesej
elektronik
disifatkan
diterima di tempat perniagaan penerima, dan(a)
jika penerima mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, di tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus
niaga
perniagaan
itu yang
atau
jika
tiada
mempunyai
tempat
hubungan
terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan penerima; atau (b)
jika penerima tidak mempunyai suatu tempat perniagaan,
dari
tempat
tinggal
biasa
penerima."
114. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan secara khusus bahawa mesej elektronik dianggap telah dihantar atau diterima dari tempat perniagaan. Selain itu, dalam keadaan di mana seseorang menjalankan urus niaga komersial melalui cara elektronik dan tidak mempunyai tempat perniagaan, mesej elektronik disifatkan dihantar atau diterima daripada atau dari tempat tinggal biasa kediamannya. Selanjutnya, jika seseorang itu tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap, tempat tinggal biasa kediamannya akan dianggap sebagai tempat perniagaan.
“penerima” ditakrifkan sebagai seseorang yang dimaksudkan oleh pemula untuk menerima suatu mesej elektronik di bawah seksyen 5 AKPE 2006. 23
51
115. AKPE 2006 memainkan peranan penting dalam membentuk konsep tempat perniagaan untuk memastikan bahawa urus niaga perdagangan yang dijalankan ditadbir oleh peruntukannya. 116. SSM berpendapat bahawa prinsip yang sama digunakan dalam menubuhkan tempat perniagaan di AKPE 2006 perlu diguna pakai bagi maksud menubuhkan tempat perniagaan untuk perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap. Oleh itu, SSM mencadangkan bahawa takrif "perniagaan" di bawah seksyen 2 APP dipinda seperti berikut: ‘”perniagaan” meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud keuntungan, elektronik atau sebaliknya, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan, penggajian atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual.’ 117. Cadangan-cadangan di atas juga dapat dilihat di Singapura dan Mauritius di mana seseorang yang mempunyai tempat perniagaan menjalankan
di
negara-negara perniagaan
di
tersebut
hendaklah
negara-negara
dianggap
tersebut24.
Di
Singapura, jika seseorang itu tidak mempunyai tempat yang tetap atau kekal untuk menjalankan perniagaan, tempat di mana orang itu biasanya boleh dihubungi hendaklah dianggap sebagai tempat perniagaan.
24
Seksyen 2(2) APNP 2014 Singapura dan seksyen 2(2) APP 2002 Mauritius.
52
Soalan untuk Konsultasi: (28) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu mengadakan seseorang
peruntukan
itu
mempunyai
khusus tempat
bahawa
jika
perniagaan
di
Malaysia, orang itu hendaklah dianggap menjalankan perniagaan di Malaysia bagi tujuan APP? (29) Adakah anda bersetuju bahawa jika seseorang itu tidak mempunyai tempat perniagaan, atau di mana tiada tempat perniagaan yang tetap, tempat tinggal biasanya
hendaklah
dianggap
sebagai
tempat
perniagaannya?
Perubahan
butir-butir
berdaftar
sekiranya
pekongsi
berhenti menjadi pekongsi atau tidak dapat dikesan atau dijumpai 118. Keperluan-keperluan semasa di bawah APP mengenai serah simpan
perubahan
butir-butir
berdaftar
perniagaan
adalah
bahawa perubahan itu boleh diserah simpan oleh orang yang bertanggungjawab untuk perniagaan itu dalam tempoh tiga puluh hari
dari
perubahan
dikehendaki
tersebut.
mengesahkan
Selain
apa-apa
itu,
semua
perubahan
pekongsi butir-butir
berdaftar sebelum perubahan tersebut boleh diserah simpan dengan Pendaftar25. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan perubahan mengenai butir-butir berdaftar sekutuniaga, hanya sekutuniaga itu sahaja yang boleh membuat perubahan tersebut. 25
Kaedah 8 KPP.
53
119. Walaupun peruntukan ini menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti, peruntukan tersebut terbukti menjadi peghalang apabila salah satu daripada pekongsi itu tidak dapat dikesan atau dijumpai.
120. Pada masa ini, sekiranya pekongsi tidak boleh dikesan atau dijumpai, satu-satunya tindakan yang ada untuk pekongsi yang sedia ada adalah untuk menamatkan perniagaan26 tersebut dengan memfailkan Borang C bersama-sama dengan akuan berkanun yang menyatakan bahawa dia telah melakukan segala usaha untuk mencari mana-mana pekongsinya tetapi gagal dalam usahanya.
121. Keperluan
tersebut
dianggap
tidak
memudahcarakan
perniagaan kerana pekongsi yang masih ada mungkin masih mahu meneruskan perniagaan kerana perniagaan itu masih berdaya maju.
122. Di Singapura, undang-undang memperuntukkan bahawa jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berkenaan manamana orang, orang itu hendaklah menyerah simpan perubahan tersebut dalam tempoh 14 hari27. Selanjutnya, jika seseorang itu tidak lagi menjadi pekongsi, orang itu dan orang-orang yang masih
didaftarkan
sebagai
pekongsi
firma
hendaklah
memberitahu Pendaftar dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemberhentian itu. Jika mana-mana orang yang dikehendaki
26
Kaedah 7(3) KPP.
27
Seksyen 20 APNP 2014 Singapura.
54
memberitahu Pendaftar mengenai pemberhentian itu tidak dapat dikesan atau dijumpai, Pendaftar boleh membenarkan orang lain untuk menyerah simpan notis itu28.
123. APNP
Singapura
mengambil
pendekatan
yang
memudahcarakan di mana apa-apa perubahan mengenai butirbutir berdaftar seseorang yang menjalankan perniagaan atau butir-butir berdaftar perniagaan boleh diserah simpan oleh orang yang
menjalankan
perniagaan
itu
atau
oleh
orang
yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan itu. Tiada peruntukan khusus yang menghadkan perubahan pendaftaran berkenaan dengan butir-butir berdaftar sekutuniaga yang hanya dibuat
oleh
sekutuniaga
tersebut.
Tiada
keperluan
untuk
pengesahan oleh semua pekongsi apabila menyerah simpan apaapa perubahan butir-butir berdaftar tersebut.
124. APNP Singapura juga membenarkan pekongsi yang masih ada dalam firma itu untuk memberitahu tentang pemberhentian pekongsi, jika pekongsi itu tidak dapat dikesan atau dijumpai.
125. APP Mauritius hanya mengandungi peruntukan am yang berkaitan dengan keperluan untuk menyerah simpan apa-apa perubahan berkaitan dengan butir-butir berdaftar pekongsi atau perniagaan.
126. SSM
berpendapat
bahawa
undang-undang
harus
memperuntukkan satu alternatif bahawa apa-apa perubahan kepada butir-butir berdaftar masih boleh dibuat sekiranya 28
Seksyen 22 APNP 2014 Singapura.
55
pekongsi yang tidak dapat dijumpai atau ditemui. Perubahan pendaftaran itu harus meliputi kedua-dua butir-butir berdaftar pekongsi dan perniagaan.
127. SSM berpendapat bahawa proses pengesahan oleh semua pekongsi dalam apa-apa perubahan kepada butir-butir berdaftar perniagaan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dan oleh itu hendaklah dikekalkan. Walau apa pun, undang-undang perlu memperuntukkan pengecualian untuk keadaan di mana pekongsi tidak dapat dikesan, apa-apa perubahan masih boleh diserah simpan dengan deklarasi yang sesuai yang membawa maksud bahawa segala usaha telah dibuat untuk mencari pekongsi yang hilang itu tetapi tidak berjaya. SSM percaya bahawa telahpun ada
perlindungan
yang
mencukupi
terhadap
penyediaan
maklumat yang tidak tepat atau palsu dalam APP.
128. SSM berpendapat bahawa keperluan mandatori ini untuk menamatkan perniagaan sekiranya pekongsi tidak dapat dikesan atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahcarakan perniagaan. Pekongsi yang masih ada dalam perniagaan perlu disediakan dengan pilihan untuk meneruskan perniagaan jika perniagaan masih
berdaya maju
dan jika terma tersebut
diperuntukkan dalam perjanjian perkongsian mereka.
Soalan untuk Konsultasi: (30) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu memperuntukkan
alternatif
bahawa
apa-apa
perubahan kepada butir-butir berdaftar masih boleh 56
dibuat sekiranya pekongsi tidak dapat dijumpai atau dikesan? (31) Adakah anda bersetuju bahawa proses pengesahan oleh semua pekongsi sebelum apa-apa perubahan dalam butir-butir berdaftar perniagaan boleh diserah simpan
adalah
dikekalkan
tertakluk
kepada
pengecualian kepada rukun am sekiranya pekongsi tidak dapat dikesan atau ditemui? (32) Adakah anda bersetuju bahawa keperluan mandatori ini
untuk
menamatkan
perniagaan
sekiranya
pekongsi tidak dapat dikesan atau dijumpai perlu dipinda untuk membolehkan pekongsi yang sedia ada meneruskan diperuntukkan
perniagaan, dalam
jika
terma
perjanjian
tersebut
perkongsian
mereka? Pembaharuan (setiap tahun atau untuk tempoh yang ditetapkan, bagi membenarkan pembaharuan perniagaan dalam tempoh 12 bulan dari tempoh luput) 129. Pada
masa
ini,
perniagaan
dikehendaki
untuk
memperbaharui pendaftaran mereka dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh pendaftaran mereka29. Sebuah perniagaan boleh memperbaharui pendaftaran untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. Ini bermakna bahawa perniagaan boleh memperbaharui pendaftaran untuk satu, dua, tiga, empat atau lima tahun. 29
Seksyen 5A(1) APP.
57
130. Tempoh yang lebih lama untuk pendaftaran bermakna pemilik
perniagaan
diberi
pilihan
untuk
memperbaharui
pendaftaran mengikut kesesuaian keadaan mereka tetapi tidak melebihi 5 tahun. Walau bagaimanapun, fleksibiliti ini mempunyai kelemahan di mana SSM tidak akan tahu sama ada perniagaan itu masih dijalankan sehingga tamat tempoh pendaftaran.
131. SSM
berpendapat
bahawa
pembaharuan
itu
perlu
ditetapkan untuk tempoh yang lebih singkat iaitu dari satu tahun hingga tiga tahun supaya pangkalan data yang berkaitan dengan perniagaan yang aktif akan menjadi lebih tepat.
132. Di
Singapura,
tempoh
pembaharuan
tidak
ditetapkan
secara statutori kerana ia adalah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar. Di Mauritius, pendaftaran perniagaan adalah sah selama tiga tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh tambahan selama tiga tahun.
133. Oleh yang demikian, kami ingin mendapatkan pandangan orang ramai sama ada tempoh pembaharuan sehingga lima tahun perlu
dipendekkan
atau
perniagaan
boleh
memperbaharui
pendaftarannya untuk tempoh yang ditetapkan. Soalan untuk Konsultasi: (33) Adakah anda bersetuju bahawa perniagaan boleh memperbaharui pendaftaran mereka sehingga lima tahun? 58
(34) Adakah
anda
pembaharuan
bersetuju
itu
hendaklah
bahawa berasaskan
tempoh kepada
tempoh yang ditetapkan seperti berikut: (a) setiap tahun (a) tiap-tiap dua tahun; atau (c) tiap-tiap tiga tahun? Pembatalan (sama ada Pendaftar perlu mengeluarkan notis) 134. Pada masa ini, Pendaftar diberi kuasa untuk membatalkan pendaftaran perniagaan dalam keadaan seperti berikut: (a)
dalam keadaan di mana Pendaftar berpuas hati bahawa perniagaan itu digunakan bagi tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang atau sebarang tujuan yang memudaratkan atau tidak bersesuaian dengan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral30; atau
(b)
di
mana
Pendaftar
mempunyai
sebab
yang
munasabah untuk mempercayai bahawa perniagaan tidak lagi dijalankan31. 135. Dalam
kes
perniagaan
itu
mengeluarkan
di
mana
tidak
notis
Pendaftar
lagi
mempercayai
dijalankan,
mengenai
niatnya
Pendaftar
untuk
bahawa akan
membatalkan
pendaftaran perniagaan itu dan orang yang telah diberikan notis tersebut akan berpeluang untuk membuat representasi bertulis 30
Seksyen 5C(2) APP.
31
Seksyen 5E(1) APP.
59
akan pembatalan yang diniatkan itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian notis32. 136. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana perniagaan berkemungkinan digunakan untuk tujuan menyalahi undangundang atau untuk tujuan yang tidak bersesuaian dengan keselamatan negara, setelah Pendaftar berpuas hati dengan fakta tersebut, Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran perniagaan prosedur
itu33.
Namun,
berkaitan
terdapat
pembatalan
kebimbangan
perniagaan
atas
bahawa alasan
digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau apa-apa
tujuan
yang
memudaratkan
keselamatan
negara,
ketenteraman awam atau prinsip moral tidak cukup kuat untuk memastikan tiada penyalahgunaan dalam prosedur berkenaan.
137. Di
Singapura,
Pendaftar
mempunyai
kuasa
untuk
memotong pendaftaran seseorang dan nama perniagaan orang itu dalam keadaan berikut: (a)
jika Pendaftar berpuas hati bahawa(ii) perniagaan orang itu digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan menyalahi undangundang atau bagi tujuan yang memudaratkan ketenteraman awam, kebajikan atau keadaan baik di Singapura; (iii) ia bertentangan dengan keselamatan negara atau kepentingan orang itu untuk terus didaftarkan;
32
Seksyen 5E(2) APP.
33
Seksyen 5C(2) APP.
60
(b)
berkaitan dengan perniagaannya, dia atau orang yang bertanggungjawab
untuk
pengurusan
perniagaan
telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Pengusahaan Amal (Bab 37)34. 138. Sebelum membatalkan pendaftaran perniagaan atas alasan di atas, Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis mengenai niatnya untuk memotong pendaftaran itu. Notis itu adalah untuk tempoh tidak kurang daripada 30 hari. Jika seseorang itu terkilan dengan keputusan Pendaftar, orang itu boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh 30 hari dan keputusan Menteri adalah muktamad. 139. Perakuan
yang
bertanggungjawab
dikeluarkan
bagi
keselamatan
oleh dalam
Menteri negeri
yang yang
mengeluarkan perakuan menyatakan yang beliau berpuas hati bahawa ia adalah bertentangan dengan keselamatan negara atau kepentingan orang yang dinamakan dalam perakuan itu untuk didaftarkan atau terus didaftarkan hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara-perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu35. Jika Pendaftar enggan mendaftarkan menurut perakuan yang dikeluarkan, Pendaftar tidak akan memberi notis mengenai niatnya untuk membatalkan pendaftaran perniagaan tersebut36.
140. Di
Singapura,
Menteri
yang
bertanggungjawab
bagi
keselamatan dalam negeri mempunyai kuasa mutlak untuk 34
Seksyen 12(1) APNP Singapura.
35
Seksyen 13 (1) APNP Singapura.
36
Seksyen 13 (2) APNP Singapura.
61
membatalkan sesuatu pendaftaran perniagaan jika perniagaan itu digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan yang bertentangan dengan keselamatan dan kepentingan negara.
141. Adalah sedia maklum bahawa sama seperti Malaysia, APNP Singapura membenarkan Pendaftar untuk memotong pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa perniagaan tersebut tidak lagi dijalankan37.
142. Di Mauritius, tiada peruntukan berkaitan dengan kuasa Pendaftar
untuk
memotong
atau
membatalkan
pendaftaran
perniagaan.
143. SSM berpendapat bahawa prosedur yang berkaitan untuk membatalkan
atau
memotong
pendaftaran
perniagaan
atas
alasan bahawa perniagaan itu digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang perlu dikaji semula untuk memasukkan pengeluaran notis oleh Pendaftar kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang yang bertanggungjawab untuk perniagaan. Pengeluaran notis itu tidak menghendaki perniagaan itu memberikan jawapan tunjuk sebab sebaliknya. Ia juga dicadangkan bahawa mana-mana orang yang terkilan
hendaklah
diberi
peluang
untuk
didengar
melalui
permohonan rayuan kepada Menteri.
144. SSM juga dicadangkan bahawa undang-undang hendaklah membenarkan Pendaftar membatalkan pendaftaran jika terdapat arahan 37
daripada
Menteri
yang
Seksyen 22 dan 23 APNP Singapura.
62
bertanggungjawab
untnuk
keselamatan dalam negeri bahawa perniagaan itu digunakan bagi tujuan
yang
tidak
bersesuaian
dengan
kepentingan
atau
keselamatan negara. Dalam kes sedemikian, pengeluaran notis tidak diperlukan. Soalan untuk Konsultasi: (35) Adakah
anda
berkaitan
bersetuju
untuk
pendaftaran perniagaan
bahawa
membatalkan
perniagaan itu
atas
digunakan
prosedur atau
memotong
alasan
atau
yang
bahawa
diniatkan
untuk
digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang perlu dikaji semula untuk memasukkan pengeluaran notis oleh Pendaftar kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang yang bertanggungjawab untuk perniagaan? (36) Adakah
anda
bersetuju
kepadanya
notis
dibenarkan
untuk
telah
bahawa dikeluarkan
membuat
orang
yang
tidak
patut
representasi
bertulis
tetapi dibenarkan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Pendaftar kepada Menteri? (37) Adakah
anda
hendaklah membatalkan
bersetuju
bahawa
membenarkan pendaftaran
undang-undang
Pendaftar jika
terdapat
untuk arahan
daripada Menteri yang bertanggungjawab dengan tanggungjawab keselamatan dalam negeri bahawa perniagaan itu digunakan untuk tujuan yang tidak
63
bersesuaian dengan kepentingan atau keselamatan negara? Penamatan perniagaan 145. Pada masa ini, jika perniagaan berdaftar ditamatkan; orang yang
bertanggungjawab
untuk
memberitahu Pendaftar dalam
perniagaan
itu
diikehendaki
tempoh 30 hari dari tarikh
penamatan. Pemberitahuan itu hendaklah dilakukan melalui penyerahsimpanan Borang C. 146. Borang C juga dikehendaki untuk diserah simpan sekiranya berlaku kematian ke atas salah seorang sekutuniaga atau pekongsi dan apabila tiada sekutuniaga atau pekongsi yang masih hidup; atau apabila sekutuniaga atau pekongsi tidak dapat dijumpai atau dikesan.
147. Namun dalam kes yang tidak melibatkan pembaharuan pendaftaran perniagaan, Borang C tidak perlu diserah simpan.
148. Sehubungan itu, status sebenar bilangan perniagaan yang aktif tidak dapat ditentukan dengan tepat. Oleh demikian, terdapat cadangan supaya amalan yang menghendaki Borang C diserah simpan perlu diselaraskan dalam kes-kes penamatan perniagaan
dan
pemberhentian
perniagaan
akibat
daripada
kegagalan memperbaharui pendaftaran perniagaan.
149. Di Singapura, jika seseorang yang berdaftar berhenti menjalankan perniagaan, orang itu hendaklah memberitahu Pendaftar mengenainya dalam tempoh 14 hari dari tarikh 64
pemberhentian tersebut. Selanjutnya, APNP Singapura
juga
membenarkan seseorang itu untuk memberikan notis awal kepada Pendaftar mengenai niatnya untuk berhenti menjalankan perniagaan. Tiada peruntukan yang menghendaki seseorang memberitahu Pendaftar mengenai pemberhentian perniagaan yang disebabkan oleh tiada pembaharuan pendaftaran dilakukan.
150. Di
Mauritius,
seseorang
yang
berdaftar
dikehendaki
memberitahu Pendaftar dalam tempoh 15 hari dari hari dia berhenti menjalankan perniagaan38.
151. SSM berpendapat bahawa amalan serah simpan Borang C hanya diperlukan dalam kes berlakunya penamatan perniagaan dan penamatan perniagaan akibat kematian sekutuniaga atau pekongsi di mana tiada sekutuniaga yang hidup hendaklah dikekalkan. Cadangan untuk menghendaki amalan sekarang diperluaskan kepada kes-kes pendaftaran yang tidak diperbaharui adalah tidak praktikal. Oleh kerana sifat pendaftaran perniagaan di bawah APP adalah sah sepanjang tempoh pendaftaran itu, pendaftaran yang tidak diperbaharui secara automatik yang dianggap
sebagai
pemberhentian
perniagaan
atas
alasan
pemakaian undang-undang.
152. Adalah
diberi
perhatian
bahawa
sebagai
hal
dasar
pentadbiran, sesebuah perniagaan masih boleh diperbaharui dalam tempoh 12 bulan selepas tempoh pendaftarannya luput. Perniagaan tersebut masih boleh mengekalkan nama dan nombor perniagaannya. Namun begitu, tempoh 12 bulan (grace period)
38
Seksyen 12(1) APP Mauritius.
65
itu dianggap terlalu lama dan mungkin menghalang orang lain daripada
menggunakan
nama
perniagaan
tersebut.
SSM
mencadangkan agar dasar ini dikaji semula dan pembaharuan pendaftaran perniagaan hanya boleh dibuat sebelum tarikh luput. Soalan untuk Konsultasi: (38) Adakah
anda
bersetuju
bahawa
amalan
semasa
menyerah simpan Borang C hanya sekiranya berlaku penamatan perniagaan dan penamatan perniagaan akibat kematian sekutuniaga atau pekongsi atau di mana tiada sekutuniaga atau pekongsi yang masih hidup hendaklah dikekalkan?
Pemulihan perniagaan 153.
Adalah sedia maklum
bahawa pada masa ini, tiada
peruntukan nyata dalam APP yang membenarkan permohonan untuk memulihkan pendaftaran perniagaan apabila tempoh telah terhenti atau luput. 154. Di Singapura, seseorang yang pendaftarannya dan nama perniagaannya telah dibatalkan atau ditamatkan dibenarkan untuk
membuat
memulihkan
permohonan
pendaftaran
kepada
tersebut.
Pendaftar
untuk
Peruntukan
yang
membolehkan pemulihan itu didapati di bawah seksyen 24(1) APNP 2014 Singapura yang menyatakan bahawa:
66
“24(1) Seseorang yang mana pendaftaran perniagaan dan perniagaan
berdaftarnya
telah
dibatalkan
di
bawah
seksyen 14, atau 23, atau yang pendaftaran dan nama perniagaan berdaftarnya telah terhenti di bawah seksyen 22, boleh mengemukakan permohonan dengan Pendaftar untuk memulihkan Pendaftaran perniagaan.” 155.
Oleh itu SSM mencadangkan agar undang-undang di
bawah seksyen 24(1) APNP 2014 Singapura diadaptasi. 156. Juga,
di
Singapura
permohonan
untuk
memulihkan
pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam seksyen 24(2) di mana ia menyatakan bahawa: “24(2)
Permohonan
untuk
memulihkan
pendaftaran
perniagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat(a) dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pendaftaran itu dibatalkan atau telah berhenti; atau (b) dalam masa yang lebih panjang sebagaimana yang Pendaftar
boleh
dalam
hal
keadaan
khas
membenarkan.” 157. Oleh itu, dalam mengadaptasi undang-undang di bawah APNP, adalah dicadangkan agar permohonan untuk memulihkan pendaftaran perniagaan perlu dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perniagaan itu dibatalkan atau berhenti, atau pada tempoh lebih
lama
perniagaan
yang
dibenarkan
mempunyai
kesan
oleh
Pendaftar.
seolah-olah
Pemulihan
perniagaan
tidak
pernah dibatalkan atau berhenti. Namun begitu, pemulihan tidak 67
bermakna bahawa perniagaan itu dilepaskan daripada kesalahan yang telah dilakukan di bawah APNP.
Soalan untuk Konsultasi: (39) Adakah anda bersetuju bahawa permohonan untuk memulihkan pendaftaran perniagaan boleh dilakukan setelah
perniagaan
luput
atau
berhenti
adalah
dibenarkan? (40) Apakah tempoh masa yang sesuai bagi permohonan pemulihanan perniagaan tersebut? (a)
12 bulan; atau
(b)
24 bulan.
BAHAGIAN D - PELBAGAI Pembetulan Daftar atau Kesilapan 158. Peruntukan semasa dalam seksyen 7 APP 1956 hanya memberi kuasa kepada Pendaftar untuk membetulkan kesilapan dalam daftar setelah menerima perintah daripada Mahkamah. SSM menyedari bahawa peruntukan ini menimbulkan halangan kerana perintah Mahkamah mesti diperolehi sebelum apa-apa kesilapan atau ralat yang ditemui dalam daftar itu boleh diperbetulkan.
68
159. Selaras dengan pindaan yang dibuat dalam Akta Syarikat 2016, SSM mencadangkan kerangka kerja yang sama untuk pembetulan daftar atau kesilapan diguna pakai.
160. Peruntukan-peruntukan tersebut jelas menerangkan siapa yang boleh memohon untuk membetulkan daftar tersebut, kuasa Pendaftar untuk membuat pembetulan atas kehendaknya sendiri dan juga menyediakan ruang untuk merayu dalam keadaan di mana permohonan ditolak oleh Pendaftar.
161. Berdasarkan perenggan-perenggan terdahulu, ia adalah dicadangkan bahawa Pendaftar diberi kuasa untuk membetulkan kesilapan atau kesalahan dalam Daftar berdasarkan bukti yang cukup
bahawa
sesuatu
catatan
dalam
daftar
yang
telah
ditinggalkan, adalah tidak betul atau telah tersilap masuk.
162. Ia juga dicadangkan bahawa mana-mana pihak yang terkilan
dalam
Mahkamah
keadaan
untuk
tertentu
boleh
mendapatkan
memohon
perintah
agar
kepada daftar
diperbetulkan dalam keadaan tertentu. Soalan untuk Konsultasi: (41) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar dibenarkan untuk membetulkan kesilapan atau kesalahan dalam Daftar
berdasarkan
bukti
yang
cukup
bahawa
kemasukan dalam daftar telah ditinggalkan, tidak betul atau telah tersilap masuk?
69
(42) Adakah anda bersetuju bahawa mana-mana pihak yang terkilan boleh memohon kepada Mahkamah untuk
mendapatkan
perintah
agar
daftar
diperbetulkan dalam keadaan tertentu? Memudahcarakan Pemfailan Dokumen Secara Elektronik 163. Berikutan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22A APP, pada awal tahun 2008 SSM telah melancarkan Perkhidmatan Serah Simpan Elektronik untuk Perniagaan dan Syarikat. 164. Untuk berhubung
menambahbaikn dengan
peruntukan
perkhidmatan
serah
undang-undang
simpan
elektronik,
terdapat keperluan untuk mempertimbangkan isu-isu berikut:
Keperluan berkaitan dengan akuan berkanun dan pembuktian 165. Bagi
memudahkan
serah
simpan
dokumen-dokumen,
adalah dicadangkan di mana dokumen itu perlu difailkan atau diserah simpan secara elektronik; dan jika terdapat keperluan untuk
suatu
akuan
berkanun,
akuan
berkanun
tersebut
hendaklah difailkan atau diserah simpan secara elektronik atau mana-mana cara yang ditetapkan oleh Pendaftar dan Pendaftar akan menerima kenyataan tersebut
sebagai bukti pematuhan
yang mencukupi. 166. Peruntukan ini adalah selari dengan keperluan di bawah seksyen 604 Akta Syarikat 2016.
70
167. Sebagai
perlindungan,
undang-undang
perlu
memperuntukkan kesalahan untuk membuat kenyataan palsu dalam akuan berkanun yang dibuat secara elektronik.
168. Menurut Akta Akuan Berkanun 1960, kenyataan palsu yang dibuat dalam akuan berkanun merupakan pemberian keterangan palsu di bawah Kanun Keseksaan, di mana hukuman dinyatakan di bawah Kanun Keseksanan. Kanun Keseksaan menggunakan istilah "akuan". Oleh kerana pemfailan elektronik tidak boleh menempatkan
suatu
akuan
berkanun
sebagaimana
yang
dinyatakan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960, ia adalah dicadangkan agar rujukan terus kepada Kanun Keseksaan dibuat untuk memastikan bahawa hukuman dapat dilaksanakan.
169. Begitu
juga,
undang-undang
patut
memperuntukkan
bahawa di mana dokumen yang dikehendaki untuk ditandatangni dan disahkan perlu faikan atau diserah simpan secara elektronik, keperluan untuk tandatangan dan pengesahan adalah tidak terpakai. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 604 Akta Syarikat 2016. Soalan untuk Konsultasi: (43) Adakah anda bersetuju bahawa di mana dokumen itu hendaklah
difailkan
atau
diserah
simpan
secara
elektronik, dan jika terdapat keperluan untuk suatu akuan berkanun, akuan berkanun tersebut hendaklah difailkan
atau
diserah
simpan
secara
elektronik
dengan Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan
71
Pendaftar
akan
menerima
kenyataan-kenyataan
tersebut sebagai bukti pematuhan yang mencukupi? (44) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu memperuntukkan
kesalahan
terhadap
kenyataan
palsu yang dibuat dalam akuan berkanun yang dibuat secara elektronik? (45) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu memperuntukkan
bahawa
jika
dokumen
yang
diperlukan untuk ditandatangani dan disahkan adalah untuk
difailkan
elektronik,
atau
keperluan
diserah untuk
simpan
secara
tandatangan
dan
penyaksian itu tidak terpakai?
Pendaftar untuk menggunakan perkhidmatan elektronik 170. Walaupun seksyen 22A membenarkan Pendaftar untuk menyediakan dengan
jelas
perkhidmatan bahawa
elektronik, Pendaftar
ia
tidak
boleh
dinyatakan
menggunakan
perkhidmatan elektronik untuk memudahkan komunikasi dengan pengguna. 171. Ia adalah dicadangkan bahawa seksyen 22A dipinda bagi membolehkan Pendaftar menggunakan perkhidmatan elektronik seperti mengeluarkan perintah, notis, sijil dan lain-lain kepada perniagaan, rakan-rakan atau orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan.
72
172. Oleh kerana APP tidak mempunyai takrifan "dokumen", ia juga dicadangkan bahawa suatu peruntukan undang-undang perlu
diadakan
bagi
mentakrif
maksud
dokumen.
Adalah
dicadangkan bahawa definisi dokumen dalam APNP (Cap 50) diguna pakai seperti berikut: "Dokumen
termasuk
apa-apa
permohonan,
borang,
laporan, pensijilan, notis, pengesahan, perisytiharan, atau dokumen lain yang difailkan atau diserah simpan dengan atau diserahkan kepada Pendaftar, atau mengikut manamana yang berkenaan, apa-apa perakuan, notis atau dokumen lain yang hendak dikeluarkan oleh Pendaftar". Soalan untuk Konsultasi: (46) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan elektronik untuk mengeluarkan
perintah,
notis,
sijil
dan
lain-lain
kepada perniagaan, rakan-rakan atau orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan? (47) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu mengadakan
peruntukan
bagi
menjelaskan
takrif
"dokumen"? (48) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "dokumen" seperti yang terdapat dalam APNP (Cap 50) diguna pakai?
73
Kebolehterimaan
maklumat diperakui oleh
Pendaftar
secara
elektronik 173. Adalah sedia maklum bahawa undang-undang juga perlu mengadakan peruntukan bagi nilai keterangan dokumen yang dibekalkan atau diperakui oleh Pendaftar secara elektronik. 174. Undang-undang
semasa
membenarkan
serah
simpan
dokumen dibuat secara elektronik, namun begitu dokumen itu masih perlu diperakui sebagai salinan benar di bawah meterai tangan Pendaftar dan ini masih perlu dijalankan secara manual dan bukan secara elektronik. Amalan ini dilihat sebagai kurang membantu kepada perniagaan.
175. Oleh itu ia adalah dicadangkan bahawa undang-undang perlu memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengesahkan dokumen secara elektronik dan Pendaftar hendaklah menetapkan cara
untuk
mengesahkan
salinan
benar
dokumen
secara
elektronik. Soalan untuk Konsultasi: (49) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang juga perlu menyediakan nilai keterangan untuk dokumen yang dibekalkan atau diperakui oleh Pendaftar secara elektronik? (50) Adakah anda bersetuju bahawa cara mengesahkan salinan
yang
benar
bagi
dokumen
elektronik hendaklah ditetapkan? 74
itu
secara