PAKEJ INSENTIF PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM 2012 SOALAN LAZIM 1. Apakah Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM 2012 yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Pakej insentif perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut: (i) Bayaran fi pendaftaran baru (Borang A) dan pembaharuan perakuan pendaftaran perniagaan (Borang A1) untuk pemilik tunggal (nama persendirian & nama tred) dan perkongsian dikenakan bayaran RM50 untuk tempoh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran selama 5 tahun secara sekaligus. (ii) Bayaran kompaun lewat mendaftarkan perniagaan dan lewat memperbaharui perniagaan dikurangkan sebanyak 50% sama ada kompaun tertunggak atau semasa. 2. Bilakah pakej ini berkuatkuasa? Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012. 3. Adakah pakej ini terpakai untuk semua bentuk perniagaan? Ya, milikan tunggal dan perkongsian. 4. Adakah pakej ini terpakai untuk semua jenis perkhidmatan perniagaan? Tidak. Hanya untuk Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1).
1
5. Di manakah perkhidmatan menerusi pakej ini boleh diperolehi? Pendaftaran perniagaan baru (Borang A) boleh dibuat di semua pejabat SSM seluruh Malaysia termasuk kaunter perkhidmatan, kaunter litar dan kaunter bergerak kecuali pejabat SSM di Negeri Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan melalui e-Lodgement hanya boleh dibuat setelah sistem sedia digunakan dan tarikh akan dimaklumkan kelak. Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (A1) boleh dibuat di semua pejabat SSM seluruh Malaysia termasuk kaunter perkhidmatan, kaunter litar dan kaunter bergerak kecuali pejabat SSM di Negeri Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan melalui e-Lodgement dan di Bank Simpanan Nasional (BSN) hanya boleh dibuat setelah sistem sedia digunakan dan tarikh akan dimaklumkan kelak. 6. Adakah perniagaan baru dan/atau pembaharuan yang didaftarkan untuk tempoh pendaftaran kurang dari 5 tahun boleh menikmati pakej pengurangan fi? Tidak. Fi seperti kadar biasa dikenakan. 7. Adakah pendaftaran cawangan perniagaan juga boleh menikmati pengurangan fi ? Tidak. Pendaftaran cawangan kepada perniagaan yang berdaftar tidak termasuk di dalam pakej insentif ini. Fi yang dikenakan adalah sama sebanyak RM 5.00 setahun bagi setiap pendaftaran cawangan.
2
8. Bolehkah pembaharuan pendaftaran perniagaan yang telah tamat tempoh diperbaharui di BSN atau melalui sistem (online) e-Lodgement SSM. Tidak. 9. Bolehkah pembaharuan dibuat lebih awal untuk menikmati pakej insentif ini sekiranya tempoh pendaftaran belum tamat untuk diperbaharui? Boleh, jika ia dibuat dalam tempoh pakej insentif ini. Mulai 1 Jun 2012, pemilik perniagaan berdaftar boleh melakukan pembaharuan perakuan pendaftaran perniagaan pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh pendaftaran perniagaan tersebut (tetapi tidak melebihi 12 bulan dari tarikh tamat tempoh pendaftaran). 10. Jika pendaftaran baru atau pembaharuan telah dibuat sebelum tempoh pakej insentif ini, bolehkah pihak SSM mengembalikan bayaran bagi menikmati pakej insentif tersebut? Tidak. Bagaimanapun pelanggan boleh membuat pembaharuan sekali lagi semasa tempoh pakej insentif berkuatkuasa. 11. Bolehkah pendaftaran baru yang telah menikmati pakej insentif ini membuat pembaharuan bagi mendapat insentif pembaharuan pula? Tidak. Pakej insentif ini hanya boleh dinikmati sekali sahaja bagi setiap perniagaan sama ada pendaftaran baru atau pembaharuan sahaja. 12. Bolehkah perniagaan yang telah menikmati pakej diskaun dalam tempoh 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012 memajukan permohonan pembaharuan dalam tempoh yang sama? Tidak. Sebuah perniagaan hanya boleh menikmati pakej diskaun sekali sahaja sepanjang tempoh pakej dilaksanakan.
3
13. Bolehkah pembaharuan dan pendaftaran baru dibuat melalui pos? Boleh. Borang yang lengkap dan bayaran secukupnya perlu disertakan untuk pakej insentif ini. Sekiranya bayaran yang diterima kurang atau lebih, pihak SSM akan menghubungi pelanggan untuk tindakan selanjutnya. 14. Bagaimana jika permohonan yang dihantar melalui pos dalam tempoh pakej insentif tetapi pihak SSM hanya menerima permohonan berkenaan selepas tamat tempoh pakej insentif? Permohonan yang diterima oleh SSM selepas tarikh tamat tempoh tidak dapat menikmati pakej insentif ini. Pihak SSM akan menghubungi pelanggan untuk tindakan selanjutnya dan meminta bayaran secukupnya dengan kadar biasa. 15. Adakah pengurangan kompaun sebanyak 50% terpakai kepada semua jenis kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956)? Tidak. Pengurangan hanya terpakai kepada kompaun kesalahan Seksyen 12(1)(a) APP 1956 - menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan itu dan 12(1)(b) APP 1956 – menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran. 16. Adakah kompaun Seksyen 12(1)(a) dan 12(1)(b) yang belum berbayar layak mendapat pengurangan 50%? Ya, sekiranya pembayaran kompaun dibuat dalam tempoh pakej insentif ini. 17. Dimanakah pemilik pengurangan kompaun?
perniagaan
boleh
mendapatkan
Di semua pejabat SSM seluruh Malaysia termasuk kaunter perkhidmatan, kaunter litar dan kaunter bergerak kecuali pejabat SSM di Negeri Sabah dan Sarawak.
4
18. Perlukah rayuan kompaun kesalahan lewat mendaftar dan lewat memperbaharui pendaftaran dimajukan? Tidak perlu. Sistem akan membuat pengurangan secara automatik. 19. Bolehkah pembayaran diskaun kompaun sahaja dibuat tanpa permohonan pembaharuan atau pendaftaran baru di bawah pakej insentif ini? Boleh.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA BERTARIKH: 31 MEI 2012
5