Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam Pengeluaran Sijil Tahunan / Sijil Amalan adalah tertakluk kepada pembayaran penuh semua yuran bagi setiap tahun. Sijil-Sijil Amalan secara umumnya sah dari 1 Januari (atau tarikh pengeluaran) hingga 31 Disember setiap tahun. (1)
Bilakah yuran tahunan perlu dijelaskan? Yuran tahunan kepada Bar Malaysia hendaklah dibayar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun. Jika seseorang Ahli Bar Malaysia membayar yuran tahunannya selepas 30 Jun, Ahli tersebut hendaklah membayar suatu amaun tambahan yang senilai dengan jumlah yuran yang terhutang. Sila ambil perhatian terhadap seksyen 44, 46(5) dan 46(6) Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang mana seperti berikut (penekanan ditambah):
(2)
Seksyen 44
Semua ahli yang tidak terhutang yuran di bawah seksyen 46 layak— (a) menghadiri dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat agung; (b) tertakluk kepada seksyen 46A, dipilih menjadi ahli Majlis Peguam; dan (c) mengundi dalam pemilihan ahli untuk menjadi ahli Majlis Peguam.
Seksyen 46(5)
Tanggungan untuk membayar apa-apa yuran tahunan kepada Bar Malaysia bermula apabila yuran telah ditetapkan oleh Majlis Peguam. Semua yuran tahunan kepada Bar Malaysia hendaklah dibayar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Seksyen 46(6)
Seseorang peguam bela dan peguam cara, jika dia membayar yuran tahunannya selepas tarikh yang disebut dalam subseksyen (5), hendaklah membayar kepada Majlis Peguam, sebagai tambahan kepada yuran yang terhutang, suatu amaun yang senilai dengan yuran yang terhutang sedemikian itu.
Bolehkah penalti yang dikenakan kerana pembayaran lewat diketepikan? Tarikh akhir pembayaran yuran tahunan (iaitu pada 30 Jun setiap tahun) perlu dipatuhi. Sebarang permohonan untuk pengenepian penalti tidak akan dilayan.
(3)
Apakah bayaran-bayaran yang perlu saya jelaskan? Yuran tahunan berjumlah RM450 bagi tempoh dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun. Selain itu, Ahli-Ahli Bar Malaysia juga dikehendaki membuat bayaran bagi kumpulankumpulan wang yang berikut: No (a) (b) (c) (d)
Kumpulan Wang Majlis Peguam Bangunan Bantuan Guaman LawCare Sukan Jumlah
Jumlah (RM) 100 100 100 20 320
Jumlah keseluruhan sebanyak RM770 hendaklah dibayar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Bayaran untuk Kumpulan Wang Pampasan Majlis Peguam sebanyak RM100 dan Kumpulan Wang Tatatertib Majlis Peguam sebanyak RM60 boleh dibuat ketika membuat permohonan untuk Sijil Tahunan / Sijil Amalan bagi tahun yang berikutnya. (4)
Apakah pilihan-pilihan cara pembayaran? Majlis Peguam menerima pembayaran melalui: (a) Perbankan Internet (www.cimbclicks.com.my) Layari laman sesawang www.cimbclicks.com.my dan daftar masuk dengan ID pengguna dan kata laluan untuk membuat pembayaran secara perbankan Internet. (b)
Kad Kredit Direct Access Bar Malaysia (Visa / MasterCard) Lengkapkan Surat Kebenaran Pembayaran Melalui Kad Kredit Direct Access Bar Malaysia di dalam Lampiran 1 dan hantarkan melalui faks ke 03-2050 2133 atau melalui emel ke
[email protected].
(c)
Cek Pembayaran untuk yuran-yuran hendaklah dibuat dengan TIGA cek berasingan: (i)
Cek pertama berjumlah RM770 (Yuran Tahunan Majlis Peguam + Kumpulan Wang Bangunan Majlis Peguam + Kumpulan Wang Bantuan Guaman Majlis Peguam + Kumpulan Wang LawCare Majlis Peguam + Kumpulan Wang Sukan Majlis Peguam) hendaklah dibayar kepada “Bar Council”;
(ii)
Cek kedua berjumlah RM100 (Kumpulan Wang Pampasan Majlis Peguam) hendaklah dibayar kepada “Bar Council Compensation Fund”; dan
(iii)
Cek ketiga berjumlah RM60 (Kumpulan Wang Tatatertib Majlis Peguam) hendaklah dibayar kepada “Bar Council Discipline Fund”.
Sila pastikan bahawa nama dan nombor keahlian Ahli Bar Malaysia ditulis dengan jelas di bahagian belakang setiap cek. (5)
Jika seseorang peguam bela dan peguam cara beramal semula pada bila-bila masa dalam sesuatu tahun, apakah bayaran-bayaran yang perlu dibuat? (a)
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang beramal semula antara 1 Januari hingga 30 Jun dikehendaki membuat pembayaran seperti yang berikut: No (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
Bayaran Yuran Tahunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bangunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bantuan Guaman Majlis Peguam Kumpulan Wang LawCare Majlis Peguam Kumpulan Wang Sukan Majlis Peguam Kumpulan Wang Pampasan Majlis Peguam Kumpulan Wang Tatatertib Majlis Peguam Jumlah
Jumlah (RM) 450 100 100 100 20 100 60 930
(b)
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang beramal semula antara 1 Julai hingga 31 Disember dikehendaki membuat pembayaran seperti yang berikut: No (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
Bayaran Yuran Tahunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bangunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bantuan Guaman Majlis Peguam Kumpulan Wang LawCare Majlis Peguam Kumpulan Wang Sukan Majlis Peguam Kumpulan Wang Pampasan Majlis Peguam Kumpulan Wang Tatatertib Majlis Peguam Jumlah
Jumlah (RM) 450 100 100 100 20 50 60 880
Perbezaan antara kedua-dua senario ini adalah hanya pada jumlah yang dibayar untuk Kumpulan Wang Pampasan Majlis Peguam, yang dikurangkan daripada RM100 kepada RM50. (6)
Apakah pembayaran yang perlu dibuat oleh seseorang peguam bela dan peguam cara yang baru diterima masuk pada masa yang berbeza dalam sesuatu tahun? Sebelum merujuk kepada senario-senario berbeza di bawah, sila rujuk kepada perkara (4) untuk maklumat berkenaan cara pembayaran. Untuk Ahli-Ahli Bar Malaysia yang ingin membuat pembayaran melalui cek, sila rujuk kepada panduan pembayaran yang berikut. (a)
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk sebelum 1 Julai dikehendaki membuat pembayaran seperti berikut, dengan TIGA cek berasingan: (i)
Cek pertama berjumlah RM770 hendaklah dibuat kepada “Bar Council”, sebagai bayaran untuk: No (a) (b) (c) (d) (e)
(b)
Bayaran Yuran Tahunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bangunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bantuan Guaman Majlis Peguam Kumpulan Wang LawCare Majlis Peguam Kumpulan Wang Sukan Majlis Peguam Jumlah
Jumlah (RM) 450 100 100 100 20 770
(ii)
Cek kedua berjumlah RM100 hendaklah dibuat kepada “Bar Council Compensation Fund”; dan
(iii)
Cek ketiga berjumlah RM60 hendaklah dibuat kepada “Bar Council Discipline Fund”.
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk antara 1 Julai hingga 30 September dikehendaki membuat pembayaran seperti berikut, dengan TIGA cek berasingan: (i)
Cek pertama berjumlah RM545 hendaklah dibuat kepada “Bar Council”, sebagai bayaran untuk:
No (a) (b) (c) (d) (e)
(c)
Jumlah (RM) 225 100 100 100 20 545
(ii)
Cek kedua berjumlah RM50 hendaklah dibuat kepada “Bar Council Compensation Fund”; dan
(iii)
Cek ketiga berjumlah RM60 hendaklah dibuat kepada “Bar Council Discipline Fund”.
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk antara 1 Oktober hingga 31 Disember dikehendaki membuat pembayaran seperti berikut, dengan TIGA cek berasingan: (i)
Cek pertama berjumlah RM320 hendaklah dibuat kepada “Bar Council”, sebagai bayaran untuk: No (a) (b) (c) (d)
(7)
Bayaran Yuran Tahunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bangunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bantuan Guaman Majlis Peguam Kumpulan Wang LawCare Majlis Peguam Kumpulan Wang Sukan Majlis Peguam Jumlah
Bayaran Kumpulan Wang Bangunan Majlis Peguam Kumpulan Wang Bantuan Guaman Majlis Peguam Kumpulan Wang LawCare Majlis Peguam Kumpulan Wang Sukan Majlis Peguam Jumlah
Jumlah (RM) 100 100 100 20 320
(ii)
Cek kedua berjumlah RM50 hendaklah dibuat kepada “Bar Council Compensation Fund”; dan
(iii)
Cek ketiga berjumlah RM60 hendaklah dibuat kepada “Bar Council Discipline Fund”.
Bolehkah yuran-yuran dibayar secara ansuran? Yuran-yuran mestilah dibayar sepenuhnya pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan. Tidak terdapat peruntukan untuk pembayaran tertunda atau berkala.
(8)
Apakah akibat sekiranya gagal untuk membuat bayaran yuran-yuran? Pengeluaran Sijil Tahunan / Sijil Amalan bergantung kepada bayaran penuh yuran-yuran. Sijil Tahunan / Sijil Amalan tidak akan dikeluarkan kepada seseorang peguam bela dan peguam cara yang gagal untuk membayar yuran-yuran. Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengamalkan undang-undang tanpa Sijil Amalan. Sila ambil perhatian terhadap seksyen 36(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang mana seperti berikut: Tertakluk kepada seksyen ini, tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melainkan jika namanya ada dalam Daftarai dan dia mempunyai suatu sijil amalan yang sah membenarkan dia melakukan perbuatan itu;
seseorang yang tidak berkelayakan sedemikian disebut dalam Akta ini “orang tidak diberi kuasa”. (9)
Jika saya hanya memerlukan Sijil Amalan untuk satu tempoh tertentu dalam sesuatu tahun, bolehkah saya mendapatkan diskaun atau pembayaran balik? Seseorang peguam bela dan peguam cara yang beramal semula sebelum 30 Jun dalam sesuatu tahun mestilah membayar jumlah penuh kerana tidak terdapat peruntukan untuk diskaun atau pembayaran balik. Seseorang peguam bela dan peguam cara yang beramal semula selepas 30 Jun dalam sesuatu tahun dikehendaki membayar RM50 dan bukannya RM100 untuk Kumpulan Wang Pampasan Majlis Peguam. Kesemua yuran yang lain mestilah dibayar sepenuhnya.
(10) Seseorang peguam bela dan peguam cara telah diberikan Sijil Tahunan 2014. Beliau berhenti beramal pada 15 Januari 2014. Adakah beliau dikehendaki membayar yuran 2014 sebanyak RM770? Ya. Selagi beliau beramal sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dalam tahun 2014, walaupun untuk tempoh sehari, beliau dikehendaki membayar yuran 2014 sebanyak RM770. (11) Seseorang peguam bela dan peguam cara telah berhenti beramal pada bulan April 2014. Oleh sebab beliau tidak membayar yuran 2014 pada atau sebelum 30 Jun 2014, satu penalti telah dikenakan. Beliau kemudian beramal semula pada bulan November 2014. Bolehkah penalti tersebut diketepikan? Selagi beliau beramal sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dalam tahun 2014, walaupun untuk tempoh sehari, beliau dikehendaki membayar yuran 2014 sebanyak RM770. Selain itu, penalti yang telah dikenakan tidak boleh diketepikan. (12) Seseorang peguam bela dan peguam cara telah diberikan Sijil Tahunan 2014. Beliau berhenti beramal pada 30 Disember 2013. Adakah beliau dikehendaki membayar yuran 2014 sebanyak RM770? Peguam bela dan peguam cara tersebut mesti memaklumkan kepada Majlis Peguam bahawa beliau telah berhenti beramal. Jika beliau berhenti beramal pada 30 Disember 2013, beliau tidak perlu membayar yuran 2014 sebanyak RM770. Jika beliau gagal memaklumkan kepada Majlis Peguam, beliau dikehendaki membayar yuran tersebut. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Sijil Tahunan 2014 dikeluarkan, Majlis Peguam tidak akan membayar balik jumlah yang telah dibayar untuk Kumpulan Wang Pampasan dan Kumpulan Wang Tatatertib Majlis Peguam bagi tahun 2014. (13) Seseorang peguam bela dan peguam cara telah diberikan Sijil Tahunan 2014. Beliau berhenti beramal pada 15 Disember 2013. Adakah beliau berhak untuk mendapat pembayaran balik jumlah yang telah dibayar untuk Kumpulan Wang Pampasan dan Kumpulan Wang Tatatertib Majlis Peguam untuk tahun 2014 atau bolehkah jumlah tersebut dipindahkan ke tahun yang berikutnya apabila beliau beramal semula? Pembayaran balik tidak akan dibuat dan jumlah tersebut juga tidak boleh dipindahkan ke tahun yang berikutnya.
Dikemaskini pada 23 April 2014