R.wr>
tL(
J/U/IZ
PO!
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG JABATAN BANGUNAN
PARAS 14, KOMTAR, JALAN PENANG
10675 PULAU PINANG
Telefon: 04 259 2020 Faks: 04 263 1095
http://www.mppp.gov.my
Ruj Kami
JB/KT/30-1 Jld 4
Tarikh:
31 Oktober 2012
Pengerusi Pemaju Hartanah & Perumahan Malaysia
Room 705, 7TH Floor,
Penang Chinese Town Hall,
22, Jalan Masjid Kapitan Keling,
10200 Pulau Pinang.
Pengerusi
Pertubuhan Arkitek Malaysia Northem Chapter (PAM),
3, Amoy Lane,
10050, PENANG.
Pengerusi
Pertubuhan Perancang Malaysia,
D/A Bay Avenue,
D-15-3, Lorong Bayan Indah 2,
11900, Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
GARISPANDUAN-GARISPANDUAN YANG TELAH DILULUSKAN OLEH MPPP
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, Majlis di Mesyuarat Biasa Majlis pada 28 September 2012 telah meluluskan pindaan garispanduan-garispanduan berikut : i)
Pindaan/Penambaikan Garispanduan Sediaada Bagi Pembinaan Anjul1g Kereta Di Rumah-rumah Berkernbar Dan Sesebuah dan berkuatkuasa serta-merta (bersama-sama ini dikepilkan garispanduan tersebut)
ii)
Pindaan/Penggubalan Garispanduan Sediaada Bagi Tempat Letak Kenderaan dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 (bersama-sama ini dikepilkan garispanduan tersebut)
3. Majlis memohon kerjasama tuan bagi menghebahkan perkara ini kepada ahli ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
"CEKAP, AKAUNTABILlTI, TELUS" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" \
(Rlzu:l~SALLEH)
b.p. Pengarah Bangunan,
Jabatan Bangunan,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
s.k.
RSINBAMY/sURAT
1)
Dato' Yang Dipertua
2)
Pengarah Bangllnan
3)
Pmk Pengarah Perancangan Pembangllnan
4)
Pengarah Kejuruteraan
5)
Penasihat Undang-undang
6)
Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta
7)
Pengarah Rekreasi, Pelancongan & Perhubungan Antarabangsa
8)
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perbandaran
9)
Pengarah Warisan
10)
Ketua Unit OSC
Pindaan/Penambaikan Garispanduan Sediaada Bagi Pembinaan Anjung Kereta Di Rumah-rumah Berkembar Dan Sesebuah Garispanduan Pembinaan Anjung Kereta dan Rumah-rumah Sesebuah dan Berkembar ditambah baik dengan memberi pilihan untuk membolehkan unjuran melebihi ketinggian paras tingkat bawah dibenarkan dengan syarat-syarat berikut : i)
Dalam I panjang anjung kereta hendaklah tidak melebihi 6 meter dari garisan Bangunan;
ii)
Anjung kereta yang berburnbung tidak dibenarkan dengan binaan sekatan dinding;
iii)
Ketinggian maksimum pagarl dinding sempadan lot berjiran di tingkat bawah anjung kereta hendaklah tidak melebihi 1.5 meter;
iv)
Bagi rumah sesebuah sediaada I skim baru I cadangan baru, ketinggian paras syiling anjung kereta yang melebihi paras ketinggian tingkat bawah tetapi tidak melebihi paras ketinggian satu boleh dibenarkan (contoh seperti gambar A yang dikepilkan);
v)
Bagi rumah berkembar skim peru mahan baru sahaja, ketinggian paras syiling anjung kereta yang melebihi paras ketinggian satu boleh dibenarkan dengan syarat (contoh seperti gambar B yang dikepilkan) : a) Anjung yang dibina berpasangan dengan rekabentuk yang seragam adalah dibenarkan; b) Anjung yang dibina di antara paras tingkat bawah tetapi melebihi paras ketinggian satu hendaklah mempunyai anjakan 2 meter dari sempadan lot berjiran
Garispanduan ini telah diluluskan di Mesyuarat Biasa Majlis pada 28 September 2012.
-.-- _. -- -I
:..-
_.--- 1i \
\ \
; I
.r
Pindaan/Penggubalan Garispanduan Sediaada Bagi Tempat Letak Kenderaan Berikut ialah pindaan / tambahan garispanduan Tempat Letak Kenderaan : i)
Kadar bayaran sumbangan tempat letak kereta yang tidak dapat disediakan telah ditetapkan kepada kadar baru RM 25,000/petak untuk keseluruhan pulau, Pulau Pinang.
ii)
Keperluan tempat letak motosikal sedia ada untuk cadangan rumahpangsa kos sederhana / mewah dikurangkan daripada 1.1 petak tempat letak motosikal seunit kepada 1 petak tempat letak motosikal bagi setiap 2 unit rumahpangsa kos sederhana / mewah. Tempat letak motosikal yang dikurangkan ini perlu dicadangkan / direkabentuk sebagai tempat letak kereta tambahan.
iii)
Setiap penyediaan 4 petak - 50 petak tempat letak kereta bagi semua pemajuan, perlu menyediakan 1 petak tempat letak kereta untuk orang kurang upaya (OKU). Bagi pemajuan yang memerlukan kurang daripada 4 petak tempat letak kereta ianya adalah dikecualikan daripada penyediaan tempat letak kereta untuk OKU.
iv}
Penyediaan 10% tempat letak kereta untuk petak pelawat dikekalkan.
Garispanduan ini telah diluluskan di Mesyuarat Biasa Majlis pada 28 September 2012 dan berkuatkuasa pad a 1 Januari 2013.
/