SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA) BAHAGIAN 1: PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TUNAS POTENSI (DERMASISWA) A. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN B. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN BIDANG PENGAJIAN BAHAGIAN 2: PERMOHONAN & SESI PENILAIAN DAN TEMUDUGA A. PERMOHONAN B. SESI PENILAIAN DAN TEMUDUGA C. KEPUTUSAN
BAHAGIAN 1: PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TUNAS POTENSI (DERMASISWA) A. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN 1. Apakah pembiayaan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa)? Program ini merupakan satu program bantuan pendidikan (sekali beri) untuk pelajar Bumiputera yang berpotensi dan dari keluarga berpendapatan isi rumah rendah. Bantuan ini terbuka kepada pelajar sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat asasi / matrikulasi / diploma atau ijazah sarjana muda. 2. Berapakah kadar pembiayaan pendidikan yang diperolehi oleh penerima Tunas Potensi (Dermasiswa)? Kadar pembiayaan pendidikan setiap pelajar adalah berbeza mengikut tahap pendidikan. Bayaran tersebut akan diberikan sekali sahaja secara one-off sebagai bantuan persediaan melanjutkan pengajian ke peringkat asasi / matrikulasi / diploma atau ijazah sarjana muda kepada pelajar yang layak. 3. Adakah penerima Tunas Potensi (Dermasiswa) dikehendaki berkhidmat dengan pihak Yayasan Peneraju selepas tamat tempoh pengajian? Tidak. Para penerima bantuan pendidikan di bawah program ini tidak terikat untuk berkhidmat di bawah Yayasan Peneraju atau mana-mana institusi di Malaysia. 4. Perlukah saya mencari biasiswa atau bantuan pengajian pendidikan yang lain setelah mendapat bantuan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa)? Perlu. Bantuan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa) ini hanya diberikan sekali sahaja secara one-off sebagai bantuan pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat asasi / matrikulasi / diploma atau ijazah sarjana muda kepada pelajar yang layak. 5. Apakah kategori pemohon yang layak memohon dalam pembiayaan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa)?
Kategori pemohon yang layak memohon dalam program ini adalah seperti jadual berikut; Kategori Pelajar
Melanjutkan Pengajian ke Peringkat/Institusi*
Syarat Kelayakan Minima
Asasi/Matrikulasi
5 A-
Diploma (IPTA)
3 A-
Lepasan STPM 2016
Ijazah Sarjana Muda (IPTA)
2 A-
Pelajar Tahun Akhir atau Lepasan Asasi/Matrikulasi
Ijazah Sarjana Muda (IPTA)
CGPA 3.50
Lepasan SPM 2016
*Sila rujuk syarat kelayakan di laman sesawang Yayasan Peneraju. B. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 1. Adakah bantuan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa) hanya diberikan kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi / Matrikulasi / Diploma atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja? Ya. Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak layak untuk program ini. Pelajar boleh merujuk di SENARAI KURSUS DAN INSTITUSI yang telah dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Peneraju. 2. Adakah saya perlu membuat permohonan sendiri untuk kemasukan ke Asasi / Matrikulasi / Diploma atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)? Ya. Pihak Yayasan Peneraju tidak bertanggungjawab terhadap penempatan pelajar. Calon yang telah mendapat penempatan di Asasi / Matrikulasi / Diploma atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja layak untuk memohon. 3. Saya telah menyambung pengajian di IPTA (Tahun pertama), adakah saya layak memohon untuk bantuan pendidikan Peneraju Tunas Potensi (Dermasiswa)? Tidak. Program ini hanya layak bagi pelajar untuk kemasukan ke Institut Pengajian Awam (IPTA) pada tahun 2017 sahaja. 4. Adakah Yayasan Peneraju menerima permohonan semua bidang / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah bantuan pendidikan Peneraju Tunas Potensi (Dermasiswa)? Tidak. Yayasan Peneraju hanya menerima permohonan pelajar untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang tertentu sahaja. Pelajar boleh merujuk di SENARAI KURSUS DAN INSTITUSI yang telah dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Peneraju.
BAHAGIAN 2: PERMOHONAN & SESI PENGHANTARAN DOKUMEN
A. PERMOHONAN 1. Bagaimana cara untuk saya memohon bantuan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa)? Pelajar perlu mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang Yayasan Peneraju. secara manual tidak diterima.
Permohonan
2. Saya menghadapi masalah ketika mengisi borang permohonan secara online. Apakah yang perlu saya lakukan? Sebarang pertanyaan atau masalah teknikal boleh hubungi ke talian 03-27279002 / 03-27279005 atau emel ke
[email protected] B. SESI PENGHANTARAN DOKUMEN 1. Bagaimanakah saya mengetahui bahawa saya terpilih untuk ke Sesi Penghantaran Dokumen? Selepas tarikh tutup permohonan, pihak Yayasan Peneraju akan menyenarai pendek senarai nama pemohonpemohon yang berjaya untuk menghadiri ke sesi penghantaran dokumen. Pelajar akan dimaklumkan melalui emel bagi jemputan untuk hadir ke Sesi Penghantaran Dokumen di pejabat Yayasan Peneraju. 2. Bolehkah saya menghantar dokumen secara pos? Tidak. Dokumen perlu dihantar sendiri oleh pemohon ke pejabat Yayasan Peneraju dalam tempoh yang akan ditetapkan. 3. Bolehkah saya menangguhkan Sesi Penghantaran Dokumen? Tidak. Tempoh masa yang diberikan kepada pelajar adalah mencukupi, justeru sebarang penghantaran dokumen selepas tarikh tutup tersebut tidak akan dilayan. 4. Pakaian semasa Sesi Penghantaran Dokumen? Calon dikehendaki untuk berpakaian formal dan sopan. Lelaki - Seluar panjang dan baju kemeja. Perempuan – Baju kurung / Blouse dan seluar atau skirt panjang. 5. Apakah proses-proses yang perlu dilalui semasa Sesi Penghantaran Dokumen? Para pelajar dikehendaki menghantar dokumen selengkapnya pada sesi tersebut bagi tujuan semakan oleh pihak Yayasan Peneraju. 6. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa Sesi Penghantaran Dokumen? Dokumen yang perlu dibawa semasa sesi penilaian dan temuduga terdiri daripada: Bil 1.
2.
Jenis Dokumen Dokumen pemohon Kad pengenalan Sijil lahir Salinan maklumat akaun bank aktif Dokumen ibu bapa / penjaga Kad pengenalan
Catatan
Semua kategori permohonan Semua kategori
3.
4.
Sijil lahir Slip gaji/ pencen/ borang pengesahan pendapatan 3 bulan penyata akaun bank aktif Dokumen adik-beradik Kad pengenalan Sijil lahir Slip gaji / pencen/borang pengesahan pendapatan bagi mereka yang telah bekerja Surat tawaran bantuan kewangan / agensi kerajaan (jika berkenaan) Akademik Salinan slip/ transkrip keputusan percubaan SPM/STPM Salinan sijil / transkrip sebenar SPM/STPM Salinan keputusan akademik tingkatan 4 & 5 Salinan sijil berhenti sekolah Salinan transkrip terkini / keputusan semester terkini Salinan sijil ko-kurikulum Surat tawaran belajar
5.
Lain-lain Salinan sijil kematian/cerai Salinan kad OKU Salinan surat pengesahan doctor bagi penyakit kronik
permohonan
Semua kategori permohonan
Lepasan SPM dan STPM 2016 sahaja Semua kategori permohonan Lepasan SPM 2016 sahaja Semua kategori permohonan Pelajar tahun akhir / lepasan Asasi / Matrikulasi Semua kategori permohonan Semua kategori permohonan
Jika berkenaan
7. Saya tidak dapat menyediakan dokumen yang diminta oleh pihak Yayasan Peneraju, apa yang perlu saya lakukan? Sila sediakan surat / nota makluman kepada pegawai Yayasan Peneraju mengenai sebab-sebab anda tidak dapat menghantar dokumen yang telah diminta 8. Ibu / Bapa / Ibu dan Bapa saya tidak mempunyai sijil kelahiran kerana telah hilang / rosak. Apakah yang harus saya lakukan? Sekiranya Ibu / Bapa anda tidak mempunyai sijil kelahiran kerana telah hilang / rosak, Ibu / Bapa anda boleh mendapatkan salinan baru atau membuat cabutan di Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat. C. KEPUTUSAN 1. Bilakah keputusan calon yang berjaya mendapat bantuan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa) akan diumumkan? Calon yang berjaya mendapat bantuan pendidikan ini akan dimaklumkan secara berperingkat bermula pada awal bulan Jun sehingga hujung bulan Julai.
2. Bagaimanakah calon yang berjaya mendapat bantuan pendidikan Tunas Potensi (Dermasiswa) akan dimaklumkan? Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan emel. Calon diingatkan agar sentiasa memeriksa emel dan tidak terlepas panggilan daripada Yayasan Peneraju untuk sebarang tawaran. 3. Bolehkah saya membuat rayuan? Tidak. Keputusan pihak Yayasan Peneraju adalah muktamad.