iVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI F
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIV
_____________________________________________________________________________ *
Lfi
KERTAS KERJA 5
IS IU PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SUL \N IDRIS
UNIVERSITI PEN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERS
Senibina Landskap Melayu Tradisi - Analisis Dari Perspektif Nilai Abdullah Sani Ahmad, Jamil Abu Bakar, Fawazul Khair Ibrahim dan Hazel Khamis Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia
1.0
Fengenalan
Senibina landskap Melayu telah lama bertapak dan berkembang dalam negara ini tetap tidak ketahui akan kehadirannya dalam kehidupan masyarakat k’ta. Adat dan budaya dalam masyarakat Melayu itu sendiri merupakan agen dalam mengetengahkan senibina landskap Melayu. Ini dapat dilihat dengan amalan penggunaan tumbuhan-tumbuhan dalam kehidupan harian, upacara dan majlis tradisi yang diadakan dalam masyarakat Melayu.
Landskap tradisi Melayu secara amnya menekankan fungsi dan peranan berbanding dengan unsur estetikanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya terhadap kehidupan harian iaitu seperti contohnya sumber makanan, pelindung, penedub. perubatan, pagar dan keperluan adat serta budaya. Fungsi yang di maksudkan ini adalah berdasarkan kepada kehidupan Melayu sebenamya. Fungsi ini terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal dan rohani (spiritual).
Secara fizikalnya, tumbuh-tumbuhan di halaman rumah digunakan untuk kegunaan harian. Penggunaan tumbuh-tumbuhan ini adalah berdasarkan kepada fungs^ tumbuhan itu sendiri iaitu sebagai sumber makanan, pokok hiasan, perubatan dan sebagainya. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengasingkan kawasan hadapan rumah dengan kawasan dapur. Halaman hadapan rumah kebiasaannya dibiarkan terbuka luas. Ini adalah disebabkan faktor kedatangan tetamu dan juga majlis-majlis yang diadakan di kawasan rumah [1]. Oleh yang demikian, pokok-pokok halaman ditanam di pinggir kawasan supaya dapat mewujudkan kawasan yang luas untuk memenuhi keperluan ini. Kawasan belakang rumah merupakan kawasan kegiatan peribadi. Kebiasaannya kawasan ini digunakan untuk ruang memasak, membasuh dan menjemur pakaian. Oleh yang
1
demikian tumbuhan-tumbuhan tertentu ditanam bagi memenuhi keperluan seperti pengadang aurat ruang dan juga bahan masakan. Pokok-pokok yang digunakan dalam hiasan halaman juga mempunyai pengaruh kerohanian (spiritual) kerana fungsi tumbuhan sebagai perubatan mempunyai perkaitan dengan dunia halus. Sebagai contohnya pokok limau nipis bukan sahaja sebagai bahan sumber makanan dan perubatan malah ia juga digunakan sebagai bahan pengusir gangguan halus.
Berikut dinukilkan beberapa nilai-nilai yang sempat dikuiip dari keistimewaan landskap Melayu tradisi.
1.1
Sumber Makanan
Buah-buahan merupakan sumber makanan tambahan penting bagi manusia. Buah-buahan ini mengandungi banyak khasiat iaitu vitamin, mineral, pektin dan selulosa, protein, asid amino dan enzim [6]. Pokok buah-buahan ini ditanam di kawasan pinggi an rumah sebagai sebahagian daripada hiasan halaman. Pokok-pokok yang lazim terdapat di halaman rumah Melayu adalah pokok mempelam, rambutan, ciku, nam nam, pisang, kelapa, jambu, limau, belimbing, dan betik Kebiasaannya pokok ni ditanam untuk makanan sampmgan. Selain itu telah menjadi resam Melayu memberi buah tangan apabila berkuniung ke rumah saudara-mara atau sahabat taulan dengan mambawa buahan yang berbuah ketika itu. Begitu juga apabila tetamu jauh yang datang ke rumah, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong melainkan disediakan buah tangan dari apa yang terdapat disekeliling rumah.
2
Gambarajab 1.10
Pokok Belimbing
Gambarajah 1.12
Pokok Ciku
Hendakiah rajin bertanam betik, Betik rambai banyak faedahnya, Segala kerja mestilah selidik, Kalau tidak burukpadahnya.
Limau purut lebat dipangkal, Sayang selasih condong uratnya, Angin ribut dapat ditangkal, Hati kasih apa ubatnya? [3]
Gambarajah 1.11
Gambarajah 1.13
Pokok Rambutan
Pokok Betik
1.2 Hiasan Ruang utama di kawasan hadapan rumah adalah ruang penting dalam susunatur lanskap Melayu, kerana ia mengambil faktor kehadiran tetamu dan kenduri-kendara. Meraikan tetamu memang sudah menjadi suatu nilai peradaban orang Melayu sejak bertemurun. Bukan sekadar menghias rumah, malah halaman juga turut diberi perhatian. Walaupun lanskap lebih menumpukan kepada fungsi, pengolahan dan susunatur tanaman di halaman dapat mewujudkan nilai estetikanya yang tersendiri. Ini adalah sebahagian dari cara hidup orang Melayu menghias dan merai tetamu.
Dibahagian hadapan halaman rumah, banyak pokok bunga ditanam terutama sekali pokok yang berbunga harum. Diantara pokok bunga harum yang lazim ditanam dihalaman rumah Melayu adalah bunga melur, tonking, cempaka, tanjung, cina, bakawali, kenanga, kemuning, siantan, kemboja dan melati, Keharuman pokok bunga tersebut memang mendamaikan suasana dan banyak cerita penglipur lara dikaitkan dengannya.
Gambarajah 1.20
Bunga Kenanga
Gambarajah 1.21
Bunga Cempaka
Lebat claun bunga tanjung, Berbau harum bunga cempaka, Adat dijaga pusaka dijunjung, B am terpelihara adat pusaka [3].
4
1.3 Perihal Budaya Dalam budaya Melayu, tumbuh-tumbuhan banyak digunakan sebagai bahan alatan adat, ide persuratan [2] dan juga ubat-ubatan. Tumbuhan yang biasa digunakan dalam alatan beradat adalah seperti daun sirih dan daun pandan. Daun sirih dijadikan sebagai makanan tambahan oleh masyarakat Melayu dahulu. Petani-petani makan sirih sambii berbual-bual setelah selesai mengerjakan bendang. Nelayan pula akan membawa bekalan sirih pinang ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu, raja-raja di istana akan memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.
Gambarajah 1.30
Bekas sirih
Gambarajah 1.31
Peralatan untuk penyedian sirih seperti tepak sirih
Sirih pinang merupakan alatan adat istiadat Melayu yang penting terutamanya di dalam majlis perkahwinan, iaitu bermula sewaktu merisik, pertunangan, menikah, bersanding dan beradu. Selain itu, dari sudut perubatan, daun sirih ini dipercayai dapat memberi beberapa khasiat ketahanan gigi.
5
Gambarajah 1.32
Daun sirih mi kebiasaannya digunakan dalam adat kebudayaan Melayu iaitu dalam Majlis
perkahwinan
Gambarajah 1.33
Gambar di atas menunjukkan susunan sirih pada dulang yang dipanggii sirih junjung di arak ketika
majlis perkahwinan
Berikut adalah contoh pantun yang dipetik dari sumber internet yang menggunakan sirih sebagai kata pengantar atau kiasan. Sirih junjung sirih pinang, Sirih kami susun bertingkat, Adat dijunjungpusaka dikenang, Bangsa berbudi hidup muafakat.
Sirih kuning diberi nama, Sirih Tanya berserta cincin, Hidup berunding muafakat bersama, Bangsa mulia budaya dijamin.
Sirih junjung sirih pinang, Sirih kuning diberi nama, Adat dijunjung pusaka dikenang, Hidup berbudi muafakat bersama.
Orang Jawa turun ke dusun, Singgah sejenak dipinggir kota, Kami bawa sirih tersusun, Sudilah sepiak pembuka kata.
Sirih kuning sirih dara, Sirih Tanya berserta cincin, Hidup beradat aman sejahtera, Budaya lama tetap terjamin.
Bunga rampai merupakan ramuan yang diperolehi dari campuran bungaan yang terdapat disekeliling halaman Melayu. Ia digunakan diupacara tepung tawar majlis mencukur rambut bayi. Antara lain campuran yang dijadikan bunga rampai adalah daun pandan yang dihiris halus, bunga kertas, dan bunga raya.
Kolam mandi sangat diperlukan untuk mencuci badan setelah saban han bekeija diladang. Di situ juga mereka mengambil wuduk. Air dari kolam yang sama digunakan untuk menyiram pokok. Diantara kolam dan tangga menaik' rumah diatur barisan batu sebagai tempat berpijak ketika tanah becak.
Kalau ada sumur diladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
Perigi dikatakan telaga, Tempat budak berulang mandi, Emas merah ada berharga, Budi Bahasa bernilai abadi [3],
Hiasan inai dijari bakal pengantin perempuan biasanya dilakukan diupacara pertunangan. Secara tidak lansung orang ramai diberitahu bahawa anak dara yang berinai dijari sudah di pinangi. Inai ini diperolehi dari pokok inai yang memang mudah didapati dihalaman rumah Melayu.
1.4 Utiliti Pelbagai jenis juadah orang Melayu yang meggunakan daun pokok untuk menyedapkan dan menyerikan makanan. Nasi lemak, roti pau, pais, botok-botok, koci, lemang, putu piring, putu bambu, tapai, dan sebagainya memang tidak menjadi sekiranya tidak diolah menggunakan daun pisang.
7
Manakala makanan seperti satey, ikan percik, otak-otak dan pulut panggang pula memerlukan lidi dari daun kelapa untuk memanggangnya. Untuk menghasilkan telur pindang, berbagai ramuan seperti daun senduduk, daun kadok, kunyit, garam, kicap. rempah dan lain-lain direbus secara perlahan.
Daun Kadok Gambarajah 1.40
Kunyit
Halia
Tumbuhari-tumbuhan berikut digunakan sebagai perencah dalam masakan
Penyapu lidi, bakul, tikar, tudung saji, berus sabut, tirai gantung, bubu, joran, sangkar, dan sebagainya adalah merupakan peralatan dan perkakas yang terdapat di rumah Melayu tradisi yang menggunakan bahan landskap.
Mengkuang Gambarajah 1.41
Buluh
Tumbuhan-tumbuhan yang digunakan untuk dijadikan peralatan rumah.
Tikcir pucuk tikar mengkuang, Pakaian raja Tanah Melayu, Ikan busuk jangan dibuang, Buatperencah tarukkayu [3].
8
Alat permainan kanak-kanak seperti lastik, kunda-kendi, galah panjang, gasing, sumpit, serunai, juga tidak lari dari penggunaan bahan landskap sekeliling. Unsur pendidikan secara tidak formal banyak didedahkan apabila berada dihalaman landskap Melayu seperti mengenali flora dan fauna, kreativiti membuat alat permainan dan secara tidak lansung mengasah kecerdasan minda kanak-kanak.
1.5 Peneduh Landskap yang terdapat disekeliling rumah Melayu menjadi unsur penting mengimbangi tekanan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab. Tanaman pokok-pokok di sekitar rumah dapat memberi teduhan kepada kawasan rumah yang boleh c'gunakan untuk berehat, bekerja dan tempat permainan kanak-kanak. Suhu udara di bawah pokok lebih rendah berbanding kawasan yang lapang dan terdedah terutama semasa tengah hari.
Tumbuhan dapat mengawal angin melalui ketinggian, pemesongan, penapisan, tekstor dan komposisi [4], Kelembapan dalam bentuk hujan, kabus, embun dapat disekat dan dialihkan pada tahap tertentu oleh tumbuh-tumbuhan. Jumlah hujan yang sampai ketanah berubah-ubah mengikut spesis tumbuhan, tempoh penurunan hujan dan struktur kanop tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan juga dapat menghalang pemandangan yang kurang menyenangkan, menyerap bunyi bising atau mewujudkan keadaan privasi. Tumbuhan yang biasa digunakan sebagai teduhan adalah seperti pokok asam jawa (Tamarindus Indicd), pokok mangga (Mangifera Indica) atau jambu air (Eugenia Aquea Burm).
9
UNIVE
Gambarajah 1.50
Pokok Asam Jawa
Gambarajah 1.51
Pokok Mangga
1.6 Perubatan Masyarakat Melayu terkenal dengan kebolehan menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan perubatan. Dalam perubatan tradisional Melayu, pelbagai jenis akar, daun, dan kulit pokok telah digunakan untuk tujuan perubatan. Kertas seminar ini tidak mengupas bab ini dengan lebih lanjut kerana ianya memerlukan kajian yang lebih terperinci dan masa lebih lama.
Perubatan: Pegaga dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Daun pegaga juga digunakan sebagai ubat sapu untuk menurunkan panas badan atau demam. Selain itu, campuran daun pegaga dan daun-daun lain digunakan untuk penyakit lelah, reumatisme dan kencing berdarah
[5]-
Gambarajah 1.61
Pegaga
10
IVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI F
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Perubatan: Buah Limau Purut digunakan untuk mencuci rambut dan mandi bagi menghilangkan bau badan. Buah limau ini juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional iaitu sebagai penawar berbagai-bagai penyakit seperti sakit perut, penyakit cacing pada kanak-kanak, sakit kepala dan bengkak-bengkak pada badaan [5].
Gambarajah 1.62
Daun Limau Purut
1.7 P agar Walaupun sempadan kawasan landskap rumah Melayu tidak begitu jelas, namun tumbuhtumbuhan yang ditanam berperanan secara tidak langsung sebagai sempadan kawasan. Ia juga mewujudkan satu pengenalan bagi rumah dan kawasan rumah tersebut. Laz tnnya pokok kelapa, rumpun buluh, puding dan pokok buah-buahan digunakan untuk tujuan ini.
Pokok buluh Gambarajah 1.70
Pokok kelapa
Pokok-pokok yang digunakan untuk dijadikan pagar atau garis sempadan
Berangan besar didalam peti, Rumpun buluh dibuat pagar, Jangan syak didalam hati, Maklumlah saya baru belajar [3].
11
UNIVI
2.0 Kesimpuian Inspirasi untuk mengenalpasti nilai-nilai yarig terdapat dalam landskap Melayu bermula dari faktor kehidupan rakyat Malaysia memang kaya dengan warisan bemilai tinggi. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membantu masyarakat dewasa hari ini memahami dan mencontohi nilai-nilai yang tersirat dalam keunikan landskap Melayu.
Banyak nilai-nilai mumi yang boleh diteladani hasil dari kajian landskap Melayu tradisi seperti yang telah dikemukan di atas. Jelas menunjukkan bahawa senibina landskap Melayu tradisi mempunyai banyak fungsi. Ianya tidak wujud untuk satu tujuan sahaja. Ianya juga tidak mempunyai konsep pembaziran, malah boleh dimanfaatkan untuk kegunaan harian.
Rujukan
1.
Nurhanani Abdul Rahman (2003). Kajian Pengaruh Halaman Terhadap Senibina
Melayu. Kajian Topik.al, UTM.
2.
Mohd Sazili Mohd Suhaimi (2003). Kajian Pantun Lama Untuk Mengesan Ciri-
ciri Senibina Lanskap Melayu Di Malaysia. Kajian Topikal, UTM.
3.
Prof. Mohd. Taib Osman (1978). Warisan Puisi Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4.
Zulkifly Hanafi dan Nur Huzeima (2002). Lanskap Melayu. Prosiding Seminar
Landskap Melayu Prospek dan Cabaran. Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, USM.
5.
Rukayah Aman (2000). Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.
Rukayah Aman (1999). Buah-buahan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
12