DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.0
PENGENALAN
1.1
Dokumen ini bertujuan memperihal dan memperincikan dasar e-Pembelajaran UPSI yang bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kursus yang ditawarkan oleh UPSI di peringkat prasiswazah dan siswazah.
1.2
Ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ePembelajaran mencapai piawaian global dan mampu meningkatkan kualiti graduan UPSI. Polisi ini akan dikemas kini dari masa ke masa sejajar dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi.
1.3
Dasar ini dibangunkan bersama oleh Pusat ICT, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ), Pusat Program Luar (PPL) dan fakulti-fakulti di UPSI.
1.4
Dasar ini turut merujuk kepada Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN).
1.5
Dasar e-Pembelajaran UPSI versi 1.1 dipinda mengikut keperluan semasa dan sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM-PT), lonjakan ke-9 iaitu menumpukan pembalajaran secara global dan atas talian.
2.0
OBJEKTIF
2.1
Dasar ini bertujuan memperihal dan memperincikan
pelaksanaan dan
penggunaan e-Pembelajaran di UPSI: 2.1.1
Menjelaskan peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat mengguna dan mengurus sistem e-Pembelajaran
2.1.2
Meningkatkan keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua kursus yang ditawarkan oleh UPSI.
2.2
e-Pembelajaran digunakan dalam mod blended learning iaitu gabungan antara pembelajaran konvensional dan pembelajaran secara dalam talian. RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
1
3.0
TAKRIF
3.1
Dalam
peruntukan
polisi
ini,
melainkan
jika
kandungan
ayatnya
menghendaki makna yang lain: 3.1.1
Pembelajaran
Teradun
bermaksud
gabungan
pembelajaran
menyampaikan
(pengetahuan,
konvensional dan pembelajaran dalam talian. 3.1.2
Pengajaran
bermaksud
proses
kemahiran dsb.) yang dijalankan oleh seseorang pelajar. 3.1.3
Pembelajaran bermaksud
proses
memperoleh
ilmu
pengetahuan dan kemahiran oleh seseorang pelajar. 3.1.4
Latihan bermaksud proses tunjuk ajar untuk memahirkan orang yang diajar atau dibimbing.
3.1.5
e-Pembelajaran adalah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara dalam talian melalui sistem rangkaian komputer bertujuan
meningkatkan
keberkesanan
proses
pengajaran
dan
pembelajaran. 3.1.6
Definisi Massive Open Online Courses (MOOC) adalah seperti berikut: M-Massive.
Terminologi ini membawa maksud berskala besar dalam
lingkungan 10,000 - 100,000.
O-Open. Terbuka membawa makna percuma dari segi pendaftaran, konten and juga dari segi akses.
O-Online. Atas Talian membawa makna penggunaan Internet sebagai medium interaksi (forum, kolaborasi berasaskan web, web seminar, dll) dan aktiviti ini dijalankan secara langsung.
C-Course. Kursus membawa makna program yang membawa kredit untuk pensijilan. Ia mempunyai tarikh mula dan akhir dan mempunyai pengurus kursus yang membantu proses pembelajaran. Kewujudan komuniti pelajar yang ramai.
3.1.7
Koswer Terbuka (OCW) adalah bahan pendidikan yang dibangunkan melalui perisian komputer atau berasaskan Internet dalam pelbagai bentuk
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
2
media (doc, pdf, slide, video, animasi dll) yang boleh diakses secara terbuka. 3.1.8
Pembelajaran Mobile (Mobile Learning) bermaksud penyampaian bahan pembelajaran secara elektronik pada alat komputasi mobile seperti telefon pintar dan gajet pintar agar dapat diakses dari semua tempat setiap masa.
3.1.9
Platform e-Pembelajaran adalah sistem yang diguna pakai untuk interaksi pengajaran dan pembelajaran di antara pensyarah dan pelajar UPSI secara dalam talian.
3.1.10 Modul bermaksud komponen-komponen yang terdapat di dalam platform e-Pembelajaran. 3.1.11 Infrastruktur bermaksud sistem rangkaian dan capaian yang diperlukan di dalam sistem e-Pembelajaran UPSI. 3.1.12 Learning Objects bermaksud sebarang sumber digital yang boleh diulang
guna
untuk
meningkatkan
pengajaran
dan
pembelajaran. 3.1.13 Indeks sistem
Aktiviti
bermaksud
penunjuk
e-Pembelajaran yang
Pembelajaran
bagi
aras
mengukur
sesuatu
kursus
yang
sejauh
dihasilkan mana sistem
dimanfaatkan
oleh
oleh e-
pelajar
dan pensyarah. 3.1.14 Pelajar kursus
bermaksud yang
seseorang
ditawarkan
oleh
berdaftar
dan
universiti
bagi
sedang
mengikuti
sesuatu
program
pengajian dan disenaraikan dalam daftar pelajar universiti.
4.0
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
4.1
Pengurusan Universiti Pengurusan universiti perlu menetapkan halatuju dan strategi ke arah pelaksanaan pengurusan e-pembelajaran berdasarkan amalan terbaik melalui kaedah-kaedah berikut:
4.1.1
Mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Pembelajaran Teradun Universiti yang bertanggungjawab menggubal dasar dan memantau pelaksanaan ePembelajaran peringkat universiti.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
3
4.1.2
Mewujudkan Unit / Pusat / Bahagian di peringkat universiti yang berperanan dalam membudayakan e-pembelajaran dan membangunkan kandungan kursus.
4.1.3
Mewujudkan
Jawatankuasa
Penyelaras
e-Pembelajaran
peringkat
fakulti. 4.1.4
Menyediakan dana
bagi
menyokong
pelaksanaan e-
pembelajaran meliputi infrastruktur rangkaian, perkakasan, perisian, latihan dan sumber manusia 4.1.5
Menetapkan satu bentuk ukuran bagi penggunaan e-Pembelajaran sebagai KPI universiti.
4.2
Fakulti Pihak fakulti bertanggungjawab membudayakan penggunaan platfom ePembelajaran melalui kaedah-kaedah berikut : 4.2.1
Mewajibkan pensyarah mendapat pendedahan dan latihan berkenaan ePembelajaran.
4.2.2
Mewajibkan pensyarah memuat naik Rancangan Instruksional (RI) dan bahan pembelajaran dalam format digital bagi setiap kursus yang ditawarkan oleh fakulti.
4.2.3
Menjadikan pelaksanaan e-Pembelajaran sebagai salah satu komponen sasaran kerja tahunan (SKT) pensyarah.
4.2.4
Menyediakan sokongan, motivasi dan ganjaran yang bersesuaian kepada pensyarah
yang
aktif
dalam
penggunaan
e-Pembelajaran
dan
pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran digital. 4.2.5
Melaporkan penyalahgunaan platfom e-Pembelajaran oleh pensyarah atau pelajar kepada pihak pengurusan universiti.
4.3
Pensyarah Pensyarah perlu memastikan pelaksanaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran kursus mereka mengikut garis panduan berikut: 4.3.1
Pelaksanaan i.
Mematuhi polisi e-Pembelajaran UPSI dan garis panduan Amalan Pensyarah Dalam Talian. (Lampiran A)
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
4
ii.
Memastikan sekurang-kurangnya 30% kandungan kursus adalah secara dalam talian (pembelajaran teradun).
iii.
Memastikan interaksi pensyarah dan pelajar secara atas talian mengikut Garis Panduan Pengendalian Forum. (Lampiran B)
4.3.2
Bahan Pengajaran i.
Setiap pensyarah bertanggungjawab meningkatkan penggunaan dan memperkayakan isi kandungan yang dimuat naik secara berperingkat mengikut tahap pelaksanaan yang dicadangkan untuk setiap kursus yang dikendalikan.
ii.
Setiap pensyarah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dimuat naik.
iii.
Memastikan bahan pengajaran yang dimuat naik releven dengan kursus dan berkualiti tinggi.
iv.
Memastikan bahan yang dimuat naik tidak melanggar isu hak cipta, harta intelek atau plagiarisme.
v.
Memberi maklum balas sewajarnya kepada pelajar terhadap forum yang dikendalikan untuk kursus.
vi.
Bertanggungjawab menjaga hasil kerja/hak milik pelajar.
vii.
Membuat
penilaian
pelajar
berdasarkan
maklum
balas
(postings/assignment/facilitation) yang berlangsung melalui platform e-Pembelajaran. viii.
Menjalani latihan atau bengkel penggunaan atau aplikasi berkaitan ePembelajaran yang dijalankan oleh Pusat ICT dan/atau agensi luar mengikut keperluan.
4.4
Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) Tugas dan tanggungjawab BPAQ berkaitan e-Pembelajaran adalah: 4.4.1
Memastikan selaras
bahan
dengan
e-Pembelajaran
objektif
dan
hasil
yang
dihasilkan
pembelajaran
kursus
adalah yang
ditawarkan. 4.4.2
Memastikan Learning Objects yang dibangunkan oleh pensyarah memenuhi piawai dan dikawal mutunya.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
5
4.4.3
Memasukkan item tentang penggunaan e-Pembelajaran ke dalam borang penilaian pengajaran pensyarah.
4.4.4
Menggubal, menyemak dan meminda polisi e-Pembelajaran.
4.4.5
Mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan tentang ePembelajaran.
4.5
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tugas dan tanggung jawab Pusat ICT berkaitan penggunaan dan pelaksanaane Pembelajaran meliputi bahagian berikut:
4.5.1
Keselamatan Sistem i.
Memastikan sistem hanya boleh dicapai oleh pelajar dan kakitangan yang berdaftar dengan UPSI KECUALI bagi kursus yang boleh dikongsi mengikut tahap yang ditetapkan oleh bahagian akademik. Memudahkan capaian ke atas sistem melalui kaedah ’single sign-
ii.
on’. iii.
Menyimpan bahan yang telah dimuat naik di dalam arkib untuk jangka masa minimum 2 tahun.
iv.
Melaksanakan audit keselamatan secara berkala oleh pihak yang bertauliah.
v.
Memastikan server e-Pembelajaran berfungsi sepanjang masa dengan kestabilan dan kelajuan yang munasabah.
4.5.2
Teknologi Terkini i.
Menerokai teknologi ICT yang terkini untuk diadaptasi dalam ePembelajaran
ii.
Membolehkan
sumber
e-Pembelajaran
dikolaborasi
antara
universiti-universiti. 4.5.3
Infostruktur ICT (rangkaian, perisian dll.) i.
Menyediakan bandwidth yang mana penggunaannya tidak melebihi 70% secara menyeluruh.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
6
ii.
Mewujudkan Minimum Hot Backup atau DRC (Disaster Recovery Centre)
4.5.4
Sistem Maklumat Bersepadu i.
Mengintegrasi sistem e-Pembelajaran dengan Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU).
ii.
Mewujudkan perkongsian satu pangkalan data yang diiktiraf oleh universiti.
iii.
Memastikan
sistem
e-Pembelajaran
mematuhi
piawaian
pembangunan web global dan terkini.
4.5.5
Perkhidmatan Pelanggan Mewujudkan pusat perkhidmatan (service/call center) mengikut waktu bekerja.
4.5.6
Pemantauan e-Pembelajaran i.
Memantau dan melakukan analisis penggunaan e-pembelajaran.
ii.
Mengadakan latihan atau bengkel penggunaan modul modul dalam e-Pembelajaran UPSI.
iii.
Memperoleh indeks aktiviti dari bilangan capaian penggunaan ePembelajaran.
4.5.7
Memaklumkan
kepada
Timbalan
pelaksanaan
e-Pembelajaran
Naib
Canselor
berdasarkan
(A&A)
‘Indeks
tentang Aktiviti’
yang dicapai oleh pensyarah. 4.5.8 4.6
Membuat promosi untuk meningkatkan penggunaan e-Pembelajaran.
PELAJAR Peranan dan tanggung jawab pelajar UPSI dalam penggunaan e-Pembelajaran adalah:
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
7
4.6.1
Bertanggungjawab
mendapatkan
pengetahuan
dan
kemahiran
menggunakan platform e-Pembelajaran bagi kursus-kursus yang diambil pada setiap semester. 4.6.2
Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerahsiaan kata laluan.
4.6.3
Menyedari bahawa sebarang aktiviti dalam sistem e-Pembelajaran UPSI akan direkod di dalam log sistem secara automatik untuk rujukan dan rekod.
4.6.4
Tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan dalam sistem ePembelajaran selain daripada tujuan pembelajaran.
4.6.5
Berkomunikasi dengan pensyarah melalui semua kemudahan komunikasi yang disediakan melalui sistem e-Pembelajaran.
4.6.6
Mendapat bantuan teknikal dan sokongan semasa menggunakan sistem e-Pembelajaran dari hotline atau helpdesk UPSI.
4.6.7
Bertanggungjawab memastikan produk/tugasan/projek yang dihasilkan adalah profesional, beretika dan tulen mengikut polisi hak cipta.
4.6.8 5.0
Mematuhi polisi dan garis panduan e-Pembelajaran UPSI.
FASA PELAKSANAAN
5.1
Pembelajaran atas talian dilaksanakan mengikut 3 fasa: 5.1.1
Fasa Persediaan i.
Memuat
naik
Rancangan
Instruksional
yang
mengandungi
maklumat kursus (WAJIB) pada minggu pertama kuliah.
5.1.2
Fasa Perkembangan i.
Memuat naik sekurang-kurangnya 7 bahan pembelajaran dalam format digital yang sesuai sepanjang semester mengikut minggu kuliah.
ii.
Menguruskan sekurang-kurangnya 3 Forum (Perbincangan) / mesej peribadi / pengumuman secara dalam talian sepanjang semester.
5.1.3
Fasa Penilaian
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
8
i.
Memuatnaik sekurang-kurangnya 2 maklumat berkaitan tugasan atau kuiz secara dalam talian sebelum minggu ke-4 kuliah.
6.0
HARTA INTELEK DAN HAK CIPTA
6.1
Semua bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibangunkan menggunakan kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh UPSI adalah hak milik bersama pensyarah dan UPSI.
6.2
UPSI akan mendapat hak milik sepenuhnya atas bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
dibangunkan jika pensyarah diberi ganjaran
pengurangan beban tugas, geran atau upah untuk membangunkan bahan P&P, bantuan khidmat nasihat atau kakitangan pembangunan multimedia bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut. 6.3
UPSI berhak pada bila-bila masa menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut untuk diguna semula oleh pensyarah lain dengan memberikan penghargaan dan royalti kepada pensyarah yang menyediakannya.
6.4
Pensyarah boleh pada bila-bila masa menggunakan bahan pengajaran tersebut dalam sebarang aktiviti akademik. Ianya bagaimanapun tidak boleh digunakan di institusi lain sebelum mendapat kebenaran daripada UPSI.
7.0
PENILAIAN DAN GANJARAN
7.1
Pihak UPSI boleh melaksanakan perkara berikut dalam konteks penilaian dan ganjaran : 7.1.1
Mengambil kira penglibatan dalam e-Pembelajaran sebagai salah satu kriteria kenaikan pangkat.
7.1.2
Menyediakan ganjaran yang sesuai kepada pensyarah dan fakulti yang aktif mengguna dan melaksanakan ePembelajaran.
7.1.3
Menyediakan ganjaran yang sesuai bagi pensyarah yang membangunkan media pembelajaran bagi kursus yang dikendalikan.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
9
7.1.4
Mengiktiraf media pembelajaran yang dibangunkan oleh pensyarah sebagai penerbitan.
8.0
AM / PENAFIAN
8.1
UPSI berhak mengubah dasar ini dari masa ke semasa.
8.2
Polisi e-Pembelajaran ini akan disemak sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
10
LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN PENSYARAH ATAS TALIAN Adalah menjadi tanggung jawab pensyarah untuk: (i)
Mematuhi dasar umum ICT yang ditetapkan oleh UPSI.
(ii)
Memaklumkan kepada pelajar di permulaan sesuatu kursus tentang komponen pembelajaran atas talian serta pemberatan yang dikhususkan untuk penglibatan pelajar.
(iii)
Menyokong dan menyumbang kepada satu komuniti pembelajaran yang bermakna melalui tugasan/projek serta maklum balas yang diberikan kepada pelajar.
(iv)
Memberi kesedaran serta kefahaman kepada pelajar tentang harapan, peranan serta tanggung jawab pensyarah dan pelajar dalam sesebuah komuniti pembelajaran atas talian.
(v)
Memastikan pelajar mempunyai kemahiran teknologi yang minimum untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran atas talian yang dianjurkan pensyarah.
(vi)
Membantu pelajar menyesuaikan pembelajaran atas talian dengan memimpin dan membimbing pelajar terutamanya pelajar yang kurang kemahiran tentang teknologi yang digunakan.
(vii)
Mematuhi akta hak cipta yang telah ditetapkan oleh UPSI (mendapatkan persetujuan pelajar sebelum menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan oleh pelajar sama ada untuk tujuan penyelidikan atau pengkomersilan.)
(viii)
Mengamalkan profesionalisme sebagai seorang pensyarah terutamanya apabila berinteraksi dan memberikan maklum balas kepada peserta komuniti pembelajaran atas talian.
(ix)
Menghormati semua peserta komuniti pembelajaran atas talian dengan mengamalkan kod etika serta peraturandi UPSI.
(x)
Menggunakan sama ada Bahasa Melayu, Inggeris atau mana-mana bahasa yang telah ditetapkan sebagai pengantar bagi mana-mana kursus. RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
11
(xi)
Memberikan tugasan/projek yang melibatkan penggunaan teknologi atas talian yang bersepadanan dengan kemampuan pelajar terutamanya dari segi masa dan kemahiran pelajar.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
12
LAMPIRAN B GARIS PANDUAN FORUM
(i) (ii)
Pensyarah menetapkan sekurang-kurangnya SATU forum untuk satu semester. Pensyarah menetapkan tempoh masa untuk forum dan menutup
forum apabila tamat
tempoh.
(iii)
Pensyarah akan mengambil bahagian dalam forum semasa forum dibuka atau setelah mendapat semua respon pelajar. Maklum balas boleh diberikan melalui announcement kursus atau forum.
(iv)
Gred/markah diberi berdasarkan kuantiti dan/atau kualiti respon yang diterima.
(v)
Markah hanya diberi untuk maklum balas yang diterima semasa tempoh forum dibuka.
(vi)
Pelajar dinasihatkan memberi tumpuan kepada topik yang ditetapkan oleh pensyarah dan TIDAK BOLEH memulakan sesuatu topik baru yang tiada kaitan dengan topik yang dibincangkan.
(viii)
Setiap BOLEH
pelajar
berhak
menyuarakan
memperlekehkan
pendapat
pendapat
masing-masing
orang
lain
dan
secara
ilmiah/profesional. Pelajar yang melanggar dasar ini boleh
yang
TIDAK tidak
diberikan Gred 0
sekiranya respon forum termasuk dalam penilaian kursus.
(ix)
Kritikan
berbentuk
fitnah/peribadi
DILARANG
sama
sekali.
Pelajar
yang
melanggar dasar ini boleh diberikan Gred markah 0 sekiranya respon forum termasuk dalam penilaian kursus.
(x)
Pelajar TIDAK BOLEH memberi respon dengan tujuan mengapi-apikan isu atau bermotifkan politik. Pelajar yang melanggar dasar ini boleh diberikan Gred 0 sekiranya respon forum termasuk dalam penilaian kursus.
(xi)
Pelajar yang melanggar mana-mana dasar forum akan diminta keluar dari forum berkaitan. Makluman ini akan disampaikan secara peribadi oleh pensyarah atau mediator forum. RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
13
LAMPIRAN C GARIS PANDUAN e-PEMBELAJARAN PELAJAR
i.
Pelajar dinasihatkan melawat/mengakses kursus melalui
MyGuru2 sekurang
kurangnya sekali seminggu untuk mengikuti perkembangan/pemberitahuan kursus dari masa ke semasa.
ii.
Pelajar dinasihatkan membaca pengumuman melalui modul ‘Announcement dari masa ke semasa untuk menyemak sebarang
perkembangan/pemberitahuan
kursus.
iii.
Pelajar perlu menyimpan satu salinan tugasan yang dihantar melalui MyGuru2 untuk rekod dan semakan bila diperlukan.
iv.
Semua tugasan yang dihantar mestilah bebas dari unsur plagiat.
v.
Akses kepada kursus, termasuk bahan yang disediakan oleh pensyarah dan pelajar seperti interaksi dalam forum hanya
dibenarkan oleh pelajar yang
mendaftar kursus sahaja dan bukan oleh pihak luar.
vi.
Semua bahan yang sediakan oleh pelajar termasuk entri forum akan digunakan hanya untuk kegunaan kursus ini melainkan mendapat persetujuan pelajar untuk kegunaan lain seperti penyelidikan dan penerbitan.
vii.
Semua bahan yang disediakan dalam kursus adalah hak milik UPSI. Justeru, pelajar tidak dibenarkan menggunakannya selain untuk tujuan pembelajaran melainkan dengan mendapat keizinan terlebih dahulu.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
14
LAMPIRAN D GARIS PANDUAN PENGHANTARAN TUGASAN SECARA ATAS TALIAN
i.
Sekiranya dibenarkan anda boleh menghantar tugasan yang ditetapkan melalui e-mel atau Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UPSI.
ii.
Sekiranya terdapat masalah teknikal dengan Sistem Pengurusan e-Pembelajaran UPSI, tugasan tersebut hendaklah dihantar melalui e-mel sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, anda perlu menyatakan nama, nombor matrik dan nama tugasan tersebut dalam subjek e-mel tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan e-mel tersebut tidak akan dibuka dan anda dianggap tidak menghantar tugasan tersebut.
iii.
Sekiranya terdapat masalah teknikal daripada pihak anda (komputer atau rangkaian di rumah/pejabat/cybercafé) yang menyebabkan anda tidak dapat menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan, anda menghubungi pensyarah anda melalui e-mel,
bertanggungjawab
telefon dan/atau faks untuk
memaklumkan masalah yang anda hadapi.
iv.
Semua tugasan perlulah disedia menggunakan perisian Microsoft
Office
(Words, PowerPoint, Excel, Excess dll.) melainkan perisian lain
yang
dimaklumkan oleh pensyarah.
v.
Dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari dari tarikh akhir menghantar tugasan, pensyarah akan meneliti tugasan tersebut dan memberi maklum balas sekiranya difikirkan perlu.
vi.
Anda dikehendaki menyimpan salinan asal tugasan tersebut dalam bentuk hard dan soft copy untuk tujuan rekod dan semakan sekiranya perlu.
vii.
Anda bertanggungjawab memastikan agar fail tugasan yang dikirimkan kepada pensyarah melalui e-mel atau kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran UPSI bebas dari virus. Sekiranya fail tersebut mempunyai virus, anda akan diminta
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
15
mengirim semula fail yang bebas dari virus tidak lebih dari 24 jam dari masa pemberitahuan tersebut.
viii.
Sekiranya tugasan anda tidak diterima kerana melanggar mana-mana dasar penghantaran tugasan ini, anda akan dianggap tidak
menghantar tugasan
mengikut tarikh yang ditetapkan dan markah 0 mungkin diberikan untuk tugasan tersebut.
RUJUKAN
VERSI
TARIKH
MUKASURAT
Dasar EL UPSI
1.1
30 Jun 2015
16