MENCARI TITIK TEMU SENI BUDAYA KAUM IBAN DENGAN SUKU BUGIS: Kajian Terhadap Seni dan Budaya Etnik di Nusantara
MAKMUR HAJI HARUN BUKHARI KATUTU
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 35900, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 2013 0
MENCARI TITIK TEMU SENI BUDAYA KAUM IBAN DENGAN SUKU BUGIS: Kajian Terhadap Seni dan Budaya Etnik di Nusantara Makmur Haji Harun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Email :
[email protected]
Bukhari Katutu Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Syaifuddin (STS), Telanaipura, Jambi, Indonesia Email :
[email protected]
PENDAHULUAN Kaum Iban dan suku Bugis keduanya merupakan suku etnik di Nusantara. Iban menjadi kumpulan etnik terbesar di Sarawak Malaysia kebanyakannya berkampung di rumah panjang tebingan sungai dan tepi jalan raya mempermudahkan aktiviti kerja. Suku Bugis merupakan penduduk menduduki hampir kesemua kawasan Sulawesi Indonesia, dan lebih memilih pesisir sebagai tempat aktiviti keseharian. Kehidupan Iban dan Bugis sama-sama memiliki budaya saling berhubung antar sesama, amalan cara hidup berhukumkan adat, pantang-larang, tolak-ansur, dan berteraskan persaudaraan erat. Iban menerima agama Kristian sebagai pegangan, selain budaya dan tradisinya. Bugis kebanyakan menganut Islam sebagai agama keyakinan, terkenal bidang maritim, pertanian, dan ekonomi. Tradisi Iban menyimpan pasu, gong, dan tempayan, Bugis mewarisi prinsip siri, pesse dan ade’ turun-temurun sebagai prinsip hidup. Kaum Iban diperkatakan pandai berbahasa, berhujjah, mencipta puisi, bijak menggunakan ayat. Bugis memiliki aksara sendiri untuk bertutur dan pandai barzanji. Iban dan Bugis sama-sama peneroka terulung membuka hutan rimba bagi perkebunan atau perkampungan. Melalui tulisan ini, penulis cuba mengangkat Iban dan Bugis sebagai dua suku bangsa di Nusantara sedang mengembangkan budaya dan masyarakatnya yang unik dengan kriteria coraknya tersendiri sebagai arah dan tujuan hidup mereka. Perbahasan ini diharapkan juga mampu menjadi wacana ilmu guna menemukan titik temu antara seni dan budaya warisan khazanah penduduk pribumi serta pemangkin berkembangnya budaya-budaya etnik lainnya di Alam Melayu. Suku kaum Iban dan suku Bugis keduanya merupakan suku etnik yang menduduki kepulauan Nusantara. Kaum Iban menjadi kumpulan etnik terbesar di Sarawak Malaysia yang kebanyakannya tinggal berkampung di rumah panjang tebingan sungai dan di tepi jalan raya untuk mempermudahkan aktiviti kerja, sebahagian besar masyarakatnya masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak. Suku Bugis pula merupakan penduduk yang menduduki hampir kesemua kawasan di Sulawesi terutama Sulawesi Selatan Indonesia. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Suku ini lebih suka
1
memilih pesisir pantai sebagai tempat dan pusat aktiviti keseharian yang tersebar sehingga hampir ke seluruh pesisir pantai Nusantara. Melalui tulisan ini penulis cuba untuk mengetengahkan perbahasan antara kaum Iban di Malaysia dan suku Bugis di Indonesia sebagai dua etnik yang terdapat di Nusantara dalam mengembangkan budaya dan masyarakatnya masing-masing dengan unik, dalam hal ini memiliki kriteria dan corak kehidupannya tersendiri untuk menunjukkan arah dan tujuan hidup mereka. Perbahasan ini diharapkan juga mampu menjadi salah satu langkah menemukan titik temu antara seni dan budaya yang dapat menyatukan warisan khazanah penduduk pribumi Nusantara. GAMBARAN KAUM IBAN DAN SUKU BUGIS Kehidupan kaum Iban dan suku Bugis sama-sama memiliki budaya saling berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain, amalan cara hidup diamalkan berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur, dan berteraskan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan kaum Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, dan dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam serta ciri-ciri kebudayaan lambang tradisi kaumnya. Salah satu tradisi kaum Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan (tajau). Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dihomati, dan bahkan dianggap suci. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang. Sementara suku Bugis kebanyakan menganut agama Islam sebagai keyakinan hidup, suku ini sangat terkenal dalam bidang maritim, pertanian, peladang, ekonomi bahkan banyak menjadi pedagang berjaya di Kepulauan Melayu dan berselerak di pesisir kepulauan Nusantara. Suku Bugis telah mewarisi prinsip siri, pesse dan ade’ secara turun temurun kepada keturunannnya agar dapat menjalani kehidupan ini dengan beradat dan bermartabat sehingga bila-bila masa. Kaum Iban pula menurut Prof. Derek Freeman bahawa mereka sememangnya master of language kerana pandai menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Bagi suku Bugis pula memiliki aksara sendiri yang digunakan untuk bertutur sesamanya. Kaum Iban dan suku Bugis pada zaman dahulu sama-sama merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampung) bagi tujuan penanaman padi bukit atau guna membangun perkampungan baru untuk ditempati. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi lebih banyak. Bagi masyarakat Iban dan suku Bugis sesiapa yang dapat tuaian padi lebih banyak, maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar, rajin dan kaya. Justeru itu kaum Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (di Malaysia) (Sultive, 1978:3), demikian juga suku bugis pernah
2
dianggap sebagai salah satu masyarakat terkenal dengan penanaman padi yang ulung di Kalimantan dan Sumatera. REALITI KEHIDUPAN KAUM IBAN DAN SUKU BUGIS Kaum Iban Kata Iban dalam Kamus Dewan bermaksud suku kaum peribumi yang tersebar di Sarawak, yang tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching) dan juga di kenali sebagai Dayak Laut. (Kamus Dewan, 2010:556). Kaum Iban berjumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak yang menjadi kumpulan etnik terbesar di Negeri ini, mereka kebanyakan mendiami daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Sementara penempatannya biasanya menduduki lembah Sungai Sariba, Sungai Skrang, Sungai Batang Lipur, dan Sungai Rajang walaupun kebanyakannya sekarang telah menetap di bandar-bandar besar sekitar Negeri Sarawak. Kebiasaan generasi baru masyarakat Iban pada masa kini tidak lagi tinggal di rumah panjang, mereka hanya ke rumah tersebut apabila tiba masanya perayaan Gawai. Selain itu, Kaum Iban memiliki beberapa adat dan tradisi seperti berikut: Pertama, Kaum ini merupakan kaum yang mengamalkan banyak budaya menarik dan unik tidak diamalkan oleh suku kaum lainnya. Salah satu tradisi yang sangat mengakar dalam kalangan masyarakatnya ialah hidup bermasyarakat dan mendiami kebanyakan tinggal dan berkampung di rumah panjang di tebingan sungai, tepi jalan raya dengan diketuai oleh ketua kampung dipanggil Tuai Rumah sebagai mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Kedua, Agama kebanyakan masyarakatnya pada hari ini menerima Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan sebagai lambang tradisi, walaupun ada sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang. Amalan cara hidup yang diamalkan juga masih ada berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan erat antara satu sama lain. Ketiga, Kegemaran mereka ialah mengoleksi dan menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Keempat, Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi kaum Iban. Jenis-jenis hari Gawai adalah Gawai Dayak, Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul, Gawai Kelingkang, Gawai Tuah, Gawai Lelabai, dan Gawai Antu. Sambutan hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan penting tersebut.
3
Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan iaitu minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras yang boleh didapati di rumah panjang. (Wikipedia, 2012). Suku Bugis Istilah Bugis dalam Kamus Dewan bermakna suku bangsa yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia yang terkenal sebagai pelaut. (Kamus Dewan, 2010:212). Suku Bugis juga memiliki perkongsian etnik dengan lainnya di wilayah Sulawesi iaitu kelompok etnik Toraja, Mandar, dan Makassar. Orang Bugis kini dengan populasi seramai 4 (empat) juta yang mendiami hampir kesemua kawasan Sulawesi Selatan di mana kebanyakan agama dianut oleh mereka adalah agama Islam. Masa penaklukan Belanda wilayah Indonesia pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah randah sehingga kini telah bercampur dengan suku-suku lainnya di pelbagai daerah seperti Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan termasuk Sarawak. Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh British bahawasanya, etnik suku Bugis cukup terkenal dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani, lanun yang digeruni (digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaingnya seperti Belanda dan Inggeris), dan juga menjadi pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik Bugis ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Mereka yang dikenal sebagai pedagang rempah-rempah dan kemenyan dengan melintasi lautan ke pelbagai wilayah sehingga ke Australia, Afrika termasuk Madagaskar. Ada beberapa hal yang perlu dibincangkan dalam perbahasan ini sebagai gambaran suku Bugis dalam sejarah dan peradabannya. Pertama, Sejarah awal suku Bugis menurut La Galigo terbentuk kerajaannya yang pertama Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walau bagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan di dalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai sehingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Dalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda di perkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan. Kedua, Sejarah awal Bugis menurut keturunan Raja Haji sesuai dengan kitab Tuhfat al-Nafis bahawa keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba' (Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba/kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang, berlaku juga 4
perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makassar, Wajo, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lainnya. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makassar (Gowa). Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka (1696 M) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makassar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya yang menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin (1670 M). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makassar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Ketiga, Peng-Islaman Bugis pada abad ke-16 mengalami suatu perubahan besar. Dalam kurun masa tersebut, komuniti Bugis dan Makassar berjaya di Islamkan oleh Abdul Makmur seorang berketurunan Minangkabau. Manakala pertengahan abad ke-16 Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777 M, Makassar jatuh ke tangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi suku Bugis secara besar-besaran ke pelbagai wilayah termasuk ke Kalimantan, Sumatera, Jawa, dan Tanah Melayu serta wilayah Sabah, bahkan ke Australia, Afrika dan Madagaskar. Keempat, Suku Bugis menurut Thomas Stamford Raffles yang menggelarkan tanah asal mereka adalah Celebes (Sulawesi) mengatakan bahawa Bugis adalah negara maritim dan pusat perniagaan yang besar di kepulauan ini sedangkan orangnya bersosok tubuh yang tampang tidak terlalu tinggi kerana memang mereka orang pemberani, paling petualang, punya semangat usaha yang tinggi di antara bangsa-bangsa di timur dan terutama sekali mereka amat gemarkan kehidupan militer. (A. Rahman Rahim, 2011:4). Kelima, Sejarah Bugis di Tanah Melayu memainkan peranan sangat penting dalam sejarah. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor-Riau-Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan suku Bugis di Tanah Melayu. Malah, Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu berjaya dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
5
Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian mereka ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis asli masih kekal di wilayahnya yang asal iaitu Sulawasi Selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun tetap kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli dan bertutur dalam bahasanya tersendiri walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Pangkep, Barru, Sinjai, Wajo, Soppeng, Pinrang, Pare-pare, Bulukumba, Enrekang, Maros dan Rappang, dan lain sebagainya. (Iswanto, 2008:31). Sementara di Sabah, rakyat Indonesia yang bersuku Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, suku Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia bersuku Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. SENI BUDAYA KAUM IBAN DAN SUKU BUGIS Kaum Iban Ada pelbagai seni dan budaya kaum Iban menjadi warisan leluhur perlu dilestarikan. Antara yang menarik adalah Pertama, Sistem tulisan digunakan oleh kaum Iban dikenali dengan "Master of Language". Prof. Derek Freeman sebagai salah seorang pengkaji Bahasa Iban menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language kerana kaum ini pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban mempunyai bahasanya tersendiri iaitu bahasa Iban, bahasa ini berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau] dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.
6
Kedua, Seni tari kaum Iban di antaranya ialah tarian Ngajat yang merupakan tarian sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian ini terdiri daripada beberapa jenis seperti Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Beraya, dan Ngajat “Ngemai antau pala”. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut hari Gawai selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Tarian ini di mana penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh iaitu alat bertali seperti gitar. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Jenis tarian ini penarinya akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Ketiga, Ngayau pula merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan bahkan telah diharamkan penerapannya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa, "lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya. Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di rumah-rumah panjang, selain orang bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala tersebut. Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa Ngayau dijalankan untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, ngayau juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam ngayau yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani" serta dikaitkan dengan hal-hal kesaktian. Ternyata bahawa tradisi masyarakat Iban tidak memandang Ngayau sebagai perkara memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakatnya bahawa Ngayau sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya, Ngayau sebagai lambang keberanian, simbol kelelakian, serta martabat dan bahkan kedudukannya dalam kehidupan sosial. Keempat, Ngayap juga merupakan tradisi dan budaya kaum Iban. Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap (Sandin, 1980:69). Amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-masing, walaupun amalan ngayap dibenarkan, namun ngayap seharusnya dilakukan dengan 7
adap sopan santun berlandaskan adat dan pegangan hidup masyarakat Iban itu sendiri bagi mengelakkan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakatnya. Mengikut adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut, jika kunjungan berterusan, ibu-bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna sama ada ia serius dalam usahanya untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin bersenang-senang dan berfoya-foya maka kunjungannya haruslah dihentikan dengan segera. Dan jika si teruna serius dan bercadang untuk mengahwini si dara, maka ia dinasihatkan supaya memberitahu ibu-bapanya tentang hasratnya datang meminang si dara. sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibu-bapa si gadis berhak menangkapnya dan menguruskan perkahwinan pasangan berkernaan baru kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah (Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang berkenaan. Pada masa kini, tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan dalam arus pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan, justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa majlis keramaian seperti gawai, pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi, atau di tempat kerja pasangan masing-masing. Namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan Iban, untuk mengelakan budaya ini disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang Iban sahaja, sekiranya terdapat pelanggaran adab atau campur tangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban, 1993. Kelima, Kepercayaan kaum Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka di kemudian hari. Selain itu, mimpi juga merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh 'Beliau' dan 'Manang'. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'Belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa. Keenam, Kegiatan ekonomi pula bagi masyarakat Iban ada ketergantungan dengan kehidupan sebahagian besar masyarakatnya yang masih tinggal di rumah-rumah panjang, sementara pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak. Segolongan besar kaum Iban masih melibatkan diri dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Kaum Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. 8
Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi lebih banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit. (Sultive, 1978:3). Selain itu kaum Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pada hari ini sebahagian orang Iban mula menetap di bandar-bandar besar seperti di Sibu, Bintulu, Miri, Sarawak dan sebagainya. Kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta merata tempat di negeri ini.
Senjata/Pedang Kaum Iban
Senjata/Badik Suku Bugis
Suku Bugis Suku Bugis juga memiliki pelbagai seni dan budaya yang tetap kekal sehingga kini menjadi warisan turun temurun dari generasi ke generasi. Antara yang menarik dibincangkan ialah Pertama, Sistem tulisan dan bahasa yang dipakai oleh suku Bugis menggunakan bahasa tersendiri dikenali bahasa Bugis (juga disebut sebagai Sure’ Ugi) (Wikipedia, 2012), bahasa Bugis terdiri pelbagai dialek seperti Bone, Soppeng, Luwu, Wajo, Bulukumba, Sedenreng dan Pare-pare. Sementara sebahagian sastera lisan karya Bugis berupa cerita rakyat yang bermacam-macam bentuknya seperti fable, mitos, Legenda dan dongeng. (Iswanto, 2008:32). Konsonan di dalam sure’ ugi pula di kenali dengan Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi. Karya sastera berbentuk pantun, syair dan puisi antara Sure’ Baweng dan Kalinda’da. Sure’ Baweng merupakan syair dari suku Bugis yang ditulis oleh Arung Pancana Toa. Naskah ini ditulis dengan aksara lontara dan sekarang masih tersimpan di Perpustakaan Nasional Indonesia. Sementara Sure’ La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walau bagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke-14 dan menjadi naskah terpenting dalam perkembangan kesusasteraan suku Bugis-Makassar. Benjamin Frederik Matthes, seorang pakar bahasa berkebangsaan Belanda telah lama meneliti perkembangan kesusasteraan Bugis-Makassar di mana beliau telah berjaya mengumpulkan 12 jilid naskah Sure’ La Galigo dan manuskrip ini masih tersimpan di perpustakaan Universiti Leiden (Belanda) dengan 6.000 mukasurat yang terdiri daripada 360.000 bait. Konon naskah ini baru sepertiga daripada keseluruhan naskah aslinya. Padahal, naskah Mahabrata dari India hanya 160.000 bait dan sajak Homerus terdiri daripada 120.000 bait. Oleh itu, karya sastera 9
Sure’ La Galigo ini boleh dianggap sebagai naskah berbentuk epik terpanjang dunia, ia wujud sebelum epik Mahabrata. (Iswanto, 2008:49). Adapun sastera Kaum Iban dan konsonan Lontara sebagai aksara suku Bugis yang dijadikan sebagai asas penulisan dalam pelbagai bahasa, sastera dan persuratan. Seperti berikut: Tupai sama tupai Begagai pucuk murni Tuai sama tuai Bertundi diri sama diri Satu sastera Kaum Iban dan Aksara Lontara Suku Bugis (Sumber: Wikipedia, 2012).
Kedua, Prinsip kekerabatan suku Bugis hampir menyamai kekeluargaan yang diterapkan kaum Iban. Hal tersebut dapat dilihat dalam dua jalur. Pertama, kekerabatan kerana melalui hubungan darah yang disebut dengan sejing. Kedua, hubungan kekerabatan kerana adanya hubungan perkahwinan yang disebut dengan siteppa-teppa. Hubungan kekerabatan sejing sangat besar peranannya dalam kehidupan sehari-hari. Orang-orang yang berhubungan sejing akan saling membantu dalam menguruskan segala hal diperlukan termasuk masalah perkahwinan dan kekerabatan lainnya. Mereka juga berkewajiban dalam menegakkan dan membela serta mempertahankan “siri” iaitu martabat dan harga diri keluarga. Keluarga sejing tersebut juga bertanggungjawab menyelenggarakan upacara-upacara adat yang sentiasa diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat seperti perkahwinan, kelahiran, kematian dan sebagainya. (Iswanto, 2008:32). Ketiga, Suku Bugis juga memiliki jenis tarian tradisional sebagaimana kaum Iban dan suku bangsa lain yang dijadikan sebagai seni dan budaya mereka. Di antara seni tersebut ialah Tarian Pajaga Andi merupakan tarian yang ditarikan oleh dua belas putri. Para penari mengenakan pakaian sarung dan baju bodo. Tarian ini mirip seperti tarian Pakarena dari Makassar di mana gerakan-gerakannya cendrung lembut dan penari diiringi tabuhan gendrang yang iramanya menghentak. Gendrang bulo merupakan pula kesenian rakyat yang ditarikan sekumpulan penari dengan memegang dua buah tongkat bambu kecil, tarian ini mengikuti irama yang dihasilkan daripada ketukan kedua bambu tersebut. Selain tarian ini terdapat juga beberapa jenis alat muzik tradisional yang di miliki oleh suku Bugis ini iaitu Mappadendang, Jajjakang dan Orkes Tauriolo. Keempat, Ada kerajinan masyarakat suku Bugis yang dianggap jarang di miliki oleh suku bangsa lain termasuk kaum Iban iaitu pengrajin tenunan kain sutera atau disebut lipa’ sabbe (lipa’ sengkang) yang dihasilkan secara tradisional dengan ditenun menggunakan tangan dan peralatan sangat sederhana. Selain kain sutera suku Toraja juga menghasilkan kerajinan tenun dari bahan bukan sutera iaitu dihasilkan dengan menggunakan benang kapas. Benang tersebut dihasilkan daripada pemintalan secara tradisional sehingga menghasilkan sarung khas Toraja, baju dan sebagainya.
10
Kelima, Kemahiran membuat perahu pinisi. Pinisi merupakan perahu tradisional yang digunakan oleh pelaut suku Bugis untuk berlayar mengharungi lautan dan samudera, pinisi inilah yang pernah digunakan pelaut Bugis berlayar sehingga ke Australia dan Madagaskar, Afrika Selatan. Pinisi merupakan jenis perahu dagang yang boleh memuatkan dalam 20-100 tan, paling besar jika dibandingkan dengan jenis perahu tradisional lainnya. Jenis perahu ini mampu mengharungi lautan besar mahupun samudera luas. Perahu ini memiliki dua tiang tinggi yang masing-masing dilengkapi layar besar sebagai layar utama dan ditambah dengan layar kecil pada pucuk tiangnya, dan kemudian perahu dilengkapi dengan enjin di bahagian tengah dan dua kemudi yang terletak di bahagian belakang. Suku Bugis sangat mahir membuat perahu pinisi ini di mana kebiasaannya seorang pengrajin kekerja tanpa gambar, semua bentuk seperti sudah tergambar dalam pikiran masingmasing. Pembuatan perahu ini biasanya kemahiran yang sudah diwarisi turun temurun dari nenek moyangnya. Meskipun dibuat secara tradisional akan tetapi ketangguhan perahu ini sudah terbukti dan mendapat pengiktirafan secara nasional dan antarabangsa. Mereka mampu membuat perahu dengan pelbagai ukuran dari yang paling kecil sehinggakan yang paling besar. Proses pembuatan perahu pinisi ini masih diwarnai dengan serangkaian upacara ritual. Seperti proses pembuatan mesti ditetapkan hari baik untuk mencari kayu, upacara untuk mengusir roh penghuni kayu, pemasangan papan pengapit lunas, dan upacara peluncuran perahu yang sudah selesai dibuat. Selain jenis pinisi ini, ada juga jenis perahu lain yang sering dibuat oleh pengrajin perahu Bugis ini iaitu Lambo Palari, Lambo Calabai, Jarangka, Somppe dan Pajjala. Keenam, Ade’ menjadi tradisi ritual adat suku Bugis pada waktu-waktu tertentu. Upacara adat suku Bugis atau juga disebut ade’ dapat dikategorikan menjadi dua bahagian, iaitu upacara adat yang pertama seperti ritual ketika kehamilan, kelahiran, dan kematian. Upacara kedua seperti ritual menentukan hari permulaan tanam padi dan masa panen yang dilakukan secara bersama-sama. Banyak lagi upacara-upacara adat yang dilaksanakan oleh masyarakat Bugis sebagai amalan yang mengekalkan budaya, adat dan tradisi turun temurun sekaligus menjadi warisan budaya sebahagian besar masyarakatnya. Prinsip Ade’ suku Bugis menurut Mattulada dicatit dalam lontara’-lontara’ Makassar dan Bugis dinyatakan secara asasi, bahawa hidup politik adalah hidup moral itu sendiri, dengan seluruh adat sebagai sistem adalah pada dasarnya ajaran moral, suatu moraliti yang meliputi segala segi kehidupan manusia selaku individu dan antara warga dan negaranya. (Mattulada, 2011:188).
Pakaian Adat Kaum Iban
Pakaian Adat Suku Bugis
11
TITIK TEMU SENI BUDAYA KAUM IBAN DAN SUKU BUGIS Keberadaan kaum Iban dan suku Bugis keduanya merupakan suku etnik yang menduduki kepulauan Nusantara, walaupun kaum Iban menjadi kumpulan etnik terbesar di Sarawak Malaysia yang kebanyakannya tinggal berkampung di rumah panjang di tebingan sungai dan di tepi jalan raya untuk mempermudahkan aktiviti kerja. Suku Bugis pula merupakan penduduk yang menduduki hampir kesemua daerah dan kawasan di Sulawesi Indonesia, akibat penaklukan Belanda menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan bercampur dengan suku lain di perlbagai wilayah. Suku ini lebih suka memilih pesisir pantai sebagai tempat dan perkampungan dijadikan sebagai pusat aktiviti keseharian yang tersebar sehingga hampir ke seluruh pesisir pantai di Nusantara, seperti Sumatera, Kalaimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Kehidupan kaum Iban dan suku Bugis sama-sama memiliki budaya saling berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain, amalan cara hidup diamalkan berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur, dan berteraskan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Sungguhpun demikian, kebanyakan kaum Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, dan dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam serta ciri-ciri kebudayaan lambang tradisi kaumnya. Sedangkan suku Bugis pula kebanyakan menganut agama Islam sebagai keyakinan hidup, selain itu suku ini sangat terkenal dalam bidang maritim, pertanian, ekonomi bahkan banyak menjadi pedagang berjaya di Kepulauan Melayu dan pesisir kepulauan Nusantara. Kegemaran kaum Iban dan suku Bugis menyimpan dan menghasilkan khazanah tempatan sangat menonjol. Salah satu tradisi kaum Iban iaitu menyimpan pasu, gong, dan tempayan (tajau). Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dihomati, dan bahkan dianggap suci. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar menukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang. Suku Bugis pula telah mewarisi prinsip siri, pesse dan ade’ secara turun temurun kepada keturunannnya agar dapat menjalani kehidupan ini dengan beradat dan bermartabat sehingga dapat mencipta sesuatu tamadun di wilayah mereka tempati, di samping memiliki kemahiran menenun kain dan membuat perahu pinisi untuk dijadikan sebagai kenderaan berlayar mengaharungi lautan mahupun samudera yang mereka ingin tuju bila-bila masa. Kecakapan menggunakan bahasa dan sastera menjadikan kaum Iban pandai menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi dengan menggunakan penyusunan ayat sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Selain memiliki sistem tulisan yang disebut ‘Turai’ mempunyai 59 abjad dengan mewakili bunyi sebutan seperti tulisan Rumi. Bagi suku Bugis pula memiliki aksara tersendiri yang disebut dengan Lontara, aksara ini digunakan untuk bertutur sesamanya dan digunakan dalam amalan bahasa, sastera dan persuratan.
12
Kekayaan seni dan budaya kaum Iban dan suku Bugis sama-sama mengembangkan pelbagai jenis upacara tradisional, adat dan tarian khas diwarisi secara turun temurun sehingga ke anak cucu. Kaum Iban memiliki tarian Ngajat iaitu tarian semasa menyambut hari Gawai selepas musim menuai atau tarian selepas kembali dari berperang. Penari memakai pakaian tradisi dan juga memakai topi dihias dengan bulu-bulu burung. Sementara suku Bugis dapat membudayakan tarian Pajjaga Andi tarian yang ditarikan oleh dua belas putrid berpakaian sarung dan baju bodo dan gerakan-gerakannya cendrung lembut dengan diiringi tabuhan gendrang irama menghentak. Peranan kaum Iban dan suku Bugis pada zaman dahulu sama-sama merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampung) bagi tujuan penanaman padi bukit atau guna membangun perkampungan baru untuk ditempati. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban dan suku Bugis sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar, rajin dan kaya. Justeru itu kaum Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (di Malaysia) (Sultive, 1978:3), demikian juga suku bugis pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi ulung di Kalimantan dan Sumatera di samping terkenal sebagai pelaut ulung di merata pesisir pantai di Nusantara.
Rumah Panjang Kaum Iban
Perkampungan Suku Bugis
HARAPAN, SARANAN DAN CADANGAN Melalui paparan dan perbahasan di atas, dapat kita lihat bahawa ternyata masih banyak lagi perkara-perkara penting lainnya yang perlu dicari secara ilmiyah untuk mempertemukan titik-titik persamaan dan perbezaan antara kaum Iban dengan suku Bugis ini. Namun penulis hanya menghadkan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam perbahasan terdahulu, semoga peneliti-peneliti lainnya dapat meneruskan kerja dan usaha murni ini, agar dapat memartabatkan khazanah dan warisan seni budaya sesuatu bangsa di Alam Melayu. Melalui paparan dan perbahasan ini, penulis juga ingin mengajukan beberapa harapan, saranan dan cadangan untuk memantapkan lagi kerja dan usaha pelestarian adat, seni dan warisan kaum Iban dan suku Bugis ini. 1.
Perlu adanya satu sekretariat bersama di peringkat serantau, bagi meneliti dan mengkaji lebih mendalam yang mengarah kepada pelestarian seni, budaya dan warisan suku kaum etnik di Alam Melayu.
13
2.
3.
4.
5.
Penting diwujudkan kegiatan-kegiatan bersama sesama suku kaum etnik untuk mencari titik kesamaan dan perbezaan adat, seni dan budaya dalam memartabatkan budaya bangsa masing-masing. Peranan kerajaan dan pemerintah beserta masyarakat sangat diperlukan untuk menyokong dalam melestarikan dan memajukan seni, budaya dan warisan suku kaum etnik secara bersama dalam peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Perlu selalu diadakan kegiatan-kegiatan kebersamaan seni dan budaya sesama suku kaum etnik agar dapat terserlahkan lagi kelebihan dan keunggulan seni dan budaya masing-masing. Perlu ditubuhkannya satu institusi atau lembaga yang dapat memberi ispirasi atau memajukan dan bahkan terus berusaha meningkatkan lagi kelestaraian seni budaya serantau sehingga bila-bila masa.
KESIMPULAN Kaum Iban dan suku Bugis keduanya merupakan suku kaum etnik yang memiliki seni budaya diwarisi secara turun temurun dari generasi ke generasi. Bergerak menerapkan kehidupan secara bermasyarakat dengan berasaskan institusi kekeluargaan. Berusaha mengembangkan potensi diri dan daerah mereka tempati ke arah kebajikan dan asas manfaat. Bekerja terus memperhatikan keperluan individu mahupun kumpulan secara berterusan. Kaum Iban dan suku Bugis sama-sama memiliki kelebihan dan kekurangan yang perlu saling melengkapi dengan suku kaum lainnya. Perlu bijak dalam mengembangkan potensi wilayah dan persekitarannya. Mesti tetap terikat dengan adat dan prinsip-prinsip hidup dari warisan yang ada. Tetap terus bekerja dan berusaha dalam memartabatkan seni dan budaya masing-masing dalam menjana ketamadunan suku kaum etnik di merata tempat di Nusantara.
14
Sejak dahulu lagi, masyarakat Iban telah menggunakan sumber hutan khususnya buluh untuk keperluan asas kehidupannya seperti tikar dan rumah. Sehingga sekarang, masyarakat Iban masih menukar buluh payan dan buluh surik dengan daun nipah, gula nipah, pekasam ikan dan udang. Pertukaran itu dibuat dengan masyarakat Melayu di kampung-kampung berdekatan kawasan mereka tinggal. Buluh telah digunakan untuk membuat alat menangkap ikan seperti serkap, bubu, dan lukah. Buluh juga digunakan untuk membuat rakit, salah satu jenis pengangkutan untuk menyeberangi atau menyusur sungai. Rebung (anak buluh) merupakan makanan pembuka selera juadah masyarakat Iban. Mereka akan memasak rebung dengan pelbagai cara daripada menjadi sayur lemak, sehinggalah masak gulai ikan campur rebung. Buluh juga dapat dijadikan senjata. Tukak (buluh yang diruncingkan) ditanam keliling rumah panjang untuk melindungi rumah panjang daripada serangan musuh. Musuh yang menyerang akan terpijak tukak-tukak dan kaki mereka luka. Semilu pula merupakan sejenis pisau yang amat tajam yang dibuat dengan menggunakan kulit bahagian luar buluh dan kulit bahagian dalam buluh. Semilu boleh digunakan untuk memotong sesuatu yang lembut seperti tembakau. Tembakau yang dipotong dengan semilu tidak berserabut. Ratai buluh adalah buluh mati sudah kering. Ratai Buluh dijadikan kayu api untuk membakar kerubung siput atau kerang. Kerubung siput atau kerang yang dibakar kemudian ditumbuk halus untuk membuat kapur sirih. Buluh yang hangus tidak menjadi arang seperti kayu api. Inilah yang memudahkan proses mengambil kerubung siput yang dibakar itu. Ratai buluh juga boleh membuat batu api. Ratai buluh munti yang sudah kering ditumbuk halus dalam sebuah bekas khas yang dibuat daripada buluh ataupun kayu. Apabila ditumbuk, ia akan mengeluarkan percikan api. Percikan api itulah yang digunakan sebagai sumber api. Selain itu, buluh menjadi unsur penting dalam kesenian tradisi persembahan atau perubatan tiang pancha, ‘Biau Pengancha’ memaparkan betapa masyarakat Iban mempunyai falsafah yang tinggi tentang buluh. Ritual perubatan ‘tiang pancha’ menggunakan buluh sebagai tiangnya. Upacara dilakukan di halaman rumah panjang, pada waktu senja. Ritual bertujuan untuk mengambil semula semangat pesakit yang dipercayai telah ditangkap oleh hantu jahat. Ritual Biau Pengabang harus dilakukan dahulu sebelum sebarang upacara Gawai, seperti Gawai Antu yang banyak menggunakan buluh. Kalau tak dibuat, masyarakat Iban mungkin mendapat malapetaka seperti terkena rasukan hantu yang paling mereka takuti iaitu pansa antu. Selain itu, buluh turut dianggap mempunyai unsur mistik. Buluh Perindu dikatakan boleh dijadikan bahan membuat minyak pengasih bercampur cenuai. Sastera lisan masyarakat Iban tentang seorang bodoh dengan seorang pintar yang pandai menipu menjadi cerita tradisi yang tinggi falsafahnya. Apai Saloi yang bodoh, telah menukar rumahnya yang kukuh dengan pondok buluh Apai Seumang-umang. Sebabnya, Apoi Saloi suka mendengar pondok buluh yang boleh menyanyi. Jika dalam Hikayat Melayu ‘Buluh Betung’ dianggap sebagai buluh yang paling besar, kuat dan lasak antara semua jenis buluh, masyarakat Iban juga mempunyai pemikiran yang sama. Cerita rakyat berunsur mitos asal usul keturunan iaitu ‘Pateh Ambau’ menunjukkan masyarakat Iban percaya bahawa asal usul nenek moyang mereka mempunyai kaitan dengan buluh yang paling kuat. Ini melambangkan bahawa asal keturunan mereka memiliki kekuasaan, kebesaran dan keajaiban. Memandangkan buluh merupakan simbol kekuatan bagi masyarakat Iban, banyak peribahasa mereka menggunakan unsur buluh untuk dijadikan perbandingan dan falsafah. Sebagai contoh, peribahasa ‘Ngelanggai bayan’ yang bermaksud buluh muda dilambangkan dengan ekor 15
burung bayan dan buluh itu melambangkan anak lelaki Iban yang baru meningkat remaja. Peribahasa ‘Orang di Munsi Tubu Orang di ulu kena miang’ membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa Melayu ‘Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya’. Dalam upacara kematian, Buluh Payan digunakan untuk mengusung keranda orang mati ke kubur. Spesies buluh Payan dipilih kerana buluh ini kuat, ringan dan tak mudah patah. Jika kayu yang dijadikan usungan, kayu berat dan mudah patah. Masyarakat Iban menggunakan Buluh Manti untuk menyukat saiz lubang kubur kerana buluh bentuknya lurus dan cukup panjang. Namun buluh kian sukar ditemui kerana kerja-kerja penyehutanan telah banyak menghapuskan spesies buluh. Masyarakat orang asli Iban yang banyak bergantung kepada hutan kehilangan budaya mereka. Pemodenan juga membuatkan penggunaan buluh sebagai bahan keperluan asas digantikan dengan bahan lain. Budaya tradisi kian terhakis. Hilang hutan, hilanglah budaya mereka. AMALAN penjagaan kesihatan tradisional masyarakat Iban di daerah Serian pula banyak memberi kesejahteraan kepada masyarakat Iban. Pelbagai aktiviti seharian yang mereka lakukan seperti amalan pemakanan, amalan tidur, amalan bersukan, amalan urut, kepercayaan dan perubatan tradisional terbukti mampu mengekalkan kesihatan masyarakat moden hari ini. Asal usul etnik Iban di Sarawak ini agak kabur dan sukar ditentukan dengan tepat kerana tiada catatan sejarah atau rekod bertulis mengenainya. Peluasan orang Iban di merata tempat di Sarawak boleh dijelaskan kerana budaya masyarakat Iban yang mengamalkan sistem tanaman padi secara berpindah-randah, untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Namun ada 3 teori yang mengatakan; masyarakat Iban berasal dari Sumatera yang berhijrah ke Borneo lebih kurang 300 tahun dahulu. Ada juga yang berpendapat bahawa etnik Iban berasal dari Timur Tengah yang kemudian ke Sumatera, memandangkan kedatangan etnik Iban ada disebut dalam bahagian awal beberapa tusut Iban yang panjang. Tusut merupakan susur galur masyarakat Iban yang melebihi 2 generasi. Teori ketiga pula berpendapat masyarakat etnik Iban berasal dari Batang Kapuas di daerah Kalimantan dan kemudian berhijrah ke jajahan Sarawak. Biar dari mana asal etnik Iban, keunikan masyarakat ini amat menonjol dari sudut budaya adat resamnya seperti budaya ‘rumah panjang’, ‘ngayau’, ‘ngayap’ serta ‘Pesta Gawai’. Kesemuanya mencerminkan nilai kerjasama, persaingan sihat serta perpaduan yang berpegang pada prinsip persamaan hak. Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. Walaupun beberapa keluarga tinggal dalam satu rumah panjang, namun setiap keluarga mempunyai autonomi dalam hal ehwal keluarga masing-masing. Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata. Tugas ‘Tuai Burong’ pula berkaitan dengan hubungan manusia dan makhluk ghaib. Tugasnya adalah mengetuai sesuatu upacara ritual dan perubatan tradisional. Beliau bertanggungjawab menjaga kesihatan anak buahnya dan harus sentiasa bersedia untuk mengubati dan memastikan anak-anak buahnya dalam keadaan yang baik dan sihat. Dalam masyarakat Iban, mereka mengamalkan sistem perubatan ‘Manang’. ‘Manang’ boleh juga disamakan seperti bomoh atau pawang di kalangan orang Melayu. Masyarakat Iban menganggap status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati. Manang dianggap sebagai golongan istimewa. Ia sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi. Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang 16
larang serta kepercayaan tertentu. Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk. Sistem perubatan masyarakat Iban merangkumi konsep ‘sihat dan sakit’, rawatan penyembuhan dan pemulihan, dan pakar-pakar perubatan tradisional. Kesemuanya merupakan komponen utama yang menjadi latar belakang dan mencorakkan keseluruhan ide dan amalan dalam sistem perubatan masyarat Iban Malaysia. Konsep ‘sihat dan sakit’ boleh didefinisikan sebagai kebolehan fizikal dan mental melakukan tugas seharian. Sihat merujuk kepada sihat fizikal, emosi, fikiran, berperilaku normal dan berupaya menjelaskan serta melaksanakan tugas seharian, Seseorang itu boleh dianggap sakit atau uzur jika fizikalnya lemah, tidak bertenaga, berlaku gangguan emosi dan usia tua yang mempunyai taraf kesihatan yang rendah. Terdapat dua faktor yang membawa kepada masalah kesihatan iaitu faktor semulajadi dan faktor magis. Faktor semulajadi berkait rapat dengan kecuaian manusia, cuaca, pemakanan, kuman dan bakteria. Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti ‘kempunan’. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka. ‘Manang’ yang telah disebut tadi, boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu tertentu, sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang. Berbalik pada amalan kesihatan masyarakat Iban, mereka memakan apa sahaja yang boleh dimakan dan tidak wujud makanan halal haram. Masyarakat Iban di kawasan Serian banyak memakan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Daging hasil buruan dan tangkapan ikan sering dibahagi sama rata dengan keluarga di rumah panjang. Masyarakat Iban sering menjaga keimbangan pemakanan mereka kerana memakan makanan yang tidak seimbang ‘konsep sejuk dan panasnya’, boleh menyebabkan alahan dan sakit. Makanan sejuk adalah seperti sayur-sayuran dan buah manakala makanan panas pula adalah seperti daging dan lada. Mereka meminum ‘air tapai’ yang memabukkan pada musim pesta gawai dan menganggap air itu dalam kategori sejuk kerana boleh mengurangkan suhu panas badan. Air tapai jika diminum secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang yang berpenyakit asma sesak nafas. Namun ada juga masyarakat Iban yang menganggap air tapai merupakan kategori panas, sama seperti arak. Masyarakat Iban mengamalkan pengambilan tonik-tonik tradisional yang dianggap berkhasiat dan memberi kekuatan. Tonik-tonik itu diperbuat daripada rempah ratus yang ‘panas’ seperti halia, lengkuas, kunyit, ketumbar, lada, lada hitam dan lada putih. Bahan-bahan sejuk untuk hasilkan tonik tradisional pula adalah seperti madu lebah, tongkat ali dan lidah buaya. Masyarakat Iban mempunyai 3 ciri untuk menentukan sesuatu bahan itu bahan ‘sejuk’ iaitu; pahit, warna hijau dan warna keemasan. Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. Mereka dilarang memin um air sebelum dan semasa makan. Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin. Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. Tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan pula boleh 17
mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala. Bagi masyarakat Iban, tidur perlu cukup untuk mengelakkan masalah kesihatan. Mereka mengamalkan tidur secukupnya, lapan jam sehari. Mereka juga mengamalkan dua waktu tidur iaitu tidur waktu malam dan tidur waktu siang. Tidur siang adalah dalam jangka masa setengah jam hingga satu jam. Jika lebih dari sejam, boleh mengakibatkan sakit kepala dan malas. Bagi mereka, tidur petang dapat meraih tenaga semula dan memberi kesegaran. Rata-rata, masyarakat Iban tidur jam 10 malam dan bangun jam 6 pagi. Tidur juga mempunyai pantang larangnya tersendiri tetapi hanya tertakluk di luar rumah. Jika mereka tidur di luar rumah, mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Jika dilanggar larangan ini, seseorang itu boleh ditimpa kemalangan. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu. Masyarakat Iban rajin bekerja dengan menggunakan kudrat fizikal. Justeru pekerjaan mereka menuntut kecergasan fizikal dan secara tidak langsung, boleh dikatakan mereka bersukan setiap hari. Ada juga golongan muda yang bersukan kampung sekumpulan. Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan. Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Mengurut seluruh badan hanya dilakukan jika seseorang itu mengalami keuzuran yang lebih serius seperti kemalangan, lumpuh, lepas bersalin, tenat dan sebagainya. Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan. Mengurut juga dapat membantu perawatan dan pemulihan tulang patah, dengan menggunakan minyak lemak ular sawa. Pantangnya, masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh masyarakat Iban untuk mengekalkan kesihatan. Amalan makan, tidur, sukan dan mengurut, merupakan antara amalan penting yang wajib mereka patuhi. Pelbagai pantang larang serta petua yang mengikuti amalanamalan itu menguatkan keyakinan masyarakat Iban tentang keberkesanan amalan penjagaan kesihatan mereka. Biarpun perkembangan perubahan sistem perubatan moden semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, setiap amalan tradisional masyarakat Iban tidak harus dilupakan kerana sebelum ada yang baru, pasti ada yang lama. Yang lama itu biasanya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. RUJUKAN A. Rahman Rahim. 2011. Nilai-nilai Utama Kebudayaan Bugis. Yogyakarta: Ombak. Iswanto. 2008. Selayang Pandang Sulawesi Selatan. Klaten: Intan Pariwara. Kamus Besar Bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kamus Dewan edisi keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Manja Mohd. Ludin, A. Suhaimi Hj. Mohd. Nor. 1995. Aspek-aspek Kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mattulada. 2011. Menyusuri Jejak Kehadiran Makassar dalam Sejarah. Yogyakarta: Ombak. Maruwiyah Ahmad. 2012. Kaum Utama Kadazandusun & Iban. Kuala Lumpur: Goodwill Publications. 18
Prosiding: Bugis Sabah 2007. Sabah: Penerbit UMS. Robert Menua, Janang Ensiring. 2011. Joko Dalam. Sarawak: Tun Jugah Fondation. Robert Menua, Janang Ensiring. 2011. Sebar Reti. Sarawak: Tun Jugah Fondation. Syed Mahadzir Syed Ibrahim, Ahad 28 November 2010, Pelbagai Warisan Budaya Etnik Sabah Dan Sarawak.
19