PENGGUNAAN BAHASA MELAYU PELAJAR PROGRAM MINOR BAHASA KADAZANDUSUN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DALAM TUGASAN: SATU ANALISIS Minah Sintian Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan Email:
[email protected] Tel: 011 11838551 Abstrak Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian berkaitan penggunaan Bahasa Melayu dalam tugasan pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan rujukan kepustakaan. Terdapat 10 buah tugasan pelajar bagi kursus BDK3033 Kemahiran Menulis dalam Bahasa Kadazandusun telah dianalisis. Beberapa perkara diambil kira dalam kajian ini antaranya menganalisis perkataan Bahasa Melayu yang terkandung dalam tugasan sama ada perkataan tersebut ditulis menggunakan ejaan Bahasa Melayu ataupun dieja menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun. Contoh ‘minta tolong’ (ejaan Bahasa Melayu), ‘mokitulung’ (ejaan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun). Rangkai kata ‘minta tolong’ dalam Bahasa Kadazandusun yang betul ialah mokiuhup iaitu terdiri daripada satu perkataan sahaja. Dapatan menunjukkan tugasan yang paling kerap menggunakan Bahasa Melayu ialah Tugasan 10 iaitu terdapat 77 perkataan yang dieja betul menggunakan Bahasa Melayu, diikuti Tugasan 5 iaitu terdapat 55 perkataan Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul, Tugasan 9 iaitu terdapat 49 perkataan Bahasa Melayu dan Tugasan 8 iaitu terdapat 47 perkataan Bahasa Melayu. Tugasan yang paling kurang menggunakan Bahasa Melayu ialah Tugasan 2 iaitu hanya terdapat 6 perkataan Bahasa Melayu sahaja. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun telah begitu sebati dalam diri mereka sama ada dalam bentuk lisan mahupun penulisan.
Pengenalan Program Minor Bahasa Kadazandusun telah diperkenalkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2010. Terdapat lapan kursus ditawarkan kepada pelajar bagi membolehkan mereka bergraduat dan bakal menjadi guru Bahasa Kadazandusun apabila keluar dari universiti. Kursus-kursus tersebut disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Kadazandusun baik dalam lisan mahupun penulisan. Demikian juga tugasan yang dilakukan oleh pelajar haruslah ditulis dalam Bahasa Kadazandusun. Memandangkan pelajar tidak pernah belajar subjek Bahasa Kadazandusun secara formal sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah1, maka sudah pasti penulisan mereka bercampur aduk dengan Bahasa Melayu. Senario ringkas faktor pelajar mencampur adukkan Bahasa Melayu dalam penulisan adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam seksyen 152(1) Perlembagaan Persekutuan (Lembaga 1
Bahasa Kadazandusun dengan menggunakan bahasa standard Bunduliwan telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan pada tahun 1997 dan sekolah menengah pada tahun 2007 (SJDisimon, 2009).
1
Penyelidikan Undang-Undang, 2008) dan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu merupakan subjek teras dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 Seksyen 3(2a) (Lembaga Penyelidikan UndangUndang, 2003). Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek teras sama ada di sekolah kerajaan ataupun bantuan kerajaan. Berikut merupakan jadual peruntukan waktu minimum seminggu pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah (S.K/ S.J.K (C/T), kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas dan Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia: Jadual 1: Jadual Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Sekolah Rendah (minit) S.K
S.J.k C/T
Tahap I
Tahap II
Tahap I
Tahap II
1
2
3
1
2
3
1
2
3
1
2
3
450
450
450
300
300
300
270
270
210
150
150
150
Jadual 2: Jadual Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Kelas Peralihan (40 minit suatu waktu) Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan
Jumlah Waktu 13
Jadual 3: Jadual Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Menengah Rendah (40 minit suatu waktu) Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan
Jumlah Waktu 6 (5 + 1 = sastera)
Jadual 4: Jadual Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Menengah Atas (40 minit suatu waktu) Mata Pelajaran
Jumlah Waktu
Bahasa Kebangsaan
6 (5 + 1 = sastera)
Jadual 5: Jadual Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tingkatan Enam (40 minit suatu waktu) Mata Pelajaran
Jumlah Waktu
Bahasa Melayu
8
Selain itu, salah satu syarat kemasukan Sabah dalam pembentukan Malaysia yang termaktub dalam 20 Perkara (Perkara 2 )ialah Bahasa Melayu diterima sebagai Bahasa Kebangsaan: 2. Language (a) Malay should be the national language of the Federation (Herman Luping, 1989:12) Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun telah begitu sebati dalam diri mereka sama ada dalam bentuk lisan mahupun penulisan. Kebanyakan pelajar lebih mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Kadazandusun. Situasi ini tidak menghairankan kerana jika
2
ditinjau dalam sudut sejarah susur galur Bahasa Melayu, Bahasa Kadazandusun sebagai salah satu bahasa-bahasa bumiputera di Sabah merupakan salah satu rumpun Bahasa Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia (Asmah Hj. Omar, 1985:38). Walau bagaimanapun Asmah menjelaskan bahawa sungguhpun bahasa-bahasa bumiputera di Sabah mempunyai perkaitan yang erat dengan Bahasa Melayu namun perkaitan tersebut agak jauh sedikit berbanding dengan perkaitan Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di Sarawak. Justeru, tidak menghairankan bahawa hampir 30% bahasa Kadazandusun mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu sama ada dalam perkataan asal atau kata-kata kognat (contoh: mata = mato, telinga = tolingo, lengan = longon, makan = makan, minum = minum, bulan = wulan/tulan dan sebagainya) dan juga kata-kata pinjaman dari bahasa Melayu yang tidak ada dalam bahasa Kadazandusun (contoh: berus = burus, sabun = sabun, sudu = sudu, piring = piring dan sebagainya).
Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk: 1. mengenal pasti kekerapan pelajar menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan tugasan. 2. mengenal pasti perkataan Bahasa Melayu yang sering digunakan oleh pelajar dalam tugasan 3. mengenal pasti perkataan Bahasa Melayu yang ditulis dalam Bahasa Kadazandusun.
Skop Kajian Kajian yang dijalankan ini memberi tumpuan hanya kepada penggunaan Bahasa Melayu dalam tugasan kursus BDK 3033 Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Kadazandusun semester 3 sesi 2012/2013 yang telahpun dinilai. Sebanyak 10 buah tugasan pelajar yang berbeza telah diambil untuk dianalisis. Jumlah halaman setiap tugasan pelajar adalah antara 5 hingga 6 halaman ataupun lebih kurang 1600 hingga 1800 patah perkataan. Oleh itu, generalisasi yang dibuat dalam kajian ini hanya terbatas kepada populasi yang terlibat sahaja.
Reka Bentuk Kajian Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian analisis kandungan 10 tugasan kursus BDK 3033 Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Kadazandusun semester 3 sesi 2012/2013. Beberapa perkara diambil kira dalam kajian ini antaranya menganalisis perkataan Bahasa Melayu yang terkandung dalam tugasan sama ada perkataan tersebut ditulis menggunakan ejaan Bahasa Melayu ataupun dieja menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun. Contoh ‘minta tolong’ (ejaan Bahasa Melayu), ‘mokitulung’ (ejaan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun). Rangkai kata ‘minta tolong’ dalam Bahasa Kadazandusun yang betul ialah mokiuhup iaitu terdiri daripada satu perkataan sahaja. Perkataan-perkataan Bahasa Melayu tersebut dimasukkan ke dalam borang-borang yang disediakan iaitu satu borang untuk satu tugasan. Selain itu, rujukan ke perpustakaan dan dapatan maklumat dari internet juga digunakan dalam kertas kerja ini sebagai sebahagian daripada kaedah kajian penyelidik.
3
Analisis Data Tugasan 1
Ejaan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu maklumat
tradisional
majlis
daging
nosiap
esei
gula
undangan
lambang
ounik
kuasa
bahan
kerajaan
mamakai
ghaib
kain
perak
oporlu
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 14 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 4
Tugasan 2 Ejaan Bahasa Melayu etnik khas loghat
mengeratkan
dialek
silaturahim
Ejaan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 6 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Kadazandusun: 0
Tugasan 3 Ejaan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu cara
peristiwa
kognitif
sosial
mogikomunikasi
falsafah
interpersonal
positif
jadi
nakajadi
aktiviti
proaktif
jenayah
bapa
panyakit
intelek
kewangan
konflik
sakiti
misij
proses
maklumat
masalah
hati
bontuk
lisan
janganlah
menilai
anakmu
osusa
nilai
tawar
dadah
supaya
emosi
hatinya
keluarga
pasif
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 32 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Kadazandusun: 6
4
Tugasan 4 Ejaan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu proses
penguasaan
kolej
buluh
alambat
akan
kebajikan
tahunan
biarlah
mambasa
mula
pendidikan
ibunda
dari
rekod
wawasan
lambang
bahasa
persatuan
persidangan
melentur
program
objektif
kebudayaan
bertutur
tema
majlis
ketrampilan
galakan
bantu
kempen
rebungnya
membaca
Jumlah Perkataan ejaan Bahasa Melayu: 31 Jumlah Perkataan campuran ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 2
Tugasan 5
internet
Ejaan Bahasa Melayu media massa penyakit asid
kutub
Ejaan Campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun kosukup
secara
surat khabar
lelah
zat
utara
sabab
langsung
televisyen
kabus
garam
selatan
mositi
tidak
tindak balas
kanser
galian
menghakis
gas
pencemaran
bahan
toksik
paling
kilang
pengangkutan
kimia
organik
rumah
konsep
pertubuhan
disaring
ekonomi
hijau
alam
kesihatan
sedunia
global
penipisan
sekitar
kandungan
proses
lapisan
agensi
sistem
pembiakan
seimbang
ozon
penapis
oksigen
penyusutan
makin
kulit
cerobong
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 55 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 3
Tugasan 6 Ejaan Campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu kilang
perindustrian
tasik
kapal
rodioaktif
sabab
sulingo
takrif
pengangkutan
minyak
kajian
jumadi
sistom
saranga
akta
terendah
organik
tangki
bancana
omura
momolinta
kualiti
langsung
racun
kuari
naatur
osubur
pomborisian
alam
habuk
baja
bakaladak
kadai
komontilian
sekitar
arang
kimia
rawaton
maso
kritikol
5
udara
barah
pihak
porlombongan
mositi
komungkinan
ilmiah
racun
kos
poniram
otoruk
tormasuk
jabatan
kempen
mulai
kopilanggar
akasou
sekitar
cintai
cecair
nakamaju
bontuk
bahan
loji
minyak
polupusan
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 37 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 29
Tugasan 7 Ejaan Campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu kajian
universiti
media
judul
mambasa
ayat
situasi
masyarakat
mesej
inovasi
poinfokus
amalon
teknologi
elektronik
katak
santai
komontilian
jumadi
literasi
intelektual
di
awam
nadaftar
sabap
maklumat
tempurung
bawah
swasta
bondingo
nositak
ilmu
perangkaan
nilai
semester
momili
pulitik
rujukan
penerbitan
purata
berdaya
okreatif
deria
semangat
artikel
palajalan
dinamik
menengah
internet
lapuran
jambatan
cabaran
statistik
oporlu
raja
saing
bidang
kikualiti
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 40 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 17
Tugasan 8 Ejaan Campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu institusi
tanggungan
wadah
positif
kemuncak
mositi
pongurus
peranan
kepincangan
sebagai
rujukan
industri
naatur
mombontuk
struktur
pelanggaran
taraf
dorongan
kurikulum
aharap
palajalan
nilai
keberkesanan
sosial
minat
kisifat
komojuan
proses
pendidikan
akademik
guru
obuli
gumiat
ekonomi
pencapaian
syariah
hak
sabab
balajal
kegagalan
pengukuran
akhlak
peluang
morujuk
monulung
secara
tanggungjawab
generasi
supaya
sobolum
skop
pencorakan
gemilang
latar
kalapas
kajian
berinteraksi
menjamin
belakang
kalas
aqidah
mengulang kaji
sensitif
asas
maso
6
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 47 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 17
Tugasan 9 Ejaan Campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu Tuhan
kurikulum
nilai
menilai
terbilang
pointakrif
monulung
monorita
umul
tugasan
membimbing
murni
tafsiran
dari
komponon
bontuk
momotivasi
tampat
lirik
bertanggungjawab
cara
ayat
rebungnya
mibanding
lobih
kolobian
perkataan
menyaling
lisan
latihan
cemerlang
popolibat
asabar
nalangkap
huruf
perbendaharaan
teknik
biar
gemilang
osiap
mikait
papasasar
jurnal
seni kata
terarah
interaksi
momilih
mambasa
poaplikasi
teori
pergerakan
teks
kaedah
manambah
nositak
sajajar
maklumat
perkembangan
analitis
asas
poposodia
alancar
tiknologi
strategi
tatabahasa
maklumat
situasi
gambal
mongija
idisi
melentur
suku kata
fasa
gubahan
salapas
mositi
apasti
buluh
wawasan
proses
muzik
oporlu
okreatif
osusa
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 50 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 35
Tugasan 10 Ejaan Campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun
Ejaan Bahasa Melayu fenomena
peindustrian
kajian
tenaga
enjin
sentimeter
asid
korita
gas
perbandaran
para
sumber
statistik
kitaran
global
lotirik
rumah
semulajadi
saintis
suhu
bahan
pembiakan
matahari
rodiu
hijau
respirasi
lapisan
purata
abad
tekanan
jangkitan
okoring
atmosfera
kenderaan
ahli
haba
darjah
gempa
singa laut
kumarau
karbon
pengangkutan
liputan
ozon
banjir
bumi
kanser
dioksida
menyebabkan
ais
menipis
beriklim
api
malaria
kutub
lembayung
paras
ultra
sistem
penyumbang
denggi
utara
pembakaran
laut
faktor
kapisiti
pemendapan
bencana
selatan
televisyen
meter
cuaca
tadahan
berasid
tumbuhan
seimbang
penyejatan
proses
terbuka
tercemar
kualiti
sakit
Jumlah Perkataan Ejaan Bahasa Melayu: 77 Jumlah Perkataan Campuran Ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun: 5
7
Dapatan Berdasarkan data di atas, didapati tugasan yang paling kerap menggunakan Bahasa Melayu ialah Tugasan 10 iaitu terdapat 77 perkataan yang dieja betul menggunakan Bahasa Melayu, diikuti Tugasan 5 iaitu terdapat 55 perkataan Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul, Tugasan 9 iaitu terdapat 49 perkataan Bahasa Melayu dan Tugasan 8 iaitu terdapat 47 perkataan Bahasa Melayu. Tugasan yang paling kurang menggunakan Bahasa Melayu ialah Tugasan 2 iaitu terdapat 6 perkataan Bahasa Melayu sahaja. Dalam 10 buah tugasan yang dianalisis, perkataan Bahasa Melayu yang sering kali digunakan oleh pelajar ialah perkataan ‘proses’ sebanyak 6 tugasan (60%), diikuti perkataan ‘nilai’ dan ‘bahan’ masing-masing sebanyak 4 tugasan (40%), perkataan ‘maklumat’ sebanyak 3 tugasan (30%) dan selebihnya perkataan ‘lambang’, ‘cara’, ‘positif’, ‘kanser’,’langsung’, ‘majlis’, ‘rumah’, ‘kilang’, ‘melentur’, ‘kempen’ dan beberapa perkataan lagi terdapat dalam 2 tugasan (20%) yang berbeza. Dalam 10 perkataan Bahasa Melayu yang dikenali pasti sering digunakan dalam tugasan yang berbeza (proses, maklumat, lambang, cara, positif, kanser, langsung, nilai, bahan, majlis, rumah, kilang, melentur, kempen), didapati bahawa Tugasan 3, Tugasan 4, Tugasan 5 dan Tugasan 9 paling kerap menggunakan perkataan tersebut iaitu sebanyak 5 perkataan. Tugasan 3 menggunakan perkataan ‘proses’, ‘maklumat’, ‘cara’, ‘positif’, ‘nilai’, Tugasan 4 menggunakan perkataan ‘proses’, ‘lambang’, ‘majlis’, ‘melentur’, ‘kempen’, Tugasan 5 menggunakan perkataan ‘proses’, ‘langsung’, ‘bahan’, ‘rumah’, ‘kilang’ sementara Tugasan 9 menggunakan perkataan ‘proses’, ‘maklumat’, ‘cara’, ‘nilai’, ‘melentur’. Didapati bahawa hanya Tugasan 2 yang tidak menggunakan mana-mana perkataan Bahasa Melayu seperti yang tersenarai dalam 10 perkataan Bahasa Melayu yang dikenal pasti popular digunakan oleh pelajar dalam tugasan mereka. Perkataan yang dieja menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun terdapat dalam 9 tugasan kecuali Tugasan 2 yang langsung tidak menggunakannya. Tugasan 9 menggunakan sebanyak 35 perkataan campuran ejaan Bahasa Melayu dan Kadazandusun diikuti Tugasan 6 iaitu 29 perkataan, dan Tugasan 8 dan Tugasan 7 masing-masing menggunakan 17 perkataan. Perkataan yang kerap dieja menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun ialah perkataan sabab/sabap, dan mositi iaitu sebanyak 4 kali (40%) yang terdapat dalam 4 tugasan yang berbeza. Kemudian diikuti oleh perkataan oporlu, bontuk dan mambasa masing-masing sebanyak 3 kali (30 %) dan perkataan jumadi, maso dan osusa sebanyak 2 kali (20%). Dalam 8 perkataan yang dieja menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun yang dikenali pasti sering digunakan dalam tugasan yang berbeza (oporlu, sabab/sabap, mositi, bontuk, jumadi, maso, osusa, mambasa), didapati bahawa Tugasan 6, dan Tugasan 9 paling kerap menggunakan perkataan tersebut iaitu sebanyak 5 perkataan. Tugasan 6 menggunakan perkataan sabab/sabap, mositi, bontuk, jumadi dan maso sementara Tugasan 9 menggunakan perkataan oporlu, mositi, bontuk, osusa dan mambasa. Tugasan 7 menggunakan 4 perkataan iaitu sabab/sabap, jumadi, oporlu, dan mambasa. Daripada 10 tugasan yang dianalisis, hanya Tugasan 2 yang langsung tidak menggunakan bahasa campuran. Perbincangan Sebagai salah satu bahasa rumpun Bahasa Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia, Bahasa Kadazandusun memperlihatkan persamaan dan perkaitan erat dengan Bahasa Melayu. Persamaan yang sangat ketara dan sangat dekat kelihatan pada penggunaan nama anggota tubuh seperti mata = mato, telinga = tolingo, kata bilangan seperti dua = duo, empat = apat, lima = limo, enam = onom dan sebagainya. Asmah (1985:21) menjelaskan perkataanperkataan yang disenaraikan di atas sebagai kata-kata kognat yang bermaksud perkataan-perkataan yang berasalusul dari bahasa-bahasa yang serumpun, yang sama atau hampir sama dari segi makna, dan sama atau hampir sama dari segi bunyinya. Dalam 10 buah tugasan pelajar yang dianalisis, perkataan Bahasa Melayu yang sering kali digunakan oleh pelajar ialah perkataan ‘proses’ sebanyak 6 tugasan (60%), diikuti perkataan ‘nilai’ dan ‘bahan’ masing-masing sebanyak 4 tugasan (40%), dan perkataan ‘maklumat’ sebanyak 3 tugasan (30%). Perkataanperkataan ‘proses’, ‘nilai’, ‘bahan’, ‘maklumat’ dan beberapa perkataan lain sebenarnya tidak asing dalam penulisan Bahasa Kadazandusun kerana bahasa tersebut sangat terbatas dalam perbendaharaan kata yang teknikal dan
8
saintifik. Dalam penulisan ilmiah seperti tugasan yang diberikan kepada pelajar, adalah kurang tepat sekiranya perkataan ‘proses’ diganti dengan laang. Perkataan laang dapat membawa maksud ‘langkah’. Sebagai contoh ayat: ‘Sekiranya sumber makanan binatang di hutan punah maka proses pembiakan tidak akan berlaku.’ Justeru, sekiranya pelajar menggantikan perkataan ‘proses’ dengan perkataan ‘langkah’ maka istilah yang digunakan pastinya kurang tepat. Dalam hal ini pelajar terpaksa menggunakan perkataan Bahasa Melayu untuk ketepatan makna perkara yang hendak disampaikan. Hal ini bertepatan dengan ilmu semantik yang menjelaskan bahawa bentuk atau struktur ayat yang sempurna belum dapat menjamin kualiti sesebuah ayat kerana sesebuah ayat yang sempurna bentuknya tetapi menyeleweng atau mengandungi makna yang tidak benar, tidak dapat diterima sebagai ayat yang baik (Zulkifley Hamid, 2007:91). Kecenderungan pelajar menggunakan Bahasa Melayu yang dieja menggunakan ejaan Bahasa Kadazandusun juga sangat ketara dalam setiap tugasan kecuali Tugasan 2 yang langsung tidak menggunakan bahasa campuran. Secara umumnya, etnik Kadazandusun amat mudah mengasimilasi bahasa dan budaya bangsa lain dalam kehidupan mereka. Contohnya, dalam kajian didapati perkataan sabab/sabap (sebab) dan mositi (mesti) digunakan sebanyak 4 kali (40%) dalam 4 tugasan yang berbeza. Ini diikuti oleh perkataan oporlu (perlu), bontuk (bentuk) dan mambasa (membaca) masing-masing sebanyak 3 kali (30 %) dan perkataan jumadi (menjadi), maso (masa) dan osusa (susah) sebanyak 2 kali (20%). Bahasa Melayu telah lama diasimilasi oleh etnik Kadazandusun dalam berkomunikasi sesama mereka. Contoh ayat, ‘Au oku nokoongoi sikul konihab sabap rinumasam’ (Saya tidak dapat pergi ke sekolah kelmarin kerana hujan). Meskipun dalam Bahasa Melayu istilah ‘sebab’ tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana perkataan ‘sebab’ lebih merujuk kepada faktor atau punca namun dalam Bahasa Kadazandusun perkataan sabap lebih berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan. Penggunaan ejaan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun ini berlanjutan sehingga ke sistem penulisan kerana berlakunya pelaziman dalam persekitaran. Pengikut mazhab behaviouris atau mekanis beranggapan bahawa terdapat perhubungan erat antara pengaruh persekitaran dengan pembelajaran bahasa kerana adanya rangsangan dan gerak balas. Justeru, gerak balas yang kerap diulang akan membentuk kebiasaan (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2009:86-87). Demikian juga dalam kalangan etnik Kadazandusun, perkataan-perkataan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun merupakan satu perkara yang biasa didengar. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai subjek teras dan bahasa pengantar di sekolah kerajaan merupakan pemangkin dominan kecenderungan pelajar menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan tugasan. Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia dan bahasa ilmu hanya berjaya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang menjadi asas Akta Pelajaran 1961 telah menyatakan dalam mukadimahnya tujuan dasar pendidikan kebangsaan sebagai: “untuk membina sistem pendidikan kebangsaan yang akan memeenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik… termasuklah peruntukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama” (Asiah Abu Samah, 1999:68-69). Laporan Kabinet (1985) telah mengukuhkan kemajuan sistem pendidikan kebangsaan untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan seperti berikut: “Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia ditujukan untuk menyatukan pelbagai penduduk dalam Negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu. Sejajar dengan hasrat ini Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan Bahasa Malaysia menjadi syarat wajib bagi mendapatkan sijil-sijil tertentu peperiksaan di beberapa peringkat pendidikan” (Abdullah Hassan, 1999:140).
9
Menurut Dayu Sansalu (2007:108-191), majoriti masyarakat Kadazandusun di Sabah tidak mengenal sistem pendidikan formal semasa zaman Kesultanan Brunei kecuali suku kaum Idahan dan Bisaya 2 yang memeluk agama Islam. Etnik ini telah didedahkan dengan pendidikan agama seperti belajar mengaji al-Quran , menulis dan membaca tulisan Jawi. Segelintir masyarakat Kadazandusun hanya mendapat pendidikan formal pada zaman pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di sekolah mission, sekolah latihan untuk anak-anak ketua bumiputera, sekolah vernakular kerajaan, sekolah sukarela rakyat, sekolah menengah dan maktab perguruan. SBBU telah membina sekolah vernakular di bahagian pantai barat Sabah dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan melantik guru dalam kalangan kaum Melayu, Dayak dan Cina. Penggunaan Bahasa Melayu berkembang di negeri Sabah lewat 1960-an apabila Sabah masuk dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kebanyakan pelajar di sekolah menengah Melayu di Sabah terdiri daripada anak rumpun Kadazandusun kerana biaya pendidikan yang tidak membebankan berbanding bersekolah dalam aliran Bahasa Inggeris yang juga agak terhad di kawasan bandar sahaja. Penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah sehingga 1978 telah mempercepatkan penguasaan anak-anak Kadazandusun dalam Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan tugasan pelajar Program Minor Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris masih banyak terikat dengan penggunaan Bahasa Melayu.
Kesimpulan Penelitian penggunaan Bahasa Melayu dalam tugasan pelajar telah membuka ruang untuk perbincangan ilmiah dalam mencari penyelesaian penggunaan bahasa yang betul agar tidak mencacatkan mana-mana bahasa baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Kadazandusun. Pusat Perkembangan Kurikulum Unit Bahasa Etnik, dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama persatuan-persatuan berteraskan Bahasa Kadazandusun seperti Kadazandusun Language Foundation (KLF) , Koisaan Cultural Development Institute, dan Kadazandusun Cultural Association atau Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) perlu berganding bahu dalam membiayai penyelidikan untuk menghasilkan kamus Bahasa Kadazandusun - Bahasa Melayu yang terkini sebagai rujukan. Pelajar-pelajar Program Minor Kadazandusun tidak dapat disalahkan atas penggunaan Bahasa Melayu dalam tugasan mereka kerana keterbatasan sumber rujukan Bahasa Kadazandusun. Selain itu, budaya meminjam bahasa juga berlaku dalam manamana bahasa di dunia sekalipun bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa apatah lagi dengan Bahasa Kadazandusun yang cuma digunakan oleh puluhan ribu sahaja penduduknya dan hanya terbatas di kepulauan Borneo. Tambahan pula, kebanyakan bahasa dunia adalah saling berkaitan dengan bahasa-bahasa lain sehingga dikelompokkan ke dalam sesuatu keluarga (Adrian Akmajian et al., 1997:325).
2
Etnik Idahan telah memeluk agama Islam pada akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15. Kebanyakan mereka tinggal di Tunku, Lahad Datu, Sabah. Etnik Bisaya juga merupakan salah satu subetnik Kadazandusun beragama Islam dan kebanyakannya tinggal di Brunei dan Sipitang, Sabah (Dayu Sansalu, 2008:108).
10
BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan, 1999. Asimilasi Bahasa: Suatu Tinjauan Terhadap Dasar Pendidikan Bahasa dan Penerimaan Bahasa Melayu di Malaysia Barat. Dalam Abdullah Hasan (penterj.). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm. 130-171. Adrian Akmajian et al., 1997. Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Terj.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Akta, 2003. Akta Pendidikan 1996 (Akta550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (hingga 20hb Mac 2003). Selangor: International Law Book Services. Akta, 2008. Perlembagaan Persekutuan. Selangor: International Law Book Services. Asiah Abu Samah, 1999. Perancangan Dasar Pendidikan Bahasa di Malaysia: Keprihatianan terhadap Perpaduan, Realiti dan Kerasionalan. Dalam Abdullah Hasan (penterj.). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm. 66-82. Asmah Hj. Omar, 1985. Susus Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dayu Sansalu, 2008. Kadazandusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Herman Luping, 1989. The Formation of Malaysia Revisited. Dalam Jeffery G. Kitingan & Maximus J. Ongkili (eds.). Sabah 25 Years Later 1963-1988. Kota Kinabalu: Institute for Development Studies (Sabah)., hlm. 1-60. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2009. Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah et al., 1995. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid, 2007. Semantik. Dalam Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman (eds.). Linguistik Melayu (edisi kedua). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm. 89-99
Internet SJDisimon, 2009. Kadazandusun Language. Diperolehi pada Julai 1, 2013 daripada kadazandusunocietysabah.blogspot.com
Lain-lain Tugasan Pelajar BDK3033 Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Kadazandusun
11