ASIMILASI KATA MELAYU KE KATA KADAZANDUSUN: TINJAUAN DALAM PENGAJARAN MIKRO PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) Minah Sintian Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan Email:
[email protected] Tel: 011 11838551
Abstrak Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan kepustakaan. Tinjauan dilakukan semasa pengajaran mikro pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Pengajaran mikro dirakam dan dimasukkan ke dalam CD (Compact Disc) untuk dianalisis bagi mengenal pasti asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Responden terdiri daripada 14 orang pelajar ambilan pertama DPLI yang terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Kaedah kepustakaan digunakan dalam menyokong dan menyempurnakan kajian. Didapati bahawa 100% pelajar DPLI cenderung mengasimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun dalam lisan. Kata-kata bahasa Melayu mengalami perubahan bunyi fonem kerana proses penggantian, pengguguran dan penambahan. Kajian ini mendapati bahawa faktor asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun adalah kerana kata Kadazandusun merupakan salah satu rumpun bahasa Melayu dalam keluarga Austronesia. Bahasa serumpun mempunyai pertalian linguistik seperti tatabahasa, makna, sebutan, ungkapan, kosa kata dan sebagainya meskipun hanya sedikit sahaja. Dasar pendidikan kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai subjek teras di samping bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan dilihat sebagai penyumbang dominan terhadap proses asimilasi tersebut. Kata kunci: asimilasi kata Melayu, kata Kadazandusun, pengajaran mikro, perubahan bunyi fonem. Pengenalan
Masyarakat Kadazan Dusun merupakan etnik peribumi terbesar yang tinggal di negeri Sabah iaitu salah sebuah negeri di Kepulauan Borneo. Nama suku seperti Dusun dan Kadazan telah wujud sebelum penjajah Inggeris datang ke Sabah apabila Stail (1923) dan Rutter (1929) yang dipetik dalam Dayu (2008:41-42), mengatakan bahawa orang Dusun yang tinggal di kawasan dataran tanah tinggi menamai diri mereka Tulun Tindal yang bermakna orang bukit, dan mereka yang tinggal di bahagian pantai barat Sabah terutama di Papar dan Penampang menamai diri 1
mereka Kadazan. Jumlah etnik Kadazan Dusun sebagai mana dibanci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia cawangan Sabah pada tahun 2010 adalah seramai 555 647 orang atau 24.69% daripada jumlah keseluruhan penduduk warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah. Menurut Dayu (2008:41), perkataan Kadazan dan Dusun telah disatukan menjadi Kadazandusun yang merujuk kepada suatu kaum atau orang atau bangsa atau masyarakat peribumi Sabah atau penduduk terawal di Sabah. Istilah Kadazandusun telah dimantapkan penggunaannya apabila Huguan Siou (Pemimpin Agung) masyarakat Kadazandusun iaitu Datuk Joseph Pairin Kitingan telah merombak nama
persatuan Kadazan Cultural Association (KCA) menjadi Kadazandusun
Cultural Association (KDCA) pada tahun 1989 (Low, 2005:20-21). Rombakan ini dapat dilihat sebagai satu manifestasi tolak ansur antara United Sabah Dusun Association (USDA) yang diwakili oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai orang Dusun dan Kadazan Cultural Association (KCA) yang diwakili oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai Kadazan. Dengan rombakan itu juga, Pairin selaku pemimpin agung suku Kadazandusun telah mengurangkan isu ketegangan nama suku apabila beliau menegaskan bahawa semua suku dan subsuku Kadazan dan Dusun adalah satu rumpun yang sama (Reid, 1997) yang dipetik dalam Low (2005:21). Penggabungan perkataan Kadazan dan Dusun merupakan satu gagasan dalam menganjakkan pemartabatan bangsa itu melalui pengembangan dan pemantapan bahasa untuk keperluan akademik, pentadbiran, komunikasi dan suasana formal. Gesaan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pemimpin-pemimpin tempatan bagi menentukan bahasa yang digunakan dalam mata pelajaran etnik tersebut telah melahirkan istilah Kadazandusun. Perkataan Kadazandusun telah digunakan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merujuk istilah bahasa dan nama mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Bahasa Kadazandusun telah mula diajar di sekolah rendah bermula tahun empat pada tahun 1997 dan sekolah menengah pada tahun 2007. Sebelum mata pelajaran Bahasa Kadazandusun diperkenalkan, kajian mendapati bahawa mata pelajaran Kadazan telah pun diajar di sekolah-sekolah seawal tahun 1889 menggunakan dialek Kadazan atau Tanggara (Dayu, 2008). Kajian Summer Institute of Linguistics atau singkatannya SIL International, melaporkan bahawa bahasa-bahasa dalam rumpun Dusunik diklasifikasi sebagai rumpun bahasa Austronesia. Antara rumpun bahasa Austronesia di Malaysia ialah bahasa Melayu, bahasa peribumi Sabah dan Sarawak, bahasa Jawa, bahasa Boyan, dan bahasa Aceh (Noor Aina et al., 2011:69). Asmah 2
(1985:38), menyatakan bahawa bahasa Kadazandusun masih merupakan salah satu rumpun bahasa Melayu meskipun perkaitannya dengan bahasa Melayu agak jauh sedikit berbanding dengan bahasa-bahasa di Sarawak. Pernyataan Asmah bertepatan dengan kajian Clayre (1970) yang dipetik dalam Noor Aina et al. (2011:69), yang menyatakan bahawa lebih kurang 20% perbendaharaan kata bahasa Dusun berkognat dengan bahasa Melayu. Bahasa kognat bermakna bahasa yang diturunkan daripada sumber yang sama (Asmah, 1991: 46). Antara kata bahasa Melayu yang berkognat dengan bahasa Kadazandusun ialah seperti mata = mato, telinga = tolingo, lengan = longon, makan = makan, minum = minum, bulan = wulan/tulan dan sebagainya. Semua kata kognat berasal daripada bahasa yang serumpun yang sama makna dan sama atau hampir sama bunyi.
Asimilasi
Dalam konteks bahasa, Wikipedia mendefinisikan perkataan asimilasi sebagai peralihan bahasa yang merujuk kepada pemindahan atau penggantian bahasa. Asimilasi adalah proses mengantikan bahasa ke bahasa lain oleh masyarakat penutur tersebut. Asimilasi bahasa berlaku apabila melihat bahasa lain itu lebih tinggi statusnya, menstabilkan dan menyebarkan berbanding bahasa penutur tersebut yang dilihat lebih rendah statusnya. Dalam konteks linguistik, asimilasi merupakan proses fonologi umum yang mirip dengan bunyi lain yang ada di dekatnya. Keadaan ini boleh berlaku dalam perkataan atau antara perkataan.
Contohnya, perkataan ‘agama’
diucapkan [ugama], ‘kakak’ diujarkan [kakaɁ] dan sebagainya. Noor Aina et al. (2011:71), menjelaskan asimilasi menghubungkan bunyi dengan perkataan iaitu dua bunyi yang bersebelahan bergerak ke arah sebahagian bunyi pilihan. Asimilasi dalam perkataan boleh mendatangkan kesan yang tahan lama. Apabila bahasa sesuatu bangsa atau kaum menempati rumpun bahasa yang sama dengan bangsa atau kaum lain, maka proses asimilasi itu akan menyerap dengan cepat dan akan berlanjutan setiap masa. Kajian Noor Aina dan rakan-rakannya sampai ke tahap menyimpulkan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Dusun telah mengalami proses perubahan bahasa. Hal ini berlaku berdasarkan fenomena bahasa Dusun telah banyak menerima perkataan Melayu melalui proses asimilasi. Pada masa yang sama, bahasa Melayu baku juga telah menerima beberapa
3
perkataan bahasa Kadazandusun sebagai kosa kata baku seperti sogit (denda), pugai (sesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna) dan sebagainya.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti kata Melayu yang berasimilasi dengan kata Kadazandusun. 2. Mengenal pasti faktor asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun.
Sorotan Literatur
Kajian sarjana tempatan berkaitan dengan asimilasi kata dari satu bahasa ke bahasa lain telah dilakukan oleh Noor Aini dan rakan-rakannya. Noor Aini et al. (2011), mendapati bahawa etnik Dusun mempunyai kecenderungan memilih dan memasukkan ke dalam bahasa Dusun pilihan leksikal bahasa Melayu yang relevan dengan bahasa Dusun. Kajian tersebut dijalankan di daerah Ranau, Sabah yang melibatkan 109 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak. Kata-kata yang diasimilasi tersebut hidup subur dalam bahasa Dusun dan digunakan dalam pertuturan harian. Berikut disenaraikan contoh bahasa Melayu yang diasimilasikan ke dalam bahasa Kadazandusun.
Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
bergegar
bagagar
gerai
garai
hormat
hurumat
sudah jadi
najadi
terus
turus
kacau
kasaho (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Noor Aina et al., 2011:79)
Kajian Minah (2013), juga mendapati bahawa asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun ini begitu meluas digunakan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian yang dilakukan terhadap 10 buah tugasan pelajar dalam kursus BDK 3033 Kemahiran 4
Menulis dalam Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati 9 buah tugasan tersebut mengasimilasikan kata Melayu ke kata Kadazandusun. Berikut diturunkan beberapa contoh perkataan Melayu yang diasimilasikan ke kata Kadazandusun.
Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
sudah siap
nosiap
unik
ounik
memakai
mamakai
perlu
oporlu
mesej
misij
lambat
alambat
mencukupi
kosukup
berlanggar
kopilanggar
sudah maju
nakamaju
mempunyai sifat
kisifat
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Minah, 2013:107-111) Kajian Noor Aina & Mhd. Amin (2007) telah menjelaskan beberapa sebab-musabab berlaku perubahan bahasa daripada bahasa ibunda (Dusun) kepada bahasa Melayu di kampung Lohan, Ranau, Sabah. Seramai 50 orang responden telah ditinjau pendapatnya dengan menggunakan soal selidik dan temu bual berstruktur. Pengkaji menggunakan beberapa gagasan teori perubahan bahasa dengan perubahan bahasa dalam mengenal pasti sebab-musabab penutur bahasa Dusun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Berikut merupakan ringkasan dapatan pengkaji: 1. Dapatan kajian tentang gagasan teori penyimpangan rawak mendapati 100% responden bersetuju bahawa perubahan bahasa dalam kalangan generasi muda kaum Dusun terjadi tanpa disedari, umpama bunyi yang berubah secara beransur-ansur daripada sebutan yang asal (m.s.170). 2. Dapatan kajian tentang gagasan teori fesyen dan ketidaktentuan rawak mendapati 68% responden bersetuju bahawa perubahan bahasa yang melanda generasi muda kaum Dusun tetap berlaku meskipun tanpa sebarang kontak terus dengan bahasa Melayu kerana budaya mereka cenderung mengubah gaya hidup (m.s.172). 5
3. Dapatan kajian tentang gagasan teori stratum bawah mendapati 98% responden bersetuju bahawa pertuturan bahasa Melayu masyarakat Dusun dipengaruhi loghat dan struktur ayat bahasa Dusun. 70 % responden juga bersetuju bahawa semakin lama masyarakat Dusun terdedah kepada bahasa Melayu, semakin banyaklah unsur bahasa Melayu yang diserap ke dalam bahasa Dusun. Jasmin et al. (2014), juga pernah membuat kajian aspek asimilasi nasal-obstruen yang wujud dalam bahasa Kantuk (merujuk kepada bahasa pertuturan suku Dayak Kantuk yang menempati sepanjang daerah perbatasan antara Kalimantan Barat dengan Sarawak) yang diperbandingkan dengan bahasa Iban (Sarawak) dan dialek (Semenanjung Malaysia). Dapatan kajian mendapati bahawa wujud proses asimilasi yang melibatkan bunyi nasal dan obstruent pada lingkungan kata awal. Kata kerja aktif dalam bahasa Kantuk dibentuk berdasarkan penggabungan kata dasar dengan imbuhan awalan /N/. Dua proses fonologi iaitu asimilasi nasalobstruen dan proses struktur kata yang dilakukan secara tertib menyerlahkan persamaan proses fonologi antara bahasa Kantuk dengan bahasa Iban dan dialek Kedah Utara.
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan rakaman video yang dimasukkan ke dalam bentuk CD (Compact Disc) atau dikenali cakera padat. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Responden terdiri daripada 14 orang pelajar ambilan pertama Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai subetnik Kadazandusun seperti berikut: Subetnik Kadazandusun
Bilangan Pelajar
Bundu
3
Liwan
4
Kuijau
1
Kimaragang
4
Dusun Labuk
2
Kajian tinjauan dilakukan semasa pengajaran mikro. Pengajaran mikro tersebut dirakam dan dimasukkan ke dalam bentuk CD. Setiap pelajar diberi masa menyampaikan pengajaran 6
dalam masa 15 minit yang merangkumi bahagian set induksi, langkah pertama dan langkah kedua. Rakaman CD pengajaran mikro itu kemudian dianalisis bagi mengenal pasti asimilasi bahasa Melayu ke asimilasi bahasa Kadazandusun. Selain itu, rujukan ke perpustakaan dan internet juga digunakan dalam menyempurnakan kajian ini.
Analisis Data
Responden 1
Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
susah
osusa’
kalah
aala’
buku teks
buuk teks
membaca
mambasa
Responden 2 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
sihat mesti orang putih perhatian belajar sendiri gambar tepat
osihat mositi urang putih porhatian balajal sondiri gambal otopot
Responden 3 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
berguna
kiguno
belajar
balajal
membaca
mambasa 7
kira
kiraon
Responden 4 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
harap pembelajaran kotak kaca gunakan kempen terus hancurkan membaca bermain belakang macis boleh salah ejaan sebab
aharap pambalajalan kutak kasa gunoo’ kimpin turus honcuro’ mambasa mamain balakang masis obuli sala ijaan sabap
Responden 5 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
pelajari cerita jadi kesusahan dikorbankan bedak tersilap
balajalan sorita dadi kosusaan pinokurban badak nosilap
Responden 6 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
kerja sibuk sebelum gunakan lebih mendalam kelas boleh
kalaja osibuk sobolum gunoon lobi mandalam kalas obuli 8
jam botol sudah dipelajari
jaam butul nabalajalan
Responden 7 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
pening-pening bolehlah gambar edarkan petikan setengah pengertian baca
oponing-poning obulilah gambal poidaro’ potikan satanga pongorotian basaon
Responden 8 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
membeli tamu menjual setengah
momoli tomu pojual satanga
Responden 9 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
belajar membaca berani tahan jalankan sampaikan
balajal mambasa abarani tahanon pajalano’ pasampayo’
Responden 10 Bahasa Melayu
Bahasa Kadazandusun
kelas sebelum sebagai
kalas sobolum sabaagi 9
pelajari lawa sayang sekolah boleh-boleh pemain
balajalai alawa asayang sikul obuli-buli pamain
Responden 11 Bahasa Melayu diteruskan selepas hal memerlu ejaan
Bahasa Kadazandusun potoruson salapas ahal momorlu ijaan
Responden 12 Bahasa Melayu sekolah mi goreng pelajari erti menjual/penjual menyenarai resepi
Bahasa Kadazandusun sikul mi guring balajalan rati popojual papasanarai rosipi
Responden 13 Bahasa Melayu lawa teruskan gambar nasi goreng plastik membeli-belah terlambat sebab kedai
Bahasa Kadazandusun alawa potoruson gambal nasi guring polositik pomoli-moli nakalambat sabap kadai
10
Responden 14 Bahasa Melayu cerita mengerti sakit menjadi didenda mesti
Bahasa Kadazandusun sorita orotian sumakit jumadi dandaon mositi
Perbincangan
Sebagai salah satu bahasa rumpun Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia, penutur bahasa Kadazandusun begitu mudah mengasimilasi bahasa Melayu ke bahasa Kadazandusun. Unsur fonologi bahasa Dusun dipindahkan ke dalam kata dasar bahasa Melayu. Beberapa fonem kata bahasa Melayu dipindahkan ke fonem bahasa Kadazandusun. Contohnya, bunyi fonem /e/ dan /o/ dalam bahasa Melayu akan berubah menjadi bunyi fonem /a/ dan /u/ dalam bahasa Kadazandusun. Sistem ejaan bahasa Kadazandusun yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengesahkan bahawa huruf /e/ hanya digunakan untuk kata yang dipinjam daripada bahasa lain (2008:1). Contohnya, perkataan ‘internet’ akan dieja menjadi ‘intornet’ dalam bahasa Kadazandusun. Apabila huruf /e/ bukan dalam huruf abjad rumi bahasa Kadazandusun tulen, maka bunyi-bunyi fonem kata bahasa Melayu seperti /e/ akan dipindahkan ke fonem bahasa Kadazandusun sama ada bunyi fonem /a/, /o/ atau /i/ mengikut kesesuaian. Sebagai contoh:
Bahasa Melayu belajar membaca kelas selepas cerita mesti goreng botol teruskan
Bahasa Kadazandusun balajar mambasa kalas salapas sorita mositi guring butul potoruson 11
Pemindahan kata dasar bahasa Melayu ke bahasa Kadazandusun juga berlaku dengan kecenderungan penutur Kadazandusun membubuh imbuhan awalan a- atau o- pada setiap kata dasarnya. Justeru, sebutannya akan berubah. Sebagai contoh: /susah/ menjadi /o- + susa’/, /kalah/ menjadi /a- + ala’/, /sihat/ menjadi /o- + sihat/, /harap/ menjadi /a- + harap/. Kajian Nathesan (1994) yang dipetik dalam Noor Aini et. al (2011: 79), melaporkan bahawa bahasa Dusun (BD) cenderung memilih kata bahasa Melayu (BM) yang seakan-akan sama bunyi dengan fonem yang sedia ada dalam BD. BD yang meminjam kata BM juga hanya membuat pelarasan yang kecil (minimum) pada struktur BM. Pelarasan sebegini dilakukan dari satu abad ke satu abad, satu demi satu, melalui jangka masa yang lama. Pengakhirannya akan muncul kata-kata hibrid. Noor Aini et al. (2011:78) mengakui bahawa
percakapan bahasa
Melayu penutur bahasa Dusun/Kadazandusun mengandungi leksikal bahasa Melayu yang pada mulanya asing tetapi telah diserapkan ke dalam bahasa Kadazandusun. Hal ini menunjukkan kecenderungan penutur bahasa Kadazandusun memilih dan memasukkan kata bahasa Melayu yang relevan dengan bahasa Kadazandusun. Kata Melayu juga dilihat telah digunakan dengan sewenang-wenang dalam pertuturan harian penutur bahasa Kadazandusun. Bahasa Austronesia rumpun Melayu-Polinesia mempunyai ciri persamaan bahasa berdasarkan peminjaman bahasa selain daripada persamaan berdasarkan hasil warisan bersama atau lebih dikenali sebagai bahasa kognat (Asmah, 1991). Contohnya, bahasa Kadazandusun meminjam kata ‘belajar’ (BM) menjadi ‘balajar’. Masyarakat Kadazandusun tradisional memperolehi pendidikan tidak formal melalui bobolian (bomoh, pawang) berkaitan dengan rinait (mantera), adat-istiadat, pantang larang dan sebagainya (Dayu, 2007). Perkataan yang digunakan untuk ‘belajar’ pada ketika itu ialah mokiira atau mokitangon. Apabila pendidikan moden diperkenalkan maka perkataan mokiira atau mokitangon telah ditinggalkan dan digantikan dengan perkataan pinjaman bahasa Melayu iaitu ‘belajar’. Melihat senario ini, timbul persoalan
apakah faktor penutur bahasa Kadazandusun
begitu mudah mengasimilasi kata mahupun bahasa Melayu ke kata atau bahasa Kadazandusun? Adakah kerana mereka melihat bahasa lain itu lebih tinggi statusnya, menstabilkan dan menyebarkan berbanding bahasa penutur tersebut yang dilihat lebih rendah statusnya? Dapatan kajian Noor Aini & Mhd. Amin (2007) memberatkan peranan ibu bapa sebagai faktor asimilasi 12
kata mahupun bahasa dalam kalangan generasi muda suku kaum Dusun apabila pengkaji menghubungkan sikap ibu bapa sendiri yang melihat adanya nilai ekonomi dalam bahasa Melayu. Nilai ekonomi bahasa Melayu sering dirujuk oleh masyarakat Kadazandusun sebagai kebolehpasaran kerja dalam sektor awam. Ini selari dengan dasar kerajaan menetapkan syarat wajib seseorang penjawat awam mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu bagi melayakkan mereka memohon sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam. Kajian temu bual oleh Henry (2013) dalam kertas kerjanya yang dibentangkan dalam Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Kadazandusun menyatakan bahawa terdapat calon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang berjaya mendapat tawaran pengajian Bahasa Kadazandusun di Institusi Pendidikan Guru dan Institusi Pengajian Tinggi berasa ragu mengikuti bidang pengajian bahasa Kadazandusun disebabkan status bahasa ini yang lebih rendah berbanding bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Selain itu, faktor pendidikan yang diterima oleh generasi berusia sekitar 50 hingga 69 tahun merupakan platform pengubah landskap kata dan bahasa yang digunakan oleh etnik Kadazan Dusun sehingga kini. Kebanyakan generasi tersebut mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah dan paling tinggi sehingga peringkat sarjana muda di manamana universiti pendidikan awam tempatan. Kajian Noor Aini & Mhd. Amin (2007:181) mendapati responden mereka yang berusia dalam lingkungan 60 hingga 69 tahun masih menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pertama namun boleh bertutur dalam bahasa Melayu kerana pernah mempelajari bahasa Melayu secara formal di sekolah sehingga darjah enam. Generasi ini merupakan pendorong utama anak-anak mereka bertutur bahasa Melayu. Kajian Dayu (2007), mendapati bahawa penggunaan Bahasa Melayu telah berkembang di negeri Sabah lewat 1960-an apabila Sabah masuk dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kebanyakan pelajar di sekolah menengah Melayu di Sabah terdiri daripada anak rumpun Kadazandusun kerana biaya pendidikan yang tidak membebankan berbanding bersekolah dalam aliran Bahasa Inggeris yang juga agak terhad di kawasan bandar sahaja. Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi berumur 50 hingga 69 tahun dimantapkan apabila bahasa Melayu dilaksanakan sebagai bahasa pengantara secara berperingkat-peringkat bermula di sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah kerajaan pada tahun 1978.
13
Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai subjek teras dan bahasa pengantar di sekolah kerajaan merupakan pemangkin dominan kecenderungan pelajar menggunakan Bahasa Melayu sama ada dalam lisan mahupun penulisan. Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia dan bahasa ilmu hanya berjaya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang menjadi asas Akta Pelajaran 1961 telah menyatakan dalam mukadimahnya tujuan dasar pendidikan kebangsaan sebagai: “untuk membina sistem pendidikan kebangsaan yang akan memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik… termasuklah peruntukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama” (Asiah, 1999:68-69). Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengukuhkan kemajuan sistem pendidikan kebangsaan untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan seperti berikut: “Pendidikan Bahasa Malaysia bertujuan menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Sesuai dengan matlamat ini Bahasa Malaysia telah dijadikan satu matapelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan dalam matapelajaran ini adalah dijadikan syarat utama untuk mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan awam sepeti SRP/LCE, SPM/MCE dan SPVM/MCVE (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988:84). Kesimpulan Asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun yang melibatkan fonologi begitu hidup subur dalam kalangan masyarakat Kadazandusun baik dalam lisan mahupun penulisan. Keadaan ini agak membimbangkan terutama dalam generasi muda apabila mereka tidak mendapat pendedahan pendidikan formal dalam bahasa Kadazandusun. Hasil perbincangan dalam kertas kerja ini telah menjelaskan bahawa ibu bapa bukan lagi menjadi sandaran untuk mendidik anakanak mereka menggunakan perkataan bahasa Kadazandusun yang asli kerana mereka juga mempunyai kecenderungan mengasimilasikan kata Melayu ke kata Kadazandusun. Justeru, semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik yang mewakili etnik Kadazan Dusun perlu menggesa dan menyakinkan ibu bapa untuk menyuruh anak-anak mereka mengambil subjek Kadazandusun bermula tahun satu agar anak-anak mengetahui perkataan-perkataan asli bahasa ibunda. Generasi muda perlu disaran dan digalakkan menggali kembali perkataan-perkataan asli Kadazandusun dan bukan dengan wewenang mengasimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun. 14
Situasi ini tidak membantu mengayakan istilah mana-mana bahasa malah menambah pencemaran bahasa kedua-dua belah pihak. Institusi pengajian tinggi seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai beberapa perancangan dalam meningkatkan penguasaan bahasa Kadazandusun dalam kalangan pelajarnya seperti pengumpulan istilah-istilah arkaik Kadazandusun dan penulisan cerpen. Antara antologi cerpen yang akan diterbitkan dalam tahun ini ialah ‘Tumangkabo’ atau ‘Khuatir’. Aktiviti tahunan pelajar seperti mengadakan program khidmat masyarakat di sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Kadazandusun, khidmat masyarakat di perkampungan etnik Kadazan Dusun dan seminar memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Kadazan Dusun dilihat dapat meningkatkan jati diri pelajar dan secara tidak langsung dapat mengurangkan asimilasi kata atau bahasa Melayu ke kata atau bahasa Kadazandusun.
Rujukan Asiah Abu Samah, (1999). Perancangan Dasar Pendidikan Bahasa di Malaysia: Keprihatianan terhadap Perpaduan, Realiti dan Kerasionalan. Dalam Abdullah Hasan (penterj.). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm. 66-82. Asmah Hj. Omar, (1985). Susus Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar, (1991). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dayu Sansalu, (2008). Kadazandusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ethnologue languages of the World Malaysia-Sabah. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripada https://ethnologue.com Henry Bating, (2013, Julai). Bahasa Kadazandusun: Prospek Komersil dan Kerjaya. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Kadazandusun, SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Tuaran, Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripada www.statistics.gov.my/portal/images/.../sabah.html. Kadazandusun Language in Sabah Schools. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripada http://www.klf.com.my/klinsabah.htm. 15
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008). Puralan Boros Kadazandusun id Sikul. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia, (1988). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Language Shift. Diperolehi pada Januari 30, 2015 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Language_shift Low, Kok On, (2005). Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Minah Sintian, (2013). “Penggunaan Bahasa Melayu Pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Tugasan: Satu Analisis” dlm. Sanat Md. Nasir et al. (eds.). Penyelidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, hlm. 101-118. Noor Aina Dani et al., (2011). “Asimilasi Bermacam Jenis Kata Melayu Pemilikan Etnik Dusun di Sabah” dlm. Jurnal Melayu (8):67-90. Noor Aina Dani dan Mhd. Amin Arshad, (2007). “Teori dan Realiti Perubahan Bahasa: Daripada Bahasa Ibunda kepada Bahasa Melayu” dlm. Rosli Talif et al. (eds.) Penyelidikan Bahasa Kesusasteraan dan Komunikasi Jilid 1. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press, hlm. 164-187.
16