Nilai-Nilai Murni Dalam Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Intensif Kepada Pelajar Asing: Kes Universiti Utara Malaysia Ibrahim Ahmad & Halim Din Jabatan Bahasa Moden, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
1.0
PENDAHULUAN Pengajaran bahasa kepada sesiapa sahaja, sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi, penutur jati atau bukan penutur jati dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk membolehkan mereka menguasai bahasa tersebut dan dapat menggunakannya secara berkesan dalam komunikasi harian, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ini bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mempelajari bahasa untuk tujuan lain selain untuk melakukan perhubungan, sama ada secara antar muka atau pun sebaliknya. Cuma yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terletak pada pendekatan, perkaedahan dan teknik pengajaran sahaja. Unsur pedagogi penting kerana tahap kebolehan penguasaan bahasa antara setiap individu pada setiap peringkat amat berbeza.
Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah rata-rata difahami, dalam manamana pengajaran dan penguasaan
bahasa, aspek kebudayaan yang menjadi
. tumang atau teras pelahiran bahasa sememangnya digunakan, sama ada secara formal atau tidak formal, dikehendaki atau tidak. Ini berlaku kerana sesuatu bahasa itu bersifat kompleks. Ia melibatkan jaringan komunikasi dan nteraksi dan ia memainkan peranan penting untuk mengukuhkan dan mengekalkan sesebuah kebudayaan. Pemerolehannya amat berkait rapat dengan keperluan psikologi dan sosial
setiap individu. Pendek kata,
bahasa dan kebudayaan membina satu
kerangka yang membolehkan individu membentuk jati diri masing-masing
1
(Romain, 1955, Kanka Mallick, 1997). Ini bermakna bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat memisahkan aspek kebudayaan daripada bahasa. Ini bersesuaian dengan pandangan beberapa ahli bahasa yang mengatakan bahawa bahasa adalah cerminan budaya sesebuah masyararakat (Wilga M. Rivers 1968202-203;Whorf.B.L, 1956). Misalnya seseorang yang mempelajari penggunaan ganti nama dalam sesuatu bahasa hendakiah mempelajari dan memahami susun lapis masyarakat berkenaan untuk membolehkan mereka memilih kata ganti nama yang sesuai dengan kehendak budaya bangsa tersebut, dan dalam penggunaan tersebut, nilai-nilai mumi bangsa yang menggunakan bahasa tersebut terkait atau terlibat. Nilai bersopan santun, lemah lembut, pandai berbahasa, tidak kurang ajar secara tidak langsung dikaitkan dengan penguasaan penggunaan kata ganti nama diri.
Tegasnya, seseorang yang dilabel sebagai mahir dalam sesuatu bahasa,
biasanya mahir juga dengan selok-belok kebudayaan bangsa yang bahasanya dipelajari. Dan apabila disebut budaya, terdapat di dalamnya unsur-unsur nilai yang menjadi ikutan para pendukung bahasa tersebut yang diamalkan secara langsung sebagai satu identiti bangsa tersebut.
2. 0
NILAI-NILAI MURN1 Banyak pandangan yang boleh kita dapati tentang konsep nilai mumi. Wamock (1981) member penekanan bahawa aspek emosi
adalah penting dalam
kemoralan. Sifat. bertimbang rasa, simpati, empati, altruisme, rasa bersalah, malu dan sebagainya adalah nilai-nilai yang berkaitan dengan emosi. Derek Wright mengaitkan bahawa sifat-sifat mumi (virtues) berkaitan dengan sifat atau perangai semula jadi manusia yang harus dipupuk, sementara Rokeach (1973) menyatakan bahawa nilai berkaitan dengan
kepercayaan atau fahaman dan mengandungi
komponen kognitif, afektif dan tingkah laku. Daripada saijana yang memperkatakan tentang nilai seperti
pandangan beberapa
Allport (1961), Mukerjee
(1969), Rokeach (1973), Pugh (1978), Seyyed Hossein Nasr (1979) dan Suzanne Haneef (1985), Suffean (1995) membuat kesimpuian bahawa domain nilai antaranya fizikal, material, ekonomi, moral, sosial, politik, estetika, agama,
2
intelek, profesional dan sentimental membentuk sistem nilai yang dikategorikan kepada nilai instrumental dan nilai mutakhir, Segala nilai mumi ialah nilai instrumental atau alatan untuk mencapai nilai mutakhir iaitu perlakuan baik dan mulia.
Kalau dilihat kepada buku-buku kesuasateraan yang ditulis untuk kegunaan masyarakat daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa, hampir kesemuanya menggunakan cara didaktik untuk menyampaikan mesej moral atau nilai-nilai mumi
yang
cuba
diterapkan,
antaranya melalui
cerita-cerita
mengenai
kepincangan masyarakat, anak-anak yang malang, konflik atau famili yang bobrok.
Selain itu, kalau
diperhatikan dalam mana-mana agama d dunia ini, semua
agama mempunyai nilai-nilai mumi yang tersendiri yang kalau disatukan, kita akan mendapat satu konsep nilai mumi yang sarwajagat. Antara mesej atau risalah yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w, selain tauhid, tersurat pada sabda baginda yang bermaksud:” Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia.” Akhlak yang mulia di sini mencakupi nilai-nilai mumi.
Kementerian Pendidikan Malaysia, selepas merujuk kepada ciri-ciri agama di dunia, merumuskan bahawa nilai mumi merujuk kepada tanggapan mengenai perkara-perkara yang baik, mulia dan tetap. Ia bersifat luhur dan kudus. Setiap kepercayaan di
dunia ini, sama ada berbentuk falsafah moral (seperti
Confucionisme dan Taoisme) atau agama mempunyai misi untuk membentuk kehidupan penganut-penganutnya menjadi baik dan berakhlak mulia. (Wan Zahid 1993:179-181). Berlandaskan agama, tradisi, kebudayaan, nilai-nilai masyarakat berbilang bangsa dan prinsip Rukun Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk menerapkan 16 nilai mumi dalam semua pelajaran yang diajar di semua institusi pengajian, terutama sekolah rendah dan menengah iaitu baik hari, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang,
3
keadilan, kebebasan, kebersihan fizikai dan mental, keberanian, kejujuran, kerjasama,
kesederhanaan,
kesyukuran,
rasional
serta
semangat
bermasyarakat.
2.1
KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI Penyemaian dan penerapan nilai-nilai mumi melalui apa-apa wadah pun pada akhir-akhirya akan membentuk pengamalnya menjad: insan yang berperibadi mulia dan dapat membuat keputusan serta mengambil tindakan yang berdasarkan nilainilai mumi yang diterima.
Daripada nilai-nilai yang dipersetujui, matlamat penerapannya ialah
untuk
melahirkan insan dan juga warga negara yang baik serta memilik:. akhlak mulia. Antara objektif-objektif yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan ialah:
(i) menanam kesedaran, keyakinan dan juga kesyukuran (ii) menghormat’ kebaikan dan membenci keburukan (iii) menghormati kebaikan dan membenci keburukan (iv) menanam semangat cintakan nilai-nilai suci (v) membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu menj alankan tugas serta tanggungj awab. (vi) menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan dan juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungj awab. (vii) menjalankan amanah dengan dedikasi (viii) melatih diri dengan disiplin (ix) meningkatkan produktiviti (x) berusaha untuk mencapai kecemerlangan Intan ( Intan 1991:75) membuat kesimpuian bahawa penghayatan nilai-nilai mumi dapat membimbing pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam membentuk akhlak yang mulia yang berfungsi menggerakkan Perkhidmatan Awam dengan berkesan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Ia berupa satu tenaga yang menggerakkan seseorang melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Penghayatan nilai-nilai mumi akan dapat memudahkan usaha memajukan berbagai-bagai sektor yang dipikul oleh sesebuah negara
seperti perkhidmatan, pendidikan, ekonomi,
4
pembangunan, kesihatan, undang-undang dan sebagainya. Matlamat penerapan nilai-nilai mumi ini ialah untuk mencapai keamanan, keadilan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Ia mesti diamalkan dengan penuh kesedaran menghasilkan output
yang dapat mencapai matlamat
supaya
pembangunan yang
bersepadu antara rohani dan jasmani sebagaimana yang diperlukan oleh setiap manusia. (Intan 1991:75)
3.0
PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU INTENSIF DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Di Universiti Utara Malaysia, pengajaran Bahasa Melayu kepada pelajar asing mula dilaksanakan pada semester pertama sesi 2000/2001. Lulus kursus bahasa Melayu Intensif dengan Gred B dalam semua komponen lisan, karangan, kefahaman, rumusan/meringkas karangan dan tatabahasa menjadi syarat wajib bagi membolehkan pelajar-pelajar asing mengikuti program yang dipilih.
Kursus ini ditawarkan pada dua peringkat, iaitu peringkat awalan (BK1010) dan penngkat lanjutan (BK1020). Pelajar yang lulus ujian penempatan dibenarkan mengikuti kelas lanjutan manakala yang tidak lulus diletakkan dalam kelas peringkat awalan. Pada penghujug semester, semua pelajar, tidak kira pada peringkat awalan atau lanjutan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir. Jika mereka lulus dengan gred B dalam semua komponen mereka dibenarkan untuk mendaftar bagi mengikuti program yang ditawarkan kepada mereka.
Matlamat utama kursus-kursus ini ialah untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami
kandungan teks yang dibaca dalam bidang-bidang berkaitan,
memahami dan membuat rumusan 1si kuliah yang disampaikan, membuat perbincangan, membuat persembahan dalam kelas sebagai salah satu keperluan kursus dan yang penting boleh menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang
5
Sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan 1.0, untuk semua pengajaran dan pembelajaran bahasa, seseorang itu tidak dapat lari daripada mengajar dan mempelajari budaya masyarakat yang menjadi penutur jati bahasa tersebut. Cuma kadar pemberatan atau tumpuan yang diberikan untuk mengajar nilai-nilai mum agak berbeza daripada yang diberikan kepada penutur-penutur jati. Hal ini adalah kerana di samping mengajar pelajar menguasai kemahiran bahasa, pelajar-pelajar asing perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat kita yang akan memudahkan mereka bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat silang budaya. Bahasa Melayu adalah di antara bahasa-bahasa di dunia yang banyak bentuk hormatannya yang biasanya ditentukan oleh situasi sosial sewaktu menggunakannya (Asmah Hj Omar 1980; Ahmad Johari 1989). Kasar atau halusnya penggunaan bahasa menggambarkan tahap nilai diri penggunanya. Oleh sebab itu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang kami gunakan melibatkan bahan-bahan yang berkait rapat dengan kebudayaan Malaysia, khususnya kebudayaan Melayu. Bahan-bahan yang terpilih adalah bahan-bahan kesusasteraan yang bahasanya bersifat didaktik dan mengajar. Ini bertepatan dengan pandangan yang diberikan Meriel Downey yang mengatakan bahawa guruguru sastera (bahasa) tidak boleh lari daripada berbincang dengan pelajarpelajamya tentang unsur-unsur nila yang terdapat dalam cerita yang digunakan untuk mengajar (Meriel Downey & A.V.Kelly (1982). Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah membuat dasar supaya tumpuan khas bagi mengajar nilai-nila' mumi akan dilakukan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Semua mata pelajaran lain berperanan menerapkan
nilai-nilai mumi secara tidak
langsung. Seluruh kurikulum bersifat ‘morally biased’. Sementara itu, ka; an yang dilaksanakan oleh Robiah Binti Kulop Hamzah (1995) mencadangkan jenis nilai yang selalu ditanamkan oleh guru daripada senarai 16 nilai mumi KBSM untuk disemai dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kerajinan, horniat menghormati, kerjasama, baik hati, kasih sayang, kebersihan flzikal dan mental, berdikari, dan berhemah tinggi. Namun begitu, oleh kerana matlamat pengajaran bahasa Melayu kepada penutur-penutur asing di Universiti Utara
6
Malaysia ini berbeza sifatnya daripada yang digalurkan secara umum oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kami telah bersetuju supaya nilai-nilai hemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat dan menghargai pemimpin juga dimasukkan. menjadikan
nilai
yang
cuba diterapkan termasuklah kerajinan,
hormat
menghormati, kerjasama, baik hati, kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental, berdikari, berhemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat walaupun tidak semua nilai dapat diberi tumpuan sewajamya.
Nilai-nila, hemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat dimasukkan kerana melalui nilai-nilai inilah, pelajar-pelajar asing itu dapat hidup dengan lebih selesa dalam masyarakat yang berbeza daripada masyarakat sendiri walaupun tidak pula kita nafikan bahawa semua nilai mumi yang disenaraikan itu adalah bersifat sarwajagat yang diamalkan oleh semua kaum.
Satu strategi yang dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia ialah dengan menentukan mentor bagi setiap pelajar. Mentor setiap pelajar yang terdir daripada guru atau pensyarah bahasa Melayu bertanggungj awab untuk cuba menerapkan nilai-nilai mumi selain membantu mereka dalam penguasaan bahasa.
Selain itu, pelajar-pelajar asing ini diletakkan bersama-sama pelajar lain di kolejkolej
kediaman
untuk
membolehkan
mereka
bergaul,
selain
daripada
menggunakan bahasa Melayu secara amali, mereka boleh juga menerapkan nilainilai mumi yang diperolehi dalam kelas. Ini sejajar dengan pandangan Wan Mohd Zahid (Wan Mohd Zahid, 1993) bahawa budaya sekolah haruslah diwujudkan bag membolehkan pelajar mengamalkan nilai-nilai mumi yang telah diterapkan ‘diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan’. Selain itu penerapan nilai-nilai mumi mementingkan amalan hidup harian yang sebenar. Oleh sebab itu,
7
guru tidak boleh menyampaikan pelajaran pendidikan nilai-nilai mumi dengan cara penerangan tetapi menyemai nilai-nilai moral dengan contoh-contoh cerita moral atau peristiwa-peristiwa harian. Melalui aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan nilai moral, pelajar akan dapat membezakan dan membandingkan yang baik dan yang buruk dan seterusnya mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan harian mereka, (Mok Soon sang & Lee Shok Mee 1986: 240)
4.0
LANGKAH PENGAJARAN Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Universiti Utara Malaysia dilakukan selama 5 jam sehari, 5 hari seminggu selama 14 minggu (350 jam satu semester). Dalam masa 25 jam seminggu itu, pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada lisan, karangan, kefahaman, rumusan/meringkas karangan dan tatabahasa. Setiap bahagian itu dipecahkan pula kepada bahagian-bahagian kecil yang lain yang diisi dengan pengetahuan yang dapat membantu mereka menguasai bahasa dengan baik.
4.1
PENGAJARAN LISAN Pada peringkat permulaan, dalam kursus awalan, tidak banyak nilai mumi yang dapat diterapkan. Yang dapat kami lakukan ialah selepas kemahiran penyebutan bunyi, suku kata dan kata, kosa kata yang dipilih untuk latihan menyebut, membma perkataan, frasa, klausa dan ayat ditentukan daripada kata-kata yang membawa nilai, misalnya kasih, sayang, hormat-menghormati, jujur, ikhlas, rajin, tenang, tegas, berani, bijaksana, ramah, mesra, adil, saksama, pemurcih dan sebagainya. Misalnya dalam pengajaran suku kata, kata, rangkai kata dan ayat, kata-kata yang dipilih itu dapat menyemai nilai-nilai mumi, contohnya kata-kata seperti kasih, bend, indah, jelita, aman, tenang dan sebagainya. Daripada katakata yang membawa nilai tertentu, dibina pula kata-kata berimbuhan atau digunakan dalam pembinaan rangka' kata dan ayat, contohnya berkasih-kasihan, kasih- mengasihi dan
pengasih,
ayat “Semua rakyat negara ini patut
kasih mengasihi “ dan sebagainya.
8
Pada peringkat permulaan juga, kami memilih untuk membacakan cerita-eerita rakyat yang terpilih yang membawa nilai-nilai mumi tertentu, umpamanya ceritacerita Sang Kancil dan cerita legenda seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Selain belajar tatabahasa, memahami isi cerita, mereka juga dengan secara tidak langsung, mencari dan menerapkan nilai-nilai mumi yang terdapat daripada cerita.( Sila lihat Lampiran untuk beberapa contoh cerita rakyat yang digunakan).
Selepas minggu ke tujuh, setelah pelajar boleh menguasai sejumlah kosa kata, proses pembentukan kata yang mudah dan beberapa struktur dan pola ayat, mereka diperkenalkan dengan bacaan puisi dan pantun. Kebanyakan pantun dan syair membawa pengajaran tertentu. Pantun-pantun popular rakyat, pantun nasihat dan pantun kasih sayang digemari oleh pelajar dan mudah dihayati pengajaran nilai-nilai muminya. Selain pantun dan syair, pelajar juga diajar dengan seloka, gurindam serta perbidalan yang menggambarkan amalan hidup budaya Melayu yang dengan secara langsung atau tidak langsung menyemaikan nilai-nilai mumi bangsa Melayu yang harus difahami dan dihayati untuk membolehkan para pelajar bergaul atau bermasyarakat tanpa sebarang halangan dan kekangan kebudayaan. Tegasnya, puisi yang dipilih, sama ada pantun, sajak atau seloka selain membantu pelajar menguasai langgam pengucapan puisi, dapat pula menyemai nilai-nilai mumi yang sememangnya menjadi fungsi utama penciptaan puisi. Ini dilakukan secara gabungialin dengan pengajaran bahagian-bahagian lain seperti tatabahasa dan karangan.
Pada peringkat lanjutan, pelajar-pelajar diajar berpidato dan berbahas dengan menggunakan tajuk-tajuk yang dapat membantu pelajar mencan isi-isi yang berkaitan dengan moral. Antara tajuk-tajuk yang dipilih ialah yang behubungan dengan kebaikan dan keburukan sesuatu perlakuan, misalnya ‘Baik dan buruknya pergaulan bebas
‘Belajar di dalam negeri lebih baik daripada belajar di dalam
negeri ’ dan seumpamanya.
9
Pada akhir setiap kursus, sama ada peringkat awalan atau lanjutan, untuk acara tahunan kemuncak kam
mengendalikan pertandingan drama/lakonan antara
kumpulan-kumpulan kecil. Pelajar-pelajar dalam kelas lisan diberi tunjuk ajar tentang vanasi bahasa dalam lakonan. Tajuk drama biasanya dipersetujui bersama oleh pelajar dengan pengajar dan sebagaimana biasa, setiap persembahan lakonan walau di mana sahaja dibuat mempunyai nilai-nilai mumi yang dijadikan tema atau mesej yang hendak disampaikan.
4.2
PENGAJARAN KEFAHAMAN Dalam pengajaran kefahaman, guru lebih mudah untuk memilih dan mengolah bahan yang dapat dengan secara langsung atau tidak langsung nilai-nilai mumi yang
mahu diterapkan. Misalnya eerpen “ Buku Catatan Farid Badrul"
mennyemai nilai-nilai kerajinan, hormat menghormati, keijasama, baik hati, kasih sayang, kebersihan mental, berdikari, berhemah tinggi, kesyukuran dan rasional, Petikan Kefahaman ‘Etika’, “Aktiviti Perkhemahan’
dan Perpaduan Kaum'
dalam Lampiran C mengandung' nilai-nilai muri tersendiri. Selain menjawab soalan kefahaman, membina ayat-ayat dengan menggunakan perbendaharaan kata bam, pelajar juga boleh mencari nilai-nilai mumi yang tersirat di dalam teks yang dibaca. (Sila lihat Lampiran untuk teks lengkap).
4.3
PENGAJARAN TATABAHASA Tatabahasa boleh diajar secara terns atau tidak terus. Melalui secara terus, pelajar mungkin bosan kerana pengajaran lebih bersifat didaktif bukan induktif. Melalui pengajaran tatabahasa, biasanya kam* menggunakan teks terpilih yang telah diubahsuai supaya menepati kehendak pengajaran. Teks yang dipilih itu biasanya teks yang mempunyai nilai-nilai mumi tertentu. Misalnya
melalui teks yang
digunakan untuk pengajaran lisan dan kefahaman, teks yang sama digunakan untuk mengajar tatabahasa secara gabungjalin. Dalam
teks ‘Kematian Rusa
(Lampiran B) terdapat banyak kata ganda yang boleh digunakan untuk mengajar
10
rumus-rumus pembentukan dan makna kata ganda. Bagi pembentukan atau pembinaan kata ganda baru oleh guru atau pelajar,
bolehlah dimasukkan kata-
kata yang membawa unsur nilai-nilai mumi. Dengan demikian, secara tidak langsung, selain mempelajari tatabahasa, pelajar juga dapat menghayati nilai-nilai mumi yang terpancar daripada ayat-ayat yang dibina guru dan juga pelajar.
4.4
PENGAJARAN KARANGAN Pengajaran karangan diajar bermula dengan menulis perkataan, diikuti oleh frasa, klausa dan ayat. Seterusnya, ayat-ayat itu digabungkan menjadi sebuah karangan bermula dengan yang berbentuk mudah kepada yang berbentuk kompleks.
Pada peringkat permulaan, kata-kata yang dipilih terdiri daripada kata-kata yang membawa konotasi nilai, terutama kata adjektif, selain kata-kata biasa yang lain.
Pada peringkat pertengahan dan lanjutan, tajuk karangan boleh diberi dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk penceritaan, pendedahan fakta, syarahan, perbahasan, peribahasa dan sebagainya. Tajuk-tajuk itu dipilih berdasarkan kemampuan pelajar dan jenis nilai yang mahu diterapkan. Di samping mengajar format karangan, semasa mencari isi karangan, pengajar membantu pelajar memasukkan nilai-nilai yang difikirkan perlu, bersesuaian dengan tajuk karangan. Misalnya untuk mengarang sebuah karangan yang berjudul “Bagaimana saya membalas jasa negara ”, pelajar dengan bantuan pengajar akan dapat memasukkan beberapa nilai mumi seperti kerajinan, hormat menghormati, keijasama, baik hati, kasih saying berhemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat dalam huraian isi,
4.5
PENGAJARAN SURAT KIRI MAN Pendekatan dan teknik mengajar surat kiriman hampir-hampir sama dengan mengajar menulis karangan kerana surat kiriman juga dapat digolongkan sebagai salah satu daripada bentuk karangan. Bantuan dan panduan guru untuk
11
menentukan tema atau tajuk surat kiriman amat penting untuk menyemai nilainilai mumi. Surat kiriman biasa (surat tidak rasmi) kepada kaum keluarga dan handai taulan banyak membantu untuk memupuk nilai-nilai kasih sayang, hormat menghormati, berhemah tinggi, kesyukuran dan semangat bermasyarakat. Suratsurat rasmi sepert: surat aduan, surat permohonan dan sebagainya dapat membantu pelajar menyemai nilai-nilai hormat-menghormati, berhemah tinggi, baik hati dan kejujuran dan sebagainya. Untuk menyemai nilai-nilai mumi, yang penting bukanlah terletak pada pengajaran format tetapi lebih terletak pada pengisian kandungan atau isi surat yang ditulis.
4.6
PENGAJARAN MERINGKAS KARANGAN/RUMUSAN Dalam tatatingkat pengajaran bahasa Melayu Intensif, pengajaran meringkas karangan atau membuat rumusan diajar selepas pelajar-pelajar mempunyai kosa kata yang agak banyak dan sudah menguasai tatabahasa dengan baik. Kebolehan meringkas karangan atau membuat rumusan amat penting kepada pelajar bagi membolehkan mereka memahami bahan kuliah serta merumuskannya supaya mengandungi hanya isi-isi penting.
Sebagaimana yang disebut dalam perenggan di atas tadi, dalam pengajaran karangan atau surat kiriman, faktor yang penting untuk membolehkan pelajarpelajar menghayati dan menerapkan nilai-nilai mumi bukanlah terletak pada pengajaran format tetapi amat bergantung pada isi teks yang dipilih untuk dibuat rumusan atau ringkasan. Misalnya teks yang berjudul “Kebendaan” dalam Lampiran D dapat membantu pelajar-pelajar menghayati nilai-nilai mumi seperti baik hati, kejujuran, berhemah tinggi dan hormat-menghormati.
Selain teks, graf dan carta yang dipilih juga boleh terdiri daripada yang membawa tema atau topik yang berhubung dengan pembentukan nilai-nilai mumi. Contohnya graf tentang ponteng sekolah, penganiayaan wanita, penyakit beijangkit, penglibatan remaja dalam dadah dan seumpamanya. Untuk membuat rumusan,
12
pelajar-pelajar terpaksa terlebih dahulu membaca graf dan membuat interpretasinya dalam bentuk tulisan dan biasanya unsur-unsur pendapat yang berkaitan dengan nilai akan terlibat.
5.0
PENUTUP Menerapkan nilai tidaklah semudah mengajarkannya. Para pengajar boleh memilih teks atau bahan pengajaran yang mempunya' nilai-nilai yang dikenalpasti, kemudian menyampaikannya secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung ia dilaksanakan melalui pelajaran Pendidikan Agama atau Pendidikan Moral dan secara tidak langsung melalui mata-mata pelajaran yang lain, termasuk kokurikulum. Melalui bahasa Melayu, peranan guru untuk menyema; nilai-nilai mumi yang terdapat dalam budaya Melayu melebihi mata-mata pelajaran yang lain kerana nilai-nilai dalam sesuatu budaya itu terpancar melalui bahasanya. Dengan menggunakan bahasa Melayu, budaya Melayu dapat disampaikan dan menguasai budaya Melayu bermaksud menguasai nilai-nilai murni yang didokongnya. Menerapkan nilai-nilai yang terdapat di dalam sesuatu budaya itu bukanlah semudah mengajarkannya kerana penerapan nilai adalah penerapan konsep dan untuk membolehkan sesuatu konsep atau nilai atau tanggapan itu tertancap di dalam amalan hidup individu, ia memerlukan masa yang lama melalui latihanlatihan pengukuhan yang dilakukan di bawah pengawasan yang terancang. Tanpa langkati pengukuhan, pelajar hanya akan mengetahui, memahami nilai-nilai mumi sesuatu bangsa tetapi tidak dapat menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan dengan jayanya.
13
PENGAJARAN LISAN PANTUN DUA KERAT Siakap senohong gelama ikan duri-duri Bercakap bohong lama-lama mencuri Mengaku dulang paku serpih Mengata orang aku yang lebih Banyak udang banyak garam Banyak orang banyak ragam Gendang gendut tali kecapi Kenyang perut senang hati Mentimun bongkok di balik tiang Ayam berkokok alamat nak siang Sudah gaharu eendana pula Sudah tahu bertanya pula Dahul parang sekarang besi Dahulu sayang sekarang benci Tokok takal muka pintu Orang nakal memang begitu Secupak padi setahil berangan Tersepak kaki terkehel tangan Kapal belayar dalam semak Perut lapar semua lemak (Permatang Budi 1991 Fajar Bakti Sdn Bhd)
PANTUN BUDI
LAMPIRAN A
Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga Hancur badan di kandung tanah Budi baik dikenang juga Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Tanam serai tanam halia Tanam juga pokok sengkuang Orang berbudi disanjung mulia Ke mana pergi tiada terbuang Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada s lap dan salah Jangan disimpan di dalam hati Puisi Melayu Klasik, Oscar Book International
11
LAMPIRAN B PENGAJARAN 1.1SAN/T AT A B All AS A/KEF AH AM AN/KARAN GAN PKRIBVll ASA 1, 2, 3, 4,
Berat sama dipikul ringan sama di*’njing Seperti aur dengan tilin g Menatang minyak yang penuh Menahan lukah dipergentmgan Belinda minta tanah 6, Ukur baju di badan sendiri ?. Ular nmriyusur akar tak akan hilang bisanya ' 8. Bulat air kerana penibetung, bulat manusia kerana muafakat Biar lambat asalkan selamat Wl Sedikit-iedikit laina-lamajadi bukit ! iksal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya f t fnpkt sementara. belum kena, jiraat sementara belrnn habis 1-1 Sesal di laijung jalan, balik ke pangkal jalan 14, Mata batayuh perahu hanyut, nrnlu bertanya sesat jalan 15, J&uh beijata banyak peitiandangan, lama hidup banyak dirasa 14 >Sip«lgfesft anak langan-tangankan, sayangkan bioi tinggal-tinggaikaii rfk Orrnfi eiaSfi seribu daya,. orang tak mahu seribu dalih 15, Hendak serifen IHE, tak hendak seribu reneana % ,
%
t ,
Ii, Hati hendak sMlsajadi Bi-ai'pe«al.ai»kaivha'li suka II. R®pla (atoii faiiilw f :&«mMtanj, hati lam-lain MtSftfeuat mahu m a w fe tidak
M
.
B, 1 @M» w iig ^ S p ia li M, Tdkmt kerama salah, t e a t i fceratiafeenar 2S- €fer®t\ tak tmahng tak feerbau M. Q r « t fecsfewfi M k Wrbahasa (Orang metafeeri Mta meiasa)
W%feaoft Wk. teoptdaHpada, Baal jahat Jangan sekali M, Calaft M k fewat teW m, kalau tak baik bust sempadan 16. Haik l s a $ a n a k besar (nak ramai) beitafeur u n i UfeyJl asal, feakasainenuiijvikkaa bangsa
JU Hia^Wmsatayapfeaiiiigsa 32. f e m
^
M d h 1Mtf§ i p m hgkh ®fei Iw M , pamggali tafesrat
TMpthJkaffi pimMa p p a
55. T^ik &Aa»ori®«Y Wife $&m, tak «ta. tela baik merela M. l&asptt iiw ^ Hwratt jsbSE foerat twlaangraigan perut
37. top® ttvltoja/amtitlih M wpt l i . C iw g iw a y ig * timkaa -iWa ipaii ^ nsttalcajajaii, Ma t e a s setmaa torjja (fam M
LAMPIRAN B PENGAJARAN LISAN/TATABAHASA/KEFAHAMAN/KARANGAN MATA AYAH Kujabat mesra tangan ayah urat-urat daging tua dan keras terasa mataku tersenyum, matanya menyapa anak yang pulang disambut mesra Kelibat senyum matanya masih ju a ramah akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang memintaku pulang menikmati beras baru Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akuiah. Tapi matanya mat a yang menatapku kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi garis-garis putih lesu melingkari hitam-suram suatu kelesuan yang tak pemah dipancarkan dulu Merasakan kepedihan yang tercermin di mata meski kain pelikatnya bersih dalam kesegaran wuc'uk dan ia tidak pemah merasa, sebab derita itu adaliti dia.
Us nun Awang Seuntai Kata untuk Dirasa Z)BP:2000
LAMPIRAN B PENGAJARAN LISAN/TATABAHASA/KEFAHAMAN/KARANGAN SAJAK Raj in
Tekun
Dedikasi
Perlu kutanamkan
Kutinggalkan tekad
Sabar ketabahan
Kukorbankan masa dan tenaga
Sematkan di dada
Demi memajukan
Baru ketenangan
Rohani dan jasmaniku
Berarak muncul
Untuk agama, bangsa dan negara.
Menghadapai cabaran melanda
Gigih Kuteruskan Dengan semangat Supaya cita-cita Kan tercapai akhimya
LAGU SETIA
Demi negara yang tercinta
Rela berkorban apa saja
Dicurahkan bakti penuh setia
Amanah bangsa tetap dijaga
Demi raja yang disanjung tinggi
Kami berikrar penuh setia
Kesetiaan tak berbelah bagi
Untuk agama, bangsa dan negara.
Kepada pemimpin, kepada rakyat Khidmat diber. penuh taat Sama bekeija, sama berusaha Setia berkhidmat untuk semua
Lagu: Ahmad Dasilah Lirik : Kementerian Penerangan Malaysia
LAMPIRAN B PENGAJARAN LIS AN/T AT AB AH AS A/KEFAH AMAN/KARAN GAN KEMATIAN RUSA
Di dalam sebuah gua, terdapat seekor rasa yang telah jatuh sakit. Ia terbaring dalam keadaan yang lemah di atas rumput-rampai. Berita tentang rasa itu jatuh sakit ini telah diketahui saudara-mara dan saliabat-hand ainya. Mereka datang menziarahinya secara bergilir-gilir. Bagaimanapun, semua yang melawatinya itu akan makan sedikit rumputnya sebelum pulang. Oleh itu, makanannya lama-kelamaan habis dimakan oleh mereka yang datang menziarahinya. Selepas beberapa hari, rusa itu sembuh. Ia masih lemah hingga tidak berupaya untuk berdiri semula dan langsung tidak dapat keluar mencari makanan. Akhimya, rusa itu mati kelaparan. Sebenamya, kematian rusa itu adalah disebabkan oleh saudara-mara dan sahabat hand ainya yang tidak bertimbang rasa.
MANUSIA DENGAN SINGA
Pada suatu hari, seekor singa mengembara dengan seorang lelaki dewasa. Mereka menyeberang sungai dan meredah hutan. Sepanjang peijalanan, mereka sering bermegah-megab dengan keberanian dan kuasa mereka masing-masing. Pada suatu hari, orang dan singa itu melalui sebuah patung yang menunjukkan singa dicekik pada lehemya oleh seorang pahlawan. Orang itu menunjuk kepada patung itu, lalu berkata,’’Lihat! Patung itu menunjukkan betapa beraninya manusia! Raja binatang pun dikalahkan manusia!” Singa m elihat patung dengan lebih dekat lagi lalu berkata. “Memang, patung itu dibuat oleh manusia. Jika kam’ dapat mengukir, kami akan membuat patung yang m enunjukkan manusia mati di bawah kaki singa.”
VI
LAMPIRAN B PENGAJARAN LISAN/TATABAHASA/KEFAHAMAN/KARANGAN CAWAN DENGAN PIRING Cawan berkata kepada piring yang mengalasnya. “Saya tidak tahu sebab kamu hendak mengalas saya. Saya yang diisikan minuman panas dan sejuk tetapi apakah yang kamu buat? Saya fikir kamu tidak dikehendaki. Oleh itu lebih baik kalau kamu tiada di sini!” Sebentar kemudian, seseorang menu an g air panas ke dalam cawan lalu meletak cawan itu di atas meja, Tiba-tiba seorang budak yang tidak cermat terambil cawan itu untuk minum air. Malangnya, cawan yang panas itu melecurkan tangannya Dia menjerit kesakitan. Cawan itu teijatuh lalu pecah. Piring melihat pada cawan yang pecah itu dengan perasaan belas kasihan, lalu berkata,’’Kalau saya mengalas kamu, tangan budak itu tidak akan melecur dan kamu tidak akan terj atuh dan pecah.”
ANAK JIRAN MENCURIKAPAK Pada suatu masa dahulu, seorang penduduk kampung telah kehilangan sebilah kapak. Walaupun telah berfikir habis-habisan, dia masih tidak tahu bagaimana kapaknya boleh hiiang. “Kapak tidak berkepak, tak mungkin boleh terbang,” kata orang itu dalam hati. “Kapakku mesti dicuri orang.” Sambii berfikir, orang :tu menuduh anak jirannya yang mencuri kapak itu. Sejak h a r itu, dia mula memerhati gerak-geri anak jirannya itu. Dia mendapati gerak-geri anak jiran tersebut seakan-akan mencur kapaknya. Air muka anak jirannya juga seakan-akan pencuri kapak. Orang itu mula membuat kesimpuian. Dengan memerhati gerak-ger. serta air muka anak jirannya, dia menuduh anak iirannya telah mencuri kapaknya. Tidak berapa lama kemudian, orang kampung itu terjumpa kapak yang dikatakan hiiang itu ketika dia menggali lubang. Pada keesokan harinya, orang kampung itu bertemu dengan anak jirannya itu. Dia memerhati dengan teliti. Dia mendapati gerak-geri, air muka serta percakapannya tidak lagi menyerup?1' orang yang telah mencuri kapak.
LAMPIRAN C KEFAHAMAN/TATABAHASA CERPEN
“BUKU CATATAN FARID BADRUL”
27 November, Jumaat Pagi itu, aku tidak ke mana-mana. Aku meminta Hamzah mengajar aku untuk membaca doa iftitah dan tahyat. Setiap patah bacaan Hamzah kuikuti dengan setia. Ayat-ayat bertulisan jawi itu kubaca dengan merangkak-rangkak. Malu pula rasnya apabila selalu bertanya kepada Hamzah. Aku ,mencari jalan keluarku sendiri. Di bawah setiap tulisan jawi itu kutuliskan rangkap tulisan rumi. Bunyinya biarlah sama dengan bunyi tulisan jawi. Dengan cara ini, senanglah aku membacanya. Selepas makan tengah hari, aku rnenghafaz lagi ayat-ayat yang diberikan oleh Hamzah. Sebentar lagi, Pak Cik Sani akan membawa kami ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Aku mahu sembahyang dengan betul. Aku tidak mahu jadi pak turut lagi. Aku tidak mahu berpura-pura. Orang sujud, aku sujud, tetapi aku tidak tahu apa yang patut dibaca. Pada pukul lima petang, aku terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah Pak Cik Sani. Aku cam benar dengan bunyi itu. Bunyinya macam bunyi enjin kereta Volvo Papa. Aku bangun dari lantai anjung rumah. Benar sekali tekaanku. Papa datang dengan Mama. Pak Cik Sani muncul di muka pintu. Dia menyambut kedatangan Papa dan Mama. Mak Cik Som bergegas pulang dari sawah apabila Hamzah memberitahu Papa dan Mama datang ke nimahnya. 28 November, Sabtu Papa memberitahu aku, dia datang untuk mengambil aku pulang ke Kuala Lumpur. Kata Mama, kawan-kawan di sekolajh muzik selalu bertanya tentang diriku. Kata Mama juga, Papa sudah membeli sebuah orgam baru untukku. ‘Baliklah, Rid boleh main organ sendiri!” Pujuk Mama. Aku tidak member sebarang jawapan. Mama risau dengan sikapku. Papa pun demikian juga. Mungkin Papa dan Mama menyangka aku sudah merajuk kerana sudah lama berjanj: untuk membeli organ tetapi tidak ditunaikan. Papa memberitahu Pak Cik Sani tentang rancangannya untuk membawa aku pulang ke Kuala Lumpur. Pak Cik Sani tidak melarang tetapi katanya, aku sedang belajar agama dengan Hamzah di sekolah. Muka Papa dan Mama berubah corak. Aku tidak mengerti kenapa wajah Papa dan Mama jadi begitu. Malam ini aku akan memberitahu keputusanku kepada Papa dan Mama. “Saya tak akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya nak belajar agama dengan Ustaz Ramli sampai habis. Sepanjang tujuh minggu bercuti ini, saya akan tinggal di kampung.” (Nukilan cerpen “Buku Catatan Farid Badrul". Mohd Tajuddin A. Rahman dim. Seuntai Kata untuk Dirasa. DBP: 2000)
LAMPIRAN C KEFAHAMAN/TATABAHASA AKTIVITI PERKHEMAHAN Banyak aktiviti rekreasi yang dapat kita sertai baik bersama-sama dengan rakan mahupun keluarga. Salah satu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan alah aktiviti perkhemahan. Berkhemah bersama-sama dengan rakan atau keluarga merupakan satu pengalaman yang menarik kerana seseorang itu akan dapat menjalinkan hubungan mesra dengan rakanrakan atau keluarga. Anda bukan sahaja dapat berseronok, tetapi juga dapat menyaksikan keindahan flora dan faunanya. D : samping Itu, anda juga akan dapat menghirup udara segar dan nyaman serta dapat menikmati kedinginan air sungai yang mengalir di situ. Sebelum memulakan aktiviti perkhemahan, anda mestilah memastikan segala peralatan untuk aktiviti tersebut dibawa secukupnya. Peralatan seperti khemah kalis air, peralatan memasak, makanan, lampu suluh, ubat-ubatan dan sebagainya mestilah lengkap supaya tidak mengalami masalah semasa berkhemah. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tempat atau lokasi untuk berkhemah hendakiah ditentukan agar selamat semasa berkhemah. Anda dapat berkhemah sama ada di tepi pantai atau di tepi sungai. Janganlah berkhemah di tempat yang terpencil atau berbahaya. Carilah tempat yang lapang dan agak jauh daripada air atau kawasan curam. Sekiranya anda ingin mengadakan aktiviti rekreasi lain, pastikan bahawa aktiviti tersebut diadakan tidak jauh dari tempat perkhemahan. Aktiviti yang dapat anda lakukan ialah kembara, menjelajah hutan, berenang, dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membina mental dan fizikal yang sihat. Aktiviti perkhemahan sebenamya dapat memupuk keijasama di kalangan ahli serta menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi. Di samping itu, aktiviti ini dapat melahirkan individu yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Haruslah diingatkan bahawa bagi menjamin aktiviti perkhemahan berjalan lancar, perancangan awal serta pengurusan amatlah penting dan harus diberi keutamaan. Bagi menjayakan aktiviti ini,, kita memerlukan pemimpin yang cekap dan berwibawa. Sungguhpun demikian, aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan.
LAMPIRAN C KEFAHAMAN/TATABAHASA ETIKA Etika merupakan unsur penting dalam pengurusan organisasi untuk memastikan matlamat organisasi itu tercapai dalam erti kata yang sebenamya. Etika merupakan unsur dalaman dan kerohanian yang merupakan faktor utama yang menyempumakan faktor-faktor lain ke arah tercapai matlamat pengurusan. Matlamat yang canggih dan baik semata-mata belum lagi menjamin tercapai matlamat pengurusan sesebuah organisasi. Etika itulah yang merupakan neraca dan pemandu yang memastikan cara, prosedur, budaya keija cemerlang dan pengurusan tidak semua cara dihalalkan dan boleh dilakukan. Bagi memastikan cara itu menepati hakikat yang sebenamya, maka etika pengurusan diperlukan. Etika kini dirasakan kepentingannya pada zaman yang semakin canggih perkembangan ilmu, sains dan teknologi. Kelulusan akademik yang tinggi, kemahiran dan kepakaran bekeija belum lagi menjamin penghasilan kakitangan pengurusan organisasi yang ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya. Alat teknologi yang canggih seperti teknologi maklumat yang mengagomkan belum tentu akan menjamin penghasilan kesempumaan hasil keija, perkhidmatan cemerlang dan berkualiti Sebaliknya kecanggihan teknologi itu pulalah yang memudahkan golongan elit dan berpendidikan tinggi melakukan pelbagai jenayah kolar putih. Justeru itulah etika pengurusan diperlukan. Keperluan itu bukan sahaja terbatas kepada sektor awam atau' kerajaan yang perkhidmatannya diharap dan diutamakan oleh masyarakat, malah sektor swasta, korporat,industri dan pemiagaan juga tidak ketinggalan. Dengan adanya etika pengurusan dalam setiap bidang organisasi, maka peristiwa seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cuai dalam pekerjaan, menipu dan sebagainya dapat dielakkan. Etika itu merupakan perkara teori dan di atas kertas sahaja. Ia tidak mempunyai apa-apa erti jika tidak dihayati, dipatuhi dan diamalkan oleh semua kakitangan yang terlibat dengan pengurusan organisasi dari peringkat tinggi hingga peringkat rendah. Undangundang sahaja belum lagi cukup untuk memastikan tidak berlakunya jenayah dalam pengurusan organisasi. Etika pengurusanlah yang mengambil kira dorongan itu cadi. Dengan mengawal akal fikiran dan naluri manusia. maka terselamatlah manusia daripada melakukan perkara-perkara curang kerana hatinya tidak akan menggerakkan diri dan anggota badannya untuk melakukan jenayah.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Mustafa Hj Daud (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications)
LAMPIRAN C KEFAHAMAN/TATABAHASA PERPADUAN KAUM
Perpaduan kaum merupakan satu keadaan yang menggambarkan wujddnya kerjasama, keamanan, permuafakatan dan tolak ansur antara masyarakat yang berbilang kaum di sesebuah negara. Ciriciri ini membolehkan setiap kaum tersebut bersatu untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat Malaysia terdin daripada kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Justeru, perpaduan kaum amat perlu untuk membolehkan keamanan dan kestabilan negara dikekalkan. Bagi mewujudkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk, sikap toleransi, bekexjasama dan muafakat amat diperlukan. Hal ini perlu kerana dengan adanya semangat perpaduan, keamanan dan kestabilan negara dapat dikekalkan. Kewujudan perpaduan kaum akan mendorong setiap rakyat mengetepikan kepentingan kaum masing-masing, sebaliknya mereka kan lebih mengutamakan kepentingan bersama demi keutuhan negara. Kepentingan perpaduan kaum kepada masyarakat yang berbilang kaum disesebuah negara memang tidak dapat dinafikan lagi. Perpaduan kaum penting kerana masyarakat yang bersatu padu dapat mengelakkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sehubungan itu, segala program untuk kemajuan dan pembangunan negara dapat dilaksanakan bersama-sama. Selain itu, perasaan dengki dan buruk sangka antara kaum juga dapat dielakkan. Sekiranva persefahaman saling wujud antara masyarakat berbilang kaum, mudahlah pihak pentadbir negara menjalankan sebarang program atau aktiviti ekonomi yang dapat membangun dan meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan kaum juga penting untuk menjamin kemakmuran politik, sosial dan ekonomi. Aktiviti ekonomi berialan lancar tanpa sebarang kesulitan, manakala pihak pentadbir tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita hendakiah mengekalkan perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan negara. Perselisihan antara kaum perlu dielakkan kerana jika terjadinya pergaduhan antara kaum, maka segala program pembangunan akan terbantut, sekali gus mencemarkan imej negara. Keadaan ini akan menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara kita. Akibatnya, pertumbuhan ekonom’ negara menjadi lembab dan negara juga akan terus mundur.
xi
LAMPIRAN D RUMUSAN/MERINGKAS KARANGAN KEBENDAAN Kepentingan kebendaan yang menjadi matlamat kehidudapan dewasa ini banyak mengorbankan nilai-nilai tradisi. Antaranya ialah adab kesopanan dan tatatertib terutamanya di kalangan mudamudi. Bagi kebanyakan mudi-mudi, hilangnya nilai-nilai demikian tidak merugikan mereka selagi tidak menolak unsur-unsur inisiatif, gigih, dedikasi dan aktif dalam diri seseorang yang sangat berguna dalam situasi yang serba mencabar. Keadaan ini jauh berbeza dengan pandangan golongan txia yang melihat nilai-nilai tersebut sebagai sesuatu yang ideal dan harus dipertahankan. Bagi mereka, nilai-nilai tersebut dapat membentuk peribadi yang mulia dalam diri seseorang malahan menjadi benteng kepada generasi muda daripada terjerumus ke kancah pelbagai jenis penyakit sosial. Apa yang menyedihkan, masyarakat kita pada hari ini begitu terdedah kepada pengaruh dan peradaban asing yang mempuyai nilai-nilai yang sama sekali berbeza daripada budaya kita. Lazimnya, kita menerima bulat-bulat tanpa menimbangnya dengan lebih mendalam. Walaupun bukan semua nil?. asing itu buruk dan bukan semua nilai budaya kita baik tetapi kita haruslah memikirkan kesan-kesan dan akibatnya kepada budaya nenek moyang kita pada masa sekarang dan akan datang. Lazimnya, generasi pada zaman sains dan teknologi mudah dipengaruhi tarikan kebendaan begitu kuat. Mereka meletakkan aspek kebendaan itu pada tingkat yang tinggi, malah kadangkala lebih tinggi daripada maruah dan budaya sendiri. Disebabkan tarikan ini, golongan muda berlumbalumba mengejar kekayaan dunia dan mengetepikan nilai-nilai mumi yang dianggap sudah lapuk. Mereka juga sanggup mengatakan bahawa unsur-unsur falsafah kebudayaan yang dicipta oleh para cendekiawan pada masa dahulu seperti simpulan bahasa, pepatah, bidalan dan sebagainya sudah ketinggalan zaman serta tidak mengikut arus pemodenan. Di samping itu, kelonggaran adab sopan di kalangan generasi hari ini juga timbul akibat desakan ekonomi. Jika material yang menjadi matlamat hidup mereka, maka teijadilah ketidakseimbangan dalam tatacara hidup. Dalam apa jua agama sekalipun, kebahagiaan tidak hanya wujud dengan adanya material, tetapi juga daripada keseimbangan peribadi itu sendiri. Masalah ini bertambah rumit dengan cara hidup anak-anak muda itu sendiri. Kebanyakannya tinggal di kota yang jauh terpisah daripada kawalan ibu bapa dan orang yang berpengetahuan dalam bidang agama. Situasi ini berbeza dengan kehidupan d kampung yang masih kukuh dengan nilai-nilai sosial dan hubungan kemasyarakatan. Hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan anak muda yang berhijrah ke bandar-bandar besar akan berhadapan dengan masalah penyesuaian diri. Oleh itu, apabila mereka terlepas daripada sebarang pengawasan, maka dengan mudah mereka melakukan sesuatu yang melanggar batas-batas adab kesopanan dan ajaran agama.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Nilai Kesopanan yang Semakin Diabaikan” Dewan Budaya, Ogos 1981)