, huruf ga < >ݢyang dipadankan dengan huruf /g/ dan huruf nya <ڽ/ >ﭙyang dipadankan dengan huruf /ny/. Seterusnya, pada tahun 1986 menerusi buku Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan (PEJYD) ditambah satu lagi huruf, iaitu huruf va < >ۏbagi melambangkan bunyi [v]. Justeru, bilangan huruf Arab Melayu ini bertambah menjadi sebanyak 37 huruf.
Huruf Arab Melayu Yang Utama (Vokal) Dalam tulisan Arab Melayu terdapat tiga huruf utama yang dipanggil juga sebagai huruf vokal, iaitu huruf alif <>ا, menghasilkan bunyi [a] seperti dalam perkataan ayah. Huruf yang kedua ialah huruf wau <>و, bunyinya [u] seperti dalam perkataan udang. Huruf vokal yang ketiga ialah huruf ya <>ي, bunyinya [i] seperti dalam perkataan ikan. Ketiga-tiga huruf ini mewakili enam huruf vokal Latin seperti: huruf alif < >اmewakili vokal [a] dan [a] awal kata, huruf wau
5
< >وmewakili vokal [o] dan [u] tengah dan akhir kata, huruf ya < )يmewakili vokal [i] dan [e], yakni e-taling, pada kedudukan tengah dan akhir kata. Walau bagaimanapun pada kedudukan awal kata huruf wau <>و, huruf ini tidak boleh berbunyi [u] tanpa dibantu oleh huruf alif <>ا. Gandengan huruf alif-wau barulah dapat menghasilkan bunyi [u]. Contoh, perkataan udang akan dieja seperti < >اودڠ. Begitu juga halnya dengan huruf ya < ;>يhuruf ini juga tidak boleh menghasilkan bunyi [i] tanpa dibantu oleh huruf alif <>ا, iaitu alif-ya. Contoh perkataan ikan, akan dieja seperti <>ايكن.
Huruf Konsonan Selain tiga huruf vokal yang utama, dalam sistem tulisan Arab Melayu terdapat juga 33 huruf konsonan, iaitu huruf selain dari huruf alif, wau dan ya. Konsonan ini terbagi kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama terdiri dari 18 huruf dan digunakan bagi menulis perkataan-perkataan Indonesia asli atau Melayu jati. Antara hurufnya ialah huruf ba <>ب, ta <>ت, jim <>ج, dal <>د, ra <>ر, syin <>س, kaf <>ک, lam <>ل, mim <>م, nun <>ن, ha <>ه, ca <>چ, nga <>ڠ, pa <>ڤ, ga <>ݢ, nya <ڽ/ >ﭙdan hamzah <>ء. Kumpulan huruf yang kedua ialah huruf yang digunakan untuk mengeja dan menulis perkataan dan istilah Arab. Antara hurufnya ialah huruf tsa <>ڽ, ha <>ح, kha <>خ, zal <>ذ, zai <>ز, syin <>ش, shad <>ص, dhad <>ض, tha <>ط, za <>ظ, ain <>ع, ghain < >غdan huruf fa <>ف, dan qaf <( >قpenulisan Latin bunyi huruf tidak mengikut sistem transliterasi Internasional, lihat Muhammad Bukhari Lubis dan Ali Haji Ahmad, 2006).
Huruf Gubalan Melayu Huruf Arab Melayu secara umumnya diambil dari huruf-huruf Arab atau juga dikenal dengan huruf hijaiyah, yakni huruf Arab yang berjumlah 30 huruf. Namun, huruf-huruf tersebut tidak dapat melengkapi kebanyakan lambang bunyi dalam pertuturan bahasa Indonesia dan Melayu. Oleh sebab itu, para cendekiawan silam telah mengambil dua ’huruf diubahsuai dari Parsi’, iaitu ca dan ga; di samping cendekiawan Melayu sendiri menggubal beberapa huruf baru seperti nga, pa, nya dan va. Kenam-enam huruf tersebut menggunakan “rumah huruf” yang sedia ada dalam huruf hijaiyah Arab, tetapi diubah susuai dengan menambahkan titik pada bagian tertentu, seperti contoh berikut: Ha Ain Fa Kaf Nun & Ba Wau
ح ع ف ک ن/ ب و
Ca Nga Pa Ga Nya Va
چ ڠ ڤ ݢ ڽ/ﭙ ۏ
Selain itu, terdapat juga huruf baru yang dipadankan dengan huruf [v], dinamakan va []ۏ (wau bertitik) dan huruf ye [ ]ىistilah leweh berarti imalah atau e-taling <é> ya tanpa titik atau alif al-maqsurah dalam bahasa Arab yang dipadankan dengan huruf e-pepet [a] di akhir kata bagi perkataan-perkataan tertentu seperti nasionalisme ( )ناسيوناليسمىdan metode ()ميتودى.
Huruf Latin dan Padanannya dengan Huruf Arab Melayu Huruf Arab Melayu mempunyai bilangan abjad yang lebih banyak berbanding huruf Latin. Oleh karena itu, padanan semua hurufnya dengan huruf Latin bukan satu lawan satu, tetapi ada yang satu lawan dua atau satu lawan tiga dan lain sebagainya. Berikut huraiannya: Terdapat 18 huruf Arab Melayu saja yang mempunyai padanan huruf tunggal Latin tersebut dan dikenali sebagai padanan huruf jati. 6
ڤ ق ک ݢ ل م ن ه ۏ
[p] [q] [k] [g] [l] [m] [n] [h] [v]
[b] [t] [j] [c] [d] [r] [z] [s] [f]
ب ت ج چ د ر ز س ف
Selain padanan huruf jati, terdapat juga padanan gabungan, iaitu satu huruf Arab Melayu dipadankan dengan dua huruf Latin. Terdapat 5 huruf Arab Melayu menggunakan padanan jenis ini dalam ejaan Latin yang sekarang mempunyai padanan digraf (dua huruf) Latin, padanan tersebut adalah seperti huruf ghain ( )غyang dipadankan dengan huruf [gh], huruf syin ( )شyang dipadankan dengan huruf [sy], huruf kha ( )خyang dipadankan dengan huruf [kh], huruf nya ( )ڽyang dipadankan sebagai huruf [ny] dan huruf nga ( )ڠyang dipadankan sebagai huruf [ng]. Terdapat juga huruf Arab Melayu yang tidak mempunyai padanan jati dengan huruf Latin karena sebutannya yang berlainan dengan huruf Latin. Terdapat 14 huruf mempunyai padanan Latin lebih dari satu huruf. Huruf-huruf tersebut seperti huruf (s,s) ص, (sy,sh) ش, (z,dh) ذ, (h,h) ح, (h,t) ة, (z,z) ظ, (t,t) ط, (d,dh) ض, (w,o,u) و, (q,k) ق, (k,o,u,e,i,a,‘) ع, (k,’) ء, (th,s) ث, (e,a) ى, dan (y,e,i) ي. Tsa ()ث Zal ( )ذ Shad ()ص Dhad ()ض
Tha ()ط Zha ()ظ
Ain ()ع
Bunyi huruf tsa ( )ثdalam sebutan atau lidah Melayu berhampiran dengan bunyi huruf syin ()س, maka huruf ini dipadankan dengan huruf [s]. Bunyi zal ( )ذhampir serupa dengan huruf zai ()ز, maka huruf ini dipadankan dengan huruf [z]. Bunyinya hampir dengan syin ()س, maka huruf shad ( )صdan syin ( )سdipadankan dengan huruf [s]. Bunyi huruf dhad ( )ضberada di tengah lingkungan huruf dal-shad, iaitu lebih kepada bunyi dal ()د, maka huruf ini dipadankan dengan huruf [d]. Disebabkan bunyinya lebih hampir sama dengan huruf [t], tetapi hanya disebut tebal, justru huruf ini dipadankan dengan huruf [t]. Bunyi huruf zha ( )ظmirip kepada makhraj huruf zai ( )زseperti dal ( )دdengan dhad ()ض, syin ( )سdengan shad ()ص, ta ()ت dengan tha ()ط, huruf ini dipadankan dengan huruf [z]. Tempat keluar huruf ain ( )عberhampiran dengan huruf alif ()ا, cuma disebut agak sengau (bunyi ke hidung), maka huruf ini dipadankan dengan huruf [a] jika terdapat pada awal perkataan. Jika berada di tengah atau di hujung perkataan, huruf ain ()ع dipadankan dengan huruf [k], iaitu bunyi hentian glotis.
Inilah kesemua huruf-huruf Arab Melayu yang mempunyai padanan huruf-huruf tunggal Latin tersebut. Huruf Latin Aa
Huruf Huruf Huruf Latin Arab Melayu Arab Melayu Aa, Kk, (‘)
ا 7
ع
Bb Tt Hh, (t) Ss, (th) Jj C Hh (h) Kh, kh Dd Zz (dh) Rr Zz Ss Sy (sy) Ss (s) Zz Tt (t) Zz (z)
ب ت ة ث ج چ ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط
Gh (gh) Ng Ff Pp Kk,(q) Kk Gg Ll Mm Nn Ww, Oo, Uu Vv Hh Kk, (‘) Yy, Ii, Ee Ye Nya
غ ڠ ف ڤ ق ک ݢ ل م ن و ۏ ه ء ي ى ڽ ظ
ANALISIS PRINSIP UTAMA PENGEJAAN KATA SERAPAN ARAB DALAM BAHASA INDONESIA DAN MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI Pada prinsipnya, secara umum dapat dikatakan bahwa kata serapan Arab dapat dieja dengan mengikut kaedah lampau hukum. Artinya, kebanyakan perkataan begini di luar kaedah mengeja yang telah pelajari, khususnya apabila dibandingkan dengan cara mengeja kata asli Indonesia dan jati Melayu. Contoh: Fardu – = فرضGarpu )(ڬرڤو, Sujud – = سجودPujuk )(ڤوجوق dan Zaman – = زمانMakan )(ماكن.
Dua Prinsip Pembagian Besar Ada dua kaedah prinsip utama dalam hal mengeja kata serapan Arab ini.
a.
Istilah Agama – Tetap Dikekalkan Ejaannya
Kata serapan Arab yang tergolong ke dalam ‘istilah agama’, atau dirasakan sebagai istilah khusus, hendaklah dikekalkan ejaannya (Ada juga pengecualiannya, ada dalam pembahasan lain). Contoh: Kitab – كتاب, Nikah – نكاحdan Wudhuk – وضوء.
b.
Kata Umum – Tetapi Diubah Ejaannya
Kata umum, maksudnya bukan istilah agama dan ia sudah lama terserap sehingga dieja mengikut ejaan kata jati dalam bahasa Melayu dan merupakan kata asli dalam bahasa Indonesia. Contoh: Kertas = كرتس – قرطاس, Sabun = سابون – صابونdan Wabak = وابق – وباء.
Kaedah dan Huraian Lain Secara Terperinci 1.
Perubahan Ejaan Walaupun Istilah
Meskipun satu-satu perkataan itu merupakan istilah, namun untuk mengelakkan homograf, iaitu dua perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan bunyi dan artinya, maka ada istilah yang dirubah ejaannya (berlaku penambahan huruf khususnya vokal). Huruf vokal dalam 8
bahasa Indonesia/Melayu untuk membimbing bunyi yang sebenarnya (ke atas [a], ke depan [u], atau ke bawah [i]). Bagaimanapun dalam bahasa Arab, huruf vokal berfungsi untuk memanjangkan bunyi huruf itu (dengan syarat tertentu). Malah ada masanya, karena beda antara bacaan pendek dengan bacaan panjang itu, sudah memberi makna yang berlainan.
Ejaan Arab
Bunyi Pertama
Bunyi Kedua
ذكر عالم محرم
2.
(zakar) (Alam)
Ejaan Arab Melayu
(Zikr)ئ
ذكر ذيكير عالم
(Alim)
عاليم محرم
(Mahram) atau (Muharram)
(Muhrim)
محريم
Biarpun Lama Terserap (Kata Umum), Namun Kekal Ejaan Arabnya
Ada perkataan dalam kelompok ini, walaupun sudah lama terserap, ejaan asal bahasa sumbernya itu dikekalkan. Contoh: Akal = عقل – عقل, Khayal = خيال – خيالdan Usul = – اصول اصول.
3.
Kata Umum yang Menerima Perubahan Konsonan Khasnya
Ada perkataan yang dirubah huruf konsonannya, khususnya konsonan Arab jati, demi memudahkan sebutannya dalam bahasa Inondesia dan Melayu. Contoh: Aral = عرل – عرض, Kamir = كامير – خميرdan Silap = سيلڤ – خالف.
4.
Tanpa Vokal pada Istilah Agama, namun Ditambah Vokal untuk Pengertian Umum
Ada istilah agama dieja tanpa huruf vokal walaupun ada bunyi vokal [a], [i] atau [u]; bagaimanapun, apabila ia digunakan untuk pengertian umum, ditambahkan huruf alif, ya atau wau. Contoh: Arif = عاريفdan Al-Hakim = الحاكم.
5.
Sebagai Kata Dasar Kekal Ejaan Asal, Ada Penambahan apabila Menjadi Kata Terbitan
Perkataan yang berakhir dengan suku kata terbuka dengan menggunakan bunyi vokal [a], [i] atau [u] hendaklah dieja mengikut asalnya sebagai kata dasar. Sekiranya dibentuk menjadi kata terbitan, dengan tambahan akhiran atau partikel, maka perlu ditambah huruf alif, ya atau wau demi mengelakkan kesamaran dalam pembacaan. Contoh: Fardu – Memfardukan = – ممفرضوكن فرض, Haji – Menghajikan = حج – مڠحاجيكنdan Fatwa – Memfatwakan = فتوی – ممفتواکن.
6.
Penambahan Huruf Vokal pada Kata yang Asalnya Konsonan Saja
Demi mengelakkan kesalahan atau kekeliruan dalam pembacaan bunyi vokal, huruf vokal ya atau wau ditambah ke dalam ejaan Arab Melayu. Contoh: Fikir = فيکير – فکر, Rukun = – ركن روكونdan Umur = عمور – عمر.
9
7.
Perubahan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab (ى, iaitu ya yang tidak bertitik) Menjadi Alif.
Sebagai kata dasar lagi, terus diubah ya yang tidak bertitik itu menjadi alif karena sudah lama terserap dan bukan istilah. Contoh: Dakwah = دعوا – دعویdan Makna = معنا – معنی.
8.
Pengekalan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab (ى, iaitu ya tidak bertitik), namun Diubah apabila Menerima Imbuhan.
Ada kata serapan Arab yang mengekalkan huruf ini, yang dalam ejaan Arab Melayu dipanggil huruf ye (e-pepet). Contoh: Fatwa = فتوی – فتوی, Musa = موسی – موسیdan Takwa = تقوی – تقوی. Walau bagaimanapun, apabila ia menjadi kata terbitan dengan akhiran atau partikel, maka huruf alif maqsurah atau ye tadi digantikan dengan huruf alif pula. Contoh: Memfatwakan = ممفتواکنdan Ketakwaan = کتقواءن.
9.
Pengekalan Ejaan Selagi Menjadi Istilah, Diubah apabila Menjadi Kata Umum.
Ada kata serapan Arab yang menerima kedua-dua fungsi iaitu sebagai istilah dan kata umum. Sebagai istilah, dikekalkan ejaan asalnya. Sebagai kata umum, diubah di mana yang perlu. Maknanya lebih luas sedikit, tidak terikat dengan batasan atau unsur keagamaan itu. Contoh: Akad – عقدmenjadi Ikat – ايكت, Fasakh – فسخmenjadi Pisah – ڤيسه, dan Mudrat – مضرت – مضرة menjadi Melarat – مالرت.
10.
Penulisan Huruf Hamzah.
Dalam bahasa Arab ada empat tempat meletakkan Hamzah ini, iaitu: tanpa rumah, berumahkan huruf alif (di atas atau di bawah alif), berumahkan huruf wau dan berumahkan huruf ya. Bagi kata serapan yang bukan istilah agama, kata serapan begini dieja mengikut kaedah mengeja kata jati Melayu dan asli Indonesia, iaitu dengan meletakkan hamzah selepas wau, bukan hamzah berumahkan wau (wau ada lorongnya sendiri dan tiga perempat dari baris). Contoh: Mutamar - Mu’tamar = موءتمرdan Mukmin - Mu’min = موءمن.
11.
Penulisan Huruf Ta Marbutah (Ta Simpul).
Dalam kata serapan Arab, huruf ta marbutah yang berfungsi hanya semata-mata di hujung satu-satu perkataan itu melambangkan bunyi [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan, dan kelainan sebutan itu lazimnya tidak membedakan makna. Pada penerimaan orang Indonesia atau Melayu terjadi tiga ragam. Iaitu: (i)
Diterima sebagai bunyi [t] lalu ditulis dengan ejaan ta (( )تta maftuhah atau ta panjang). Contoh: Dahsyat – dah.syat = دهشت, Musyuarat – mu.syua.rat = مشوارتdan Surat – su.rat = سورت.
(ii)
Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah ( )ة. Contoh: Fathah – fat.hah = فتحة, Madrasah – mad.ra.sah = مدرسةdan Surah – su.rah = سورة.
(iii)
Bunyi [t] dan [h] dengan ejaan ta marbutah ( )ة. Contoh: Akibat/akibah – a.ki.bat/a.ki.bah = عاقبة, Hidayat/hidayah – hi.da.yat/hi.da.yah = هدايةdan Musibat/musibah – mu.si.bat/ mu.si.bah = مصيبة.
10
Pada umumnya, kata-kata dalam kelompok ini dieja menurut corak penerimaannya ke dalam bahasa Indonesia dan Melayu di Nusantara.
Analisis Pola Kata Serapan Arab dalam Bahasa Indonesia dan Melayu Kata yang paling banyak terserap adalah dari kelas kata nama. Kata nama ini meliputi beberapa subkelas, iaitu ism fa’il (kata nama pelaku), ism maf’ul (kata nama objek), ism masdar (kata nama terbitan), ism makan (kata nama tempat), ism zaman (kata nama masa) dan ism alah (kata nama alat). Kata nama ini berdasarkan bentuk kata kerja Arab. Ada 10 jenis kata kerja ini. Menurut pengajian tradisional bahasa Arab, kata kerja ini terbagi kepada: al-mujarrad al-thulathi, (kata akar yang terdiri dari tiga huruf asasi), al-mazid bi’l-harf (tambahan satu huruf kepada tiga huruf asasi tadi), al-mazid bi’l-harfaen (tambahan dua huruf kepada tiga huruf asasi tadi) dan al-mazid bi thalathah ahruf (tambahan tiga huruf kepada tiga huruf asasi tadi). Untuk lebih memudahkan pembagian ini, perlu menggunakan pembagian atau istilah lain, seperti huraian lengkap seperti berikut:
1.
Kata Kerja Bentuk I (fa‘ala/fa‘ila/fa‘ula).
Kata Kerja bentuk I atau bentuk asas ini terdiri dari enam pola: (a) a-u (nasara yansuru), (b) a-i (daraba yadribu), (c) a-a (fataha yaftahu), (d) i-a (‘alima ya‘lamu), (e) u-u (karuma yakrumu) dan (f) i-i (hasiba yahsibu). Dalam kata serapan Arab ke bahasa Indonesia dan Melayu, ada enam kata nama yang muncul dari kata kerja bentuk I tersebut. Iaitu: (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku) pola fa‘il ( )فاعل.
(A 1) Selagi menjadi kata umum, ditambah huruf ya untuk suku kata tertutup akhir. Contoh: Sa.lim – Salim = ساليم – سالم, ‘A.dil – Adil = عاديل – عادلdan Ha.kim – Hakim = حاكيم – حاكم. (A 2) Apabila menjadi istilah agama, dikekalkan ejaan Arabnya. Misalnya, nama atau sifat Allah, khasnya menjadi nama peribadi yang diawali dengan kata ‘Abd. Contoh: Ha.fiz – [‘Abd] al-Hafiz = (عبد) الحافظ – حافظdan Sa.lim – [‘Abd] al-Salim = (عبد) السالم. (A 3) Ejaan kata terbitannya, ditambah huruf ya pada hujung kata itu. Hal ini diterapkan kepada kata kerja Arab yang huruf ketiganya adalah huruf ya (yakni tergolong ke dalam kata kerja mu‘tall), Contoh: Da.‘in – Da.‘in = داعي – داعdan Qa.din – Kadi = قاض – قاض. (A 4) Ism fa‘il (kata nama pelaku) pola fa‘il ( )فعيلdan fa‘al ()فعل. Dikekalkan ejaan Arabnya. Kebanyakannya menjadi nama peribadi (termasuk nama atau sifat Allah). Contoh: Ka.rim – Karim = كريم – كريم, Sya.rif – Syarif = شريف – شريفdan Ha.san – Hasan = شريف – شريف. (B)
Ism maf‘ul (kata nama objek) berpola maf‘ul ( )مفعولsaja.
Dapat dikatakan seragam, dan kebetulan ejaan Arab asalnya bersamaan dengan kaedah mengeja kata jati Melayu. Contoh: Ma‘. lum – Maklum = معلوم – معلوم, Mak.tub – Maktub = مكتوب – مكتوبdan Masy.hur – Masyhur = مشهور – مشهور. (C)
Ism masdar (kata nama terbitan).
(C 1)
Ism masdar pola fi‘alat(un) ( )فعالة.
11
Perkataan ini terdiri dari tiga suku kata dan berakhir dengan huruf ta’ marbutah. Ada beberapa pedoman yang perlu diperhatikan. (a) Menurut ejaan asalnya (dalam bahasa Arab), vokal [i] pada suku kata pertama dieja tanpa menggunakan huruf vokal ya sebagai lambang. Hal ini begitu mantap dalam penggunaan ejaan Arab Melayu. Maka ia (tanpa menambah huruf ya) tetap dikekalkan. (b) Ada empat hal berlaku pada huruf terakhir perkataan kelompok ini, iaitu ta’ marbutah. Iaitu: Pertama, diterima sebagai ha. Kedua, diterima sebagai ta’. Ketiga, diterima sebagai ha dan ta’ secara bertukar ganti tanpa perubahan makna. Dan Keempat, diterima kedua-duanya, tetapi mengalami perluasan makna: diterima sebagai ha dan kekal dengan makna asalnya; atau diterima sebagai ta’ dengan makna yang baru dan berbeda dengan makna asalnya. Selain itu, ada kaedah khusus untuk mengeja berdasarkan keempat-empat jenis tersebut. Iaitu: Kelompok pertama, huruf ta’ marbutah ditukar menjadi huruf ha. Kedua, huruf ta’ marbutah itu ditukar dengan ta’ maftuhah ( )ت. Ketiga, huruf ta’ marbutah itu dikekalkan. Dan keempat, huruf ta’ marbutah itu ditukar menjadi ha atau ta’ maftuhah sesuai dengan makna masing-masing. Contoh: ‘I.ba.rat – Ibarat = عبارت – عبارة, Ri.wa.yat – Riwayat = روايت – روايةdan Hi.ka.yat – Hikayat = حكاية – حكاية. (C 2)
Ism masdar pola fa‘al(un) ( )فعل.
Sejak awal dieja mengikut ejaan asal Arabnya, ejaan kata serapan ini telah pun mantap. Maka tiada sebarang perubahan. Contoh: Na.sab – Nasab = نسب – نسب, Bahts/Ba.hats – Bahas = بحث – بحثdan Qa.dar/Ka.dar – Kadar = قدر – قدر. (C 3)
Ism masdar pola fi‘lat(un) ( )فعلة.
Jika menjadi istilah, dikekalkan ejaan bahasa asalnya. Sungguhpun sudah menjadi kata umum, namun karena perkataan itu telah mantap dengan ejaan asalnya, maka dikekalkan ejaan dalam bahasa Arabnya. Kata umum selainnya, ditulis atau dieja mengikut kaedah Arab Melayu. Contoh: Jiz.yah – Jizyah = جزية – جزية, Fit.nah – Fitnah = فتنه – فتنةdan Ni‘.mat – Nikmat = – نعمة نعمت. (C 4)
Ism masdar pola fi‘al(un) ( )فعال.
Ejaan kata dalam kelompok ini telah pun mantap mengikut ejaan bahasa Arabnya. Maka ia dikekalkan. Contoh: Ji.had – Jihad = جهاد – جهاد, Hi.sab – Hisab = حساب – حسابdan Li.wat – Liwat = لواط – لواط. (C 5)
Ism masdar pola fa‘al(un) ( )فعال.
Sudah mantap seperti ejaan asalnya, maka ia terus dikekalkan. Contoh: Ha.lal – Halal = حالل – حالل, Qa.rar – Karar = قرار – قرارdan Ma.qam – Makam = مقام – مقام. (C 6)
Ism masdar pola fu‘ul(un) ( )فعول.
Ejaan yang sudah mantap itu, mengikut ejaan bahasa Arabnya, tetap dikekalkan. Contoh: Ru.ku‘ – Rukuk = ركوع – ركوع, Su.jud – Sujud = سجود – سجودdan Syu.ruq – Syuruk = – شروق شروق. (C 7)
Ism masdar pola fa‘alat(un) ( )فعالة.
Juga ejaan perkataan dalam kelompok ini sudah lama mantap seperti ejaan bahasa asalnya, maka ia masih dikekalkan. Contoh: Qa.na.‘ah – Qanaah = قناعة – قناعة, Qa.ra.bat – Kerabat = قرابة – قرابةdan Sya.fa.‘at – Syafaat = شفاعة – شفاعة.
12
(D)
Ism makan (kata nama tempat). Ada dua kemungkinan untuk kata nama ini, baik pola maf‘al ( )مفعلatau maf‘il ( ) مفعل.
(D 1) Berdasarkan kata kerja pola a-u, ia akan menjadi maf‘al (maskulin) atau maf‘alah (femimin). Ejaan kata serapan ini kebetulan sama dengan cara mengeja kata asli Indonesia dan kata Melayu jati, maka ia tetap dikekalkan. Contoh: Mah.syar – Mahsyar = محشر – محشر, Mar.kaz – Markaz = مركس – مركزdan Mad.ra.sah – Madrasah = مدرسه – مدرسة. . (D 2)
Berdasarkan kata kerja pola a-a, ia akan menjadi maf‘al )( مفعل.
Sama dengan cara pengejaan kata asli Indonesia dan Melayu jati, maka ejaan asalnya tidak menerima perubahan. Contoh: Madh.hab – Mazhab = مذهب, Madh.bah – Mazbah = – مذبح مذبحdan Ma‘.mal – Makmal = معمل – معمل. (D 3)
Berdasarkan kata kerja pola a-i, ia akan menjadi maf‘il )(مفعيل.
Jika ia menjadi kata umum, ditambah huruf ya untuk suku kata tertutup akhir itu. Contoh: Maj.lis – Majlis = مجليس – مجلس. (D 4)
Berdasarkan kata kerja pola a-i, ia akan menjadi maf‘il )( مفعيل.
Jika ia menjadi istilah, ataupun kata umum tetapi sudah lama mantap mengikut yang asalnya, maka dikekalkan ejaan dalam bahasa Arabnya tersebut. Contoh: Magh.rib – Maghrib = مغرب – مغرب, Mas.jid – Masjid = مسجد – مسجدdan Mash.riq – Masyrik = مشرق – مشرق. (E)
Ism zaman (kata nama masa). Hanya satu kemungkinan, pola maf‘il ( )مفعل.
Oleh sebab sudah mantap dengan ejaan kata asalnya, maka terus dikekalkan, tidak dirubah mengikut ejaan kata asli Indonesia dan Melayu jati. Contoh: Magh.rib – Maghrib = مغرب – مغرب. (F)
Ism alah (kata nama alat). Ada dua kemungkinan, baik pola mif‘al ( )مفعلataupun mif‘al ()مفعال.
Boleh disimpulkan beragam bentuknya. Pada umumnya, perkataan dalam kelompok ini adalah istilah yang mengandungi makna khusus, maka ejaan asalnya itu tetap dikekalkan. Tidak boleh dikiaskan dengan cara mengeja kata asli Indonesia dan Melayu jati. Contoh: Mim.bar – Mimbar = منبر – منبر, Mi‘.raj –Mikraj = معراج – معراجdan Mih.rab – Mihrab = محراب – محراب.
2.
Kata Kerja Bentuk II (fa‘‘ala) (sharrafa).
Kata kerja bentuk II ini memberi tiga jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mufa‘‘il ( )مفعل.
Dikekalkan ejaan kata asalnya. Walau bagaimanapun agak malang sedikit karena ejaan Latinnya telah menggugurkan satu dari dua huruf ketiga. Huruf ketiga kata terbitan ini bertanda syaddah. Jika dilatinkan, sepatutnya huruf berkenaan ditulis dua kali. Pengguguran salah satunya
13
mengakibatkan para pembaca tersalah sebut. Contoh: Mu.bal.ligh – Mubaligh = مبلغ – مبلغ, Mu.fas.sir – Mufasir = مفسر – مفسرdan Mu.taw.wif – Mutawif = مطوف – مطوف. (B)
Ism maf‘ul (kata nama objek), hanya dalam pola mufa‘‘al ( )مفعل.
Kebanyakan kata dalam kelompok ini berupa kata umum. Sejak awal ia menggunakan ejaan bahasa sumbernya, sehingga ia menjadi mantap. Maka ejaan yang asal itu diteruskan. Kata-kata dalam kelompok ini juga dalam perekamnya dengan huruf Latin telah mengalami pengguguran salah satu huruf bertanda syaddah. Contoh: Mu.sab.bab – Musabab = مسبب – مسبب, Mu.kal.laf - Mukalaf = مكلف – مكلفdan Mu.kar.ram – Mukaram = مكرم – مكرم. (C)
Ism masdar (kata nama terbitan).
(C 1) Kata nama terbitan dalam pola taf‘il ( )فعيل, berasal dari kata kerja yang kesemua hurufnya konsonan, atau lebih tepat tiada huruf vokal ya di ujungnya (fi‘l mu‘tall). Secara kebetulan, kata dalam kelompok ini mengikut kaedah ejaan Arab Melayu. Maka diteruskan saja ejaan yang asal itu. Contoh: Tab.ligh – Tabligh = تبليغ – تبليغ, Taf.sir – Tafsir = تفسير – تفسيرdan Tas.bih – Tasbih = تسبيح – تسبيح. (C 2) Kata nama terbitan dalam pola taf‘ilat(un) ( ( )تفعلةfeminin), berasal dari kata kerja yang kesemua hurufnya konsonan atau yang ada vokal ya di ujungnya (fi‘l mu‘tall). Secara kebetulan, kata dalam kelompok ini mengikut kaedah ejaan Arab Melayu. Maka diteruskan saja ejaan yang asal tersebut. Contoh: Tadh.ki.rah – Tazkirah = تذكر ه – تذكرة, Tar.bi.yah – Tarbiah = تربيه – تربيةdan Ta‘.zi.yah – Takziah = تعزيه – تعزية.
3.
Kata Kerja Bentuk III (fa‘ala) (sa‘ada).
Kata kerja bentuk III ini memberi tiga jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mufa‘il(un) ( )مفاعل.
(A 1) Bagi perkataan yang sudah terserap betul, ia dieja dengan menambah huruf ya pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mu.sa.fir – Musafir = مسافير – مسافر. (A 2) Bagi perkataan yang menjadi istilah atau kata umum yang belum terserap betul, ia dieja tanpa menambah huruf ya pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mu.ja.hid – Mujahid = – مجاهد مجاهد, Mu.ha.jir – Muhajir = مهاجر – مهاجرdan Mu.na.fiq – Munafik = منافق – منافق. (B)
Ism maf‘ul (kata nama objek), hanya dalam pola mufa‘al(un) ( )مفاعل.
Bagi perkataan kelompok ini hendaklah dieja seperti dalam bahasa sumbernya. Contoh: Mu.ba.rak – Mubarak = مبارك – مبارك, Mu.ha.jat – Muhajat = محاجة – محاجةdan Mu.‘a.had – Muahad = معاهد – معاهد. (C)
Ism masdar (kata nama terbitan), hanya dalam pola mufa‘alat(un) ( )مفاعلة.
Perkataan yang tergolong ke dalam kelompok ini hendaklah dieja seperti dalam bahasa sumbernya. Contoh: Mu.sa.ba.qah – Musabaqah = مسابقه – مسابقة, Mu.da.ra.bah – Mudarabah = مضاربه – مضاربةdan Mu.ja.ha.dah – Mujahadah = مجاهده – مجاهدة.
14
4.
Kata Kerja Bentuk IV (af‘ala) (akrama).
Kata kerja bentuk IV ini memberi tiga jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mufa‘‘il(un) ( )مفعل.
(A 1) Bagi perkataan yang menjadi istilah, ia dieja dengan mengikut ejaan bahasa sumbernya. Contoh: Mus.lim – Muslim = مسلم – مسلم, Musy.rik – Musyrik = مشرك – مشركdan Mur.syid – Mursyid = مرشد – مرشد. (A 2) Bagi perkataan yang terserap betul dalam bahasa Indonesia dan Melayu sehingga berubah sebutannya mengikut bunyi bahasa keduanya; atau menjadi istilah, namun menimbulkan kesamaran dengan kata serapan lain yang berlainan bunyi tetapi berejaan asal yang sama, maka ia perlu dieja dengan menambah huruf vokal ya pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mum.kin – Mungkin = ممكن- موڠكينdan Muh.rim – Muhrim = محريم – محرم. (B)
Ism maf‘ul (kata nama objek), hanya dalam pola muf‘al(un) ( )مفعل.
Meskipun perkataan dalam kelompok ini banyak menjadi kata umum, namun pengejaannya tidak berubah, mengikut ejaan bahasa sumbernya. Contoh: Mun.kar – Mungkar = منكر – منكر, Muf.rad – Mufrad = مفرد – مفردdan Mut.laq – Mutlak = مطلق – مطلق. (C)
Ism masdar (kata nama terbitan), hanya dalam pola if‘al(un) ( )إفعال.
(C 1) Kesemua kata nama terbitan dalam kelompok ini didahului dengan huruf hamzat al-qat‘ ()همزة القطع, iaitu huruf hamzah berkursikan alif. Diikuti semua cara ejaannya, termasuk pengekalan ejaan hamzahnya tersebut. Contoh: Is.lam – Islam = إسالم – إسالم. (C 2) Kesemua kata nama terbitan dalam kelompok ini didahului dengan huruf hamzat al-qat‘ ( )همزة القطع, iaitu huruf hamzah berkursikan alif. Diikuti semua cara ejaannya, namun mesti digugurkan ejaan hamzahnya. Contoh: If.thar – Iftar = افطار – إفطار, Ikh.las – Ikhlas = – إخالص اخالصdan I‘.lan – Iklan = اعالن – إعالن.
5.
Kata Kerja Bentuk V (tafa‘‘ala) (ta‘allama).
Kata kerja bentuk V ini memberi dua jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mutafa‘‘il(un) ( )متفعل.
(A 1) Perkataan dalam kelompok ini kebanyakannya adalah istilah, maka tetap dikekalkan ejaannya mengikut ejaan bahasa sumbernya. Contoh: Mu.ta.kal.lim – Mutakalim = متكلم – متكلم, Mu.ta.naj.jis – Mutanajis = متنجس – متنجسdan Mu.ta.qad.dim – Mutaqadim = متقدم – متقدم. (A 2) Ada juga perkataan dalam kelompok ini yang mengalami perubahan sebutan, maka perubahan berlaku pada penambahan huruf vokal ya pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mu.ta.akh.khir – Mutakhir = متاخير – متأخر. (B)
Ism masdar (kata nama terbitan), hanya dalam pola tafa’ul(un) ( )تفعل.
(B 1) Banyak tergolong ke dalam kata umum. Bagaimanapun, umumnya penutur bahasa Indonesia dan Melayu tidak dapat menyebutnya dengan tepat (mengikut bunyi bahasa sumbernya, iaitu pada huruf yang bertanda syaddah), maka berlakulah kesilapan sebutan, iaitu penghilangan 15
bunyi syaddah. Akhirnya perkataan berkenaan dieja mengikut sebutan dalam masyarakat kita. Maka lazimnya ditambah huruf vokal wau pada suku kata tertutup akhir. Kecenderungan sebutan bunyi pertama. Contoh: Ta.kab.bur – Takbur = تكبور – تكبر, Ta.‘aj.jub – Takjub = تعجوب – تعجبdan Ta.‘al.luq – Takluk = تعلوق – تعلق. (B 2) Seperti di atas, dan inilah kecenderungan cara sebutan bunyi kedua. Contoh: Ta.mad.dun – Tamadun = تمدون – تمدنdan Ta.fak.kur – Tafakur = تفكور – تفكر. (B 3) Seperti di atas, dan inilah kecenderungan cara sebutan bunyi ketiga. Contoh: Ta.‘as.sub – Taasub = تعصب – تعصبdan Ta.‘aq.qul – Taakul = تعقول – تعقل.
6.
Kata Kerja Bentuk VI (tafa‘ala) (ta‘arafa).
Kata kerja bentuk VI ini memberi dua jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mutafa‘il(un) ( )متفاعل.
Terlalu sedikit, itu pun menjadi istilah. Hal ini, perlu dieja mengikut ejaan asalnya. Contoh: Mu.ta.wa.tir – Mutawatir = متواتر – متواتر. (B)
Ism masdar (kata nama terbitan), hanya dalam pola tafa‘ul(un) ( )تفاعل.
(B 1) Banyak yang menjadi istilah, maka dikekalkan ejaannya. Contoh: Ta.‘a.ruf – Taaruf = تعارف – تعارف, Ta.wa.du‘ – Tawaduk = تواضع – تواضعdan Ta.ka.ful – Takaful = تكافل – تكافل.
(B 2) Sudah dianggap menjadi kata umum, maka ia tetap dieja mengikut pengejaan Arab Melayu. Ditambah huruf vokal wau pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Ta.da.rus – Tadarus = تداروس – تدارس. 7.
Kata Kerja Bentuk VII (ift‘ala) (ijtama‘a).
Kata kerja bentuk VII ini memberi tiga jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A)
Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mufta‘il(un) ( )مفتعل.
(A 1) Dikekalkan cara pengejaannya karena ia menjadi istilah. Contoh: Muj.ta.hid – Mujtahid = مجتهد – مجتهد. (A 2) Kata tertutup akhir menjadi kata terbuka, apabila disangka huruf hamzah di akhir kata yang berkursikan huruf ya tersebut tidak perlu disebut dengan jelas. Oleh sebab itu, perlu berubah sedikit ejaannya. Contoh: Mub.ta.di’ – Mubtadi = مبتدي– مبتدئ. (B)
Ism maf ‘ul (kata nama objek), hanya dalam pola mufta‘al(un) ( )مفتعل.
(B 1) Meskipun banyak dalam kata umum, namun karena ia sudah mantap dengan ejaan asalnya, maka ia terus dikekalkan. Contoh: Mu‘.ta.mad – Mutamad = معتمد – معتمد. (B 2) Menjadi kata umum, lalu dieja dengan pengguguran huruf alif pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mus.ta.jab – Mustajab = مستجب – مستجاب. 16
(B 3) Menjadi kata umum, lalu dieja dengan mengubah cara meletakkan hamzah; bukan di atas wau, malah berasingan dengan rumah sendiri. Contoh: Mu’.ta.mar – Muktamar = مؤتمر– مؤتمر. (C)
Ism masdar (kata nama terbitan), hanya dalam pola ifti‘al(un) ()افتعال.
(C 1) Banyak kata dalam kelompok ini terdiri dari istilah, meskipun bukan berunsur ke-Islaman, maka ejaannya perlu tetap dikekalkan mengikut ejaan bahasa sumbernya. Contoh: Ij.ti.had – Ijtihad = اجتهاد – اجتهاد, Ij.ti.ma‘ – Ijtimak = اجتماع – اجتماعdan Ikh.ti.sas – Ikhtisas = اختصاص – اختصاص. (C 2) Perkataan istilah itu sendiri tidak menjadi istilah lagi, maka dianggap kata umum, dan kemudian dieja mengikut pengejaan Arab Melayunya. Contoh: Is.ti.lah – Istilah = ايستيله – اصطالح. (C 3) Suku kata tertutup akhir menjadi suku kata terbuka, apabila huruf hamzah di akhir kata tersebut tidak disebut dengan jelas, maka perlu berubah sedikit ejaan Latinnya. Dalam ejaan Arab Melayunya hamzah tersebut perlu dikembalikan. Contoh: Ib.ti.da – Ibtida’ = ابتداء – ابتداء.
8.
Kata Kerja Bentuk VIII (istaf‘ala) (istaghfara).
Kata kerja bentuk VIII ini memberi tiga jenis bentuk kata nama dalam bahasa Indonesia dan Melayu. (A) Ism fa‘il (kata nama pelaku), hanya dalam pola mustaf‘il(un) ( )مستفعل, mustafil(un) ( ) مستفيل, dan mustafill(un) ( ) مستفل. (A 1) مستمع.
Untuk pola mustaf‘ilun, dikekalkan ejaannya. Contoh: Mus.ta.mi’ – Mustamik = – مستمع
(A 2) Untuk pola mustafil(un), yang huruf asasi kedua dalam kata kerja masa lampaunya terdiri dari alif, dikekalkan juga ejaannya. Huruf ya di situ adalah asli, bukan ditambah. Contoh: Mus.ta.hil – Mustahil = مستحيل – مستحيلdan Mus.ta.qim – Mustakim = مستقيم – مستقيم. (A 3) Untuk pola mustafill(un), yang huruf asasi kedua dan ketiga dalam kata kerja masa lampaunya terdiri dari huruf konsonan yang sama (ada sabdu), diubah ejaannya dengan menambah huruf ya pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mus.ta.‘id – Musta‘id = مستعيد – مستعد. (B)
Ism maf‘ul (kata nama objek), hanya dalam pola mustaf‘al(un) ( ) مستفعل.
(B 1) Perkataan dari kata kerja kala lampau yang kesemua huruf asasinya konsonan, tetap dikekalkan ejaannya. Contoh: Mus.ta‘.mal – Mustakmal = مستعمل – مستعمل. (B 2) Perkataan dari kata kerja kala lampau yang huruf asasi keduanya terdiri dari alif, dirubah dengan membuang huruf alif pada suku kata tertutup akhir. Contoh: Mus.ta.jab – Mustajab = مستجب – مستجاب. (B 3) Perkataan dari kata kerja kala lampau yang huruf asasi kedua dan ketiganya terdiri dari huruf konsonan yang sama (ada sabdu), diubah dengan membuang satu dari huruf konsonan yang sama tersebut. Contoh: Mus.ta.haqq – Mustahak = مستحق – مستحق. (C) Ism masdar (kata nama terbitan), hanya dalam pola istif‘al(un) ( )استفعالdan istif‘alah ( )استفعالة.
17
(C 1) Jika kesemua huruf asasi kata kerja kala lampaunya konsonan, maka pola istif‘al perlu digunakan. Ejaannya tidak berubah langsung. Contoh: Is.tigh.far – Istighfar = استغفار – استغفار, Is.tin.ja’ – Istinjak = استنجاء – استنجاءdan Is.tiq.rar – Istikrar = استقرار – استقرار. (C 2) Jika huruf asasi kedua dalam kata kerja kala lampaunya terdiri dari alif (fi‘l mu‘tall), maka pola istif‘alah digunakan. Ejaannya tidak berubah, kecuali huruf ta’ itu, ada masanya dirubah menjadi ta’ maftuhah. Contoh: Is.ti.kha.rah – Istikharah = استخارة – استخارة, Is.ti.qa.mah – Istikamah = استقامة – استقامةdan Is.ti.ra.hah – Istirahat = استراحت – استراحة.
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, perlu di renungi bahwa sejarah memainkan peranan penting ke arah penggunaan bahasa Arab dalam huruf-huruf Arab Melayu atau Jawi sebagai media perantara dan bahasa komunikasi di Indonesia dan Malaysia. Pada zaman lampau, bahasa Indonesia dan Melayu menjadi wasilah komunikasi dan perantara ilmu yang dipakai luas sebagai bahasa serantau di Nusantara. Sesiapa saja di Alam Melayu ini tanpa mengira kulit, suku, etnik, budaya, agama, bangsa dan negara maka perrlu menguasai tulisan dan bahasanya, sekiranya mereka ingin mengekalkan keberadaannya terutama yang berkaitan dengan agama Islam sebagai agama mayoritas penduduknya. . Dengan adanya Agama Islam yang berkembang di Nusantara telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa penting bahkan menjadi titik tolak keberagaman bahasa Indonesia dan Melayu melalui penyerapan-penyerapan yang terjadi. Selain itu, juga berdampak kepada tulisan Arab Melayu yang secara umumnya terdiri dari 30 huruf yang diambil dari huruf Hijaiyah Arab, tetapi terdapat tambahan huruf yang digubal bagi memenuhi keperluan lambang bunyi dalam bahasa Indonesia dan Melayu, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, nya, va dan ye (ya tidak bertitik) sehingga menjadikan keseluruhan hurufnya menjadi 37 huruf. Kekalnya penggunaan tulisan Arab Melayu atau Jawi ini di Alam Melayu dalam penulisan dan pertuturan telah menjadi media penting dalam bahasa dan kesusastraan Nusantara yang membayangkan betapa banyaknya perkataan Arab yang terserap ke dalam bahasa Indonesia dan Melayu sehingga kini dengan berbagai gaya dan kaedahnya tersendiri. Selain itu, bahkan bahasa Indonesia dan Melayu juga dikenal melalui tulisan Arab Melayu tersebut menjadi bahasa kitab, ilmu dan komunikasi di rantau ini sehingga kini. Sedangkan kewujudan tulisan Latin muncul karena adanya pengaruh serapan dari bahasabahasa Asing dan Eropa lainnya, maka penggunaan bahasa tersebut sedikit banyaknya juga dapat mewarnai tulisan dan ucapan Arab Melayu yang ditulis dari kata-kata serapan Arab tersebut, baik dalam tulisan Latin itu sendiri mahupun tulisan Arab, bahasa Indonesia dan Melayu. Oleh sebab itu, semoga melalui análisis ini mampu mengangkat martabat dan bahasa masyarakat Islam di Nusantara terutama di Indonesia dan Malaysia sebagai alat komunikasi, selain fungsi bahasa ini juga diharapkan semakin memperkuat peranannya di tengah-tengah kehidupan umat Islam yang majmuk sebagai obor penerang dalam merealisasikan peradabannya yang berbudaya dan bermartabat dari masa ke masa.
DAFTAR PUSTAKA Al-Qur’an dan Terjemahannya. 1986. Jakarta: Departemen Agama Republik Indonesia. Amat Juhari Moian. 1996. Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
18
Bausani, Alessandro. (T.th). Catatan mengenai kata-kata Parsi dalam bahasa Melayu-Indonesia. Hamid Algar dan Bukhari Lubis (pent.). Bangi: IBKKM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku panduan akademik program Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Bahasa dan Komunikasi 2011/2012, Tanjong Malim: Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. Daftar kata bahasa Melayu rumi-sebutan-Jawi (edisi kedua). 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedi kebahasaan Indonesia. 2009. Jld 1-4. Bandung: Angkasa. Hamdan Abdul Rahman. 1999. Panduan menulis dan mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamdan Abdul Rahman. 2014. Panduan menulis dan mengeja Jawi edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Musa. 1999. Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Himpunan Kertas Kerja. 2011. Persidangan kebangsaan tulisan Jawi kali ke-dua. Kuala Lumpur: UPSI & PNM. Indonesia indah “aksara” (T.th). Jld 9. Jakarta: Yayasan Harapan Kita BP3/TMII. Ismail Hussien. 1984. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jones, Russell (ed. umum). 2008. Loan-words in Indonesian and Malay. Jakarta: KITLV dan Yayasan Obor Indonesia. Kamus besar bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kamus Dewan (edisi keempat). 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Manja Mohd. Ludin dan A. Suhaimi Hj. Mohd. Nor. 1995. Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlob. 2002. Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Mohd Hussein Hj. Baharuddin. 2010. Sistem tulisan Jawi. Serdang: UPM Holdings Sdn. Bhd. Mohd Nasir Abdullah. 2006. Cerdik Jawi: Tahun 5 dan 6 KBSR. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Muhammad Bukhari Lubis dan Ali Haji Ahmad. 2006. Transliterasi kata Arab-Parsi-Turki. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Haji Harun dan Alizah binti Lambri. 2014. Jawi warisan warga Alam Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Mentari. Noor Nabeela. 2005. Cerdik Jawi: Tahun 3 KBSR. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Razliza binti Abd. Rahman. 2006. Cerdik Jawi: Tahun 4 KBSR. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Syed Muhammad Naguib al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd. Dom (terj). 2010. Pengembaraan Ibnu Battutah. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Tan Boon Chye. 2009. Cerdik Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. T. Iskandar. 1995. Kesusastraan klasik Melayu sepanjang abad. Bandar Seri Begawan: Jabatan Kesuasteraan Melayu, UBD. Za’ba. 1949. Daftar ejaan Jawi. Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College. Za’ba. 2009. Rahsia ejaan Jawi: Edisi ejaan rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zalilah Ahmad. 2005. Cerdik Jawi: Tahun 2 KBSR. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. 19
Zarina Sidek dan Siti Ramilah Abu Najar. 2005. Cerdik Jawi: Tahun 1 KBSR. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. http://www.artikata.com http://www.google.com
20