DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Versi 6 Pusat ICT, UPSI Mac 2014
Kandungan
M/S
BAB 1 Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 1.1
Tujuan Dasar
1
1.2
Objektif Dasar
1
1.3
Skop Dasar 1.3.1 Sumber 1.3.2 Pengguna
1 1
1.4
Definisi
1
1.5
Dasar Am
3
1.6
Pelanggaran Dasar
4
1.7
Dasar Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan
4
BAB 2 Dasar Pengurusan ICT 2.1
Tujuan Dasar
6
2.2
Skop Dasar
6
2.3
Dasar Pengurusan ICT 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5
2.4
Penubuhan Jawatankuasa E-Universiti Penubuhan Pusat ICT Penubuhan Unit ICT di setiap PTj utama Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan ICT Penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT
6 6 7 7 7
Dasar Pembangunan ICT 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5 2.4.6
Perancangan ICT Perolehan ICT Instalasi dan Penyelenggaraan Naiktaraf atau Pelupusan Pembangunan Sumber Manusia Keselamatan ICT
8 8 8 8 9 9
BAB 3 Dasar Perisian, Aplikasi dan Perkakasan ICT 3.1
Tujuan Dasar
10
3.2
Skop Dasar
10
3.3
Dasar Perisian dan Aplikasi 3.3.1 Hakmilik 3.3.2 Perolehan 3.3.3 Tanggungjawab Pengguna
3.4
10 10 11
Dasar Perkakasan 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4 3.4.5
Hakmilik Perolehan Perkakasan Pengagihan Perkakasan Kehilangan/Kerosakan Perkakasan Peminjaman Perkakasan
3.4.5 Baik Pulih dan Penyelenggaraan Perkakasan 3.4.6 Pelupusan Perkakasan 3.4.7 Tanggungjawab Pengguna
11 12 12 13 13 14 14 14
Kandungan
M/S
BAB 4 Dasar Rangkaian ICT 4.1
Tujuan Dasar
16
4.2
Skop Dasar
16
4.3
Komputer Server 4.3.1 Hakmilik 4.3.2 Perolehan 4.3.3 Konfigurasi dan Operasi
4.4
16 16 17
Dasar Rangkaian UPSINet 4.4.1 4.4.2 4.4.3 4.4.4
Hakmilik Perolehan Kemudahan Rangkaian UPSINet Penyambungan Rangkaian
17 17 17 18
BAB 5 Dasar Makmal Komputer 5.1
Tujuan Dasar
19
5.2
Skop Dasar
19
5.3
Dasar Penggunaan Makmal
19
5.4
Dasar Tempahan Makmal
20
5.5
Pelanggaran Peraturan
20
BAB 6 Dasar Penggunaan Internet/Intranet 6.1
Tujuan Dasar
21
6.2
Skop Dasar
21
6.3
Dasar Emel 6.3.1 Dasar Am 6.3.2 Dasar Khusus
21 22
6.4
Dasar Pembangunan Laman Web
23
6.5
Dasar Capaian Internet/Intranet
24
BAB 7 Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7.1
Tujuan Dasar
25
7.2
Skop Dasar
25
7.3
Dasar Capaian Maklumat Sulit
25
7.4
Dasar Pemantauan Data Dalam Rangkaian
26
7.5
Dasar Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi 7.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi 7.5.2 Had-Had Penggunaan 7.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi
27 28 29
Kandungan BAB 8 Dasar Keselamatan ICT
M/S 31
BAB 1 - DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 1.1
Tujuan Dasar Dasar ini menerangkan secara umum dasar penggunaan sumber-sumber Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terdapat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan diterima pakai sebagai Dasar Umum. Mana-mana dasar terperinci untuk setiap sumber yang disenarai adalah mengatasi Dasar Umum ini.
1.2
Objektif Dasar Penggunaan ICT oleh pelajar dan staf UPSI merupakan suatu peranan penting dalam mencapai misi dan visi UPSI. Dasar ini bertujuan memastikan :
1.3
i.
warga UPSI dimaklumkan mengenai kewujudan dan peranan dasar-dasar ICT UPSI;
ii.
kemudahan ICT digunakan secara bijaksana mengikut dasar yang ditetapkan;
iii.
tanggungjawab pengguna dimaklumkan; dan
iv.
kerosakan, kemusnahan dan penyalahgunaan ICT dapat diminimumkan.
Skop Dasar 1.3.1
Sumber Sumber-sumber yang tersenarai di dalam dokumen, juga sumber-sumber yang tidak tersenarai tetapi dianggap sebagai sumber ICT oleh Jawatankuasa E-Universiti (JKEU) adalah juga tertakluk kepada dasar ini.
1.3.2
Pengguna Semua pengguna adalah tertakluk kepada dasar ini. Sesiapa yang tidak diberi kebenaran adalah dianggap sebagai penceroboh, dan boleh diambil tindakan yang sesuai mengikut kesalahan yang dilakukan, sebagaimana yang disebut dalam Dasar ICT, UPSI.
1.4
Difinisi Difinisi-difinisi berikut digunakan dalam Penyataan Dasar yang berkaitan dengan penggunaan kemudahan ICT UPSI : i.
“UPSI” atau “Universiti” bermaksud Universiti Pendidikan Sultan Idris;
ii.
“pelajar” bermaksud seseorang yang mendaftar sesuatu program akademik (sama ada penuh atau separuh masa atau siswazah) di UPSI dan statusnya masih aktif;
iii.
“staf” bermaksud seseorang yang dilantik oleh UPSI untuk sesuatu jawatan sama ada secara tetap, sambilan, sementara atau kontrak dan masih berkhidmat dengan UPSI;
iv.
“PTj” bermaksud semua jabatan, fakulti, pusat dan unit di UPSI;
Ü 1 Û
v.
“kemudahan ICT” termasuk, tetapi tidak terhad kepada sistem komputer peribadi, terminal, sistem komputer, alat-alat pinggiran komputer, peralatan komunikasi, rangkaian komunikasi, perisian komputer, dokumentasi bantuan, pembekalan, peralatan storan, kemudahan sokongan dan sumber tenaga.
Kemudahan terhad
kepada kemudahan yang dibeli, disewa, dipajak, dimiliki atau dipinjamkan kepada UPSI. Ia termasuk semua kemudahan yang disediakan oleh UPSI secara terpusat dan yang disediakan melalui PTj; vi.
“perisian” bermaksud aturcara atau program yang digunakan untuk melaksanakan tugas tertentu oleh komputer seperti perisian automasi pejabat, grafik dan sebagainya;
vii.
“aplikasi” bermaksud aturcara atau program yang dibangunkan untuk melaksanakan tugas tertentu oleh komputer seperti Sistem Maklumat Kewangan, Sistem Maklumat Akademik dan sebagainya;
viii.
“perkakasan” bermaksud peralatan dan komponen ICT seperti komputer, notebook, tablet, smartphone, pencetak dan sebagainya;
ix.
“komputer server” bermaksud komputer yang mempunyai keupayaan tinggi yang memberi perkhidmatan berpusat;
x.
“peralatan rangkaian” bermaksud peralatan dan komponen yang digunakan dalam sistem rangkaian seperti switch, hub, router, access point (AP) dan sebagainya;
xi.
“pengguna”
bermaksud
seseorang
atau
kumpulan
orang
yang
dibenarkan
menggunakan kemudahan ICT UPSI; xii.
“tugas-tugas dalaman” bermaksud tugas-tugas yang menyokong fungsi-fungsi UPSI dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pentadbiran;
xiii.
“tugas luar” bermaksud tugas-tugas selain dari tugas dalaman;
xiv.
“maklumat peribadi" merujuk kepada data atau maklumat tentang seseorang individu, termasuk nama, tarikh lahir dan sebagainya; yang mana data-data ini boleh digunakan untuk mengenali seseorang individu contohnya nombor kad pengenalan, nombor kakitangan dan sebagainya;
xv.
"pengurus" merujuk kepada seseorang yang dilantik dan diberi kuasa (authority) oleh Universiti untuk mengendali, mengurus, menyelenggara dan menjaga kerahsiaan dan keselamatan maklumat Universiti;
xvi.
"tuan punya maklumat" merujuk kepada seseorang individu yang boleh dikenal pasti melalui maklumat peribadi yang ada;
xvii.
“akaun pengguna” merujuk kepada had capaian dan ruang storan yang telah diperuntukkan kepada setiap pengguna yang sah dalam sesuatu sistem atau sumber ICT. Setiap pengguna dikenalpasti melalui penggunaan identiti pengguna;
xviii.
“maklumat rahsia” atau “sulit” dalam dokumen ini merujuk kepada segala bentuk data sama ada teks, grafik, audio, animasi dalam pelbagai format sama ada yang boleh dicerna seperti teks ataupun dalam format binari yang terdapat dalam akaun Ü 2 Û
pengguna. Maklumat ini juga boleh dicapai semasa dalam medium penghantaran (transmisi) seperti data e-mel dalam talian atau dalam simpanan fail sementara; xix.
“aktiviti” atau “kegiatan sulit” atau “rahsia pengguna” merujuk kepada arahan-arahan yang dilaksanakan (run) atau ‘keystrokes’ yang ditaip semasa pengguna berinteraksi dengan sumber IT yang disediakan oleh UPSI;
xx.
“pentadbir rangkaian” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab mengurus, mengawal, memantau dan menyelenggara operasi dan keselamatan rangkaian UPSINet;
xxi.
“UPSINET” bermaksud infrastruktur rangkaian ICT UPSI yang terdiri daripada rangkaian tulang belakang (backbone), rangkaian kawasan setempat (LAN) dan perkhidmatan wayarles;
xxii.
“persekitaran awan” merujuk kepada perkhidmatan awan yang dilanggan oleh UPSI daripada Penyedia Perkhidmatan Awan (cloud provider)
xxiii.
“Jawatankuasa Keselamatan ICT” merujuk kepada Jawatankuasa Computer Emergency Response Team (CERT) UPSI
xxiv.
“ICT” bermaksud Information and Communication Technology; dan
xxv.
“MAMPU” bermaksud Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
1.5
Dasar Am i.
Universiti bertanggungjawab menyediakan kemudahan ICT bagi kegunaan staf akademik, pentadbiran, sokongan dan pelajar bagi menyokong fungsi Universiti.
ii.
Semua kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan oleh UPSI adalah hak mutlak UPSI.
Pengguna berdaftar diberikan keistimewaan untuk menggunakan
kemudahan tersebut berdasarkan keperluan tugas dan bukannya hak yang diberikan kepada pengguna. UPSI berhak menarik balik kebenaran dan/atau kemudahan yang diberikan pada bila-bila masa tanpa notis. iii.
Kemudahan ICT yang disediakan oleh UPSI hanya boleh digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan fungsi UPSI. Penggunaan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi UPSI adalah tidak dibenarkan, seperti untuk tujuan peribadi, komersil dan politik.
iv.
Pengguna yang menggunakan peralatan ICT peribadi yang dibenarkan di dalam kampus juga tertakluk kepada dasar ini.
Sebarang penggunaan adalah tertakluk
kepada undang-undang dan dasar UPSI, negeri dan negara.
UPSI tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan yang dilakukan oleh pengguna. v.
Setiap pengguna mesti mematuhi Dasar ICT yang ditetapkan selaras dengan hasrat UPSI mewujud pengguna yang beretika dan menghormati pengguna yang lain.
vi.
Universiti bertanggungjawab memastikan pelaksanaan Dasar ICT dan syarat-syarat Ü 3 Û
yang berkaitan dengan pengguna dan kod etika diamalkan selaras dengan kemudahan-kemudahan di bawah kawalan Universiti. vii.
Ketua-ketua PTj bertanggungjawab memastikan Dasar ICT diamalkan selaras dengan kemudahan-kemudahan di bawah kawalan dan pengurusannya.
viii.
Dasar ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. UPSI berhak meminda, membatal, menghad dan menambah mana-mana Dasar mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
1.6
Pelanggaran Dasar i.
Sebarang pelanggaran dasar dan peraturan oleh pengguna akan dikenakan tindakan berdasarkan kepada jenis pelanggaran dan keadaan semasa pelanggaran.
ii. Sebarang aduan tentang pelanggaran Dasar hendaklah dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT.
Jawatankuasa Keselamatan ICT boleh melantik
Jawatankuasa Penyiasat untuk meneliti laporan dan boleh membuat keputusan sama ada siasatan terperinci perlu dilaksanakan. iii. Tindakan atau penalti yang boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Keselamatan ICT adalah penggantungan penggunaan kemudahan ICT.
Lain-lain tindakan atau penalti boleh
diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan untuk staf atau Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk pelajar dengan mengikut prosidur yang ditetapkan. 1.7
Dasar Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan Dasar ini tidak terhad kepada kandungan dokumen ini, malah ia turut mencakupi serta menerimapakai
dasar-dasar/garis
panduan/akta
ICT
peringkat
kebangsaan
yang
dikuatkuasakan seperti berikut : i.
Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 2009 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
ii.
Arahan Teknologi Maklumat 2007 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
iii.
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Akta 680) yang dikeluarkan oleh MAMPU;
iv.
Dasar Keselamatan ICT Kerajaan berdasarkan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
v.
Garis Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Kerajaan berdasarkan Pekeliling Am Bil.1 tahun 2000 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
vi.
Garis Panduan Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat berdasarkan Pekeliling Am Bil. 6 tahun 1999 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
vii.
Penubuhan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) berdasarkan Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1999 yang dikeluarkan oleh MAMPU; Ü 4 Û
viii.
Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (ICT) melalui Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh MAMPU; dan
ix.
Undang-undang Siber (Cyber Law) yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah program MSC Bill of Guarantees yang terdiri daripada akta-akta berikut: «
Tandatangan Digital 1997
«
Hakcipta (amendment) 1997
«
Jenayah Komputer 1997
«
Tele-medicine 1997
«
Komunikasi dan Multimedia 1998
«
Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
«
Personal Data Protection Act 2010
Ü 5 Û
BAB 2 - DASAR PENGURUSAN ICT 2.1
Tujuan Dasar Dasar ini menerangkan secara umum aspek pengurusan organisasi dan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
2.2
Skop Dasar Skop dasar melibatkan : i.
aspek pengurusan organisasi ICT yang mempunyai kuasa dan kepakaran untuk merancang, melaksana dan mengurus keperluan ICT Universiti menerusi strategistrategi yang ditetapkan; dan
ii.
aspek pembangunan ICT bagi merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara keperluan ICT Universiti menerusi strategi-strategi yang ditetapkan.
2.3
Dasar Pengurusan Organisasi 2.3.1
Penubuhan Jawatankuasa E-Universiti i.
Menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal dasar, arah tuju dan matlamat ICT Universiti.
ii.
Melulus perancangan projek ICT Universiti.
iii.
Pengerusi Jawatankuasa ialah Naib Canselor.
iv.
Jawatankuasa dianggotai oleh : a. Timbalan - Timbalan Naib Canselor b. Pendaftar c. Bendahari d. Ketua Pustakawan e. Dekan – dekan f.
Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda
g. Ketua Unit Audit Dalam h. Keahlian yang dilantik mengikut keperluan semasa tertakluk kepada statut Universiti.
2.3.2
v.
Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT ialah sekretariat bagi Jawatankuasa ini.
vi.
Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat empat (4) kali setahun.
Penubuhan Pusat ICT i.
Pusat ICT bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, mengurus, memantau dan menyelenggara projek-projek ICT Universiti.
ii.
Pusat diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO).
iii.
Pusat mesti mempunyai staf yang mempunyai kepakaran ICT yang Ü 6 Û
secukupnya. iv.
Pusat perlu mempunyai staf pentadbiran dan sokongan yang secukupnya.
v.
Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dilantik menganggotai Jawatankuasa Eksekutif atau Senat.
vi.
Pusat akan mengendalikan Mesyuarat Teknikal ICT dari semasa ke semasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) atau wakil.
2.3.3
Penubuhan Unit ICT di PTj utama i.
Unit ICT PTj mempunyai seorang Pegawai Sistem Maklumat dan atau Penolong Pegawai Sistem Maklumat.
ii.
Unit ini bertanggungjawab ke atas perkhidmatan ICT di PTj masing-masing.
2.3.4 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan ICT i.
Jawatankuasa ditubuhkan untuk merancang pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan serta mengemaskini Dasar Keselamatan ICT.
ii.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Universiti, Pusat ICT sebagai urusetia dan keahlian lain adalah dilantik oleh pihak Universiti.
iii.
Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
2.3.5 Penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT i.
Menubuhkan
jawatankuasa
untuk
merancang,
mengenal
pasti
dan
mencadangkan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan arah tuju/strategi agensi, meluluskan projek ICT agensi berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan dan lain-lain bidang tugas yang berkaitan. ii.
Pengerusi Jawatankuasa ialah Timbalan Naib Canselor (P&I).
iii.
Jawatankuasa dianggotai oleh : a. Bendahari b. Pengarah JPPHB c. Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT d. Dua (2) orang Dekan e. Dua (2) orang pensyarah yang dilantik f.
Pegawai-pegawai Pusat ICT yang dilantik
iv.
Penolong Pendaftar Pusat ICT ialah sekretariat bagi Jawatankuasa ini.
v.
Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun atau mengikut keperluan. Ü 7 Û
2.4
Dasar Pembangunan ICT 2.4.1
Perancangan ICT i.
Perancangan hendaklah memenuhi fungsi dan keperluan Universiti dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan, pentadbiran dan pengurusan Universiti.
ii.
Perancangan hendaklah selaras dengan agenda ICT Negara.
iii.
Perancangan hendaklah mematuhi Dasar, Peraturan dan Garis Panduan yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
2.4.2
Perolehan ICT i.
Semua perolehan hendaklah mematuhi Dasar Perolehan serta Kewangan Universiti dan Kerajaan kecuali bagi kes-kes tertentu dengan mendapat perakuan/kelulusan Bendahari.
ii.
Perolehan hendaklah memenuhi spesifikasi dengan mendapat perakuan Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.
iii.
Wakil
Jawatankuasa
Teknikal
Pusat
ICT
hendaklah
menjadi
ahli
Jawatankuasa Penilaian Teknikal PTj. iv.
Semua perisian aplikasi dan perisian sistem hendaklah mempunyai lesen yang sah.
v.
Pengesahan penerimaan perolehan perkakasan ICT hendaklah dilakukan oleh wakil yang dilantik oleh Pusat ICT.
vi.
Semua pembangunan atau perolehan sistem aplikasi hendaklah dibuat melalui Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT bagi menjamin keseragaman, keserasian dan keselamatan sistem.
2.4.3
Instalasi dan Penyelenggaraan i.
Semua instalasi atau pemasangan perkakasan dan/atau perisian dilakukan di bawah penyeliaan Pusat ICT/PTj yang berkaitan.
ii. 2.4.4
PTj hendaklah memastikan peralatan ICT diselenggara sewajarnya.
Naiktaraf atau Pelupusan i.
Semua naik taraf perkakasan dan perisian hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.
ii.
Perkakasan
yang
tidak
berkeupayaan
dan/atau
tidak
sesuai
untuk
dinaiktaraf/diperbaiki/tidak ekonomik untuk dibaiki boleh dicadang untuk pelupusan mengikut Prosidur Pelupusan Universiti.
Ü 8 Û
2.4.5
Pembangunan Sumber Manusia i.
Merancang keperluan sumber manusia yang secukupnya bagi menyokong perkhidmatan ICT Universiti.
ii.
Merancang, menyedia dan melaksana pelan pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal ICT.
iii.
Merancang, menyedia dan melaksana pelan pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas ICT serta penggunaan aplikasi ICT Universiti.
2.4.6
Keselamatan ICT Semua pengguna hendaklah mematuhi : i.
Dasar ICT UPSI (Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi dan Perkakasan ICT);
ii.
Dasar ICT UPSI (Bab 8 : Dasar Keselamatan ICT);
iii.
Dasar Keselamatan ICT Kerajaan (Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000);
iv.
Dasar Keselamatan ICT MAMPU JPM (versi 5.3); dan
v.
Akta / Undang-Undang berkenaan yang digubal oleh Kerajaan Malaysia.
Ü 9 Û
BAB 3 - DASAR PERISIAN, APLIKASI DAN PERKAKASAN ICT 3.1
Tujuan Dasar Dasar ini menentukan tanggungjawab pengguna dan pihak UPSI di dalam perkara-perkara yang berhubung dengan perisian, aplikasi dan perkakasan ICT Universiti.
3.2
Skop Dasar Skop dasar melibatkan : i.
semua perisian Universiti yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam simpanan pengguna tidak kira di mana perisian itu berada;
ii.
semua aplikasi Universiti yang dibangun atau diperolehi atau berada di dalam simpanan pengguna tidak kira di mana aplikasi itu berada; dan
iii.
semua perkakasan Universiti yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam simpanan pengguna tidak kira di mana perkakasan itu berada.
3.3
Dasar Perisian dan Aplikasi 3.3.1
Hakmilik i.
Semua perisian dan aplikasi yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi hakmilik UPSI.
ii.
Semua perisian dan aplikasi yang dibangunkan menggunakan kemudahan UPSI termasuk tetapi tidak terhad oleh staf atau pelajar UPSI untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi hakmilik UPSI.
iii.
Bagi perisian dan aplikasi yang dibangunkan, maklumat tentang semua pengarang / pencipta mestilah dikekalkan.
iv.
Semua perisian dan aplikasi hakmilik UPSI tidak dibenarkan dijual, disewa, dilesenkan semula, dipinjam, disalin semula, disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran Universiti.
3.3.2
Perolehan i.
Semua perolehan perisian dan aplikasi hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti.
ii.
Semua perolehan perisian untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran (mengikut kesesuaian) hendaklah menggunakan versi terkini dan pelesenan akademik seperti academic edition (AE) atau education license.
iii.
Penggunaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan yang ditetapkan oleh pihak Universiti, pembekal atau pembangun perisian. Ü 10 Û
iv.
UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perolehan dan penggunaan perisian tanpa lesen yang dilakukan oleh pengguna.
v.
UPSI akan melaksanakan peningkatan dan naiktaraf perisian dan aplikasi bagi memastikan versi yang terkini digunapakai (mengikut kesesuaian).
vi.
UPSI akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi aplikasi yang memerlukan kepakaran khusus mengikut tempoh yang sesuai.
vii.
UPSI menggalakkan penggunaan dan pembangunan aplikasi dan perisian berasaskan sumber terbuka (Open Source Software).
3.3.3
Tanggungjawab pengguna i.
Semua pengguna secara peribadi bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan mematuhi peraturan dan pelesenan bagi setiap perisian yang digunakan.
ii.
Semua pengguna tidak dibenarkan memindah turun, membuat instalasi dan mengguna perisian yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada komputer dan rangkaian UPSINet misalnya perisian P2P (peer to peer) Internet seperti Bittorrent, Utorrent, Aries, Deluge, Vuze dan sebagainya
iii.
Semua pengguna tidak dibenarkan menyebar sebarang perisian berlesen secara tidak sah.
UPSI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kesalahan yang dilakukan oleh pengguna. iv.
Sebarang bentuk permainan komputer tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan akademik dan penyelidikan setelah mendapat kelulusan daripada Ketua PTj.
3.4
Dasar Perkakasan 3.4.1
Hakmilik i.
Semua perkakasan yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI atau semua perkakasan yang dicipta atau dipasang mengguna peruntukan dan kemudahan Universiti termasuk tetapi tidak terhad kepada staf atau pelajar UPSI adalah menjadi hakmilik UPSI.
ii.
Bagi perkakasan yang dicipta, maklumat tentang semua pencipta mestilah dikekalkan.
iii.
Perkakasan tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten, dipinjam, disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran Universiti.
iv.
Perkakasan yang diperuntukkan merupakan hakmilik UPSI dan UPSI berhak mengambil balik perkakasan tersebut apabila diperlukan.
Ü 11 Û
3.4.2
Perolehan Perkakasan i.
Semua perolehan perkakasan hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti.
ii.
Spesifikasi perkakasan hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT bagi memastikan piawaian dan keseragaman dari segi teknologi dan keperluan semasa.
iii.
Setiap perolehan perkakasan dimaklumkan kepada Pusat ICT untuk pengesahan spesifikasi perolehan. PTj yang berkaitan perlu menguruskan pendaftaran aset/inventori Universiti.
iv.
Pusat ICT akan memasang perisian antivirus dan automasi pejabat untuk keselamatan dan pengajaran & pembelajaran (P&P), penyelidikan dan pentadbiran.
3.4.3
Pengagihan Perkakasan i.
Semua pengagihan perkakasan hendaklah mengikut prosidur dan atau kelulusan Universiti.
ii.
Kakitangan Akademik – layak mendapat satu (1) unit komputer atau notebook setiap seorang. Kemudahan perkakasan daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj. Peruntukan adalah berasaskan perakuan ketua PTj, kekananan jawatan, beban tugas dan kesediaan (availability) perkakasan.
iii.
Kakitangan Pengurusan dan Profesional – layak mendapat satu (1) unit komputer atau notebook untuk setiap seorang.
Kemudahan perkakasan
daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj. Peruntukan adalah berasaskan perakuan ketua PTj, kekananan jawatan, beban tugas dan kesediaan peralatan. iv.
Kakitangan kategori lain – layak diberi komputer berdasarkan keperluan kerja yang ditentukan oleh Ketua PTj. Sebarang permohonan individu atau berkumpulan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT dengan mendapat perakuan Ketua PTj.
v.
Kakitangan yang tamat perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada bersara atau meletak jawatan, bercuti sabatikal luar negara belajar,
perlu
memaklum
dan
memulang
perkakasan
tanggungjawabnya kepada Pusat ICT selewat-lewatnya satu sebelum tarikh berkaitan atau yang ditetapkan oleh Pendaftar.
Ü 12 Û
atau bercuti di
bawah
(1) minggu
3.4.4
Kehilangan/Kerosakan Perkakasan i.
Kakitangan
perlu
mengganti
atau
membayar
kos
perkakasan
atau
membaikpulih sekiranya berlaku kerosakan atau kecuaian ke atas perkakasan di bawah tanggungjawabnya. ii.
Kakitangan yang telah menghilangkan komputer atau notebook Universiti perlu : i. ii.
membuat Laporan Awal kepada Bahagian Govenan; menggantikannya dengan harga semasa dan setara dengan spesifikasi perkakasan tersebut; dan
iii.
digantung daripada memperoleh komputer dan notebook Universiti selama dua (2) tahun.
iii.
Kakitangan yang sedang disiasat atas kehilangan komputer atau notebook Universiti tidak layak menerima/meminjam kemudahan komputer atau notebook Universiti sehingga keputusan siasatan diputuskan.
3.4.5
Peminjaman Perkakasan ICT i.
Semua peminjaman perkakasan ICT hendaklah mengikut prosidur Universiti.
ii.
Setiap PTj yang menyediakan peminjaman perkakasan ICT perlu merekod maklumat berkaitan peminjaman dan pemulangan.
iii.
Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang dipinjam.
iv.
Peminjam perlu melapor dengan segera secara bertulis sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan perkakasan yang dipinjam kepada Ketua PTj berkenaan untuk diambil tindakan yang sesuai.
v.
Peminjam perlu memulangkan perkakasan yang dipinjam dalam keadaan baik, berfungsi dan dalam set lengkap pada tarikh dan masa pemulangan yang ditetapkan.
vi.
Peminjam perlu mengganti atau membayar kos perkakasan atau kos baikpulih sekiranya berlaku kerosakan ke atas perkakasan yang dipinjam.
vii.
Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj berkenaan.
viii.
Peminjam daripada kalangan pelajar hendaklah melalui pensyarah atau pegawai Universiti. Perkakasan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pensyarah atau pegawai berkenaan.
Ü 13 Û
3.4.6
Baik Pulih dan Penyelenggaraan Perkakasan i.
Semua baik pulih dan penyelenggaraan perkakasan hendaklah mengikut prosidur Universiti.
ii.
Bagi kerosakan perkakasan yang dibekalkan oleh Pusat ICT, PTj dikehendaki membuat aduan kepada Pusat ICT melalui saluran aduan yang disediakan (Sistem Pengurusan Aduan Online atau telefon). Urusan pembaikan dan penyelenggaraan akan diurus sepenuhnya oleh Pusat ICT.
iii.
Bagi kerosakan perkakasan yang dibeli menggunakan bajet PTj, PTj diminta membuat aduan kepada Pusat ICT untuk tujuan pemeriksaan dan pengesahan kerosakan.
Sekiranya masih dalam tempoh jaminan, PTj dikehendaki
menghubungi pembekal untuk tujuan pembaikan.
Sekiranya telah tamat
tempoh jaminan, urusan pembaikan akan diuruskan sepenuhnya oleh Pusat ICT. iv.
Pusat ICT menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan pencegahan untuk komputer, notebook dan tablet untuk semua PTj minimum satu (1) kali setahun (mengikut kesesuaian).
v.
Universiti bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi perkakasan yang memerlukan kepakaran khusus mengikut tempoh yang sesuai.
3.4.7
Pelupusan Perkakasan i.
Semua perkakasan yang didapati tidak sesuai dinaik taraf atau
tidak
ekonomik untuk dibaiki hendaklah dicadang dilupus mengikut prosidur Pelupusan Universiti. ii.
Bagi perkakasan yang dibekalkan oleh Pusat ICT, Pusat ICT akan membuat cadangan pelupusan dan menguruskan mengikut prosidur Pelupusan Universiti.
iii.
Bagi perkakasan yang dibeli menggunakan bajet PTj, PTj diminta membuat laporan cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal IT yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat ICT bagi semakan dan perakuan untuk pelupusan dan PTj berkenaan perlu menguruskan mengikut prosidur Pelupusan Universiti.
3.4.8
Tanggungjawab Pengguna i.
Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun perkakasan yang bukan berada di bawah kawalannya.
Ini termasuk mengguna atau
mengambil tanpa kebenaran, menceroboh dan mencuri perkakasan atau komponen-komponennya. Ü 14 Û
ii.
Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pengguna terbabit. Sebarang perkongsian perlu mempunyai syarat dan peraturan yang dipersetujui ahli (pengguna).
iii.
Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang diperuntukkan oleh Universiti.
iv.
Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera secara bertulis kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat ICT sekiranya perkakasan tersebut rosak atau tidak berfungsi untuk tujuan pembaikan.
v.
Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera secara bertulis kepada Pendaftar sekiranya perkakasan ICT tersebut hilang atau dicuri dan membuat laporan mengikut peraturan Universiti.
Ü 15 Û
BAB 4 - DASAR RANGKAIAN ICT 4.1
Tujuan Dasar Dasar ini menentukan penyediaan, penggunaan dan pengoperasian komputer server, perkhidmatan Rangkaian UPSINet dan penyambungan infrastruktur rangkaian.
4.2
Skop Dasar Skop dasar adalah merangkumi : i.
Komputer Server Merangkumi semua sistem komputer server (perkakasan dan perisian) yang diperolehi atau disediakan untuk pengguna yang dibenarkan. Ini termasuk dan tidak terhad kepada server aplikasi, server rangkaian, server virtual dan server.
ii.
Perkhidmatan Rangkaian UPSINet Merangkumi semua sumber rangkaian, termasuk tetapi tidak terhad kepada peralatan rangkaian seperti hubs, switches, routers dan access point, perisian aplikasi rangkaian seperti emel dan penggunaan alamat IP.
4.3
Komputer Server 4.3.1
Hakmilik i.
Semua komputer server yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI adalah menjadi hakmilik UPSI.
ii.
Komputer server yang digunakan secara sewaan adalah menjadi hakmilik pihak pembekal (penyedia perkhidmatan).
4.3.2
Perolehan i.
Semua perolehan hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti.
ii.
Spesifikasi komputer server hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT bagi memastikan piawaian dan keseragaman dari segi teknologi dan keperluan semasa.
iii.
Setiap perolehan komputer server dimaklumkan kepada Pusat ICT untuk pengesahan spesifikasi perolehan dan tujuan rekod dan aset Universiti.
Ü 16 Û
4.3.3
Konfigurasi dan Operasi i.
PTj/staf/pelajar yang perlu menggunakan alamat IP yang tetap/statik untuk komputer server perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pusat ICT.
ii.
Komputer server yang perlu diakses dari luar UPSINet (Internet) boleh mendapatkan alamat IP global yang tetap daripada pihak Pusat ICT.
iii.
Komputer server yang digunakan untuk tujuan pengujian dan penyelidikan keselamatan rangkaian (seperti ujian penembusan dan serangan penafian perkhidmatan) perlu berada di dalam rangkaian persendirian yang terpisah daripada UPSINet iaitu melalui penggunaan talian Internet yang berasingan.
iv.
Komputer server yang digunakan oleh pelajar tujuan projek dan atau penyelidikan perlu mendapat kelulusan daripada pihak penyelia projek / Dekan terlebih dahulu.
v.
Sebarang penggunaan komputer server untuk tujuan peribadi, permainan (game) dan komersil di dalam rangkaian UPSINet adalah tidak dibenarkan.
vi.
Alamat IP tidak dibenarkan diubah sama sekali kecuali setelah mendapat kelulusan Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT.
vii.
Login dan kata laluan untuk
id root dan super-user adalah di bawah
kawalan dan tanggungjawab pentadbir komputer server sepenuhnya.
4.4
Dasar Rangkaian UPSINet 4.4.1
Hakmilik i.
Semua sumber rangkaian yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI adalah menjadi hakmilik UPSI.
4.4.2
Perolehan i.
Semua perolehan sumber rangkaian hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti.
ii.
Perolehan peralatan rangkaian seperti router dan titik akses wayarles (wireless access point) oleh PTj adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.
4.4.3
Kemudahan Rangkaian UPSINet i.
Pengguna tidak dibenarkan dalam apa bentuk sekali pun mengganggu lainlain pengguna UPSINet, Internet dan sebarang rangkaian yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar maklumat rambang secara emel atau mesej atas talian (online).
Ü 17 Û
ii.
Pengguna tidak boleh memberi sumber rangkaian di bawah jagaannya termasuk tetapi tidak terhad kepada nod rangkaian dan kad wayarles untuk diguna oleh orang lain walaupun kepada pelajar atau kakitangan UPSI tanpa mendapat kelulusan pentadbir rangkaian.
iii.
Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang dilakukannya termasuk tetapi tidak terhad kepada stesen kerja, komputer peribadi, tablet atau smartphone yang melibatkan atau melalui UPSINet termasuk akses ke Internet dan rangkaian-rangkaian yang lain.
iv.
Mana-mana komputer yang menjadi sumber ancaman atau penyebaran virus akan disekat capaiannya ke UPSINet. Perkhidmatan UPSINet akan ditutup sehingga komputer tersebut disahkan bebas dari ancaman virus.
4.4.4
Penyambungan Rangkaian i.
Kelulusan dari Pusat ICT perlu diperolehi untuk pembelian peralatan rangkaian dan penyambungan ke UPSINet. Konfigurasi penyambungan hendaklah dibuat oleh pembekal di bawah pengawasan dan kawalan pentadbir rangkaian Pusat ICT.
ii.
Sebarang penyambungan rangkaian ke UPSINet yang tidak mendapat kebenaran dari Pusat ICT adalah menyalahi peraturan dan Pusat ICT berhak memutuskan penyambungan tersebut. Tindakan susulan boleh diambil ke atas pengguna atas nasihat Universiti.
iii.
Penyambungan Rangkaian Setempat (LAN) dan Rangkaian Luas (WAN) tidak boleh dilakukan oleh pengguna tanpa mendapat kelulusan daripada Universiti.
iv.
Setiap bangunan baru yang akan dibina perlu memasukkan keperluan infrastruktur rangkaian yang ditentukan bersama oleh pengguna, Pusat ICT dan Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB).
Kos
pemasangan infrastruktur rangkaian perlu dimasukkan dalam kos peruntukan pembinaan bangunan.
Ü 18 Û
BAB 5 - DASAR MAKMAL KOMPUTER 5.1
Tujuan Dasar Dasar ini menerangkan penguatkuasaan penggunaan makmal-makmal komputer di UPSI yang digariskan sebagai panduan umum untuk setiap pentadbir makmal komputer di PTj. Setiap makmal boleh mempunyai peraturan khusus untuk pengguna masing-masing.
5.2
Skop Dasar Setiap pengguna mesti mematuhi syarat dan peraturan penggunaan makmal yang ditetapkan oleh
pentadbir
makmal
masing-masing.
Sebarang
pelanggaran
peraturan
atau
penyalahgunaan adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT. 5.3
Dasar Penggunaan Makmal i.
Penggunaan makmal komputer adalah tertakluk kepada aktiviti Universiti sahaja.
ii.
Setiap
PTj hendaklah
menyedia, memaklum
dan
menguatkuasa
peraturan
penggunaan makmal komputer masing-masing kepada pengguna. iii.
Peraturan makmal yang digubal hendaklah melarang pengguna melakukan perkaraperkara berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada : a. makan dan minum; b. menghisap rokok; c. membuat bising termasuk tetapi tidak terhad kepada berbual, berbincang, memasang dan mendengar muzik; d. mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun, termasuk menimbulkan rasa aib, marah dan tidak selesa; e. berkelakuan tidak senonoh atau mengaibkan; f.
menukar kedudukan komputer dan peranti;
g. menukar konfigurasi komputer; h. menambah atau membuang sebarang perisian; i.
menyimpan atau memindah turun maklumat atau data ke dalam cakera keras komputer;
j.
membawa keluar sebarang peralatan dari makmal; dan
k. mencuri peranti dan perkakasan komputer. iv.
Pengguna hendaklah mendapat kebenaran pentadbir makmal untuk memasang perisian ke dalam komputer.
v.
Pengguna hendaklah mematuhi sebarang arahan tambahan dari pentadbir makmal yang bertugas.
vi.
Pengguna
hendaklah
berpakaian
dikuatkuasakan. Ü 19 Û
mengikut
Etika
Pakaian
Universiti
yang
5.4
Dasar Tempahan Makmal Semua penggunaan komputer di dalam makmal (sama ada yang disambung ke UPSINet atau tidak) mesti direkodkan ke dalam buku log atau sistem yang dikuatkuasakan. Rekod tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya maklumat berikut: «
Tarikh
«
Nama Pengguna
«
Nombor Matrik / Nombor Staf / No Kad Pengenalan
«
Masa mula penggunaan
«
Masa tamat penggunaan
«
Tandatangan pengguna (jika manual)
Buku log (sama ada berbentuk digital atau manual) perlu disimpan dengan baik sekurangkurangnya untuk tempoh empat (4) tahun bagi tujuan rujukan jika diperlukan. ** En. Wira perlu dapatkan tempoh pd MAMPU 5.5
Pelanggaran Peraturan Pengguna yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh diambil tindakan tegas, termasuk tetapi tidak terhad kepada : i.
Dilarang masuk menggunakan peralatan di dalam makmal;
ii.
Ditarik balik kemudahan akaun pengguna (jika ada);
iii.
Bertanggungjawab mengganti atau membayar kos peralatan yang dicuri, hilang atau rosak atas kecuaian semasa penggunaan; dan
iv.
Dihadapkan ke Lembaga Disiplin / Tatatertib.
Ü 20 Û
BAB 6 - DASAR PENGGUNAAN INTERNET / INTRANET 6.1
Tujuan Dasar Dasar ini menentukan penggunaan perkhidmatan Internet/Intranet oleh pengguna bersesuaian seperti mana yang dikehendaki oleh UPSI. Dasar ini juga bertujuan melahirkan pengguna Internet yang beretika selaras dengan fungsi UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan yang bitara.
6.2
Skop Dasar Skop dasar adalah merangkumi : i.
penggunaan kemudahan emel UPSI dan bukan UPSI. Dasar ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Dasar Am dan Dasar Khusus Emel;
ii.
pembangunan laman web di UPSI, sama ada dibangunkan secara berpusat (oleh Pengurus Laman Web UPSI menggunakan pelayan web utama) atau secara berasingan oleh PTj; dan
iii.
penggunaan Internet / Intranet termasuk tetapi tidak terhad kepada capaian sistem aplikasi Universiti, portal Universiti, laman web, pemindahan data atau maklumat dan perbincangan melalui list group atau chat room.
6.3
Dasar Emel 6.3.1
Dasar Am i.
Aktiviti spamming atau mail-bombing dan penyebaran emel dengan kandungan tidak beretika (seperti lucah, ugutan, perkauman dan gangguan) kepada individu, mailing list atau discussion group sama ada di dalam rangkaian UPSINet atau ke Internet adalah tidak dibenarkan.
ii.
UPSI berhak memasang sebarang jenis perisian atau perkakasan penapisan emel dan virus (email filter and anti virus) yang difikirkan sesuai dan boleh menggunakannya untuk mencegah, menapis menyekat atau menghapuskan mana-mana emel yang disyaki mengandungi virus atau berunsur spamming daripada memasuki ke dalam server, stesen kerja atau rangkaian UPSINet dan keluar daripada server, stesen kerja atau UPSINet.
iii.
UPSI tidak bertanggungjawab terhadap pengguna yang menjadi penghantar (sender) atau penerima (receiver) kepada sebarang emel yang berunsur spamming atau penyebaran emel dengan kandungan tidak beretika.
iv.
UPSI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau sebarang kesan lain kepada maklumat, aplikasi, data, kotak emel atau fail yang disimpan oleh pengguna di dalam stesen kerja atau server akibat daripada penggunaan perkhidmatan emel. Ü 21 Û
v.
Sistem emel yang disediakan oleh Universiti berupaya menyediakan kemudahan penukaran kata laluan secara berkala (dicadangkan dibuat setiap enam (6) bulan oleh pengguna) bagi mengelak pencerobohan akaun. Capaian sistem emel dihadkan kepada tujuh (7) kali percubaan. Sekiranya gagal, akaun pengguna akan disekat.
6.3.2
Dasar Khusus i.
Kemudahan emel disediakan dan diberi kepada semua staf dan pelajar UPSI yang berdaftar. Kemudahan emel juga boleh disedia kepada organisasi atau persatuan rasmi UPSI melalui permohonan kepada Pusat ICT.
ii.
Seseorang pengguna individu tidak dibenarkan untuk memohon dan /atau memiliki lebih daripada satu akaun atau alamat emel UPSI pada satu-satu masa.
iii.
Setiap alamat emel yang disediakan adalah untuk kegunaan individu atau organisasi/persatuan berkenaan sahaja dan tidak boleh digunakan oleh pihak lain sama ada secara kebenaran atau tanpa kebenaran.
iv.
Pengguna dilarang menggunakan kemudahan emel untuk sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang Universiti dan negara.
v.
Semua pengguna yang diberi kemudahan emel UPSI tidak dibenarkan mengguna emel luar (seperti hotmail, yahoo dan lain-lain) untuk tujuan rasmi. Pentadbir Rangkaian berhak menghalang penggunaan emel tersebut jika didapati memudarat dan membebankan rangkaian UPSINet.
vi.
Di dalam kes sistem tergendala (rosak), pihak pentadbir emel hanya bertanggungjawab untuk memulihkan kembali (restore) maklumat akaun pengguna dan bukannya kandungan/kotak emel (mailbox) pengguna.
vii.
Dari semasa ke semasa atas sebab-sebab keperluan audit, keselamatan dan penggunaan, pentadbir emel dengan kelulusan Universiti berhak memeriksa dan melihat isi kandungan emel dan ruang storan pengguna-pengguna. Universiti tidak menjamin kerahsiaan kandungan emel terpelihara sepanjang masa.
viii.
UPSI boleh menamatkan kemudahan akaun emel yang telah diberikan kepada staf dan pelajar atas sebab-sebab berikut : a. staf telah tamat atau ditamatkan perkhidmatan dengan UPSI secara rasmi; b. pelajar telah tamat pengajian atau ditamatkan pengajiannya di UPSI secara rasmi; c. persatuan yang telah dibubar secara rasmi oleh Universiti;
Ü 22 Û
d. permintaan dari staf atau pelajar sendiri untuk menamatkan perkhidmatan tersebut; dan e. staf atau pelajar yang tidak bersetuju atau melanggar syarat-syarat di dalam Dasar Am dan Dasar Khusus Emel. 6.4
Dasar Pembangunan Laman Web i.
Universiti menyediakan tapak untuk laman web rasmi PTj/Persatuan atau aktiviti rasmi sahaja.
ii.
Ketua PTj / persatuan / organisasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan dan keselamatan laman web masing-masing. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan dan sebarang penyalahgunaan hakcipta yang dilakukan. Universiti boleh menghadkan atau memansuhkan akses kepada tapak laman web tersebut.
iii.
Semua laman web PTj mesti mempunyai hubungan (link) dengan laman utama UPSI. Universiti berhak menukar atau mengubahsuai kandungan laman web atas kepentingan Universiti.
iv.
Universiti berhak menentukan perisian pembangunan laman web bagi tujuan mengoptimumkan penggunaan dan keselamatan.
v.
Laman web peribadi yang berbentuk ilmiah adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat kelulusan Universiti.
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap
kandungan dan sebarang penyalahgunaan hakcipta yang dilakukan oleh PTj atau individu. vi.
Kandungan laman web mesti dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa lain perlu mendapat kelulusan daripada Universiti.
vii.
Kandungan laman web hendaklah tidak mengandungi maklumat atau terdedah kepada kemasukan maklumat yang menyalahi undang-undang / peraturan UPSI, negeri dan negara termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbul atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian.
viii.
Semua laman web PTj/ peribadi / persatuan yang dibangunkan sendiri perlu dimaklumkan kepada Jawatankuasa Laman Web Universiti dan mematuhi panduan yang ditetapkan.
ix.
Fail-fail yang bukan untuk tujuan rasmi akan dibuang secara automatik tanpa sebarang notis sekiranya dijumpai dalam server UPSI.
Ü 23 Û
6.5
Dasar Capaian Internet / Intranet i.
Universiti berhak menyedia dan memasang perisian penapisan isi kandungan Internet / Intranet.
ii.
Laman-laman web yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah berbentuk akademik dan pengetahuan. Laman web yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbul atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mendapat keizinan daripada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat ICT melalui sokongan ketua jabatan bagi tujuan akademik, penyelidikan atau pentadbiran.
iii.
Capaian laman web yang berbentuk sosial, hiburan, leisure, game online, radio online dan video streaming yang membebankan rangkaian UPSINet tidak dibenarkan di waktu pejabat kecuali untuk tujuan akademik, penyelidikan atau pentadbiran.
iv.
Melayari internet tanpa tujuan atau meninggalkan capaian Internet unattended adalah amat tidak beretika dan tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan rangkaian UPSINet.
v.
Universiti berhak menapis, menghalang dan menegah penggunaan mana-mana laman web yang dianggap tidak sesuai.
vi.
Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh laman web mana-mana jabatan, organisasi atau negara.
vii.
Pengguna dilarang memasuk, menyalin, menciplak, mencetak dan menyebarkan maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang negara.
viii.
Universiti berhak mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan Internet termasuk tetapi tidak terhad kepada hacking.
ix.
Pengguna tidak dibenarkan menggunakan sumber ICT UPSI untuk mendapat atau cuba mendapat capaian tidak sah (unauthorised) kepada mana-mana sistem komputer sama ada di dalam atau di luar UPSI.
Ini termasuk membantu, mendorong,
menyembunyikan percubaan untuk mencapai sistem-sistem komputer tersebut atau mencapai sumber ICT UPSI dengan menggunakan identiti pengguna yang lain. x.
Pengguna tidak dibenar mencapai atau cuba mencapai sumber elektronik (data, paparan, keystrokes, fail atau media storan) dalam sebarang bentuk yang dimiliki oleh pengguna yang lain tanpa mendapat kebenaran/kelulusan pengguna terbabit terlebih dahulu. Ini termasuk membaca, menyalin, menukar, merosak atau memadam data, program dan perisian. Penggunaan penganalisis rangkaian (network analyzer) atau pengintip (sniffer) adalah dilarang.
xi.
Pengguna yang mencapai sesuatu perkhidmatan yang perlu dibayar (contohnya pangkalan data online komersil), hendaklah bertanggungjawab ke atas segala bayaran yang dikenakan. Ü 24 Û
BAB 7 - DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT 7.1
Tujuan Dasar Dasar ini menyatakan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan penggunaan kemudahan ICT di UPSI seperti berikut : i.
melindungi kepentingan pengguna utama ICT apabila berlaku kejadian pelanggaran atau pencabulan Dasar Keselamatan ICT;
ii.
memelihara dan melindungi maklumat peribadi yang dimiliki UPSI;
iii.
menyokong usaha UPSI untuk menjaga kepentingan "stakeholder";
iv.
menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pentadbir operasi yang melibatkan capaian data, maklumat, atau kegiatan pengguna yang diklasifikasikan sebagai rahsia atau sulit.
7.2
Skop Dasar Skop dasar ini meliputi tanggungjawab pengguna dan UPSI yang berkaitan capaian maklumat sulit. Nota : Bagaimanapun maklumat peribadi yang diambil untuk memudahkan seseorang individu berhubung, seperti alamat yang disediakan oleh seseorang individu adalah tidak termasuk dalam Dasar ini.
7.3
Dasar Capaian Maklumat Sulit i.
Pengguna ditegah menyimpan data atau maklumat sensitif, rahsia atau sulit Universiti tanpa kebenaran.
ii.
Pentadbir sistem berkuasa untuk mencapai, merekod, atau memantau data, maklumat atau kegiatan pengguna dari semasa ke semasa sebagai rutin pemantauan keselamatan ICT.
Maklumat-maklumat yang direkodkan ini akan digunakan untuk tujuan
penjagaan keselamatan ICT. Contohnya, arahan dalam sistem komputer server UNIX seperti last, syslogd, acctcom, pacct yang berfungsi merekod aktiviti pengguna untuk tujuan pengauditan. iii.
Pentadbir sistem mempunyai kuasa tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Universiti untuk memantau kegiatan dan aktiviti pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT. Segala maklumat yang direkodkan boleh digunakan sebagai bukti. Sekiranya pelanggaran Dasar Keselamatan ICT tersebut serius seperti menggunakan identiti pengguna lain untuk mencuri data atau merosakkan sumber ICT, maka bukti-bukti yang dikumpul akan dimajukan kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT UPSI.
Ü 25 Û
iv.
Pentadbir operasi boleh membuat salinan sama ada dalam bentuk bercetak atau digital kesemua atau sebahagian kandungan akaun pengguna sebagai pemeliharaan bukti. Pentadbir sistem dengan kebenaran Universiti boleh mencapai maklumat atau data sulit atau rahsia pengguna seperti emel atau fail-fail yang tersimpan dalam akaunnya.
v.
Pengguna diberi jaminan bahawa selain daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas, data, maklumat rahsia atau sulit yang terdapat dalam akaun pengguna tidak akan dicapai oleh sesiapa pun. Sekiranya ada individu atau pengguna lain mencapai data atau maklumat pengguna lain tanpa kebenaran, maka individu tersebut (pengguna biasa atau pentadbir sistem) telah melanggar Dasar Capaian Teknologi Maklumat.
7.4
Dasar Pemantauan Data dalam Rangkaian i.
Pentadbir sistem berkuasa untuk memantau dan merekodkan data yang berada dalam rangkaian sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan keselamatan sumber ICT. Peralatan rangkaian seperti router atau sistem komputer server yang menggunakan perisian-perisian tertentu mampu merekodkan data dalam rangkaian.
Jaminan
diberikan bahawa data yang direkodkan tidak akan didedahkan melainkan jika berlaku kejadian pelanggaran Dasar Keselamatan ICT. ii.
Sama seperti kes capaian maklumat di atas sekiranya pentadbir sistem mengesyaki pengguna melanggar Dasar Keselamatan ICT, maka pentadbir sistem mempunyai mandat tanpa mendapat kebenaran Universiti untuk memantau dan merekodkan datadalam talian yang melibatkan aktiviti pengguna dengan lebih teliti. Data ini akan digunakan sebagai bahan bukti untuk proses pengauditan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan ICT.
iii.
Jaminan adalah diberikan kepada pengguna bahawa selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, adalah menjadi kesalahan jika pengguna (pentadbir sistem atau pengguna biasa) memantau atau merekodkan data yang berada dalam rangkaian.
Ü 26 Û
7.5
Dasar Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi 7.5.1
Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi Pengurus yang menggunakan maklumat peribadi seseorang mestilah menyatakan tujuannya dengan jelas dan nyata seperti berikut : a. apabila maklumat peribadi diambil daripada seseorang individu itu, maklumat itu mestilah diberikan oleh tuan punya maklumat tersebut dan bukan daripada orang lain; dan b. pemberi maklumat hendaklah diberitahu / dimaklum untuk mengesahkan (tandatangan) sesuatu maklumat yang telah diberikan. i.
Kaedah Pengambilan Data a. Maklumat peribadi diambil berpandukan dasar, peraturan atau undangundang yang dibenarkan. b. Maklumat peribadi tidak boleh diambil tanpa kebenaran atau tujuan yang jelas. c. Maklumat peribadi yang terdapat di laman web atau portal UPSI adalah atas tanggungjawab penyedia laman web/portal tersebut. Universiti tidak bertanggungjawab ke atas kejituan maklumat peribadi yang disedia oleh PTj.
ii.
Larangan Terhadap Pengambilan Maklumat Sensitif Maklumat yang dinyatakan di bawah tidak boleh diambil, digunakan atau dihebahkan. Walau bagaimanapun jika maklumat diambil dengan mendapat kebenaran pemberi maklumat untuk mengambil, mengguna, menghebah ataupun untuk tujuan prosidur di dalam mahkamah, maka maklumat ini tidak termasuk di dalam Dasar ini iaitu : «
bangsa
«
asal keluarga
«
agama, pandangan politik, ideologi atau pun keahlian sesuatu persatuan
«
maklumat kesihatan, rawatan yang diambil
Nota : «
Semua maklumat yang sensitif hendaklah dinyatakan dengan jelas tujuan penggunaan data tersebut semasa permohonan mendapat maklumat dilakukan.
«
Maklumat kesihatan hanya boleh diambil oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah yang menguruskan pesakit-pesakit.
Ü 27 Û
iii.
Maklumat Sulit / Peribadi Yang Boleh Diambil Daripada Tuan Punya Maklumat Maklumat peribadi berikut ataupun yang bersamaan dengannya boleh diambil : «
nama
«
gelaran
«
PTj
«
nombor telefon rasmi
«
alamat
«
e-mail
Nota : «
Tujuan pengambilan dan penggunaan maklumat atau data hendaklah dimaklumkan kepada pemberi maklumat jika maklumat tersebut perlu dihebahkan untuk tujuan tertentu;
«
Hak untuk meminta capaian kepada maklumat peribadi pemberi maklumat dan hak untuk mengubah apa-apa perubahan ataupun pembetulan jika terdapat kesalahan hendaklah dinyatakan.
iv.
Had-Had Pengambilan Selain Daripada Pemberi Maklumat (Bukan Tuan Punya Maklumat) Bagi kes di mana maklumat diambil daripada pihak ketiga, tuan punya maklumat hendaklah dimaklumkan tentang maklumat yang diambil dan tujuan penggunaan maklumat tersebut. Apabila maklumat yang diberi oleh seseorang kepada seseorang yang lain dengan izin pemberi maklumat, perkara berikut hendaklah diikuti : «
Tujuan pengambilan maklumat;
«
Jenis maklumat yang diambil; dan
«
Tanggungjawab untuk memastikan maklumat dijaga atau disimpan dengan baik.
7.5.2
Had-Had Penggunaan Maklumat peribadi mestilah digunakan untuk tujuan yang telah dinyatakan ketika maklumat itu diperolehi daripada pemberi maklumat dalam skop yang dibenarkan oleh Universiti. i.
Had-had Penggunaan Untuk Tujuan Yang Diperlukan Penggunaan maklumat peribadi yang telah diambil mestilah mengikut syaratsyarat berikut :
Ü 28 Û
a. tuan punya maklumat telah memberi kebenaran menggunakan maklumat tersebut; b. maklumat boleh digunakan tuan punya maklumat bagi pengesahan sesuatu kontrak; c. maklumat boleh digunakan untuk tujuan mahkamah atau perundangan; dan d. maklumat boleh digunakan untuk melindungi tuan punya maklumat dalam semua perkara. Nota : Dalam menyediakan perlindungan yang efektif berkaitan maklumat peribadi seseorang, maklumat peribadi tidak boleh digunakan selain daripada syaratsyarat yang dijelaskan di atas. ii.
Penggunaan Maklumat Peribadi Untuk Tujuan Selain Daripada Yang Dinyatakan Ketika Maklumat Itu Diperolehi Apabila maklumat peribadi digunakan selain daripada tujuan asal ketika maklumat itu diambil, kebenaran daripada tuan punya maklumat mestilah diperolehi dengan kaedah yang dinyatakan dalam Kaedah Pengambilan Data. Tuan punya maklumat mempunyai hak untuk tidak memberi keizinan penggunaan maklumat tersebut.
7.5.3
Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi i.
Universiti bertanggungjawab memastikan ketepatan maklumat peribadi semasa dalam simpanan dan sentiasa dikemaskini untuk tujuan yang diperlukan.
Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan jika maklumat
tersebut diperlukan oleh pihak UPSI. Dalam kes pemberi maklumat telah tamat perkhidmatan, pelajar berhenti atau telah bergraduat, beliau tidak dimestikan untuk mengemaskini maklumat tersebut kecuali apabila diperlukan oleh UPSI. ii.
Universti
bertanggungjawab
menjamin
keselamatan
maklumat
yang
disimpan.
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil sama ada secara
teknikal ataupun organisasi untuk mengelakkan maklumat dicapai secara tidak sah, dirosak, diubah, hilang dan sebagainya. iii.
Data
dienkrip
sekiranya
disimpan
dalam
media
elektronik
untuk
penghantaran secara rangkaian. iv.
Universiti bertanggungjawab menjamin kerahsiaan maklumat peribadi. Individu yang bertanggungjawab menyimpan, mengumpul atau memproses data mestilah memastikan maklumat peribadi tidak disebarkan kepada pihak Ü 29 Û
lain, selain daripada mereka yang mempunyai hak untuk mengetahui maklumat tersebut. v.
Permintaan untuk mencapai maklumat peribadi oleh tuan punya maklumat untuk tujuan pengesahan (verification) mestilah diberi untuk satu tempoh yang berpatutan. Jika terdapat kesilapan maklumat ketika diperiksa oleh tuan punya maklumat, penerima maklumat tersebut hendaklah diberitahu.
vi.
Bantahan terhadap penggunaan maklumat peribadi oleh tuan punya maklumat hendaklah diterima. Walau bagaimanapun jika maklumat peribadi itu digunakan untuk tujuan pengesahan ataupun atas keperluan undangundang UPSI, negeri atau negara, maka hak bantahan tersebut tidak dibenarkan.
vii.
Pengurus maklumat mestilah memahami dan mengikuti Dasar ini, dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pemberi maklumat tentang Dasar ini.
Ü 30 Û
BAB 8 - DASAR KESELAMATAN ICT 8.1
Rujuk Dasar Keselamatan ICT UPSI versi 1.0 bertarikh 18 Jun 2012
Ü 31 Û