vii
KANDUNGAN
BAB
1
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI SINGKATAN
xvi
SENARAI LAMPIRAN
xviii
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
5
1.3
Pernyataan Masalah
7
1.4
Objektif Kajian
7
1.5
Persoalan Kajian
8
1.6
Kepentingan Kajian
9
1.7
Skop Kajian
9
1.8
Takrif Istilah
10
1.8.1
Persepsi
10
1.8.2
Mahasiswa
11
1.8.3
Program
11
1.8.4
Pengurusan Jenazah
11
1.9
Kesimpulan
12
viii 2
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pengenalan
13
2.2
Pengertian Jenazah
14
2.3
Tuntutan Menguruskan Jenazah
14
2.4
Kepentingan Ilmu Pengurusan Jenazah
16
2.5
Kaedah Pengurusan Jenazah
17
2.5.1
Memandikan Jenazah
17
2.5.1.1 Hukum Memandikan Jenazah
17
2.5.1.2 Kaedah Memandikan Jenazah
18
2.5.1.3 Orang Yang Berhak Memandikan Jenazah
22
2.5.1.4 Tayammum Jenazah
22
Mengkafankan Jenazah
24
2.5.2.1 Hukum Mengkafankan Jenazah
25
2.5.2.2 Bilangan Lapisan Kain Kafan
26
2.5.2.3 Cara Mengkafankan Jenazah
27
Sembahyang Jenazah
27
2.5.3.1 Hukum Sembahyang Jenazah
28
2.5.3.2 Syarat Sembahyang Jenazah
29
2.5.3.3 Rukun Sembahyang Jenazah
30
2.5.3.4 Cara Menyembahyangkan Jenazah
32
Mengebumikan Jenazah
34
2.5.4.1 Hukum Mengebumikan Jenazah
35
2.5.4.2 Cara Mengebumikan Jenazah
36
2.5.2
2.5.3
2.5.4
2.6
3
Program Pengurusan Jenazah Anjuran Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM
39
2.7
Sorotan Kajian Lepas
40
2.8
Kesimpulan
43
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
44
3.2
Reka bentuk Kajian
45
ix
3.3
4
3.2.1
Kajian Perpustakaan
45
3.2.2
Kajian Lapangan
46
3.2.2.1. Tempat Kajian
47
3.2.2.2. Populasi dan Sampel Kajian
47
3.2.2.3. Instrumen Kajian
48
3.2.2.4. Kajian Rintis
50
3.2.2.5. Prosedur Kajian Sebenar
51
3.2.2.6. Jangka masa Kajian
52
3.2.2.7. Analisis Data
52
Kesimpulan
53
DAPATAN KAJIAN
4.1
Pengenalan
55
4.2
Analisis Data
56
4.2.1
Analisis Data Bahagian A
56
4.2.1.1 Maklumat Responden Mengikut Jantina
56
4.2.1.2 Maklumat Mengenai Umur Responden
57
4.2.1.3 Maklumat Status Responden
57
4.2.1.4 Maklumat Mengenai Kursus Yang Diambil Oleh Responden
58
4.2.1.5 Maklumat Mengenai Latar Belakang Pendidikan Responden
59
4.2.1.6 Maklumat Mengenai Tempat Tinggal Responden Semasa Pengajian 4.2.2
Analisis Data Bahagian B, C dan D
60 60
4.2.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus dan Min Bagi Tanggapan Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah
61
4.2.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Program Pengurusan Jenazah
69
x 4.2.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus dan Min Bagi Minat Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah 4.3
Analisis Keseluruhan Item Mengikut Objektif 4.3.1
4.4
5
82
Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Program Pengurusan Jenazah
4.3.3
81
Tanggapan Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah
4.3.2
76
84
Minat Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah 86
Kesimpulan
87
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1.
Pengenalan
88
5.2.
Perbincangan
88
5.2.1. Bahagian A : Latar Belakang Responden (Demografi) 89 5.2.2. Bahagian B : Tanggapan Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah
90
5.2.3. Bahagian C : Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Program Pengurusan Jenazah
92
5.2.4. Bahagian D : Minat Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah
94
5.3.
Rumusan
97
5.4.
Cadangan
97
5.2.1
Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM
98
5.4.2
Pejabat Agama
98
5.4.3
Persatuan-persatuan Pelajar
99
5.5
Kajian Lanjutan
99
5.6
Kesimpulan
100
BIBLIOGRAFI
101
LAMPIRAN
106
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
3.1 3.2 3.3
TAJUK
Penggunaan Skala Likert
MUKA SURAT
49
Jenis konstruk dan bilangan item dalam soal selidik
49
Skala persetujuan min bagi item soal selidik bahagian B, C dan D
53
4.1
Pecahan bahagian soalan
55
4.2
Taburan peratus responden mengikut jantina
56
4.3
Taburan peratus responden mengikut umur
57
4.4
Taburan peratus responden mengikut status
57
4.5
Taburan peratus responden mengikut kursus
58
4.6
Taburan peratus responden mengikut latar belakang pendidikan
4.7
Taburan peratus responden mengikut tempat tinggal semasa pengajian
4.8
60
Program Pengurusan Jenazah perlu diadakan pada waktu yang sesuai dengan pelajar
4.9
59
61
Setiap kali menganjurkan Program Pengurusan Jenazah perlu diperuntukkan waktu amali yang mencukupi
4.10
Program Pengurusan Jenazah perlu dimasukkan di dalam subjek elektif kokurikulum
4.11
61
62
Program Pengurusan Jenazah perlu penglibatan daripada golongan muda dan kanak-kanak
62
xii 4.12
Program Pengurusan Jenazah perlu penglibatan dari pihak Jabatan Agama
4.13
Setiap pemakluman mengenai Program Pengurusan Jenazah perlu jelas
4.14
64
Program Pengurusan Jenazah perlu lebih kerap diadakan
4.16
63
Perlu ada tempat khas untuk menjalankan Program Pengurusan Jenazah
4.15
63
64
Pemudah cara dalam Program Pengurusan Jenazah memerlukan orang yang sudah berpengalaman menguruskan jenazah
4.17
65
Penganjur perlu memilih masa, tempat dan penceramah yang sesuai untuk Program Pengurusan Jenazah
4.18
65
Saya berasa Program Pengurusan Jenazah akan lebih menarik jika dilaksanakan dalam masa sehari
4.19
Program Pengurusan Jenazah perlu diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali
4.20
66
Untuk lebih berkesan,penyertaan Program Pengurusan Jenazah perlu dihadkan jumlahnya
4.21
66
67
Dengan mengehadkan bilangan peserta, ia dapat memudahkan penceramah untuk mengendalikan kursus dengan lebih baik
4.22
67
Program Pengurusan Jenazah hanya sesuai untuk orang tua dan mereka yang aktif dalam bidang keagamaan sahaja
4.23
Program Pengurusan Jenazah perlu dipelbagaikan pendekatannya
4.24
68
68
Program Pengurusan Jenazah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T kerana sentiasa mengingati mati
69
xiii 4.25
Sebagai seorang muslim saya merasakan bahawa saya perlu mengetahui cara menguruskan jenazah
4.26
Sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga saya, saya akan menguruskannya sendiri
4.27
69
70
Sekiranya berlaku kematian di tempat saya, saya perlu membantu menguruskannya dengan ilmu yang saya ada
4.28
70
Sebagai seorang guru, saya ingin mempelajarinya sebagai tambahan kepada ilmu yang saya ada
4.29
71
Sebagai tempat rujukan masyarakat, seorang guru perlu tahu hal-hal berhubung tuntutan Fardhu Kifayah
4.30
71
Bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman yang pengetahuan agamanya rendah memerlukan saya memiliki ilmu menguruskan jenazah
4.31
72
Sebagai bakal guru saya perlu tahu menerangkan cara menguruskan jenazah jika anak murid bertanyakan hal-hal tersebut kepada saya
4.32
Saya boleh mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah dengan ilmu yang saya ada
4.33
73
Program Pengurusan Jenazah dapat memberi banyak manfaat kepada saya
4.34
72
73
Program Pengurusan Jenazah dapat menjadikan saya sebagai seorang Muslim yang lebih bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat
4.35
74
Dengan mempelajari ilmu tentang Pengurusan jenazah ini, ia merupakan satu kelebihan bagi diri saya
74
xiv 4.36
Program Pengurusan Jenazah perlu diberikan pendedahan kepada generasi muda supaya dapat menjadi pelapis kepada generasi sedia ada
4.37
75
Program Pengurusan Jenazah tidak hanya perlu dipelajari oleh mereka yang beraliran agama sahaja
4.38
Saya akan meluangkan masa untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah
4.39
75
76
Saya lebih berminat untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah jika diadakan di kolej/kampus UTM
4.40
76
Saya lebih tertarik untuk menyertai Program Pengurusan Jenazah sekiranya tidak dikenakan apa-apa bayaran
4.41
77
Saya lebih suka sekiranya penceramah menggunakan video pengurusan jenazah ketika menerangkannya
4.42
77
Saya berminat kepada Program Pengurusan Jenazah sekiranya penceramah menggunakan pendekatan menarik ketika menerangkannya
4.43
Saya berminat mengikuti Program Pengurusan Jenazah setelah dipelawa oleh rakan
4.44
79
Saya sendiri yang mencari kesempatan untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah
4.46
78
Saya berasa amat gembira apabila diarahkan untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah
4.45
78
79
Saya lebih berminat mengikuti Program Pengurusan bersama rakan/keluarga berbanding pergi bersendirian Jenazah
4.47
80
Saya lebih berminat untuk mengikuti Program Pengurusan jenazah sekiranya ia dibuat pada hujung minggu
80
xv 4.48
Skala persetujuan min bagi item soal selidik bahagian B, C dan D
4.49
Min dan kecenderungan respons bagi objektif pertama kajian
4.50
82
Min dan kecenderungan respons bagi objektif kedua kajian
4.51
81
84
Min dan kecenderungan respons bagi objektif ketiga kajian
86
xvi
SENARAI SINGKATAN
%
Peratus
B
Bin
Bt
Binti
H.R
Hadis Riwayat
HJ
Haji
IPT
Institut Pengajian Tinggi
JIL
Jilid
KS
Kurang Setuju
MRSM
Maktab Rendah Sains Mara
MSI
Masjid Sultan Ismail
P.M
Profesor Madya
PAFA
Perkara Asas Fardu Ain
R.A
Radiallahu Anhu
S
Setuju
S.A.W
Sallallahu Alaihi Wasallam
S.W.T
Subhanahu Wa Ta’ala
SBP
Sekolah Berasrama Penuh
SMA
Sekolah Menengah Agama
SMAR
Sekolah Menengah Agama Rakyat
SMK
Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPA
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPC
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
xvii SPE
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPF
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPH
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPK
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPL
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPM
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPN
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPS
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS
Statistical Packages For Social Sciences
SPT
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SS
Sangat Setuju
STS
Sangat Tidak Setuju
T.P
Tanpa Penerbit
T.T
Tanpa Tahun
TS
Tidak Setuju
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A
Soal Selidik
B
Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
HALAMAN
107
112
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Kematian adalah perkara yang akan dilalui oleh semua makhluk. Mati merupakan jambatan yang menghubungkan di antara dua kehidupan iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Firman Allah Ta'ala :
ح َ ﺣ ِﺰ ْ ﻦ ُز ْ ﺟ ﻮ َر ُآ ْﻢ َﻳ ْﻮ َم ا ْﻟ ِﻘﻴَﺎ َﻣ ِﺔ َﻓ َﻤ ُ ن ُأ َ ت َوِإ ﱠﻧ َﻤ ﺎ ُﺗ َﻮ ﱠﻓ ْﻮ ِ ﺲ ذَا ِﺋ َﻘ ُﺔ ا ْﻟ َﻤ ْﻮ ٍ ُآﻞﱡ َﻧ ْﻔ ع ا ْﻟ ُﻐﺮُو ِر ُ ﻻ َﻣﺘَﺎ َ ﺤﻴَﺎ ُة اﻟ ﱡﺪ ْﻧﻴَﺎ إ َ ﺠ ﱠﻨ َﺔ َﻓ َﻘ ْﺪ ﻓَﺎ َز وَﻣَﺎ ا ْﻟ َ ﻞ ا ْﻟ َﺧ ِ ﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر َوُأ ْد ْﻋ َ Maksudnya: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka akan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". (Surah Ali Imran : 185)
2 Menurut Mohd Khairi Zainuddin (2000:19), setiap manusia yang mengaku beriman mestilah menerima hakikat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara bagi mereka mencari bekalan untuk menempuh kehidupan yang abadi. Manakala kematian merupakan satu permulaan yang baru untuk menempuh babak seterusnya.
Nikmat nyawa yang menjadi milik kita hari ini hanyalah pinjaman sementara. Apabila tiba masanya nanti maka pinjaman itu akan diambil semula sama ada dalam keadaan terpaksa atau rela sebagaimana firman Allah Ta'ala:
ن َ ﺴ َﺘ ْﻘ ِﺪﻣُﻮ ْ ﻻ َﻳ َ ﻋ ًﺔ َو َ ن ﺳَﺎ َ ﺧﺮُو ِ ﺴ َﺘ ْﺄ ْ ﻻ َﻳ َ ﺟُﻠ ُﻬ ْﻢ َ ﻞ ﻓَﺈِذَا ﺟَﺎ َء َأ ٌﺟ َ ﻞ ُأ ﱠﻣ ٍﺔ َأ َوِﻟ ُﻜ ﱢ
Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh ajalnya, (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan
walaupun
sesaat,
dan
tidak
pula
mereka
mempercepatkannya". (Surah al-A`raf : 34)
Menurut Mohd Khairi Zainuddin (2000:21), bagi orang-orang yang beriman, kematian merupakan satu kerehatan setelah berpenat lelah mencari bekalan dan juga merupakan wasilah untuk menerima balasan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Apabila tibanya saat ini iaitu terpisahnya roh dari jasad maka akan terputuslah setiap amalan manusia melainkan tiga perkara sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. (Muslim bin Hajjaj, Jil.3, 1997; 208):
ﻋ ْﻠ ٍﻢ ِ ﺟﺎ ِر َﻳ ٍﺔ َأ ْو َ ﺻ َﺪ َﻗ ٍﺔ َ ﻦ ْ ﻻ ِﻣ َ ﻼ َﺛﺔ ٍ ِا َ ﻦ َﺛ ْ ﻻ ِﻣ َ ﻋ َﻤُﻠ ُﻪ ِا َ ﻋ ْﻨ ُﻪ َ ﻄ َﻊ َ ن ِا ْﻧ َﻘ ُ ﺴﺎ َ ﻹ ْﻧ ِ تا َ ِإ َذا َﻣﺎ .ﻋ ْﻮَﻟ ُﻪ ُ ﺢ َﻳ ْﺪ ٍ ﺻﺎِﻟ َ َﻳ ْﻨ َﺘ َﻔ ُﻊ ِﺑ ِﻪ َأ ْو َوَﻟ ٍﺪ
3 Maksudnya: "Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya". (H.R Muslim)
Sebuah pujangga Arab yang disulam dengan kata-kata yang indah sebagai pedoman hidup berbunyi “secerdik-cerdik manusia di muka bumi ialah mereka yang sentiasa mengingati mati” (Mohd Khairi Zainuddin, 2000; 21).
Mengingati mati bukannya bertujuan untuk menakut-nakutkan bahkan ia adalah bertujuan untuk menyedar dan mengingatkan manusia bahawa hidup ini hanyalah sementara. Akhirat merupakan tempat yang kekal untuk selamanya dan juga sebagai medan pembalasan ke atas segala perbuatan yang manusia lakukan sewaktu berada di dunia. Firman Allah Ta'ala:
ﺐ ِ ن ِإﻟَﻰ ﻋَﺎِﻟ ِﻢ ا ْﻟ َﻐ ْﻴ َ ﻼﻗِﻴ ُﻜ ْﻢ ُﺛﻢﱠ ُﺗ َﺮدﱡو َ ن ِﻣ ْﻨ ُﻪ َﻓِﺈ ﱠﻧ ُﻪ ُﻣ َ ت اﱠﻟﺬِي َﺗ ِﻔﺮﱡو َ ن ا ْﻟ َﻤ ْﻮ ﻞ ِإ ﱠ ْ ُﻗ َﺸﻬَﺎ َد ِة ﻓَ ُﻴﻨَﺒﱢ ُﺌ ُﻜ ْﻢ ﺑِﻤَﺎ آُﻨ ُﺘ ْﻢ ﺗَ ْﻌﻤَﻠُﻮن وَاﻟ ﱠ
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Surah al-Jumu`ah : 8)
4 Setiap perbuatan yang dilakukan manusia di muka bumi ini pasti akan mendapat ganjaran atau balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya. Justeru, sebagai manusia yang tidak lari daripada melakukan dosa, adalah menjadi satu kewajipan untuk menjadikan kehidupan di dunia ini menjadi lebih bererti dengan melaksanakan segala kewajipan terhadap khalik dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
Apabila seseorang telah meninggal dunia, sudah menjadi satu kewajipan kepada Muslim lain yang masih hidup untuk menguruskan jenazahnya. Sekiranya jenazah tersebut sengaja tidak diuruskan, maka seluruh umat Islam yang berada di tempat tersebut akan menanggung dosa. Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah sensitif dan peka terhadap permasalahan ini.
Senario yang berlaku hari ini, kebanyakan urusan pengurusan jenazah ini diserahkan sepenuhnya kepada golongan yang mahir dalam bidang agama sahaja seperti imam, tok siak, bilal, ustaz dan ustazah. Namun begitu, sebagai umat Islam, sudah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk mempelajari ilmu pengurusan jenazah ini walaupun pada dasarnya ia hanya dihukumkan sebagai fardhu kifayah.
Selain dapat membantu ahli masyarakat yang mengalami kematian, menguruskan jenazah ahli keluarga sendiri juga merupakan satu bonus kepada individu tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menjaga dan memelihara keaiban ahli keluarga daripada pengetahuan umum dan dapat mengelakkan dari timbulnya fitnah. Justeru, semua umat Islam dituntut agar mempelajarinya dan bukan hanya golongan tertentu sahaja.
5 1.2
Latar Belakang Masalah
Bidang pengurusan jenazah merupakan suatu bidang yang penting, walau bagaimanapun, bidang ini semakin hari semakin dilupakan. Tidak ramai yang berani atau sanggup untuk mempelajari bidang ini berbanding dengan bidang-bidang lain. Fenomena yang biasa dilihat pada masa kini, kebanyakan urusan mengendalikan jenazah hanya melibatkan golongan tua sahaja. Pergantungan kepada golongan tua ini boleh menyebabkan masalah terutama selepas ketiadaan mereka kerana boleh mengakibatkan proses pengurusan jenazah tergendala (Betty Subaryati, 2005; 18).
Kajian yang dibuat oleh Ahmad Shukri Jainudin (2003) menunjukkan bahawa golongan muda adalah kurang dalam pengetahuan dan pengamalan pengurusan jenazah. Akibat dari kurangnya pengetahuan di dalam bidang ini, mereka mencipta alasan untuk tidak turut serta dalam pengurusan jenazah kerana mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan jenazah. Selain itu ia juga berpunca dari sikap masyarakat sekeliling yang tidak prihatin dan menyerahkan urusan jenazah kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut sahaja.
Di samping itu, pengurusan jenazah bukanlah satu bidang yang semua orang berminat ataupun mampu melakukannya. Apatah lagi bidang ini merupakan suatu bidang yang amat mencabar. Ia bukan sahaja menuntut orang-orang yang mengendalikannya arif dengan bidang ini tetapi seseorang yang hendak menguruskan jenazah ini perlu sabar, kuat iman, cekal dan tabah menanganinya. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk kematian seperti jenazah yang kemalangan, mati lemas, mayat yang terbakar, mayat yang tidak cukup anggota dan seumpamanya. Tidak ramai yang mampu berhadapan dengan situasi sedemikian (Betty Subaryati, 2005; 18).
6 Pandangan atau tanggapan bahawa sudah ada golongan yang terlibat, lebihlebih lagi ia hanyalah 'fardhu kifayah' menyebabkan tanggung jawab tersebut dirasakan sudah terlepas kerana sudah ada orang yang akan menguruskannya. Maka terjadilah keadaan di mana hanya orang-orang tua atau ahli jawatan kuasa masjid atau pengurus khairat kematian sahaja yang menguruskan hal-hal kematian di sesebuah tempat.
Meskipun senario masa kini, majoriti masyarakat Islam di Malaysia mendapat pendedahan pendidikan agama, namun tidak ramai yang benar-benar mahu terlibat di dalam bidang pengurusan jenazah. Akibatnya tidak ramai yang mahir untuk menguruskan jenazah kerana tidak mempraktikkannya. Ilmu yang ada hanya tersimpan di dada mereka tetapi tidak pula diamalkan (Betty Subaryati, 2005; 18).
Masalah ini semakin meruncing apabila kajian yang dilakukan oleh Muniroh Ahmad (1988: 15)mendapati bahawa sesetengah golongan masyarakat juga jarang untuk melibatkan golongan muda untuk menghulurkan bantuan di dalam pengurusan jenazah kerana mereka beranggapan golongan muda tidak berkemahiran di dalam menguruskannya. Disebabkan faktor ini, golongan muda lebih bersikap "lepas tangan", seterusnya menyebabkan mereka tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Mahasiswa yang majoritinya terdiri dari golongan muda merupakan aset terpenting negara. Mereka juga merupakan pelapis generasi kepimpinan hari ini yang akan mencorak dan memimpin dunia pada masa hadapan. Justeru, pelbagai tanggungjawab dan harapan digalas dibahu mereka dalam mewujudkan kepimpinan yang terbilang di masa akan datang. Sebagai mahasiswa, mempersiapkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi amat penting bagi memastikan segala apa yang di harapkan dari masyarakat sekeliling dapat direalisasikan dengan sempurna.
7 1.3
Pernyataan Masalah
Bagi mengatasi masalah kurangnya sambutan golongan muda dalam menguruskan jenazah, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya ialah dengan mewujudkan Program Pengurusan Jenazah. Masjid Sultan Ismail UTM, merupakan salah satu masjid yang sering melaksanakan program ini. Tumpuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan jenazah.
Sebagai masyarakat berilmu, mahasiswa sepatutnya mahir dalam bidang seumpama ini terutama kepada mahasiswa-mahasiswa yang akan menjadi seorang pendidik. Ini disebabkan oleh kehidupan mereka yang akan berhadapan dengan masyarakat secara langsung kelak dan guru biasanya sering menjadi tempat rujukan masyarakat. Namun sejauh manakah persepsi mereka terhadap Program Pengurusan Jenazah ini?. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi melihat"Persepsi Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM Terhadap Program Pengurusan Jenazah" .
1.4
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan meninjau persepsi mahasiswa UTM terhadap Program Pengurusan Jenazah yang diadakan di sini. Fokus utama dalam kajian ini ialah untuk mengkaji perkara-perkara berikut:
i)
Mengenal pasti tanggapan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan terhadap Program Pengurusan Jenazah.
8 ii)
Melihat persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan Program Pengurusan Jenazah.
iii)
1.5
Mengkaji tentang minat pelajar terhadap Program Pengurusan Jenazah.
Persoalan Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menumpukan kepada beberapa persoalan kajian yang perlu dijawab. Persoalan tersebut ialah:
i)
Apakah tanggapan pelajar khususnya pelajar tahun 5 Fakulti Pendidikan terhadap Program Pengurusan Jenazah?
ii)
Adakah Program Pengurusan Jenazah penting bagi pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan?
iii)
Adakah pelajar berminat untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah?