vi
SENARAI KANDUNGAN
BAB
TAJUK
MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA
1
HALAMAN JUDUL
i
PENGAKUAN PELAJAR
ii
PENGHARGAAN
iii
ABSTRAK
iv
ABSTRACT
v
SENARAI KANDUNGAN
vi
SENARAI RAJAH
xi
PENGENALAN
1
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Latar Belakang Projek
4
1.3
Pernyataan Masalah
6
1.4
Objektif Projek
6
1.5
Rasional Pemilihan Projek
7
1.6
Kepentingan Projek
8
1.7
Batasan Projek
9
1.8
Definisi Istilah
9
1.8.1
Sistem
9
1.8.2
Pengurusan
10
vii
1.8.3 1.9
2
Maklumat
Kesimpulan
10 10
SOROTAN KAJIAN
11
2.1
Pengenalan
11
2.2
Sistem Maklumat
11
2.2.1
16
Definisi Sistem Maklumat
2.2.2 Fungsi Sistem Maklumat
16
2.2.3
18
Elemen Dalam Sistem Maklumat
2.2.4 Hubungan di antara Manusia, Prosedur,
2.2.5 2.3
2.4
Peralatan dan Data dalam Sistem Maklumat
19
Proses Pembangunan Sistem Maklumat
20
Sistem Maklumat Pengurusan (SMP)
23
2.3.1
Pengenalan Sistem Maklumat Pengurusan
23
2.3.2
Ciri- ciri Sistem Maklumat Pengurusan
25
2.3.3
Kegunaan Sistem Maklumat Pengurusan
26
Model Sistem Maklumat Pengurusan
26
2.4.1 Perisian Penghasilan Laporan
28
2.4.2
28
Permodelan Matematik
2.5
Kelebihan Penggunaan Sistem Maklumat Berkomputer
30
2.6
Sistem Pangkalan Data
31
2.6.1 Jadual (Table)
34
2.6.2
Pertanyaan (Query)
34
2.6.3
Dynaset
34
2.6.4
Borang
35
2.6.5
Laporan (Report)
35
viii
2.6.6
Makro
35
2.6.7
Modul
36
2.7
Evolusi Sistem Maklumat
36
2.8
Microsoft Visual Basic 2005 Express Edition
37
2.8.1
2.9
2.10
2.11
3
Persekitaran Microsoft Visual Basic 2005 Express Edition
38
2.8.1.1
Bar Tajuk
40
2.8.1.2
Bar Menu (Menu Bar)
40
2.8.1.3
Bar Alatan (Tool Bar)
43
2.8.1.4
Kotak Alatan (Tool Box)
43
2.8.1.5
Borang dan Tetingkap (Form and Windows)
44
2.8.1.6
Tetingkap Panel
47
2.8.1.7
Tetingkap Panel Properties
48
Kajian- kajian Lepas
49
2.9.1
49
Sistem Pemarkahan Automatik
2.9.2 Sistem Maklumat Pelajar FSKSM
50
Model Reka Bentuk Pembangunan Sistem Pengurusan
51
2.10.1 Model ADDIE
52
Kesimpulan
57
METODOLOGI
57
3.1
Pengenalan
57
3.2
Fasa Analisis
58
3.2.1
Justifikasi Perkakasan
59
3.2.2
Justifikasi Perisian
59
3.2.3
Analisis Keperluan dan Proses Sistem
60
ix
3.3
4
Fasa Reka Bentuk
60
3.3.1 Carta Alir
61
3.3.2
64
Papan Cerita
3.4
Fasa Pembangunan
64
3.5
Fasa Perlaksanaan
65
3.6
Fasa Penilaian
65
3.7
Kesimpulan
66
PEMBANGUNAN SISTEM
67
4.1
Pengenalan
67
4.2
Pakej Sistem
67
4.3
Struktur Asas Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar
68
4.4
Antaramuka Login
68
4.5
Menu Relajar
69
4.5.1
Antaramuka Maklumat Relajar
70
4.5.2
Antaramuka Rekod Akademik
73
4.5.3
Antaramuka Simulasi
76
4.6
4.7
4.8
Menu Pensyarah
77
4.6.1
Antaramuka Pengurusan Akademik
78
4.6.2
Antaramuka Penasihatan Relajar
80
Komponen Sistem
81
4.7.1
Teks
81
4.7.2 Format File
82
Kesimpulan
82
x
5
RUMUSAN DAN CADANGAN
83
5.1
Pengenalan
83
5.2
Rumusan
83
5.3
Masalah yang Dihadapi
84
5.4
Kelebihan Sistem
85
5.5
Kelemahan Sistem
86
5.6
Cadangan
87
5.7
Kesimpulan
88
Bibliografi
89
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Menurut Tolfer, A (1990), kita sekarang berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat atau disebut juga era maklumat iaitu suatu era di mana kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan teknologi maklumat.
Dari tahun ke tahun penggunaan teknologi maklumat semakin
berkembang pesat seiring dengan kemajuan negara.
Perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi masyarakat di seluruh dunia, termasuklah Malaysia (Mariam, 2007). Justeru masyarakat Malaysia perlu berubah daripada tahap masyarakat membangun dan industri kepada masyarakat pasca industri. Menguasai kemahiran dan penguasaan terhadap maklumat adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi negara maju.
Senn (1998), menyatakan bahawa teknologi maklumat mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna.
Gabungan ketiga- tiga
komponen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi menguasai kemahiran supaya lebih produktif, berkesan dan berjaya. Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan memiliki teknologi canggih seperti teknologi komputer dan setanding dengan negara- negara membangun dalam bidang IT.
2
Teknologi komputer tidak terhad dalam satu bidang sahaja. Pada masa kini, teknologi komputer telah digunakan dengan meluasnya sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor kerajaan. Ini kerana komputer dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan, teratur dan cepat kepada pengguna.
Tambahan pula,
penggunaannya lebih meluas apabila terciptanya pelbagai bentuk rangkaian yang membolehkan manusia berinteraksi dan meningkatkan sistem pengurusan yang melibatkan data- data yang banyak.
Era teknologi maklumat dengan penggunaan teknologi komputer ini sangat sesuai digunakan dalam pengendalian sesebuah organisasi.
Contohnya sistem
pengurusan yang melibatkan data- data yang banyak bagi mempercepatkan pengurusan serta perekodan maklumat tanpa perlu melakukannya secara manual. Selain itu, dengan menggunakan teknologi komputer, maklumat dapat disimpan dengan selamat dan berkesan yang mana ini akan memudahkan kerja- kerja penyelenggaraan ( Robert G. Murdick, 1977).
Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan salah satu organisasi dalam bidang pendidikan yang memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik bagi memudahkan kerja- kerja penyelenggaraan maklumat.
Selain dari urusan
pentadbiran, kakitangan dan kewangan, hal ehwal pelajar juga merupakan bidang yang memerlukan perhatian yang serius dari semua pihak (Ahmad Shobri Abd Razak, 1991). Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mengurus semua bidang ini dan memastikan kelancaran perjalanan sub-sistem di bawah organisasi tersebut. Oleh kerana bertambahnya bilangan pelajar dari tahun ke tahun serta pelbagai perancangan pendidikan yang akan dilaksanakan, maka pelbagai maklumat berkaitan pelajar menjadi kemestian.
3
Proses mendapatkan maklumat yang lengkap menjadi satu masalah kepada setiap pensyarah atau pentadbir untuk membuat sebarang keputusan dan perancangan berkaitan dengan pelajar. Sistem pengurusan maklumat secara insani (manual) yang ada telah memaksa mereka supaya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau rekod pelajar.
Teknologi komputer adalah
sangat sesuai digunakan dalam pengendalian sistem pengurusan pelajar IPT bagi mempercepatkan pengurusan serta memudahkan pihak institusi pengajian tinggi mengeluarkan laporan- laporan tanpa perlu melakukannya secara manual. Menurut Mohd Yusri bin Mahadi (1996), dengan menggunakan teknologi pengkomputeran, segala maklumat dapat dicapai dengan mudah dan semua maklumat sulit terjamin kerahsiaannya.
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang projek, pernyataan masalah, rasional pemilihan tajuk, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi istilah.
4
1.2
Latar Belakang Projek
Proses mendapatkan maklumat yang lengkap menjadi satu masalah kepada setiap pensyarah, pentadbir dan pelajar untuk membuat keputusan dan penilaian. Sistem pengurusan pelajar secara insani (manual) yang ada telah memaksa mereka supaya mengambil masa yang agak lama dan bergantung kepada tahap autoriti untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang berkaitan maklumat pelajar, jadual dan kehadiran serta rekod akademik pelajar.
Ini adalah disebabkan data direkod
menggunakan borang dan kertas ataupun fail-fail dalam bentuk Word ataupun Excel yang mana mendatangkan masalah sekiranya pensyarah berkenaan tiada. Justeru itu, ianya memerlukan penggunaan masa yang lebih untuk mengurus dan merekod data (R. N. Maddison, 1985).
Bagi rekod akademik, ianya melibatkan banyak proses di mana ianya memerlukan penggunaan masa yang lebih seperti proses mengira markah dan menjumlahkannya bagi setiap pelajar sebelum markah sebenar dapat disiapkan (Lililza bt Mohamad, 1991). Sistem secara manual ini menyulitkan para pelajar untuk berurusan dengan pensyarah jika terdapat sebarang kesilapan dan kekeliruan. Ini disebabkan kesukaran untuk berjumpa dengan pensyarah dan kesibukan pelajar itu sendiri.
Kemudahan capaian lain ialah senarai subjek mengikut kursus pelajar
disediakan.
Antaramuka yang mudah difahami dan pelbagai fungsi bantuan
memudahkan lagi pengguna untuk menyemak serta pencarian maklumat.
Pelbagai masalah timbul akibat daripada pengurusan data- data pelajar secara manual. Antara masalah sering dihadapi ialah, sistem semasa memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan rekod, disamping penggunaan fail yang banyak akan berlaku lewahan data serta sukar untuk dikenalpasti. Pencarian maklumat bertambah sukar kerana setiap tahun bilangan pelajar baru akan bertambah tidak kurang juga yang sudah menamatkan pengajiannya.
Selain itu, perekodan maklumat pelajar
5
secara tradisional sukar untuk dikemaskini dan dipanggil semula data (retrieve data). Ini adalah disebabkan pengguna perlu mencari data dan maklumat dari fail ke fail yang berlainan yang mana akan memakan masa yang lama dan kemungkinan data yang diperolehi tidak tepat ( RV Franks, 1988).
Penggunaan sistem semasa secara manual bukan sahaja menyukarkan proses pencarian, malah ia juga menyebabkan data atau maklumat yang diperolehi dan dijana tidak tepat kerana akan berlaku kesilapan bila ianya direkodkan dengan tangan ataupun fail aplikasi komputer yang berlainan mengikut pensyarah yang berlainan. Tambahan lagi, sistem sedia ada kurang selamat untuk penyimpanan maklumat sulit pelajar.
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat dan mengubah serta
mengeksploitasi data.
Oleh itu, pengkaji akan membangunkan sebuah sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar untuk kegunaan pensyarah dan pelajar Fakulti Pendidikan bagi mengatasi masalah- masalah yang timbul selain daripada memudahkan urusan perekodan data- data pelajar.
Sistem ini dibangunkan di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam tempoh satu tahun dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 2005 Express Edition. Perkakasan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini pula adalah komputer riba Acer TravelMate 4000, 1GB DDR.
Tujuan sistem ini dibangunkan pula adalah untuk memudahkan proses pengurusan maklumat pelajar, akademik serta senarai subjek yang ditawarkan mengikut kursus tanpa sebarang ralat. Selain itu, sistem ini membolehkan sistem pemarkahan dilakukan dengan lebih pantas dari sistem manual yang biasa digunakan. Dengan terbangunnya sistem ini diharap dapat menghasilkan pengurusan rekod pelajar dengan lebih berkesan.
6
1.3
Pernyataan Masalah
Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar yang dibangunkan ini merupakan sistem berkomputer bersepadu yang akan membantu pelajar, pensyarah dan pihak pentadbir menjalankan tugas mereka dengan lebih sistematik dan lebih mudah. Segala masalah yang berkaitan dengan maklumat serta akademik pelajar dapat diatasi dengan mudah dan cepat. Oleh itu, di akhir projek ini pengkaji berhasrat dapat membangunkan sebuah sistem pengurusan maklumat pelajar yang merupakan salah satu usaha dan langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
1.4
Objekif Projek
Objektif projek ini ialah mereka bentuk dan membangunkan perisian sistem pengurusan maklumat pelajar secara berkomputer. Dengan menggunakan perisian ini sekurang-kurangnya pihak Fakulti Pendidikan dapat mengurangkan masalah pengurusan maklumat pelajar. Oleh sebab itu, perisian ini mengutamakan ciri- ciri berikut:-
i.
kebolehan menyimpan maklumat lebih teratur, bersistematik dan tepat.
ii.
kemudahan untuk mencari atau mencapai maklumat serta perkongsian data secara berkomputer kerana setiap langkah ditunjukkan dengan arahan dalam bentuk menu yang mudah difahami oleh pengguna.
iii.
kebolehan penyelenggaraan.
7
iv.
penghasilkan laporan yag berupa butir- butir peribadi pelajar, rekod pemarkahan, senarai subjek dan rekod kehadiran melalui paparan di layar atau cetakan kertas dengan lebih cepat dan tepat.
1.5
Rasional Pemilihan Projek
Rasional pembinaan sistem ini secara keseluruhannya adalah untuk merekabentuk sistem pengurusan pelajar yang mempunyai tiga sistem tunjang iaitu maklumat pelajar, pengurusan akademik pelajar serta pengiraan markah. Sistem ini bakal memudahkan sistem yang sedia ada di Fakulti Pendidikan kerana segala urusan maklumat pelajar akan dilakukan secara berkomputer.
Hasil dari operasi- operasi
yang dilakukan dalam sistem ini, laporan- laporan yang diperlukan sama ada oleh pihak universiti, pihak pentadbir akan dikeluarkan.
Ianya terbahagi kepada 2 jenis pengguna iaitu pensyarah dan pelajar. Segala proses memasukkan data pelajar akan dilakukan menggunakan sistem ini sepenuhnya oleh pensyarah. Manakala pelajar hanya dibenarkan untuk menyemak butir- butir diri, jadual dan senarai subjek yang ditawarkan serta keputusan peperiksaan. Rekod pemarkahan akan dipaparkan dan mempunyai kemudahan cetakan. Selain itu, sistem ini mempunyai antaramuka yang mudah difahami dan pelbagai fungsi bantuan disediakan.
8
1.6
Kepentingan Projek Antara kepentingan pembangunan sistem ini ialah:-
i.
Sistem pengurusan maklumat pelajar yang dibangunkan ini akan membantu pengurusan dan pentadbiran universiti dengan lebih cekap. Segala tugas diambil alih oleh komputer mikro dan pencetak yang dikendalikan oleh seseorang pegawai pekeranian.
ii.
Memudahkan urusan pemantauan pelajar secara lebih sistematik.
iii.
Membolehkan semua maklumat pelajar disimpan dan capaian dengan lebih cepat.
Selain dari itu, dapat mengurangkan penggunaan kertas
secara optima dengan mewujudkan konsep “paperless”.
iv.
Memudahkan carian, capaian data dan maklumat disamping data dapat dijana menjadi maklumat yang lebih berguna mengikut kehendak pengguna.
v.
Memudahkan pengeluaran maklumat diri, pemarkahan, dan laporan akademik tanpa sebarang kesilapan.
vi.
Menjimatkan kos dan masa pengurusan dan pentadbiran institut.
vii.
Memastikan ketepatan, kebolehpercayaan maklumat pelajar terjamin dengan konsep perkongsian data antara bahagian dan unit yang lain.
9
1.7
Batasan Projek
Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar
yang dibangunkan ini mempunyai
batasan di mana ia tidak boleh digunakan oleh semua pengguna di UTM. Ia hanya tertumpu kepada pensyarah dan pelajar Fakulti Pendidikan.
Selain itu, hanya
pensyarah sahaja dibenarkan melakukakan proses kemaskini maklumat pelajar, dan memasukkan markah manakala pelajar hanya dibenarkan untuk melihat dan mencetak markah serta mengira gred point average (GPA) dan cumulative point average (CPA).
1.8
Definisi Istilah
Berikut adalah beberapa istilah yang sering digunakan dalam penulisan ini. Dalam kajian ini, istilah- istilah yang digunakan telah ditakrifkan melalui Kamus Dewan Edisi Keempat.
1.8.1
Sistem
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga cetakan ke-7 (2002), sistem mempunyai dua maksud iaitu pertama adalah cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu. Maksud yang kedua ialah kumpulah beberapa bahagian (alat dll) yang samasama bekerja untuk satu tujuan.
10
1.8.2
Pengurusan
Pengurusan merupakan perihal (kerja dsb) menguruskan sesuatu atau perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002)
1.8.3
Maklumat
Makluman, pemberitahuan, keterangan atau pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002)
1.9
Kesimpulan
Sistem pengurusan pelajar secara tradisional yang dilakukan secara insani pada masa ini perlu ditukar segera.
Kebarangkalian yang tinggi
melakukan
kesilapan menyebabkan kebolehpercayaan sesuatu maklumat itu disangsikan. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, sistem pengurusan data- data pelajar secara berkomputer merupakan jalan keluar bagi mengatasi masalah tersebut. Adalah diharapkan dengan pembangunan sistem ini dapat membawa manfaat kepada semua pihak bagi mengendalikan urusan berkaitan pengurusan pelajar.