vii
KANDUNGAN
BAB
1
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI SINGKATAN
xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
7
1.3
Pernyataan Masalah
8
1.4
Objektif Kajian
8
1.5
Persoalan Kajian
8
1.6
Kepentingan Kajian
9
1.7
Skop Kajian
9
1.8
Takrif Istilah
10
1.8.1. Kajian
10
1.8.2. Prioriti
10
1.8.3. Audiens
11
1.8.4. Aktiviti
11
1.8.5. Masjid
11
Kesimpulan
13
1.9
viii 2
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pengenalan
15
2.2
Sejarah Awal Pembinaan Masjid
16
2.2.1
Masjid Al-Haram
16
2.2.2
Masjid Nabawi
18
2.2.3
Masjid Al-Aqsa
20
2.3
Peranan Masjid Di Zaman Nabi Muhammad s.a.w.
22
2.3.1
Tempat Ibadat
22
2.3.2
Tempat Kemasyarakatan
24
2.3.2.1 Rumah Persinggahan
24
2.3.2.2 Pusat Kebajikan dan Pengurusan Zakat
25
2.3.2.3 Hospital Dan Tempat Tawanan Perang
25
2.3.2.4 Perayaan atau Aktiviti Sosial
26
Tempat Pertemuan Muslimin
27
2.3.3.1 Perpustakaan Dan Tempat Penyebaran Ilmu
27
2.3.3.2 Tempat Berkenal-kenalan
28
2.3.3.3 Pusat Pendidikan
29
2.3.3.4 Tempat Transaksi Perniagaan
30
Pusat Pentadbiran dan Mahkamah
31
2.3.3
2.3.4 2.4
2.5
Peranan Masjid Kini
31
2.4.1
Pusat Ibadat
32
2.4.2
Pusat Masyarakat
32
2.4.3
Pusat Ekonomi
33
2.4.4
Kegiatan Politik
34
2.4.5
Pusat Pendidikan
35
2.4.6
Pusat Seni
35
Latar Belakang Kawasan Kajian
36
2.5.1
Masjid Jamek Bandar Baru Uda
36
2.5.1.1 Sejarah Pembinaan
36
2.5.1.2 Peranan Masjid
38
2.5.1.3 Bentuk-bentuk Program Dakwah
38
Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
39
2.5.2.1 Sejarah Pembinaan
39
2.5.2
ix
3
40
2.5.2.3 Bentuk-bentuk Program Dakwah
41
2.6
Kajian-kajian Lepas
42
2.7
Kesimpulan
48
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
49
3.2
Reka bentuk Kajian
49
3.2.1
Metode Historik
50
3.2.2
Metode Dokumentasi
51
3.2.3
Metode Temu bual
51
3.2.4
Metode Observasi (Pemerhatian)
52
3.3
Tempat Kajian
52
3.4
Populasi dan Pensampelan
53
3.4.1
Populasi
53
3.4.2
Pensampelan
54
3.5
3.6
4
2.5.2.2 Peranan Masjid
Instrumen Kajian
55
3.5.1
55
Soal selidik
Tatacara Kajian
57
3.6.1
Kajian Rintis
58
3.6.2
Kajian Sebenar
58
3.7
Analisis Data
59
3.8
Jangka masa Kajian
59
3.9
Kesimpulan
60
ANALISIS DATA
4.1
Pengenalan
61
4.2
Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden
62
4.3
Analisis Data Bahagian B : Prioriti Program Masjid
67
4.4
Analisis Data Bahagian C : Faktor-Faktor Yang Mendorong Pemilihan Prioriti Program
70
x 4.5
Analisis Data Bahagian D : Program Dan Aktiviti Lain Yang Diperlukan Oleh Jemaah Masjid
4.6
73
Analisis Data Bahagian E : Analisis Pelaksanaan AktivitiAktiviti Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Dan Masjid
4.7
Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
77
Analisis Keseluruhan Item Mengikut Objektif
86
4.7.1
Aktiviti Yang Menjadi Keutamaan Jemaah Masjid
86
4.7.2
Faktor-Faktor Yang Mendorong Pemilihan Prioriti Program
88
4.7.3
Program Yang Menjadi Keperluan Audiens Masjid
89
4.7.4
Analisis Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
4.8
5
Kesimpulan
91 92
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1.
Pengenalan
93
5.2.
Perbincangan
93
5.2.1
Perbincangan Berhubung Program Yang Menjadi Keutamaan Para Jemaah Masjid.
5.2.2
Perbincangan Berhubung Faktor-Faktor Yang Mendorong Pemilihan Program.
5.2.3
96
Perbincangan Berhubung Program-Program Yang Menjadi Keperluan Jemaah Masjid.
5.2.4
94
98
Perbincangan Berhubung Analisis Program Dakwah Yang Dilakukan Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
99
5.3.
Rumusan
101
5.4.
Cadangan
102
5.4.1
Masjid
102
5.4.2
Pejabat Agama (Bahagian Masjid dan Surau)
103
5.4.3
Masyarakat
103
xi
5.5
5.4.4
NGO Islam
104
5.4.5
Kajian Lanjutan
104
Kesimpulan
105
BIBLIOGRAFI
107
LAMPIRAN
114
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
3.1
Skala Likert
56
3.2
Skala persetujuan (Peratus)
57
3.3
Skala persetujuan (Min)
57
3.4
Analisis kebolehpercayaan kajian rintis
58
4.1
Maklumat responden mengikut jantina
62
4.2
Maklumat mengenai umur responden
62
4.3
Maklumat mengenai tahap pendidikan
63
4.4
Maklumat mengenai pekerjaan responden
64
4.5
Waktu bekerja responden
64
4.6
Status diri responden
65
4.7
Maklumat mengenai pendapatan responden
65
4.8
Maklumat mengenai jenis kediaman responden
66
4.9
Prioriti program Masjid Jamek Bandar Baru Uda
67
4.10 4.11
Prioriti program Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
69
Faktor-faktor yang mendorong pemilihan prioriti program masjid
70
4.12
Waktu solat yang kerap dilakukan jemaah di masjid
70
4.13
Pihak yang mendorong melibatkan diri di dalam program masjid
4.14
71
Adakah responden akan mengikuti program sekiranya ia melibatkan kos
71
xiii 4.15
Anggaran kos yang mampu dikeluarkan
4.16
Program yang menjadi keperluan audiens di Masjid Jamek Bandar Baru Uda
4.17
81
Setiap program dakwah perlu ada peruntukan kewangan yang mencukupi
4.29
81
Semua aktiviti dakwah perlu diadakan dalam waktu yang sesuai
4.28
80
Banyak program dakwah yang disediakan khas untuk kanak-kanak
4.27
80
Banyak program dakwah yang disediakan khas untuk remaja
4.26
79
Banyak program dakwah yang disediakan khas untuk masyarakat dewasa
4.25
79
Program dakwah di sini dapat mengurangkan masalah sosial kanak-kanak
4.24
78
Program dakwah di sini dapat mengurangkan masalah sosial remaja
4.23
78
Program dakwah di sini dapat mengurangkan masalah sosial masyarakat dewasa
4.22
77
Program dakwah di sini perlu dipelbagaikan pendekatannya
4.21
77
Program dakwah yang dijalankan di sini memberi kesan yang positif dan menambah pengetahuan
4.20
75
Program dakwah yang dijalankan di sini sesuai dengan audiens
4.19
73
Program yang menjadi keperluan audiens di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
4.18
72
82
Setiap program dakwah perlu penglibatan dari pihak atasan
82
4.30
Setiap pemakluman mengenai program perlu jelas
83
4.31
Perlu ada tempat khas untuk menjalankan program
4.32
dakwah
83
Pentadbiran bahagian dakwah perlu dipertingkatkan
84
xiv 4.33
Para pendakwah perlu berdakwah dengan bijaksana supaya dakwahnya lebih berkesan
4.34
84
Penganjur perlu memilih masa, tempat dan penceramah yang sesuai bagi setiap program dakwah
4.35
Respons responden jemaah Masjid Jamek Bandar Baru Uda bagi objektif pertama kajian
4.36
85
86
Respons responden jemaah Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid bagi objektif pertama kajian 87
4.37
Respons responden bagi objektif kedua kajian
4.38
Respons responden jemaah Masjid Jamek Bandar Baru Uda bagi objektif ketiga kajian
4.39
89
Respons responden jemaah Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid bagi objektif ketiga kajian
4.40
88
90
Min dan kecenderungan respons bagi objektif keempat kajian
91
xv
SENARAI SINGKATAN
%
-
Peratus
A.S
-
Alaihi Salam
AJK
-
Ahli Jawatan Kuasa
B
-
Bin
BBU
-
Bandar Baru Uda
Bt
-
Binti
MJBBU
-
Masjid Jamek Bandar Baru Uda
NGO
-
Non-government Organization
R.A
-
Radiallahu Anhu
RM
-
Ringgit Malaysia
S
-
Setuju
S.A.W
-
Sallallahu Alaihi Wasallam
S.W.T
-
Subhanahu Wa Ta’ala
SPSS
-
Statistical Packages For Social Sciences
SS
-
Sangat Setuju
STS
-
Sangat Tidak Setuju
T.T
-
Tanpa Tahun
TS
-
Tidak Setuju
TSAW
-
Tan Sri Ainuddin Wahid
UTM
-
Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A
Soal Selidik Masjid Jamek Bandar Baru Uda
B
Soal Selidik Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
C
114
124
Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
D
HALAMAN
134
Surat Kebenaran Lawatan ke Perpustakaan Luar UTM
135
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Masjid merupakan perkataan yang paling sinonim dengan umat Islam sejak dari zaman nabi Allah Ibrahim a.s, nabi Ya'kub a.s dan nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah ke hari ini. Fungsi dan peranan masjid sering disalahtafsirkan umat pada masa kini. Mohd Puad bin Abdullah (2001) berkata bahawa fungsi masjid masa kini bukan hanya tempat untuk melakukan ibadat solat sahaja tetapi juga aktiviti-aktiviti lain. Namun fungsinya tidaklah sama seperti fungsi masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu atas kekangan-kekangan tertentu. Namun demikian setiap masjid mempunyai peranan dan fungsinya yang tertentu bergantung kepada pihak pengurusan masjid itu sendiri.
Masjid juga merupakan jambatan memperkukuhkan persaudaraan, kesefahaman, kecintaan sesama umat Islam dalam menghayati ajaran Islam. Kita akan dapati bahawa umat Islam yang pergi ke masjid mampu dibentuk pemikirannya kepada suatu tujuan dan matlamat iaitu mencari keredaan Allah dengan penuh keikhlasan dan sifat rendah diri. Fungsi dan peranan masjid perlu digerakkan agar ia bukan menjadi tempat yang sepi, kosong dan sunyi kecuali pada waktu-waktu tertentu sahaja (Ajmain Safar et al., 2004; 211).
2 Perkataan "masjid" diungkap di dalam al-Qur'an sebanyak 44 kali dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan maksud (Lokman Ab. Rahman dan Musa Ahmad, 1996; 3). Masjid dari segi bahasa bererti tempat sujud. Sujud adalah kemuncak kepatuhan dan penghinaan diri. Apabila seseorang itu patuh dan taat kepada Allah, pasti dia akan sujud (Muhd Fadli Ismail, 2003; 1). Selain itu sujud juga dapat diertikan sebagai penghormatan dan pengakuan akan kelebihan seseorang seperti sujudnya malaikat kepada nabi Adam a.s seperti mana firman Allah S.W.T:
ن َ ﺳ َﺘ ْﻜ َﺒ َﺮ َو َآ ﺎ ْ ﺲ َأ َﺑ ﻰ وَا َ ﻻ ِإ ْﺑِﻠ ﻴ َ ﺠﺪُوا ِإ َ ﺴ َ ﻷ َد َم َﻓ َِ ﺠﺪُوا ُ ﺳ ْ ﻼ ِﺋ َﻜ ِﺔ ا َ َوِإ ْذ ُﻗ ْﻠ َﻨﺎ ِﻟ ْﻠ َﻤ ﻦ َ ﻦ ا ْﻟﻜَﺎ ِﻓﺮِﻳ ْ ِﻣ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir". (Surah Al-Baqarah: 2: 34) Antara lainnya Allah S.W.T. telah berfirman di dalam al-Quran ;
ٌ
َن ﺗَ ُﻘ ﻮم ْ ﻖ َأ ﺣ ﱡ َ ل َﻳ ْﻮ ٍم َأ ِ ﻦ َأ ﱠو ْ ﻋَﻠ ﻰ اﻟ ﱠﺘ ْﻘ ﻮَى ِﻣ َ ﺲ َ ﺳ ﺴ ﺠِﺪ ُأ ﱢ ْ ﻻ َﺗ ُﻘ ْﻢ ﻓِﻴ ِﻪ َأ َﺑﺪًا َﻟ َﻤ َ ﻦ َ ﻄ ﱢﻬﺮِﻳ ﺤﺐﱡ ا ْﻟ ُﻤ ﱠ ِ ﻄ ﱠﻬﺮُوا وَاﻟﻠﱠ ُﻪ ُﻳ َ ن َﻳ َﺘ ْ ن َأ َ ﺤﺒﱡﻮ ِ ل ُﻳ ٌ ﻓِﻴ ِﻪ ﻓِﻴ ِﻪ رِﺟَﺎ
Bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang dibangunkan atas dasar taqwa itulah yang hak bahawa engkau berdiri (beribadat), di dalamnya ada orang-orang yang ingin menyucikan diri, sedang Allah sangat suka sekali kepada orang yang membersihkan diri itu”. (Surah Al-Taubah: 9: 108)
3 Sesungguhnya masjid yang dibina sejak dipasangkan tiang pada hari pertama, dengan tujuan untuk melakukan taqwa kepada Allah S.W.T, beribadah dengan ikhlas kepada-Nya dan menghimpun kaum mukminin di sana dalam melaksanakan perkara yang diredhai oleh Allah S.W.T., saling kenal mengenal dan tolong-menolong melaksanakan kebajikan dan taqwa, adalah masjid yang lebih patut daripada yang lain untuk menunaikan sembahyang bersama-sama orang mukminin (Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, Jil.5, 2001; 2904).
Ayat di atas juga memberi gambaran yang jelas bahawa masjid yang hak dimakmurkan dan dijadikan untuk rumah ibadat, ialah masjid yang dibuat atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. dan untuk mempersatukan kekuatan umat Islam. Berlainan pula dengan masjid yang disifatkan pembinaannya untuk memecahbelahkan persatuan umat Islam. Maka, tiada hak untuk dijadikan rumah ibadat.
Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran ;
ﺻ ﺎدًا َ ﻦ ا ْﻟ ُﻤ ْﺆﻣِﻨِﻴﻦَ َوِإ ْر َ ﺿﺮَارًا َو ُآ ْﻔﺮًا َو َﺗ ْﻔﺮِﻳ ًﻘ ﺎ َﺑ ْﻴ ِ ﺠﺪًا ِﺴ ْ ﺨﺬُوا َﻣ َ ﻦ ا ﱠﺗ َ وَاﱠﻟﺬِﻳ ﺴ ﻨَﻰ وَاﻟﱠﻠ ُﻪ ْﺤ ُ ﻻ ا ْﻟ َ ن َأ َر ْد َﻧ ﺎ َِإ ْ ﻦ ِإ ﺤِﻠ ُﻔ ﱠ ْ ﻞ َوَﻟ َﻴ ُ ﻦ َﻗ ْﺒ ْ ب اﻟﻠﱠﻪَ َو َرﺳُﻮَﻟ ُﻪ ِﻣ َ ﻦ ﺣَﺎ َر ْ ِﻟ َﻤ ن َ ﺸ َﻬ ُﺪ ِإ ﱠﻧ ُﻬ ْﻢ َﻟﻜَﺎ ِذﺑُﻮ ْ َﻳ
Maksudnya : “Dan mereka (orang-orang munafik) itu telah membangun masjid kerana hendak menimbulkan bahaya, kerana kekafiran, kerana memecah persatuan antara orang mukmin dan kerana hendak menyambut orang yang semenjak dahulu telah memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan mereka sanggup bersumpah, tidaklah kami kehendaki melainkan kebaikan. Dan Allah menyaksikan bahawa mereka adalah pendusta. Janganlah kamu sembahyang di masjid itu selama-lamanya”. (Surah al-Taubah: 9: 107)
4 Maka membangunkan masjid dirar itu haram hukumnya, kerana mendatangkan bahaya kepada umat Islam, kerana boleh memecahkan persatuan dan tidak boleh dijadikan rumah ibadat, dalam hal ini perlulah masjid tersebut diruntuhkan (Aminuddin Hehsan, 2003; 15). Perpecahan itu hanya akan melemahkan umat Islam. Apabila umat Islam menjadi lemah, sudah tentulah akan berlaku kerosakan dan kehancuran di dalam pelbagai aspek seperti akidah, syariat dan akhlak umat Islam itu sendiri (Mohd Fauzi Mustaffa , 1996; 96).
Selain itu terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menghurai atau menceritakan perkara yang berkaitan dengan masjid antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya (Muslim bin Hajjaj, Jil.1, 1997; 263);
ﻦ ْ ﺳﱠﻠﻢ َﻣ َ ﻋَﻠﻴ ِﻪ َو َ ﺻﱠﻠﻰ اﷲ َ ل ُ ﺳﻮ ُ ل َر َ َﻗﺎ: ل َ ﻋ ْﻨ ُﻪ َﻗﺎ َ ﷲ ُ ﻰا َﺿ ِ ن َر َ ﻋ ْﺜ َﻤﺎ ُ ﻦ ْﻋ َ ( )رواﻩ ﻣﺴﻠﻢ.ﺠ ﱠﻨﺔ َ ﷲ َﻟ ُﻪ َﺑ ْﻴ ًﺘﺎ ِﻓﻰ اﻟ ُ ﺠ ًﺪا َﺑ َﻨﻰ ا ِﺴ ْ ﷲ َﻣ ِ ِ َﺑ َﻨﻰ
Maksudnya : Dari Uthman r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membina sesebuah masjid ( atau surau ) secara ikhlas kerana Allah S.W.T. nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga. (Hadis Riwayat Muslim )
Sabdanya lagi (Abu Abdullah Muhammad, 1990; 210) :
ﺻﻠﱠﻰ اﷲ َ ل ُ ل َرﺳُﻮ َ َﻗَﺎ: ل َ ﻋ ْﻨ ُﻪ َﻗَﺎ َ ﷲ ُ ﻰا َﺿ ِ ﺷ َﻌ ِﺮى َر ْﻷ َ ﺳﻰ ا َ ﻦ َا ِﺑﻰ ُﻣﻮ ْﻋ َ (... ﺸﻰ َ ﺼَﻠ َﻮا ِة َا ْﺑ َﻌ ُﺪ ُه ْﻢ َﻓﺎ ْﺑ َﻌ ُﺪ ُه ْﻢ َﻣ ْﻤ ﺟ ًﺮا ِﻓﻰ اﻟ ﱠ ْ س َأ ِ ﻈ ُﻢ اﻟ ﱠﻨﺎ َﻋ ْ ﺳﻠﱠﻢ )َا َ ﻋﻠَﻴ ِﻪ َو َ
5 Maksudnya : Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ialah yang lebih jauh, serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid atau ke surau ). (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda (Abu Abdullah Muhammad, 1990; 208):
ﺳﻮ ِﻗ ِﻪ ْ َ ﻼ ِﺗ ِﻪ ِﻓﻰ َﺑ ْﻴ ِﺘ ِﻪ َو ﻓِﻰ َﺻ َ ﻋَﻠﻰ َ ﻒ ُ ﻀ ﱠﻌ َ ﻋ ِﺔ ُﺗ َ ﺠ َﻤﺎ َ ﻞ ِﻓﻰ اﻟ ِﺟ ُ ﻼ ُة اﱠﻟﺮ َﺻ َ ج َ ﺧ َﺮ َ ﺿﻮ َء ُﺛ ﱠﻢ ُ ﻦ ْاُﻟﻮ َﺴ َﺣ ْ ﺿَﺄ َﻓ َﺄ َ ﻚ َأ ﱠﻧ ُﻪ ِا َذا َﺗ َﻮا َ ﺿ ْﻌ ًﻔﺎ َو َذاِﻟ ِ ﻦ َ ﺸ ِﺮ ْﻳ ْﻋ ِ ﺴﺎ َو ً ﺧ ْﻤ َ ﺖ َﻟ ُﻪ ِﺑ َﻬﺎ ْ ﻻ ُر ِﻓ َﻌ ﻄ َﻮ ًة ِإ ﱠ ْ ﺧ َ ﻂ ُﺨ ْ ﻼ ُة َﻟ ْﻢ َﻳ َﺼ ﻻ اﻟ ﱠ َ ﺟ ُﻪ ِإ ُ ﺨ ِﺮ ْ ﻻ ُﻳ َ ﺠ ِﺪ ِﺴ ْ ِاَﻟﻰ اﻟ َﻤ .ﺟ ًﺔ َ َد ْر
Maksudnya: “Solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada solatnya seseorang di rumahnya atau di pasar, 25 kali ganda. Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwudhuk, kemudian disempurnakannya, lalu dia pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Secara umumnya, masjid boleh didefinisikan sebagai bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain dan kegiatankegiatan lain yang dibenarkan oleh agama Islam. Di Malaysia, terdapat negeri yang memasukkan surau dan madrasah dalam tafsiran masjid (Siti Mashitoh Mahamood, 2004; 2).
6 Penggunaan istilah 'surau' berleluasa sebagai bangunan yang lebih kecil daripada masjid tempat orang-orang Islam beribadat. Kedudukan dan penghormatannya dianggap lebih rendah daripada masjid, sedangkan di dalam Islam konsep surau adalah sama dengan masjid kecil, cuma tidak didirikan solat Jumaat di dalamnya. Justeru, kemuliaan dan penghormatannya tidak boleh di pandang remeh (Muhd Fadli Ismail, 2003; 5).
Madrasah pula, di samping diadakan sembahyang berjemaah, keistimewaannya ialah diadakan kelas-kelas fardu ain (Mustafa bin Hj Daud, 1990; 226). Selalunya tempat solat yang dikenali sebagai madrasah ini mempunyai ruang bilik yang khusus untuk sesi pembelajaran diadakan.
Dalam sejarah Islam terdapat tiga buah masjid yang paling utama iaitu Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid Al-Aqsa di Palestin dan Masjid Nabawi di Madinah (Mustafa bin Hj Daud, 1990; 226-228). Ketiga-tiga masjid ini akan dihuraikan lagi sejarahnya di dalam bab yang berikut.
Selain itu terdapat juga masjid-masjid yang ternama dalam Islam seperti Masjid Jami' al-'Ateeq yang dibina oleh Amru bin 'Ash, Masjid Damsyiq yang dirancangkan pembinaannya oleh Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah, Masjid al-Qairawan yang dibina oleh 'Uqbah bin Nafi', Masjid Jami' Cordova yang merupakan salah satu seni bina Islam yang tercantik, serta Masjid al-Azhar di Mesir yang bukan sahaja sebagai masjid malah sebagai sebuah Universiti dan pusat ilmu (Muhd Fadli Ismail, 2003; 31-36).
7 1.2
Latar Belakang Masalah
Dewasa ini umat Islam semakin bersemangat dalam membangunkan institusi masjid dengan pelbagai kesenian Islam yang menghiasi dinding-dinding dan persekitaran masjid. Masjid-masjid direka bentuk dengan sempurna dan berpuluhpuluh juta ringgit dibelanjakan semata-mata untuk mendirikan sebuah masjid, tetapi dari segi amalan di dalamnya amat menyedihkan. Masjid hanya digambarkan sebagai tempat beribadah sahaja seperti solat fardu, sembahyang Jumaat serta mengadakan ceramah-ceramah agama yang hanya sekali-sekala diadakan (Esa bin Kasim, 1989). Keagungan sebuah masjid hanya dilihat dari segi struktur binaannya, bukan dari perlaksanaan pengimarahan di dalamnya.
Masjid merupakan rumah ibadat yang suci dan perlu sentiasa diimarahkan. Kekuatan sesebuah masjid itu dapat dilihat daripada pelbagai aspek seperti tahap penyebaran maklumat, kebajikan, sosial dan kebudayaan, kebersihan dan keceriaan, imarah masjid, kemudahan serta keceriaan luar dan dalam, pentadbiran, program tahunan dan lain-lain lagi (Sahlina Sahkirin, 2006; 7). Selain daripada aktiviti solat, pihak pengurusan masjid juga telah mewujudkan banyak program-program dan aktiviti bagi mengimarahkan lagi masjid.
Realitinya, kepelbagaian program yang dianjurkan oleh pihak masjid ini tidak menjanjikan sambutan yang menggalakkan dari para jemaah. Malah sesetengah program hanya dapat bertahan selama sebulan sahaja setelah ia dijalankan. Anisah binti Mad Soh (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa sambutan yang diterima oleh warga kampus terhadap program yang dilaksanakan oleh pihak masjid berada pada tahap yang kurang menggalakkan. Permasalahan ini jarang kita fikirkan secara umum. Tetapi bagi pihak-pihak yang terlibat secara langsung seperti pejabat agama, AJK bahagian dakwah di masjid atau surau dan badan-badan NGO yang melaksanakan aktiviti ini sememangnya sering mengadakan perbincangan dan diskusi agama sama ada secara langsung atau tidak langsung mengenai permasalahan ini (Mohd Ismail bin Mustari, 25. 3. 2005).
8 1.3 Pernyataan Masalah
Program-program yang dianjurkan masjid kebanyakannya hambar dari segi sambutan masyarakat walaupun terdapat beberapa program yang menjadi tumpuan ahli ibadat selain daripada ibadat-ibadat solat harian. Justeru kajian ini secara khusus melihat apakah program-program yang menjadi tarikan utama kepada para jemaah agar program-program ini dapat dipertingkatkan lagi mutu serta kualitinya bersesuaian dengan permintaan dan kehendak jemaah serta selari dengan tuntutan syariat.
1.4 Objektif Kajian
1. Melihat aktiviti-aktiviti yang menjadi keutamaan para jemaah masjid. 2. Mengkaji faktor-faktor yang mendorong pemilihan program tersebut. 3. Mengenal pasti program dakwah yang menjadi keperluan jemaah masjid. 4. Menganalisis segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah jenis aktiviti yang paling diminati oleh masyarakat masjid? 2. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada pemilihan program tersebut 3. Masih adakah aktiviti lain lagi yang diperlukan oleh jemaah masjid? 4. Adakah aktiviti-aktiviti yang di jalankan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan para jemaah masjid?