xii
ISI KANDUNGAN
BAB
BAB I
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
ISI KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xii
SENARAI SINGKATAN
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
8
1.3
Pernyataan Masalah
12
xiii
BAB II
1.4
Persoalan Kajian
13
1.5
Objektif Kajian
14
1.6
Kepentingan Kajian
15
1.7
Skop
16
1.8
Definisi Istilah
17
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pengenalan
19
2.2
Campuran Pemasaran
20
2.2.1
Aspek Produk
22
2.2.2
Aspek Harga
23
2.2.3
Aspek Lokasi
25
2.2.4
Aspek Promosi
26
2.3
BAB III
Kajian Terdahulu
28
2.3.1
Kajian Dalam Negara
28
2.3.2
Kajian Luar Negara
31
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
33
3.2
Rekabentuk Kajian
34
3.3
Prosedur Kajian
34
xiv
BAB IV
3.4
Persampelan
36
3.5
Instrumen Kajian
36
3.6
Kaedah Penganalisaan Data
37
3.7
Kebolehpercayaan Dan Kesahan Item
38
3.8
Batasan Kajian
39
ANALISIS DATA
4.1
Pendahuluan
40
4.2
Analisis Bahagian A
41
4.2.1
Jantina
42
4.2.2
Bangsa
42
4.2.3
Umur
43
4.2.4
Jumlah Tempoh Yang Terlibat Dalam Perusahaan
4.3
4.4
Kraftangan Anyaman
44
4.2.5
Kawasan Perusahaan
44
4.2.6
Cara Pengendalian Perusahaan
45
4.2.7
Cara Penglibatan Dalam Perusahaan
46
4.2.8
Jenis-jenis Anyaman Yang Dijual
46
4.2.9
Taraf Pendidikan
47
4.2.10 Anggaran Pendapatan Sebulan
48
Analisis Bahagian B
48
4.3.1
Soalan Kajian 1
48
4.3.2
Soalan Kajian 2
51
4.3.3
Soalan Kajian 3
52
4.3.4
Soalan Kajian 4
53
Analisis Keseluruhan
55
xv 4.5
BAB V
Analisis Cross Tabulation
57
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
59
5.2
Rumusan Kajian
59
5.3
Perbincangan
63
5.4
Cadangan Daripada Pengkaji
67
5.4.1
Aspek Harga
69
5.4.2
Aspek Produk
70
5.4.3
Aspek Lokasi
72
5.4.4
Aspek Promosi
72
5.5
Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang (Kajian Lanjutan)74
5.6
Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A - L
75
77
85-103
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
HALAMAN
3.1
Pecahan item-item
37
4.1
Jantina
42
4.2
Bangsa
42
4.3
Umur
43
4.4
Jumlah tempoh yang terlibat dalam perusahaan kraftangan anyaman
44
4.5
Kawasan perusahaan
44
4.6
Cara pengendalian perusahaan
45
4.7
Cara penglibatan dalam perusahaan
46
4.8
Jenis-jenis anyaman yang dijual
46
4.9
Taraf pendidikan
47
4.10
Anggaran pendapatan sebulan
48
4.11
Item-item aspek produk
49
4.12
Item-item aspek harga
51
4.13
Item-item aspek lokasi
52
4.14
Item-item aspek promosi
54
4.15
Analisis Keseluruhan
55
4.16
Analisis Cross Tabulation
57
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
HALAMAN
2.1
4P dalam Campuran Pemasaran
20
3.1
Prosedur Kajian
35
5.1
Usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman berdasarkan Campuran Pemasaran (4P) mengikut hasil kajian
5.2
63
Usaha-usaha yang disaran kepada pengusaha kraftangan anyaman berdasarkan Campuran Pemasaran (4P)
68
xiii
SENARAI SINGKATAN
4P
-
Campuran Pemasaran
PKKM
-
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
KPNLB
-
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
BIK
-
Bahagian Industri Kampung
KEMAS
-
Jabatan Kemajuan Masyarakat
MARA
-
Majlis Amanah Rakyat
SDSI
-
Satu Daerah Satu Industri
OVOP
-
Program One Village One Products
OTOP
-
One Tambon One Product
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
HALAMAN
A
Soalan Selidik
85
B
Surat Pengesahan Soalan Selidik
89
C
Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
90
D
Analisis Soalan Selidik Bahagian A
91
E
Analisis Soalan Selidik Bahagian B
92
F
Analisis Keseluruhan
93
G
Analisis Cross Tabulation- Lelaki
94
H
Analisis Cross Tabulation- Perempuan
96
I
Peta Negeri Melaka
98
J
Laman Web Kraftangan Malaysia Cawangan
99
Negeri Melaka K
Portal e-Niaga: Direktori Perniagaan Di Negeri
100
Melaka L
Laman Web Rasmi Negeri Melaka
102
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Kraftangan merupakan salah satu keluaran penting yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia selain daripada ia dapat mencerminkan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat dalam berbagai-bagai seni. Menurut Sulaiman Othman (1990), kraftangan memaparkan kekayaan kesenian bangsa. Bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang sedang pesat membangun, industri kraftangan merupakan salah satu daripada jalinan warna yang menambahkan lagi kekayaan, kecantikan dan keindahan negara Malaysia.
Sebenarnya aktiviti-aktiviti kraftangan hanya bermula untuk tujuan mengisi masa lapang. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai masa lebih, aktiviti ini boleh dijadikan satu cara atau alternatif usaha untuk menambahkan sumber pendapatan. Biasanya kraftangan yang telah dihasilkan dengan menggunakan kemahiran yang diwarisi turun temurun. Bentuk dan barang kraftangan masih dikekalkan. Aktiviti ini telah melangkah maju mengubah corak ke arah menerokai pengeluaran secara komersial.
2 Di Malaysia perusahaan kraftangan anyaman mempunyai potensi untuk maju dan bersaing di antarabangsa kerana Malaysia sendiri mempunyai banyak sumber bahan semula jadi yang tidak ternilai seperti rotan, mengkuang, buluh dan bahan-bahan lain yang menjadi input atau bekalan utama dalam indusri kraftangan ini.
Menurut Jamalludin Sulaiman (1990), pada tahun 1982 Kementerian Pembagunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) telah tubuhkan satu bahagian khas iaitu Bahagian
Industri
Kampung
(BIK).
Di
antara
matlamat
BIK
ialah
untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan meningkatkan sumber pendapatan serta taraf hidup penduduk desa, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri kraftangan.
Sebelum itu Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) telah menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) pada 1 Oktober 1979 di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. PKKM adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Dasar PKKM ialah menggalakkan hasil keluaran dan mutu kraftangan yang melambangkan seboleh-bolehnya rupa bentuk dan daya cipta yang berteraskan unsurunsur kebudayaan Malaysia.
Dengan mewujudkan PKKM ini sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk memantau ke arah memajukan kraftangan anyaman adalah diyakini kerana dengan usaha dan kerjasama daripada semua pihak secara langsung atau tidak langsung, kejayaan akan tercapai dalam usaha meningkatkan perusahaan kraftangan ke taraf industri yang lebih kukuh.
Selain itu, agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi industri ini seperti memberikan khidmat nasihat, bimbingan serta cara memudahkan untuk memasarkan hasil kraftangan. Semua usaha ini adalah semata-mata untuk menggalakkan perkembangan industri kraftangan.
3 Promosi bagi barangan kraftangan anyaman juga telah dijalankan dengan meluas. Pihak PKKM dan MAS sentiasa membantu pengeluar kraftangan tempatan dalam berbagai-bagai program promosi di seluruh dunia (Ahmad Sarkawi, 1990). Bermulanya industri pelancongan dengan pelancaran tahun Melawat Malaysia 1990, Tahun Alam Semula Jadi 1991, Tahun Melawat ASEAN 1992, Tahun Melawat Malaysia 2007 sehinggalah Sambutan Kraf Kebangsaan 2008 serta promosi-promosi di luar negeri juga semakin giat dijalankan. Di samping itu, negara mengharapkan industri kraftangan dapat memperbaiki peratusan jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh pelancong untuk membeli-belah.
Selain daripada usaha-usaha yang diberikan oleh PKKM, pengusaha kraftangan anyaman sendiri juga perlu berganding bahu berusaha terlibat dalam meningkatkan jualan kraftangan anyaman mereka. Pengusaha anyaman boleh mengamalkan strategi campuran pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman mereka.
Campuran pemasaran merupakan satu alat yang sangat penting kepada sesebuah syarikat dalam menentukan kejayaan matlamat syarikat itu ditubuhkan. Menurut Kotler dan Amstrong (1996) terdapat empat aspek di dalam campuran pemasaran. Aspek-aspek tersebut ialah produk, harga, lokasi dan promosi atau lebih dikenali sebagai 4P (Product, Price, Place and Promotion). Campuran pemasaran yang diuruskan dengan cekap membolehkan produk yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan cepat dan permintaan terhadap produk tersebut akan terus meningkat selaras dengan kecekapan pengurusan campuran pemasaran tersebut (Luck, et al., 1994).
Campuran pemasaran adalah mengambil kira reka bentuk produk yang menarik untuk menarik pengguna mendapatkan produk tersebut. Harga merupakan sejumlah wang yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan produk, tempat ialah kawasan di mana aktiviti syarikat terdapat kemudahan untuk sasaran pengguna dan promosi untuk memperkenalkan produknya serta memberitahu pengguna akan kelebihan yang terdapat pada produk yang telah dihasilkan.
4 Dalam strategi campuran pemasaran, produk merupakan salah satu aspek yang dititikberatkan, pengusaha anyaman boleh melengkap diri dengan menyertai bengkel, kursus, majalah-majalah dan sebagainya bagi memastikan kraftangan anyaman sentiasa diolah dan diubahsuai mengikut cita rasa pasaran. Rekaan terbaru sentiasa dikeluarkan mengikut cita rasa pasaran tertentu dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang diperolehi semasa penyertaan dalam bengkel dan kursus.
Merujuk Utusan Malaysia (2005), Perdana Menteri mahu produk yang dihasilkan oleh pengusaha kraftangan anyaman mempunyai penjenamaan yang baik dan mampu dikenali selain mendapat sambutan di pasaran global dan bukan sekadar pasaran dalam negara. Kerajaan menggalakkan pengusaha menghasilkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan. Perdana Menteri juga menggalakkan syarikat pengusaha mendapatkan sijil-sijil pengiktirafan mutu seperti sijil ISO bagi menambah nilai produk yang dikeluarkan. Di samping itu, kerajaan akan terus memberi galakan dan perhatian tinggi kepada perusahaan ini kerana sektor tersebut mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara.
Menurut Berita Harian (2004), Isteri Perdana Menteri, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood pernah berkata, kajian pasaran eksport kraf meningkat daripada RM165 juta sepanjang tahun 2002, kepada RM250 juta pada tahun 2003, dengan perkembangan menggalakkan sehingga Februari 2004 apabila jualan mencapai RM40.9 juta. Tambahan pula, akhbar Berita Harian (2007) juga melaporkan seramai 65000 orang pengunjung melawat Ekspo Kraf Kebangsaan dengan nilai jualan produk sebanyak RM5 juta pada tahun 2006. Negeri Melaka terbahagi kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin mempunyai keluasan lebih kurang 658 kilometer persegi. Pada asasnya Melaka mula sebagai sebuah perkampungan nelayan. Oleh sebab kedudukannya yang strategik, kuasa-kuasa barat menakluki dan menjajah negeri ini demi kepentingan ekonomi masing-masing. Penjajahan kuasa-kuasa barat telah meninggalkan kesan sejarah yang unik sehinggalah negeri Melaka sekarang menjadi satu tempat yang terkenal dengan sejarah-sejarahnya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini.
5 Di Melaka juga terdapat cawangan PKKM iaitu Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Melaka. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Melaka mula beroperasi pada tahun 2003.
Negeri Melaka sedang mengalami perkembangan pesat industri kraftangan anyaman kerana usaha dan galakan kerajaan untuk memajukan industri kraftangan anyaman. Perkembangan industri kraftangan ini diharapkan dapat mendapat sambutan daripada orang tempatan dan menarik perhatian daripada lebih ramai pelancong. Semua usaha ini ialah untuk menjadikan Melaka sebuah negeri pelancongan yang utama di Malaysia (Jamalludin, 1990).
Dengan bertambahnya bilangan pelancong yang mengunjungi Melaka, penjualan hasil kraftangan juga seiring meningkat. Terdapat tempahan dari luar negeri walaupun dalam kuantiti yang lebih kecil. Ini adalah petanda baik terhadap industri kraftangan anyaman.
Merujuk Utusan Malaysia (2002), Pelaksanaan projek Taman Sejarah dan Kebudayaan Melaka, Marina dan Menara Taming Sari sudah pasti mencipta era dan sejarah baru kepada negeri Melaka, khususnya dalam meningkatkan industri pelancongan negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pusat ini bukan sahaja akan memaparkan warisan negeri Melaka tetapi akan membuka peluang kepada pengunjung untuk mengamati kebudayaan, seni dan kraf zaman silam, sekaligus meningkatkan jualan kraftangan anyaman.
Selain itu, menurut Berita Harian (2004), Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pelaksanaan pembinaan stesen bas dan teksi termoden yang dikenali sebagai Melaka Sentral di Peringgit berharga RM53 juta dianggap satu lagi mercu Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai kemudahan kepada penghuninya. Selain terminal bas, turut dibina hotel bajet, pusat kompleks perdagangan, pasar besar baru serta bangunan bazar untuk kemudahan peniaga dan pengusaha kraftangan menjalankan
6 perniagaan kerana tempat tersebut merupakan tumpuan orang ramai. Di sini dapat kita lihat betapa prihatin kerajaan negeri Melaka terhadap industri kraftangan.
Tinjauan di Melaka Sentral mendapati, promosi kraftangan anyaman yang dijalankan mendapat sambutan orang ramai, sekaligus membuktikan Malaysia sebenarnya kaya dengan pelbagai khazanah kraf yang unik dan setanding hasil kraftangan negara lain khususnya Indonesia serta Thailand yang dikenali sebagai pengeluar kraftangan bermutu.
Walau bagaimana pun, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melaksanakan skim francais bagi memasarkan produk kraftangan di dalam dan luar negara. Menterinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan skim itu untuk barangan tersebut akan dapat memperkembangkan lagi pasaran kraftangan anyaman negara yang sememangnya unik dan tidak terdapat di negara lain. (Utusan Malaysia, 2004).
Merujuk kepada Utusan Malaysia (2006), Melaka kini berada di landasan yang betul menuju negeri maju menjelang 2010 apabila menduduki tangga ketiga dalam kedudukan negeri termaju di seluruh negara selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sebagai lokasi tumpuan pelancong, di sini ada beratus-ratus gerai dan premis yang menjual pelbagai jenis cenderamata termasuk kraftangan anyaman (Berita Harian, 2004).
Menurut Utusan Malaysia (2004), selain kesan peninggalan sejarah, Melaka juga terkenal sebagai destinasi membeli belah. Dari segala jenis barangan keperluan harian sehinggalah barangan perhiasan diri. Produk-produk kraftangan anyaman yang bermutu tinggi juga boleh didapati dengan harga yang sungguh berpatutan. Bagi penggemar barangan kraftangan anyaman dan antik, Jonker Walk adalah syurga barangan antik di samping pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai barangan di bawah satu bumbung seperti Mahkota Parade, Jaya Jusco, pasar raya Tesco, Kompleks Melaka Raya dan banyak lagi.
7 Merujuk kepada Berita Harian (2007), inisiatif kerajaan Melaka menjadikan projek kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sebelum ini dilihat sangat bertepatan dalam usaha memacu pembangunan produk kraf Malaysia di samping mewujudkan sumber ekonomi berasaskan penerokaan bahan mentah di sesebuah kampung. Menurut Rashidah (2007), program SDSI diadaptasi daripada kejayaan negara Jepun dengan Program One Village One Products (OVOP) dan negara Thailand dengan One Tambon One Product (OTOP). Dalam usaha memperhebatkan lagi penggunaan kraf di kalangan generasi zaman ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) melalui agensinya Kraftangan Malaysia serta kerajaan negeri telah menganjurkan Promosi Kraf Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun 2007 bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall.
Kesedaran terhadap industri kraftangan anyaman pada masa kini kian meningkat. Beberapa pengusaha telah muncul dengan melibatkan diri dalam industri ini. Pengeluaran produk mula menjadi lebih teratur dan berterusan. Mutu barangan kraftangan anyaman kian meningkat. Selain itu, bentuk dan warna juga dikawal. Corak anyaman didapati lebih menarik yakni dengan menggunakan warna yang lembut. Bentuk-bentuk baru dihasilkan dan bentuk lama diubahsuai, keunikan kraftangan anyaman Melaka mendapat pasaran bukan sahaja di kalangan orang tempatan bahkan juga di kalangan pelancong.
Perlaksanaan strategi campuran pemasaran merupakan salah satu cara yang digunakan oleh sesebuah perusahaan untuk bersaing dengan pesaingnya. Perlaksanaan strategi campuran pemasaran juga bertujuan memastikan kejayaan matlamat perusahaan tersebut. Industri anyaman semakin berkembang dan semakin mendapat tempat di kalangan usahawan baru, jadi pengusaha kraftangan yang sedia ada perlu menggunakan strategi campuran pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman mereka.
8 1.2
Latar Belakang Masalah
Secara umumnya pada masa kini adalah didapati bahawa industri kraftangan anyaman telah diketepikan. Ini adalah disebabkan keutamaan yang diberikan kepada industri pembuatan yang dianggap dapat membuahkan hasil yang banyak sehinggakan industri kraftangan semakin berkurangan dan hampir dilupakan.
Sebenarnya industri kraftangan anyaman masih mempunyai peluang yang cerah untuk bersaing dengan industri pembuatan. Tapi ianya bergantung kepada kebolehan dan kemampuan
pengusaha
kraftangan
anyaman
untuk
mempertingkatkan
atau
mengubahsuaikan corak atau mutu pengeluaran supaya tarafnya dapat diperbaiki setanding dengan industri pembuatan. Ini bermakna pengusaha anyaman perlu membuat pembaharuan dari segi produk, harga, lokasi dan promosi iaitu strategi campuran pemasaran. Tanpa adanya campuran pemasaran, sesebuah syarikat tidak mampu untuk memasarkan barang yang dihasilkan dan tidak dapat memberikan faedah kepada pengguna (Luck, et al, 1994). Ini juga bermakna tiada usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman mereka.
Campuran pemasaran yang diuruskan dengan baik menyebabkan sesebuah perusahaan akan dapat menyaingi pesaing-pesaingnya dan ketiadaan campuran pemasaran yang terurus akan menyebabkan sesebuah perusahaan tidak dapat berkembang dengan pesat dan tidak mendapat tempat di hati pengguna.
Campuran pemasaran adalah sangat penting dalam usaha meningkatkan jualan produk. Ketiadaan campuran pemasaran boleh menyebabkan permintaan terhadap produk yang dihasilkan tidak wujud. Ini kerana jika faktor yang terdiri daripada empat elemen yang utama iaitu produk, harga, lokasi dan promosi tidak diambilkira, pengusaha anyaman tidak dapat memberi maklumat kepada pengguna akan kewujudan produknya.
9 Pengusaha harus sentiasa berwaspada tidak semua sumber bahan semula jadi yang wujud di negara kita ini mempunyai potensi untuk tujuan kraftangan anyaman kerana sumber semula jadi mungkin tidak bersesuai daripada aspek ketahanan dan keselamatan dan lain-lain faktor yang berkaitan, jadi penyelidikan perlu dilaksanakan terhadap sumber bahan semula yang dipilih.
Walaupun barangan kraftangan anyaman menarik dan bermutu tinggi ia tidak dapat dikeluarkan untuk pasaran dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah kerana pengeluaranya terhad hanya dijual kepada orang luar yang melancong. Boleh dianggap di sini bahawa industri kraftangan anyaman di Melaka adalah sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan industri kraftangan anyaman yang bercorak komersil di Filipina, Negeri Thai dan Indonesia.
Selain itu, masalah-masalah yang menggugat dan membantut usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka ialah pegusaha kraftangan anyaman sendiri mempunyai daya usaha yang kurang gigih untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi dan hanya ingin memenuhi masa lapang mereka, jadi semangat ingin maju turut berkurang.
Sekarang terdapat banyak persaingan terhadap barangan kraftangan anyaman. Barang plastik telah mengambil alih tempat kraftangan anyaman yang asli. Contohnya tudung saji, tikar, kerusi diperbuat daripada plastik dan diimport lebih mudah untuk mendapatkannya dan membeli. (Jabatan Analisis Faedah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, 1990). Oleh demikian pengusaha kraftangan anyaman hendaklah menghasilkan barangan kraftangan yang unik dan bermutu tinggi agar pengguna memilih kraftangan anyaman daripada barangan plastik.
Pengeluaran kraftangan juga tidak stabil. Biasanya ia dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan kualiti yang kurang seragam. Ini disebabkan pengusaha kraftangan anyaman membuat anyaman mengguna tangan sendiri tanpa menggunakan teknologi jadi tidak mustahil barangan kraftangan yang dihasilkan adalah sedikit dan mengambil
10 masa yang agak lama. Ini bermakna bahawa industri ini belum lagi bersedia untuk mencapai pasaran eksport (Jabatan Analisis Faedah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, 1990).
Pelancong datang ke Malaysia mempunyai banyak sebab seperti bercuti, melawat rakan dan saudara mara, urusan perniagaan, persidangan dan lain-lain. Ketibaan pelancong asing dan tempatan semakin bertambah dengan peningkatan industri pelancongan di Melaka. Salah satu cara pelancong memperingati lawatan mereka ke Melaka ialah mereka cuba mendapatkan barangan cenderamata. Cenderamata berbentuk kraftangan biasanya dibeli untuk sahabat handai di negara mereka. Walau bagaimana pun keadaan ini dipengaruhi oleh sejauh mana barang kraftangan ini dapat menarik pelancong untuk memilikinya (Ahmad Sarkawi, 1990).
Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman di Melaka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, pengusaha kraftangan selalunya menghadapi masalah untuk menjual hasil kraftangan mereka kerana mereka tidak didedahkan cara pemasaran yang banyak dan menguntungkan. Hasil kraftangan anyaman tidak memberi pendapatan yang lumayan, oleh itu pengusaha menganggap industri kraftangan anyaman tidak mempunyai potensi yang cerah.
Selain itu, kebanyakan pengusaha yang mengendalikan perusahaan kraftangan anyaman adalah terdiri golongan yang boleh dikatakan tiada mempunyai kelulusan khusus terutama dalam bidang sains dan teknologi (Chamhuri Siwar et al:1988). Ramai di antara pengusaha kraftangan memperolehi kemahiran dan pengetahuan dari golongan yang terdahulu secara informal (seperti memerhati dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa atau nenek masing-masing). Proses pembelajaran secara informal ini hanya membolehkan pengusaha kraftangan anyaman itu meniru tanpa mengetahui secara mendalam apa tujuan proses dan teknik yang digunakan. Seterusnya dengan berbekalkan pengetahuan tersebut, mereka pun memulakan perusahaan tanpa berusaha untuk terus mempertingkatkan lagi pengetahuan teknologi dari semasa ke semasa (Ahmad Tajuddin, 1990).
11 Pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi boleh diperolehi melalui media cetakan seperti jurnal, majalah serta media elektronik pula seperti televisyen dan radio, penyertaan dalam seminar, bengkel dan kursus. Malangnya pengusaha kraftangan anyaman belum sedar akan kepentingannya dan tidak menghargai faedah yang telah disediakan sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman.
Jika dilihat kepada industri kraftangan anyaman di Melaka yang telah dikuasai sejak berpuluh tahun yang lampau adalah boleh dikatakan bahawa tiada perubahan atau pembaharuan ketara yang berlaku sehingga kini. Produk-produk industri kraftangan negara kita masih kekal dengan rekabentuk lama yang “stereotype” (Ahmad Tajuddin, 1990). Begitu juga dengan kaedah atau proses pengeluaran produk-produk tersebut. Cara lama yang dipusakai turun temurun masih dipraktikkan tanpa sebarang usaha yang dibuat untuk mempertingkatkan kecekapannya. Oleh sebab itu, perusahaan kraftangan anyaman ini makin menurun. Di samping itu, Ahmad Tajuddin (1990) menyatakan jika dibandingkan dengan Negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina perusahaan kraftangan mereka berkembang dan mengeluarkan rekabentuk produk yang baru dan mampu bersaing dan menandingi barangan kraftangan dari negara kita.
Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman menganggap pembungkusan barangan kraftangan tidak begitu penting. Ini terjadi mungkin disebabkan proses pembungkusan adalah merupakan proses yang paling akhir di dalam pengeluaran produk. Oleh itu, kita sering melihat kebanyakan barangan kraftangan anyaman di pasaran mempunyai kemasiap atau pembungkusan yang tidak begitu menarik.
Sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha kraftangan telah menyedari tentang kepentingan kualiti produk tetapi masih ramai yang beranggapan bahawa mengamalkan kawalan kualiti akan meningkatkan kos pengeluaran dan seterusnya tidak mendapat pulangan yang tinggi. Sebenarnya pandangan ini sudah tidak sesuai lagi apabila usahawan di negara-negara maju membuktikan sebaliknya (Ahmad Tajuddin, 1990).
12 Tambahan pula, pengusaha anyaman memilih tempat yang tidak strategik iaitu mendirikan gerai-gerai di tepi jalan yang kurang tumpuan orang ramai, manakala ada sesetengah pengusaha mendapat tempat jualan kraftangan di tempat tersorok daripada laluan orang ramai. Harga kraftangan juga tidak memberi kepuasan terhadap pengguna yang ingin membeli. Jadi pengusaha telah mengabaikan strategi campuran pemasaran dalam usaha meningkatkan jualan kraftangan anyaman.
Pada masa kini, minat generasi muda untuk mempelajari kemahiran ini bertambah merosot. Ini disebabkan menganyam memerlukan masa yang lama, perlu ketekunan serta kesabaran dan ia tidak mempunyai pasaran yang tetap. Contohnya penganyam tikar menghasilkan tikar pandan ini merangkumi semua proses daripada mengambil bahan mentah iaitu daun pandan liar hinggalah memproses, mewarna dan menganyam tikar. Proses ini mengambil masa di antara dua hingga tiga minggu. Ini menyebabkan ramai muda-mudi yang tidak meminati untuk berkecimpung dan meneruskan bidang ini. Kebanyakan mereka lebih suka berhijrah ke bandar untuk bekerja. Di sini nyata sekiranya kemahiran kraftangan anyaman ini tidak diwarisi kepada generasi muda kita, maka dengan perlahan-lahan akan pupus.
1.3
Pernyataan Masalah
Pengurusan campuran pemasaran yang cekap adalah sangat penting bagi memastikan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha kraftangan anyaman bersaing dengan pengusaha kraftangan anyaman yang baru. Dengan hal yang demikian, kraftangan anyaman yang dihasilkan akan dapat dipasarkan dengan meluas dan dapat meningkatkan hasil jualan mereka.
13 Walaupun telah banyak program, usaha dan kemudahan yang disediakan oleh PKKM kepada pengusaha kraftangan anyaman bagi meningkatkan jualan kraftangan anyaman di Melaka, namun demikian masih ramai pengusaha kraftangan anyaman masih berada tahap yang sama di mana dari awal sehingga sekarang tiada pembaharuan atau pengubahsuaian yang dilakukan untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman di Melaka.
Oleh itu, satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran.
1.4
Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji merangka lima persoalan kajian dalam menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian berkaitan dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran adalah seperti berikut: i.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek produk?
ii.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek harga?
iii.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek lokasi?
iv.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek promosi?
14 v.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran mengikut jantina?
1.5
Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran. Kajian ini mempunyai lima objektif utama yang telah dikenalpasti iaitu:
i.
Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek produk.
ii.
Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek harga.
iii.
Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek lokasi.
iv.
Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek promosi.
v.
Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran mengikut jantina.