PANDUAN KONVOKESYEN SENARAI SEMAK KANDUNGAN SAMPUL Pastikan semua perkara seperti senarai di bawah terdapat dalam sampul surat yang graduan terima: 1. 2. 3. 4.
Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen Ke-2 Buku Panduan Konvokesyen Slip Bayaran Masuk Bank Muamalat Malaysia Berhad Kad Jemputan, 1 Pelekat Kenderaan, 2 Kad Masuk
SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN ISTIADAT INI DENGAN SEBAIKNYA.
ISTIADAT KONVOKESYEN Pada tahun ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan Istiadat Konvokesyen buat kali kedua. Istiadat Konvokesyen adalah satu Istiadat yang sangat bererti kepada para graduan. Dengan sebab itulah pihak UniMAP amat berharap agar graduan dapat bekerjasama sepenuhnya demi kelancaran perjalanan Istiadat. Berikut adalah maklumat penting mengenai Istiadat berkenaan yang mesti diambil ingatan oleh graduan.
Tarikh
Aktiviti
Tempat
Masa
Pakaian
16 0gos 2007
Raptai Penuh Istiadat Konvokesyen
Dewan 2020, Kangar
9.00 pagi
Pakaian kemas
17 Ogos 2007
Raptai dan Taklimat Bersama Graduan
Dewan 2020, Kangar
8.30 pagi
Pakaian kemas
18 Ogos 2007
Istiadat Konvokesyen Ke-2
Dewan 2020, Kangar
8.00 pagi – 1.30 petang
Sila rujuk m/s 9
1
PENDAFTARAN PADA HARI RAPTAI Graduan dikehendaki melapor dan mendaftarkan diri pada 17 Ogos 2007 mulai 8.30 pagi di Dewan 2020, Kangar dan mengikuti raptai sehingga selesai.
PENDAFTARAN PADA HARI KONVOKESYEN Graduan dikehendaki mendaftarkan diri pada 18 Ogos 2007 mulai 7.30 pagi di Kaunter Pendaftaran, Tingkat 1, Dewan 2020, Kangar. Sewaktu pendaftaran di hari konvokesyen, graduan adalah dikehendaki menunjukkan surat jemputan kepada pegawai yang bertugas. Tanpa surat jemputan, graduan tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai Istiadat Konvokesyen. Graduan yang datang selepas perarakan masuk graduan pada hari konvokesyen, tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Universiti berhak menahan atau melarang graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai Istiadat Konvokesyen.
KAJIAN PENGESANAN GRADUAT IPT Graduan dikehendaki mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduat IPT secara ‘online’ di laman web berikut: http://graduat.mohe.gov.my Graduan juga dikehendaki mencetak slip pengesahan kajian dan menghantar bersama surat jawapan kehadiran.
PERSATUAN ALUMNI KUKUM-UniMAP Graduan dikehendaki mengisi Borang Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP secara ‘online’ di laman web berikut: http://publicweb.unimap.edu.my/~alumni/ Graduan juga dikehendaki mencetak slip pengesahan Persatuan Alumni dan menghantar bersama surat jawapan kehadiran.
2
PAKAIAN KONVOKESYEN a)
Jubah (Robe) Jubah graduan berwarna biru dan dibezakan mengikut peringkat pengajian
b)
Selepang (Hood) Selepang graduan berwarna biru di luar dan warna di dalam adalah mengikut pusat pengajian masing-masing. Warna jalur selepang mengikut pusat pengajian seperti berikut:
c)
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN
WARNA
Mikroelektronik
Oren Kekuningan
Komputer dan Perhubungan
Merah
Bahan
Emas
Mekatronik
Biru laut
Pembuatan
Ungu Muda
Sistem Elektrik
Hijau Epal
Topi (Mortar Board) Topi Sarjana dan Sarjana Muda berbentuk empat segi
PERHATIAN: Ketiadaan salah satu komponen pakaian konvokesyen menyebabkan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan. Pastikan graduan mendapat pakaian konvokesyen yang lengkap semasa mengambilnya. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai pakaian konvokesyen yang disewa.
3
BAYARAN a)
Pakaian Konvokesyen, Folder /Sijil dan Yuran Persatuan Alumni Bayaran yang diwajibkan bagi menyertai konvokesyen ialah sebanyak RM 130.00. Berikut adalah perincian bayaran yang dikenakan: Pakaian Konvokesyen - RM 30.00 Folder /Sijil - RM 50.00 Yuran Persatuan Alumni - RM 50.00 Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan menggunakan slip bayaran masuk yang telah disediakan oleh pihak Bendahari. Sila hantar slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bersama-sama surat jawapan kehadiran. Bagi graduan yang tinggal di kawasan atau negeri yang tidak mempunyai kemudahan Bank Muamalat Malaysia Berhad, bayaran tunai juga boleh dibuat di kaunter bayaran yang akan dibuka semasa pengambilan pakaian konvokesyen. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran. Resit pembayaran / slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) hendaklah dibawa bersama semasa hendak mengambil dan memulangkan pakaian konvokesyen. Graduan yang telah menjelaskan bayaran tetapi tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, tidak akan menerima kembali bayaran tersebut.
b)
Gambar Pihak universiti menyediakan perkhidmatan mengambil gambar semasa Istiadat Konvokesyen. Graduan diwajibkan untuk memilih salah satu pakej yang disediakan oleh pihak universiti iaitu: Pakej 1 Bayaran yang dikenakan ialah RM 50.00. Berikut adalah perincian jenis gambar: o Gambar sewaktu bersedia/menaiki pentas o Gambar sewaktu menerima skrol o Gambar sewaktu berjalan di atas pentas Jumlah gambar adalah 3 keping yang bersaiz 5R, 8R dan 11R. Pakej 2 Bayaran yang dikenakan ialah RM 100.00. Berikut adalah perincian jenis gambar: o Gambar sewaktu bersedia/menaiki pentas o Gambar sewaktu menerima skrol o Gambar sewaktu berjalan di atas pentas o Gambar solo (dalam studio) o Gambar bersama keluarga/rakan (6 orang) Jumlah gambar adalah 5 keping yang bersaiz 3R, 5R, 8R (2 keping) dan 11R. 4
Graduan dikehendaki memilih salah satu pakej yang disediakan dengan mengembalikan borang tempahan bersama bayaran yang dikenakan. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draft atas nama “BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS” dan mesti sampai kepada pihak universiti tidak lewat dari 27 Julai 2007. Gambar konvokesyen boleh dituntut seperti di jadual berikut: Tarikh 19 Ogos 2007 (Ahad) 20 Ogos 2007 (Isnin)
Masa 2.00 petang – 5.00 petang 9.00 pagi-1.00 petang 2.00 petang- 5.00 petang
Tempat Aras 1, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bersebelahan Hong Leong Bank, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis.
Gambar yang tidak dituntut selepas 3 bulan dari tarikh Istiadat Konvokesyen akan dilupuskan. Graduan yang telah menjelaskan bayaran tetapi tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, tidak akan menerima kembali bayaran tersebut.
c)
Cenderamata Khas Pihak universiti juga menyediakan Cenderamata Khas dengan bayaran hanya RM50.00. (Ringgit Malaysia : Lima puluh sahaja). Sekiranya berminat, graduan boleh menempah cenderamata tersebut dengan mengembalikan borang tempahan bersama bayaran yang dikenakan. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draft atas nama “BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS” dan mesti sampai kepada pihak universiti tidak lewat dari 27 Julai 2007. Tempahan lewat berkemungkinan tidak akan dilayan dan bagi mengelakkan kesilapan ejaan, semua tempahan perlu disertakan satu salinan fotostat kad pengenalan.
5
PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN PAKAIAN KONVOKESYEN Graduan dinasihatkan supaya mematuhi jadual pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen. Berikut adalah butiran penting mengenai pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen: Tempat pengambilan dan pemulangan Aras 3, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bersebelahan Hong Leong Bank, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis Tarikh dan Masa Pengambilan Pakaian Konvokesyen Tarikh 15 Ogos 2007 (Rabu) 16 Ogos 2007 (Khamis) 17 Ogos 2007 (Jumaat)
Masa 9.00 pagi- 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang 9.00 pagi-1.00 petang 2.00 petang- 5.00 petang 9.00 pagi-12.00 tengahari 3.00 petang- 5.00 petang
Tarikh dan Masa Pemulangan Pakaian Konvokesyen Tarikh 18 Ogos 2007 (Sabtu) 19 – 21 Ogos 2007 (Ahad-Selasa)
Masa 3.00 petang – 5.00 petang 9.00 pagi- 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang
PERHATIAN Graduan hanya dibenarkan mengambil pakaian konvokesyen mengikut hari dan masa yang ditetapkan sahaja. Graduan digalakkan mengambil pakaian konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai.
PENJUALAN ‘BLAZER’ Koperasi UniMAP Berhad menyediakan perkhidmatan jualan ‘blazer’ dengan harga RM80.00 (secara tunai sahaja). Bagi graduan yang berminat untuk membeli ‘blazer’ tersebut (untuk dipakai semasa Istiadat Konvokesyen), kaunter jualan ‘blazer’ akan dibuka pada 15 – 17 Ogos 2007 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Aras 1, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bersebelahan Hong Leong Bank, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis. Kuantiti adalah terhad.
6
MAKLUMAT PENTING SEMASA PENGAMBILAN PAKAIAN KONVOKESYEN Sila jelaskan bayaran yuran konvokesyen dan serahkan salinan resit pembayaran / slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) di kaunter untuk tujuan pengesahan. Bagi yang menghantar wakil, sila isi Borang Wakil Ambil Pakaian Konvokesyen dan serahkannya bersama satu (1) salinan kad pengenalan graduan untuk tujuan pengesahan dan semakan berserta salinan resit pembayaran / slip bayaran masuk yuran konvokesyen Salinan Pelajar (warna biru) kepada wakil untuk dikemukakan di kaunter semasa hari mengambil pakaian konvokesyen. Pastikan petugas kaunter menyerahkan perkara-perkara berikut kepada graduan: a) Jubah b) Topi (Mortar Board) c) Selepang (Hood) mengikut warna pusat pengajian Tandatangan pada borang yang telah disediakan MAKLUMAT PENTING SEMASA PEMULANGAN PAKAIAN KONVOKESYEN Pastikan pakaian konvokesyen yang dipulangkan dalam keadaan baik. Graduan perlu mematuhi langkah-langkah berikut semasa memulangkan pakaian konvokesyen:1. 2. 3.
4. 5. 6.
Serahkan pakaian konvokesyen Tandatangan pada borang pemulangan yang disediakan di kaunter. Tuntut skrol dan transkrip di kaunter skrol dan transkrip. Skrol dan transrip hanya akan diserahkan sekiranya graduan telah a) menjelaskan semua hutang universiti sama ada hutang dengan Jabatan Bendahari atau Jabatan Perpustakaan b) melengkapkan 7 program wajib RPS Skrol dan transkrip diserahkan dan tandatangan pada senarai yang disediakan. Ambil gambar di kaunter yang disediakan. Ambil Cenderamata Khas di kaunter sekiranya telah membuat tempahan.
KETIDAKHADIRAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN ¾ Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga perlu membuat pembayaran sebanyak RM 100.00 untuk bayaran o Folder/ Sijil - RM 50.00 o Yuran Persatuan Alumni - RM 50.00 ¾ Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan slip bayaran masuk yang disertakan dan hantar slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) ke Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar. 7
SYARAT SEWA PAKAIAN KONVOKESYEN Syarat dan maklumat penting mengenai penyewaan pakaian konvokesyen adalah seperti berikut: Graduan adalah bertanggungjawab kepada pakaian konvokesyen yang disewa. Sebarang kehilangan dan kerosakan pakaian konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. Graduan yang masih berhutang dengan Universiti atau belum melengkapkan 7 program wajib RPS masih boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen setelah membayar RM 130.00. Walau bagaimanapun, graduan masih tidak boleh mendapatkan skrol dan transkrip sehingga jumlah hutang diselesaikan atau setelah melengkapkan 7 program wajib RPS. UniMAP menyediakan perkhidmatan sewaan blazer dengan bayaran RM 20.00. Walau bagaimanapun kuantiti adalah terhad. Bayaran tunai boleh dibuat di kaunter Bendahari semasa pengambilan pakaian konvokesyen. Kelewatan memulangkan pakaian konvokesyen/ blazer selepas 21 Ogos 2007 menyebabkan graduan akan dikenakan denda RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja) sehari. Sekiranya graduan menyebabkan pakaian konvokesyen/ blazer yang dipinjam rosak atau hilang, denda yang dikenakan adalah seperti berikut: Bil.
Jenis
Denda
1.
Jubah
RM 720.00
2.
Topi
RM 100.00
3.
Selepang
RM 200.00
4.
Blazer
RM 200.00
KAD MASUK Seorang graduan akan diberi dua (2) keping kad masuk untuk dua orang tetamu. TETAMU Tetamu adalah diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing pada 18 Ogos 2007 mulai 8.00 pagi. Seseorang tetamu mestilah berumur tidak kurang dari dua belas (12) tahun. Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. 8
PANDUAN BERPAKAIAN SEMASA KONVOKESYEN Tetamu ¾ Bagi lelaki – ‘Lounge suit’/ kebangsaan ¾ Bagi wanita – Rasmi/ Kebangsaan/ Bersesuaian PANDUAN BERPAKAIAN SEMASA KONVOKESYEN Graduan Lelaki Graduan lelaki hendaklah memakai ‘lounge suit’ berwarna gelap, kemeja lengan panjang berwarna cerah dan bertali leher. Graduan lelaki hendaklah memakai kasut berwarna gelap yang digilap. Rambut hendaklah pendek dan tidak mencecah kolar baju. Graduan Wanita Pakaian graduan wanita ialah baju kurung/kebarung/atau pakaian labuh warna bebas. Graduan wanita yang bertudung digalakkan memakai tudung berwarna cerah. Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut, tidak terlalu mendedah dan baju hendaklah yang berlengan. Graduan wanita hendaklah memakai kasut bertutup dan bertumit. Umum Selepang (hood) hendaklah terletak di atas paras kedua-dua bahu. Rumbai (tassel) pada topi dibiarkan tergantung di hadapan sebelah kiri. PERATURAN AM Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barangbarang persendirian seperti beg, video, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan. Semasa Istiadat sedang berlangsung graduan dan ibu bapa/ tetamu diminta menghormati Istiadat dengan tidak membuat bising. Sila tangguh tepukan sehingga Istiadat berakhir. Semasa Istiadat sedang berlangsung di Dewan 2020, graduan dan juga tetamu yang lain adalah dilarang sama sekali mengambil gambar/video. Graduan hendaklah memberitahu hal ini kepada ibu bapa/tetamu. Graduan dan ibu bapa/ tetamu dilarang meninggalkan dewan semasa Istiadat Konvokesyen sedang berjalan. Graduan dan ibu bapa/ tetamu dilarang memakai ‘jeans’, selipar, sandal, dan kemeja T semasa Istiadat Konvokesyen. Graduan dan ibu bapa/ tetamu yang tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan di atas adalah dilarang daripada menyertai Istiadat Konvokesyen ini. 9
SENARAI SEMAK Bil.
Perkara
1.
Pastikan ejaan nama graduan dalam semua borang sama seperti dalam kad pengenalan Kembalikan Surat Jawapan Kehadiran sebelum 27 Julai 2007 Isi Borang Kajian Pengesanan Graduan IPT secara ‘online’ serta cetak slip pengesahan dan hantar bersama surat jawapan kehadiran Isi Borang Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP secara ‘online’ serta cetak slip pengesahan dan hantar bersama surat jawapan kehadiran Jelaskan Yuran Konvokesyen menggunakan slip Bayaran Masuk dan hantar slip Bayaran Masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bersama surat jawapan kehadiran Simpan resit pembayaran / slip Bayaran Masuk Salinan Pelajar (warna biru) dan bawa bersama semasa pengambilan pakaian konvokesyen Lekatkan pelekat kenderaan di cermin sebelah kiri kenderaan Bawa kad masuk semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen
2. 3. 4. 5.
6.
7. 8.
Tandakan (√)
PERTANYAAN Sebarang pertanyaan mengenai Istiadat Konvokesyen, graduan bolehlah menghubungi : Tel: 04-979 8700 / 04- 979 8707 Nombor Faks 04-979 8703
10
SENARAI HOTEL 1.
Putra Palace Hotel 135 Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9767755 Faks : 04-9761049 / 04-97618857
2.
Putra Brasmana Hotel 02000 Kuala Perlis, Perlis. Tel : 04-9855900 Faks : 04-9852900
3.
4.
5.
6.
Sri Kayangan Inn Hotel No. 49 Medan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9768121 / 04-9763039 Faks : 04-9764840 Bukit Air Resort Jalan Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9770710 Faks : 04-9777285 Malaysia Hotel No. 65, 67 Jalan Jubli Perak, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-971366, 04-9761387 Faks : 04-9761366 Federal Hotel 104B, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9766288 /04-9766884/ 04-9765288 Faks : 04-9766224
7.
Kuala Perlis Seaview Hotel No. 1 Persiaran Putra Timur 1, 02000 Kuala Perlis, Perlis. Tel : 04-9852171 Faks : 04-9852217
8.
Semarak Resort Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9772233 Faks : 04-9782908
9.
Sri Malaysia Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7308737 Faks : 04-7307594
10.
Asrama Jabatan Belia dan Sukan Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9793503 Faks : 04-9762555
11.
Samila Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7318888 Faks : 04-7322344
12.
Royal Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7330922 Faks : 04-7330925
13.
Sentosa Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7309999 Faks : 04-7304418
14.
Grand Crystal Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7313333 Faks : 04-7316368
15.
Holiday Villa Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7349999 Faks : 04-7341954
16.
Grand Continential Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7335917 Faks : 04-7335161
11
CARTA ALIR MENGISI BORANG KAJIAN PENGESANAN GRADUAT IPT SECARA ‘ONLINE’ Masukkan ke laman web http://graduat.mohe.gov.my
Klik LOG MASUK di ruangan ‘LOG MASUK GRADUAT’
Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru
Pilih IPTA
Pilih Universiti Malaysia Perlis
Isi setiap soalan mengikut kesesuaian maklumat
Hantar borang yang telah siap diisi secara ‘online’
Cetak slip pengesahan
Hantar slip pengesahan bersama surat jawapan kehadiran
12
CARTA ALIR PENGAMBILAN PAKAIAN KONVOKESYEN
Jelaskan Yuran Konvokesyen dan hantar slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bersama surat jawapan kehadiran
Simpan slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) dan bawa semasa pengambilan pakaian konvokesyen
Tunjukkan resit pembayaran (sekiranya menjelaskan bayaran secara tunai)/slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) di kaunter sebagai bukti pembayaran
Ambil Pakaian Konvokesyen
Tandatangan pada borang penggunaan pakaian konvokesyen
13
CARTA ALIR PEMULANGAN PAKAIAN KONVOKESYEN
Serahkan pakaian konvokesyen di kaunter pemulangan
Tandatangan pada borang penggunaan pakaian konvokesyen
Tuntut skrol dan transkrip di kaunter skrol dan transkrip. Skrol dan transrip hanya akan diserahkan sekiranya graduan telah a) menjelaskan semua hutang universiti sama ada hutang dengan Jabatan Bendahari atau Jabatan Perpustakaan b) melengkapkan 7 program wajib RPS
Tandatangan pada senarai yang telah disediakan
Ambil gambar di kaunter yang disediakan
Ambil Cenderamata Khas di kaunter sekiranya telah membuat tempahan
14
ARAHAN KEPADA GRADUAN Anda dinasihatkan supaya membaca arahan-arahan berikut dengan teliti sebelum mengisi dokumen-dokumen yang disertakan: LAMPIRAN 1
Surat Jawapan Akan Hadir Sila isi dan kembalikan surat ini sebelum 27 Julai 2007 sekiranya graduan akan hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-2 UniMAP.
LAMPIRAN 2
Surat Jawapan Tidak Akan Hadir Sila isi dan kembalikan surat ini sebelum 27 Julai 2007 sekiranya graduan tidak akan hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-2 UniMAP.
LAMPIRAN 3
Borang Penggunaan Pakaian Konvokesyen Sila isi dan kembalikan borang ini bersama surat jawapan kehadiran.
LAMPIRAN 4
Borang Wakil Ambil Pakaian Konvokesyen Sila isi sekiranya menghantar wakil untuk mengambil pakaian konvokesyen dan meminta wakil membawa borang ini berserta salinan kad pengenalan graduan dan salinan resit pembayaran /slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) yuran konvokesyen.
LAMPIRAN 5
Borang Tempahan Gambar Konvokesyen Sila isi dan membuat bayaran serta kembalikan borang ini bersama surat jawapan kehadiran.
LAMPIRAN 6
Borang Tempahan Cenderamata Khas Graduan Sila isi borang ini sekiranya berminat sahaja dan membuat bayaran serta kembalikan bersama surat jawapan kehadiran.
LAMPIRAN 7
Borang Pembelian ‘Blazer’ Sila isi borang ini sekiranya berminat sahaja dan membuat bayaran pada hari pembelian ‘blazer’ tersebut (pada hari graduan mengambil pakaian konvokesyen).
15
Lampiran 1
SURAT JAWAPAN AKAN HADIR (Sila kembalikan surat ini kepada urusetia SEBELUM 27 JULAI 2007) di alamat berikut: Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Unit Senat dan Prasiswazah Universiti Malaysia Perlis, Tingkat 1, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. ISTIADAT KONVOKESYEN KE-2 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1.
Saya akan hadir ke Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di Dewan 2020 pada 18 Ogos 2007 (Sabtu) dan akan hadir bagi pengambilan pakaian konvokesyen pada masa yang telah ditetapkan di Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar.
2.
Bersama-sama ini saya sertakan:Slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bernilai RM130.00 untuk bayaran yuran konvokesyen Borang Penggunaan Pakaian Konvokesyen. Salinan Slip Pengesahan ‘Kajian Pengesanan Graduat IPT’ yang dicetak secara online. Salinan Slip Pengesahan Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP yang dicetak secara online. Borang Tempahan Gambar Konvokesyen berserta bayaran. Borang Tempahan Cenderamata Khas (sekiranya berminat) berserta bayaran.
3.
Perakuan Saya faham dan bersetuju bahawa : a) b) c)
saya tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini jika tidak memakai pakaian seperti yang ditetapkan. saya tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini jika saya tidak melaporkan diri untuk upacara raptai pada 17 Ogos 2007. bayaran RM130.00 ini tidak akan dikembalikan jika saya menarik diri atas apa jua alasan.
Nama : ____________________________________________________________________________ No. Matrik : __________________________ No. K/P : _____________________________________ Program Pengajian : _________________________________________________________________ Pusat Pengajian Kejuruteraan : ________________________________________________________ Alamat : ____________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ No. Telefon (R) : ____________________
(HP) _________________________________________
Tarikh : __________________________ Tandatangan : _____________________________________ Tanda ( 3) pada
yang berkenaan.
Lampiran 2
SURAT JAWAPAN TIDAK AKAN HADIR (Sila kembalikan surat ini kepada urusetia SEBELUM 27 JULAI 2007) di alamat berikut: Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Unit Senat dan Prasiswazah Universiti Malaysia Perlis, Tingkat 1, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. ISTIADAT KONVOKESYEN KE-2 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1.
Saya tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen tersebut. Sila kirimkan skrol pengijazahan dan transkrip akademik melalui pos.
2.
Bersama-sama ini saya sertakan:Slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bernilai RM 100.00 sebagai bayaran folder/sijil dan yuran Persatuan Alumni. Salinan Slip Pengesahan ‘ Kajian Pengesanan Graduat IPT’ yang dicetak secara online. Salinan Slip Pengesahan Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP yang dicetak secara online. Borang Tempahan Cenderamata Khas (sekiranya berminat) berserta bayaran.
3.
Perakuan Saya faham dan bersetuju bahawa : a) b)
saya faham bahawa pihak Universiti tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan penerimaan atas kehilangan skrol /transkrip semasa dalam perjalanan pos. saya tidak boleh dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan bersabit dengan kes-kes di atas (jika ada).
Nama : ____________________________________________________________________ No. Matrik : __________________________ No. K/P : _____________________________ Program Pengajian : _________________________________________________________ Pusat Pengajian Kejuruteraan : ________________________________________________ Alamat : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ No. Telefon (R) : ____________________
(HP) _________________________________
Tarikh : __________________________ Tandatangan : ____________________________ Tanda ( 3) pada
yang berkenaan.
Lampiran 3
BORANG PENGGUNAAN PAKAIAN KONVOKESYEN Butiran Graduan 1.
Nama : _____________________________________________________________
2.
No. Matrik : _________________________________________________________
3.
Program Pengajian : __________________________________________________
4.
Pusat Pengajian Kejuruteraan : ________________________________________
5.
Saiz Jubah : (Arahan : Sila tandakan (3) pada mana-mana yang berkenaan)
XXL
XL
L
M
S
XS
* Bagi graduan sarjana, saiz jubah adalah M dan L sahaja
Penerimaan Saya mengaku menerima pakaian konvokesyen (jubah, selepang dan topi) dalam keadaan baik. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap item-item tersebut. Tarikh : ____________________________
Tandatangan : ____________________
Pemulangan Saya mengaku menerima pakaian konvokesyen (jubah, selepang dan topi) dalam keadaan baik. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap item-item tersebut. Tarikh : ____________________________
Tandatangan : ____________________
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Persijilan Graduan ini layak dianugerah skrol pengijazahan dan transkrip akademik kerana telah memulangkan pakaian konvokesyen (jubah, selepang dan topi) dalam keadaan baik. Tarikh : _________________________ Tandatangan Pegawai : ___________________
Lampiran 4
BORANG WAKIL AMBIL PAKAIAN KONVOKESYEN
Saya
: _________________________________________________________
No. Matrik : _________________________________________________________ No. K/P
: _________________________________________________________
Pusat Pengajian Kejuruteraan
:
_____________________________________
Dengan ini mewakilkan
: ____________________________________________
No. Kad Pengenalan
:_____________________________________________
untuk mengambil Pakaian Konvokesyen bagi pihak saya. Sebarang kerosakan/ tanggungjawab saya.
kehilangan
Pakaian
Konvokesyen
saya
adalah
Tandatangan Graduan ________________________ Tarikh _________________ Tandatangan Wakil •
_________________________Tarikh _________________
Sila sertakan salinan Kad Pengenalan graduan serta salinan resit pembayaran /slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) yuran konvokesyen (RM 130.00).
Lampiran 5
BORANG TEMPAHAN GAMBAR KONVOKESYEN Nama:
________________________________________________________
No. Matrik:
________________________________________________________
Program Pengajian: ________________________________________________________ Pusat Pengajian Kejuruteraan : _______________________________________________ No. Kad Pengenalan: ________________________________________________________
Pilihan Pakej: Pakej 1 - RM 50.00 Jenis gambar: Gambar sewaktu bersedia/menaiki pentas Gambar sewaktu menerima skrol Gambar sewaktu berjalan di atas pentas 3 keping yang bersaiz 5R, 8R dan 11R Pakej 2 - RM 100.00 Jenis gambar: Gambar sewaktu bersedia/menaiki pentas Gambar sewaktu menerima skrol Gambar sewaktu berjalan di atas pentas Gambar solo (dalam studio) Gambar bersama keluarga/rakan (6 orang) 5 keping yang bersaiz 3R, 5R, 8R (2 keping) dan 11R Dengan ini disertakan Kiriman wang/Wang pos/Bank Draf bernilai RM50.00 /RM100.00 bernombor _________________ atas nama “ BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS “ sebagai bayaran tempahan gambar konvokesyen sempena Istiadat Konvokesyen ke-2 UniMAP. Tandatangan : _____________________________________________________________ No.Telefon
: _____________________________________________________________
Alamat Penuh : _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Tarikh
: ____________________________________________________
Lampiran 6
BORANG TEMPAHAN CENDERAMATA KHAS GRADUAN (SEKIRANYA BERMINAT SAHAJA) Nama:
________________________________________________________
No. Matrik:
________________________________________________________
Program Pengajian: ________________________________________________________ Pusat Pengajian Kejuruteraan : _______________________________________________ No. Kad Pengenalan: ________________________________________________________ Dengan ini disertakan Kiriman wang/Wang pos/Bank Draf bernilai RM50.00 bernombor _________________ atas nama “ BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS “ sebagai bayaran tempahan Cenderamata Khas sempena Istiadat Konvokesyen ke-2 UniMAP. Bersama ini juga disertakan satu salinan fotostat kad pengenalan saya untuk tindakan tuan. Tandatangan : _____________________________________________________________ No.Telefon
: _____________________________________________________________
Alamat Penuh : _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Tarikh
: ____________________________________________________
Catatan: Sila hantar borang ini bersama dengan surat jawapan kehadiran
CONTOH CENDERAMATA KHAS GRADUAN
Lampiran 7
KOPERASI UniMAP BERHAD BORANG PEMBELIAN ‘BLAZER’ (SEKIRANYA BERMINAT SAHAJA) Nama:
________________________________________________________
No. Matrik:
________________________________________________________
Program Pengajian: ________________________________________________________ Pusat Pengajian Kejuruteraan : _______________________________________________ No. Kad Pengenalan: ________________________________________________________
Dengan ini disertakan wang tunai bernilai RM80.00 sebagai bayaran pembelian
‘blazer’.
Tandatangan : _____________________________________________________________ No.Telefon
: _____________________________________________________________
Alamat Penuh : _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Tarikh
: ____________________________________________________
Catatan: Serahkan borang ini semasa hari pembelian
JABATAN PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIT SENAT DAN PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP JALAN BUKIT LAGI 01000 KANGAR, PERLIS TEL : 04-979 8700 / 8707 FAKS : 04-979 8703 www.unimap.edu.my