DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN TAHUN SATU
2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
DOKUMEN STANDARD
KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
Cetakan Pertama 2010 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
DRAF AKHIR 2010
KANDUNGAN
Pendahuluan
1
Matlamat
1
Objektif
1
Fokus Mata Pelajaran
2
Pelaksanaan Modul KAIMal
2
Dokumen yang disediakan dalam melaksanakan KAIMal
3
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
3
Pentaksiran
4
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
5
TERHAD
DRAF AKHIR KAIMal 2010 PENDAHULUAN Modul Teras Asas: Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMal). Komposisi Modul Teras Asas KAIMal terdiri daripada disiplin ilmu dan kemahiran meliputi Orientasi dan Mobiliti, kemahiran Kod Braille dan penggunaan peralatan khas serta kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan. Di dalam modul ini, murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai bagi menguasai kemahiran-kemahiran dalam menjalani kehidupan harian sebagai insan kurang upaya penglihatan. KAIMal dilaksanakan sebagai kurikulum modular yang terbahagi kepada 3 modul iaitu : i. Orientasi dan Mobiliti ii. Kemahiran kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii. Asas TMK masalah penglihatan . Standard yang dinyatakan di dalam dokumen ini merupakan keperluan yang perlu dicapai oleh semua murid Tahun 1 pendidikan khas masalah penglihatan.
MATLAMAT Modul teras asas KAIMal ini adalah untuk melahirkan dan membentuk jati diri murid bermasalah penglihatan supaya mempunyai kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian. Modul ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF i. ii. iii. iv. v. vi.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan peralatan khas Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah penglihatan Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti. Meningkatkan kemahiran sosialisasi. 1
DRAF AKHIR KAIMal 2010 FOKUS MATAPELAJARAN 1. Orientasi dan Mobiliti. a) Anggota badan dan deria saya b) Saya dan bilik darjah c) Pengurusan diri saya d) Pratongkat e) Saya dan tongkat putih f) Persekitaran sekolah saya 2. Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas a) Saya dan titik-titik Braille b) Saya dan peralatan khas 3, Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Masalah Penglihatan a) Saya dan Komputer. b) Saya dan Perisian Pembaca Skrin. c) Ceria Bersama-sama Papan Kekunci
PELAKSANAAN MODUL KAIMal Modul ini diajar 60 minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah). Tajuk-tajuk yang disediakan mengambil masa antara 1/2 jam atau 3 jam bergantung pada standard pembelajaran yang ditentukan. Guru-guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid.
2
DRAF AKHIR KAIMal 2010 Dokumen yang disediakan dalam melaksanakan KAIMal : 1, Dokumen Standard 2. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Modul disediakan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setiap modul dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil yang mengandungi standard pembelajaran daripada pelbagai disiplin ilmu. Standard pembelajaran ini diterjemahkan dalam bentuk modul P&P bagi mendedahkan guru dengan pelbagai kaedah dan teknik yang akan dilaksanakan. Guru disaran untuk menggabungkan tunjang-tunjang seperti Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Fizikal dan Estetika dan Keterampilan Diri. Modul ini juga disediakan dengan menggunakan pendekatan Masteri di samping penggabungjalinan pendekatan pedagogi yang sesuai. Guru menyediakan aktiviti pengayaan untuk murid berpencapaian tinggi dan aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah agar dapat menguasai Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk mengubah suai modul mengikut keperluan murid dan berpeluang meningkatkan kreativiti mereka. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bagi mencapai kehendak Standard Pembelajaran guru boleh meng gunakan kaedah seperti berikut: i. Inkuiri ii. Konstruktivisme iii. Pembelajaran kontekstual iv. Pembelajaran interaktif v. Pembelajaran koperatif vi. Perbincangan vii. Simulasi viii. Projek ix. Kajian lapangan x. Pembelajaran Masteri xi. Kecerdasan pelbagai 3
DRAF AKHIR KAIMal 2010 Pentaksiran Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif. Guru boleh menggunakan hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid dan pemerhatian untuk ditaksir. Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya bagi merancang dan menyediakan bahan P&P yang sesuai.
4
DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN Bidang 1 : Orientasi dan Mobiliti. STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.0 Anggota Badan dan Deria Saya Murid dapat : i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada. ii) Memaksimumkan penggunaan deriaderia lain iii) Memahami dan mempraktikkan penggunaan anggota badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian.
1.1 Mengenal pasti anggota badan. Contoh: kepala, tangan kiri, tangan kanan, badan, kaki kiri, kaki kanan. 1.2 Mengenal pasti organ deria. Contoh: telinga, mata, hidung, kulit, lidah. 1.2.1 Menyatakan fungsi deria. 1.2.2 Membezakan ransangan yang diterima oleh organ deria. 1.3 Menggunakan deria-deria dalam menentukan kedudukan dan arah. Contoh: bau masakan-kantin, dewan makan dll
2.0 Saya dan Bilik Darjah Murid dapat : i) Bergerak dalam bilik darjah dengan selesa dan selamat.
2.1 Bergerak di dalam bilik darjah dengan bantuan guru. 2.2 Bergerak di dalam bilik darjah tanpa bantuan guru. *(dengan langkah keselamatan) 2.3 Menyatakan petunjuk yang dilalui semasa bergerak di dalam bilik darjah. 2.4 Menceritakan perasaan selepas melakukan pergerakan di dalam bilik darjah. 5
DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
3.0 Pengurusan Diri Saya 3.1 Menjaga kebersihan diri dan anggota badan. Murid dapat : 3.2 Menggunakan tandas dan bilik air dengan cara yang betul. i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan 3.3 Menyatakan waktu aktiviti harian baik. Contoh: waktu tidur, waktu bangun tidur, waktu sarapan, waktu ke sekolah, waktu riadah dsb.
4.0 Pratongkat. Murid dapat :
4.1
Bergerak dengan pemandu celik. 4.1.1 Bergerak dengan teknik pemanduan celik. Contoh: sentuh, pegang, bergerak.
i) Bergerak dengan bantuan dan tanpa bantuan pemandu celik dengan 4.2 Bergerak menggunakan teknik pengadang atas (upper hand) dan pengadang bawah (lower hand) jika perlu. selesa dan selamat. 4.3 Bergerak menggunakan teknik menyusur (trailling).
5.0 Saya danTongkat Putih 5.1 Menyatakan bahagian tongkat. Murid dapat : 5.2 Menggunakan teknik asas tongkat putih dengan cara yang betul. i) Berjalan menggunakan tongkat putih dengan selesa dan selamat.
5.2.1 Memegang tongkat putih dengan cara yang betul. 5.2.2 Mengayun tongkat putih dengan cara yang betul. 6
DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
6.0 Persekitaran Sekolah Saya Murid dapat :
6.1 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam persekitaran sekolah dengan bantuan pemandu celik.
i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat. 6.2 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah tanpa bantuan pemandu celik. *(dengan langkah keselamatan) 6.3 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah dengan menggunakan tongkat putih.
7
DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1 Bidang 2 :
Kemahiran Kod Braille dan Peralatan Khas
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.0 Saya dan Titik-titik Braille Murid dapat :
1.1 Mengenal titik-titik Braille.
i) Mengenal dan mengetahui kedudukan titik Braille.
1.2 Mengenal pasti enam kedudukan titik-titik Braille dengan betul.
2.0 Saya dan Peralatan Khas 2.1 Mengenal “slate and stylus.” Murid dapat : 2.2 Menyatakan kegunaan “slate and stylus.” i)
Mengenal dan menggunakan “slate and stylus” serta mesin Braille dengan betul.
2.3 Menggunakan ”slate and stylus” dengan betul. 2.4 Mengenal bahagian mesin Braille. 2.5 Menggunakan mesin Braille dengan betul.
8
DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1 Bidang 3: Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) Masalah Penglihatan Kandungan Standard 1.0 Saya dan Komputer Murid dapat : i) Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika
Standard Pelajaran Tahun 1 1.1 Mengenal pasti bahagian-bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, mesin pencetak dan unit pemprosesan pusat ) 1.2 Menghidup dan mematikan (menutup) komputer dengan kaedah yang betul 1.3 Menggunakan peralatan komputer secara berhemah
2.0 Saya dan Perisian Pembaca Skrin Murid dapat : i) Menggunakan Perisian Pembaca Skrin.
3.0 Ceria bersama-sama papan kekunci
2.1 Membina kemahiran mengecam bunyi dan kedudukan kekunci 2.1.1 Mengenal bunyi setiap kekunci. 2.1.2 Mendengar dan mengenal pasti setiap kekunci (huruf dan nombor) dengan menggunakan perisian pembaca skrin
3.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci. 3.1.1 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk huruf dan nombor
i)
Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari.
3.1.2 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk Tab, Enter, Spacebar (Bar Ruang ), Backspace, Delete dan kekunci Arrow.
9