HHHC9501 (KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK) Nama penyelia
: Dr. Lam Kok Wai
Nama
: Ariff Danial bin Azrin
No. Matrik
: A144384
Fakulti
: Fakulti Farmasi
Tahun Pengajian
: Farmasi Tahun 2
Nama Projek disertai
: Kajian Mengenai Sikap Pelajar Tahun 1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur Terhadap Penggunaan Polisterin.
Perancangan: Pada 8 November 2014, satu pasukan projek yang terdiri daripada saya, Abdul Hafiz Bin Zakaria, Luqman Hakimi Bin Nayan, Muhamad Fazli Bin Mansor dan Muhammad Yusuf Bin Mahudin telah ditubuhkan. Pasukan ini berperanan untuk melakukan satu projek kajian berkaitan dengan kursus Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik. Kami telah bersepakat untuk memilih Kajian Mengenai Sikap Pelajar Tahun 1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur Terhadap Penggunaan Polisterin sebagai tajuk kajian kami. Mesyuarat pertama pasukan ini telah diadakan di Surau Kampus UKMKL. Mesyuarat ini berperanan untuk menjelaskan matlamat dan tujuan serta maklumat yang jelas terhadap projek kajian ini kepada semua ahli pasukan. Hal ini kerana terdapat masalah yang timbul sebelum pelaksanaan projek kerana ada beberapa ahli yang masih tidak jelas mengenai projek kajian ini. Jadi saya menyuarakan jalan penyelesaiannya dengan mengadakan mesyuarat bersama semua ahli kumpulan. Dalam mesyuarat ini juga pembahagian tugas dan perkongsian idea telah dijalankan. Saya telah menyuarakan idea yang kritis dan efektif iaitu kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik dan pemerhatian. Hal ini kerana kaedah ini amat mudah dan tidak memakan masa yang banyak.
Saya sedang menjelaskan pembahagian tugas untuk setiap ahli pasukan.
Saya sedang menyuarakan idea kepada ahli pasukan.
Pelaksanaan: Projek ini telah dilaksanakan di kafe Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur. Kaedah pemerhatian telah diterapkan dimana kami membuat pemerhatian ke atas pelajar Tahun 1 yang membeli makanan di kafe tersebut. Secara keseluruhan, didapati bahawa rata-rata diantara mereka ramai yang membungkus makanan dalam polisterin. Setelah bertanyakan hal ini kepada mereka, sebab utama mereka berbuat begitu adalah kerana sibuk dengan tugasan lain yang perlu disiapkan dengan segera di bilik mereka. Mengikut pemikiran kritikal, saya berpendapat ramai di antara mereka tidak mahu membazirkan masa makan di kafe dan berbual dengan rakan. Borang soal selidik juga telah diedarkan kepada pelajar Tahun 1 di kolej tersebut. Mereka memberikan kerjasama dan respons yang baik dalam mengisi borang yang diedarkan. Kami telah mengumpul semua data dan maklumat yang diperoleh dari kajian ini. Setelah itu, kami berkumpul untuk membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah penularan penggunaan polisterin yang berleluasa dalam kalangan pelajar di Kolej Tun Syed Nasir. Saya telah mengemukakan pendapat mengenai penggunaan bio-degradable polisterin dimana penggunaannya lebih selamat berbanding polisterin biasa. Polisterin biasa diperbuat dari polimer berasaskan styrene dan jika dilupuskan mampu merosakkan alam sekitar. Tetapi tidak bagi biodegradable polisterin yang diperbuat dari bahan semulajadi.
Kesimpulan: Secara kesimpulan, masih ramai pelajar UKMKL yang masih menggunakan polisterin untuk membungkus makanan. Hal ini tidak tertumpu kepada pelajar pelajar Tahun 1 sahaja tetapi semua warga UKMKL. Punca utama hal ini berlaku adalah kerana polisterin mudah didapati. Mereka juga tidak suka membawa bekas makanan sendiri. Mereka sebenarnya sedar akan keburukan penggunaan polisterin tetapi tidak serius akan hal ini. Justeru, semua pihak termasuk kerajaan, pihak peniaga dan pelajar perlu memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Antara langkah yang boleh diambil ialah penggunaan bio-degradable polisterin dan kempen kesedaran.
Lampiran: Laporan kajian