HHHC 9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (SET 23)
LAPORAN AKHIR AKTIVITI PENYELESAIAN MASALAH BERKAITAN KEMUDAHAN SURAU, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM.
AHLI KUMPULAN ANIS SYAZWANI BINTI ABD MUBIN NURHAZIRAH BINTI ZAKARIA NOOR HASYIMAH BINTI HUSSAIN BANGUN PERMADI INDRIATNO
NOMBOR MATRIK A145946 A145869 A145863 A146678
NAMA PENSYARAH: DR. NORINSAN KAMIL BIN OTHMAN
Laporan Akhir Aktiviti Penyelesaian Masalah Berkaitan Kemudahan Surau, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM. 1.0 Pendahuluan Surau merupakan rumah Allah yang perlu dijaga dengan baik. Tambahan pula kita sebagai umat Islam merupakan pengguna tetap surau dan menggunakannya setiap hari. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan surau sentiasa berada dalam keadaan baik supaya kita berasa selesa untuk melakukan ibadah. Oleh itu, di bawah kursus HHHC 9501 Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan, permasalahan kemudahan surau di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah dikenalpasti dan dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian.
2.0 Permasalahan Penyataan masalah: Kebanyakan pengguna surau di FST terutamanya para pelajar tidak berpuas hati dengan keadaan surau. Fakta:
Keadaan surau yang berbau yang tidak menyenangkan.
Karpet di surau yang tidak bersih.
Telekung yang tidak disusun sehingga menyebabkan telekung tersebut berbau.
Ketiadaan cermin di surau lelaki.
Ketiadaan mikrofon dan pembesar suara.
3.0 Kaedah (Mengenalpasti Masalah) Beberapa masalah yang dihadapi terutama oleh pelajar FST berkaitan kemudahan surau telah kami selidik. Penyelidikan kami terbahagi kepada dua kaedah iaitu: i) ii) iii)
Pemerhatian kendiri. Borang soal selidik menggunakan Google Form. Pembikinan video.
Bagi kaedah penyelidikan yang pertama iaitu pemerhatian kendiri, tinjauan telah dibuat ke surau FST untuk mengenalpasti masalah atau kekurangan kemudahan yang terdapat di surau FST. Selepas itu, perkara-perkara yang dapat dilakukan untuk menambah baik kemudahan surau telah dibincangkan. Kaedah yang kedua pula ialah mendapatkan respon, maklumat dan idea daripada pengguna-pengguna surau melalui soal selidik alam maya. Perisian Google Form digunakan untuk membuat borang soal selidik seterusnya menyebarkan borang tersebut melalui laman sosial Facebook. Sebanyak 94 maklum balas responden telah diperolehi. Daripada borang soal selidik ini, analisis terhadap dapatan soal selidik telah dilakukan. Selain itu, sebuah video untuk memberi gambaran tentang permasalahan dan penyelesaian yang dilakukan telah disediakan.
4.0 Analisis Data Soal Selidik
Penggunaan surau semasa waktu Zuhur dan Asar adalah paling tinggi iaitu sebanyak 96.8 % dan 75.5 %. Hal ini kerana waktu tengah hari merupakan waktu puncak di mana kebanyakan pelajar berada di fakulti. Penggunaan surau semasa waktu subuh pula paling sedikit iaitu sebanyak 5.3 %.
Peratus pelajar yang merasakan bahawa kemudahan di surau FST adalah mencukupi dan tidak mencukupi adalah hampir sama iaitu masing-masing sebanyak 55.3 % dan 44.7 %.
Dari segi kebersihan surau, hampir separuh pengguna surau berpendapat bahawa kebersihan surau berada pada tahap yang memuaskan iaitu sebanyak 46.8 %. Namun, terdapat 4.3 % berpendapat bahawa kebersihan surau sangat tidak memuaskan.
Sebanyak 80 orang responden terdiri daripada pelajar perempuan. Separuh daripada jumlah tersebut berpendapat bahawa bilangan telekung yang disediakan adalah mencukupi manakala separuh pelajar lagi tidak bersetuju.
Lebih daripada separuh responden berpendapat bahawa bilangan sejadah yang disediakan di surau adalah mencukupi.
Majoriti pengguna surau berasa bahawa mereka memerlukan alat pembesar suara di surau. Hal ini memudahkan pengguna untuk mendengar azan dan menunaikan solat secara berjemaah.
Kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa peralatan keselamatan seperti alat pemadam api disediakan di surau. Hal ini mungkin kerana kedudukan alat pemadam api yang berada di luar surau, bukan di dalam surau tersebut.
Bagi susun atur perabot seperti almari, rak dan sebagainya, sebanyak 81.9 % responden bersetuju bahawa perabot-perabot ini diletakkan di tempat yang sesuai.
Bagi keselesaan pengguna, kebanyakan pengguna surau berasa surau memberikan keselesaan kepada mereka. Namun begitu, terdapat juga responden yang berasa sangat tidak selesa semasa berada di surau.
5.0 Dapatan dan penyelesaian masalah Masalah pertama yang sering dihadapi oleh kaum wanita adalah bilangan telekung yang tidak mencukupi. Hal ini kerana bilangan pelajar wanita bertambah dari tahun ke tahun. Apabila tiba waktu puncak (Zuhur dan Asar), pelajar wanita terpaksa beratur dan menunggu giliran untuk menggunakan telekung. Hal ini menjadi masalah terutama bagi pelajar yang perlu bergegas untuk pergi ke kuliah pada jam 2 petang. Oleh itu, satu kutipan telekung wakaf daripada orang kampung telah dilakukan. Melalui aktiviti ini, sebanyak 23 pasang telekung baharu telah diperolehi. Masalah kekurangan bilangan telekung dapat diatasi dengan penambahan telekung yang baharu serta telekung yang sedia ada. Masalah yang kedua adalah saiz cermin yang kecil di bahagian wanita tidak mencukupi bagi pelajar wanita yang ingin bersiap setelah selesai solat. Cermin ini penting bagi wanita yang ingin mengenakan tudung/hijab setelah selesai solat. Cermin juga penting bagi pelajar lelaki untuk mengemaskan diri selepas solat agar kelihatan lebih kemas. Namun begitu, tiada cermin diletakkan di bahagian lelaki. Bagi menyelesaikan masalah ini, sumbangan bagi mendapatkan
cermin baharu untuk diletakkan di bahagian perempuan manakala cermin yang sedia ada di bahagian perempuan diletakkan di bahagian lelaki. Pemasangan cermin pula dilakukan oleh kakitangan pejabat dekan FST. Selain itu, pengguna surau berasa tidak selesa disebabkan oleh surau yang berbau. Masalah ini mungkin berpunca daripada lokasi surau dan pengguna surau sendiri. Surau ini berada di lokasi yang agak tertutup dan berkemungkinan mempunyai sistem pengudaraan yang tidak baik. Selain itu, kebanyakan pengguna surau wanita tidak mengeringkan wuduk terlebih dahulu sebelum mengenakan telekung sehingga menyebabkan telekung berbau dan kotor. Masalah surau berbau ini dapat diatasi sedikit sebanyak dengan meletakkan semburan penyegar udara automatik. Penyegar udara ini diletakkan di bahagian wanita dan juga lelaki.
6.0 Kesimpulan Melalui kursus ini, cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dapat dipelajari. Permasalahan yang berlaku mestilah dikenalpasti terlebih dahulu melalui pelbagai kaedah contohnya melalui soal selidik. Kemudian,perbincangan dilakukan mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar-pelajar perlulah berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah-masalah yang wujud.
7.0 Lampiran Gambar-gambar:
Rajah 1: Cermin yang sedia ada di ruang solat wanita
Rajah 2: Pemasangan cermin baharu
Rajah 3: Cermin baharu di ruang solat lelaki dan wanita
Rajah 4: Penambahan telekung baharu untuk wanita
Borang soal selidik:
SOAL SELIDIK MENGENAI SURAU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PRASARANA DI SURAU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI 1. Bilakah anda menggunakan surau FST untuk menunaikan solat? Subuh Zuhur Asar Magrib Isyak 2. Adakah anda merasakan kemudahan di surau FST mencukupi? Ya Tidak 3. Adakah tahap kebersihan surau memuaskan? Sangat baik Baik Memuaskan Tidak memuaskan Sangat tidak memuaskan
4. Adakah bilangan telekung yang disediakan mencukupi? (perempuan)
Ya Tidak 5. Adakah sejadah yang disediakan mencukupi? Ya Tidak 6. Adakah anda memerlukan alat pembesar suara di surau? Ya Tidak 7. Adakah peralatan keselamatan seperti alat pemadam api disediakan di surau? Ya Tidak 8. Adakah susun atur perabot (almari) diletakkan di tempat yang sesuai? Ya Tidak 9. Adalah anda selesa berada di surau FST? Sangat selesa Selesa Memuaskan TIdak selesa Sangat tidak selesa
10. Apakah penambahbaikan yang anda cadangkan?