LAPORAN PROJEK BERKUMPULAN PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH LMCK 1421 TAJUK PROJEK: PENANAMAN HIDROPONIK MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA BOTOL MINERAL PLASTIK
NAMA PENSYARAH: PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT
NAMA PELAJAR: SITI NOOR HAZIRAH BINTI ABDULLAH
NO MATRIK: A148668
ABSTRAK Terdapat banyak botol-botol minuman yang tidak digunakan di sekitar UKM mahupuan luar UKM. Walaupun botol-botol minuman tersebut boleh dikitar semula namun masih banyak botol minuman yang dibuang begitu sahaja. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan alam sekitar sekiranya tiada langkah yang diambil bagi mengurangkan pembuangan botol-botol minuman tersebut. Kaedah penanaman hidroponik menggunakan botol minuman adalah salah satu cara untuk mengurangkan pembuangan botol minuman selain kitar semula. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat cara menggunakan kaedah hidroponik. Hidroponik merupakan kaedah penanaman tumbuhan yang menggunakan medium air dengan kata lain menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Penanaman hidroponik ini sangat mudah untuk dilakukan dan tidak mengambil masa yang lama.
ii
ISI KANDUNGAN
Halaman ABSTRAK
ii
ISI KANDUNGAN
iii
1.0
1
PENGENALAN Apa itu hidroponik?
2.0
PERNYATAAN MASALAH
2
3.0
OBJEKTIF
2
4.0
DAPATAN KAJIAN
3
4.1
Cara membuat penanaman hidroponik
4.2
Kelebihan kaedah hidroponik
5.0
PENGLIBATAN PELAJAR
4
6.0
REFLEKSI
5
7.0
RUJUKAN
6
8.0
LAMPIRAN
7-8
iii
1.0 PENGENALAN Apa itu Hidroponik? Hidroponik berasal dari bahasa Yunani iaitu "hydro" yang bererti air dan "ponics" yang bererti daya atau tenaga atau tenaga kerja. Jadi menanam dengan sistem hidroponik bermaksud menanam menggunakan medium air atau tenaga kerja air. Hidroponik juga dikenali sebagai ‘soilless culture’ atau tanaman tanpa menggunakan medium tanah. Jadi hidroponik bererti tanaman yang memanfaatkan air dan tanpa menggunakan tanah sebagai medium tanaman. Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang mesra alam kerana tidak memerlukan racun perosak. Selain tidak memerlukan banyak air seperti bercucuk tanam secara konvensional, kaedah ini juga sama sekali tidak memerlukan penyiraman. Meskipun tidak menggunakan tanah, kaedah itu tidak hanya menggunakan air semata-mata. Ia memerlukan unsur lain untuk mendukung pertumbuhan tanaman seperti pasir, sabut kelapa, pecahan batu bata dan batu karang, batu apung, potongan kayu atau kawat kasa nilon. Perkembangan tanaman hidroponik agak ketinggalan akibat kerisauan terhdap kuaantiti hasil tanaman. Pada dasarnya, tanaman sayuran atau buah-buahan yang dihasilkan dengan cara hidroponik memiliki kualiti yang lebih baik kerana bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Namun, kaedah ini tidak sesuai untuk semua jenis tanaman. Ianya sesuai untuk tanaman seperti tomato, bayam, kangkung dan sawi.
1
2.0 PERNYATAAN MASALAH Dalam konteks sekarang ini, penyelidik melihat terdapat banyak botol minuman yang dibuang begitu sahaja. Oleh yang demikian, penyelidik berminat untuk mengkaji tentang satu kaedah penanaman yang banyak memberikan kebaikan serta boleh mengurangkan pembuangan botolbotol minuman iaitu penanaman hidroponik.
3.0 OBJEKTIF Objektif kajian adalah untuk: 3.1 Memberi pendedahan kepada masyarakat cara menggunakan kaedah hidroponik. 3.2 Menjelaskan bagaimana kaedah hidroponik dapat melestarikan alam sekitar. 3.3 Mengenal pasti kelebihan menggunakan kaedah penanaman hidroponik.
2
4.0 DAPATAN KAJIAN Penyelidik mendapati bahawa bilangan botol minuman dapat dikurangkan jika pelajar mengaplikasikan penanaman hidroponik ini.
4.1 CARA-CARA MEMBUAT PENANAMAN HIDROPONIK Untuk membuat penanaman hidroponik, bahan-bahan yang diperlukan adalah botol minuman, baja organik, benih sayuran serta sudu dan gunting serta tisu basah yang telah dibuang buih sabunnya. Manakala, cara-cara untuk menghasilkan penanaman hidroponik dengan mudah adalah, Pertama sekali, buang plastik pada botol minuman. Kemudian, tandakan pada tempat yang hendak dipotong. Seterusnya, gunting botol tersebut pada tempat yang telah ditanda. Buat lubang pada penutup botol. Kemudian, masukkan tisu basah pada lubang tersebut kemudian simpulkan tisu tersebut. Masukkan air dibahagian bawah botol tersebut. Seterusnya, masukkan baja organik dalam bahagian atas botol tersebut. Letak benih sayuran secukupnya. Akhir sekali, suatu penghasilan penanaman secara hidroponik menggunakan bahan kitar semula dapat dihasilkan.
4.2 KELEBIHAN KAEDAH HIDROPONIK Dengan kaedah hidroponik, terdapat banyak kelebihan-kelebihannya. Antaranya ialah tanaman membesar dua kali ganda lebih cepat. Selain itu juga, penanaman menggunakan kaedah hidroponik juga tidak memerlukan kawasan yang luas. Tanaman juga lebih berproduksi tanpa menggunakan tanah. Penanaman hidroponik juga dapat mengurangkan kos penjagaan. Disamping itu, hasil penanaman hidroponik adalah lebih sihat dan juga melestarikan alam sekitar.
3
5.0 PENGLIBATAN PELAJAR Untuk menyiapkan dan menyempurnakan lagi tugasan berkumpulan kursus LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH, setiap individu mempunyai bidang tugas masing-masing. Oleh itu, kumpulan kami telah membahagi tugas-tugas yang perlu dipenuhi dalam subjek ini terutamanya untuk menghasilkan projek kumpulan kami iaitu penanaman hidrponik dan juga laporan akhir bagi projek ini. Dengan ini, untuk membuat dan menghasilkan penanaman hidroponik dari awal sehingga akhir projek ini, kumpulan kami telah bekerjasama untuk menghasilkannya. Ditekankan disini, kumpulan kami berkumpul bersamasama dan juga berkongsi pendapat masing-masing bagaimana hendak menghasilkan penanaman hidroponik menggunakan bahan kitar semula ini. Setiap kali ingin melakukan projek ini, kumpulan kami menetapkan hari dan masa untuk setiap pelajar dapat hadir pada perbincangan tersebut untuk memastikan setiap pelajar terlibat dan lebih penting menyumbang dalam perbincangan. Setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh setiap pelajar dalam kumpulan kami, kami memulakan projek penanaman hidrponik ini dengan mencari bahan kitar semula iaitu botol terutamanya. Setiap ahli dalam kumpulan kami menyediakan botol yang terbuang. Apabila bahan-bahan seperti dinyatakan dalam cara-cara membuat penanaman hidroponik telah cukup, kami sekumpulan memulakan penananam setiap dengan membuang plastik pada botol tersebut sehingga selesai. Setiap ahli membuat proses yang sama sehingga penanaman ini selesai. Setelah beberapa hari, kami sekumpulan meletakkan tanaman kami di rumah tumbuhan UKM. Selain itu, kami sekumpulan membahagi tugas dengan tiga orang menyediakan poster dan dua orang lagi menyediakan video untuk hari pembentangan. Saya sendiri termasuk dalam individu yang membuat poster. Kami bertiga menghasilkan poster bersama-sama sehingga terhasil satu poster. Oleh itu, saya dan dua orang lagi mencari aplikasi untuk menghasilkan poster yang lebih menarik pada hari pembentangan. Oleh itu, kami mencari latar belakang poster yang menggunakan power point. Kami mencari latar belakang yang sesuai dengan projek penananam hidroponik ini iaitu poster yang boleh menampakkan susunan yang menarik. Setelah itu, saya dan rakan-rakan mengeluarkan isi yang harus diletakkan dalam poster. Kami membahagi tugas sesama kami iaitu seorang menambah isi dalam poster, seorang membuat gambar rajah rentetan projek kami yakni bagaimana hidroponik dihasilkan dan cara-cara penanaman hidroponik serta kelebihan kaedah hidroponik ini. Setelah itu, kesemua ini digabungkan dan diletakkan sekali didalam poster tersebut. Untuk memenuhi lagi ruang poster tersebut agar tidak kelihatan kosong, kami meletakkan gambar-gambar ahli kumpulan kami. 4
6.0 REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keberkatanNya dapatlah saya menyempurnakan sukatan pembelajaran bagi kursus LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH bagi semester ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus ini, Puan Nur Jumaadzan Zaleha binti Mamat kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sejak pertemuan pertama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran kursus ini dijalankan sehinggalah mencapai objektif kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan yang banyak membantu dan memberi komitmen yang tinggi sepanjang proses menyiapkan tugasan-tugasan bagi kursus ini. Sesungguhnya, banyak input yang berguna setelah meneliti dan memahami kursus pemikiran kritis dan penyelesaian masalah ini. Setelah melaksanakan projek penanaman hidroponik ini, secara tidak lansung saya berkebolehan melaksanakan tugas bagi menggunakan kemahiran pemikiran kritis, mengambil tindakan yang tepat. Misalnya, menggunakan bahan kitar semula terutamanya botol untuk mengelakkan pembuangan berterusan dan melestarikan alam sekitar, saya dan ahli-ahli-kumpulan yang lain dapat mengatasinya dengan menghasilkan penanaman hidrponik menggunakan botol terbuang tersebut. Hal ini dikatakan mengambil tindakan yang tepat untuk mengelakkan alam sekitar tidak terjaga yakni tercemar. Lantaran itu, secara tidak langsung juga saya berkebolehan mengambil tindakan yang tepat dan bertanggungjawab terhadap implikasi yang timbul. Melalui ini, saya bersedia atas apa sahaja yang akan timbul melalui projek penanama hidroponik ini. Sebagai contoh, tanaman tidak tumbuh secara sihat mahupun tidak tumbuh langsung. Dengan ini, hasil pembelajaran kursus ini akhirnya tercapai. Secara keseluruhannya, kursus pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah ini telah banyak memberi kelebihan dan kebaikan kepada saya terutamanya untuk berfikir secara kritis dan rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Kursus ini juga telah menambah pengetahuan dan pengalaman saya dalam melaksanakan projek yang perlu berfikir banyak terutamanya projek berkumpulan untuk mencapai hasil pembelajaran kursus bagi kursus ini.
5
7.0 RUJUKAN Rosliani, Rini and Nani Sumarni. 2005. Budidaya Tanaman Sayuran dengan sistem hidroponik. Balai penelitian tanaman sayuran: 3
Dr. Sc. Agr. N. Nurlaeny, Ir, MS. 2014. Teknologi Media Tanam Dan Sistem Hidroponik. Perpustakaan Nasional RI. Katalog Dalam Terbitan (KDT):2012-222
6
8.0 LAMPIRAN
Gambar-gambar di atas menunjukkan kami sekumpulan ke rumah kaca yang terdapat pada rumah tumbuhan UKM untuk melihat hasil tanaman kami.
7
Gambar-gambar di atas pula gambar di hadapan rumah kaca yang terdapat pada rumah tumbuhan UKM.
8