KOMUNITI SUMBER TERBUKA Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor. E-mel :
[email protected]
LAPORAN
LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran
NAMA PELAJAR
: DEWI SUSMAWATY BINTI SAIFUL ARIFIN
NO MATRIK
: A149600
JAWATAN
: PESERTA ( FASILITATOR)
NAMA PROGRAM
: EKSPLORASI TEKNO 2015
TEMPAT PROGRAM : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT : SK TAMAN JASMIN, KAJANG TARIKH PROGRAM : 5-6 MEI 2015 & 23 MEI 2015 ANJURAN
: KOMUNITI SUMBER TERBUKA (KST), FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
NAMA PENILAI
: PROF. DR. ZARINA BINTI SHUKUR.
LATAR BELAKANG PROGRAM Eksplorasi Tekno 2015 merupakan kesinambungan dari program tahun lepas iaitu Eksplorasi Tekno 2014 yang mendapat tempat dihati para mahasiswa/i terutama dari Komuniti Sumber Terbuka, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (KST-FTSM) selain peserta yang mengikuti program tersebut turut serta berminat untuk meneruskan lagi program ini.
Matlamat program ini adalah untuk mendidik para mahasiswa untuk cakna tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat berkaitan komputer seperti cara penyelenggaraan perkakasan komputer dan menerangkan cara penggunaan komputer dengan cara yang betul agar dapat mendidik mereka akan kepentingan untuk menjaga keselamatan diri serta komputer dan sasaran kami bagi program ini adalah pelajar sekolah rendah.
Program ini membolehkan para peserta dapat mengaplikasi pembelajaran dalam kehidupan mereka serta menambah kebolehpasaran mereka dan mempromosi kepakaran yang diperolehi. Ini juga sebagai tapak untuk mereka memberi khidmat bakti kepada masyarakat seterusnya mempromosi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (FTSM, UKM) dimata masyarakat.
OBJEKTIF PROGRAM Melalui program ini, kami telah meletakkan beberapa objektif program untuk dijalankan. Berikut adalah antara objektif yang diutamakan:
i.
Mendidik pelajar sekolah terutama sekolah rendah tentang cara menyelenggara perkakasan komputer serta cara penggunaan komputer yang betul.
ii.
Menyumbang bakti kepada masyarakat melalui kepakaran yang dipelajari.
iii.
Mempromosi kepakaran dan program FTSM, UKM.
iv.
Melengkapkan kontrak pembelajaran serta meraih hasil pembelajaran (HP) yang cemerlang.
PENGISIAN PROGRAM Program ini terdiri daripada dua fasa. Berikut merupakan pengisian program bagi setiap fasa:
FASA 1
: BENGKEL KESELAMATAN DAN SELENGGARA PERKAKASAN KOMPUTER
1. Peserta mendaftar kehadiran. 2. Semua peserta masuk ke dalam makmal dan mendengar sedikit taklimat daripada juruteknik fakulti mengenai penyelenggaraan perkakasan komputer. 3. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibekalkan dengan satu set CPU dan monitor. 4. Satu taklimat keselamatan diberikan kepada para peserta oleh juruteknik fakulti sebelum aktiviti mengendalikan set CPU. 5. Memastikan CPU yang dibekalkan masih dalam keadaan baik untuk digunakan. Kemudian, memulakan aktiviti membuka set CPU yang dibekalkan, membersihkan motherboard, cooling fan dan rangka CPU. Pelajar memasang semula semua komponen ke dalam rangka CPU. Semua aktiviti penyelenggaraan di bawah pemantauan juruteknik fakulti. 6. Bersurai.
FASA 2
: JELAJAH AMALI
1. Pelajar berkumpul di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) pada pukul 7.00 pagi dan bertolak ke SK Taman Jasmin, Kajang. 2. Tiba di SK Taman Jasmin 2 pada pukul 8.10 pagi dan disambut mesra oleh guru-guru Kelab Komputer SK Taman Jasmin, Kajang. 3. Sebelum memulakan perjalanan, semua pelajar menyediakan segala keperluan untuk dibawa ke SK Taman Jasmin, Kajang. 4. Sesi suai kenal bermula dan pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada peserta dari FTSM dan sekolah. Peserta dari FTSM
bertindak sebagai fasilitator yang akan mengajar ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pelajar sekolah mengenai penyelenggaraan perkakasan dan keselamatan komputer. 5. Sesi penyelenggaraan perkakasan komputer dijalankan oleh mana-mana pelajar sekolah di mana mereka akan membuka set CPU yang dibekalkan oleh pihak FTSM. Sebelum itu, mereka perlu memastikan set CPU yang dibekalkan adalah dalam keadaan yang baik supaya selepas mereka memasang semula komponen-komponen, monitor dapat hidup dan Windows dapat berjalan lancar. Semua aktiviti penyelenggaraan di bawah pemantauan fasilitator. 6. Rehat dan makan tengah hari disediakan oleh pihak SK Taman Jasmin. 7. Sesi penyelenggaraan keselamatan komputer dijalankan di mana peserta dari sekolah diajar bagaimana langkah-langkah keselamatan komputer dengan betul. Semua fasilitator memantau kumpulan masing-masing. 8. Sesi kuiz dari pihak fasilitator berkisar tentang penyelenggaraan perkakasan komputer. Peserta dari sekolah yang dapat menjawab soalan kuiz diberikan hadiah seperti alat tulis dan buku nota. 9. Persediaan Majlis Penutup Eksplorasi Tekno 2015 di SK Taman Jasmin. 10. Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program Eksplorasi Tekno 2015 diikuti dengan ucapan daripada wakil pelajar SK Taman Jasmin dan disusuli dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Jasmin
serta merasmikan penutupan
Eksplorasi Tekno 2015 di SK Taman Jasmin. 11. Bersurai dan bertolak pulang ke Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM kirakira pukul 2.00 petang.
KELEBIHAN/ KEBAIKAN PROGRAM
Mengaplikasi kemahiran menyelenggara komputer secara teori dan praktikal.
Menyumbang bakti kepada masyarakat menggunakan kepakaran yang dipelajari.
Mempromosi program dan kepakaran di FTSM, UKM bersama Alumni FTSM.
Melengkapkan kontrak pembelajaran serta meraih hasil pembelajaran (HP) yang cemerlang.
HASIL PEMBELAJARAN LMCK 1531 Melalui program Eksplorasi Tekno 2015, saya dapat memenuhi kriteria subjek CITRA LMCK 1531 Kepimpinan Dan Kreativiti. Saya dapat mengaplikasikan kebolehan saya dalam memimpin serta mengendalikan kumpulan saya semasa fasa jelajah amali di SK Taman Jasmin, Kajang. Saya juga mampu berinteraksi dengan pelajar sekolah rendah dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan senang difahami oleh mereka semasa mngendalikan kumpulan tersebut. Hal ini bagi memastikan pelajar-pelajar yang teribat mendapat ‘input’ yang selaras dengan matlamat kami untuk mengadakan program ini.
Selain itu, saya juga mempraktikkan berfikir secara kreatif ketika menjawab segala soalan yang diutarakan oleh pelajar-pelajar semasa fasa jelajah amali agar jawapan yang saya berikan mudah untuk mereka fahami.
Bukan itu sahaja, saya juga mampu membina hubungan dalam organisasi dalam melaksanakan program ini. Saya juga mendapat tunjuk ajar daripada beberapa orang senior. Hubungan yang baik antara ahli kelab membuatkan kami mudah berinteraksi dalam memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. Hubungan bersama pelajar-pelajar sekolah rendah juga dapat dipupuk dengan baik walaupun terdapat perbezaan umur yang amat ketara.
LAMPIRAN GAMBAR SEPANJANG PROGRAM EKSPLORASI TEKNO 2015
Fasa 1 :Bengkel Penyelenggaran dan Penggunaan Komputer
Fasa 2 :Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin 2
Sesi penerangan ringkas dan pengenalan fasilitator
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikendalikan 4 orang Fasilitator
Sesi kuiz dari pihak fasilitator berkisar tentang penyelenggaraan perkakasan computer.
Guru-guru penasihat ICT SK Taman Jasmin 2 bersama para pelajar dan Failitator Eksplorasi Tekno 2015.