0
LMCK1421 20162017 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK: MASALAH INTERAKSI DALAM KALANGAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM) MENGIKUT TAHUN PENGAJIAN.
PENSYARAH: PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT NO.
NAMA
NO. MATRIK
1
MOHD RAFFI BIN MAHYUDDIN
A149047
2
MOHAMAD AIDIE IKHWAN BIN MOHAMMAD
A148808
3
WAN AHMAD AIMAN BIN WAN KAMARUZAMAN
A148877
4
MUHAMMAD AKMAL BIN ABD HAMID
A148915
1
MAKLUMAT PROJEK
Tajuk projek Masalah Interaksi Dalam Kalangan Pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik ( PPSM ) mengikut Tahun Pengajian.
Objektif Kajian 1. Untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM). 2. Untuk memastikan pelajar senior Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) berkongsi pengalaman dengan pelajar junior tentang maklumat proses pembelajaran. 3. Untuk membantu pelajar baru di Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) untuk mencari maklumat atau nota rujukan.
Pernyataan Masalah Kurangnya keakraban, kemesraan dan komunikasi dalam kalangan pelajar yang menyebabkan timbul masalah interaksi mengikut tahun pengajian.
Pendekatan 1. Mewujudkan satu laman sosial untuk beraksi 2. Mewujudkan satu organisasi untuk memperbanyakkan program bersama 3. Mewujudkan program “bro-sis” 4. Menyediakan satu tempat tinggalan bahan rujukan senior kepada junior 5. Mengadakan hari interaksi
Metodologi 1. Temu bual bersama dengan setiap presiden kelab-kelab di Pusat Pengajian Sains Matematik. 2. Membuat pemerhatian terhadap perubahan pelajar-pelajar selepas menjalankan program.
2
Kawasan Kajian Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor
Cadangan
Masalah Tidak mendapat kerjasama dan sokongan
Cadangan Penyelesaian -
sama ada junior dan senior
Pensyarah
memainkan
peranan
penting dalam menggalakkan pelajar menyertai program yang dianjurkan oleh kelab-kelab di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM).
Pelajar terlalu sibuk dengan kuliah dan juga
-
aktiviti kolej.
Pelajar
perlu
bijak
dalam
membahagikan masa supaya pelajar dapat mengimbangi antara pelajaran dan kokurikulum.
Sikap antara pelajar yang assabiah.
-
Menganjurkan
program
yang
melibatkan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar 1, 2 dan 3 supaya assabiah.
dapat
menghakis
sikap
3
Penyelesaian
Berdasarkan pada pemerhatian kami, pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Sains Matematik lebih gemar untuk berada dalam kelompok yang sama mengikut tahun pengajian. Keadaan ini amat jelas kita dapat lihat kurangnya kemesraan apabila melakukan sesuatu program. Hal ini berlaku kerana timbul sikap yang pentingkan diri dalam sesetengah kalangan pelajar dan ini memberikan kesan yang teruk kepada pelajar-pelajar dan kepada warga PPSM. Oleh disebabkan itu, langkah-langkah yang bijak bagi menyelesaikan masalah ini.
Seperti mana yang kita ketahui, PPSM mempunyai 3 kelab yang berbeza iaitu Sains Matematik, Sains Aktuari dan Statistik. Kelab-kelab ini diwujudkan bagi melakukan program yang bermanfaat bagi menambahkan lagi kemahiran-kemahiran pelajar. Jadi, kita dapat gunakan kelab-kelab sebagai satu medium untuk mewujudkan suasana kemesraan di antara pelajar-pelajar mengikut tahun pengajian dalam sesuatu program.
Antara program yang dijalankan ialah Hari Interaksi bagi mengeratkan hubungan silatulrahim yang menjadi program tahunan. Melalui program ini, setiap ahli kelab dapat menganjurkan pelbagai aktiviti yang mampu menambah keakraban antara pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Contoh-contoh aktiviti yang mampu mengeratkan silaturahim ialah permainan tarik tali, bola beracun, frisbee. baling belon air dan pelbagai jenis permainan yang boleh menyatukan setiap pelajar PPSM melalui permainan tersebut.
Selain itu, program yang akan cuba diusahakan ialah Majlis Makan Malam Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM). Majlis ini merupakan majlis yang mampu menyatupadukan antara ketiga-tiga program di PPSM malah pada masa yang sama dalam majlis ini dapat mengiktirafkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Sebagai contohnya, pada sesi lepas kita dapat lihat sambutan terhadap majlis makan malam tersebut sangat positif dan ramai sehinggakan majlis tersebut merupakan suatu inisiatif untuk berkenalan antara pelajar baru dan pelajar lama.
4
PENGLIBATAN DAN BIDANG TUGAS PELAJAR 10 Oktober 2016 -Sesi perbincangan bersama ahli kumpulan untuk mencari isu dan menyediakan kertas cadangan terhadap penyelesaian isu tersebut. 13 Oktober 2016 -Kertas cadangan yang dicadangkan oleh kami telah diterima oleh penyelia kursus ini iaitu Puan Nur Jumaadzan Zaleha Binti Mamat. 2 November 2016 -Pembahagian tugas antara ahli kumpulan dilakukan. Aiman telah ditugaskan untuk mengurus bahagian pembuatan poster dan membuat pemerhatian kesan laman sosial iaitu Facebook kepada permasalahan kajian. Akmal telah ditugaskan untuk menguruskan Hari Interaksi Kelab Matematik dan majlis makan malam. Raffi telah ditugaskan untuk menyediakan satu tempat tinggalan bahan rujukan senior kepada junior. Aidie telah ditugaskan untuk mewujudkan satu organisasi untuk memperbanyakkan program bersama. 15 November 2016 -Temu bual bersama dengan setiap presiden kelab-kelab di Pusat Pengajian Sains Matematik iaitu saudara Zira Kamal (Presiden Kelab Matematik), saudara Saktivarman (Presiden Kelab Sains Aktuari) dan saudara Haqqim (Presiden Kelab Statistik). 5 Disember 2016 -Perjumpaan bersama ahli kumpulan dan berbincang tentang maklumat di dalam poster 7 Disember 2016 -Membuat poster
5
14 Disember 2016 -Kesemua ahli kumpulan membentang poster di ruang legar PPSM REFLEKSI KENDIRI PROJEK Melalui projek yang telah dijalankan, saya dapat melaksanakan tugas melalui pemikiran kritis dan dapat menyelesaikan masalah yang diberi. Tajuk projek yang telah kami cadangkan ialah Masalah Interaksi Dalam Kalangan Pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Mengikut Tahun Pengajian. Kami dapati bahawa kurangnya keakraban, kemesraan dan komunikasi dalam kalangan pelajar yang menyebabkan timbul masalah interaksi mengikut tahun pengajian. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Masalah ini wujud mungkin disebabkan beberapa faktor. Sepanjang pengalaman saya belajar selama lima semester di sini, saya dapati terdapat beberapa faktor utama yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini. Pertama, pelajar lebih suka membuat hal sendiri. Perlakuan ini amatlah merugikan terutamanya pelajar baru atau pelajar junior yang baru sahaja masuk ke alam universiti. Apabila mereka tidak bergaul dengan pelajar senior atau pelajar lama di pusat pengajian, ia menyebabkan berlakunya jurang pergaulan antara mereka. Masalah yang sering timbul tiap tahun membuka mata saya untuk berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah ini. Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat banyak perkara yang saya perolehi, antaranya ialah keupayaan berfikir di luar kotak pemikiran, keyakinan yang tinggi, berani melontarkan pendapat dan dapat memperbaiki kemahiran komunikasi saya. Apabila hendak menyelesaikan sesuatu masalah, saya perlu berfikir di luar kotak pemikiran atau lebih mendalam. Contohnya, projek yang saya lakukan bersama ahli kumpulan saya ini memerlukan perancangan yang rapi untuk mendapat hasil yang terbaik. Jadi saya telah berfikir dan perolehi beberapa cara atau inisiatif yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Selain itu, salah satu pendekatan yang diperlukan dalam projek ini adalah mengadakan Hari Interaksi. Saya telah diberi tugas untuk menguruskan program tersebut bersama Kelab Matematik. Untuk mengadakan dan menjayakan program tersebut, saya melakukan banyak perkara. Antaranya adalah menjadi fasilitator dalam program tersebut. Hal ini bukan sahaja menjadikan program tersebut berjaya malah meningkatkan keyakinan diri saya sendiri.
6
Di samping itu, saya juga semakin berani melontarkan pendapat. Setiap perjumpaan bersama ahli kumpulan saya, saya suka menyuarakan pendapat dan kreativiti saya dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Saya juga merasakan sifat kepimpinan dalam diri bertambah apabila mendapat tugasan ini. Setiap ahli kumpulan mesti mempunyai sifat kepimpinan dalam diri tetapi saya berasa tanggungjawab untuk memberi semangat dan membimbing ahli-ahli lain untuk terus menyiapkan projek ini walaupun berbagai-bagai halangan dan cabaran berlaku. Seterusnya, pada minggu akhir iaitu minggu yang ke -14, setiap ahli kumpulan membentang poster yang telah dibuat. Poster ini menerangkan tentang perjalanan kajian dan hasil kajian yang dilakukan. Melalui pembentangan ini, saya berpeluang untuk menceritakan dan menerangkan tentang projek yang dilakukan kepada penilai iaitu pensyarah dan rakan-rakan saya. Secara tidak langsung, ia meningkatkan gaya dan kemahiran komunikasi saya dalam menyampaikan sesuatu perkara. Dalam proses laporan akhir , pemikiran-pemikiran kritis sangat diperlukan kerana analisa-analisa data yang dikumpul perlu dikupas dengan tepat , padat dan sebaiknya. Begitu juga dalam mengarang ayat untuk bahagian-bahagian yang tertentu seperti hasil kajian dan sebagainya. Secara kesimpulannya , pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah sangat penting dalam menyiapkan sebuah projek kerana setiap ahli kumpulan adalah berbeza dan mempunyai buah fikiran yang berlainan. Dalam projek ini telah mengajar setiap ahli kumpulan untuk berfikir di luar sempadan fikiran manusia.
Rujukan Puan Nur Jumaadzan Zaleha Binti Mamat
7
Lampiran
Perjumpaan dan temu bual bersama Presiden Kelab Matematik, Kelab Sains Aktuari dan Kelab Statistik
8
Hari Interaksi Kelab Matematik
9
Acara Tarik Tali dalam Hari Interaksi
10
Majlis Makan Malam Kelab Matematik
11
Group Whatsapp PPSM untuk ketiga-tiga tahun
12
Laman Facebook Pusat Pengumpulan Soalan Peperiksaan