SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811
NAMA PENSYARAH: ENCIK ISMAIL BIN UPAWI
NAMA PELAJAR: NURUL ASHIKIN BINTI ZULKIFLI
NO. MATRIK: A149716
1
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Pengenalan
3
2.0
Perincian Program
4
3.0
Kepentingan
5-6
4.0
Cadangan
7
5.0
Kesimpulan
8
2
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
1.0 PENGENALAN Kursus Citra Sosial & Kebertanggungjawaban ini sememangnya harus diwaijbkan kepada seluruh pelajar di setiap Universiti kerana kursus ini memfokus kepada kebajikan sosial dan kebertanggungjawaban kepada masyarakat yang kian pupus dalam generasi baru kini. Melalui kursus yang ditawarkan ini, ianya dapat membuka peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang bermatlamatkan kebajikan sosial dan kebertanggungjawaban sebagai masyarakat majmuk yang harmoni. Penglibatan saya dalam program tersebut sedikit sebanyak telah membuka mata saya dan semua yang terlibat terhadap tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh semua pihak bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa/i.
3
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
2.0 PERINCIAN PROGRAM Nama Program: Penjagaan Alam Sekitar Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Dicipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Selain itu, pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.
4
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
3.0 KEPENTINGAN Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita. Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan. Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran. Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. 5
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara. Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
6
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
4.0 CADANGAN Pihak kerajaan hendaklah melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar melalui ceramah, aktiviti gotong-royong, risalah dan poster untuk memberi kesedaran kepada penduduk dan pelancong untuk menjaga alam sekitar. Kempen ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penduduk dan pelancong tidak leka menjalankan tanggungjawab mereka memelihara dan memuluhara alam sekitar. Penggunaan petrol tanpa plumbum sangat berkesan untuk mengurangkan asap hitam daripada kenderaan. Contoh petrol tanpa plumbum ialah RON 95. Kesannya udara lebih bersih kerana mengurangkan pembebasan karbon monoksida dan sulfur dioksid ke udara. Pendidikan alam sekitar juga dapat mengatasi pencemaran alam sekitar. Pendidikan alam sekitar telah diterapkan melalui Kajian Tempatan di sekolah rendah dan subjek Geografi dan Sains di sekolah menengah. Selain itu, di Institut Pengajian Tinggi terdapat kursus yang memerlukan pelajarnya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar. Kesannya, masyarakat dapat diberi kesedaran sejak kecil lagi supaya menjaga alam sekitar. Pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.
7
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa/i. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.
8