KURSUS: KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC 9101) (SET 19) TAJUK TUGASAN: ULASAN BUKU-BUKU DAKWAH NAMA KUMPULAN GOLDEN AGE DI SEDIAKAN UNTUK: USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSARI (K009075) DISEDIAKAN OLEH: HUMAIRA' BINTI ABDUL LATIF MARICAR (A146577) (KETUA) ZAIMATUL NADIA BINTI ANUAR (A144799) NAZNEEN ALIA BINTI KAMBLI (A144817) SHARIFAH MUNAWWARAH BINTI WAN MADEHI (A146897) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM JABATAN PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2014/2015 1
ISI KANDUNGAN 1.0
MUKASURAT
PERANCANGAN
3
1.1 PERANCANGAN KEDUA
3
1.2 PERANCANGAN KETIGA
4
1.3 PERANCANGAN KEEMPAT
4
2.0
PERLAKSANAAN
5
3.0
LAPORAN
6
3.1 HUMAIRA' (A146577)
6
3.2 ZAIMATUL NADIA (A144799)
10
3.3 NAZNEEN ALIA (A144817)
15
3.4 SHARIFAH MUNAWWARAH (A146897)
19
4.0
KESIMPULAN
24
5.0
RUJUKAN
24
6.0
GAMBAR PEMBUKTIAN
25
2
1.0
PERANCANGAN
Perjumpaan pertama telah diadakan Pada hari rabu, 10hb disember 2014, pada jam 6.00 petang bertempat di bilik pensyarah iaitu Ustaz Ezad Azraai. Kami diberikan sedikit taklimat dan penerangan tentang bagaimana perlaksanaan kursus ini dan kami di minta untuk membentuk satu kumpulan. Setelah berbincang, kami memilih untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima (5) orang dari jabatan yang sama, bagi memudahkan untuk kami berbincang dan membuat perjumpaan. Disamping itu, kami telah membuat satu group perbincangan menggunakan aplikasi Whatsapp bagi memudahkan kami untuk berbincang mengenai kursus ini, jika tidak dapat membuat perjumpaan bersama ahli kumpulan oleh kerana kekangan masa dan tempat kediaman masing-masing yang jauh.
1.1
PERANCANGAN KEDUA
Pada hari Selasa 16hb Disember 2014, jam enam petang, kumpulan kami telah membuat perjumpaan buat kali kedua dengan ustaz Ezad Azraai di dalam biliknya. Ustaz Ezad Azraai telah menerangkan secara terperinci tentang perlaksanaan kursus Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HHHC9101) yang harus kami lakukan. Ustaz Ezad Azraai telah menyarankan kepada kumpulan kami untuk mencari buku mengenai Dakwah kerana kumpulan kami ini terdiri daripada Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan. Buku Dakwah yang ustaz Ezad Azraai sarankan itu berdasarkan kitab yang berbahasa Arab kerana ustaz mahukan kami sebagai mahasiswi pengajian Islam ini mengenal kitab-kitab Arab yang ditulis atau dikarang oleh ulama-ulama Islam terunggul di dunia. Kami juga telah diarahkan oleh ustaz Ezad Azraai untuk menamakan kumpulan kami. Ustaz Ezad Azraai juga telah menyarankan kepada kami untuk menggunakan beberapa aplikasi seperti Prezi, Jing, Slide Share dan beberapa aplikasi yang ada di alam maya. Setelah berjumpa dengan ustaz Ezad Azraai, kumpulan kami telah membuat perbincangan di depan bilik ustaz untuk menamakan kumpulan kami ini. Terdapat banyak
3
nama yang telah dikemukan tetapi akhirnya kumpulan kami bersetuju dengan satu nama yang telah diberikan oleh salah satu ahli kumpulan kami iaitu Golden Age. Kami mengambil nama kumpulan ini sebagai Golden Age kerana kami merasakan bahawa nama tersebut mempunyai sejarah kegemilangan umat Islam. Perbincangan kumpulan kami seterusnya akan diadakan di dalam aplikasi whatsapp dan kami akan membuat beberapa perjumpaan yang akan datang di Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia).
1.2
PERANCANGAN KETIGA
Pada 27hb Disember 2014 (Sabtu), perjumpaan kali ketiga diadakan di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Perjumpaan kali ini adalah untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugas yang telah diberikan. Bahan-bahan yang perlu dicari adalah buku-buku yang berkaitan dengan dakwah dalam bahasa Arab. Jadi, kami telah bersepakat untuk mendapatkan buku tersebut di bahagian koleksi Arab dan Tamadun Islam. Setiap daripada kami masing-masing mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Bahan-bahan yang dicari hendaklah berlainan setiap seorang dan ia juga hendaklah berkaitan dengan dakwah. Setelah masing-masing mendapatkan bahan, kami semua berbincang mengenai cara atau prosedur untuk menyiapkan tugasan ini. Ketua kumpulan menerangkan semula secara ringkas berkaitan dengan tugasan ini. Selesai perbincangan, kami semua mula menyiapkan tugas dan tugasan tersebut disiapkan pada hari tersebut juga. Selepas semua perkara selesai kami bercadang untuk mengadakan perjumpaan terakhir untuk mengumpul dan mengemas kini tugasan kami.
1.3
PERANCANGAN KEEMPAT
Pada tarikh 9hb Januari 2015, jam enam petang telah diadakan perjumpaan sesama ahli kumpulan yang keempat. Perjumpaan ini diadakan di tingkat empat, bahagian Koleksi Islam, Perpustakaan Tun Sri Lanang. Semua ahli iaitu seramai empat orang telah hadir. 4
Antara agenda perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyiapkan laporan akhir kumpulan yang melibatkan kertas kerja, laporan perancangan tugasan dalam bentuk Power Point dan laporan pelaksanaan tugasan dalam bentuk Prezi. Proses menyiapkan kertas kerja, perancangan tugasan dan pelaksanaan tugasan berjalan dengan lancar dan semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang cukup baik. Semua tugasan berjaya disiapkan berdasarkan arahan yang diberikan oleh pensyarah.
2.0
PERLAKSANAAN
Dalam perlaksanaan tugasan yang diberikan oleh Ustaz Ezad Azraai ini, kami telah ke Perpustakaan Tun Sri Lanang mencari buku-buku pada perjumpaan yang ketiga. Setiap daripada kami telah menelaah dan membaca buku masing-masing yang telah kami pinjam. Ketua kumpulan kami telah meminjam buku yang berjudul thaqafah adda'iyah yang dikarang oleh dr. Yusuf al-Qaradhawi. Ahli kumpulan kami yang bernama Zaimatul Nadia pula telah meminjam buku yang berjudul Majmu’ah Rasa’il Al Imam As Syahid Hasan Al Banna. Ahli kumpulan kami yang seterusnya yang bernama Nazneen Alia meminjam buku yang berjudul usul dakwah yang dikarang oleh syeikh dr. Abdul Karim Zaidan manakala ahli kumpulan yang terakhir pula, Sharifah Munawwarah meminjam buku yang berjudul AlIsti'ab fi hayatid da'wah wad da'a yang dikarang oleh Fathi Yakan. Membaca dan menelaah buku yang berbahasa agak mencabar bagi kami kerana ada beberapa perkataan bahasa Arab yang agak susah untuk difaham. Beberapa perkataan bahasa Arab ini jika diterjemahkan mempunyai banyak makna. Setelah kami membaca buku tersebut, kami membuat ringkasan dan ulasan mengenai buku yang kami pinjam. Kami juga telah membuat pertemuan yang keempat dan yang terakhir untuk menggabungkan tugasan kami yang telah dibahagikan pada pertemuan yang lalu. Kami memilih aplikasi prezi kerana ianya mudah bagi kami untuk membuat perlaksanaan tersebut. Setelah kami gabungkan tugasan masing-masing, maka selesai sudah tugasan kami untuk kursus Kemahiran Sosial dan Kebertanggunjawaban (HHHC 9101).
5
3.0
LAPORAN
Kumpulan kami yang telah diberi nama Golden Age telah membuat ulasan mengenai bukubuku atau kitab-kitab yang berbahasa Arab. Setiap ahli kumpulan kami telah membuat ulasan mengenai buku-buku tersebut yang telah dikarang oleh penulis-penulis dakwah terkemuka seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Al Imam As Syahid Hasan Al Banna, Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan dan Fathi Yakan.
3.1
Ulasan buku daripada HUMAIRA' BINTI ABDUL LATIF MARICAR (A146577)
3.1.1 BIOGRAFI DR. YUSUF AL-QARADHAWI Nama sebenar beliau ialah Yusuf Abdullah al-Qaradhawi. Beliau telah dilahirkan di Mesir pada 9 September 1926. Beliau mempelajari al-Quran ketika berusia lebih kurang 10 tahun. Beliau telah memasuki sekolah rendah dan menengah di Institusi al-Azhar dan kemudian menyambung pengajiannya di Fakulti Teknologi dan memperolehi sijil 'Aliyyah (besamaan dengan ijazah B.A sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-1953. Beliau juga memperolehi ijazah pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954. Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal alMushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial). Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Beliau juga seorang pendakwah yang dikenali memiliki seni berdakwah yang khas, bahasa yang lugas dan bagus dalam mengeluarkan perbincangan yang bernas. Beliau mampu memahami keadaan zaman sekarang dengan kaedah dakwah kontemporari yang dibawanya serta memiliki visi ke hadapan dalam membangun peradaban Islam yang rahmatan lil 'alamin, peradaban yang bersendikan nilai-nilai Islam yang boleh membawa kepada kemaslahatan 6
umat manusia. Kesejukan dakwahnya terasa ke berbagai penjuru dunia, dari Asia sampai ke Eropah dan dari Afrika sampai ke Amerika. Banyak ilmuan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisanny, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini. 3.1.2 Kritik Dan Saran Untuk Pendakwah Karangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi (ULASAN) - القرضاوي
يوسف- ثقافة ال ّداعية
Dr. Yusuf Qaradhawi telah mengarang satu buku yang berjudul Kritik dan Saran untuk Para Pendakwah. Tujuan beliau mengarang buku tersebut adalah untuk mendidik dan mengajar para Pendakwah agar terus menuntut ilmu kerana para pendakwah adalah pendidik dan pengajar yang merupakan tumpuan harapan bagi terbentuknya manusia dan masyarakat yang taqwa, dinamis dan berpengetahuan. Oleh kerana sasaran dakwah terhadap mad'u semakin berkembang dan meluas, maka perlu bagi pendakwah untuk terus menuntut ilmu dan menambahkan ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini dengan berterusan mencari ilmu tanpa terhad. Oleh yang demikian, buku ini telah dikarang oleh beliau agar pendakwah dapat memahami lebih dengan erti kata yang lain mencari ilmu sepanjang hayat. Beliau juga berbesar hati menerbitkan buku ini, dengan adanya buku-buku bacaan mengenai dakwah, maka akan bertambah kualiti dan kuantiti pendakwah di dunia ini. Di dalam kitab ini terdapat beberapa sub-tajuk yang ditekankan oleh Dr. Yusuf alQaradhawi. Antara sub-tajuk yang ada ialah:
Pengetahuan Islam
Pengetahuan Sejarah
Pengetahuan Bahasa dan Kesusasteraan
Pengetahuan Kemanusiaan 7
Pengetahuan Ilmiah
Pengetahuan Tentang Kenyataan Di atas adalah kesmua sub-tajuk yang akan dikupaskan secara ringkas di bawah nanti. Dr. Yusuf al-Qaradhawi memaksudkan pengetahuan Islam sebagai satu sumber asas
yang berkaitan dan berkembang untuk menegakkan atau menyampaikan ajaran agama Islam. Ia perlu bagi setiap pendakwah mempersiapkan diri dalam menyampaikan dakwah kepada mad'u. Seorang pendakwah itu harus mempunyai ilmu yang mantap, mendalam dan tidak cetek dalam ilmu agama Islam. Bahkan, beliau juga menekankan perlunya memperlajari ilmu agama Islam itu dari kitab-kitab asli. Oleh itu, al-Quran adalah sumber utama dan terpenting Islam. Semua isi kehidupan dunia dan akhirat telah tercatat di dalam al-Quran seperti akidah, ilmu pengetahuan, nilainilai, ibadah, akhlak, peradaban, perundangan dan semua aspek berkenaan cerita-cerita terdahulu. Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga telah menyarankan pendakah agar membaca buku-buku tafsir ulama terdahulu seperti Alburhan fi ulumil Quran karangan Imam Zarkasyi dan AlItqan fi ulumil Quran karangan Al-Hafiz As-Suyuthi. Untuk buku-buku tafsir moden pula seperti Manahilul Irfan Ulumil Quran karangan Syeikh Zarqani, Mahabis fi ulumil Quran karangan Dr. Shubhi Salleh, Mahabis fi ulumil Quran karangan syeikh Mana' al-Qithan dan beberapa buku-buku tafsir yang lain. Beliau juga telah menekankan perlunya membawa sunnah Nabi Muhammad s.a.w. kerana sunnah itu meliputi segala aspek perkataan, perbuatan, ketetapan, sifat-sifat dan sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga menegaskan bahawa setiap pendakwah harus memiliki pengetahuna yang memadai dalam bidang Fiqh (Hukum Islam). Maksudnya setiap pendakwah itu perlu memahami hukum-hukum fiqh terutama sekali dalam ibadah, muamalat dan akhlak. Sekiranya seorang pendakwah itu tidak dapat memberikan jawapan atas pertanyaanpertanyaan itu, maka akan berkurang wibawa atau pengaruh dakwahnya. Sekiranya pendakwah itu menjawab sebarangan, ia akan akan menyesatkan (mudhil). 8
Seperti mana di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu pengetahuan melalui pencabutannya dari dalam hati ummat, tetapi akan mencabutnya dengan meniadakan ulama-ulama. Bila tidak ada lagi ulam, maka manusia akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin. Ketika ditanya, diberikannya fatwa (keterangan) yang tidak didasari pengetahuan sehingga mereka sendiri tersesat dan menyesatkan (orang lain)". (HR. Bukhari dan Muslim). Selain itu, para pendakwah juga haru mempelajari atau mengetahui ilmu usul fiqh kerana ilmu usul fiqh ini mengandungi dalil-dalil hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah, jumhur ulam dalam memberi hukum secara ijma (sepakat) atau qias (analogi) seperti Istihsan, Istishab, masalih mursalah yang telah disepakati oleh jumhur ulama. Ilmu akidah juga perlu dititik beratkan oleh para pendakwah. Ada beberapa faktor yang beliau tekankan di sini ialah: 1) Pendakwah harus tekankan bahawa tauhid Islam bersumberkan al-Quran dan alSunnah. 2) Dalam menerangkan akidah, pendakwah perlu menuruti metodologi yang diajarkan oleh al-Quran dan Rasulullah s.a.w. 3) Pendakwah harus memperhatikan dalil-dalil al-Quran dan menyusun secara tertib sewaktu menerangkan masalah ketuhanan atau sewaktu menyanggah ajaran- ajaran atau pendapat-pendapat yang menyesatkan. 4) Pendakwah sebaiknya tidak banyak mengajak mad'u untuk terlibat dalam pembahasan-pembahasan yang terlalu mendalam seperti soal esensi ketuhanan dan seumpama dengannya. 5) Perlu adanya pengetahuan seperti tentang hasil-hasil yang sudah dirumuskan oleh ilmu falak, fisik dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menekankan tentang ilmu tasawuf iaitu ilmu yang mempelajari segi-segi moral dan perasaan atau jiwa dalam hubungannya dengan peradaban dan kebudayaan Islam.
9
Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga telah menyarankan bahawa para pendakwah harus mempunyai ilmu sejarah kerana sejarah itu bagaikan sebuah buku catatan tentang kemanusiaan. Ada beberapa pengetahuan sejarah yang perlu diketahui oleh pendakwah: 1) Bahawa sejarah akan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan tentang hal ehwal bangsa-bangsa, riwayat hidup tokoh-tokoh masyarakat, perubahan-perubahan yang terjadi dalam hidup dan kehidupan manusia. 2) Bahawa sejarah merupakan sebaik-baik saksi tentang ada dan berlakunya nilai-nilai dan ajaran-ajaran agama. 3) Bahawa sejarah membantu untuk memahami suatu peristiwa terdahulu. 4) Bahawa satu diantara segi-segi sejarah itu adalah berkaitan erat sekali dengan upaya dan misi pendakwah itu sendiri. Di dalam buku tersebut juga ada menyentuh tentang pengetahuan bahasa dan kesusasteraan, pengetahuan kemanusia, pengetahuan ilmiah dan pengetahuan tentang kenyataan kerana pada pendapat penulis, para pendakwah mesti mengetahui ilmu-ilmu tersebut agar pendakwah dapat menyampaikan perkara yang benar dan tidak terpesong. Oleh itu, buku ini sangat dan amat berguna untuk pendakwah membaca kerana ia menekankan aspek yang perlu ada dalam diri seorang pendakwah itu sendiri. Sudah semestinya seorang pendakwah itu perlu mendalami dan menguasai segala bidang agar mad'u mempercayai dan yakin dengan apa yang disampaikan.
3.2
Ulasan buku daripada ZAIMATUL NADIA BINTI ANUAR (A144799)
3.2.1 Majmu’ah Rasa’il Al Imam As Syahid Hasan Al Banna Bersesuaian dengan judulnya iaitu Majmu’ah Rasail, buku ini merupakan kumpulan surat, makalah dan transkrip pidato yang pernah dibuat dan disampaikan oleh Hasan Al Banna sepanjang hidupnya di medan dakwah dan jihad. Kandungan di dalamnya penuh dengan pemikiran-pemikiran Hasan Al Banna tentang dakwah yang berhubungan dengan gerakan dakwah yang dipeloporinya iaitu Ikhwanul Muslimin.
10
Secara keseluruhan, di dalam buku ini terdapat 18 judul dari kumpulan risalah Hasan Al Banna iaitu: 1. Risalah Ta’lim 2. Nizhamul Usar 3. Dakwah Kami 4. Apakah Kita Para Aktivis? 5. Kepada Mahasiswa 6. Menuju Cahaya 7. Risalah Jihad 8. Mu’tamar Keenam 9. Mar’ah Muslimah 10. Kepada Apa Kami Menyeru Manusia? 11. Di Bawah Naungan Al-Quran 12. Al-Ma’tsurat 13. Al-‘Aqaaid 14. Kepada Para Pemuda dan Secara Khusus Kepada Para Mahasiswa 15. Dakwah Kami di Zaman Baru 16. Antara Kelmarin dan Hari Ini 17. Mu’tamar Kelima 18. Agenda Persoalan Kita Dari Perspektif Islam Risalah ta’lim merupakan rumusan prinsip-prinsip dalam sebuah gerakan Islam. Di dalamnya terdapat rukun-rukun bai’ah (arkanul bai’ah) dan kewajipan-kewajipan seorang mujahid. Selama ini bai’ah hanya dikenali dengan makna janji setia untuk mengamalkan 11
wirid tertentu atau untuk taat kepada syeikh tertentu. Risalah ta’lim memberi penjelasan mengenai batasan-batasan bai’ah yang diperlukan dewasa ini. Arkanul bai’ah adalah seperti urutan berikut: 1. Bai’ah untuk memahami Islam secara benar (fahm) 2. Bai’ah untuk ikhlas hanya kerana Allah (ikhlas) 3. Bai’ah untuk menjalankan sesuatu pekerjaan yang telah digariskan langkah awal dan tujuan akhirnya (amal) 4. Bai’ah untuk berjihad (jihad) 5. Bai’ah untuk berkorban dengan segala apa yang dimiliki demi meraih redha Allah (tadhiyah) 6. Bai’ah untuk taat sesuai dengan kemampuannya (taat) 7. Bai’ah untuk teguh menghadapi setiap keadaan (tsabat) 8. Bai’ah untuk memberikan taat setia bagi dakwah ini (tajarrud) 9. Bai’ah untuk berukhuwwah sebagai titik tolak (ukhuwwah) 10. Bai’ah untuk memberikan kepercayaan kepada pemimpin dan safnya (tsiqah) Dalam Nizhamul Usar, Hasan Al Banna ingin menekankan pentingnya pembinaan agar tujuan dakwah boleh dicapai, khususnya dalam aspek ukhuwwah. Beliau menekankan tiga aspek utama agar ikatan usrah menjadi erat iaitu ta’aruf (saling mengenal), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling menanggung beban. Beliau juga menyampaikan beberapa hal yang boleh dilakukan dalam forum usrah iaitu antaranya membahas persoalan setiap individu dalam aspek ukhuwwah, membahas masalah dihadapi Islam dan umatnya serta mengkaji buku-buku yang menjadi rujukan. Bahagian ‘Dakwah Kami’ menjelaskan tentang konsep dakwah Ikhwan dan bagaimana sikap Ikhwan menanggapi pelabgai fahaman dan aliran di seluruh dunia. Antaranya seperti pandangan mereka terhadap nasionalisme dan kebangsaan. Di dalamnya turut membahaskan tentang sikap Ikhwan menanggapi fenomena perbezaan mazhab dalam Islam. Seterusnya, di dalam bahagian ‘Apakah Kita Para Aktivis’, ‘Kepada Mahasiswa’ dan ‘Kepada Para Pemuda 12
dan Secara Khusus Kepada Para Mahasiswa, Hasan Al Banna ingin menegaskan dan memberi paradigm bahawa kita sebagai kelompok dalam gerakan dakwah harus menjadi orang-orang yang sentiasa beramal dan memiliki aktiviti positif. Kita perlu menunjukkan bahawa gerakan dakwah itu memiliki aktiviti yang memberikan impak nyata dalam kehidupan. Menjaga aktiviti takwiniah dan juga sebagai mahasiswa malahan perlu memiliki tahap keilmuan yang tinggi, memahami siasah/politik dan mampu memberikan respon terhadap sistem politik Barat serta memiliki asas keilmuan yang teguh. Hasan Al Banna juga pernah mengutus surat kepada Raja Faruq I dan Mustafa An Nahnas pada bahagian ‘Menuju Cahaya’. Isinya secara umum menyampaikan mengenai kepentingan reorientasi kekuasaan agar kembali kepada matlamat Islam, pandangan Islam terhadap politik Barat dan solusi-solusi konkrit untuk memperbaiki sistem pemerintahan. Seterusnya, Hasan Al Banna secara khusus turut membahaskan mengenai wanita dalam ‘Mar’ah Muslimah’. Di dalamnya ia menjelaskan kepentingan wanita dalam Islam dan bagaimana konteks kesamarataan antara lelaki dan wanita. Bagaimana pendapat Islam tentang wanita juga bantahan terhadap beberapa pendapat yang dianggap menyimpang berkenaan wanita. Pada bahagian ‘Antara Kelmarin dan Hari Ini’ merupakan perbahasan tentang perkembangan dan sasaran fikrah Islamiyyah. Risalah ini telah diterbitkan sejak awal kemunculan fikrah Ikhwan sebelum terjadinya Perang Dunia Kedua dan telah dibaca oleh para aktivis dakwah pada saat itu. Di dalamnya terdapat penerangan yang baik tentang mabadi’ (dasar-dasar) Islam serta saranan untuk melakukan islah (pembaikan) sebagaimana telah diseru kepada kita untuk menerapkannya. Di dalamnya juga dibahas serba sedikit tentang daulah Islamiyah di awal kebangkitannya, saat Al-Quran dijadikan undang-undang dalam kehidupan masyarakat dan Rasulullah sendiri yang memimpin dan menjadi qudwah (sumber tauladan) bagi mereka. Pada risalah ini juga terdapat analisis yang cukup teliti tentang faktor-faktor yang dapat menghalang arus kebangkitan umat Islam dan menggugat keberadaan mereka. Pembaca juga akan mendapat untaian kalimat yang berisi taujih (pengarahan) yang sangat sesuai pada penghujung risalah ini. Sesungguhnya tidak akan soleh generasi akhir dari umat ini kecuali dengan apa yang menjadikan soleh para pendahulunya. Seterusnya dalam ‘Dakwah Kami di Zaman Baru’ menyampaikan tentang bagaimana dakwah Islam bergerak di era moden ini. Pandangan tentang konteks nasionalisme, arabisme dan ketimuran. Juga menekankan akan pentingnya aspek pendidikan dan tarbiyah bagi umat 13
manusia untuk mengembalikannya kepada kesedaran akan Tuhan (rabbaniyah ‘alamiyah). ‘Di Bawah Naungan Al-Quran’ memberi imbauan kepada para aktivis Islam agar kembali kepada nilai-nilai dasar Islam dang juga mempunyai landasan agar tidak sepenuhnya terikut kepada sistem Barat. Pada bahagian ‘Al Ma’tsurat’ membahaskan tentang wirid dan zikir harian yang sentiasa menjadi kebiasaan para aktivis Islam. Di situ disampaikan zikir-zikir harian yang ma’tsur berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Secara tekstual, kalimah-kalimah zikir juga dituliskan. Mulai dari ayat-ayat Al-Quran yang berisi doa dan peringatan kepada Allah. Juga zikir-zikir yang dianjurkan dan biasa dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. Terdapat juga doa-doa harian yang dianjurkan agar diamalkan dalam kehidupan seharian. ‘Al ‘Aqaaid’ merupakan bahagian yang membicarakan tentang masalah akidah Islamiyah. Di situ disampaikan mengenai konsep dasar akidah dalam Islam. Bagaimana Islam sangat menghargai akal manusia beserta dalil-dalilnya. Disampaikan juga tentang asmaa’ul husna yang berjumlah 99 kesemuanya dan bagaimana konteksnya dalam kehidupan yang turut disertai dalil ‘aqli dan naqli. Dalam buku ini turut dimuatkan pidato Hasan Al Banna dalam Muktamar Ikhwanul Muslimin, iaitu Muktamar Kelima dan Keenam. Muktamar Kelima secara umum memuatkan tujuan dan konsep dakwah Ikhwanul Muslimin, peringkat, langkah-langkah, manhaj dan sikap Ikhwan terhadap jemaah-jemaah lain. Dalam Muktamar Keenam pula menjelaskan dan memberikan reorientasi gerakan jemaah Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan dakwah yang melandaskan dirinya pada keislaman yang murni dan memberikan tanggapan tentang kondisi Mesir dan pandangan tentang pengaruh pemikiran Barat pada sistem kemasyarakatan. Pada bahagian ‘Agenda Persoalan Kita Menurut Perspektif Islam’ mengupas beberapa permasalahan umat dan solusinya. Dalam hal ini, dikemukakan tiga sudut pandang masalah iaitu permasalahan dalaman Mesir, permasalahan Negara-negara Islam di dunia dan permasalahan pemikiran umat Islam yang mulai keluar dari pemikiran Islam. Dibincangkan juga bagaimana Islam memandang pelbagai masalah tersebut dan solusinya dalam konteks Islam itu sendiri.
14
3.3
Ulasan buku daripada NAZNEEN ALIA BINTI KAMBLI (A144817)
3.3.1 Biografi Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan
Usul dakwah adalah sebuah buku karangan Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan. Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan telah dilahirkan pada 1917 di Baghdad dan mendapat pendidikan awal di pusat-pusat pengajian al-Quran di masjid-masjid di kampungnya. Beliau telah menyambung pelajaran di peringkat universiti di sebuah universiti di Baghdad di Fakulti Undang-undang. Selepas itu, beliau menyambung pengajian sarjananya di Universiti Kaherah dan berjaya mendapat keputusan Imtiaz. Seterusnya pada tahun 1962, beliau berjaya mendapa keputusan Imtiaz tahap pertama dalam pengajian doktor falsafah di universiti yang sama.
Semasa berada di Maahad Syariah Islamiyah di Universiti Kaherah, beliau mengikuti pengajian khas dalam Fiqh Islami dan rujukan utamanya ialah buku-buku Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Beliau juga menyertai pengajian dan perbincangan-perbincangan fiqh semasa. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pensyarah Syariah Islamiyah dan Ketua Jabatan Syariah Islamiyah di Fakulti Undang-undang di Baghdad, kemudian menjadi Ketua Jabatan Agama di Fakulti Adab Universiti Baghdad. Selepas itu menjadi pensyarah Syariah Islamiyah di Fakulti Pengajian Islam lalu menjadi dekan di fakulti tersebut.
Pada 1992, beliau meninggalkan Iraq dan dilantik menjadi pensyarah Syariah Islamiyah di Jabatan Pengajian Islamiyah dan pensyarah pengajian sarjana dan doktor falsafah di Universiti San’aa’ dan kekal di universiti itu sehingga meninggal dunia. Beliau juga menjadi pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Iman di San’aa’. Sejak tahun 70an, beliau dilantik menjadi anggota beberapa majlis ulama dan majlis fiqh Islami sedunia. Beliau telah dikurniakan anugerah khas Raja Faisol Arab Saudi di atas penulisannya yang hebat iaitu “Al-Mausu’ah” atau Ensiklopedia berkenaan hukum-hakam wanita dan baitul muslim.
Beliau juga telah menulis banyak karya ilmiah yang hebat dan banyak di antaranya telah dijadikan silibus universiti-universiti. Antara hasil penulisan beliau adalah Al Fard wad 15
Daulah fi Syari’ah Islamiyah, Wa Ahkamu Damiyin wal Musta’minin fi Darul Islam, Buhuts Fiqhiyah Mu’ashirah, Al Wajiz fi Ushul Fiqih, Mawajiz Ad Dayan fil Quran, Al Mustafad min Qishashil Quran lid Da’wah wad Du’at, Al Iman bil Qadha’ wal Qadar, Ushulud Da’wah, Al Luqathah wa Ahkamuha fisy Syariah, Majmu’at Buhuts Fiqihiyah, Al Qishash wa Diyat fi Syari’ah Islamiyah, AL Madkhal lid Durusah Syari’ah Islamiyah, Al Wajiz fi Syarah Qawaidul Fiqhiyah, Nazharat fi Syari’ah Islamiyah Muqaranah bil Qawanin Al Wadh’iyah, Nizhamul Qadha fi Syari’ah Islamiyah, dan berbagai karya ilmiyah lainnya. Syeikh Zaidan antara ulama yang sangat tawadhu’. Beliau sama sekali tidak mengizinkan tangannya dicium atau bertanya mengenai umurnya atau cara beliau menuntut ilmu, karena baginya itu semua tiada memberikan manfaat baginya. Menurut mereka yang pernah menuntut darinya dan orang yang dekat dengan beliau, pengajian terakhir beliau yang beliau sampaikan seminggu sebelum meninggal dunia yaitu berbicara berkaitan jihad dan politik. Begitu banyak jasa beliau dalam dunia Islam tidak mampu dicatatkan semuanya di sini, hari ini Allah menjemput beliau pergi meninggalkan kita buat selama lamanya. Dunia Islam bersedih namun hanya jasad Syeikh meninggalkan kita tetapi segala ilmu beliau masih ditinggalkan untuk diamalkan dan diperjuangkan. Beliau telah meninggal dunia di bandar San’aa ibu negara Yaman pada umur 97 tahun.
3.3.2 Usul Dakwah Karangan: Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan Usul dakwah adalah sebuah buku karangan Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan. Buku ini adalah sebuah buku yang memberi kefahaman Islam yang menyeluruh kepada pembacanya. Ia adalah sebuah buku yang berkaitan dengan dakwah dan mengulas mengenai asas-asas dakwah Islam secara terperinci. Perbincangan dalam buku ini bukan sahaja hanya untuk pendakwah namun, buku ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan umum. Hal ini kerana kandungan ia merangkumi perkara asas mengenai Islam itu sendiri sebelum pergi lebih mendalam mengenai dakwah. Buku ini membincangkan empat bahagian utama. Bahagian yang pertama membincangkan mengenai topik dakwah, bahagian yang kedua pula mengenai pendakwah, diikuti dengan bahagian ketiga mengenai sasaran dakwah dan yang terakhir kaedah dan teknik dakwah. Melalui bab atau bahagian-bahagian yang dibincangkan, buku ini memberi gambaran bahawa perbincangan dalam buku ini sangat terperinci. 16
Bahagian yang pertama adalah topik dakwah. Bahagian ini mengupas secara terperinci dan panjang lebar mengenai Islam. Topik dakwah adalah mengenai Islam iaitu agama yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasulnya, Muhammad SAW sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. Dalam bab ini dibahagikan pula kepada lima bahagian iaitu definisi Islam, rukun-rukun Islam, ciri-ciri keistimewaan Islam, sistem-sistem Islam dan objektif-objektif Islam (Maqasid). Bahagian yang pertama iaitu definisi Islam, penulis mengemukakan beberapa pandangan mengenai Islam secara lebih terperinci dengan juga mengemukakan dalil daripada hadis dan al-Quran. Sebagai kesimpulan kepada bab ini, penulis juga telah mengemukakan pendapat lain mengenai Islam dan akhirnya membuat kesimpulan kepada definisi yang telah dipilih. Seterusnya, bahagian kedua yang dibincangkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan ialah berkenaan dengan rukun-rukun Islam dan membincangkan sebuah hadis. Hadis tersebut menyebut Islam terdiri daripada tiga rukun iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, penyaksian bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah dan akhir sekali amal soleh yang terdiri daripada sembahyang, zakat, puasa dan haji. Di sini boleh dikenal pasti bahawa perbincangan yang dilakukan sangat mendalam kerana beliau mengupas secara terperinci mengenai rukun Islam yang pertama dan begitu juga dengan rukun Islam yang lain. Bahagian ketiga pula adalah mengenai ciri-ciri khusus Islam. Dalam bahagian ini penulis membezakan Islam dan agama-agama lain dari pelbagai aspek seperti sumber, ruang lingkup dan sebagainya. Bahagian keempat penulis membincangkan mengenai sistem-sistem Islam yang dirungkaikan berlandaskan Islam. Antara yang dibincangkan ialah sistem akhlak, sistem sosial, sistem fatwa, sistem penguatkuasaan syarak atau hisbah, sistem politik, sistem ekonomi, sistem jihad dan sistem kehakiman. Bahagian akhir untuk bab yang pertama ialah objektif Islam iaitu berkaitan dengan Maqasid syariah. Seterusnya bab yang kedua pula ialah pendakwah. Dalam bab ini penulis memberikan definisi pendakwah iaitu siapa pendakwah dan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pendakwah. Selepas itu bahagian kedua pula mengulas mengenai persediaan pendakwah iaitu persediaan yang perlu ada sebelum berada di lapangan dakwah. Persediaan yang dianjurkan oleh penulis berdasarkan dalil-dalil yang ada antaranya kefahaman mendalam melalui pentaddabburan al-Quran, keimanan yang mantap, dan hubungan yang baik dengan mad’u. 17
bahagian akhir dalam bab ini mengulas mengenai akhlak yang mesti ada pada seorang pendakwah. Akhlak pendakwah yang dikemukakan ialah akhlak seperti jujur, sabar, pengasih, rendah diri dan lain-lain lagi. Bab yang ketiga dalam buku usul dakwah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan ialah berkaitan dengan sasaran dakwah. Bahagian pertama dalam bab ini ialah berkenaan dengan definisi, hak dan tanggungjawab. Dalam bahagian ini dikupas mengenai siapa sasaran dakwah, hak-hak sasaran dakwah apabila mendapat dakwah daripada pendakwah dan tanggungjawab sasaran dakwah tersebut setelah di dakwah. Bahagian kedua pula membincangkan mengenai golongan-golongan sasaran dakwah. Penulis memberi saranan kepada siapa dakwah boleh dilakukan dan kenapa dakwah perlu kepada golongan tersebut. Antara sasaran dakwah ialah golongan pembesar kerana mereka mempunyai beberapa sikap yang menyebabkan mereka menentang dakwah, kedua golongan rakyat, ketiga golongan munafik dan akhir sekali ialah golongan yang melakukan dosa. Bab yang terakhir dalam buku karangan Dr. Abdul Karim Zaidan ini ialah kaedah dan teknik dakwah. Menurut pengarang, sebagai seorang pendakwah adalah menjadi satu keperluan untuk menguasai kaedah dan teknik bagi menarik hati sasaran dakwah. Bahagian pertama dalam bab ini dibincangkan mengenai sumber dan kepentingan dakwah. Sumber yang dimaksudkan oleh penulis ialah sumber-sumber bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk berdakwah seperti al-Quran dan sunah. Bahagian kedua pula ialah kaedahkaedah yang boleh digunakan pendakwah untuk menjalankan dakwah. Beberapa saranan telah dikemukakan oleh penulis untuk dijadikan sebagai kaedah berdakwah. Bahagian akhir buku ini pula ialah berkaitan dengan teknik dakwah. Dibahagikan kepada dua perbincangan iaitu teknik pra-dakwah iaitu teknik yang perlu dititikberatkan sebelum berdakwah dan teknik berdakwah. Jelas menggambarkan perkara yang dibincangkan dalam buku ini memberi tunjuk ajar mengenai kaedah dan teknik dakwah yang berkesan. Kesimpulannya, buku Usul Dakwah karangan Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan ini mengulas secara lengkap asas-asas dakwah seperti mana tajuknya. Topik-topik yang diutarakan memberi penjelasan dan gambaran yang jelas mengenai segala aspek yang diperlukan sebagai seorang pendakwah mulai daripada perkara paling asas iaitu pengetahuan mengenai Islam itu sendiri. Aspek lain yang dibincangkan juga seperti pendakwah, iaitu tugas pendakwah, siapa pendakwah dan persediaan menjadi pendakwah. Sasaran dakwah juga turut 18
dibincangkan kerana ia adalah aspek yang perlu diambil kira seorang pendakwah dalam menjalankan tugas dakwah. Akhir sekali kaedah dan teknik dakwah dikira sebagai keperluan paling asas sebagai bekalan untuk turun ke lapangan dakwah. Perbincangan yang menyeluruh dalam buku ini memberi manfaat kepada pembaca setiap lapisan sama ada ada orang awam dan juga orang-orang yang terlibat dengan dakwah.
3.4
Ulasan buku daripada SHARIFAH MUNAWWARAH BINTI WAN MADEHI
(A146897) 3.4.1 BIODATA PENULIS Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan, nama sebenarnya Mahmud Fathi ibnu Muhammad ‘Inaayat Syarif Yakan. Susur galur keturunannya berasal daripada bangsa Turki, dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Utara Lubnan. Isterinya bernama Dr. Muna Haddad, dikurniakan lima orang anak iaitu 4 perempuan, seorang anak lelaki dan 20 orang cucu. Tokoh karismatik gerakan Islam ini telah menghasilkan puluhan buku-buku dakwah yang mencerahkan langit kebangkitan Islam dengan lantera ilmu dan cahaya kebenaran.
Selain tulisan-tulisan yang dicurahkan ke dalam lembaran-lembaran kitab, seminar dan syarahan, beliau bersama isterinya turut menubuhkan universiti di Lubnan iaitu Jami’ah Al-Jinan. Falsafah pembangunan universiti tersebut adalah untuk membentuk graduan Muslim yang hidup bermasyarakat berteraskan akhlak yang luhur. Antara fakulti-fakulti yang ditawarkan di universiti tersebut adalah fakulti perguruan, media dan teknologi, mekanikal dan kejuruteraan, sains dan farmasi.
Dr. Fathi Yakan meninggal dunia pada 13 Jun 2009 ketika usianya menjangkau 76 tahun. Ketiadaannya merupakan kehilangan besar kepada gerakan Islam ketika para aktivisnya masih dahagakan rumusan-rumusan kognitif, menilai aspirasi massa dan pertembungan ummah di seluruh dunia. Pemikiran beliau tetap menjadi sebahagian legasi kepada khazanah intelektual gerakan Islam dan menjadi rujukan dari semasa ke semasa. Benarlah kata Hasan al-Basri rahimahullah:
19
ْ سدُّهَا َما ار ُ َاإل ْسالَ ِم الَ ي ُ ف اللَّ ْي ُل َوالنَّ َه َ َاختَل ِ َم ْوتُ ال َعا ِل ِم ث َ ْل َمةٌ فِ ْي “Kematian seorang alim adalah suatu kelompongan dalam Islam, ia tidak dapat ditutup walau bertukar ganti malam dan siang.” (Riwayat ad-Darimi dan Baihaqi)
Sangat sedikit ulama’ sepertinya, bukan sahaja arif dalam ilmu agama tetapi juga memahami isu-isu pergolakan semasa selain memiliki semangat waja merakyatkan gagasan dakwah dan mendaulatkan Islam di tanah airnya. Beliau adalah ulama’ al-amilin, bukan ilmuwan yang sekadar berbasa-basi dengan kelantangan suara, tetapi kata-katanya adalah perbuatannya manakala perbuatannya adalah kata-katanya. Sabda Rasulullah s.a.w:
ِك ث ُ َّم ِب َم ْن تَعُو ُل َ اِ ْبدَأ ِبنَ ْفس “Mulakan dengan dirimu kemudian kepada orang yang hendak kamu serukan (dakwahmu)” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Seperti pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang lain, Dr. Fathi Yakan juga pernah dipenjara dan diseksa kerana dituduh melancarkan rampasan kuasa. Namun, beliau adalah antara orang-orang yang kental menjalankan urusan dakwah, sehingga beliau menulis sebuah buku berjudul (“ )المتساقطون على طريق الدعوةAl-Mutasaqitun ‘ala Toriq ad-Dakwah” sebagai panduan kepada aktivis Islam umumnya, agar tidak terkandas di dalam perjuangan Islam.
Beliau pernah memegang kerusi Parlimen di Lubnan pada tahun 1992, sekalipun pada hakikatnya beliau tidak bersetuju dengan sistem-sistem demokrasi yang sedia ada di negara tersebut.
Begitupun
beliau
mengakui
bahawa
pendekatan
gerakan
Islam
mestilah “muwajahah as-silmiyyah” untuk mengekspresikan wawasan dakwah dan keadilan Islam kepada rakyat Lubnan yang umumnya memiliki pelbagai pemikiran dan latar belakang pegangan. Maka, sistem demokrasi dimanfaatkan sebagai salah satu wadah yang dapat menguasai negara tanpa berlaku sebarang rusuhan atau pertumpahan darah.
20
Komitmen beliau di dalam politik adalah membentuk masyarakat Islam yang berwibawa dan mengeluarkan masyarakat Arab daripada kepompong perkauman dan fanatik mazhab. Keazamannya itu menyebabkan wujud tindakan beliau yang mencetuskan polemik. Namun begitu, semua ciri-ciri tersebut menjadikan tokoh aktivis Islam tersohor ini seorang yang unik, berbeza, sekaligus menunjukkan beliau adalah seorang pemikir yang substantif dan ulama’ yang memiliki daya prinsip(http://www.tarbawi.my/2013/09/memahami-perjuangandakwah-ustaz-fathi.html).
Sabda Rasulullah s.a.w:
ظلا ُموا ا سنَّا او ِإ ْن ا تاقُولُ ا،ًاَل ت ا ُكونُوا ِإ َّم اعة او ال ِك ْن او ِطنُوا،ظ المْ ناا ُ َّس ان الن اس أ ا ْح ا ون؛ ِإ ْن أ ا ْح ا ساءُوا فا اَل ت ا ْظ ِل ُموا ِ اس أ ا ْن ت ُ ْح ُ َّس ان الن سنُوا او ِإ ْن أ ا ا ِإ ْن أ ا ْح ا،س ُك ْم أ ا ْنفُ ا “Janganlah seseorang daripada kamu menjadi orang yang tidak punya prinsip dengan berkata; Jika kami bersama manusia yang berbuat baik maka kami pun berbuat baik, jika mereka berbuat zalim (jahat) maka kami pun turut berbuat zalim. Tetapi jadilah kamu orang yang punya pendirian (prinsip), jika manusia berbuat baik maka hendaklah kamu berbuat baik, jika mereka berbuat jahat maka janganlah kamu berlaku zalim.” (Riwayat Tirmizi)
3.4.2 ULASAN BUKU FATHI YAKAN
Buku ini mempunyai 116 halaman muka surat tidak termasuk kulit. Mempunyai 5 tajuk besar yang berkaitan dengan tajuk utama buku dan diikuti dengan sub-topik dibawahnya. Dikarang oleh seorang tokoh gerakan Islam yang terkemuka iaitu Allahyarham Dr. Fathi Yakan, dan diterbitkan oleh Risalah Publisher pada tahun 2001. Buku ini adalah berkisar tentang penguasaan yang perlu ada dalam kehidupan dakwah dan seorang pendakwah. ‘Isti’ab’ (penguasaan) adalah kemampuan atau keterampilan
21
pendakwah untuk menarik objek dakwah (mad’u) dan membentuk mereka dengan segala perbezaan intelektual, kejiwaan, status sosial dan sebagainya. Dr Fathi Yakan mengatakan bahawa : “Pendakwah yang berjaya adalah pendakwah yang mampu mengharungi dan dapat mempengaruhi setiap manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka mempunyai pelbagai kecenderungan, tabiat dan tingkatan kefahaman yang berbeza. Di samping itu ia juga mampu menarik sejumlah besar manusia dan menguasai mereka dari sudut fikrah dan harakah. Jadi, penguasaan merupakan : Kemampuan individu. Kelayakan akhlak. Sifat keimanan. Kurniaan Ilahiyah. yang membantu para pendakwah dan menjadikan mereka paksi bagi masyarakat sehingga orang ramai sentiasa berputar dan berkerumun di sekitarnya.” Pada hakikatnya kemampuan untuk "menguasai" bolehlah dianggap sebagai syarat kelayakan yang pertama dan terpenting bagi seorang pendakwah. Tanpa kemampuan "penguasaan" ini, pendakwah sebenarnya belum lagi wujud dan dakwah juga belum benar-benar berlaku. Menurut beliau lagi, penguasaan luaran adalah penguasaan terhadap orang-orang yang berada : Di luar dakwah. Di luar pergerakan. Di luar organisasi. Iaitu tahap orang-orang yg belum bergabung dalam barisan dakwah. Penguasaan dalaman adalah penguasaan terhadap orang-orang yang berada di dalam organisasi, iaitu mereka yang telah bergabung ke dalam jamaah dakwah dan pergerakan. Kejayaan seorang pendakwah sangat terkait dengan kemampuan untuk menguasai kedua-duanya, kerana tidak ada gunanya penguasaan terhadap masyarakat di luar tanzhim (jamaah) tanpa disusuli dengan penguasaan terhadap masyarakat yang ada dalam tanzhim. Sejauh mana ramainya para pendakwah yang memiliki syarat-syarat penguasaan ini, maka sejauh itulah pula kemampuan dakwah untuk menguasai orang ramai dan sejauh itulah juga pengaruh dakwah terhadap mereka semakin meningkat dan mendalam. Melalui Al Qur’an yang tidak pernah diresapi oleh kebatilan dan di bawah cahaya sinar Sunnah Nabawiah yang mulia, ada beberapa tuntutan yang mesti dipenuhi oleh para pendakwah dalam proses penguasaan dan pembentukan luaran yang telah disenaraikan oleh beliau di antaranya adalah, Pertama: Kefahaman tentang agama, kedua: contoh Tauladan yang baik, ketiga: Sabar, keempat: Lemah lembut, kelima: Memudahkan dan tidak menyukarkan, keenam: Tawadhuk dan merendahkan sayap, ketujuh: Murah senyuman dan perkataan yang baik, 22
kelapan: Dermawan dan menginfaq kepada orang lain, kesembilan: Melayani orang lain dan memenuhi keperluan mereka. Seterusnya, Penguasaan dalaman. Menurut Dr Fathi Yakan ia adalah kemampuan dan keahlian untuk menampung objek dakwah yang telah berada di tengah-tengah saf dakwah samada oleh para pemimpin mahupun para anggotanya. Tujuannya adalah untuk menggunakan potensi mereka dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah dan pergerakannya. Tahapan-tahapannya adalah seperti berikut: pertama: Penguasaan dalam aqidah dan tarbiyah, kedua: Penguasaan dalam jemaah. Menurut beliau lagi, tingkatan penguasaan seorang pendakwah berbeza-beza, namun seorang pendakwah dituntut untuk memiliki tahap minima kemampuan dalam penguasaan agar boleh menjadi produktif dan mendatangkan manfaat bagi masyarakat, bukan mendatangkan kemudharatan atau tidak mendatangkan manfaat sama sekali, bahkan Nauzubillah, kalau ianya menyebabkan orang-orang di sekelilingnya lari. Oleh itu, tanpa kemampuan penguasaan paling minima ini, seorang pendakwah
tidak
boleh dianggap
sebagai seorang amil atau pekerja dalam arena dakwah. Tingkatan-tingkatan kemampuan dalam penguasaan digambarkan dengan begitu indah di dalam sebuah hadis Rasulullah saw : “Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang dengannya Allah swt mengutusku adalah bagaikan hujan yang turun ke bumi. Maka ada bahagian bumi yg baik, ia menerima air hujan itu dengan baik lalu menumbuhkan tanaman dan rerumput yang banyak. Ada juga bahagian bumi yang menahan air, lalu Allah swt memberikan manfaat kepada manusia dengan air yang disimpannya, sehingga mereka boleh minum dan menyirami tanaman dari air tersebut. Bahagian lainnya adalah padang tandus, ia sama sekali tidak boleh menyimpan air dan juga tidak menumbuhkan apa pun. Demikian itu adalah perumpamaan orang yang diberi kefahaman dalam agama, lalu ia dapat memanfaatkan apa yang aku bawa itu, hingga ia sentiasa belajar dan mengajarkan apa yang ia fahami. Dan itulah juga perumpamaan orang yang sama sekali tidak ambil peduli dan tidak mahu menerima petunjuk Allah swt yg aku sampaikan”. (HR Bukhari Muslim)
23
4.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, alhamdulillah, kursus ini telah memberi kami ruang untuk mendalami dan mengkaji ilmu dakwah dan mengenal ulama-ulama dakwah yang tersohor di dunia yang penuh mencabar. Untuk menjadi pendakwah bukan lah sesuatu pekerjaan yang mudah malah ia memerlukan setiap masa untuk mengkaji ilmu agama Islam ini dengan penuh kesungguhan. Pada masa yang sama, kumpulan kami juga dapat bekerjasama dalam membuat tugasan ini dengan mengenal erti persahabatan yang semakin erat bahkan dapat bersosial dengan lebih dekat sekali. Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Ezad Azraai yang telah mengendalikan kursus ini dengan penuh hemah bahkan telah menunjukkan dan membuka minda kami tentang betapa pentingnya untuk kami merujuk dan mengkaji bukubuku yang berbahasa Arab.
5.0
RUJUKAN
Yusuf al-Qaradhawi. 1398H-1978M. Thaqafah Adda'iyah. Mu'asatul Risalah. Beirut. Al Imam As Syahid Hasan Al Banna. 1992. Majmu’ah Rasa’il. Qaherah: Dar al-Tawzi wa alNasr Islamiyyah. Abdul Karim Zaida. 1992. usul dakwah. Baghdad: Maktabah al-Quds. Fathi Yakan. Al-Isti'ab fi hayatid da'wah wad da'a.
24
6.0
GAMBAR PEMBUKTIAN
25
26
27
28
29
30