HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN
SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4
TUGASAN 1: PENULISAN TENTANG PEMIKIRAN KRITIS
NAMA
: UMI NURFAZILAH BINTI MOHD HUSSIN
NO MATRIK
: A143133
NAMA PENSYARAH
: PROF MADYA DR ZAKIAH MUHAMMADDUN BINTI MOHAMED
TAKRIFAN PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Frasa ‘pemikiran kritis’ adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan juga ‘kritis’. Mudah untuk mentafsirkan maksud ‘pemikiran’ iaitu merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan. Pemikiran kritis telah lama wujud dan bertapak kukuh dalam peradaban manusia sejak zaman Greek Gang of Three iaitu, Socrates, Aristotle dan Plato. Mereka telah memberikan suatu pandangan mengenai berfikir yang menekankan kepada analisis, perdebatan dan penghakiman. Pemikiran kritis berasal dari perkataan Yunani iaitu Kritikos yang membawa maksud menimbang atau judge. Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah. Pemikiran kritis/kritikal ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga perkataan kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’. Ini bermakna dalam pemikiran kritis pembuat pertimbangan baik buruknya sesuatu dan tidak menerimanya secara bulat-bulat. Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual
dan
moral
untuk
membangun,
mempertajam
dan
memperhalusi
serta
mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara. Selain itu, pemikiran kritis ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.
MODEL – MODEL PEMIKIRAN KRITIS Model Pemikiran Pertama
Model pemikiran pertama ini merangkumi tiga komponen utama iaitu:
Operasi mental - Operasi kognitif dan metakognitif
Pengetahuan - Terdiri Daripada Fakta, Maklumat, Ilmu, Kefahaman, Hukum,
Peraturan Dan Sebagainya
Sikap - Terdiri Daripada Penentuan Keberkesanan Terhadap Proses Pemikirannya
Operasi mental terdiri daripada operasi kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, manakala operasi metakognitif merupakan operasi yang mengarah serta mengawal kemahiran dan proses kognitif iaitu membimbing fikiran orang supaya mencari makna dan khususnya, melakukan operasi merancang, mengarah, menyemak dan menilai. Pengetahuan pula terdiri daripada fakta, maklumat, ilmu, kefahaman, hukum, peraturan dan sebagainya. Pengetahuan ini adalah disimpan dalam ingatan. Manakala sikap pula terdiri daripada penentuan keberkesanan terhadap proses pemikirannya. Sikap ini adalah berkaitan rapat dengan nilai kendiri. Sikap positif atau negatif akan mempengaruhi peringkat kemahiran dan kualiti berfikir seseorang.
Model Pemikiran Kedua
Proses pemikiran boleh dihuraikan melalui model pemikiran kedua. Model ini terdiri daripada tiga komponen iaitu:
Input (rangsangan)
Operasi (proses)
Output (hasil)
Dua komponen yang berkaitan iaitu proses ingat kembali dan metakognisi yang mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Data yang diproses dan disimpan dalam ingatan jangka pendek secara berulang-ulang dan dalam ingatan jangka panjang. Data ini diingatkan kembali supaya komponen operasi mental digunakan untuk menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperolehi daripada rangsangan luar. Selain itu, semasa proses pemikiran berlaku, proses metakognisi pula merancang dan mengarah, menyemak, mengawal dan menilai segala operasi pemikirannya.
CONTOH – CONTOH PEMIKIRAN KRITIS
Antara contoh pemikiran secara kritis:
Membanding dan membeza Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti guru dan doktor, antara dua bentuk, dua peristiwa dan sebagainya.
Membuat kategori Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label/tajuk.
Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.
Kesimpulannya, pemikiran kritis mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah dan teori yang berguna akan diguna pakai manakala teori yang lemah akan disangkal oleh pemikir yang berfikir secara kritis. Pemikiran ini mampu membuatkan kita berhujah dengan baik serta menganalisa hujah dengan baik dan lengkap. Pemikiran kritis menjadikan kita lebih cekap dalam mengkaji sesebuah hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan atau pun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu adalah betul ataupun salah. Selain itu pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat keadaan sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling kita. Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita dalam berhujah secara berkesan, menganalisa hujah secara kritis dan lengkap dan memungkinkan kita untuk berfikir positif dan inovatif serta terbuka.