Tugasan 1: Bengkel Membaikpulih Komputer
Nama : Nik Khairol Anezam B Mohd Yazin No Matriks: DX085294DCD04 Disediakan oleh No IC: 791230-14-5015 Nik Khairol Anezam Bin Mohd Yazin Nama Pengajar: Pn.YM Raja Aida Bt Raja Shahruddin Website: SelenggaraKomputer.wordpress.com
TUGASAN 1: BENGKEL MEMBAIKPULIH KOMPUTER
1. Peralatan Asas Untuk membina bengkel membaiki komputer, apa yang saya perlukan ialah peralatan asas untuk membaiki komputer. Terdapat banyak kit perlalatan komputer dijual di pasaran, ia direka khas untuk memenuhi keperluan juruteknik. Alat ini digunakan untuk membuka dan memasang komputer dan peralatannya. Saya akan membeli kit peralatan komputer yang mengandungi: • • • • • • • • • •
Spannar Soket (terdapat 6 saiz yang berbeza) Pemutar Skru Jenis Mata Biasa – terdapat dua jenis saiz pemutar skru jenis ini. Satu besar dan satu lagi kecil. Pemutar Skru Jenis Philip – Pemutar skru jenis Philip yang kecil diperlukan untuk membuka skru pada “power supplies”, “interface cards”, “hard disk” dan “floppy disk”. Pelayar Mucung Panjang Pemotong Wayar Tweezers – sangat berguna untuk mengambil skru atau komponen yang terjatuh di tempat yang sempit. Parts grabbers ( jenis claw) Pemutar Jenis Mata Bintang – Digunakan untuk melonggarkan/memasang skru yang berbentuk bintang yang biasanya terdapat pada komputer jenis Compaq. Lampu Suluh dan Kanta Pembesar – untuk melihat di bawah motherboard dan di bahagian yang gelap dalam casing komputer. Plastik kecil – untuk menyimpan skru, nut dan sebagainya.
Rajah: Contoh Kit Peralatan Komputer
Selain itu terdapat juga peralatan tambahan yang penting iaitu:
.
•
Multi Meter Digital – digunakan untuk menguji voltan power supply dan menguji pengaliran arus pada kabel. Banyak kerosakan memerlukan pengujian terhadap voltan dan rintangan. Nilainya diukur dengan menggunakan multi meter ini. Terdapat dua jenis multi meter iaitu multi meter analog dan digital.
•
Bahan Dan Peralatan Membersih - bahan pencuci kimia , berus kecil, pembersih vakum tangan dan sebagainya.
•
Palam Wrap – digunakan untuk menguji masalah port serial dan parallel.
•
Software – untuk menguji komponen yang terdapat dam sistem.
•
Anti static wrist band, mat dan beg anti statik – kerosakan boleh berlaku pada litar berpunca dari cas statik. Maka peralatan anti statik perlu digunakan. Alat ganti komponen komputer perlu disimpan di dalam beg anti statik bagi mengelakkan kerosakkan akibat cas statik.
•
Alat Pemateri – perlu digunakan sekiranya terdapat kerosakkan pada sambungan wayar atau litar.
•
Besi Pemateri
•
Penyedut Pateri
Rajah: alat pemateri, besi pemateri dan sebagainya
Bengkel Membaikpulih Komputer Untuk membina bengkel komputer, faktor utama yang perlu difikirkan ialah faktor kos. Maka untuk mencari tapak bengkel kena pastikan dulu tapak tersebut milikan tetap ataupun pajakan. Lebih selamat mencari tapak milikan tetap kerana tidak perlu risau untuk berpindah setelah mengeluarkan wang untuk mengubahsuai bengkel. Dengan kos permulaan yang sedikit biasanya saya cuma akan mampu menyewa kedai kecil. Saiz bengkel 5m x 10m mungkin sesuai bagi budget saya ini. Dengan saiz sebesar ini saya hanya akan boleh menyediakan ruangan kecil untuk pelanggan mengambil barang dan sedikit ruangan untuk pameran.. Sebelum membuka bengkel saya akan mengkaji lokasinya sama ada tempat itu berpotensi atau tidak. Dengan cara memberi pamplet pejabat-pejabat atau kedai di sekitar lokasi. Jika ramai orang yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di kawasan itu. Maka lokasi tersebut memang strategik dan saya boleh terus membuka bengkel di situ. Ini penting bagi memastikan bengkel yang akan dibina tidak gulung tikar.
Rajah: Lokasi bengkel perlu strategik
2. Pelan Lantai Bengkel Komputer
Gambar di atas menunjukkan pelan bengkel yang akan saya bina. Di depan pintu masuk terdapat meja penyambut tetamu. Terdapat kerusi sofa di sebelah kanan pintu sebagai tempat pelanggan menunggu. Di atas meja penyambut tetapi disediakan satu komputer dan pencetak. Komputer bertujuan untuk memasukan info pelanggan dan pencetak untuk mencetak resit pelanggan. Di sini juga saya bercadang untuk diletakkan terminal untuk menerima bayaran melalui kad kredit bagi memberi kemudahan kepada pelanggan. Di sebelah kanan terdapat tempat pameran untuk dijadikan tempat untuk mempamerkan barangan jualan. Di sebelah belakang akan saya jadikan tempat untuk juruteknik bekerja dan sebelahnya dijadikan stor. Di bilik juruteknik disediakan pemadam kebakaran untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Di sudut sebelah kiri bengkel akan saya jadikan ruangan untuk kakitangan berehat atau makan. Tempat beristirehat ini penting bagi membolehkan pekerja menghilangkan rasa penat bekerja seharian.Di belakang ruangan ini terdapat tandas di sebelah kiri dan surau di sebelah kanan. Diletakkan bersebelahan bagi memudahkan mengambil wuduk untuk menunaikan solat di surau. Di ruang rehat terdapat pintu keluar keselamatan untuk digunakan jika berlaku kebakaran.
3. Kepentingan Hubungan Baik Dengan Pelanggan Prosidur perniagaan yang saya akan buat semasa berurusan dengan pelangan bagi menjamin hubungan baik dengan pelanggan adalah: Senario apabila komputer pelanggan rosak, komputer tersebut telah tamat warranty. Komputer tersebut sudah lama dan sukar untuk mendapatkan alat ganti. Pertama sekali saya akan pastikan sama ada komputer tersebut masih boleh di upgrade. Jika boleh, saya akan mengesyorkan pilihan ini kepada pelanggan tersebut. Kesemua kos yang terlibat akan diterangkan dengan jelas dan direkodkan satu persatu. Ini merupakan cara untuk menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan dan mempamerkan sifat professional saya.. Pelanggan juga akan gembira kerana tidak perlu membeli komputer baru. Kos upgrade komputer adalah jauh lebih murah dari membeli yang baru. Mengikut pengalaman saya, masih terdapat ramai orang yang tidak faham tentang komputer. Golongan ini perlu dilayan dengan sabar dan penerangan perlu diberi dengan lebih teliti.
4. Menguruskan Bengkel Komputer Penjadualan Kerja Perkara yang penting dalam memulakan perniagaan adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bagi tujuan ini saya perlu membuat anggaran masa yang diperlukan untuk membaiki komputer untuk kerosakkan yang biasa. Ini termasuk memeriksa , membuka, membaiki dan memasang semula komputer tersebut. Ini bagi mengelakkan juruteknik menghabiskan masa yang banyak untuk kerosakkan yang biasa. Masa bagi perniagaan adalah wang. Rugi masa bermakna rugi wang. Penjadualan kerja juga perlu bagi pekerja untuk melicinkan perjalanan kerja. Jika terdapat dua orang juruteknik, masa rehat dan masa kerja perlu dijadualkan. Sekiranya seorang rehat seorang lagi perlu bekerja di bengkel. Jadual kerja dan cuti perlu dibuat sekiranya bengkel buka setiap hari termasuk ahad.
Harga / Caj Perkhidmatan Industri perkomputeran telah dipengaruhi oleh kenaikan harga barang yang berterusan . Ini menjadi perniagaan komputer boleh dikatakan perniagaan yang cekik darah. Kesan dari perkembangan teknologi komputer yang pesat. Banyak komponen komputer telah turun harga mendadak. Ini kerana komponen komputer cepat jadi lapuk untuk digunakan sekarang kerana banyak komponen lebih baru dikeluarkan. Komponen ini tidak berguna dan disimpan saja di bengkel. Ini merugikan perniagaan kerana stok ini tidak boleh lagi dijual. Untuk mengatasi masalah ini saya bercadang untuk membeli komponen yang diperlukan sahaja. Ini bermaksud jika ada komponen yang rosak baru beli untuk ganti. Tak akan simpan alat ganti di bengkel.
Penyimpanan Rekod Penyimpanan rekod yang baik penting dalam perniagaan. Kesemua transaksi, senarai barang rosak dan senarai tempahan alat ganti mesti direkodkan dan disimpan. Selain boleh digunakan untuk membuat perancangan kewangan di masa depan ia juda dapat memudahkan pengiraan pembayaran cukai perniagaan nanti.. Rekod ini juga membolehkan kita memantau perjalanan perniagaan dan membuat perubahan pada bahagian yang kurang atau tidak perlu. Rekod Kewangan Rekod ini sangat penting, ia perlu tepat, jelas dan merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan transaksi kewangan yang berlaku dalam perniagaan. Rekod ini penting kerana ia dapat membantu saya menguruskan kewangan. Saya dapat membuat penilaian terhadap kos di masa hadapan dengan melihat kos di masa lampau. Ini membolehkan saya memastikan sama ada perniagaan saya ini untung atau rugi. Berdasarkan ini juga saya boleh membuat pengiraan jumlah caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.
Penutup Diharap segala perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil. Sememangnya telah lama saya bercita-cita untuk membuka bengkel membaiki komputer. Disebabkan tiada sumber kewangan yang mencukupi, maka saya telah menjalankan perniagaan membaiki komputer di rumah secara kecil-kecilan. Walaupun hasilnya tidak banyak tetapi saya gembira kerana dapat melakukan sesuatu yang saya suka. Insya Allah dengan berkat usaha dan kesabaran selama ini, satu hari nanti cita-cita saya ini akan berjaya. . .