HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN
SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 2: TOKOH YANG MEMPAMERKAN PEMIKIRAN KRITIS TAN SRI TONY FERNANDES
NAMA
: UMI NURFAZILAH BINTI MOHD HUSSIN
NO MATRIK
: A143133
NAMA PENSYARAH
: PROF MADYA DR ZAKIAH MUHAMMADDUN BINTI MOHAMED
LATAR BELAKANG TOKOH: TAN SRI TONY FERNANDES
Biografi Nama penuh beliau ialah Anthony Francis Fernandes, namun beliau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes. Selain itu, beliau juga sangat popular dengan gelaran “tokey AirAsia” dan juga “Asian Tycoon”. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau adalah keluarga yang berketurunan Goa bercampuran Portugis Melaka. Bapanya ialah Stephen Edward Fernandes (telah meninggal), merupakan seorang doktor. Manakala ibunya pula ialah Ena Dorothy, seorang usahawan wanita warganegara Malaysia dari Melaka. Tan Sri Tony Fernandes banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengagumkan kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru, beliau banyak belajar daripada peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dalam mengharungi alam perniagaan. Minat beliau terhadap perniagaan dan perusahaan dapat dilihat sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Beliau sering mengikuti ibunya ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware atau nama lain nya, Tupperware Parties. Tupperware Parties adalah satu bentuk urusan jual beli yang diketengahkan oleh usahawan syarikat Tupperware sejak bertahun lamanya. Bentuk urusniaga ini adalah dengan cara konsultan atau agen syarikat Tupperware akan menjemput jiran dan rakan mereka, untuk datang ke rumah dan melihat sendiri produk yang ada di rumah agen tersebut. Tempahan boleh dilakukan dan penghantaran akan dilakukan oleh pegawai dari syarikat Tupperware. Tupperware Parties adalah salah satu bentuk keusahawanan yang masih kekal hingga ke hari ini. Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tan Sri Tony Fernandes sungguh tidak berminat dengan cara-cara bapa beliau berniaga.
2
Pendidikan Tony Fernandes mendapat pendidikan awal di Epsom College, United Kingdom ketika usianya baru mencecah 13 tahun bermula tahun 1977 hingga 1983. Namun begitu, pada tahun 1980, semasa beliau sedang menuntut di sana, beliau mendapat khabar berita dari keluarga di Malaysia, ibunya telah meninggal dunia, namun beliau tidak dapat pulang kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Harga tiket penerbangan yang mahal menjadi penghalang kepada beliau untuk pulang ke tanah air. Disebabkan hal itu, beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun telah mengeluh, “Alangkah bagusnya kalau ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang yang murah.” Ini adalah salah satu faktor yang mendorong beliau untuk mempunyai syarikat penerbangan sendiri yang boleh dinikmati oleh semua golongan terutama bagi golongan bawahan. Kelebihan yang ada pada Tony sebagai seorang usahawan yang berpandangan jauh disertai dengan kelebihan yang ada pada dirinya dalam bidang sukan yang diceburinya membuktikan beliau seorang yang hebat kerana bijak mengimbangkan diri dari segi akademik dan sukan. Sejak dari bangku sekolah lagi, beliau aktif dalam sukan, dan pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pasukan hoki. Selain daripada itu, beliau merupakan pelari pecut, dan berkebolehan dalam bermain ragbi. Semestinya orang yang hebat sekarang, mempunyai sejarah hidup yang hebat. Setelah tamat belajar Tingkatan 6, beliau pulang ke Malaysia. Sebelum ibunya meninggal, ibu dan ayahnya mengharapkan Tony menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Namun, hati beliau mengatakan tidak untuk menyambung pelajaran dalam bidang tersebut, sehingga berlaku pertengkaran antara beliau dan ayahnya. Beliau juga dengan sengaja menggagalkan dirinya dalam peperiksaan A Level bagi menolak untuk diterima sebagai seorang pelajar jurusan perubatan. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke London dan menyambung pelajarannya di London School of Economics (LSE). Sifat yakin akan kebolehan sendiri dan tidak mudah berputus asa terhadap minat, akhirnya membolehkan Tan Sri Tony Fernandes berjaya menamatkan pelajarannya di LSE dengan mendapat ijazah pada tahun 1987 dan telah bekerja di syarikat penerbangan berpangkalan di United Kingdom iaitu Virgin Atlantic Airways (juga dikenali sebagai Virgin Airlines).
3
Kerjaya Sebelum Menubuhkan AirAsia Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruaudit di Virgin Airlines atas kelulusan sebagai graduan dalam bidang Perakaunan dari LSE. Tony Fernandes telah ditawarkan jawatan sebagai pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London. Virgin Records adalah sebuah syarikat rakaman muzik yang menaungi beberapa artis yang berpangkalan di London. Tan Sri Tony Fernandes telah menabur khidmatnya kepada syarikat tersebut selama 3 tahun bermula dari tahun 1987 sehingga 1989. Beliau juga sangat aktif dalam bidang hiburan semasa memegang jawatan tersebut seperti bermain gitar dan alat muzik lain. Dari Virgin, beliau menyertai Warner Music Group iaitu sebuah syarikat rakaman yang ketiga terbesar di dunia selepas Sony BMG dan EMI. Syarikat ini berpangkalan di New York, Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Warner Music Group pernah mendapat jolokan “The Big Four” semasa bergabung dengan Sony BMG, EMI dan Universal. “The Big Four” merupakan gabungan terhebat empat buah syarikat rakaman yang pernah diwujudkan sepanjang zaman melalui kehebatan teknologi moden mereka dan cawangan yang dimiliki oleh mereka di seluruh dunia. Tan Sri Tony Fernandes telah diberikan kepercayaan penuh oleh pengurusan atasan Warner Music apabila beliau dengan rasminya dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Warner Music (Malaysia) Sdn.Bhd. Beliau merupakan Pengarah Urusan paling muda mengikut sejarah Warner Music sehingga ke hari ini. Ketika beliau dilantik untuk memegang jawatan tersebut, beliau baru sahaja mencapai umur 26 tahun. Namun, dengan sikap yang gigih dan cekal, beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa umur yang muda tidak menjadi satu isu untuk memegang jawatan yang sangat tinggi seperti itu. Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh Tan Sri Tony Fernandes, membuatkan beliau telah di pilih selaku Naib Presiden Wilayah Asia Tenggara bagi syarikat Warner Music Group. Beliau yang bijak menonjolkan diri dalam bidang pengurusan telah memegang jawatan tersebut selama 10 tahun iaitu dari tahun 1992 sehingga 2001. Lambakan video cetak rompak dan jenayah siber ketika itu telah merugikan syarikat rakaman di seluruh dunia. Akhirnya, secara sukarela Tony meletak jawatan bagi menggapai impiannya iaitu mewujudkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang mampu dinikmati oleh semua golongan. 4
Idea Penubuhan AirAsia dan Permulaan Idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen. “Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia.” Beliau mendapat tahu bahawa hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata, “Saya kenal rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan nyawa mereka. Kedua, semua orang suka melancong, tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam negara.” Beliau berkata lagi, “Saya berpendapat bahawa apabila kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak. Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar, semua perkara dapat diatasi kerana kuasa permintaan itu lebih kuat.” Beliau dengan rakan-rakan muziknya bersetuju untuk menceburi perniagaan syarikat penerbangan. Beliau telah memohon lesen bagi menubuhkan syarikat penerbangan daripada kerajaan Malaysia, namun permohonan beliau telah ditolak oleh kerajaan. Hasil usaha dan semangat beliau, Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dengan rendah hati telah menyatakan hasrat murni beliau untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sendiri kepada Dr. Mahathir. Dr. Mahathir telah mengesyorkan kepada Tan Sri Tony Fernandes untuk membeli AirAsia. AirAsia telah mengalami kesulitan yang amat teruk kerana lambakan hutang. Kerajaan telah cuba menjual AirAsia, namun tiada pelabur berminat terhadapnya. Bebanan hutang yang tinggi, kos operasi yang mahal, pasaran yang sempit dan publisiti yang kurang adalah antara risiko yang sanggup diterima oleh Tan Sri Tony Fernandes. Pemikiran yang sentiasa positif dan kreatif 5
membuatkan Tan Sri Tony Fernandes menuruti nasihat yang diberikan Dr. Mahathir untuk mengambil alih AirAsia dari DRB-Hicom menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep tambang murah. Pada awalnya, AirAsia adalah salah satu anak syarikat DRB-Hicom yang menjurus kepada industri penerbangan. Semasa penjualan AirAsia kepada Tan Sri Tony Fernandes, antara aset yang dimiliki hanyalah dua buah kapal terbang Boeing iaitu model 737-300 (9M-AAA dan 9MAAB). Lebih memeritkan, kapal terbang tersebut adalah kapal terbang yang telah lama digunakan dan kemampuannnya untuk melakukan penerbangan adalah diragui oleh Tony. Tambahan pula, jumlah bebanan hutang yang perlu dilangsaikan beliau telah mencecah 11 juta US Dolar bersamaan RM 40 juta. Oleh sebab itu, nilai jualan yang dikeluarkan DRB-Hicom terhadap syarikat subsidiarinya itu cuma RM 1.00. Pembeliannya itu dilakukan setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001 dimana rata-rata industri penerbangan di seluruh dunia telah mengalami kerugian dan keadaan ini merupakan keadaan paling teruk mengikut sejarah penerbangan. Selepas kejadian itu, masyarakat dunia telah menyatakan kegusaran dan kebimbangan mereka untuk menaiki
pengangkutan udara
terutama kapal terbang. Tan Sri Tony Fernandes merasakan bahawa masa yang dipilih untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11 September 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan pula, ramai pekerja yang berpengalaman boleh diperolehi pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja dalam industri penerbangan. Tan Sri Tony Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan memilih tambang penerbangan rendah supaya dapat mengurangkan masa dan kos, terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi. Oleh sebab itu, beliau meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia.
6
Pencapaian Pencapaian Tony Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain. Tony Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Kini, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
Nok Air, sebuah syarikat Thailand
Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.
Tan Sri Tony Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
"Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
"Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Tony Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
"Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
"25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005. 7
CONTOH PEMIKIRAN KRITIS TAN SRI TONY FERNANDES Tony Fernandes kini tanpa keraguan eksekutif paling dikagumi bertukar menjadi usahawan dalam korporat Malaysia dan dunia kerja. Ramai orang ejek ideanya untuk membeli syarikat penerbangan yang sarat dengan hutang, AirAsia daripada DRB-Hicom untuk mengubahnya menjadi sebuah syarikat penerbangan kos rendah di Malaysia. Ramai yang fikir beliau gila, tambah pula dengan kejadian tragedi 11 September 2001, ramai yang percaya bahawa azab AirAsia akan lebih cepat daripada sebelumnya. Tetapi Tony Fernandes mempunyai pemikiran yang berbeza. Selepas tragedi 11 September, beliau menjangka pemberhentian pekerja yang penting yang menjadikan pengalaman kakitangan sedia ada, dan kos operasi syarikat penerbangan turun ke bawah sebanyak 40%.. Tony Fernandes tidak pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari kosong. Beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran melainkan minat! Ini bermakna, sesuatu perniagaan tidak semestinya hanya boleh dilakukan golongan yang sudah dalam industri terbabit. Dalam perniagaan, usahawan perlu berfikir bagaimana untuk menambahkan keuntungan dan mengurangkan kos bagi kekal kompetitif. Tahukah anda bahawa Tony Fernandes tidak duduk dipejabat dalam satu bilik khas. Beliau hanya bekerja disekeliling staff. Sentiasa mencari publisiti untuk perniagaan. Conttohnya, apabila Tony Fernandes muncul dalam media cetak, tv, berucap dan mana-mana pun satu yang tidak lepas adalah sentiasa mempromosikan syarikatnya. Dengan perwatakan topi merah AirAsia, ini adalah satu promosi yang murah. Maksud mencari publisiti untuk perniagaan adalah supaya pelanggan sentiasa melihat perniagaan kita secara kerap. Beliau juga telah memanfaatkan teknologi untuk kegunaan perniaagaan. Salah satunya adalah internet. AirAsia meraih bilion ringgit hanya melalui jualan diinternet. Teknologi banyak membantu menjimatkan masa dan kos.
8
PENYELESAIAN MASALAH Penyelesaian masalah boleh didefiniskan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan. Penyelesaian masalah ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu:
Penyelesaian masalah secara kreatif/ lateral
Penyelesaikan masalah secara kritis/logik
Penyelesaian masalah secara emosi
Penyelesaikan masalah melalui pengalaman lalu
Penyelesaian masalah secara kreatif/ lateral Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Ia menekankan kepada nilai kenyataan dan idea- idea yang baru . Tujuannya untuk melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta ideaidea baru. Ini dapat dilihat apabila beliau membeli AirAsia pada 11hb September 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Ini terbukti seorang pemimpin yang berfikiran kreatif yang tidak mengendahkan pandangan negatif orang sekeliling pada ketika dan situasi itu
9
Penyelesaikan masalah secara kritis/logik Penyelesaikan masalah secara kritis/logik merupakan pemikiran yang berpusat kepada argument, memberi hujah dan memberi kebenaran. Merupakan proses membuat judgement terhadap sesuatu perkara atau idea dan bertujuan untuk mencari kebenaran, iaitu memisahkan yang dianggap silap dan mengetepikannya. Kemahiran ini mempunyai kelemahan kerana kebenaran maklumat mungkin dikaitkan dengan pengetahuan, pengalaman dan pengamatan individu yang terlibat sahaja. Sebagai contoh, apabila peristiwa kematian ibunya, Tan Sri Tony Fernandes telah mendapat idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang murah supaya orang ramai dapat menaiki kapal terbang dengan kos yang murah. Tan Sri Tony Fernandes seterusnya membeli sebuah anak syarikat yang hampir muflis kerana menanggung hutang yang terlalu tinggi. Selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Hub pertama yang dilancarkan oleh Air Asia ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di hub pertama, Air Asia memperkenal banyak laluan penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula beroperasi pada tahun 2003 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan dengan Singapura. Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh Air Asia berjaya melonjakkan namanya di sana. Namun jika cabaran untuk bersaing tidak disahut dengan formula yang bersesuaian untuk berjaya, Air Asia pasti akan kecundang. Tony Fernandes merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Air Asia kekal berjaya di Asia dan mula menempah nama di rantau yang lain. Air Asia berjaya mencatat kejayaan demi kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. Air Asia pada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. 10
Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.
Penyelesaian masalah secara emosi Kaedah ini melibatkan penyelesaikan masalah menggunakan perasaan tanpa menggunakan akal fikiran yang waras. Tan Sri Tony Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada. Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta. Selain itu, masalah dan rintangan merupakan asam garam dunia perniagaan. Air Asia juga tidak terkecuali daripada mendapat kritikan daripada banyak pihak apabila pengurusan jadual penerbangan yang selalu mengalami kelewatan dan sebagainya. Tetapi pihak pengurusan Air Asia tidak berdiam diri begitu sahaja. Segala kritikan dan rungutan akan dibawa ke pihak atasan untuk rundingan dan perbincangan lanjut serta mencari jalan penyelesaian. Penambahbaikan sentiasa diamalkan sehingga segala rungutan dan kritikan dapat diatasi. Pada waktu ini, setelah lebih sepuluh tahun beroperasi, Air Asia mampu berdiri tegak dan megah dengan keupayaan mereka untuk menangani masalah tersebut.
11
Penyelesaikan masalah melalui pengalaman lalu Tan Sri Tony Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat kerana pada ketika banyak pengganguran dalam perindustrian penerbangan. Beliau percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, cuma 6 peratus sahaja daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang. Kos penjualan tiket merupakan satu lagi komponen kos yang amat dititik beratkan oleh pihak Air Asia. Di zaman teknologi maklumat yang canggih, hampir setiap orang terlibat dengan kemajuan internet. Masing-masing teruja dan menganggap sesiapa yang tidak arif tentang penggunaan internet merupakan golongan yang tertinggal. Merebut peluang ini, Air Asia mengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian. Tindakan ini adalah untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. Dengan Air Asia, pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaan Air Asia. Dari segi penjenamaan pula, Tony Fernandes bijak menggunakan pengalaman beliau untuk membuat pemasaran yang strategik dan bekerjasama dengan orang kuat Virgin iaitu Sir Richard Branson. Air Asia X dimulakan hasil kerjasama dengan Virgin. Kesinambungan kerjasama ini dapat dilihat dengan kejayaan Air Asia menawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan lain-lain. Bermula sebagai jaguh kampung dan menerbangkan pelanggan sekitar destinasi domestik, Air Asia sekali lagi mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar negara. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk membuahkan hasil, segala usaha yang dibuat untuk penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes.
12
KESIMPULAN Berdasarkan bukti dan cara Tony Fernandes menyelesaikan masalah, kita percaya bahawa Tan Sri Tony Fernandes merupakan antara tokoh usahawan di Malaysia yang mempunyai pemikiran kritis dan semangat yang tinggi untuk mencapai matlamat dan impiannya. Pemikiran yang kritis mempunyai kelebihan antaranya menjadikan sesorang itu lebih matang, bersikap objektif dalam membuat penilaian dan keputusan, sensitif dan prihatin, berjiwa besar, yakin dan berani, lebih berhemah dan bertanggungjawab, ketahanan dan harga diri yang tinggi, dan tidak mudah dipengaruhi. Seperti yang telah diketahui penyelesaian masalah merupakan suatu proses mencari dimana setiap individu itu perlu mencari dan mengenalpasti strategi serta perancangan yang sesuai dalam menyelesaikan setiap masalah yang hendak diselesaikan. Ini bermakna setiap pensyarah yang mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah ini perlu tahu apakah ciri-ciri ataupun struktur yang perlu ada dalam proses penyelesaian masalah. Melalui kaedah penyelesaian masalah, pelajar dapat belajar untuk merancang strategi dan perancangan yang sesuai bagi memastikan setiap masalah yang diberikan dapat diselesaikan. Ini kerana salah satu ciri-ciri penyelesaian masalah ialah memerlukan beberapa perancangan strategi dan juga pemilihan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dan kebiasaan perancangan strategi dan kaedah yang dipilih itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran sedia ada pelajar dan kefahaman masalah yang berkenaan.
13