FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER / 2012 HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN TUGASAN 1 AKTIVITI 1(T1A1)
NAMA
:
NO. MATRIKULASI
:
PAUN BINTI DAHARI 730809135028001
NO. KAD PENGENALAN :
730809135028
NO. TELEFON
:
0135673908 / 084657129
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN :
SIBU
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
1.0 TAJUK Perayaan Gawai Di Sarawak
2.0 PENGENALAN Perayaan Gawai dikatakan bermula daripada beberapa cerita rakyat berkaitan makanan ruji masyarakat Asia iaitu beras. Mengikut mitos, cerita perayaan Gawai bermula apabila sepasang suami isteri zaman dulu, bermimpi diarahkan mencincang bayi mereka. Ketika itu, manusia di bumi dikatakan menghadapi masalah kehabisan sumber makanan. Dijadikan cerita, si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban. Akibat terdesak dengan masalah kekurangan makanan untuk hidup, pasangan suami isteri itu akhirnya menurut perintah dewa lalu manabur isi bayi mereka ke tanah. Menurut cerita lain yang disampaikan oleh penduduk tempatan ialah kisah dewa dan dewi kepercayaan Iban yang dikenali Keling dan Kumang dari kayangan turun mengajar manusia menanam padi. Selain itu, manusia dikatakan diajar membuat minuman tradisi daripada beras iaitu „tuak. Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera terutamanya bangsa Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan Hari Menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964. Apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai Hari Perayaan Rasmi, sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri bermula 1 Jun 1965. Pada umumnya, Gawai dalam budaya Dayak terdiri dari gawai untuk orang meninngal atau gawai kubur, gawai untuk pantang kampung, gawai untuk mengucap syukur atas penan padi dan sebaginya. Salah satu gawai yang paling popular adalah Gawai Padi atau Harvesting Gawai. Gawai Padi adalah sangat umum dalam masyarakat Dayak. Dayak Iban menyebutnya Gawai Padi, Dayak Bidoih/Bidayuh menyebutnya Gawa Semangat Padi atau nosuminu. Gawai sendiri merupakan ritual khusus kepada Jubatan/Petara/Penompa/ Sang Hyang yang beisikan sasajendan peralatan berladang yang disamaikan kepada Tuhan melalui doa-doa khusus dalam bahasa Dayak itu sendiri. Bertujuan agar kehidupan masyarakat Dayak di kampung atau wilayah tersebut diberkati dalam kehidupannya. Merangkumi apa yang telah Tuhan berikan , wajar bagi sebagai manusia mengucapkan terimakasih, ekoran itu wujudlah Pesta Padi atau Gawai Padi.
2
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
3.0 TUJUAN
Ungkapan rasa syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana memberi hasil tuaian padi yang lumayan.
Menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan kerana mereka diberi kehidupan yang makmur sepanjang tahun.
Hari Kesyukuran meraikan hasil tuaian yang lumayan
Hari untuk membuat perancangan bagi menghadapi musim baru untuk bercucuk tanam.
4.0 PERSEDIAAN SEBELUM 1. Persediaan menyambut Gawai bermula sejak awal lagi setiap tahun, terutamanya bagi menyediakan tuak. 2. Apabila hari menyambut semakin hampir, maka bermulalah pula persiapan untuk menyediakan masakan tradisional seperti -
“Penganan‟(yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan)
-
Kuih Sepit
-
Kuih Jala
3. Sehari dua menjelang kedatangan Hari Istimewa itu,penghuni rumah panjang selalunya akan sibuk membuat: -
‟ngelulun nasi pulut(memasak pulut di dalam buluh)
-
„ayam pansuh‟(ayam yang dimasak di dalam buluh) yang boleh dianggap sebagai masakan bagi menyambut Gawai.
4. Kaum lelaki akan menyembelih babi dan ayam, manakala kaum wanita pula membersih dan memasaknya. 5. Di rumah panjang, tikar baru akan diletakkan di sepanjang „ruai‟(galeri terbuka yang berlangsung melalui panjang keseluruhan rumah panjang) rumah panjang bagi menyambut kedatangan tetamu. 6. Dinding Kacip paling(bilik) dan ruai dihiasi dengan Pua Kumbu(Selimut Tradisional)
3
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
7. Satu lawatan untuk membersihkan tanah perkuburan juga dijalankan dan tawaran yang ditawarkan kepada si mati. Selepas lawatan itu adalah penting untuk mandi sebelum masuk ke rumah panjang untuk menghindari nasib. 8. Selain itu, penduduk kampung atau rumah panjang bergotong-royong untuk memperbaiki „awah‟yang menjadi pusat ritual Gawai. 9. „Sanggar‟(menara buluh) buluh akan dibina di „awah‟dan „tanju, di mana persembahan/hidangan kepada roh padi akan ditempatkan.
5.0
SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN GAWAI 1. Sambutan ini bermula pada petang 31 Mei. Di rumah panjang Iban, ia di mulai dengan satu majlis dipanggil Muai Antu Rua(untuk membuang semangat tamak) menandakan gangguan bukan semangat nasib malang dalam perayaan. 2. Dua kanak-kanak lelaki atau lelaki akan mengheret chapan (bakul) dari setiap blik keluarga.Setiap keluarga akan melemparkan beberapa artikel yang tidak diingini ke dalam bakul. 3. Perkara-perkara yang tidak diingini akan dibuang ke tanah dari hujung rumah panjang untuk semangat nasib malang. 4. Sekitar 6.00 petang atau matahari terbenam, miring(upacara akan berlaku. Sebelum majlis itu, gendang rayah(ritual music) dilakukan. 5. Ketua Perayaan terima kasih tuhan untuk tuaian yang baik, meminta petunjuk, rahmat dan hidup selagi dia, gelombang ayam bujang lebih persembahan.Kemudian ayam bujang mengorbankan darah yang sedikit digunakan bersama-sama dengan tawaran. 6. Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai tradisi dimulakan. seluruh masyarakat berkumpul sekitar „ranyai‟ atau pokok istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. 7. Perayaan berpusat sekitar ranyai denga makanan dan minum tuak.Perayaan Gawai merupakan masa untuk orang bersuka ria sambil menjamu hidangan dengan air tuak. 8. Salah satu acara paling menarik adalah „Ngajat Lesung‟. Penari akan menari dengan mengangkat lesung padi dengan menggunakan giginya.
4
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
9. Sebelum tengah malam, satu perarakan naik dan turun ruai tujuh kali dipanggil Ngalu Petara (menyambut tuhan semangat) dilakukan. Dalam perarakan ini, ratu cantik untuk memilih ratu pesta dan raja(Kumang dan Keling Gawai) 10. Pada tengah malam, gong dipukul untuk memanggil celebrants perhatian. Ketua Rumah Panjang (tuai rumah) membawa semua orang minum Ai Pengayu (biasanya tuak untuk sepanjang hayat) dan pada masa yang sama ingin satu sama lain “gayuguru, gerai-nyemai” (sepanjang hayat, kesihatan dan kemakmuran). Pelbagai acara diadakan termasuk ngajat, gendang tandak dan pukulan gendang berterusan sehingga awal pagi 1 Jun. 11. Sekitar jam 9.00 pagi, 1 Jun, upacara berdoa beramai-ramai diadakan di tiang khas berdekatan rumah dikenali „Tiang Pengingat‟. Ini sebagai tanda kesyukuran dan meminta kepada tuhan supaya hasil usaha mereka berjaya. 12. Pagi itu juga, mereka yang mempunyai anak kecil akan dimandikan beramai-ramai dalam upacara „Meri Anak Mandi‟. Bertujuan meminta restu dari dewa sungai supaya anak mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera pada masa depan. 13. Bagi yang tidak pernah berkunjug ke rumah panjang, 1 Jun adalah masa terbaik untuk melawat kerana ketika sesi „Ngalu K Temuai‟(sesi menyambut tetamu). Seua orang boleh „ngabang‟(melawat) walaupun tidak mengenali penghuni rumah berkenaan. 14. Ketika upacara „Ngalu Ka Temuai‟ semua „pengabang‟(pelawat) akan diminta turun ke tanah semula dan berbaris untuk mengelilingi seluruh serambi rumah sambil disambut dengan tuak oleh wakil setiap keluarga. 15. Pada sebelah malam, lazimnya ramai pasangan mengambil peluang melangsungkan „Melah Pinag‟(persandingan di atas gong) 16. Banyak lagi upacara diadakan sempena Gawai, kemeriahannya berlangsung selama sebulan. 17. Upacara menutup Gawai dikenali sebagai „Ngiling Tikai‟(menggiling tikar).
5
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
6.0 PAKAIAN TRADISIONAL ORANG IBAN
.
6
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
7
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
7.0 KUIH-MUIH JUADAH UTAMA/KHAS
8
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
8.0 AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Srawak. Amalan cara hidup diamalkan adalah berlandaskan hukum adat pantang larang, tolak ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan. Tetapi dalam masa yang sama, masih mengekalkan nilai adat resam dan cirri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam „Papan Turai‟ oleh „Tuai Raban Bansa‟ berpandukan nasihat „Beliau dan „Lemambang‟. Contohnya :
membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
percaya pada petanda-petanda lain seperti Burung Ketupung dan Burung Beragai. Bunyi yng dikeluarkan oleh binatang-binatang adalah petunjuk untuk menentukan kesesuaian tapak.
semua petanda ini akan ditafsirkan oleh „Beliau‟ atau „Manang‟ bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
mimpi merupakan salah satu sumber tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemahkan oleh „Beliau‟ dan „Manang‟.
bagi menghindar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara „Ngintu Burung‟dan „Belian‟ akan dijalankan mengikut „Adat‟ yang dirujuk kepada Tuai Raban Bangsa.
setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti „Tuai Rumah‟dan „Tuai Burong‟. Tuai Rumah biasanya melibatkan :
hubungan antara keluarga
masalah hubungan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata
Tuai Burong melibatkan :
hubungan manusia dengan makhluk ghaib
mengetuai upacara ritual
perubatan tradisional. Masyarakat Iban juga mengamalkan sistem perubatan iaitu „Manang‟ 9
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Manang adalah :
seperti bomoh atau pawang di kalangan orang Melayu
beranggapan status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati
dianggap sebagai golongan istimewa
sering berperanan menyakinkan masyarakat Iban, bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi.
9.0 PANTANG LARANG MASYARAKAT IBAN Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan tertentu. Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk. Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti kempunan. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan anismisme, bahawa makhlukmakhluk lain atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka. „Manang‟ juga boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat individu tertentu sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang. 9.1 Perkahwinan Usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Keluarga kecil akan dikahwinkan secepat mungkin. Keluarga besar akan dilambatkan perkahwinan. 9.2 Merisik Dikenali sebagai berbunga-bunga atau beminum-minum 9.3 Meminang dan Bertunang Ayah pihak lelaki meninggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda bertunang
10
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
9.4 Majlis Perkahwinan Membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan beberapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui sungai. Mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan. Pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara berbalas-balas. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak. Upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak. Pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkn diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum. 9.5 Pantang Larang Sewaktu Mengandung Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang antaranya : Mereka dilarang menggali di kawasan padi atau di mana-mana sahaja
11
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dibimbangi menghalang akan menyebabkan pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapukan pada rambut, supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan piasu atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kuru-kuara ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat did lam rahim semasa dilahirkan. 9.3 Berpantang Selama tiga puluh hari Makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pokok paku serta buah pulur dan dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan. 9.4 Berdiang/Bersalai Si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api selama empat puluh hari. Si ibu perlu menggeringkan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari 9.5 Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat ketika berumur empat hari 9.6 Menamakan Bayi Akan diberi nama timangan
12
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyang yang pernah berjasa dan handal. Upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nana-nana yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan san ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan nama bayi tersebut. 9.7 Adat Kematian Keluarga mengelilingi mayat dan meratap 190 minit. Lesung/penumbuk diletakkan di laluan (tempuan) untuk menghalau hantu. Mayat dibersihkan dan 3 tanda kunyit di dahi. Pua Kumbu (gebar) dijadikan tabir untuk menghalang penyakit. Beras dihamburkan paya beras keluarga tidak dibawa sama ke dunia lain (sebayan) Api kecil dekat kaki si mati. Tetamu bawa hadiah beras pulut, duit dan ayam. Berkabung selama 3 bulan. 6 petang – nyanyian ratapan kematian. 5 pagi – wanita tua beri makan supaya tidak lapar dalam perjalanan . Senmsa dimasukkan dalam keranda, orang-orang perempuan menangis sekuatkuatnya. Darah ayam direnjiskan ke tanah sebelum digali. Keranda ditanam bersama barang si mati (baiya) supaya dapat digunakan dalam dunia lain (memoa sebayan) 9.8 Pantang Larang Untuk Budaya Mengurut Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Bagi mereka mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan. Contohnya :
13
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.
9.9 Pantang Larang Untuk Bersukan Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban bersukan juga mempunyai pantang larang. Antaranya : Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan. Rasionalnya, kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan,tangan, khususnya kaki. Mereka percaya air mandi boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.
9.10 Pantang Larang Ketika Tidur Pantang larang tidur hanya tertakluk di luar rumah. Contohnya : Mereka dilarang menunjuk muka ke dahan reput di atas pokok. Mereka dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.
9.11 Pantang Larang Ketika Makan Pantang larang ketika makan mestilah diikuti oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya : seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan mereka dilarang minum air sebelum dan semasa makan Rasionalnya, minum sebelum makan membuat mereka kurang makan nasi, sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin. Selepas makan mereka dilarang tidur atau mandi
14
PAUN BINTI DAHARI 730809-13-5028 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala. 9.12 Tradisi
Menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau.
Diwarisi turun-temurun, bernilai,dianggap suci, dan dihormati.
Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.
Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah “Pirate of Beting Maro” dimana mereka mematahkan kemaraan penjajah dan merampas harta kebendaan pihak musuh.
10.0 PENUTUP Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengetahui adat resam dan perayaan kaum lain agar dapat melahirkan rasa hormat-menghormati antara kaum. Kita patut berasa bangga dengan keunikan perayaan serta adat resam yang terdapat di Malaysia.
.
15