NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR
HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM
TAJUK TUGASAN: KO – KURIKULUM (TUGASAN INDIVIDU) JURNAL REFLEKSI
NAMA PELAJAR
:
NGU WEN YANN
MATRICULATION NO
:
831223135410001
IDENTITY CARD NO.
:
831223135410
TELEPHONE NO.
:
0128590090
E-MAIL
:
[email protected]
LEARNING CENTRE
:
Sibu Learning Centre (PPT SIBU)
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
1.0
Refleksi
1.1
Sebelum pelaksanaan kelab Sukan bola tampar merupakan antara sukan yang menarik untuk dimainkan. Sukan
bola tampar juga dipertandingkan sehingga peringkat dunia. Namun, entah di mana silapnya, sukan bola tampar dipandang sepi terutamanya oleh masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu, kita
wajar
melaksanakan
langkah-langkah
yang
boleh
membantu
dalam
usaha
mempopularkan sukan bola tampar dalam kalangan masyarakat. Sebagai guru penasihat kelab bola tampar sekolah ini ataupun jurulatih, saya merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mengendalikan bentuk-bentuk latihan kepada para pemain.
Jurulatih dianggap sebagai perancang utama dan
fasilitator yang akan mengendalikan aspek fisiologi, sosiologi dan psikologi kepada pemain-pemainnya.
Oleh itu, program latihan yang dirancang oleh saya perlu
mengambil kira beberapa faktor seperti prinsip-prinsip latihan, jenis latihan yang sesuai, ka ed a h l at i ha n ya n g s es u ai , t em po h l at i ha n, p er i od i s a si da n j an gk am as a s et i a p s esi latihan. Kebolehan saya untuk merancang program yang sesuai dan berkesan akan d a pa t m em ba nt u m e m b e ri l at i ha n ya n g s e cu kup n ya b a gi m em as t i k a n pa r a p e m ai n mencapai tahap prestasi yang maksimum pada masa yang dikehendaki. Program latihan selama 20 minggu ini dirancang bagi membentuk dua pasukan bola tampar bawah 12 tahun Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Chien. Pasukan ini akan menyertai Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Sarikei yang akan diadakan pada 8/5/2012. Justeru itu, pihak pentadbiran sekolah menetapkan matlamat agar pasukan bola tampar sekolah yang dibentuk ini dapat memasuki peringkat akhir pada kejohanan tersebut. Bagi melaksanakan dan menjayakan program ini, mereka yang diberi kepercayaan ialah jurulatih, penolong jurulatih dan pengurus pasukan. Setiap daripada mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi membentuk dan seterusnya membawa kejayaan kepada pasukan ini. Pemilihan pemain untuk pasukan ini akan berdasarkan program pembangunan bola tampar yang dilaksanakan oleh saya pada tahun lepas. Ia dijalankan pada setiap minggu. Setiap kali latihan, ia berlangsung selama 2 jam. Secara keseluruhan, kehadiran pemain masih boleh dikatakan memuaskan. Bagi mereka yang tidak hadir, ia adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Contohnya ialah kebenaran ibubapa para pemain sendiri.
Ia merupakan faktor utama yang menyebabkan kehadiran tidak begitu
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
memberangsangkan. Sebagai seorang jurulatih, saya kena fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang ini. Oleh itu, perancangan yang saya buat untuk program latihan tersebut harus sangat teliti dan masa untuk latihan yang dipilih harus bersesuaian dengan masa para pemain dan jadual waktu saya sendiri. Komitmen para pemain dan saya sendiri merupakan faktor yang paling penting dalam usaha memajukan sukan tersebut disebabkan populariti sukan ini masih belum sampai tahap populariti sukan bola sepak. Sebelum mulanya mesyuarat, banyak persediaan yang saya kena buat termasuk persediaan gelanggang, peralatan latihan, rancangan tahunan, rancangan mingguan serta harian dan termasuk dengan penempahan jersi baru untuk pertandingan. Untuk persediaan gelanggang, ia dikenakan cat semula kerana garisan sudah pudar dan permukaan gelanggang yang licin tidak sesuai menjalankan latihan. Ia kena dilaksanakan sebelum mulanya waktu persekolahan mula iaitu pada waktu cuti. Manakala peralatan bola tampar dikenakan semak berapa biji bola yang masih boleh diguna pakai dan berapa biji yang tidak dapat diguna pakai. Yang tidak boleh diguna pakai kena digantikan dengan bola tampar yang baru supaya mencukupi semasa latihan. Rancangan tahunan kena disediakan dengan awal.
Oleh itu, tarikh setiap
pertandingan, tempat setiap pertandingan dan berapa lama pertandingan, saya kena merujuk kepada jadual atau takwin jadual pertandingan MSSD dan MSSM. Ini adalah penting untuk menentukan masa setiap sesi latihan yang dirancang. Program latihan ini adakan untuk meningkatkan kecergasan pemain-pemain d a r i p e l b a g a i a s p e k . A s p e k a s p e k y a n g d i t e k a n k a n i a l a h s e p e r t i d a y a t a h a n kardiovaskular, daya tahan otot, kepantasan dan kekuatan pemain. Selain itu, objektif latihan ini adalah untuk menyediakan pemain dari segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan persediaan psikologi ke arah menghadapi kejohanan sebenar. Sebagai seorang jurulatih bola tampar, antara perkara yang paling saya risau ialah pandangan masyarakat terhadap sukan tersebut. Untuk berjaya dalam setiap pertandingan, kita harus usaha dan pengorbanan masa yang banyak untuk mencapai peringkat yang tinggi. Oleh itu, sokongan moral dari pihak masyarakat, para pemain dan keluarga sendiri adalah sangat penting untuk menjayakan sukan tersebut.
Pada pandangan saya, dalam usaha
mempopularkan
kalangan
sukan
bola
tampar
dalam
masyarakat
termasuklah
memperbanyakkan kejohanan atau pertandingan bola tampar di pelbagai peringkat umur. Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan bola tampar kurang diadakan berbanding sukan-
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
sukan lain. Jadi, dengan memperbanyakkan kejohanan bola tampar di semua peringkat, dapat membuka mata masyarakat untuk memceburi sukan bola tampar. Sebelum ini, sukan bola tampar pada masa sekarang adalah pada peringkat menjunam di negeri Sarawak sekarang. Berbandingkan pada 1980 – an dan 1990 – an, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling berjaya dalam sukan ini. Dari peringkat umur 12 hingga ke peringkat terbuka, ada saja keputusan yang baik dapat dihasilkan. Entah di mana silapnya perancangan dari MSSS dan persatuan bola tampar negeri sarawak, mutu permainan sukan bola tampar di negeri ini terus menjunam. Disebabkan itu, kebelakangan tahun ini, keputusan bola tampar peringkat MSSM adalah tidak begitu memberangsangkan kecuali peringkat umur 12 tahun. Dengan itu, saya akan merancang satu program latihan yang sistematik untuk menghasilkan pemain bertaraf negeri dan bersaing dalam kejohanan bola tampar MSSM kelak.
1.2
Semasa pelaksanaan program latihan Untuk memulakan program tersebut, saya telah menetapkan sasaran untuk tahun ini
iaitu bilangan pemain yang akan mewakili pasukan negeri di kejohanan bola tampar MSSM 2012. Oleh itu, segala penerangan terhadap pasukan ini harus diterangkan dengan jelas dan persediaan hendak dibuat untuk setiap sesi latihan. Semasa pelaksanaan program latihan, terdapat banyak halangan semasa latihan dijalankan. Contohnya pada hari pertama, semasa latihan dijalankan, sesi tersebut kelam kabut disebabkan para pemain masih tidak tahu peraturan semasa latihan dijalankan. Oleh itu, saya kena mendisplinkan para pemain terlebih dahulu. Sebagai seorang jurulatih, saya kena memberi perhatian kepada pekara-pekara berikut:
Masa (berapa lama) untuk setiap bahagian latihan
Aktiviti yang sesuai bagi setiap bahagian
Menyusun persembahan latihan megikut tingkat tertentu
Jelaskan tentang apa yang ingin dicapai di dalam sesi latihan.
Tahu akan cara-cara untuk mempersembahkan aktiviti-aktiviti
Menentukan alat-alat dan kemudahan yang diperlukan disediakan dengan lengkap. Sebelum mulanya latihan, saya akan menyuruh mereka mulakan latihan dengan sesi
memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan (warming down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot. Untuk bahagian ansur maju, program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah.
Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan
pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Saya sebagai jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu. Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan tempo latihan supaya atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70% higga 80% KNL). Latihan pengkhususan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi pemain bola tampar perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Permainan bola tampar adalah salah satu sukan yang melibatkan 5 kemahiran. Oleh itu, setiap kemahiran adalah berkaitan dan penting semasa pembentukan pasukan. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Saya juga menegaskan bahawa para pemain saya untuk kerap turun latihan supaya kecergasan fizikal dikekalkan untuk sepanjang program ini.
Ia merupakan aspek yang
penting untuk setiap pemain. Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan.
Bagaimanapun ia
Latihan yang mempunyai intensiti
rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah. Untuk mencapai kecergasan fizikal yang maksimum, masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan. Para pemain akan tidak semangat apabila aktiviti yang dijalankan membosankan mereka.
Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh saya harus bersesuaian dengan tahap
kemahiran yang ada pada pemain. Salah satu faktor untuk menentukan pencapian objektif sesi tertentu ialah kawalan kelas bagi melicinkan pengajaran. Tanpa adanya disiplin dan kerjasama yang diberikan oleh para pemain, maka aktiviti yang dijalankan pasti akan menghadapi banyak masalah. Ketegasan dan suara guru juga memainkan peranan yang penting semasa mengajar. Ini adalah kerana, kedua – dua aspek ini akan membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan.
Segala arahan yang hendak
diberikan akan diikuti dengan baik oleh para pemain. Semasa pembentukan pasukan, masalah utama utama ialah posisi para pemain yang akan digunakan semasa pertandingan kelak. Dalam permainan bola tampar, ia terdapat seorang pengumpan (setter) dan 5 orang perejam (spiker).
Walaupun ramai orang
berpendapat bahawa bola tampar ialah suatu permainan rekreasi dan senang sahaja, tetapi kini ia telah berkembang sebagai suatu permainan profesional. Setiap pemain di samping harus mempunyai semua kemahiran asas seperti membuat servis, menghantar dan mengadang, beliau juga harus mahir dalam dua bidang. Bidang- bidang itu ialah bidang merejam dan mengumpan.
Untuk pertandingan bola tampar (competitive volleyball) hari ini, setiap
pemain sama ada seorang perejam atau pengumpan, harus juga menguasai semua kemahiran lain. Ini adalah mengapa bola tampar hari ini dikenali sebagai suatu permainan ‘kuasa dan ketepatan’ (a game of power and precision) iaitu kuasa perejam dan ketepatan pengumpan. Pengumpan boleh dikatakan sebagai pemain utama dalam serangan (brains behind the attack ). Dia harus : 1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi. Ini termasuk kepantasan, koordinasi, kefleksibelan, reaksi segera dan daya tahan kardiovaskular. Untuk permainan tahap tinggi, kajian telah membuktikan bahawa seorang pengumpan berlari di antara 31/2- 4 batu, melompat 300 kali dan mencangkung beberapa ratus kali. Jadi, pelaziman fizikal (physical conditioning) merupakan satu faktor penting.
2. Memiliki sifat tahan lasak mental, kewaspadaan dan ketenangan untuk membuat keputusan segera supaya dapat memilih strategi betul untuk menyerang, memilih
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
perejam yang betul, menganalisa pihak lawan, memberi dorongan kepada pemainpemain dan sebagainya
3. Memiliki kemahiran-kemahiran teknikal yang boleh digunakan secara kenalurian (instinctively). Jadi, pengumpan harus menguasai kemahiran tersebut sehingga beliau dapat bertindak dengan betul kerana dia tidak ada masa untuk berfikir dalam situasi bermain. Pengumpan dikehendaki bergerak ke setiap bola tanpa mengira seberapa jauh dia harus bergerak untuk mencapainya, bagaimana cepat bola sedang bergerak atau berapa banyak putaran yang ada, dan menukarkannya menjadi satu umpan yang baik dari segi taktik dan teknik, tanpa menunjukkan tujuannya.
4. Memiliki kebolehan taktik yang tinggi untuk memilih perejam yang betul dan pengumpan yang betul, kebolehan mengawal rentak dan ritma dan sebagainya. Justeru itu, pengumpan-pengumpan harus dipilih dengan bijak dan dilatih dengan baik. Pengumpan ialah wakil jurulatih sesuatu pasukan semasa bermain. Jurulatih dan pengumpan harus berbincang mengenai wawasan, kebimbangan, keraguan, pendapat dan membuat analisa terhadap semua pemain.
Sebelum perlawanan dan semasa
perlawanan dijalankan, jurulatih harus berkomunikasi dengan pegumpan.
Bagi perejam ialah pemain terpantas dan bintang pasukan. Beliau harus memiliki ciri-ciri kekuatan, kefleksibelan dan kuasa. Dia harus : 1. Dari segi fizikal: tinggi, kuat, berkoordinat dan tangkas.
Kakinya mesti boleh
membawanya ke atas jaring untuk merejamkan bola dengan cukup kuasa supaya pihak lawannya tidak boleh mengadang atau memulangkan bola. 2. Dari segi fisiologi : cukup cergas untuk membuat lompatan di sepanjang perlawanan tanpa hilang ketinggian lompatan, kuasa untuk merejam atau mengatur masa. 3. Dari segi mental : berwaspada untuk memahami tujuan pengumpan dan memberi keputusan berkenaan rejam tinggi, rejam pantas atau dink. Dia juga harus boleh membaca pergerakan-pergerakan pertahanan pihak lawannya. 4. Dari segi teknik dan taktik : Boleh menggunakan kemahiran menyerang dalam cara yang berkesan. Perejam-perejam ialah pemain ekstrovert yang suka kepada tepukan dan sanjungan penyokong dan peminat.
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
Untuk strategi saya, saya akan menerangkan kepada semua para pemain supaya mengikut prinsip asas yang saya tentukan. Beberapa prinsip asas untuk strategi menyerang bagi saya adalah seperti berikut : i.
Semua pemain harus berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan.
ii.
Memupuk kerja secara berpasukan melalui pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan rakan-rakan.
iii.
Jangan menggunakan strategi serangan yang rumit, ini akan menambahkan kemungkinan kesilapan-kesilapan dan salah faham. Mesti ada pilihan-pilihan dalam serangan.
iv.
Pengumpan harus boleh mengawal semua penyerang.
v.
Semua pemain harus cukup cergas, mahir, konsisten dan tahan lasak di sepanjang masa perlawanan.
vi.
Pembentukan sesuatu sistem mesti sesuai untuk pemain dan bukan di sebaliknya Untuk bahagian pertahanan, ia merupakan bahagian yang paling penting dalam satu
pasukan bola tampar. Tanpa umpanan yang baik, serangan yang efektif dan berkesan tidak dilakukan dengan betul.
Suatu sistem pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah
penting dalam semua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip-prinsip tertentu. Prinsip pertahanan yang terpenting dikenali sebagai prinsip akal. Prinsip ini meletakkan pemain-pemain di posisi di mana pihak lawan mungkin akan menyerang. Selain daripada prinsip di atas, terdapat juga lima prinsip yang lain seperti berikut : 1. Posisi di gelanggang mesti ditetapkan untuk setiap penahan. Setiap pemain harus mengetahui di mana dia harus bergerak dan kawasan tanggungjawabnya. Semasa menunggu bola, mereka harus diposisikan supaya dapat bermain bola dihadapan mereka. 2. Penahan-penahan harus menjangka rejaman dan harus bergerak cepat untuk menghalangnya. Apabila bola sedang direjamkan, penahan-penahan harus berdiri diam dan tidak harus tertangkap semasa bergerak. 3. Pengadang-pengadang yang sesuai harus digunakan dengan bijak. Ini bermakna memilih pengadang yang sesuai untuk sesuatu jenis adangan berdasarkan kemahiran mereka dan bilangan pengadang yang dipilih juga adalah penting. 4. Pengelolaan dalam pertahanan dan latihan tubi adalah penting supaya salah faham dikalangan pemain-pemain serta pelanggaran dikurangkan ke tahap minimum. 5. Pertahanan bermula secepat mungkin apabila bola masuk ke gelanggang pihak lawan dan ditamatkan apabila pasukan penahan telah mendapati bola dengan menyediakan
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
serangan yang berkesan. Jikalau penukaran ini iaitu dari posisi penahan ke posisi serangan tidak berlaku, kemudian pasukan menahan akan terus-menerus menahan sahaja. Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana tidak ada pemain yang tarik diri sepanjang program latihan ini. Saya juga berharap kelab bola tampar ini dapat menghasilkan lebih banyak lagi pemain negeri pada masa akan datang. Saya juga ingin harapkan mutu permainan pasukan ini akan meningkat pada akhir latihan tersebut. Jelaslah, sukan bola tampar memang dapat membantu masyarakat dalam pengamalan gaya hidup sihat. Bukan sahaja sukan ini dapat dimainkan oleh semua peringkat umur, malah ia juga dapat dimainkan secara beramai-ramai. Justeru, saya berharap pihak - pihak yang berkaitan dapat mempopularkan sukan bola tampar ini di semua peringkat masyarakat.
1.3
Selepas sesi latihan bola tampar
Untuk bahagian persediaan sebelum pertandingan, perancangan yang sistematik dan saintifik oleh saya dapat membantu para pemain bersedia dari aspek fizikal. mental, teknikal dan taktikal.
Secara umum, program latihan disediakan oleh saya adalah untuk
memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi para pemain ke tahap optimum. Komponen-komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan kerana komponen ini saling berkait antara satu sama lain. i. Persediaan Fizikal Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk meningkatkan potensi pemain saya serta memperkembangkan keupayaan biomotor pemain saya ke tahap optimum. ii. Persediaan Teknikal Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan kesemua kemahiran bola tampar. iii. Persediaan Taktikal Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan. Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan kejayaan sesuatu perancangan atau strategi (taktikal). iv. Persediaan Psikologi Persediaan pemain dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi.
Persediaan
mental pemain untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan sistematik yang
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
membolehkan pemain saya membawa bersamanya persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan.
Kesungguhan saya sebelum program ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu kami agar lebih bersedia pada hari kelak. Kesungguhan guru-guru pelatih juga menaikkan semangat kami untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, aktiviti ini juga membantu kami untuk
mengenalpasti kelemahan kami sepanjang menjalani aktiviti ini. Ini adalah persediaan untuk kami mengendalikan aktiviti ini di sekolah kelak. Semasa latihan kami diajar cara bermain bola tampar dengan betul mengikut peraturan yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, segala tunjuk ajar yang diberikan
memberi kesan positif kepada kami tentang corak permainan yang dipertandingkan. Latihan yang diberikan amat bermakna buat kami semua. Dari segi peralatan dan kelengkapan pula, saya rasa ianya amat mencukupi dan saya sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudahan yang ada memberi keselesaan kepada kami untuk menjalankan aktiviti dengan lebih lancar. Dari segi penyediaan kecergasan fizikal bagi saya ianya sangat memuaskan. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahankelemahan tersendiri.
Kekurangan pengalaman adalah antara kelemahan saya untuk
mengendalikan sesi latihan tertentu. Walau bagaimanapun atas usaha yang ditunjukkan segala kekurangan dapat kami atasi sebaik mungkin. Oleh itu, saya banyak merujuk kepada sumber – sumber, buku – buku dan laman web yang banyak berkaitan dengan bola tampar untuk mengumpul maklumat mengenai latihan bola tampar. Walaupun penat dengan tugas sebagai guru, segala kepayahan dapat kami atasi atas sebab kecekalan dan kesabaran yang kami lalui. Walau ada beberapa orang tidak puas hati dengan keputusan pengadil semasa perlawanan akhir, namun begitu pasukan saya akur dengan setiap keputusan kerana saya telah menegaskan pemain saya bahawa untuk memenangi satu perlawanan, kita tidak boleh dipengaruhi oleh keputusan pengadil. Asalkan kita usahakan apa yang kita berlatih selama ini. Oleh itu, pemain saya bermain dengan sabar dan tenang mengharumi tekanan lawan dan akhirnya memenangi perlawanan akhir juga. Untuk bahagian fasa Transisi, saya akan mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan da mengatasi kebosanan semua pemain saya. Oleh itu, dalam tempoh ini saya hanya memberi pemerhatian ke atas pemain yang mengalami kecederaan dan membenarkan pemain saya
NGU WEN YANN / 831223135410
HBEF 2703
melakukan aktiviti lain seperti bermain permainan lain, berenang dan lain lain lagi jenis sukan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung kepada format pertandingan. Dalam tempoh tersebut, rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan pcnurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60°kemampuan maksimum. Fasa ini sangat penting di mana ia bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang.