FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA PETALING JAYA
HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM
TAJUK TUGASAN KUMPULAN : REFLEKTIF JURNAL
NAMA: Ketua Kumpulan: THANESH A/L BALAKRISHNAN [850316146083001] Ahli Kumpulan 1. SUTHA A/P MALAYALAM [821107055166001] 2. AMUTHASURIYA A/P MUNIANDY [811231086286001] 3. THILAGAH A/P ARJUNAN [821019105514001] 4. MANI ARASI A/P GAVERAN [810512025426001] SEMESTER : MEI 2012
Pengenalan Sukan merupakan salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan dengan pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya memerlukan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau sebagai penonton. Sukan tahunan ialah aktiviti yang wajib dilaksanakan oleh setiap sekolah di Malaysia selepas pertengahan penggal. Sukan tahunan yang diadakan pada setiap tahun merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan. Acara sukan tahunan bukan sekadar memenuhi pencapaian kokurikulum semata-mata, malah ia bertujuan untuk mencungkil kebolehan para pelajar dalam bidang sukan. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan semangat kesukanan dikalangan mereka. Setiap tahun sekolah kami mengadakan aktiviti sukan tahunan. Setiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu acara dalam sukan tersebut. Aktitivi sukan tahunan dibahagikan kepada murid tahap 1 dan murid tahap 2. Sebelum aktiviti sukan dilaksanakan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum akan mengadakan Mesyuarat Agung sukan tahunan untuk memilih ahli jawatankuasa tahun tersebut. Beliau juga menjelaskan matlamat dan objektif sukan tahunan diadakan. Guru Besar pula menekankan peranan semua guru dalam menjayakan matlamat dan objektif berkenaan. Di dalam Mesyuarat pertama, kertas kerja aktiviti sukan tahunan telah dibentangkan dan disokong oleh semua AJK. Selepas membincangkan aktiviti sukan, kami mengagihkan para pelajar kepada 4 pasukan iaitu biru, merah, kuning dan hijau yang mewakili rumah sukan masing-masing. Setiap acara yang diadakan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua. Kami guru di di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) selaku guru penasihat rumah
menghadapi masalah apabila murid menjalani latihan lontar peluru. Murid-murid tidak memahami teknik melontar yang betul. Walaupun kami telah mengajar teknik-teknik yang betul kepada murid, mereka masih membuat kesalahan juga. Mereka juga tidak mengikut arahan semasa membuat lontaran. Mereka tidak mengambil berat tentang cara melontar dan tidak berminat dengan acara lontat peluru. Kami memberi 3 hingga 4 kali percubaan bagi seorang murid untuk membuat lontaran. Ini memenatkan mereka untuk melontar untuk mendapatkan lontaran yang terbaik. Sikap murid
yang tidak ada semangat untuk membuat lontaran menyebabkan markah sukantara menurun. Murid-murid sekolah ini tidak begitu peka dengan kepentingan bersukan dalam diri mereka.
Analisis Masalah Kelebihan yang ada pada murid adalah dapat melontar dengan jauh. Mereka bersedia melontar dengan laju dan mengikut arahan guru. Ramai di antara mereka melontar dengan jauh semasa lontaran dan melepasi jarak yang telah ditetapkan. Tetapi lontaran yang jauh juga terbatal jika terdapat kesilapan semasa memijak tidak mematuhui teknik yang betul. Lontaran mereka menjadi batal kerana kaki mereka terlebih memijak papan di hadapan. Mereka tidak dapat menganggarkan di mana perlu memijak untuk membuat lontaran yang betul. Murid yang pandai membuat lontaran dipilih dan diminta mengajar murid-murid yang tidak tahu membuat lontaran. Dengan ini, beberapa murid dapat mengetahui dan melontar dengan betul. Guru meminta murid-murid yang masih tidak dapat melontar dengan betul, supaya tidak memijak papan dihadapan bulatan. Sebaliknya, meminta murid-murid melihat papan tersebut dan terus melontar tanpa melepasi ataupun memijak papan di hadapan bulatan. Murid-murid lebih selesa melontar dengan hati yang tenang apabila diminta tidak memijak papan. Guru dapati, murid-murid yang lemah dalam bidang akademik, menunjukkan minat dan keinginan untuk menyertai acara sukan. Mereka lebih cenderung menunjukkan bakat terpendam mereka apabila bersukan. Jika bakat murid-murid lemah dalam pelajaran diasah di bidang sukan boleh melahirkan atlit-atlit negara di masa hadapan.
Cadangan Murid-murid perlu didedahkan cara-cara melontar dengan kaedah yang betul sepanjang tahun, bukan hanya sewaktu sebelum sukan. Ini menyebabkan murid kurang memahami dan tiada kemahiran untuk membuat lontaran. Jika murid-murid dilatih membuat lompat jauh dengan lebih kerap, guru-guru tidak akan menghadapi masalah semasa menjalankan latihan sukan. Murid-murid yang lemah dalam membuat lontaran diberi perhatian sepenuhnya kepada murid ini tanpa mengabaikan murid yang lain. Guru perlu memberikan peneguhan terhadap murid-murid khususnya selepas membuat lompatan dengan betul dan tidak betul. Guru juga perlu membimbing murid dari segi sahsiah dan rohani untuk memupuk minat dalam bidang sukan.
Tindakan Susulan Seseorang atlit sukan yang mahir acara melontar peluru dijemput ke sekolah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran melompat kepada murid-murid. Murid-murid dapat mengenali acara melompat dengan lebih efektif lagi menerusi murid yang pakar dalam lompat jauh. Kesemua murid digalakkan mengambil bahagian dalam acara melontar peluru. Murid-murid dibawa berbincang permasalah mereka dalam acara melontar peluru. Penyelesaian sebarang masalah dibincangkan bersama-sama murid. Guru perlu menarik minat murid dalam menceburi diri di acara lontar peluru. Lama-kelamaan, murid-murid yang kurang berminat menunjukkan rasa minat terhadap acara lontar peluru. Sepanjang aktiviti ini kami
menghadapi beberapa masalah. Salah satu daripadanya
adalah membuat latihan sebelum acara sukan. Masalah dihadapi dalam memberi latihan kepada aktiviti kumpulan.Acara berkumpulan diadakan untuk murid-murid tahap satu. Bagi memberi latihan kepada mereka kita memerlukan beberapa tempoh untuk melatih mereka dalam sesuatu acara tersebut. Proses ini mengambil masa beberapa minggu. Murid-murid mengambil bahagian dalam acara pada hari sukan tidak mencukupi latihan bagi melakukan acara tersebut. Contohnya acara lari berpagar dan acara larian 800 meter serta 4x400 meter. Tanpa latihan murid-murid tidak melakukan acara tersebut dengan baik. Murid-murid perlu diberi latihan yang secukupnya bagi memantapkan bakat mereka dalam acara larian tersebut. Dengan latihan yang secukupnya mereka akan dapat membuat acara larian tersebut dengan baik. Masa untuk membuat latihan tidak sesuai disebabkan musim hujan. Biasanya murid-murid membuat latihan sebelah petang. Jika latihan diadakan pada waktu petang ramai murid tidak menghadirkan diri. Ini kerana mereka menghadapi masalah pengakutan. Bukan itu sahaja, latihan untuk murid tahap 1 pada sebelah petang tidak wajar.Mereka tidak larat untuk meneruskan latihan pada waktu petang. Jika mengadakan permainan kumpulan, setiap murid perlu
mempunyai teknik yang betul untuk memastikan
kejayaan kumpulannya. Maka latihan dalam masa yang singkat tidak dapat membantu murid untuk memahami sesuatu teknik. Di samping itu juga, guru-guru yang mengajar tidak mempunyai kemahiran untuk melatih murid. Contohnya seperti acara lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru
dan
sebagainya.Kekurangan kemahiran menjadi halangan kepada murid-murid untuk belajar sesuatu
aktiviti sukan. Barang-barang sukan tidak selamat untuk digunakan dan ia membahayakan murid-murid semasa membuat latihan sukan.Contohnya tilam lompat tinggi, pagar, pasir untuk lompat jauh dan sebagainya. Pada tahun kami telah mengabungkan permainan unsur tradisonal iaitu Permainan Kabaddi. Kejohanan Kabaddi Gabungan SJKT 2012 telah disempurnakan dengan baik. Bantuan secara langsung mahupun tidak langsung daripada pelbagai pihak seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Majlis Guru Besar SJKT, PIBG sekolah, pengurus Ladang Raja Musa, orang ramai dan sebagainya memastikan kejohanan ini berlangsung dengan baik. Walaubagaimanapun satu peristiwa telah menjadi cabaran kepada saya dalam kejohanan ini. Iaitu terdapat dua orang murid telah mengalami keracunan makanan. Dua orang murid tersebut telah muntah, merasa pening serta sakit perut. Kejadian ini menjejaskan kelancaran kejohanan ini. Pasukan dan guru dari sekolah murid – murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kejohanan. Sebagai persediaan awal kami telah menyediakan bantuan daripada St.John Ambulans SMK Seri Tanjong. Ahli - ahli St.John Ambulans telah memberi pertolongan rawatan kepada kedua – dua murid tersebut. Oleh kerana, murid – murid tersebut tidak sembuh maka mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya. Pada awalnya kami merasa kejadian ini tidak berkaitan dengan bidang tugas kami, kerana semua sekolah jemputan telah diminta menyediakan bekalan makanan sendiri untuk semua pemainnya. Tetapi selaku Tuan Rumah menyedari tanggungjawab sekolah selaku tuan rumah kejohanan ini. Oleh sebab kami adalah tuan rumah maka kami tidak boleh melepaskan masalah ini begitu sahaja. Kami telah menyediakan kenderaan untuk menghantar murid – murid tersebut ke hospital. Kami juga menyediakan tempat yang selesa untuk memastikan murid – murid tersebut mengambil rehat yang secukupnya. Walaupun pada awalnya guru mereka merasa takut tetapi beliau merasa lega dan memberi tumpuan terhadap pasukannya apabila pihak kami memberi bantuan secukupnya. Pasukannya pun memberi tumpuan kepada kejohanan dan mendapat tempat yang kedua dalam kejohanan ini. Ini membuktikan bahawa semua keperluan asas seperti dicatat dalam Teori Maslow perlu diberi dengan sempurna untuk memastikan seseorang mencapai tahap yang lebih tinggi. Keperluan yang paling asas seperti makanan dan keselamatan yang secukupnya
memastikan individu merasa selesa dan merangsang mereka untuk melangkah ke tahap seterusnya. Daripada kejadian ini, saya menyedari bahawa selaku tuan rumah perkara – perkara yang berkaitan dengan keperluan asas perlu diberi perhatian yang serius. Kemenangan sesuatu kejohanan bukan sahaja diukur dari segi penyediaan, malah rasa kepuasan pemain juga adalah penting. Sebagai tuan rumah perlu memilih tempat pelaksanaan kejohanan yang sesuai dan mempunyai kemudahan – kemudahan seperti pengangkutan, berdekatan dengan hospital, balai polis dan sebagainya. CARA MENGATASI MASALAH AM KEJOHANAN OLAHRAGA Melalui acara sukan kita dapat mengenalpasti pelajar yang berpotensi dan membantu mereka dengan memberikan latihan yang secukupnya. Lazimnya, sukan dianggap sebagai salah satu aktiviti kesihatan semata-mata. Namun kini, penglibatan dalam bidang sukan sudah menjadi satu kerjaya yang menjamin masa hadapan. Tetapi penglibatan dan keminatan para pelajar dalam sukan semakin berkurangan. Faktor
intrapersonal
bertindak menghalang
ialah
faktor
penglibatan
melibatkan
keadaan
psikologi
aktiviti bersukan.
individuyang
Ini termasuklahtekanan,
kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki. Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan dan keminatan pelajar dalam kegiatan sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan dan penglibatan dalam aktiviti sukan tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Masalah ini mengakibatkan para guru untuk memilih pelajar untuk pertandingan ataupun aktiviti yang ditentukan. Terdapat beberapa faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan. Antaranya ialah
mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap
sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertaikegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Faktor-faktor penghalang ini sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalahini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan
penggunaan kemudahanaktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau programaktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yangmenyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Oleh sebab itu sebagai guru sentiasa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan serta menjayakan aktiviti yang dirancang. Antaranya ialah: I.
Membuat perancangan yang sistemetik dengan meluangkan masa yang secukupnya untuk setiap aktiviti.
II.
Membeli alatan yang secukupnya untuk menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan lancar.
III.
Mengadakan kursus kepimpinan kepada semua guru untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.
IV.
Mengadakan sesi taklimat berkaitan dengan sukan untuk ibubapa.
Sebagai seorang guru di sekolah kita perlu berbincang hal ini dengan setiausaha sukan , penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar tentang masalah semasa latihan sukan. Semasa sesuatu acara diadakan murid-murid perlu diberi latihan yang secukupnya sebelum hantar ke kejohanan sukan tahunan. Tanpa latihan yang mencukupi murid-murid tidak dapat membuat acara tersebut dengan penuh keyakinan. Latihan yang khusus perlu diberi kepada peserta acara larian kerana larian memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi untuk melakukannya. Daya tahan kardiovaskular akan bertambah ataupun meningkat apabila latihan yang berterusan diberikan kepada peserta sebelum mengambil bahagian dalam acaranya. Latihan perlu diadakan pada masa yang sesuai mengikut cuasa dan keadaan padang. Ini dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan prestasi mereka untuk meneruskan kejayaan mereka. Bagi memberi latihan kepada murid-murid untuk acara lompat tinggi , lompat jauh,lontar peluru kita memerlukan seorang pelatih yang terlatih untuk memeberi taklimat kepada para guru.Selain daripada itu, pada waktu latihan minuman boleh disediakan kepada murid-murid untuk menghilangkan rasa kepenatan. Makanan haris diberi perhatian supaya murid-murid dapat tahan semasa membuat latihan sukan. Ini kerana mereka yang bersemangat untuk berlatih mungkin mempunyai bentuk fizikal yang kurang memuaskan. Maka mereka perlu mengambil makanan seperti telur, susu, sayau-sayuran dan makanan seimbang. Ini membantu secara fizikal dalam beberap acara lontar peluru. Bahan-bahan yang digunakan semasa latihan perlu diberikan
perhatian yang serious bagi mengelakkan kemalangan. Bahan yang digunakan dalam latihan perlulah berkualiti dan tahan lasak. Contohnya seperti dalam acara lari berpagar, pagar mestilah berkualiti supaya ia bertahan walaupun jatuh beberapa kali. Maka murid-murid lebih yakin dalam membuat lompatan.Tempoh latihan perlu dilanjutkan mengikut kesukaran sesuatu aktiviti. Khususnya kepada aktiviti kumpulan.Ini kerana setiap murid perlu memahami tanggungjawab mereka dalam kumpulan untuk mencapai kemenangan. Contohnya acara kasut beracun perlu mempunyai koordinasi tangan dan kaki yang memerlukan latihan yang serentak antara ahli kumpulan. Teori rangsangan dan tindak balas memainkan peranan penting dalam aktiviti sukan.Teori rangsangan dan tindak balas atai teori behaviourisme berpusat kepada rangsangan dan tindak balas yang juga dikenali sebagai teori S-R( Stimulus-Respons). Tokoh yang paling terkenal dalam teori ini adalah Pavlov. Para murid dapat membelajari sesuatu teknik cuba jaya dan bagi meneruskan terus belajar kemahiran.Teori rangsangan gerak balas ini telah mewujudkan satu stail pengajaran yang dikenali sebagai latih tubi kemahiran (Skill Drills). Sebagai contohnya dalam kemahiran acara olahraga seperti 100 meter. peserta acara pecut melepaskan tempat permulaan Dekam apabila mendengar bunyi tembakan. Latihan yang berterusan untuk memepelajari suatu kemahiran perlukan latihan lanjutan untuk mencapai tahap maksimum.Maka, murid-murid perlu diberi latihan yang berterusan untuk mencapai kejayaan seperti mana yang dikatakan oleh Pavlov ahli psikologi.Menurut De Lorrne & Watkins(1951) ahli psikologi murid-murid tahap 1 berada dalam tahap pasif. Pada tahap ini guru hanya menggerakkan murid-murid mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan oleh mereka.
Kesimpulan Secara kesimpulanya, Sukan Tahunan sekolah kami telah member satu kesan positif yang penting dalam bidang Kokurikulum dan juga kurikulum. Ia juga membantu mencapai Visi dan Misi sekolah kami bagi tahun ini. Kami juga dapat mengetahui bahawa sukan dapat melahirkan seorang murid yang seimbang dari segi JERI. Justeru itu, setiap sekolah harus mengadakan Sukan Tahunan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan mutu sukan dari peringkat sekolah ke peringkat kebangsaan serta meningkatkan mutu diri setiap pelajar dan guru.
Aktiviti bersukan memang satu aktiviti yang murid-murid berminat dibandingkan akademik. Jika pendedahan yang sewajarnya diberikan, maka guru-guru dapat melahirkan murid-murid yang berpotensi dalam bidang sukan. Acara lontar juga juga memerlukan kesungguhan dan disiplin diri yang mantap untuk melibatkan diri secara aktif. Justeru itu, Kejohanan Sukan Tahunan adalah satu cara untuk mengenalpasti murid yang mahir dalam bidang sukan. Melalui ini juga, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berguna sepanjang persekolahan mereka. Semua pihak harus berganding bahu dengan kerajaan untuk memajukan sukan untuk negara pada masa akan datang di pesada dunia.