HHHC 9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.PERANCANGAN PROJEK NAMA : CHUA XIN JANE NO. MATRIKS : A144613 PROJEK : FIESTA SINERGI INTELEK(FSI 2014) KOD JPPEL : DN00189/2014 JAWATAN DISANDANG : EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA TARIKH MULA PERANCANGAN-- TARIKH TAMAT PROJEK :21/03/2014-12/05/2014 Saya merupakan Exco Publisiti dan Multimedia dalam subprogram FSI, iaitu Malaysian Street Food Tour (MSFT), yang diadakan pada 3 MEI 2014 di padang bola Tasik Titiwangsa. Program ini dibahagikan kepada dua aktitiviti utama. Pertama adalah Pertandingan Masakan 1 Malaysia. Dan yang kedua adalah Bazar Rakyat yang bertema makanan 1 Malaysia.
1.1 Carta Gantt Program MSFT Bilan gan Aktiviti Minggu 1
Perbincangan aktiviti yang akan dijalankan
2
Mesyuarat dengan Exco Mesyuarat ke-1
3
Pembahagian tugas kepada AJK
4
Mesyaurat dengan Exco ke-2 Pembentangan gerak kerja
5
Pelaporan gerak kerja dan penetapan budjet dengan Pengarah
6
Pemastian senarai AJK dan VIP
7
Penyertaan peserta Pertandingan masakan dibuka dan penyewaan kanopi untuk gerai
8
Proses peminjaman meja dan kerusi dari KTSN
9
Proses permohonan pengangkutan KTSN
10
Proses penyewaan alat masakan dan kanopi
11
Menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi
12
Pencarian Sponsor
13
Mesyuarat dengan Exco ke-3
14
Mesyuarat akhir dengan Exco dan Felo membahagikan tugas pada hari itu dan penerangan tentatif
15
Menampal poster dan banner di sekeliling kolej dan Tasik Titiwangsa & Membahagikan flyers di sekitar KL Membeli bahan-bahan masakan dan
16
alat masakan
17
Raptai Majlis Perasmian
18
Pemindahan meja dan kerusi ke
Mac
May
Feb 3
April 4
1
2 3 4
1
2
3
4
1
2
tasik Titiwangsa 19
Majlis Perasmian
20
Pertandingan masakan 1 Malaysia
21
Jualan Bazar Rakyat
22
Majlis Penutupan
23
Pemindahan meja dan kerusi balik ke KTSN
24
Post-mortem dan Refleksi
1.2 CARTA ALIRAN PERJALANAN PROJEK
Mula Tidak dipilih Memilih ahli jawatankuasa jika dipilih Perancangan projek dan mengetahui visi dan misi projek
Pelaporan Pembahagian tugas oleh pengarah Post morterm dan refleksi Perlaksanaan projek (Publisiti,program,teknikal,perhubungan
Mendapat pengajaran dan nilai
luar Pemindahan meja dan kerusi Mesyuarat untuk melaporkan
Tidak memuaskan
balik ke KTSN
kemajuan memuaskan
Penutupan dan Penyampaian hadiah
Publisiti (mula 20/4/14-3/5/14) Penampalan banner dan pembahagian flyers di sekitar KL
Demo masakan VIP
Teknikal (2/5/14) Memindahkan kerusi, meja, dan sistem PA ke Tasik Titiwangsa untuk membuat persediaan
Raptai
Perasmian Memasangkan pembesar suara dan mikrofon untuk VIP
Pertandingan masakan 1 Malaysia Jualan Bazar Rakyat
1.3 KERTAS KERJA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JPPEL
KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR FIESTA SINERGI INTELEK KOLEJ TUN SYED NASIR
TARIKH 3 MEI 2014
TEMPAT PADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
TEMA ‘Learn and Love’
KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0
TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan subprogram dalam Fiesta Sinergi Intelek (FSI) iaitu Malaysian Street Food Tour.
2.0
PENGENALAN/LATAR BELAKANG Subprogram di bawah FSI ini merupakan salah satu aktiviti mega yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Subprogram ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu pertandingan masakan dan pembukaan gerai jualan. Program tersebut terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat ke Malaysia, mahasiswa/i dari Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kepada orang awam di sekitar Kuala Lumpur. Subprogram ini akan berkolaborasi dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan juga Agensi Pelancongan yang menguruskan lawatan pelancong-pelancong dari luar ke Malaysia. Idea program ini terhasil daripada gabungan pelbagai idea mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Diharap program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam khususnya pelancong-pelancong dari luar Malaysia dan juga masyarakat setempat. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak diharap dapat membantu dalam menjayakan program ini.
3.0
MISI Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India kepada pelancong-pelancong
yang melawat ke Malaysia sempena ’Tahun Melawat Malaysia 2014’. Dalam pada itu, program ini juga turut mengenengahkan masakan utama negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ’signiture dish’ yang unik berdasarkan kepelbagaian penduduk, budaya serta geografi. Keunikan dan keistimewaan makanan masyarakat pelbagai kaum dan negeri di Malaysia ini mampu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong-pelancong luar untuk melawat negara ini. 4.0
MATLAMAT 4.1 Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
yang
mempunyai
keunikan
tersendiri
kepada
pelancong-pelancong dari luar Malaysia. 4.2 Mendedahkan kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia tentang cara masakan makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 4.3 Menonjolkan budaya masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang kaya dengan menu masakan yang pelbagai dan tersendiri. 4.4 Mendidik masyarakat setempat supaya menghargai keistimewaan menu masakan masyarakat Malaysia yang berbeza mengikut kaum.
5.0
OBJEKTIF 5.1 Menerapkan minat dan rasa kagum pelancong-pelancong dari luar negara bukan sahaja terhadap budaya masakan masyarakat Malaysia, tetapi juga merangkumi masakan utama negeri-negeri di negara ini yang pelbagai dan mempunyai identiti tersendiri. 5.2 Menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri tentang kepentingan, menghargai kepelbagaian dan keunikan menu masakan yang negara kita miliki. 5.3 Menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memasak yang berbeza daripada aktiviti harian mereka di dewan kuliah di samping membina keyakinan diri dalam menonjolkan bakat dan kemahiran.
5.4 Menggalakkan mahasiswa untuk lebih aktif dalam berorganisasi dengan menyampaikan dan menerima pendapat sekali gus membentuk kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan mereka.
6.0
TEMA ‘Learn and Love’
7.0
ANJURAN Anjuran subprogram Malaysian Street Food Tour, Fiesta Sinergi Intelek, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) sesi 2013/2014 di bawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
8.0
TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
9.0
Tarikh/Hari
: 3 Mei 2014 (Sabtu).
Masa
: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
TEMPAT PROGRAM Cadangan tempat program: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
10.0
PUBLISITI Subprogram ini akan diiklankan dan dipromosikan melalui: 10.1 Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan instagram. (fanpage juri jemputan, blog rasmi Agensi Perlancongan yang dijemput) 10.2 Banner, risalah dan bunting. 10.3 Mewarwarkan promosi di papan-papan kenyataan secara menyeluruh di peringkat kolej, fakulti, dan pentadbiran UKM (Kampus Bangi, Kampus KL, dan Kampus Perubatan, Cheras). 10.4 Mewarwarkan di laman sesawang UKM dan papan iklan digital di seluruh kampus di UKM. 10.5 Menggunakan kemudahan media elektronik seperti pengiklanan di stesen radio komersial dan media cetak seperti hebahan di akhbar tempatan. 10.6 Menghantar surat jemputan kepada pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan masakan di bawah program Malaysian Street Food Tour ini.
11.0
CADANGAN PERASMI Perasmian Penutup 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Bahagian industri pelancongan). 2) En. Zain Azrai Bin Rashid Pengarah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya. 3) Prof. Dr. Ruzita Bt. Abd. Talib Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia. 4) Dr. Mohd Sham Bin Othman Timbalan Pengetua I, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0
PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Subprogram ini akan melibatkan kerjasama seramai 18 orang exco dan 18 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dalam program ini. Para peserta program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan juga orang awam di sekitar Kuala Lumpur iaitu dianggarkan seramai 150 orang. Pelancong-pelancong dari luar negara yang di bawah kelolaan Agensi Perlancongan Malaysia pula dianggarkan seramai 40 orang. Selain itu, program ini terbuka kepada pengunjung-pengunjung yang ingin mengambil tahu tentang keunikan cara masakan masyarakat yang berbilang kaum dan dari pelbagai negeri di Malaysia.
13.0
STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A
14.0
TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B
15.0
PERINCIAN PROGRAM Rujuk Lampiran C
16.0
17.0
BELANJAWAN Rujuk Lampiran D
PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi : Nurul Shuhada Binti Hamidon Pengarah program Malaysian Street Food Tour, Fiesta Sinergi Intelek 2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia, No. Tel : 012-7414402 Emel :
[email protected]
18.0 SYOR/PENUTUP
Program Malaysian Street Food Tour ini adalah jelas salah sebuah program yang dapat memberi sedikit sebanyak input kepada pelancong dari luar negara berkenaan kepelbagaian makanan utama masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia di samping mereka berpeluang untuk merasa masakan tersebut seterusnya menjadi salah satu tarikan untuk mereka terus berkunjung ke Malaysia pada masa akan datang. Program ini juga dilihat mampu memberi manfaat kepada mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir, pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur serta orang awam sekitar Kuala Lumpur dalam menghargai keistimewaan dan keunikan pelbagai menu masakan yang negara kita miliki seterusnya memupuk sikap untuk terus mengekalkan keunikan dan keistimewaan tersebut. Penglibatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar program
yang
dianjurkan
oleh
mahasiwa/i
KTSN
ini
dapat
mencapai
objektif-objektif yang telah disasarkan dan seterusnya berjaya menaikkan nama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) serta Universiti Kebangsaan Malaysia. Asas pengetahuan dalam bidang masakan dan pemakanan ini sebenarnya agak penting tetapi sering dipandang ringan oleh sesetengah individu. Oleh itu, program ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menceburkan diri dalam bidang ini terutama bagi mahasiswa/i yang bukan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik.
Justeru, kami amat berharap untuk mendapatkan kerjasama serta bantuan kewangan agar pihak kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya dan kemudian berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Segala bantuan yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI MALAYSIAN STREET FOOD TOUR Penaung YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM Pengetua Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib Timbalan Pengetua I/II Dr. Mohd Sham Bin Othman/Dr. Qodriyah Binti Hj Mohd Saad Felo Pemantau Cik Hamizah Bt. Yahaya MEP Pemantau Mohamad Khairul Muzamir Bin Hashim Muhammad Taufiq Bin Norizan Pengarah Nurul Shuhada Binti Hamidon, FFAR/2, A140216, 012-7414402 Timbalan Pengarah Nor Alia Binti Zakaria, FPER/2, A139698, 017-7956319 Setiausaha Nur Qistina Binti Baharuddin, FSK/1, A144447, 013-9117051 Bendahari Hazel Koh Shueh Yi, FGG/1, A146926, 012-3661118
Exco Program I/ II
:
Ameerah Binti Budiono, FFAR/1, A146719, 017-7611621 Nur Hafiqah Binti Rozalei, FSK/1, A144535, 014-5709149
Exco Pemasaran I/II
:
Noorsana Bt. Hosni, FSK/1, A144405, 017-6050058 Suzinursolahah Binti Saleh, FGG/1, A143089, 0111-9777675
Exco Publisiti dan Multimedia I/II
:
Chua Xin Jane, FSK/1, A144613,
0166896133 Azeemah
Uthman-Hewitt,
FFAR/1,
A144390, 019-4604942 Exco Jamuan I/II
: Noramira Suhada Binti Abdul Rahman, FFAR/1, A144429, 011-12810494
Muhammad Shazerin Bin Kamaruddin, FFAR/2, A139798, 017-6293970 Exco Tugas-tugas Khas & Cenderamata I/II
:
Raja Puteri Elleena Ezwa, FGG/2, A146978, 010-3661592
Nur Asikin Efiza Bt. Mohd Yusoof, FFAR/2, A140081, 014-5133529 Exco Protokol I/II
:
Nurhanani
Mohd
Sadek,
A139691,
FGG/2,
018-9681955
Amirah Aqilah Binti Abd Rahim, FSK/1, A144554, 0176438742 Exco Perhubungan Luar I/II
:
Nurul Fazreen Binti Mohd Nadzri, FSK/1,
A144629,
0172928278
Siti Nadia Binti Zul-lkifli, FFAR/1, A144436, 0175933784 Exco Teknikal I/II
: Ahmad Abid Bin Khairuddin, FFAR/2, A139529, 0148092417 Mohd Amirul Bin Abdul Razak, FSK/1, A144668, 0134829548
LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM MASTERCHEF MASA
ATURCARA
6.45 pagi
Persiapan tempat
8.00 pagi
Gerai jualan
Pameran dan penerangan tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia oleh wakil Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Pendaftaran peserta
Sarapan
8.45 pagi
Taklimat pertandingan
9.00 pagi
Pertandingan bermula
10.00 pagi
Ketibaan pelancong
10.40 pagi
Pertandingan tamat
Sesi penilaian juri
Sesi penilaian dan pengundian juri awam
Rehat
Pengiraan markah dan kertas undi
Demo masakan bersama juri jemputan
Tamat demo masakan
Sesi perasmian penutupan
12.25 tengahari
Peserta dan vip mengambil tempat
12.30 tengahari
Ucapan Pengarah
Ucapan Pengetua
Ucapan daripada pihak kementerian
8.30 pagi
11.40 pagi
12.20 tengahari
Ucapan wakil pelancong
1.00 tengahari
Gimik perasmian penutupan
1.10 tengahari
Penyampaian hadiah dan cenderahati
1.25 tengahari
Sesi bergambar
1.50 tengahari
Jamuan dan bersurai
LAMPIRAN C PERINCIAN PROGRAM 15.1 PERTANDINGAN MASAKAN Pihak kami akan menyediakan semua bahan masakan bagi hidangan utama manakala peserta perlu membawa sendiri bahan-bahan untuk menyediakan pencuci mulut. Peserta tidak akan dibawa ke pasaraya seperti perincian program sebelum ini atas faktor ketepatan masa. Dengan kerjasama Agensi Pelancongan Malaysia, kami akan membawa sekumpulan pelancong luar untuk menghadiri program ini sekali gus memberi layanan yang terbaik buat mereka selama program ini berlangsung. Semasa hari pertandingan, peserta akan memilih menu masakan berdasarkan senarai menu masakan yang kami sediakan melalui cabutan undian. Hal ini demikian kerana kami bercadang untuk memvariasikan menu masakan tersebut. Sebagai contoh, 7 kumpulan menyediakan masakan Melayu, 7 kumpulan menyediakan masakan India dan 6 kumpulan lagi menyediakan masakan Cina. Resepi masakan utama dan pencuci mulut akan disediakan. Para peserta dibenarkan membawa bahan tambahan untuk tujuan hiasan. Sistem pertandingan ini dijalankan dalam 1 sesi dengan melibatkan 20 kumpulan. Peserta di beri masa selama 1 jam 40 minit untuk memasak. Dari segi penilaian pula, kami bercadang untuk menjemput 3 orang juri jemputan. Bukan itu sahaja, pelancong luar juga akan diberi peluang untuk menilai masakan para peserta dan mereka akan disediakan tempat untuk mengundi kumpulan yang mereka berasakan layak untuk menang. Jumlah khemah telah ditetapkan sebanyak 32 buah bagi program ini. Ini termasuklah gerai jualan iaitu 10 gerai jualan untuk masakan negeri dan 10 lagi gerai menjual masakan mengikut kepelbagaian kaum di mana, 1 khemah mampu menempatkan 2 peniaga. Sasaran peserta adalah maksimum 20 kumpulan di mana 3-4 orang ahli
setiap kumpulan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar Kolej Tun Syed Nasir, pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan juga orang awam. Setiap kumpulan perlu membayar yuran RM40. Hadiah akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang berada pada kedudukan 3 teratas kesuluruhan bagi masakan utama dan juga hidangan pencuci mulut. Cadangan juri jemputan ialah Masterchef Zamir, Masterchef Dr. Ezani, Masterchef Bryan dan Masterchef Rosemah. Aspek yang perlu diambil kira oleh pihak juri ialah dari segi rasa, dekorasi/hiasan, kebersihan, kesihatan dan kelebihan hidangan tersebut. Cadangan tema menu masakan ialah ‘Citarasa 1 Malaysia.’ 15.2 DEMO MASAKAN Satu demo masakan akan diadakan oleh para juri jemputan (cadangan: masterchef Zamir/masterchef Dr. Ezany/masterchef Bryan/masterchef Rosemah) selepas sesi penilaian tamat. Ini akan memberi peserta masa untuk berehat manakala urusetia mengira markah akhir. Di samping itu, demo masakan ini diadakan bagi menarik minat orang awam dan masyarakat luar sekitar Kuala Lumpur untuk hadir ke program Malaysian Street Food Tour ini.
15.3 MINI PAMERAN Subprogram kami akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi mengadakan pameran tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Impak program kepada pelancong-pelancong dari luar negara, mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur: 1) Memperkenalkan masakan tradisi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya kepada pelancong luar negara. 2) Meningkatkan rasa minat dan daya tarikan kepada pelancong untuk terus berkunjung ke Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis menu masakan dan hidangan. 3) Menyalurkan maklumat tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
4)
Memberi peluang kepada mahasiswa/i KTSN serta orang awam di sekitar
Kuala
Lumpur
untuk
menunjukkan
bakat
memasak
masing-masing. 5) Mendidik mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih. 6) Mewujudkan hubungan kerjasama dan saling membantu antara peserta dalam kumpulan pertandingan masakan.
LAMPIRAN D BELANJAWAN ANGGARAN PENDAPATAN BIL PERKARA 1.
Sumbangan
2.
JUMLAH
Tabung Aktiviti Pelajar (kolej)
Pemasaran a)Jualan b)Sponsor
RM500
RM500 RM4500 RM5000
3.
Yuran peserta (RM40x20 kumpulan)
4.
Bayaran sewa tapak (RM150x20) RM800 RM3000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN
RM 9300
ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA 1.
Exco Perhubungan Luar a) Juri jemputan (selebriti) (RM250 X 4) b) Sewa tapak (Tasik Titiwangsa)
JUMLAH
RM1000 RM400 _________________
RM1400__________ 2.
Exco Jamuan a) Jamuan Ringan VIP (RM6.50 X 10) RM65 RM65
3.
Exco TTK a) Hiasan tempat
RM50 RM50
4.
Exco Publisiti a) Banner (RM64 X 3) b) Poster (RM 1 X 25) c) Poster A3 (RM5 X 1) d) Slide A4 (0.20 X 25) e) Flyers ( RM 0.10 X 300)
RM192 RM25 RM5 RM5 RM30
5. RM257 Exco Cenderamata
Hadiah untuk pemenang Juara (RM150x1) Naib juara (RM100x1) Ketiga (RM80x1)
RM150 RM100 RM80
6. RM330 Exco Teknikal
7.
Sewaan dapur dan peralatan memasak (RM139 X 20]
RM2980
Perkhidmatan mencuci (RM200) Khemah saiz 20x20 (RM260x2) Khemah saiz 10x10 (RM60x32)
RM520 RM1920 RM5420
Exco Program
Bahan-bahan masakan Buku program (RM 1 x 6 set)
RM443 RM6 RM449
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
RM7971
2. PELAKSANAAN PROJEK 2.1. MINIT MESYUARAT 2.1.1. Minit mesyuarat 1
MINIT MESYUARAT SUBPROGRAM FSI MALAYSIAN STREET FOOD TOUR KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Rujukan : UKM 2.11/5/7.3.1/2/FSI Tarikh : 24 FEBRUARI 2014 Masa : 9.15-10.30 malam Tempat : Bilik Majlis Eksekutif Pelajar Kehadiran 1. NURUL SHUHADA BINTI HAMIDON 2. NOR ALIA BINTI ZAKARIA 3. NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN 4. AMEERAH BINTI BUDIONO 5. NUR HAFIQAH BINTI ROZALEI 6. CHUA XIN JANE 7. AZEEMAH UTHMAN-HEWITT 8. NORAMIRA SUHADA BINTI ABDUL RAHMAN 9. MUHAMMAD SHAZERIN BIN KAMARUDIN 10. RAJA PUTERI ELLEENA EZWA 11. NUR JUNAIDAH BIN NEADAH 12. NURHANANI MOHD SADEK 13. AMIRAH AQILAH BINTI ABD RAHIM 14. NURUL FAZREEN BINTI MOHD NADZRI 15. SITI NADIA BINTI ZUL-LKIFLI 16. AHMAD ABID BIN KHAIRUDDIN 17. MOHD AMIRUL BIN ABDUL RAZAK
Tidak hadir bersebab 1. LAI YEE TIEN 2. NOORSANA BINTI HOSNI 3. SUZINURSOLAHAH BINTI SALEH 1.
PENDAHULUAN 1.1 Pengarah majlis mengucapkan salam sejahtera kepada semua ahli mesyuarat lalu memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
2.
PERUTUSAN PENGARAH 2.1 Pengarah menerangkan agenda pada malam itu iaitu: 1) Menjelaskan skop kerja setiap ahli majlis tertinggi dan exco dalam subprogram Masterchef untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.
3. PERBINCANGAN 3.1 Setiausaha : Membuat minit mesyuarat untuk setiap mesyuarat dan membuat surat perjanjian Peniaga.
3.2 Exco Publisiti: Membuat rekaan bentuk poster, flyers, pamplet dan banner mengenai subprogram ini untuk menarik minat pelajar KTSN dan orang awam. 3.3 Exco Program Merancang dan menyediakan tentatif program dari awal hingga akhir program tersebut berlangsung pada hari kejadian. Memastikan atur cara yang dirancang adalah sesuai, teratur dan semestinya berupaya menarik perhatian orang ramai. 3.4 Exco TTK Membuat pelan khemah memasak yang dirancang bertapak di tanjung Tasik Titiwangsa. Membuat tag nama untuk peserta. 3.5 Exco Perhubungan Mencari peniaga-peniaga dari luar untuk menyertai program ini dengan membekalkan tempahan kanopi. Menghubungi chef jemputan. Mencari sponsor daripada pihak luar. Mengadakan kerjasama bersama pelajar dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik untuk menjaga pameran.
4. HAL-HAL LAIN 4.1 Pengarah menyatakan tempat berlangsungnya subprogram iaitu di tanjung Tasik Titiwangsa.
4.2 Pengarah menyatakan semula tentatif baru yang terkini. 4.3 Berkenaan keperluan sumber air iaitu dari tong dan paip terdekat. 4.4 Beberapa idea dan peneguran oleh pihak MEP Pemantau.
5. PENUTUP 5.1 Pengarah Subprogram Malaysian Street Food Tour mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sudi menghadirkan diri pada mesyuarat pertama ini dan menyumbangkan idea-idea dan menegur sebarang ketidaksempurnaan gerak kerja. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surat Al-Asr. 5.3 Mesyuarat ditamatkan pada jam 10.30 malam.
Disediakan oleh, Qistina ............................................................ (NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN) Setiausaha Subprogram Fiesta Sinergi Intelek (Malaysian Street Food Tour), Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.1.2. Minit mesyuarat ke 3
MINIT MESYUARAT SUBPROGRAM FSI MALAYSIAN STREET
FOOD TOUR KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Rujukan : UKM 2. 11/5/7.3.3/2/FSI
Tarikh : 22 APRIL 2014 Masa : 9.15-10.30 malam Tempat : Toh Puan Kehadiran 1. NURUL SHUHADA BINTI HAMIDON 2. NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN 3. AMEERAH BINTI BUDIONO 4. NUR HAFIQAH BINTI ROZALEI 5. AZEEMAH UTHMAN-HEWITT 6. NORAMIRA SUHADA BINTI ABDUL RAHMAN 7. MUHAMMAD SHAZERIN BIN KAMARUDIN 8. NUR ASIKIN EFIZA BINTI MOHD YUSOOF 9. NURUL FAZREEN BINTI MOHD NADZRI 10. SITI NADIA BINTI ZUL-LKIFLI 11. AHMAD ABID BIN KHAIRUDDIN 12. MOHD AMIRUL BIN ABDUL RAZAK 13. NOORSANA BINTI HOSNI 14. SUZINURSOLAHAH BINTI SALEH 15. NOR ALIA BINTI ZAKARIA 16. AMIRAH AQILAH BINTI ABD RAHIM 17. CHUA XIN JANE 18. RAJA PUTERI ELLEENA EZWA Tidak hadir 1. NURHANANI MOHD SADEK 2. HAZEL KOH SHUEH YI 1.
PENDAHULUAN 1.1 Pengarah majlis mengucapkan salam sejahtera kepada semua ahli mesyuarat lalu memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
2.
PERUTUSAN PENGARAH 2.1 Pengarah menerangkan agenda pada malam itu iaitu: 1) Menanyakan proses gerak kerja setiap exco. 2) Memperbaiki kelemahan dan kekurangan aktiviti yang dirancang supaya dapat berjalan dengan lancar.
3) Mana-mana exco dibenarkan untuk menyuarakan apa-apa permasalahan yang timbul sewaktu merancang gerak kerja exco. 4) Setiap exco perlu tahu untuk berhubung dengan mana-mana exco lain yang dirasakan perlu.
3. PERBINCANGAN 3.1 Exco Jamuan: -dikehendaki untuk menanyakan pihak keselamatan di fakulti atau kolej tentang peminjaman alat pemadam api. Ini untuk digunakan sekiranya terdapat sebarang kecemasan sepanjang program itu berlangsung. -memastikan supaya terdapat cawan dan air mineral di atas meja VIP pada hari kejadian. 3.2 Exco Program: -diminta untuk mengemaskini semula gerak kerja setiap exco semasa hari kejadian. Sebaiknya, disertakan sekali nama beserta jawatan exco tersebut supaya tidak berlaku sebarang pertindihan mahupun kekeliruan. -pada hari kejadian, di meja urusetia, dikehendaki seseorang untuk menguruskan peserta dan seseorang lagi menguruskan peniaga. -pada hari kejadian, pastikan setiap peserta mendapat tag nama dan tentatif manakala para peniaga akan mendapat tentatif sahaja. -pastikan adakah pengisar, lesung batu dan alatan yang lain-lain perlu untuk menyediakan menu masakan. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang pembaziran.
3.3 Exco Perhubungan Luar: -mengemaskini tentang pertambahan peniaga nanti. -cuba untuk hubungi Agensi Pelancongan untuk menaja pelancong hadir ke program kita. -minta dengan lebih mendalam tentang apa yang bakal dimasak oleh Dr. Ezani semasa segmen demo masakan dan menanyakan juga sekiranya beliau memerlukan bekas “tester” untuk memberi hadirin yang hadir merasa masakan beliau. -cuba menanyakan mana-mana peniaga yang ingin menaja makanan untuk jamuan VIP seramai 10 orang.
-cuba hubungi pasukan RELA dan bertanyakan sekiranya mereka boleh menjaga lalu lintas pada jam 7 pagi hingga 1 tengahari dengan mengenakan bayaran. -mengesahkan dengan kementerian untuk menghantar wakil beserta latar belakang beliau. Juga menanyakan sama ada teks ucapan perasmian penutup merekan perlukan atau tidak. -menanyakan bahagian kementerian tentang tajaan sijil penyertaan dan juga ahli organisasi. Juga menanyakan jika ada cenderahati bercop kementerian jika hendak ditaja. -menanyakan pihak pengurus tasik tentang tarikh yang ditetapkan untuk membayar deposit sewa tapak dan berapa jumlahnya. Selain itu, menanyakan juga tentang bagaimana untuk “reserve” tempat meletak kenderaan berdekatan kawasan tersebut untuk para peniaga dan juga VIP.
3.4 Exco Publisiti: -dikehendaki untuk mengedar flyers kawasan monorel Chow Kit dan juga sekitar Taman Tasik Titiwangsa. -sudah boleh menguar-uarkan poster di laman-laman web rasmi UKN. -menguar-uarkan program MSFT ini kepada media massa -perlukan 2 orang AJK yang dikehendaki untuk bersedia di perhentian bas KL HOP ON HOP OFF, di hadapan istana budaya untuk pengedaran flyers. -sekiranya boleh, sila dapatkan tajaan daripada kedai fotostat Double A untuk megurangkan bajet perbelanjaan. -sediakan info yang secukupnya tentang sejarah makanan negeri-negeri untuk ditampal di gerai-gerai.
3.5 Exco TTK: -cuba “survey” harga untuk cetakan sijil berwarna. -menyenaraikan hiasan backdrop dan khemah VIP. -menyediakan label khemah-khemah peniaga dan peserta -buat tag nama untuk ahli organisasi dan juga peserta. -cuba bertanya kepada JPAM untuk mengawal lalu lintas pada hari kejadian. -cuba cari alas meja (plastik, lutsinar) untuk meja pertandingan masakan.
3.6 Exco Protokol: -menyediakan MC formal seorang dan juga MC informal 2 orang (bergantung kepada exco) -menyediakan surat untuk dihantar ke luar UKM yang memerlukan tandatangan pengetua. -untuk teks ucapan wakil kementerian, sila berhubung dengan exco perhubungan luar untuk pengesahan keperluan teks. -membuat pelan dengan terperinci tentang kedudukan para VIP, Felo, pelancong, meja masakan, meja jamuan dan lain-lain.
3.7 Exco Teknikal: -bertanyakan tentang pengesahan harga kanopi dan waktu pembayaran deposit. Juga bertanyakan tentang tarikh akhir sekiranya kita hendak menolak beberapa khemah sekiranya tidak dapat cukup peserta atau peniaga. -mengemaskini alatan dari JPP seperti kerusi dan meja. -terdapat penambahan alatan iaitu 4 sofa dan meja VIP. -menyediakan pengangkutan untuk pelancong seperti bas pendek atau van. -rujuk kepada organisasi Karnival Usahawan tentang rostrum. -terdapat penambahan alatan seperti projector, LCD, dulang BADAR dan bekas air besar 2 tong. -menanyakan kepada pihak catering waktu pembayaran deposit dan sewa peralatan memasak. -berkenaan PA sistem, mohon bertanyakan tentang mikrofon atas kepala untuk kegunaan Dr. Ezani pada segmen demo masakan.
3.8 Exco Pemasaran: -sila kemaskini apa jua berkaitan tajaan. -cuba mendekati mana-mana syarikat; tidak semestinya berkaitan masakan dan makanan sahaja. Gunakan nama kementerian sebaik mungkin. -diharap boleh gerakkan jualan dengan berkesan untuk mendapatkan RM500 seperti yang disasarkan dalam belanjawan program.
3.9 Setiausaha:
-dikehendaki membetulkan surat-surat yang telah disediakan berdasarkna teguran oleh MEP dan juga felo pemantau. -dikehendaki untuk menyediakan surat keselamatan kepada pihak pengawal keselamatan dan juga pengetua untuk pelepasan keluar masuk ahli organisasi dalam menyiapkan tempat di padang. -menyediakan surat ke luar UKM dan perlukan tandatangan pengetua seperti surat KL HOP ON HOP OFF dan surat kementerian.
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pengarah menyatakan semula tentatif baru yang terkini. 4.2 Beberapa idea dan peneguran oleh saudara Khairul Muzamir, MEP Pemantau. 4.3 Pengarah mengarahkan kepada semua exco untuk mengemaskini belanjawan kepada
bendahari program.
5. PENUTUP 5.1 Pengarah Subprogram Malaysian Street Food Tour mengucapkan terima kasih kepada semua exco yang hadir dan MEP Pemantau kerana sudi menghadirkan diri pada mesyuarat kali ketiga ini dan menyumbangkan idea-idea dan menegur sebarang ketidaksempurnaan gerak kerja. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surat Al-Asr. 5.3 Mesyuarat ditamatkan pada jam 10.30 malam.
Disediakan oleh, Qistina ........................................................... (NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN) Setiausaha Subprogram Fiesta Sinergi Intelek (Malaysian Street Food Tour), Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.1.3.Minit mesyuarat ke 4
MINIT MESYUARAT SUBPROGRAM FSI MALAYSIAN STREET FOOD TOUR KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Rujukan : UKM 2.11/5/7.3.4/2/FSI Tarikh : 29 APRIL 2014 Masa : 9.30-11.30 malam Tempat : Surau D Kehadiran 1. NURUL SHUHADA BINTI HAMIDON 2. NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN 3. AMEERAH BINTI BUDIONO 4. NUR HAFIQAH BINTI ROZALEI 5. AZEEMAH UTHMAN-HEWITT 6. NORAMIRA SUHADA BINTI ABDUL RAHMAN 7. MUHAMMAD SHAZERIN BIN KAMARUDIN 8. NUR ASIKIN EFIZA BINTI MOHD YUSOOF 9. NURUL FAZREEN BINTI MOHD NADZRI 10. SITI NADIA BINTI ZUL-LKIFLI 11. AHMAD ABID BIN KHAIRUDDIN 12. MOHD AMIRUL BIN ABDUL RAZAK 13. NOORSANA BINTI HOSNI 14. SUZINURSOLAHAH BINTI SALEH 15. NOR ALIA BINTI ZAKARIA 16. CHUA XIN JANE Tidak hadir bersebab 1. AMIRAH AQILAH BINTI ABD RAHIM Tidak hadir 1. HAZEL KOH SHUEH YI
.
2. RAJA PUTERI ELLEENA EZWA 3. NURHANANI MOHD SADEK
1.
PENDAHULUAN 1.1 Pengarah majlis mengucapkan salam sejahtera kepada semua ahli mesyuarat lalu memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
2.
PERUTUSAN PENGARAH 2.1 Pengarah menerangkan agenda pada malam itu iaitu:
1) Menanyakan proses gerak kerja setiap exco. 2) Memperbaiki kelemahan dan kekurangan aktiviti yang dirancang supaya dapat berjalan dengan lancar. 3) Mana-mana exco dibenarkan untuk menyuarakan apa-apa permasalahan berbangkit sewaktu menjalankan gerak kerja setiap exco. 4) Setiap exco perlu tahu untuk berhubung dengan mana-mana exco lain yang dirasakan perlu agar urusan berjalan dengan lancar.
4. PERBINCANGAN 4.1 Exco Perhubungan Luar -terdapat 10 orang peniaga sudah mengesahkan penglibatan mereka untuk berniaga pada hari kejadian. Arahan pengarah : kalau mamp, cuba cari lagi 10 orang peniaga. Jika tidak dapat, tambahan 5 orang peniaga sudah memadai. -jika hendak menggunakan perkhidmatan untuk mencari peniaga, exco perhubungan luar diminta untuk mencuba untuk drafkan perbelanjaan baru untuk exconya. -lakukan pengesahan berkenaan jumlah peniaga yang pihak program dapat selewat-lewatnya khamis (1/5) kerana memerlukan pengesahan jumlah khemah yang hendak disewa. -bertanyakan kepada peniaga-peniaga sekiranya ada yang mahu menyediakan tempat lebih awal iaitu pada waktu malam sebelum hari program kerana khemah bakal dipasang pada waktu petang. -mengesahkan siapa wakil kementerian yang bakal hadir pada hari program sebagai tetamu VIP. Sekiranya mampu, dapatkan hal lebih lanjut tentang pergerakan wakil tersebut bagi memudahkan exco protokol untuk membuat persediaan. Tanyakan kepada mereka sekiranya wakil kementerian tersebut memerlukan teks ucapan daripada pihak program MSFT atau sebaliknya. -dikehendaki untuk mengambil apron dan pelekat pada hari Jumaat ini (2/5).
4.2 Exco Teknikal:
-berkenaan bas “shuttle”. Dikehendaki pihak exco untuk bertanyakan dahulu akan berapakah jarak masa yang ditetapkan setiap kali untuk meronda bermula pada pukul 9.30 pagi untuk mengambil pelancong di Istana Budaya. -apabila ketibaan bas pelancong, dirancang supaya terdapat bas UKM yang menunggu untuk menampakkan ketertiban. Cuba membuat surat kepada pengetua atau timbalan pengetua berkenaan hal penggunaan bas UKM pada hari Sabtu. -perlu mengesahkan junlah alatan maemasak dan khemah yang hendak disewa selewat-lewatnya pada khamis (1/5). -diminta untuk mengemaskini semula tentang jumlah tong air, alat pemadam api dan lain-lain. -diminta juga untuk merekodkan senarai harga sewaan alatan untuk dikemaskini kepada bendahari program. -menyatakan bahawa perlatan memasak tersebut dikehendaki untuk diambil sendiri di Sentul. -dikehendaki untuk membeli “portable” gas. -dikehendaki untuk mencuba dahulu PA sistem semasa rehearsal. -berkenaan pengangkutan pula, dikehendaki untuk berhubung dengan exco perhubungan luar tentang bas pendek UKM yang dikendalikan oleh mereka.
4.3 Exco Pemasaran: -cuba untuk uruskan tajaan bahan-bahan masakan. -cuba hubungi pihak Agensi Pelancongan yang berdaftar untuk bawa pelancong ke program ini.
4.4 Exco Protokol: -diminta untuk mengemaskini susun atur terkini secara terperinci untuk kedudukan khemah VIP. -pastikan MC sudah ada dan pada Jumaat (2/5) akan diadakan rehearsal di tempat kejadian.
3.5 Exco Publisiti:
3.5 Exco Publisiti: -dikehendaki untuk meneruskan publisiti secara besar-besaran.
4.5 Exco Jamuan: -dikehendaki untuk mengemaskini tentang senarai alatan yang dapat dipinjam daripada kafe seperti meja VIP. -dapatkan bekas untuk meletakkan ais. Seperti untuk meletakkan ais krim Dr. Ezani dan kegunaan untuk para peserta berbuat desert.
4.6 Exco TTK: -mengesahkan adanya sijil, penglabelan khemah peniaga dan peserta. -menyediakan tag peniaga dan peserta. -merancang gimik penutup.
4.7 Setiausaha: -diminta untuk mengemaskini semula tentang surat untuk kementerian dan surat keselamatan untuk keluar masuk kolej.
4.8 Timbalan Pengarah: -diminta untuk mengemaskini semula tentang senarai nama dan jumlah peserta. Pastikan mereka yang sudah bayar dan yang belum bayar. -sekiranya boleh, duit penyertaan peserta perlu dikutip sebelum hari pertandingan. -kita memerlukan duit untuk membuat bayaran deposit khemah sebanyak RM500, sewa tapak sebanyak RM400 dan hadiah untuk pemenang.
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pengarah menyatakan semula gerak kerja dan dapatan yang terkini. 4.2 Beberapa idea dan peneguran oleh saudara Khairul Muzamir, MEP
Pemantau dan juga oleh Cik Hamizah selaku Felo Pemantau. 4.3 Pengarah mengarahkan kepada semua exco dan AJK untuk turun ke Dewan Serba Guna kolej dan juga Padang Bola Tasik Titiwangsa untuk mengangkat barang-barang pada hari Jumaat (2/5) sebagai persediaan tempat.
5. PENUTUP 5.1 Pengarah Subprogram Malaysian Street Food Tour mengucapkan terima kasih kepada semua exco yang hadir, MEP Pemantau dan Felo Pemantau kerana sudi menghadirkan diri pada mesyuarat kali keempat ini dan menyumbangkan idea-idea dan menegur sebarang ketidaksempurnaan gerak kerja. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surat Al-Asr. 5.3 Mesyuarat ditamatkan pada jam 10.30 malam.
Disediakan oleh, Qistina ........................................................... (NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN) Setiausaha Subprogram Fiesta Sinergi Intelek (Malaysian Street Food Tour), Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.2 SURAT KELULUSAN JPPEL (SALINAN)
2.3. BUKTI PELAKSANAAN PROJEK (SURAT, EMEL, GAMBAR, VIDEO, ETC) 2.3.1 Tugas saya 2.3.1.1 Berikut adalah kain rentang program yang saya mereka.
2.3.1.2Berikut adalah poster program.
2.3.1.3 Berikut adalah flyers yang diedarkan kepada orang ramai.
Selain poster,kain rentang dan flyers digunakan untuk membuat publisiti, kami juga menguruskan segala maklumat di dalam blog yang kami mereka sendiri serta Facebook. Pengurusan semua maklumat tentang program ini seperti aturcara aktiviti dan syarat pertandingan, borang penyertaan dan cara untuk menghubungi kami telah dipaparkan di blog berikut: http://malaysianstreetfoodtour.blogspot.com/ Penggunaan blog ini sangat efektif di mana peserta-peserta dan orang ramai boleh dapat maklumat yang terkini dan terperinci tentang aktiviti ini melalui blog dengan segera.
2.3.1.4 Pencarian sponsor Berikut adalah email yang meminta sponsor daripda kedai Double A Smartprintstation
Walaupun mereka tidak bagi sponsor tetapi mereka dapat bagi harga yang murah. Terdapat video yang merekodkan tentang pertanyaan harga membuat banner dan poster.(Perkara 3.3) Seterusnya adalah kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia
Gambar atas memaparkan email yang diterima daripda Kementerian Pelancongan Malaysia tentang kerjasama selepas kami membuat presentasi tentang program kami di depan menteri. Berikut adalah surat permohonan untuk memohon kerjasama dengan Menteri
Tarikh
: 21 APRIL 2014
Rujukan: UKM 2.11/5/7.3.8/2/FSI
En. Zain Azrai Rashid Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia WP Kuala Lumpur/Putrajaya Aras 1, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) 109, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Tuan, MEMOHON KERJASAMA PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA DALAM PENGANJURAN PROGRAM MALAYSIAN STREET FOOD TOUR Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa program Fiesta Sinergi Intelek (FSI) di bawah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan subprogram Malaysian Street Food Tour (MSFT). 2.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan sudi untuk bekerjasama
dengan organisasi kami bagi mengadakan program MSFT. Berikut adalah butiran bagi program tersebut: Tarikh : 3 MEI 2014 Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang Bola Tasik Titiwangsa 3. Kerjasama dari pihak Tuan diharapkan mampu menjadi salah satu tarikan untuk pelancong hadir ke program kami bersempena dengan tahun melawat Malaysia 2014. Segala perhatian dan keprihatinan dari pihak Tuan amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudari Nurul Shuhada bt Hamidon (012-7414402) selaku pengarah program.
Sekian, terima kasih. Yang benar,
___________________________ (PROF. DR. RUZITA BT. ABD TALIB) Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Terdapat juga slide yang kami gunakan untuk membentang sawaktu berjumpa dengan Menteri. (Lampiran A)
Selain itu, tajaan juga dipohon dari EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita.
2.3.2 Gambar perlaksanaan
Gambar ini menunjukkan saya sedang menggantung banner di sekeliling tasik titiwangsa.
Gambar ini menunjukkan saya berada di Taman Tasik Titiwangsan, sedang bagi flyers mengalu-alukan orang ramai menyertai program kami.
Gambar menunjukkan saya sedang menyusun meja dan kerusi untuk persediaan
program.
Gambar ini merupakan sesi pergambaran dengan VIP kami, iaitu Dr Ezani dan timbalan pengetua DR Quodriyah dengan Exco sekalian. Dan banyak lagi sila rujuk Perkara 3.3 --Video
3. LAPORAN AKHIR PROJEK 3.1. MINIT MESYUARAT (POST MORTEM)
POST MORTEM SUBPROGRAM FSI MALAYSIAN STREET FOOD TOUR (MSFT) KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Rujukan : UKM 2. 11/5/7.3.5/2/FSI
Tarikh : 3 MEI 2014 Masa : 9.15-11.30 malam Tempat : Surau D Kehadiran 1. NURUL SHUHADA BINTI HAMIDON 2. NUR QISTINA BINTI BAHARUDDIN 3. AMEERAH BINTI BUDIONO 4. NUR HAFIQAH BINTI ROZALEI 5. AZEEMAH UTHMAN-HEWITT 6. NORAMIRA SUHADA BINTI ABDUL RAHMAN 7. MUHAMMAD SHAZERIN BIN KAMARUDIN 8. NUR ASIKIN EFIZA BINTI MOHD YUSOOF 9. NURUL FAZREEN BINTI MOHD NADZRI 10. SITI NADIA BINTI ZUL-LKIFLI 11. AHMAD ABID BIN KHAIRUDDIN 12. MOHD AMIRUL BIN ABDUL RAZAK 13. SUZINURSOLAHAH BINTI SALEH 14. NOR ALIA BINTI ZAKARIA 15. AMIRAH AQILAH BINTI ABD RAHIM 16. CHUA XIN JANE 17. NURHANANI MOHD SADEK Tidak hadir bersebab 1. NOORSANA BINTI HOSNI Tidak hadir 3. HAZEL KOH SHUEH YI 4. RAJA PUTERI ELLEENA EZWA
1.
PENDAHULUAN
1.1
Pengarah majlis mengucapkan salam sejahtera kepada semua ahli mesyuarat lalu memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
2. PERBINCANGAN MASALAH 2.1 Exco Teknikal: -Berkenaan pengangkutan pelancong iaitu bas pendek unuk menjemput pelancong mempunyai pertindihan jadual dengan program ini. -Berkenaan pengangkutan barang-barang untuk persediaan tempat, didapati mempunyai kekurangan AJK terutamanya lelaki. -Berkenaan masalah kanopi yang tidak stabil ketika ditiup angin yang berisiko untuk terbang kerana terdapat satu kanopi terbalik pada hari kejadian. -Untuk mengelakkan masalah penggunaan elektrik yang terlampau banyak, sepatutnya pihak teknikal menyediakan “technician” untuk mengatasi masalah elektrik dengan lebih efisien. -Berkenaan masalah air yang mempunyai sumber yang agak jauh di mana perlu diangkut menggunakan baldi. -Pihak program dikehendaki untuk membayar balik sewa khemah dan wang tidak cukup sebanyak RM700 untuk pembayaran.
a.
Exco Perhubungan Luar: -Didapati ahli organisasi terutamanya AJK memberikan kerjasama yang dingin kerana tidak turut hadir pada waktu malam rehearsal untuk sama-sama mengangkut dan mengemas barang-barang. -Ketika wakil Exco Program member penerangan berkenaan kelancaran program pada hari kejadian, kebanyakan ahli organisasi tidak memberikan tumpuan. -Berkenaan pemandu lori yang melanggar wayar penyambung khemah menyebabkan kebanyakan khemah hampir runtuh kerana kejadian tersebut berlaku berulang kali. -Kurangnya kerjasama yang diberikan oleh pemandu bas pelancong. Sedikit salah faham timbul antara pihak exco dan pemandu membuatkan pemandu bas tersebut tidak mahu langsung membawa pelancong-pelancong hadir ke program MSFT. -Sewaktu segmen demo masakan, terdapat sedikit kesilapan dalam membeli bahan-bahan masakan untuk Masterchef Dr. Ezani.
-Berkenaan peniaga, terdapat 4 gerai yang kosong tanpa peniaga yang membatalkan kerjasama pada saat-saat akhir. -Penglabelan khemah jualan perlu lebih spesifik. -Berkenaan masalah berbangkit oleh peniaga, mereka mendakwa terlalu sedikit pengunjung yang dating ke gerai-gerai mereka. Tidak kurang juga yang terlebih dahulu meminta diri untuk pulang. Para peniaga juga tidak memberikan kerjasama untuk membayar deposit walaupun sudah diminta. -Terdapat sedikit salah faham dengan Exco Pemasaran tentang penglibatan pihak Agensi Pelancongan.
3.3 Exco Jamuan: -Tiada masalah berbangkit untuk diusulkan.
3.4 Exco Program: -Terdapat peserta yang mendakwa air yang dibekalkan tidak bersih untuk digunakan. -Tiada pengisian setelah tamat pertandingan masakan iaitu selepas pukul 2 petang. Hali ini demikian mengundang para peniaga berasakan program sudah tamat dan tiada pengunjung yang bakal datang.
3.5 Exco Publisiti: -Poster yang dibuat sudah awal tetapi waktu ditampal agak lambat kerana menunggu kelulusan logo kerjasama dan juga tajaan oleh pihak kementerian. -Sepatutnya, wajar diedarkan terlebih dahulu walaupun tanpa logo kementerian untuk menarik minat para pelajar dan orang awam dengan lebih awal.
Post morterm dari saya sebagai Exco pulisiti LAPORAN SEKRETARIAT MALAYSIAN STREET FOOD TOUR KOLEJ TUN SYED NASIR Exco Publisiti dan Multimedia
EXCO I : CHUA XIN JANE EXCO II: AZEEMAH UTHMAN-HEWITT AJK: STELLA SIA SZE LING TAN YI JOU GERAK KERJA
BIL TARIKH
GERAK KERJA
TINDAKAN
1.
Perjumpaan pertama
Semua ahli organisasi
24/02/2014
-
Pengenalan ahli organisasi
-
Pembahagian skop kerja mengikut exco
2. 3.
4.
25/02/2014 7/03/2014
09/03/2014
Perbincangan skop kerja dengan Exco dan membahagikan tugas
Exco Publisiti dan
Mengemaskini status gerak kerja masing-masing dan penyelesaian masalah yang wujud
Exco Publisiti dan
Mesyuarat keseluruhan organisasi
Semua ahli organisasi
-
Proses pembentangan gerak kerja setiap exco.
-
Mengemukakan sebarang permasalahan dalam setiap gerak kerja.
Multimedia Multimedia
5.
15/03/2014
Menambahbaik lagi tugas-tugas yang
Exco Publisiti dan
diberi dan memikirkan cara untuk
Multimedia
membuat publisiti -Poster,kain rentang dan flyers akan digunakan -Merancang untuk membahagikan flyers di kawasan tasik titiwangsa dan sekitar KL 6.
25/03/2014
Penambahbaikan cara membuat publisiti
Exco Publisiti dan
-Penggunaan blog dan Facebook
Multimedia
-Membuka laman web blog dan Facebook tentang aktiviti ini 7.
18/04/2014
Membentang design poster dan kain
Exco Publisiti dan
rentang untuk mendapat komen bagi
Multimedia
menambahbaikan lagi. Pencetakkan kain rentang dan poster serta flyers dicadangkan 8.
22/04/2014
Mesyuarat keseluruhan organisasi -
Semua ahli organisasi
Proses pembentangan gerak kerja setiap exco.
-
Setiap exco perlu tahu berhubung dengan mana-mana exco lain.
9.
29/04/2014
Mesyuarat keseluruhan organisasi bersama
Semua ahli organisasi
Felo Pemantau -
Pembentangan gerak kerja setiap exco.
-
Perancangan exco untuk program yang baru ditukar.
10.
30/04/2014
Ajk dikumpulkan bagi menerangkan
Exco dan Ajk publisiti
tentang kawasan yang dipilih untuk
dan Multimedia
membuat publisiti 11.
1/05/2014
Pembahagian flyers di sekitar Titiwangsa,
Exco dan Ajk publisiti
-3/05/2014
Chow Kit dan sekitar KL
dan Multimedia
12.
3/05/2014
Aktiviti berlangsung
Semua ahli organisasi
-Tugas dibahagikan bagi melancarkan aktiviti, contohnya tugas publisiti dan tugas multimedia serta jurugambar 13.
3/05/2014
Post-morterm aktiviti dijalankan
Semua ahli organisasi
-Komen untuk memajukan diri sendiri Exco dan Ajk
KELEMAHAN 1. Kekurangan AJK dalam menolong melakukan publisiti dan membahagikan tugas semasa program dijalankan.
KEKUATAN 1. Semua EXCO dan AJK bekerjasama melakukan publisiti di sekeliling kawasan KL. 2. EXCO berjaya menyelesaikan tugas dengan baik walaupun berlaku beberapa halangan sepanjang program dilangsungkan,contohnya kekekangan masa,tentatif program lambat ditetapkan. 3. EXCO-EXCO Multimedia bersependapat dalam melakukan tugas
CADANGAN
1. EXCO Multimedia perlu mendapatkan AJK-AJK supaya dapat meringankan beban dan menyiapkankan tugasan dalam masa yang ditetapkan 2. EXCO wajar berinteraksi dengan EXCO yang lain supaya dapat meringankan beban masing-masing dan mengetahui dengan lebih mandalam tentang segala program yang dijalankan dari semasa ke semasa. 3. EXCO perlu mendapatkan sekurang-kurangnya seorang AJK untuk merakam video sepanjang program dan mengambil gambar semasa menjalani aktiviti.
Disediakan oleh, __Jane__________ (CHUA XIN JANE) EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
3.2. REFLEKSI PROJEK YANG DIJALANKAN (ISU-ISU BERBANGKIT/ CARA MENGATASI MASALAH, MANAFAAT/PENGALAMAN) Laporan MSFT Pada 3 MEI 2014, subprogram FSI iaitu Malaysian Street Food Tour telah dianjurkan di Padang bola Taman Tasik Titiwangsa. Program ini mempunyai 2 aktiviti utama, pertama adalah Pertandingan Masakan 1 Malaysia dan aktiviti yang kedua adalah Bazar Rakyat. Pertandingan masakan berlangsung pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari diikuti oleh demo masakan VIP. Manakala Bazar Rakyat berlangsung sepanjang hari pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum program ini bermula, kami setiap Exco telah bertungkus lumus bekerjasama untuk menyiapkan tugas masing-masing. Sebagai contoh, tugas Exco publisiti dan Multimedia adalah mereka banner, poster dan flyers, serta membuat publisiti di sekitar KL. Selain itu, saya juga membuka stu blog bagi memudahkan orang ramai dopat informasi tentang program kami dan juga untuk memudahkan peserta menggunakan blog tersebut membuat pendaftaran untuk menyertai pertandingan masakan. Kami juga memberi bantuan kepada Exco yang memerlukan pertolongan. Segala persiapan dijalankan awal supaya program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik. Bagi program ini, kami berjaya menjemput Dr Ezani sebagai VIP dan perasmi kita dan wakil Kemeterian Pelancongan Malaysia untuk merasmikan majlis penutupan. Kami juga berjaya mendapat pendaftaran dari pelajar MSU yang mengambil bidang perubatan dan Culinary Arts. Sepanjang program ini dijalankan, terdapat pelajar KTSN yang dating beramai-ramai untuk membeli dan makan di jualan Bazar Rakyat. Terdapat juga orang ramai yang pergi berjogging dan bersiar-siar di Tasik Titiwangsa datang untuk menyertai program kami. Bukan sahaja merka dapat menjadi juri awam, mereka juga dapat makan makanan yang sedap yang dijual di Bazar Rakyat. Selepas program, kami Exco dan AJK menggemblengkan tenaga untuk memindahkan segala peralatan dan harta benda KTSN balik ke KTSN.
Walaupun cuaca tidak berapa baik, kami tetap menghabiskan tugas kami dengan penuh tenaga dan semangat. Masalah yang dihadapi ialah masalah permunggahan meja-meja dan kerusi-kerusi dengan tidak cukup bilangan lori yang mengangkutnya. Kami menunggu satu lori untuk memunggah dari Kolej ke Tasik Titiwangsa dengan mempengaruhi kecekapan pengurusan karnival tersebut. Selain itu, saya berasa agak susah untuk melahirkan idea yang baik selaras dengan konsep program tersebut. Saya juga berasa masa yang tidak mencukupi untuk membuat persediaan bagi programl ini. Masalah pencarian sponsorship juga ditimbul pada tahun ini tetapi akhirnya kami juga dapat cari kerjasama dari Kmenterian Pelancongan Malaysia. Dari program ini, sya mendapati bahawa penggunaan blog untuk menguruskan segala maklumat tentang program adalah sangat efektif. Kerjasama adalah amat penting dalam menjalankan setiap aktiviti. Setiap Exco haruslah memainkan peranan sendiri masing-masing supaya melancarkan progress projek ini. Program ini memerlukan minda yang penuh dengan idea keusahawaan barulah dapat keuntungan yang besar. Akhir kata, saya telah mendapatkan manfaat dan pengalaman yang banyak melalui program ini. Saya telah mempelajari bukan sahaja kemahiran pengurusan maklumat yang cekap dan sistematik yang saya menggunakan kemahiran ini pada masa yang kelak dan untuk sepanjang hayat. Saya teleh belajar cara untuk menguruskan kerja dengan lebih cekap. Saya berharap program ini dapat dianjurkan setiap tahun selepas ini dengan berjaya dan saya berjanji akan menyertai program ini jika ada peluangnya. Saya juga akan cuba mengkaji masalah yang saya hadapi pada tahun ini dan memperbaiki masalah pada tahun yang akan datang.
3.3 BUKTI KEJAYAAN PROJEK YANG DIJALANKAN
--http://www.youtube.com/watch?v=V-IeoVnU2S8&feature=youtu.be