LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN HHHC9701 SET 8 PROGRAM : MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014 KOD PROJEK : PJ/004/000-1213-033-1 ANJURAN : SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGI DAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ UNGKU OMAR, UKM NAMA : NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR NO MATRIK : A 144211 JAWATAN : TIMBALAN SETIAUSAHA
BUTIRAN PROGRAM PROGRAM : MAJLIS MAKAN MALAM KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014 TARIKH
: 24 MEI 2014
TEMPAT : DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR), UKM. ANJURAN : SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGI DAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ UNGKU OMAR, UKM TEMA
: “TOURIST NIGHT”
JENIS PROGRAM 1. Makan malam dan majlis penghargaan untuk warga kolej.
OBJEKTIF PROGRAM 1. Mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat
membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin. 2. Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian dan objektif yang ditetapkan. 3. Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program. 4. Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej.
5. Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar ke peringkat yang lebih tinggi. 6. Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang efektif. 7. Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah menetap di Kolej 8. Menyambut baik usaha kementerian pelancongan melalui pemilihan tema majlis. Tema dipilih berdasarkan tahun 2014 tahun melawat Malaysia.
BILANGAN PESERTA
60 orang Ajk Urusetia Program
Semua warga Kolej Ungku Omar
SINOPSIS PROGRAM Majlis makan malam ini merupakan acara tahunan Kolej Ungku Omar yang diadakan secara besar-besaran di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada hujung semester kedua pengajian setiap tahun. Tema-tema tertentu dipilih bagi menghidupkan lagi kemeriahan suasana majlis gilang-gemilang ini. Untuk sesi pengajian 2013/2014, tema ‘tourist night’ telah dipilih sebagai tema bagi majlis makan malam tahunan kali ini. Ini sebagai salah satu usaha menyokong kempen cuticuti Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Tema ini juga meraikan penghuni kolej yang datang dari pelbagai tempat sama ada dalam mahupun luar negara. Di samping melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama penghuni kolej yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan, majlis ini juga secara tidak lansung menjadi sebuah majlis yang meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang menetap di Kolej Ungku Omar. Majlis ini turut diadakan bagi merakamkan jutaan penghargaan buat penghuni kolej yang telah menyumbangkan segala tenaga, masa, wang, mahupun buah fikiran bagi menjayakan aktiviti-aktiviti pembangunan segala aspek di kolej pada sesi ini. Berbagai jenis anugerah akan disampaikan buat mereka yang telah menjaga dan menaikkan nama serta imej Kolej Ungku Omar. Oleh yang demikian, diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.
TENTATIF
TEMPAT
MASA
8.00 malam
PERKARA Ketibaan Mahasiswa/i Kolej Ungku Omar
8.15 malam
Ketibaan Tetamu Jemputan
8.25 malam
Ketibaan Perasmi
8.35 malam
Persembahan Pembukaan
8.40 malam
Alu-aluan Pengacara Majlis.
8.45 malam
Bacaan Doa
8.50 malam
Ucapan Ketua Pengarah oleh: Saudari Illyna Bt Ismail Ucapan Pengetua Kolej Ungku Omar oleh:.
8.55 malam
Encik Nik Hairi bin Omar
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
9.00malam
Ucapan Perasmi
9.15 malam
Gimik Perasmian
9.20 malam
Jamuan Makan Malam
9.30 malam
Persembahan Teater daripada Kelab Seni Pementasan Teater (SEPET)
10.00 malam
Cabutan Bertuah Selingan 1
10.05 malam
Persembahan tarian oleh Kelab Titistari
Penyampaian Anugerah kepada:
10.20 malam
i.
Mahasiswa Cemerlang
ii.
Mahasiswi Cemerlang
iii.
Mahasiswa Harapan
iv.
Mahasiswi Harapan
v.
Atlit Lelaki Terbaik
vi.
Atlit Perempuan Terbaik
vii.
JAKSA Terbaik
viii.
Program Kolej Terbaik
10.30 malam
Persembahan 1 Malaysia oleh:
10.45 malam
Cabutan Bertuah Selingan 2
10.55 malam
11.00 malam
Anugerah ' pelancong pilihan lelaki dan perempuan’
Bersurai
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
STRATEGI:
Mendapatkan khidmat nasihat penyelia dan felo untuk pengurusan, penyediaan kertas kerja dan surat berkenaan program.
Pelajar didedahkan dengan pengendalian mesyuarat bersama AJK-AJK lain.
Pelajar berhubung dengan agensi luar.
Mengadakan perbincangan kritis sesama pelajar.
Bertemu dan berbincang bersama felo, pihak pentadbiran kolej, penyelia dan penasihat.
Membuat minit mesyuarat dari semasa ke sesame sebagai timbalan setiausaha dan membuat surat bagi memohon dana atau pun surat untuk berhubung dengan pihak luar.
Membuat perancangan untuk menjual kerepek bagi menjana dana untuk program.
Memuka booth dart game pada hari Karnival Gempak variasi kolej.
Membuat street marketing (seorang RM70)
PEMBUKTIAN
Berjaya menyediakan kertas kerja dan mendapat kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Kolej Ungku Omar.
Berjaya membuat surat mengikut masa yang ditetapkan
Laporan akhir program dan minit mesyuarat berjaya dilaksanakan
Membuat perbincangan dengan pihak luar dan membuat strategi untuk mencari dana
Membuat pembentangan dan perbincangan dengan pihak luar bagi mendapatkan dana.
Berjaya dalam menyampaikan arahan bagi menjayakan program yang berjalan dari masa ke semasa.
Berjaya mendapat dana dari segi barangan daripada pihak SincerelybyShawl, Bangi untuk beberapa anugerah.
Program berjaya dilaksanakan walaupun mengalami sedikit masalah.
ANGGARAN PERBELANJAAN ITEM 1
RM
RM
JAMUAN I.
Mahasiswa/i (RM16 x 1000)
16 000
II.
VIP (RM18 x 30)
540
III.
VVIP (RM25 x 7)
175 16715
2
PENGURUSAN DAN PENGANGKUTAN
4
PUBLISITI
350
I.
Poster A3 (RM3 x 20)
60
II.
Kain rentang (RM30 x 2)
60 120
5
PROTOKOL I.
Kad jemputan (RM1 x 80)
80
II.
Kad meja/aturcara (RM5 x 110)
550 630
7
TEKNIKAL I.
Live camera (3 jam x 300)
900
II.
Dekorasi pentas
300
III.
Lain-lain
100 1400
8
SIJIL DAN CENDERAMATA I.
Sijil anugerah (RM1.50 x 200)
300
II.
Hamper (RM50 x 3)
150
III.
Anugerah (RM30 x 9)
270
IV.
Cenderamata (RM5 x 1050)
5250
V.
Penghargaan (RM20 x 30)
600 6570
9
TUGAS-TUGAS KHAS I.
Dekorasi dewan
700
II.
Tag nama (RM2 x 50)
100
III.
Tshrt crew (RM15 x 50)
750 1550
10
RENCAM
65
JUMLAH
27700
SEBELUM MAJLIS
Kebaikan program
Penyusunan atucara program yang kemas memudahkan pelaksanaan aktiviti.
Aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Dapat bekerjasama dengan banya pihak terutama terutaam semasa memohon dana dari pihak luar.
Memperoleh dana daripada pihak kolej, SBU butik, Suria KLCC serta pengurusan kewangan yang strategik.
Mencapai objektif program dimana mewujudkan keharmonian sesama pelajar universiti dalam melakukan program
Memberi pendedahan kepada mahasiswa supaya bersedia untuk berkhidmat kepada kolej dan megajar pelajar cara mengendalikan program
Baik pulih program.
Pengurusan masa yang kurang menepati masa harus diberi perhatian.
Perjalanan program haruslah lebih teratur.
Keperluan alat perlu disediakan secukupnya
AJK harus memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya sepanjang program ini berlangsung supaya semua berjalan lancar.
KESIMPULAN Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun program ini memerlukan kos atau dana yang banayak tetapi berjaya diatasi. Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej. Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar ke peringkat yang lebih tinggi. Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang efektif. Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah menetap di Kolej Ungku Omar. Tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap ahli jawatankuasa program turut memastikan kelancaran sebelum dan semasa program berlangsung. Progam ini juga menunjukkan bagaimana cara untuk menguruskan sesuatu program dan memikirkan cara terbaik untuk menjana dana untuk program dengan keusahawanan.
9