KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR* *
MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK
Dalam kertas kerja ini membicarakan seorang kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling yang mana ianya amat penting dalam kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kemahiran kemahiran asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran prasesi,
kemahiran
membina
hubungan,
kemahiran
membina
suasana
persekitaran, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, parafrasa atau menyatakan semula, meminta penjelasan, kemahiran berempati, kemahiran refleksi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merumus dan
beberapa lagi
kemahiran asas seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.
*
Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14 – 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448, Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 PENGENALAN Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang
demikian,
sebelum
seseorang
kaunselor
memberi
perkhidmatan
kaunseling , mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran asas yang perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memparafrasa, kemahiran membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran berempati dan lain- lain. Di bawah ini akan dihuraikan secara ringkas tentang beberapa kemahiran asas untuk menolong yang dianggap penting. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Prasesi Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien.
Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha membina
suasana
persekitaran
yang
kondusif
lagi
meyakinkan
dan
menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut:
2
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
1 1 1
Kemesraan perhubungan dalam pertemuan. Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu. Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh kaunselor.
Di bawah kemahiran membina perhubungan ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam kaunseling.
Kesemua
kemahiran-kemahiran
ini
adalah
bertujuan
untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. Membina Suasana Persekitaran Memandangkan
biasanya
sesuatu
perbincangan
kaunseling
berlangsung selama 30 minit atau lebih sedikit semetara
selalunya tajuk yang
dibincangkan mungkin serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang sehingga
boleh menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang
dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor. Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan perasaan dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan baik dan lancar .
3
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Ruang Untuk Berkomunikasi Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal. Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubung masalah ruang ini seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya , latar belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak. Penampilan Diri Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma - norma tempatan. Penampilan yang luar biasa pula boleh menganggu tumpuan dengan pakaian
semasa sesi seperti berpakaian
yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau
badan busuk atau bau minyak wangi yang terlalu kuat dan merangsangkan. Ekspresi Muka Dalam sesi
kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia
menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut tersenyum tetapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan sebagai ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek.
Kontak Mata Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan perhatian ke arah muka klien. Tujuan sebenar kontak mata adalah bertujuan untuk memberi tumpuan, menunjuk minat, menunjuk tanda hormat, menggalakkan perundingan dan mempamerkan kesungguhan kaunselor terhadap isu yang dibawa oleh klien.
4
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Kemahiran Menyoal Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah “kemahiran menyoal”. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu proses bimbingan yang sedang berlangsung.
Kemahiran menyoal ini dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.
Soalan Terbuka
•
•
Bentuk
soalan
Soalan Tertutup
•
yang
Bentuk soalan langsung yang
dikemukakan kepada klien yang
memerlukan
memerlukan penerangan atau
pengesahan
penjelasan yang panjang.
iaitu “ya” atau “tidak”. •
Memberi banyak ruang kepada klien untuk terus bercakap.
secara
ringkas,
Ruang untuk terus bercakap terhad.
Contoh
Contoh
Kaunselor, peristiwa
itu
“Bagaimanakah Kaunselor, “Siapakah boleh berlaku,” melakukannya?” ataupun
ataupun “Cuba
jawapan
“Sanggupkah anda
terangkan
anda
yang
menceritakan
apakah peristiwa sebenar apa yang berlaku?” tindakan yang harus anda lakukan.”
5
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik oleh seseorang kaunselor.
Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa
mendengar itu adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya memberi sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara berkesan.
Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan. Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami mesej yang disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya.
Tumpuan bukan lisan pula memerlukan kaunselor mendapatkan mesej secara tidak langung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia dipersembahkan melalui pelbagai cara.
Salah satunya ialah dengan cara memberi tumpuan
kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik muka (contoh: senyum) ataupun pergerakan anggota badan (contoh : mendakap tangan). Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan secara lisan.
Reik (1948) dalam bukunya
Listening With The Third Ear pernah menegaskan tentang kepentingan mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan “mendengar dengan telinga ketiga”.
Parafrasa atau Menyatakan Semula Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.
6
Ketika ini kaunselor bolehlah
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah difahami.
Contoh: Klien :
“Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakanrakan saya.”
Kaunselor:
“Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda.”
Klien:
“Ya, saya memang serius.”
Meminta Penjelasan Kaunselor akan meminta kliennya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai sesuatu isu yang sedang dibincangkan. Keadaan ini berlaku apabila isu yang cuba dibincangkan oleh klien menjadi semakin kabur dan sukar difahami.
Contoh:
“Saya kurang faham tentang apa yang anda cakapkan,
Kaunselor:
bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut satu persatu.”
Kemahiran Berempati Empati bermaksud “memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang itu (rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk berkomunikasi dengannya” (Kurpius, 1986).
Sebagai kaunselor, kemahiran
berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul
7
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 berada di sisi klien. Maksudnya di sini klien boleh merasakan bahawa dia betulbetul sedang dibantu dari segi jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu.
Ee Ah Meng (1995) berpendapat empati ialah kebolehan untuk memahami idea yang disampaikan oleh klien dan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan idea itu.
Suasana hubungan yang mesra hasil dari sifat berempati tadi
membolehkan klien rasa lebih yakin untuk berada di hadapan kaunselor. Dengan ini, klien merasa
lebih selamat dan selesa untuk meneruskan sesi
kaunselingnya.
Contoh: Klien :
“Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. acap kali memikirkan masalah ini.
Saya
Ayah dan ibu saya
seolah-olah tidak memahami bahawa saya sudah tidak peduli lagi terhadap kehendak mereka.”
Kaunselor:
“Saya dapat merasakan kekecewaan yang anda alami.”
Kemahiran Refleksi Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej atau maklumat yang hendak disampaikan oleh klien. Pada waktu yang sama kaunselor dengan menggunakan kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada kliennya.
Dengan cara ini, kita boleh membuktikan
kepada klien bahawa kaunselor sedang berusaha menerokai serta melihat alam klien sebagaimana apa yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu. Kemahiran refleksi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu refleksi perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi.
8
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Refleksi Perasaan
Refleksi
Refleksi Isi
Pengalaman •
Tumpuan
kepada
•
emosi. •
yang
dilafaz
atau
lisan.
•
tingkah laku.
Perasaan
dinyatakan
Tumpuan kepada
secara (kasih
•
Perasaan
kognitif yang
•
Pernyataan semua idea-idea
melalui gerak geri
secara ringkas dan
bukan
padat.
lisan.
(senyuman,
sedih,
gelisah,
bersalah dsb).
kepada
dibayangkan
sayang, kerisauan, rasa
Tumpuan
penting
menangis, gementar dsb). Contoh
Contoh Kaunselor:
Contoh “Guru
Klien:
Kaunselor:
“Anda
“Kata-kata ibu
benar-benar
andalah
yang
tersenyum, sebaliknya
melukakan hati saya
membuatkan
anda
saya terasa yang anda
cikgu.”
sebenarnya
Kaunselor:
rasa
bersalah
masa.”
setiap
sekali.”
kecewa
benar
“Ia benarmenyakitkan
hati.”
Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu juga, kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa
9
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan , kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan duduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas.
Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima dalam bentuk perkataan adalah seperti bagus , teruskan, selepas itu,
jadi, terangkan lagi, oh , dan dalam bentuk anggota seperti
sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Ishammuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima ialah; a) kaunselor memberi perhatian b) menolong penerokaan kendiri klien c) supaya klien terns bercakap d) mempengaruhi arus perbualan e) Punctuate interview
Kemahiran Mengendali Kesenyapan Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang
10
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 kepada klien untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.
Kemahiran Aplikasi Teori Dan Teknik Kaunseling Apabila seseorang kaunselor menguasai teori-teori dan teknik-teknik kaunseling, kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien untuk berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih yakin . Apa yang lebih penting ialah kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasi kemahiran teori dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak memilih teknik
sesuai digunakan apabila berhadapan dengan
seseorang klien itu.
Kemahiran Merumus Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Rumusan
yang dibuat pada
hujung sesi kaunseling, biasanya
merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling
lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah; a)
Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien
b)
Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul selepas beberapa mesej tersebut.
c)
Supaya klien mendengar semula kata-katanya.
d)
Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut.
11
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 e)
Dalam
kesenyapan
yang
berpanjangan,
rumusan
boleh
mempercepatkan proses kaunseling. Kemahiran Konfrontasi Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam keadaan –keadaan berikutnya : a)
Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.
b)
Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa apa yang dikatakan pada masa yang lain.
c)
Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan.
d)
Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya .
Contoh l
"Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya".
Contoh 2
"Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa yang sarna, anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar".
12
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Ismail (1999) adalah seperti berikut; a) Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya. b) Membantu klien mengenalpasti satu kontrakdisi, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi. c) Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya. d) Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien. e) Supaya tingkahlaku klien rnenjadi lebih bersepadu.
KESIMPULAN Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. RUJUKAN Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
Aziz Salleh. 2002. Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Manan Mulla Bar. 1990. Kaunseling Dalam Konteks Budaya Islam (Satu Teori Peribadi Mengenainya. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
13
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Kamal Abd Manaf. 1998. Masalah dan Penyelesaian Dalam Kaunseling Islam 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Kamal Abd Manaf. 1996. Manusia Dan Personaliti Membantuk Insan Yang Sempurna. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Kamal Abd. Manaf. 1996. Kaunseling Islam. Perbandingan Antara Amalan Dan Teori Kaunseling Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar. 2002. Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fatimah Mohamad Tajuddin & Nor Atiah Ismail. 2002. Nilai-Nilai Cemerlang Kepimpinan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Suradi Salim. 1996. Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shaharom Tm Sulaiman. 1999. Pengurusan Islam Dan Pembangunan Manusia. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn Bhd.
Wan Hussain Azmi Abdul Kadir. 1995. Kaunseling Dan Psikologi Menurut Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ya’qub Muhammad Hussin. 2001. Beberapa Panduan Asas Usrah Dan Harakah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
14